UMNO Online - “Semangat Jentera Wanita Kuala Kangsar Tidak Luntur Dan Berjalan Lancar” plus 9 more |
- Semangat Jentera Wanita Kuala Kangsar Tidak Luntur Dan Berjalan Lancar
- Dakwaan Calon PKR “Songsang” Bukti Pembangkang Tiada Kredibilti Jadi Pemimpin
- Video Lucah : UMNO Fail Saman Fitnah Terhadap Mustafa Ali Dan Dua Lagi
- Saya Undi BN Sejak Dulu – Dr. Juanda
- Rakyat Sabah Diseru Jadikan 5 Mei Ini Medan Tolak Pembangkang
- ‘Be A Gentleman’, Rais Tells Disgruntled BN Members
- Pengundi Bandar Tun Razak Jangan Buat Silap Besar 5 Mei Ini – Hassan Ali
- Kerajaan Pas Hanya Layak Gred E, Masa Untuk Kedah Kembali Kepada BN
- Proses ‘Menyucikan’ Mat Taib Pun Bermula
- Suraya Sifatkan Pencalonannya Kali Ketiga Pengiktirafan Kepada Wanita
Semangat Jentera Wanita Kuala Kangsar Tidak Luntur Dan Berjalan Lancar Posted: 23 Apr 2013 03:36 AM PDT KUALA KANGSAR, 23 April - Semangat gerak kerja wanita Barisan Nasional (BN), Jentera Jalinan Rakyat (JJR) di Kuala Kangsar, tidak luntur malah berjalan lancar serta menyokong penuh calon BN kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jentera wanita di sini tetap menampilkan semangat kesetiaan kepada parti walaupun pada mulanya mereka agak terkejut dengan tindakan bekas naib ketua wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di parlimen itu. “Jelas bahawa mereka (jentera wanita) manusia biasa, hari pertama (penamaan calon) memang terkejut (tindakan Datuk Kamilia) namun belum sempat saya nak redakan, situasi kembali seperti biasa pada hari kedua kerana mereka tahu kerja yang perlu dilakukan. “Saya pantau sendiri keadaan jentera wanita UMNO dan BN di sini (Parlimen Kuala Kangsar) dan mendapati mereka bersatu padu, satu suara, bekerja keras bagi menentukan kemenangan BN di kerusi Parlimen dan DUN dan dapat menambat hati serta sokongan rakyat untuk menang pada PRU13,” katanya selepas perjumpaan bersama jentera wanita Kuala Kangsar di sini hari ini. Katanya jentera wanita berjanji akan terus menyokong kepimpinan BN dan akan bekerja keras bagi menjamin kemenangan pada PRU13. Shahrizat berharap pengundi mengundi calon BN pada PRU13 memandangkan calon yang dipilih mampu berkhidmat dengan baik berdasarkan pengalaman dan latar belakang pendidikan. Dalam pada itu, Shahrizat turut mengingatkan golongan wanita yang bergiat aktif dalam arena politik supaya bersabar dan menghayati misi dan visi organisasi. Sementara itu, pemangku Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar Nor Rizan Subehi berkata jentera wanita Kuala Kangsar telah bersedia meneruskan perjuangan untuk membawa kemenangan pada PRU13. “Kami telah mula bergerak seperti biasa selepas hari kedua penamaan calon tanpa sebarang masalah,” katanya. Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, menggunakan lambang buku, dan akan bersaing dengan calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad serta Dr Khalil Idham Lim daripada Pas. |
Dakwaan Calon PKR “Songsang” Bukti Pembangkang Tiada Kredibilti Jadi Pemimpin Posted: 23 Apr 2013 03:20 AM PDT KULIM, 23 April – Pengakuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya meletakkan calon di kawasan ditandingi PKR membuktikan kemelut dalam pakatan pembangkang yang menunjukkan mereka tidak mempunyai kredibiliti untuk diangkat sebagai pemimpin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan Abdul Hadi terhadap kemungkinan ada calon PKR terlibat dalam jenayah serta berfahaman “songsang” jelas menunjukkan Pas menolak calon yang diletakkan sekutu sendiri dengan anggapan mereka sebagai tidak layak untuk dipilih rakyat. “Selain pertelingkahan antara Pas dan DAP yang tidak sepakat dalam banyak perkara, saya rasa pertembungan Pas-PKR ini agak boleh membawa kesan buruk pada negara kerana dalam soal kecil ini pun mereka tidak boleh capai kata sepakat. “Jadi, dalam isu ini mesej yang jelas bagi rakyat ialah mereka (pakatan pembangkang) tidak mempunyai kredibiliti untuk dipilih sebagai calon untuk disokong,” katanya mengulas dakwaan Abdul Hadi bahawa Pas mendapat maklumat ada calon sekutu dalam pakatan pembangkang yang menjual dadah jenis pil kuda. Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, Terengganu malam kelmarin turut mendakwa calon berkenaan menjulang gambar tokoh berfahaman komunis Joseph Stalin, Vladimir Lenin dan Karl Marx. Bercakap pada sidang media selepas merasmikan bangunan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulim Bandar-Baharu di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata apa yang berlaku itu membuktian bahawa tiada pakatan di sebalik nama “pakatan rakyat” yang dibanggakan pakatan pembangkang. “Rakyat kena faham kerana terbukti pakatan pembangkang sebenarnya tidak sepakat kerana hendak menentukan perkara sekecil itu pun mereka tiada muafakat,” katanya. Berhubung kesan kepada kempen BN bagi pilihan raya umum ke-13 ini selepas pemecatan 61 anggota Umno yang bertanding sebagai calon Bebas, Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata pihaknya telah mengarahkan pemimpin di bahagian-bahagian tertentu supaya memberikan perhatian khusus kepada isu berkenaan. Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memastikan keadaan yang berlaku tidak mengganggu kelancaran kempen dan membawa kesan negatif kepada keputusan calon yang dipertaruhkan BN. “Kita tahu keadaan ini memerlukan kita menanganinya segera dengan member tumpuan dan memantau keadaan di kawasan-kawasan tertentu tetapi sebenarnya sebahagian daripada mereka yang bertanding (calon Bebas) adalah anggota biasa UMNO, hanya enam orang yang berjawatan,” katanya. Mengenai potensi untuk BN kembali menawan Kedah, Muhyiddin berkata peluang kini terbuka luas kerana daripada tinjauan yang dilakukannya dan laporan yang diterima menunjukkan rakyat hanya menunggu tarikh 5 Mei untuk mengundi BN. Beliau berkata di sebalik reaksi positif rakyat, jentera dan calon BN tetap perlu memberi sepenuh tumpuan dengan melakukan gerak kerja yang teratur di seluruh negeri memandangkan tempoh waktu ke hari pengundian masih panjang. “Kita tidak boleh terlalu yakin kerana kita tahu cabaran yang ada adalah hebat dan tidak boleh ‘under estimate’ tentang kekuatan lawan. “Tetapi apa pun yang penting ialah sikap para pengundi yang cukup luar biasa di mana bahasa badan, kenyataan dan keghairahan untuk menyambut kedatangan pemimpin boleh memberi gambaran amat penting mengenai sokongan kepada BN,” katanya. |
Video Lucah : UMNO Fail Saman Fitnah Terhadap Mustafa Ali Dan Dua Lagi Posted: 23 Apr 2013 02:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April - UMNO telah memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini. Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak UMNO semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Pihak media memperoleh salinan writ itu hari ini. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili UMNO hari ini memberitahu bahawa UMNO memfailkan saman itu atas alasan artikel berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci. “UMNO mahu menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor ini dan tidak terlibat langsung,” katanya dan menurutnya UMNO juga mahu mendapatkan keadilan. Dalam writ itu, UMNO menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan ketua pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga. UMNO memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap UMNO dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah. UMNO mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di laman portal www.malaysiakini.com. UMNO juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah UMNO di ceramah awam di markas Pas Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai UMNO di laman portal HarakahDaily.net. UMNO mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa UMNO yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, UMNO sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu. Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO tanpa menghiraukan sensitiviti. UMNO berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia. UMNO mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star. Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12 April lepas telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net. UMNO mendakwa pada 15 April lepas, UMNO melalui peguam caranya, Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif. Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi UMNO telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia. |
Saya Undi BN Sejak Dulu – Dr. Juanda Posted: 23 Apr 2013 01:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menegaskan bahawa undi beliau bukanlah satu rahsia kerana sejak dahulu lagi beliau sememangnya telah memilih Barisan Nasional (BN). Jelasnya, ramai orang yang hanya tahu mengkritik tetapi apa yang dikritiknya dan bagaimana untuk melakukannya tidak pernah difikirkan. "Agama perlu ditegakkan tetapi siapa orang yang menegakkan agama itu? Negeri yang nak buat hudud pun sampai sekarang masih tak laksanakannya walaupun sudah berpuluh tahun berlalu dan mentadbir kerajaan. "Sebut orang ini tak buat ini, orang itu tak buat itu memang mudah tapi orang yang faham perjuangan dakwah Nabi SAW tahu bahawa Nabi tidak suka salahkan orang lain kerana Nabi akan nasihat, beri penerangan, beri penjelasan dan sekiranya diterima alhamdulillah tetapi jika tidak maka diusahakannya lagi," katanya. Beliau turut mengulas berkaitan slogan 'ubah' yang diketengahkan oleh pihak pembangkang yang mana sentiasa diaplikasi kerana sebagai orang Islam setiap hari inginkan perubahan. "Setiap hari ada perubahan-perubahan yang dianjurkan oleh pihak pemerintah dan sentiasa berlaku, memang tidak dinafi ada kurang sana, kurang sini tapi konsep nasihat, kalau ada yang kurang beritahu, adukan masalah dan bukannya menyalahkan orang lain," tegasnya lagi. Beliau berkata demikian dalam ceramah bersama penduduk dan calon BN sempena Program Mesra Rakyat di Bandar Tun Razak, semalam. Sebelum ini, pakatan pembangkang khususnya Pas membayangkan bahawa Dr. Juanda adalah antara ulama yang bakal menjadi calon mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini. - MediaUMNO |
Rakyat Sabah Diseru Jadikan 5 Mei Ini Medan Tolak Pembangkang Posted: 23 Apr 2013 01:27 AM PDT KUALA PENYU, 23 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Sabah menjadikan pilihan raya umum 5 Mei ini sebagai medan untuk menolak pembangkang yang memutar belit isu keselamatan dan keamanan di Sabah sebagai satu sandiwara. Najib menegaskan hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu memberi jaminan berhubung soal keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah. “Rakyat Sabah harus menyatakan (tolak pembangkang) 5 Mei ini. Ini (kedaulatan Sabah) mesti dipertahankan kerana ia lebih besar daripada soal pembangunan, lebih besar daripada (janji) jalan tar yang dikotakan. “…Ini bukan soal kerusi (kawasan) tapi soal maruah dan kedaulatan Sabah di bumi Malaysia yang BN berjanji tetap dipertahankan dengan nyawa sekalipun,” katanya ketika berucap pada majlis jerayawara Yayasan Sabah bersama rakyat di pekan Kuala Penyu di sini Selasa. Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 8,000 rakyat pelbagai lapisan itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga calon BN untuk Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, calon kerusi DUN Klias, Isnin Aliasneh dan calon muka baharu DUN Kuala Penyu, Limus Jury. Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakyat Sabah tidak harus berfikir panjang dalam menilai pembangkang kerana mereka sebenarnya sudah bijak membuat pilihan. “Peristiwa (pencerobohan pengganas di) Lahad Datu seharusnya jadi iktibar yang mana orang yang kemaruk kuasa dan mempersoal kedaulatan negara tidak boleh dibenarkan berjaya,” katanya. Najib menarik perhatian bahawa kerajaan BN berjaya membawa kemakmuran menerusi program transformasi yang merupakan pendekatan lebih bermakna berbanding reformasi laungan pembangkang yang tidak membawa apa-apa kemajuan. Sambil mengulangi manifesto BN lebih merupakan aku janji untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, beliau memuji manifesto tambahan BN Sabah yang turut mengandungi kad laporan kerajaan negeri. Menurutnya, berdasarkan kad laporan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Musa berjaya melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat Sabah, termasuk mengurangkan kadar kemiskinan. |
‘Be A Gentleman’, Rais Tells Disgruntled BN Members Posted: 22 Apr 2013 11:16 PM PDT JELEBU, April 23 – Barisan Nasional (BN) leaders and members who were dropped or not chosen as candidates in the polls should accept the decision with an open heart and continue to serve the party, said Jelebu Umno division head Datuk Seri Dr Rais Yatim. Describing disgruntled leaders and members who chose to contest as Independents as most ungentleman-like, he said their attitude should not be emulated. “We must fight in the ring to the rhythm or sway to the music. If you care for the party, you should not be envious against those chosen and continue to give commitment to the party,” he said at a dinner and thanksgiving prayer at Kampung Gagu here, last night. Rais, who is Information, Communications and Culture Minister and incumbent member of parliament for Jelebu, said despite being sidelined, he would continue to campaign for BN candidate in Jelebu Zainuddin Ismail. Meanwhile, Zainuddin said he learned a lot from Rais on campaign strategy on how to engage voters to win their hearts and how to avoid rhetoric. At the event, Rais presented special aid to BN candidates contesting in the Jelebu parliamentary and state seats. |
Pengundi Bandar Tun Razak Jangan Buat Silap Besar 5 Mei Ini – Hassan Ali Posted: 22 Apr 2013 10:59 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 April – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hassan Ali mengajak pengundi Bandar Tun Razak untuk tidak melakukan kesilapan dalam membuat satu keputusan besar pada 5 Mei ini. Justeru beliau menyeru agar pengundi mengundi calon yang benar-benar boleh diharap menerusi parti Barisan Nasional (BN) demi membina sebuah negara yang aman dan makmur, demi masa depan yang lebih cerah kepada generasi yang akan datang. "Tan Kok Eng merupakan calon muda dari BN yang jauh lebih baik dan bertanggungjawab dari calon dari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menjadi wakil rakyat selama lima tahun mewakili Bandar Tun Razak. Apa yang dia buat selama 5 tahun ini? “Adakah rakyat dan pengundi Bandar Tun Razak benar-benar mendapat manfaat atas jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini”, katanya ketika menyampaikan ceramah di Flat Seri Melaka, Bandar Tun Razak di sini, malam tadi. Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) berkata ggenda besar JATI adalah membantu dan menyokong penuh BN pada PRU13 ini. “Kita akan laksanakan roadshow di 27 kawasan di mana pemimpin-pemimpin utama pakatan pembangkang bertanding, kita akan beritahu kepada rakyat untuk menolak semua calon dari pakatan ini. “Pada masa yang sama, kita akan menjelajah ke 22 parlimen yang mana pemimpin BN bertanding, kawasan-kawasan panas yang kita akan panaskan pula semangat perjuangan untuk memberi kemenangan kepada calon-calon BN," ujarnya. Tegas beliau terlalu banyak masalah dalam pakatan pembangkang ini dan hakikatnya, Pas hari ini tidak dapat diharapkan lagi, kerana Anwar Ibrahim telah membuatkan parti itu tergelincir dari landasan. "Pas tidak akan menjadi tongak pembangunan Islam di Malaysia. Golongan Anwarinas atau parasit dalam Pas ini membentuk proksi Anwar dalam Pas, hingga Pas hilang tulang belakang, hilang arah tuju perjuangan. Pas menjadi kuda tunggangan kepada DAP, kuda tunggangan kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan kuda tunggangan Karpal Singh. “PKR pula parti yang tidak ada dasar, parti yang tidak mempunyai pendirian, perjuangan PKR hanya mahu meletakkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. “Begitu juga dengan DAP, melalui 30 tuntutan mereka, antaranya menghapuskan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam Perlembagaan, mereka juga mahu menjadikan Malaysia sebuah sebuah negara republik selain mahu mencantumkan semula antara Malaysia dan Singapura, siapa di belakang mereka dalam usaha-usaha tersebut," ujarnya yang juga mantan Pesuruhjaya Pas negeri Selangor. -MediaUMNO |
Kerajaan Pas Hanya Layak Gred E, Masa Untuk Kedah Kembali Kepada BN Posted: 22 Apr 2013 10:13 PM PDT JITRA, 23 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya umum ke-13 ini ialah masa terbaik untuk rakyat Kedah kembali kepada Barisan Nasional (BN) kerana lima tahun akan datang, Kedah akan dibawa sama dalam sebuah negara Malaysia yang berpendapatan tinggi di bawah BN. Timbalan perdana menteri berkata Kedah tidak harus ketinggalan dalam usaha ini setelah kerajaan negeri Pas gagal melaksanakan tugas mereka sepanjang lima tahun untuk membangunkan Kedah. Kalau ikut kad laporan, Kedah hanya layak mendapat gred E- kerana kerajaan negeri gagal membangunkan negeri ini, katanya dalam ucapan semasa menyempurnakan majlis peletakan batu asas cadangan pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di Sanglang dekat sini hari ini. Beliau berkata selepas pakatan pembangkang gagal mentadbir negeri Kedah, rakyat perlu menukar kerajaan kepada BN untuk tempoh lima tahun akan dating kerana tempoh itu cukup penting bagi BN yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi termasuk Kedah. Lima tahun bukan mudah, oleh itu kerajaan pakatan pembangkang yang tidak mampu membangunkan negeri ini, tidak wajar untuk dikekalkan, katanya. Muhyiddin berkata selepas lima tahun sepatutnya sesebuah kerajaan dapat membentangkan kejayaan mereka menunaikan apa yang dijanjikan sewaktu mereka hendak mengambil alih kerajaan negeri. ” Sepatutnya janji dilaksanakan. Kerajaan negeri (Kedah) gagal. Ini bukan perkara remeh…kerana hendak membentuk kerajaan satu perkara serius, satu perkara besar. Rakyat perlu memilih parti yang dapat memikul amanah dan memenuhi hasrat rakyat untuk maju dan berjaya di masa hadapan,” katanya. Sehubungan itu, Muhyiddin berkata penting untuk rakyat terutama di Kedah membuat penilaian sama ada parti pembangkang berupaya dan mampu melaksanakan amanah dan menunaikan janji mereka, atau sebaliknya. ” Ini perkara paling penting kerana dalam soal demokrasi, nak pilih parti bagi bentuk kerajaan ialah yang boleh dipercayai, menunaikan amanah dan majukan diri kita, kampung kita dan negeri kita,” katanya. Jika dibandingkan BN dengan pakatan pembangkang, BN mampu meneruskan tradisi kecemerlangan rakyat dengan memberi keperluan dan kemudahan yang dikehendaki rakyat dan untuk hidup lebih baik. ” Menjelang 2020 Kedah juga akan jadi sebuah negeri maju dan berjaya. Yakinkah kalau PAS terus perintah (Kedah) dia dapat buat apa yang dicita-citakan. Ini soal masa depan. Lima tahun bukan tempoh mudah,” katanya. Beliau berkata semua ini boleh dicapai jika rakyat Malaysia dan Kedah membuat keputusan memilih calon BN dan kemudian dapat membentuk kerajaan negeri dan pusat. Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, calon bagi kerusi Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz dan calon kerusi DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif. |
Proses ‘Menyucikan’ Mat Taib Pun Bermula Posted: 22 Apr 2013 10:05 PM PDT Penulis yakin, pada saat artikel ini ditulis, macai-macai Pas sedang mencari bait-bait ayat yang sesuai bagi menutup sejarah silam yang hitam lagi kelam yang dimiliki mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohammad Muhammad Taib yang baru sahaja menyertai parti tersebut pagi tadi. Sebelum itu biar penulis terangkan kenapa kemasukan Mat Taib ini begitu mengujakan Pas walaupun ketika menjadi Menteri Besar Selangor, tidak ada hari yang Pas tidak mengatakan Mat Taib. Rampas puteri Sultanlah, korup, bawak duit berjuta ke luar negara dan sebagainya. Ramai tak tahu, Pas sebetulnya adalah parti paling 'humble' dalam dunia di mana pemimpinnya di dakwa tidak mabuk sangat nak bergelar Datuk, Tan Sri apa semua ni, walaupun dalam masa yang sama, pemimpin parti itu yang dilantik Menteri Besar, tak menyempat-nyempat mahukan gelaran Datuk atau Datuk Seri – paling tidak. Ada satu kes di Terengganu tahun 1999 dulu, Sultan tak sempat bersiap pakai samping pun, Menteri Besar dari Pas yang baru dilantik ketika itu, sudah tiba awal-awal pagi ke Istana, menghadap untuk bentuk kerajaan dan dapatkan gelaran untuk dirinya sendiri. Sementara Tan Sri adalah gelaran yang hanya dianugerahkan di peringkat persekutuan – di mana pemimpin PasS tidak ada peluang. Justeru, kemasukan Mat Taib adalah satu rahmat yang tidak ternilai bagi sebuah parti yang 'tidak langsung dambakan sebarang gelaran di dunia ini'. Baiklah, balik pada kisah di para pertama tadi. Penulis yakin, dari segi penggunaan bahasa yang biasa, tidak ada ayat yang mampu mengembalikan Mat Taib seperti bayi yang baru lahir semula, tidak ada dosa, tidak ada skandal. Lagipun yang banyak buruk dan jatuhkan reputasi Mat Taib dulu bukan orang lain, Pas juga. Tapi, jangan bimbang, Pas memang mahir bab-bab 'memutihkan' pemimpin yang dia juga dulu hitamkan. Anwar Ibrahim, Kadir Sheikh Fadhir malah Tun Mahathir pada satu ketika pun pernah disucikan Pas kerana kenyataan beliau yang banyak dijadikan rujukan Pas bila nak menghentam UMNO di bawah pimpinan Paklah sekitar 2007-2008. Paling tidak salahkan UMNO kenapa Mat Taib jadi macam itu, biasalah Pas. Atau mungkin Pas boleh dapat khidmat nasihat Anwar Ibrahim, si pakar putar alam. Pak Syeikh biseksual ini kalau dia dituduh mencuri, dia akan jawab balik "Oh saya tidak mencuri, saya hanya ambil tak cakap dulu dengan tuan dia." Cuma apa yang penulis nak katakan, inilah politik Pas. Dosa, pahala dari sudut pandangan parti tersebut dan macai-macainya adalah berasaskan fahaman politik mana, bukan alasan agama. Pas adalah satu-satunya parti dalam dunia yang ada kuasa nak tentukan seseorang itu dapat dosa ke pahala, hanya berasaskan kepada fahaman politik, bukan garis panduan dalam Al-Quran. Contoh, kalau orang UMNO berzina, Pas akan maki sampai tak cukup ruang Harakah, tapi kalau orang dia berzina, Pas akan bela sampai sudah, walaupun ada video yang jelas terang ada muka orang itu. Termasuk ada suara lagi. Samalah macam Mat Taib ini juga. Dulu sampai nak mabuk kondem, bila orang tu masuk Pas saja, hilang dah semua 'kondeman-kondeman' itu. Tiba-tiba muka Mat Taib ada 'nur' dan ada harapan masuk syurga Pas. Maka itu tolaklah Pas, ini parti yang tidak boleh langsung dipakai. Dari segi politik pun dah banyak tak betul, dari segi agama apa lagi. mykmu.net |
Suraya Sifatkan Pencalonannya Kali Ketiga Pengiktirafan Kepada Wanita Posted: 22 Apr 2013 09:56 PM PDT ALOR STAR, 23 April – Calon Barisan Nasional (BN) N 19 Dewan Undangan Negeri (DUN ) Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob melihat pencalonannya untuk kali ketiga di kawasan tersebut merupakan satu pengiktirafan parti kepada golongan wanita. Menurut beliau dua penggal ketika bersama Puteri UMNO dan kali ini menerusi Wanita UMNO jelas ianya adalah satu gambaran keprihatinan yang cukup tinggi daripada pucuk pimpinan dan ianya akan digunakan sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat. "Ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita…..Terima kasih kepada Presiden Parti, Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Shahrizat yang prihatin dalam soal ini. Insyaallah saya akan gunakan kepercayaan ini untuk berkhidmat kepada masyarakat di Sungai Tiang ini," katanya kepada UMNO-Online di sini. Kata beliau lagi rekod perkhidmatannya sebelum ini boleh dijadikan kayu ukur oleh para pengundi dalam membuat keputusan yang bijak pada pilihan raya kali ini untuk memilih siapakah wakil rakyat mereka. Tambahnya perkhidmatan yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan akan sentiasa menjadi pegangannya selaras dengan manifesto BN yang bertemakan Menepati Janji Membawa Harapan. "Pastinya rekod sebelum ini menjadi petunjuk kepada pengundi….. Kalau sebelum ini saya perlu memperkenalkan diri sebagai calon baru tetapi untuk 2013 saya perlu menyatakan perkhidmatan kita akan diteruskan seperti selama ini. Ini penting untuk disampaikan kepada pengundi. "Apa yang penting di sini rakyat kena ingat apabila dua pentadbiran berbeza, banyak tidak dapat dilakukan dengan penuhnya untuk rakyat..namun atas keprihatinan kerajaan pusat pelbagai bantuan disalurkan kepada masyarakat. "Ini membuktikan keprihatinan BN dan kerana itulah pentingnya rakyat perlu melakukan perubahan agar pertukaran tempuk pemerintahan kerajaan negeri member banyak manfaat kepada rakyat," katanya. Beliau berkata demikian kepada MediaUMNO selepas bertemu para pengundi di kawasan Sungai Tiang, di sini, hari ini. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
ZULKIFLI NOORDIN to be whacked on his behind for being racist against the Tamil’s.
ReplyDeletehttps://imageshack.us/a/img46/8819/cartoonzulkiflinoordin.jpg
http://youtu.be/Lj8Dp-RBokU