UMNO Online - “Perang Dalaman Pakatan Makin Sukar Sekat Lonjakan Kemaraan BN” plus 9 more |
- Perang Dalaman Pakatan Makin Sukar Sekat Lonjakan Kemaraan BN
- Anwar Tak Boleh Tipu Semua Orang Dalam Satu Masa
- Greater Freedom Enjoyed By Malaysians Since 2008 Being Threatened, Says Musa Hitam
- BN – Hindraf MoU Shows BN’s Transparency And Opennes, Says Maglin
- “Saya Cikgu Zubir, Bukan Datuk Zuber” – Calon BN Kuala Terengganu
- Tengku Rethwan Tarik Diri, Abdul Halim Calon Baharu BN DUN Seri Setia
- Polis Terengganu Terima Laporan Berhubung Video Seks Mirip Pemimpin Pembangkang
- Bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Daud Taha Meninggal Dunia
- Nominations Results Expected By Noon – EC
- Sultan Perak Reminds Politicians To Display Political Maturity When Campaigning In Polls
Perang Dalaman Pakatan Makin Sukar Sekat Lonjakan Kemaraan BN Posted: 19 Apr 2013 06:15 AM PDT Lonjakan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin ketara. Sejak pengumuman pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu serta penyerahan watikah kepada calon-calon samada bagi peringkat parlimen atau dewan undangan negeri, mood atau gerakrasa rakyat amat dirasai menyebelahi BN. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor antara lain Aku Janji BN yang bukan sahaja berfungsi sebagai manifesto tetapi menjangkau ikatan janji kerajaan BN untuk terus memakmurkan negara dan rakyat melalui dasar, program, perancangan yang tela, sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun akan datang. Ketokohan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendepani dan memimpin pelaksanaan program transformasi telah terbukti kejayaannya melihat kepada respons rakyat daripada setiap lapisan masyarakat. Rasa puas hati dan seronok di kalangan rakyat yang benar-benar mendapat pelbagai bentuk bantuan serta pertolongan daripada kerajaan adalah bukti kukuh penerimaan baik segala program yang telah diimplementasikan. Selain itu, rakyat juga telah sedar kemelut berpanjangan di antara PKR, Pas dan Dap terutamanya dalam isu pengagihan kerusi merupakan bukti jelas tidak ada muafakat dan kerjasama yang ikhlas dan berpanjangan seperti BN. BN telah mengambil masa yang lama meneliti setiap bakal calon yang berpotensi mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke 13 berdasarkan kepada templat atau formula yang telah digunapakai pada pilihan raya sebelumnya. BN mahu memastikan sebagaimana tegas Perdana Menteri bahawa calon yang dipilih adalah ‘winnable’ atau boleh menang dan bukannya calon angkat muat atau ala kadar. Keadaan inilah yang sedang melanda pakatan pembangkang sekarang di mana berlaku perselisihan dan konflik yang parah dalam isu pembahagian kerusi. Setiap parti pembangkang mahu muncul sebagai parti yang paling banyak merangkul kerusi parlimen dan DUN bagi calon mereka dan ini menyebabkan pergaduhan hebat di peringkat bawahan. Demonstrasi demi demonstrasi dilakukan kerana ahli-ahli parti tidak menyetujui pilihan pucuk pimpinan atasan berhubung pemilihan calon. Ini menyebabkan jentera pilihan raya pembangkang di banyak kawasan terjejas teruk malah ada operasi bilik gerakan telah ditutup terus. Pemimpin-pemimpin pembangkang juga bertempiaran meninggalkan kawasan yang pernah mereka wakili dahulu pada PRU 2008.
Atas nama strategi politik sekali pun, tindakan mereka jelas menunjukkan pemimpin pembangkang hanya mementingkan kerjaya dan masa depan karier politik mereka sahaja sementara rakyat hanya dijadikan alat untuk mendapat undi dan kuasa. Tindakan pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang berserta beberapa tokoh parti itu ang berhijrah ke Johor kononya untuk menawan negeri itu dilihat sebagai perbuatan harakiri yanbg bakal menguburkan parti. Mungkin Dap sudah berasa terlalu angkuh, besar kepala dan mempunyai keyakinan terlalu tinggi untuk menawan negeri kelahiran UMNO itu tetapi jalannya amat sukar sekali. Kit Siang mengkritik MCA kerana kononnya parti itu tidak berani berdepan dengannya tetapi hakikatnya beliau sudah gugup daripada awal untuk bersaing dengan Menteri Besar Johor sebagai calon. Begitu juga dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah serius pertentangan dalaman parti berhubung calon pilihan beliau. PKR kini bergolak terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana isu calon dan sudah ada indikasi akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru jasil rasa tidak puas calon-calon pembangkang yang tidak terpilih. Pas juga tidak terkecuali daripaa menghadapi masalah dalaman parti menjelang hari mengundi pada 5 Mei depan.
Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dilihat sebagai liabiliti besar kepada Pas walaupun beliau disanjung oleh sesetengah ahli parti. Sokongannya terhadap Anwar secara membabi buta dan fanatik sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang menyebabkan rasa tidak puas sebilangan besar anggota dan pimpinan Pas. Skandal video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali amat memalukan parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Dengan perlakuan seorang pimpinan kanannya seperti Mustaapa sudah tentu imej Pas akan terjejas teruk dari segi keyakinan rakyat. Hakikatnya pembangkang tidak melayak mengelar diri mereka sebagai juara rakyat kerana yang diperjuangkan sebenarnya ialah agenda peribadi pemimpin-pemimpin mereka yang diselaputi pelbagai masalah peribadi dan kepimpinan. Mr Beruang Biru |
Anwar Tak Boleh Tipu Semua Orang Dalam Satu Masa Posted: 19 Apr 2013 06:06 AM PDT Sejak menang di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak henti-henti berkempen untuk menakluki Putrajaya pula. Langkah terbesarnya ialah untuk mendapat tempat dalam Dewan Rakyat. Maka isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh sebanyak tiga kali terpaksa meletak jawatan. Ini bagi mengizinkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil. Bagaimanapun agar senang Anwar menumpukan perhatian pada percaturan politik, Wan Azizah terus memegang jawatan Presiden PKR. Langkah kedua Anwar ialah menggemparkan negara dengan janji bahawa menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2008, satu lembaran baru politik Malaysia akan terurai. Anwar semai harapan jadikan BN parti pembangkang negara Anwar melambung harapan rakyat bahawa buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, Barisan Nasional (BN) yang mewarisi gabungan parti Perikatan akan menjadi parti pembangkang negara. Selesai sambutan hari Malaysia tahun itu, harapan yang disemai Anwar tidak menjadi kenyataan. Namun kesilapan perhitungan itu tidak melunturkan semangat Anwar malah beliau menjadi semakin agresif. Sejak itu Anwar tidak pernah diam. Beliau menjelajah ke seluruh pelosok tanah air. Tanpa mengira siang atau malam, Anwar mengerahkan segala kudrat untuk menjadikan impiannya satu kenyataan. Di selang seli dengan pelbagai perbicaraan mahkamah, Anwar berusaha untuk meraih simpati rakyat betapa beliau difitnah. Anwar terus berikhtiar satukan DAP, PAS dan PKR Sisa hayatnya diisi dengan pelbagai strategi politik yang memang menjadi kepakarannya. Sejak itu Anwar menghabiskan masa berikhtiar bagaimana menyatukan DAP, PAS dan PKR untuk menjadi angkatan politik yang ampuh. Belajar daripada strategi 16 September 2008 yang gagal, Anwar akur bahawa beliau tidak boleh berharap pada ehsan saki baki wakil rakyat BN yang tidak setia untuk menguatkan angkatan yang dipimpinnya. Justeru Anwar tidak pernah melepaskan peluang untuk menyebarkan jenama politik perubahannya. Setiap ceramah, wawancara dan dialog akan disertainya. Tema besar kempennya ialah gabungan PAS, DAP dan PKR akan mengambil alih pemerintahan negara selepas PRU ke-13. Untuk itu Anwar menggembar-gemburkan betapa bertoleransi pakatannya. Kesaksamaan dan tolak ansur adalah kekuatan PR Sikap memberi dan menerima digambarkan sebagai teras Pakatan. Pemimpin-pemimpin PAS dan DAP juga terikut-ikut rentak Anwar bahawa kesaksamaan dan tolak ansur kononnya adalah kekuatan angkatannya. DAP bersedia bekerjasama dengan PKR dan PAS untuk menghantar mesej bahawa ia bukan parti cauvinis Cina. PAS pula sedia berkongsi platform politik dengan DAP dan PKR untuk membina persepsi bahawa PAS bukan untuk orang Melayu dan Islam sahaja. Sementara PKR pula berbaik dengan DAP dan PAS untuk menghunjam kepercayaan rakyat bahawa ia adalah peneraju gerakan politik yang sederhana, tidak perkauman dan adil. Anwar terkasima PAS dan DAP tiba-tiba bertukar warna politik Bagaimanapun tamak haloba politik, iri hati, dendam serta perkauman DAP, PAS dan PKR kini terserlah. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, Anwar Ibrahim terpaksa menukar corak kempennya. Daripada mengambil bahagian dalam siri ceramah yang berapi-api bersama PAS dan DAP, Anwar terpaksa berkubu dalam bilik mesyuarat PKR. Anwar perlu mencari jawapan mengapa tiba-tiba DAP dan PAS tiba-tiba bertukar warna politik. Strategi yang dilakar bersama selama lima tahun dibuang begitu sahaja. Masing-masing mahu suara dan kehendak mereka dipenuhi. PAS mahu tambah kerusi Parlimen. DAP mahu berebut kerusi Parlimen dan negeri dengan PKR. Semuanya bercempera. Sayugia diingat untuk menjadi "broker politik" Anwar banyak menabur janji baik pada PAS mahupun DAP serta ahli-ahli PKR sendiri. Kini apabila tiba saat menentukan calon gabungan PKR, PAS dan DAP, masing–masing menuntut hak yang dijanjikan Anwar. Anwar dan Azmin bertelagah Dalam minggu ini sahaja Anwar terpaksa tidak hadir dua ceramah penting di Segamat dan Kuala Lumpur. Kisah Anwar bertelagah dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan satu rahsia lagi. Esok, 20 April 2013 ialah Hari Penamaan Calon. Anwar masih dibelit masalah bertolak ansur dengan PAS dan DAP. Baru Anwar sedar bahawa kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Sungguhpun ketiga-tiganya masih berjarak 16 hari lagi hari mengundi dan kemungkinan memerintah Malaysia, masing-masing mulai tunjuk belang dan ketidak-telusan dalam kerjasama. Curiga mencurigai adalah nilai dan warna sebenar perkongsian PKR, PAS dan DAP. Pusar kecurigaan, malangnya, ialah Anwar Ibrahim yang masih tidak belajar dari falsafah bahawa "manusia tidak boleh menipu semua orang dalam satu masa". anwaraidc.com |
Greater Freedom Enjoyed By Malaysians Since 2008 Being Threatened, Says Musa Hitam Posted: 19 Apr 2013 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR, April 19 – Tun Musa Hitam has expressed concern that the greater freedom enjoyed by Malaysians since 2008 is being threatened during the current campaiging for the 13th General Election. “Even before the formal election campaign has begun (after the nomination day of April 20), it has now developed literally into a no-holds barred campaign,” Musa, who is the chairman of World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation, told Bernama in Surabaya recently when he attended the 2nd Regional WIEF Online Marketing Workshop. “All arguments are put simply in ‘black and white’ in ‘are you with me? Or are you against me?’…very, very, very black and white as I had never seen before,” he said. Referring to most political blogs, the former deputy prime minister said they had really been “worked up” through the choice of words or the dirt that had been dug out as though there was hatred in their expressions. “If this goes on, the freedom that seems to be flowering into full bloom of the democracy system has been threatened. If we don't watch it during the course of two weeks or so after the nomination day, the intensification of what I have noticed is very worrying,” he said. “This is something which every responsible politician… every politician who wants the country to be democratic, wants the country to be developed, wants the country to be respected, will have to avoid,” he said. Musa noted that the leadership on both sides should come to an understanding to get together and list the do's and don'ts like in the old days. “They need to do it even if they have not planned it,” he said. “I have been through many, many, many elections in my life since I was a political secretary way back early 1960s. (But) I have never seen so much emotions until now and sentiments are being provoked,” he said. Musa said that credit should be given to UMNO and Barisan Nasional (BN), which was headed by Tun Abdullah Ahmad Badawi then, for the “opening up” of the country in terms of the democratisation process in 2008 although it resulted in him (Abdullah) being a "victim" for giving greater freedom to the electorate. |
BN – Hindraf MoU Shows BN’s Transparency And Opennes, Says Maglin Posted: 19 Apr 2013 05:40 AM PDT KLANG, April 19 – The historic memorandum of understanding (MoU) signed between the Barisan Nasional (BN) and Indian pressure group once again showed the BN’s high transparency and openness, Deputy Information Communication and Culture Minister Datuk Maglin Dennis D'Cruz said today. He said it showed to the world the BN’s sincerity and willingness to work with any party in efforts to change the future of a particular community. Maglin, who is also the BN’s candidate for the Shah Alam state seat in Selangor in the 13th general election, said the signing of the MoU yesterday was very meaningful because the Hindraf leaders had finally recognised the BN struggle. “They realised that only the BN can change the fate and future of the Indian community in the country although they had accused the BN of failing to bring change to the Indian community in the past,” he told reporters after attending a function at the Kland district police station here. He said Hindraf’s open support for the BN was a slap in the face for the opposition because it showed that they were no longer accepted by Hindraf and the Indian community. Yesterday Hindraf chairman P. Waythamoorthy and BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor signed an MoU, entitled Hindraf-BN Five-Year Action Plan, which covered four main areas — upgrading estate workers and resolving the issues of non-citizenship and proveducational and business opportunities. |
“Saya Cikgu Zubir, Bukan Datuk Zuber” – Calon BN Kuala Terengganu Posted: 19 Apr 2013 05:10 AM PDT KUALA TERENGGANU, 19 April - Sebutan nama mereka adalah sama dan mereka bertanding di kawasan parlimen yang sama, tetapi seorang pada pilihan raya umum ke-13 dan seorang lagi lebih 20 tahun lepas. Keadaan itu menimbulkan sedikit kekeliruan apabila ramai yang menganggap calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu adalah calon kitar semula. Hakikatnya mereka adalah dua individu berbeza, calon baharu bagi kerusi parlimen itu pada PRU13 Mohd Zubir Embong, 49, adalah bekas seorang guru dan bukannya bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu pada 1986 Datuk Zuber Embong. “Memang menyulitkan kerana kepada yang belum kenal saya, mereka kata (saya) calon kitar semula, ada yang panggil saya Datuk, saya kata saya calon baharu dan hanyalah cikgu,” kata Zubir yang lebih mesra dengan panggilan cikgu Zubir. Beliau berkata kekeliruan itu dijangka dapat diatasi apabila beliau lebih banyak berjumpa pengundi selepas penamaan calon esok. Setakat ini sokongan daripada jentera parti di peringkat akar umbi memang sangat memberansangkan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mohd Zubir yang sebelum ini merupakan Ketua Sektor Pengurusan dan Akedemik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, berkata dengan adanya rekod cemerlang kerajaan BN hari ini beliau yakin pengundi di Kuala Terengganu akan memberi sokongan kepadanya. “Saya yakin kali ini kita boleh menang dengan adanya gerakan yang lebih bersepadu dan sepakat bersama empat lagi calon Dewan Undangan Negeri,” katanya. Pada pilihan raya umum 1986 Datuk Zuber (ketika itu Ketua Penerangan UMNO negeri dan bekas Ketua Penerangan Bahagian) mengalahkan calon Pas Datuk Mustafa Ali dengan majoriti 3,324 undi. Parlimen Kuala Terengganu merupakan kubu kuat BN sejak 1978 apabila enam kali memenanginya (1978, 1982, 1986, 1995, 2004 dan 2008) manakala Pas memenanginya dua kali (1999 dan pilihan raya kecil 2009). Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu dimenangi calon parti Semangat 46. |
Tengku Rethwan Tarik Diri, Abdul Halim Calon Baharu BN DUN Seri Setia Posted: 19 Apr 2013 04:44 AM PDT SHAH ALAM, 19 April – Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Tengku Rethwan Mansor yang sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada pilihan raya umum ke-13, menarik diri pada Jumaat. Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Tengku Rethwan telah menarik diri dan penarikan itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tengah hari ini. “Tengku Rethwan telah menarik diri dan surat penarikan diri telah dihantar kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. “Atas sebab itu, Pengerusi BN Selangor (Najib) telah pun bersetuju mencalonkan Datuk Abdul Halim Samad (Penyelaras BN DUN Seri Setia) sebagai pengganti dan beliau (Abdul Halim) akan menghantar borang penamaan calon esok pagi,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO di sini. Mohd Zin telah menyerahkan watikah pelantikan sebagai calon kepada Abdul Halim pada kira-kira 3.15 petang ini. Ketika ditanya mengenai sebab penarikan diri Tengku Rethwan, Mohd Zin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. “Biasalah dalam pilihan raya perkara ini memang selalu berlaku, sampai saat akhir memang akan ada pertukaran calon atau penarikan diri oleh calon-calon yang bakal bertanding,” katanya. Sementara itu, Abdul Halim, 46, berkata pencalonannya merupakan satu penghargaan buat dirinya dan beliau berterima kasih kepada Pengerusi BN yang mempercayai kepimpinannya. “Terima kasih kepada Pengerusi (Najib) dan Timbalan (Mohd Zin) BN Selangor yang melantik saya sebagai calon, saya juga mahu berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong kerja-kerja saya. “Walaupun dicalonkan pada saat-saat akhir, saya akan berikan yang terbaik dan memastikan kemenangan BN di sini (DUN Seri Setia),” katanya. |
Polis Terengganu Terima Laporan Berhubung Video Seks Mirip Pemimpin Pembangkang Posted: 19 Apr 2013 04:43 AM PDT DUNGUN, 19 April – Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan berhubung penyebaran video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin kanan parti pembangkang baru-baru ini. Laporan berkenaan dibuat pada 11.20 pagi Jumaat oleh seorang penduduk kampung berusia 46 tahun dari Paka di Balai Polis Dungun yang meminta polis mengambil tindakan dan menjalankan siasatan. Selain itu pengadu turut menggesa polis agar membuat siasatan terperinci perilaku yang tidak bermoral dan ketulenan video itu. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. Khamis lepas penduduk di sekitar Besut gempar setelah menemui sampul surat yang diletak di hadapan pagar rumah mereka mengandungi sekeping DVD serta gambar lucah.- |
Bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Daud Taha Meninggal Dunia Posted: 19 Apr 2013 04:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 April – Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Daud Taha hari ini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar pada 2.49 petang Jumaat. Menurut anak sulung Allahyarham, Andrina Daud, 41, berkata arwah bapanya, 73, dimasukkan ke HKL pada Selasa lepas akibat serangan angin ahmar dan terpaksa dipindahkan ke unit rawatan kecemasan pada pagi semalam sebelum disahkan meninggal petang ini. “Sebelum ini bapa saya tidak pernah menunjukkan tanda-tanda beliau menghidap angin ahmar dan saya amat terkejut serta tidak menyangka apabila beliau diserang penyakit itu pada Selasa lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama. Andrina berkata jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, selepas solat Isyak malam ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Kamariah Mahmud serta sembilan orang anak iaitu enam perempuan dan tiga lelaki serta 14 orang cucu. Andrina turut menyifatkan bapanya seorang yang tegas terhadap keluarga selain memiliki sifat penyayang. Beliau berkata Allahyarham sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau mengimpikan meninggal dunia pada hari Jumaat. Allahyarham Daud yang berasal dari Batu Pahat, Johor, mula menyertai Umno pada 1962 dan berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari West Australia Institute of Technology pada 1967. Allahyarham Daud juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dari 1984 hingga 1993 serta pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Awam dari 1985 hingga 1990. Jawatan terakhir Allahyarham di dalam kabinet ialah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 1990 hingga 1995. |
Nominations Results Expected By Noon – EC Posted: 19 Apr 2013 04:30 AM PDT PUTRAJAYA, April 19 - The Election Commission (EC) expects the nominations results, including whether or not there will be a contest for every parliamentary and state seat, to be known by noon tomorrow. The EC will also hold a press conference at its headquarters here to announce the results and issue the statistics of the nominations, including the number of contesting parties and candidates, independent candidates, male and female candidates, as well as the names of the youngest and oldest candidates. The press conference will be chaired by EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. The nomination process for the May 5 polls is expected to be concluded early after the EC abolished the process of protest during nomination and the three-day cooling off period to withdraw candidacy. A total of 222 nomination centres nationwide will be opened from 9am to 10am tomorrow to receive the nomination forms from the candidates contesting for 222 parliamentary and 505 state seats in the 13th general election. |
Sultan Perak Reminds Politicians To Display Political Maturity When Campaigning In Polls Posted: 19 Apr 2013 04:27 AM PDT KUALA KANGSAR, April 19 – The Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, has reminded political leaders to display high sense of responsibility and maturity when campaigning in the run-up to the May 5 general election. He said they should refrain from sensitive issues and arouse the people’s sentiments (to score political mileage). The Ruler conveyed his message in the speech by the Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, at the royal banquet hosted in conjunction with his 85th birthday at Istana Iskandariah here today. Raja Nazrin said Sultan Azlan Shah had reminded that matters pertaining to religion, race, culture and language, if exploited without a sense of responsibility, could harm the prevailing unity among the people. “He has urged his subjects to display prudent behaviour to ensure the survival of an independent and a sovereign nation. “We should uphold the democratic principles and practices maturely and responsibly,” Raja Nazrin said. Sultan Azlan Shah said he had trust and confidence in the wisdom and experience of the various institutions in the country, particularly the Election Commission and security forces, to ensure that the 13th general election was conducted smoothly and peacefully. Raja Nazrin said Sultan Azlan Shah had reminded that the peace and prosperity enjoyed by the nation and the people were blessings from God which should be preserved at all times. Sultan Perak, who has been following political developments in the run-up to the May 5 general election, reiterated that the royal household was apolitical. “In fact, Sultan Azlan Shah stressed the importance of the royal family in displaying their impartiality so that the ruler can play his role as a fair and just arbitrator to help solve a conflict or a dispute, if it arises,” he said. Raja Nazrin said the Sultan of Perak, who still needs to rest, conveyed his regards and that of Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, to his subjects for their prayers and well wishes for his speedy recovery. “Although he still needs to rest, Sultan Azlan Shah never neglected his responsibility to the state. He has asked his birthday to be celebrated in a symbolic manner as a mark of respect to the important role played by the Ruler and the royal household,” he added. Meanwhile, Sultan Azlan Shah’s 85th birthday celebrations were observed on a moderate scale, with the royal banquet attended by members of the royal family, state government and community leaders, heads of government departments and agencies as well as representatives of non-governmental organisaions. Yassin and Tahlil prayers were recited at the Ubudiah Mosque here before Friday prayers. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment