UMNO Online - “Bulan Sabit, Bulan Penuh Dan Roket Bertembung Di Angkasa Lepas….” plus 9 more |
- Bulan Sabit, Bulan Penuh Dan Roket Bertembung Di Angkasa Lepas….
- 3,500 Pegawai, Anggota Tentera Terlibat Ops Daulat Undi Pos
- Calon Adalah Anggota Parti Yang Berdedikasi – PM
- Isu Video Seks : “Tayar Basikal Pancit Tepi Jalan Pun Salah UMNO” – Ahmad Maslan
- Ahli UMNO Diberi Amaran, Tindakan Segera Diambil Jika Sabotaj Parti – Zahid
- Kemelut Rebut Kawasan, Manifesto Pincang “Pakej” Pembangkang Berdepan PRU 13
- Kelantan BN Manifesto Represents Youths’ Aspirations – State Youth Activists
- Manifesto Aku Janji Dengan Manifesto Bukan Janji Adalah Dua Perkara Yang Jauh Berbeza
- Video Seks Pemimpin Pakatan Satu Kifarah Allah?
- Manipulasi Kenyataan Tun Musa Contoh Klasik Sikap Tidak Bermoral Pembangkang
Bulan Sabit, Bulan Penuh Dan Roket Bertembung Di Angkasa Lepas…. Posted: 12 Apr 2013 05:50 AM PDT Budaya mengancam dan mengugut sudah diangkat menjadi antara kaedah terpenting untuk menggegarkan iman dan prinsip pihak yang tidak mahu lagi bersubahat dan meneruskan perjuangan mereka bersama Anwar. Harun Din yang baru menyatakan hukum kufur secara umum dan tidak merujuk pun secara spesifik kepada sesiapa tentang kesalahan berkongsi kalimah Allah, sudah diserang, dihina dan diugut oleh pihak PKR. Dr Sidek Baba yang baru bersedia menyatakan prinsip dan perkara sebenar kenapa dia meninggalkan Anwar sedang diserang, diancam dan difitnah. Malah ancaman dan ugutan turut diterima oleh isteri beliau. Kebenaran semakin hari semakin jelas dan diperlihatkan satu persatu. Kebenaran siapa yang sebenarnya perasuah, siapa sebenarnya yang menyekat kebebasan akhbar, siapa raja konspirasi, siapa sebenarnya raja fitnah dan dusta, siapa raja segala pembohongan, siapa raja penyelewengan dan raja membeli sokongan dengan habuan wang sudah dilihat meletus satu persatu. Para pemimpin pembangkang sedang mengelupur dan mabuk seperti ikan kena renjatan elektrik yang di “switch on” sendiri. Akibat dari terlalu banyak memasang pendawaian fitnah dan dusta secara haram dan membuat “looping” di sana sini, telah menyebabkan sistem pendawaian rumah pakatan semakin tidak selamat untuk didiami. Seorang demi seorang penghuni rumah pakatan telah terkena renjatan elektrik. Inilah kesan dan akibat dari terlalu banyak berbohong, melakukan fitnah dan kerja-kerja subversif haram sehingga puak mereka sendiri terkeliru dan terperangkap dengan jerat yang terlalu banyak dipasang sendiri di sana sini. Gara-gara terlalu banyak memasang jerat untuk memerangkap lawan, hingga jerat yang dipasang sendiri tidak lagi dapat dikesan. Akhirnya pemimpin mereka sendiri yang lebih banyak terkena jerat yang dipasang sendiri. Segala isu yang direka untuk memerangkap UMNO akhirnya terkelepuk ke muka sendiri. Anwar memasang jerat mengumumkan untuk pindah bertanding di Perak, akhirnya Lim Kit Siang yang terjerat di Gelang Patah. Wan Azizah terjerat di Selangor dan Chua Jui Meng terperosok ke Segamat. Anwar memasang jerat di Lahad Datu menggunakan sumpit sulu, akhirnya Tian Chua yang terkena sumpitan beracun hingga kepanasan dan tidak boleh duduk diam di Parlimen Batu. Anwar yang memasang jerat pelentik di Pahang, akhirnya Dato Fauzi Abdul Rahman yang kaki tergantung ke atas kepala ke bawah. DS Najib yang mahu diperangkap menggunakan jerat Monggolia jenis “Altantuya”, akhirnya Anwar sendiri yang terperangkap tidak berpakaian di hotel-hotel bersama pasangan yang kadang-kadang jantan dan kadang-kadang betina.
Nik Aziz yang memasang perangkap di pergentingan yang sempit untuk menghalang orang ramai dari mendekati UMNO dengan mengatakan undi UMNO haram dan tidak beroleh pahala, akhirnya Mustafa Ali yang didapati bertuala dan berbogel bersama pasangan betinanya. Mereka memasang perangkap jenis “janji” bulan dan bintang, akhirnya mereka sendiri yang terjerat dengan msnifesto sendiri yang tidak berpijak di bumi nyata. Akibat terlalu ghairah mahu mengatasi BN dalam “menjanjikam harapan rakyat, akhirnya mereka tidak sedar telah terciplak segala dasar yang telah lama BN dilaksanakan BN. Jerat tol percuma, jerat turun harga kereta dan jerat rumah mampu milik yang dipasang, tiada satu pun yang “mengena”. Semua orang sudah tahu di mana lokasi mereka memasang jerat. Akhirnya pakatan sendiri yang terperangkap dengan jerat AKUJANJI yang dipasang BN. Sekarang pakatan rakyat sudah haru biru dan kelam kelibut. Masing-masing PAS, DAP dan PKR sedang menyelamatkan kedudukan masing-masing. Dalam keributan menyelamatkan kedudukan masing-masing, DAP terhantuk kepala dengan PKR. PAS kena sakit “berak-berak” kerana terlalu banyak makan makanan beracun yang dihidangkan PKR. Muka PKR pula “terjerembab” ke “air kumbahan” kerana kaki tersadung tunggul yang dipasang DAP. Beginilah gambaran yang sedang berlaku terhadap pakatan yang sedang berangan-angan untuk menduduki Putrajaya. Kalau ada rakyat yang mahukan parti keluarga komando KYJELLY69 ini mengambilalih Putrajaya dipersilakan dengan segala hormatnya… Kamarulzaman Kamdias |
3,500 Pegawai, Anggota Tentera Terlibat Ops Daulat Undi Pos Posted: 12 Apr 2013 05:40 AM PDT LAHAD DATU, 12 April – Kira-kira 3,500 pegawai dan anggota tentera yang bertugas dalam Ops Daulat akan mengundi awal secara pos pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata satu perbincangan dengan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diadakan, yang turut membincangkan tentang keselamatan di seluruh kawasan yang terbabit dalam Ops Daulat pada proses pilihan raya akan datang. “Kesemua anggota tentera ini akan mengundi awal melalui pos yang mana karung-karung undi akan dihantar ke tempat-tempat mereka bertugas. “Oleh kerana kebanyakan mereka adalah pegawai dan anggota yang datang dari kem-kem tentera berpangkalan di Semenanjung dan Sarawak, justeru beg-beg undi untuk mengisi sampul surat undi pos yang disediakan adalah mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di mana mereka mendaftar untuk mengundi,” katanya kepada pemberita di sini. SPR menetapkan hari mengundi bagi PRU13 pada 5 Mei ini dan penamaan calon pada 20 April. Tarikh pengundian awal ialah 30 April. Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan menambah bilangan kakitangan yang akan membuat kiraan undi di Lahad Datu. “Ini kerana jumlah undi pos dijangka bertambah dengan kehadiran ramai anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam Ops Daulat, jadi kita perlukan ramai kakitangan untuk melakukan proses pengiraan undi. |
Calon Adalah Anggota Parti Yang Berdedikasi – PM Posted: 12 Apr 2013 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua calon yang dinamakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk mewakili BN, adalah anggota parti yang begitu berdedikasi dan mengambil berat terhadap masalah rakyat. Justeru, beliau beharap agar rakyat meluangkan masa mengenali calon-calon itu dengan lebih dekat, mengetahui perubahan yang ingin dibawa dan wawasan mereka terhadap kawasan yang diwakili serta negara secara keseluruhannya. “Dalam lebih tiga minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi menentukan perjalanan negara kita seterusnya. “Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan, maka teruslah menyokong BN kerana sepanjang lima tahun lalu, kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia,” katanya dalam blog www.1malaysia.com.my. Najib berkata lebih banyak program transformasi boleh direalisasikan sekiranya BN diberi mandat dan kepercayaan untuk meneruskan menerajui negara. Dalam pada itu, Najib berkata dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa harapan, BN telah mengumumkan manifesto atau Akujanji kepada rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya. Katanya manifesto itu boleh dilihat dalam bentuk paparan grafik di laman blog www.1malaysia.com.my dan berharap rakyat dapat berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Di samping itu, Najib berkata BN telah melancarkan Kit Tindakan Online yang boleh dimuat turun sebagai tanda sokongan secara online kepada parti itu. “Dengan sokongan itu, kita dapat bersama-sama memastikan impian kita semua untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, maju dan makmur pada masa akan datang dapat dicapai,” katanya. |
Isu Video Seks : “Tayar Basikal Pancit Tepi Jalan Pun Salah UMNO” – Ahmad Maslan Posted: 12 Apr 2013 05:36 AM PDT PONTIAN, 12 April - “Tayar basikal pancit tepi jalan pun salah UMNO,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah dipercayai membabitkan seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur. Ahmad turut hairan dengan sikap pembangkang yang sering mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional apabila terjadi sesuatu perkara membabitkan pemimpin mereka. “Tidak adil apabila mengaitkan semua yang yang terjadi dengan UMNO, sepatutnya tuan punya badan tampil menafikan perkara itu. “Kalau betul diri tak bersalah hantar video berkenaan kepada pakar untuk disahkan pelaku dalam video itu bukan dirinya,” kata Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selepas merasmikan Puspro Fama Daerah Pontian, Benut di sini hari ini. Semalam, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang di Kampung Alor Lintang, Besut, Terengganu. |
Ahli UMNO Diberi Amaran, Tindakan Segera Diambil Jika Sabotaj Parti – Zahid Posted: 12 Apr 2013 05:33 AM PDT BAGAN DATOH, 12 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat pilihan raya jika anggota parti didapati terlibat mensabotaj parti. Beliau berkata Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa pilihan raya umum ke-13 berlangsung. “Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung. “Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan,” katanya selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Sungai Batang di sini, Jumaat. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan. Ahmad Zahid berkata sukar bagi UMNO untuk menerima anggota yang mensabotaj parti. “Kita hanya terima anggota parti yang taat setia sahaja,” katanya. Beliau mengingatkan semua bekas wakil rakyat dan pemimpin parti supaya menggotakan janji mereka untuk akur dan bersetuju menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan mewakili BN. “Oleh yang demikian, jika ada yang tidak terpilih, jangan merajuk, jangan sabotaj parti dan jangan keluar parti. Perlu utamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi,” katanya. “Utamakan maruah parti berbanding dengan maruah diri sendiri. Inilah semangat kepartian yang harus ada kepada setiap pemimpin dalam parti komponen BN,” katanya. |
Kemelut Rebut Kawasan, Manifesto Pincang “Pakej” Pembangkang Berdepan PRU 13 Posted: 12 Apr 2013 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR 12 April – Pembangkang dilihat mempunyai pakej yang lengkap dalam berdepan pilihan raya umum ke 13 kali ini iaitu kemelut perebutan kawasan dan manifesto bukan janji yang penuh kepincangan. Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh berkata 'pakej' tersebut sudah pasti menjadi penilaian penting rakyat khususnya pengundi untuk membuat pilihan mereka. Jelas beliau lagi, perang merebut kawasan di kalangan pakatan pembangkang semakin sukar untuk diselamatkan lagi kerana masing-masing sudah mula mengugut antara satu sama lain. "Bukan saja di Johor malah boleh dikatakan semua negeri pakatan pembangkang kini berdepan masalah pembahagian kawasan pilihan raya", katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Kulai. Keadaan itu tambah beliau lagi menunjukkan pakatan pembangkang terdiri Pas, PKR dan DAP bukanlah pakatan yang tulen tapi hanyalah pakatan bermuka-muka yang penuh dengan sandiwara. "Hanya satu saja persamaan antara mereka iaitu masing-masing mahu kejar kuasa", ujarnya. Mengenai manifesto pembangkang pula beliau seterusnya berkata pembangkang boleh menjanjikan apa saja tetapi rakyat tidak akan lupa apa yang sudah berlaku selama lima tahun yang lalu. "Malah pemimpin mereka sendiri mengakui bahawa manifesto bukan janji, justeru apa guna manifesto baru mereka itu. Apakah rakyat boleh beri kepercayaan kalau manifesto itu bukan janji", soalnya. Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menjelaskan sungguh pun pakatan pembangkang kini terus pincang ianya bukanlah alasan untuk jentera BN mengambil mudah. "Saya percaya kita tidak akan berpeluk tubuh…sebaliknya menambahkan lagi keyakinan rakyat terhadap akujanji BN yang menyebabkan pembangkang cukup kelam kabut untuk masuk gelanggang pilihan raya. "Jika tidak cemas dan tidak kelam kabut, takkanlah mereka bersungguh-sungguh melemparkan pelbagai tohamahan terhadap aku janji yang BN keluarkan untuk rakyat meneliti pada pilihan raya umum nanti. Perebutan kerusi kalangan parti pembangkang nampaknya bukan semakin reda malah semakin berkecamuk dan makin kronik apabila terdapat pertindihan sesama mereka di beberapa kawasan di beberapa negeri. Di Pulau Pinang, Pas turut mengumumkan calonnya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Acheh sedangkan sebelum itu PKR telah menamakan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard di kawasan berkenaan. Di Kedah pula, DAP negeri berkenaan dilaporkan memberi kata dua kepada PKR agar memberi laluan kepada mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar pada pilihan raya umum akan datang jika ingin mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru menentang BN. Ini belum lagi tindakan PKR di Pahang yang isytihar akan menjadi calon Bebas di kawasan yang ditandingi PKR sendiri. Malah di Sabah dan Sarawak juga difahamkan pembahagian kerusi masih belum ada penyelesaian. Begitu juga di Perlis Pas, PKR dan DAP sudah mula berperang merebut kawasan yang didakwa milik masing-masing. -MediaUMNO |
Kelantan BN Manifesto Represents Youths’ Aspirations – State Youth Activists Posted: 12 Apr 2013 03:30 AM PDT KUALA KRAI, April 12 – Youth activists in Kelantan are optimistic about the Kelantan BN manifesto which they believe represented their aspirations. The sentiment stemmed from their dissatisfaction at being neglected by the PAS-led state government in the last five years. Kuala Krai District Youth Council (MBJ) chairman Saupi Tengah said he looked forward to the transformations for youths, that the BN had pledged in its state manifesto. “This is especially so for youth organisations at the village level, which do not have sufficient funds to carry out programmes that can promote unity among them at the grassroots,” he said when met here today. In the Kelantan BN ‘Akujanji’ manifesto themed, ‘Rakyat Dihati Janji Ditepati’ launched by state BN chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed yesterday, the coalition pledged to bring about a substantive change for the youth in the state as an assurance for their future. Apart from the promise to provide 30,000 jobs in the next five years, Kelantan BN also pledged to produce more ‘imam’ and Muslim theologians, set up the Kelantan Youth Academy, provide special funds in the form of grants and loans for young entrepreneurs, and empower state youth organisations. The state BN also pledged to set up extreme sports activity centres, incubators to market merchandise produced by youths, and build a motorcycle circuit. Youth activist Baihaqi Che Man, 26, said the BN’s pledge to provide more employment opportunities would encourage intellectuals among the youths who had left home to work elsewhere, to return and serve their own state. “It is hard for the qualified youths to find suitable jobs in Kelantan, that’s why they go away. This has caused Kelantan to become more backward as the young people couldn’t contribute to their state’s development,” Baihaqi opined |
Manifesto Aku Janji Dengan Manifesto Bukan Janji Adalah Dua Perkara Yang Jauh Berbeza Posted: 12 Apr 2013 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan hari ini menyangkal dakwaan pembangkang dan menyifatkan kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) meniru manifesto Pakatan Rakyat (PR) sebagai tidak berasas kerana 17 perkara yang diketengahkan dalam manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat berbeza dengan manifesto pembangkang. "Dalam isu manifesto ini, kerajaan BN bukan kali pertama membentangkan manifesto, berbeza dengan pihak pakatan, kita (BN) buat aku janji ini setiap kali pilihanraya, kita laksanakan dan kita tunaikan. “Manifesto kita sangat relevan, praktikal dan realisitik. Apa yang penting, rakyat merasa janji-janji yang dibuat itu, ditunaikan, ditepati berbanding dengan manifesto yang dibuat oleh pakatan pembangkang, kita ambil contoh di Selangor, manifesto dibuat tetapi akhirnya Menteri Besar berkata, manifesto bukan janji," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. Tambahnya, bila bentangkan manifesto macam-macam perkara yang dijanjikan, kebajikan, pendidikan, bantuan-bantuan dan pelbagai janji lagi tetapi semuanya tidak dilaksanakan, malah janji air percuma pun walaupun dibuat, namun tidak dilaksanakan sepenuhnya. "Kita boleh membuat perbandingan antara manifesto pakatan pembangkang dengan aku janji BN. Apa yang dijanjikan oleh BN, tidak pernah tidak mengambil kira kebajikan dan kepentingan rakyat, malah kali ini kos sara hidup dijadikan sebagai asas dalam aku janji BN yang dilancarkan baru-baru ini. “Ini sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat, berbeza dengan janji bulan dan bintang oleh pakatan pembangkang, PKR dan parti-parti yang sekutu dengannya," ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). -MediaUMNO |
Video Seks Pemimpin Pakatan Satu Kifarah Allah? Posted: 12 Apr 2013 02:12 AM PDT Hampir sedekad yang lalu, kolumnis Massa, Baharom Mahusin, menulis yang lebih kurangnya begini, "bahawa budaya politik kurang ajar, biadap dan lucah dalam kempen politik disuburkan oleh pembangkang dan diikuti oleh penyokong UMNO." Beliau menulis demikian ketika mengulas senarai undian laman ini mengenai tindakan penyokong Pas membakar trak polis di ceramah Pas di Kampung Kubang Bot, Kuala Ketil, Kedah pada tahun 2002. Hari ini, Majalah Massa yang terkenal suatu ketika dahulu telah "mati" bersama budaya politik murni yang cuba diterapkan oleh Baharom Mahusin. Namun isu kurang ajar, biadap dan lucah yang dimulakan oleh laman-laman pro-Anwar seperti Mahazalim, Mahafiraun dan disambut oleh Mykmu.net (dulunya dikenali sebagai kmu.net.my) masih berterusan. Yang berbeza hanyalah pemainnya. Jika dahulu ada Mykmu, Mahazalim, Tranungkite, Mahafiraun, sekarang kita ada Parpukari, Papagomo, Rbfonline, Medan Info Kita, Milo Suam dan lain-lain. Jika dulu paling hebat pun hanyalah video Anwar Ibrahim menari, Anwar Ibrahim menipu kononnya sakit; hari ini 'Anwar Ibrahim' berbogel pun sudah masuk ke dalam ruang siber. Ini adalah budaya yang sangat kasar, biadap dan tidak bertamadun. Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan budaya ini. Saya percaya mykmu.net juga tidak bersetuju, kerana itulah mereka menarik balik gambar individu yang menyerupai Setiausaha Agung Pas, Dato Mustapha Ali dalam portal ini. Namun saya juga percaya apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO hari ini di ruang siber adalah hasil didikan budaya politik kotor Pas, DAP dan PKR sejak berpuluh tahun lalu. Budaya tuduhan seks bukan perkara baru. Para penyokong UMNO terpaksa bertindak balas terhadap tuduhan dan fitnah melampau yang dilontarkan kepada Pakatan ke atas para pemimpin kami. Pada 1990-an DAP menuduh Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, mempunyai hubungan seks dengan gadis bawah umur. Dengan sokongan oleh orang tertentu di dalam UMNO, Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tersebut di muka hadapan. Seterusnya tuduhan ini tersebar di seantero dunia. Siapakah yang memulakan budaya ini? DAP! Ramai penganalisis politik percaya bahawa Anwar Ibrahim terbabit dalam komplot menjatuhkan Rahim. Tanpa Anwar yang menguasai Utusan Malaysia tidak mungkin Rahim akan diserang sedemikian rupa. Rahim terpaksa meletak jawatan, menanggung aib. Sungguhpun dihadapkan ke Mahkamah dan dibebaskan, hanya selepas Anwar Ibrahim dipecat, barulah gadis terbabit muncul menafikan tuduhan tersebut. Ketika itu, tiada empat saksi, tiada rakaman video besi, tiada air mani; tetapi penyokong Pas memilih untuk mempercayainya. Jika kena atas kepala pemimpin UMNO, cukup sekadar kenyataan lidah yang tidak bertulang untuk mengesahkan. Sebaliknya, apabila Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dan seks luar tabie pada 1998, kenyataan bersumpah mangsa yang akil baligh dan waras tidak diterima oleh mereka. Air mani yang ada di atas tilam juga tidak cukup kepada mereka. Hanya kerana Anwar berada dalam kumpulan mereka ketika itu, semuanya mesti memenuhi syarat kesaksian yang ketat. Allah maha kuasa, pada tahun tahun 2000, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abu Hassan Omar dituduh mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya sehingga mempunyai anak luar nikah. Abu Hassan menafikan ini. Suami adik ipar Abu Hassan, seorang mualaf yang menggunakan nama Abu Hassan, juga menafikannya. Namun Pas memilih untuk terus berceramah dan menulis membelasah Abu Hassan sebagai pemimpin UMNO yang bergelumang maksiat. Abu Hassan mengambil pendirian keluarga lebih utama daripada kerjaya politik beliau. Beliau memilih untuk tidak lagi membenarkan anak-anakynya dan anak-anak adik iparnya menjadi mangsa politik jahat dan memalukan yang dijalankan oleh Pas, Dap dan PKR ketika itu. Akhirnya beliau meletak jawatan. Tidak pula ketika itu ketiga-tiga parti ini meminta sebarang bukti mahu pun saksi seperti mana yang dituntut oleh syariat Islam. Lihat betapa hipokritnya manusia-manusia Islam di dalam Pas dan PKR. Kemudiannya sekitar tahun 2006, giliran Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pula menjadi mangsa. Beliau dituduh mempunyai hubungan sulit dan kemudiannya membunuh seorang gadis warga Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu. Ketika ini Pas, PKR dan DAP sekali lagi menjadi juara menuduh dan memfitnah Perdana Menteri. Seluruh negara mereka berceramah membuat tuduhan tersebut. Sekali lagi mereka tidak memerlukan sebarang saksi mahu pun bukti untuk mengesahkan tuduhan mereka. Malah lebih teruk, Ketua Penerangan PKR ketika itu, Tian Chua telah menerbitkan sekeping gambar "superimpose" menunjukkan Najib sedang makan malam bersama Altantuya dan Razak Baginda. Biarpun Mohd Najib telah bersumpah bahawa beliau tifdak mengenali wanita tersebut, Pas sebagai parti memperjuangkan Islam langsung tidak peduli. Politik "character assassination" tetap diutamakan tanpa mengambil peduli pesanan agama. Kemudian pada 2008, muncul pula rakaman video hubungan sulit Datuk Seri Chua Soi Lek dengan perempuan simpanannya. Sekali lagi tiga sekawan ini (Pas, Dap dan PKR) mendesak Chua Soi Lek meletak jawatan walaupun rakaman video tersebut sangat rendah kualiti dan tidak begitu jelas. Soi Lek sebagai lelaki dengan berani mengakui rakaman tersebut adalah dirinya. Beliau meletak jawatan. Sekali lagi kerana ia terkena pemimpin Barisan Nasional, mereka tidak perlukan sebarang saksi dan bukti yang konkrit. Mungkin kerana Allah itu maha kuasa, sekali lagi kumpulan yang berlagak holier-than-thou ini ditunjukkan jalan kebenaran. Video klip Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita bukan isterinya tersebar melalui papagomo.com. Rakaman tersebut bukan sahaja jelas malah ada saksi dalam rakaman tersebut yang mengakui orang tersebut adalah Anwar Ibrahim. Saksi tersebut ialah Datuk Eskay, sahabat baik Anwar sendiri. Sekali lagi kumpulan penjual agama dan moral ini menukar pendapat mereka sekelip mata. Rakaman video tidak boleh dijadikan bukti. Ia hanyalah besi. Sekarang muncul lagi rakaman-rakaman video yang sangat menghairahkan dan lucah membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Apakah para jurublog (bloggers) pro-UMNO "jahat dan kotor" kerana menyiarkannya? Jika mereka ini bersalah apakah yang Pas, DAP dan PKR buat sejak berdekad yang lalu tidak salah? Menuduh orang tanpa bukti tidak salah, tetapi bila menyiarkan kejahatan, kerakusan dan kesyaitanan pemimpin Pakatan adalah salah? Kami hanya mengikut rentak yang dipalu oleh pemimpin Islam dalam Pas dan PKR sahaja. Mereka yang akan mengundi dalam pilihan raya akan datang tidak harus terpengaruh dengan usaha menagih simpati kononnya UMNO dan Barisan Nasional melakukan taktik kempen yang kotor dalam pilihan raya kali ini. Hakikatnya, kami hanya belajar dari para pemimpin Pas, PKR dan DAP. Cuma kami memberi kebenaran, mereka memberi khabar angin. Para pejuang maya pro-BN hanya membalas balik apa yang pemimpin Pakatan lakukan kepada pemimpin BN sejak berdekad yang lalu. Adilkah menyalahkan Barisan Nasional atas budaya politik yang dicipta oleh Pakatan sendiri? Jika kita mahu membersihkan pilihan raya pada masa-masa akan datang dari taktik kotor dan lucah sebegini, rakyat harus mengundi Barisan Nasional dan ‛menyahkan' pemimpin hipokrit dalam Pakatan. Muhasabahlah bahawa kemunculan video skandal seks terbaru membabitkan pemimpin Pakatan ini mungkin merupakan satu kifarah Allah terhadap mereka yang selama ini 'membelasah' moral pemimpin BN sehingga seolah-olah para pemimpin BN terutamanya UMNO ini begitu jijik, busuk dan hina dan mereka sesuci-suci manusia. Ab Jalil Backer (mykmu.net) |
Manipulasi Kenyataan Tun Musa Contoh Klasik Sikap Tidak Bermoral Pembangkang Posted: 12 Apr 2013 01:33 AM PDT LENGGONG, 12 April – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, memang telah menjadi perangai dan sifat pakatan pembangkang yang suka memutar belitkan pelbagai perkara dan isu demi mencapai matlamat mereka. Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas tindakan pakatan pembangkang yang memanipulasi kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Baru-baru ini Tun Musa telah meminta agar pihak terbabit menghentikan perbuatan mengeksplotasikan kenyataan beliau berkenaan manifesto pakatan pembangkang. Ulas Shamsul Anuar, walaupun menyedari bahawa perbuatan mereka itu tidak betul namun pakatan pembangkang akan tetap mempertahankan apa yang telah putarbelitkan itu adalah benar. "Walaupun penafian dibuat oleh pihak yang berkenaan namun pakatan pembangkang tidak akan peduli. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan terhadap kenyataan Tun Musa sehinggakan mereka sanggup membina papan tanda semata-mata untuk megelirukan rakyat. "Ini kerana apa yang penting bagi pakatan pembangkang adalah mengelirukan rakyat dan bukan menyatakan yang sebenar," ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah beliau, Tun Musa Hitam telah membuat dan memberi maklum balas bahawa kenyataan beliau telah diputar belit. Seharusnya tambahb beliau lagi media pakatan pembangkang yang melaporkan perkara ini mesti bertanggungjawab dan memohon maaf atau membetulkan semua kenyataan mereka. "Pada saya pakatan pembangkang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Ini jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik sekaligus menjelaskan bahawa mereka tidak mampu menjadi kerajaan yang baik seperti yang terbukti di beberapa negeri yang dikuasai mereka. "Kalau inilah sikap mereka, bagaimana mereka mahu yakinkan rakyat bahawa pakatan pembangkang adalah sebuah parti yang baik dan mampu menjadi kerajaan yang bertanggungjawab. Mereka hanya ambil sikap lepas tangan. Setelah Tun Musa mengeluarkan kenyataan balas dan meminta agar papan tanda tersebut diturunkan mereka hanya mendiamkan diri. "Sedangkan sebelum ini mereka begitu gah menggunakan kenyataan Tun Musa. Adakah ini sikap yang boleh kita banggakan? Patutkan rakyat mempercayai mereka dan seterusnya melantik mereka menjadi pemimpin… oleh itu saya berharap rakyat tidak membuat kesilapan semasa membuang undi pada 5 Mei nanti," ulasnya lagi. – MediaUMNO. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment