SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, April 5, 2013

UMNO Online - “BN Boleh Rampas 20 Kerusi Pembangkang – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “BN Boleh Rampas 20 Kerusi Pembangkang – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Boleh Rampas 20 Kerusi Pembangkang – Ahmad Maslan

Posted: 04 Apr 2013 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini dan ia bukan satu retorik semata-mata.

Katanya, BN mempunyai sebanyak 140 kerusi sekarang dan mempunyai potensi untuk merampas lima kerusi dari 23 kerusi PAS, lima kerusi dari 28 milik DAP dan 10 kerusi dari PKR.

“Saya buat sendiri analisa ini. Saya turun berkali-kali ke sesuatu tempat untuk mengesahkan kajian saya. Misalnya di Parlimen Bandar Tun Razak, saya turun 17 kali, saya yakin kita akan menang kembali di parlimen ini,” katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Bandar Tun Razak dan Desa Tun Razak di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendapat bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dalam akhbar tempatan baru-baru ini bahawa, BN mampu untuk merampas kembali Kedah dan Selangor.

Ahmad setuju dengan Daim dan berkata Daim sudah tentu mengeluarkan pendapat itu melalui satu-satu kajian dan bukan sekadar bercakap kosong.

Beliau turut mengariskan 13 sebab mengapa BN boleh menang dalam pilihan raya kali ini selain dari faktor kepimpinan Perdana Menteri. Ia adalah:-

1. Pengalaman BN yang luas sebagai kerajaan

2. Konsep 1Malaysia yang mendapat sambutan

3. Transformasi Kerajaan

4. UMNO dan BN yang kukuh

5. Kerajaan hari ini yang menepati janji

6. Pimpinan BN yang bersih dari tuduhan

7. Keadilan kepada semua kaum

8. Usaha BN untuk menjadikan negara maju dan berpendapatan tinggi

9. Rekod-rekod pencapaian yang baik

10. Pembangunan di seluruh negara

11. Perpaduan di kalangan rakyat

12. Kerajaan yang mendahulukan rakyat dan

13. Keupayaan BN untuk meletakkan Malaysia di pentas dunia dan dikenali.

Sehubungan dengan pembubaran parlimen, beliau mahu semua pusat PDM terus menjalankan pelbagai program seperti yang telah dibuat sejak awal tahun ini tanpa perlu menunggu hari penamaan calon atau hari kempen.

Katanya jika kesemua 23 PDM di Bandar Tun Razak menjalankan kerja, kawasan parlimen itu boleh ditawan kembali oleh BN.

“Ini amanat dari Perdana Menteri yang mahu menyelamatkan bandar ini yang dinamakan sempena nama bapanya,” katanya.

Johor Mampu Kekal Jadi Kubu Kuat UMNO Dan BN – Muhyiddin

Posted: 04 Apr 2013 05:37 AM PDT

MUAR, 4 April – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Johor mampu terus kekal sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Katanya BN mempunyai stategi tertentu untuk mengekalkan slogan Johor negeri biru walaupun pembangkang cuba mengasak kubu kuat BN dan UMNO itu dengan meletakkan pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang bertanding di Johor.

“Bagi kita (BN) di Johor walau apapun bentuk pemimpin datang, kita akan lawan.

“Saya lihat ahli parti di Johor dan kawasan yang disebut itu tidak luntur dan lebih bersemangat daripada dahulu kerana nak buktikan tagline Johor kubu kuat BN dan negeri biru sebenar memang mampu dipertahan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat jentera pilihan raya BN Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi BN Pagoh Datuk Tahir Mohd Taat.

Muhyiddin secara sinis berkata memang sesetengah pemimpin pembangkang mempunyai sikap suka berpindah-randah kawasan terutama apabila mengetahui sokongan terhadap mereka di kawasan yang diwakili sebelum ini semakin berkurangan.

“Ada juga sebab pemimpin itu memang sikap dia suka berpindah-randah, tidak ada kesetiaan kepada pengundi, lebih fikirkan diri dan parti sahaja.

“…bukannya memikirkan soal khidmat kepada masyarakat, kerana yang penting baginya ialah kebendaan dan kepentingan peribadi, berpindah atas alasan strategi politik,” katanya.

Muhyiddin berkata walaupun di kawasan yang dipilih itu mungkin mereka ada kelompok pengikutnya, namun BN juga mempunyai sokongan yang kuat di kawasan yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Menurutnya, gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Gelang Patah menjadi kubur untuk karier veteran politik Lim juga harus dijadikan cabaran oleh jentera UMNO.

SPR Kecewa Jumlah Pengundi Pos Luar Negara Yang Mendaftar

Posted: 04 Apr 2013 05:31 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa apabila hanya 6,298 pengundi pos luar negara yang mendaftar untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13, sehingga tarikh tutup pada 12 tengah malam Rabu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah itu terlalu keciljika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

“Sedangkan maklumat yang diterima mengatakan jutaan rakyat negara ini menetap di luar negara, tetapi kesedaran untuk mengundi terlalu kecil, mungkin faktor kesibukan tugas masing-masing.

“Ada juga kemungkinan mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi pos itu akan pulang untuk mengundi secara biasa dan harapnya begitulah,” katanya  selepas melawat pusat media SPR di sini Khamis.

Tempoh memohon kemudahan mengundi ecara pos dibuka sejak 21 Januari lepas sehingga 12 tengah malam hari Dewan Rakyat dibubar.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata untuk PRU kali ini juga hanya seramai 2,900 Pengundi Tidak Hadir (PTH) akan mengundi pos.

PTH terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.

Manifesto : Additional Fund For Senior Citizens, Handicapped And Single Mothers

Posted: 04 Apr 2013 04:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU, April 4  – All newly-weds will receive RM1,000 in aid and getting a first child entitles a couple to RM500, after the 13th general election (GE13).

These were part of the offers in a manifesto to be announced by the Terengganu Barisan Nasional (BN).

State Umno Liaison Committee deputy chief Datuk Yahya Khatib Mohamad said, the manifesto would see more financial contributions to senior citizens, single mothers and the handicapped.

“Although, we have to increase our fund, the Terengganu BN manifesto is still realistic and manifests the adage ‘measuring the clothes on our back’ as we formulated it based on the state income of RM2 billion.

“We are not like the opposition, promising everything to get votes. We ensure the manifesto offered are promises which will be met,” he said.

He said this to reporters during a media conference after opening a function here, today.

Yahya, who is also State Welfare, Community and Women Development Committee chairman, however, declined to reveal further details of the increase, saying it would be announced by Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said soon.

He also announced that an allocation of RM100,000 to RM200,000 to the Terengganu Syariah Judiciary Department to look after the welfare of single mothers if BN received the mandate in GE13.

“Prior to this, the allocation is only channelled to the Terengganu Islamic Religious and Malay Customs Council (Maidam), but I promise aid for single mothers will be channelled to the department,” he said.

In 2011, the Syariah Judiciary Department had received RM700,000 from Maidan and the federal government as a monthly maintenance for single mothers neglected by their husbands.

The six-month aid, must be repaid by their ex-husbands to the department, to ensure they carried out their duties to their ex-wives and children.

Jentera Pilihanraya BN Diingatkan Hindari Amalan Berpuak-puak

Posted: 04 Apr 2013 04:22 AM PDT

MUAR, 4 April  - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional(BN) supaya tidak mengamalkan sikap berpuak-puak sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata sikap itu perlu dihindari kerana ia akan memberi kesan negative kepada hasrat BN untuk mencapai keputusan terbaik pada PRU13.

“Kebimbangan kita adalah amalan factionalism (berpuak-puak)…ini berlaku dalam banyak parti…kalau ada kawasan tak bersatu sebab mungkin proses pemilihan peringkat parti, peringkat bahagian belum selesai…maka kita bimbang ia akan bawa kesan kepada kejayaan calon.

“Ia akan jadi halangan kepada matlamat capai kejayaan dalam pilihan raya. Sehubungan itu saya ingatkan semua pemimpin parti di setiap peringkat supaya beri perhatian kepada perkara ini,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN pusat berkata selepas merasmikan mesyuarat jentera pilihan raya BN Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini, Turut hadir Pengerusi BN Pagoh Datuk Tahir Mohd Taat.

Beliau yakin perkara itu difahami oleh semua pemimpin di setiap peringkat dan mahukan mereka memainkan peranan supaya masalah seumpama itu tidak timbul.

Katanya ia merupakan antara dua perkara penting yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN supaya diambil perhatian oleh semua jentera pilihan raya parti sepanjang tempoh menghadapi PRU13.

Beliau berkata Perdana Menteri juga mahukan senarai calon yang diumumkan nanti diterima dengan baik oleh semua pihak agar tidak timbul masalah yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya BN.

Menurutnya calon yang dipilih telah melalui proses tapisan rapi malah lebih rapi berbanding pada pilihan raya umum ke-12.

“Apabila sampai waktu calon diumumkan, maka seluruh peringkat ahli parti perlu beri kepercayaan dan terima keputusan itu supaya tidak timbul kerenah yang boleh menjejaskan tumpuan parti pada pilihan raya,” katanya.

Pemilihan rapi dilakukan, katanya kerana senario politik pada masa kini tidak lagi sama seperti dahulu yang mana ia memerlukan perincian rapi terutama di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tertentu.

Katanya perincian ini termasuk calon yang sesuai dan diterima baik serta mendapat sokongan besar bagi memastikan kemenangan BN di kawasan itu.

“Kita juga bekerjasama dengan parti komponen…kita bukan bertemu sekali tetapi banyak kali, kalau ia belum diputuskan kita akan minta pemimpin itu balik kawasan dan datang balik dengan formula dan calon yang terbaik di kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, proses pemilihan calon kini hampir selesai dan dalam peringkat tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, dan Jabatan Insolvensi selain perlu lulus ujian pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, katanya langkah Perdana Menteri untuk mengumumkan senarai nama calon terpilih lebih awal adalah bagi memberikan lebih banyak masa kepada pengundi untuk mengenali calon.

Selain itu, Muhyiddin berkata ia juga bagi membolehkan bahagian berkenaan menerima calon berkenaan dan bekerja sebagai satu pasukan dan tidak  menjadi penghalang apabila kempen bermula.

Beliau turut mengingatkan jentera pilihan raya parti supaya mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya umum.

Foreign Investors Adopting Wait – And – See Attitude Amid GE13, Says Mukhriz

Posted: 04 Apr 2013 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 4 – Foreign investors are adopting a wait-and-see attitude in view of the upcoming general election in Malaysia before investing in the country.

However, the investors’ sentiment remained intact as approved investments worth billions of ringgit were put on hold until the general elections was over, said Deputy Minister of International Trade and Industry Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Speaking to reporters at the World Halal Week today, he said the investors would like to see the continuity in policies before investing in Malaysia.

“They want to be certain first that the results of the elections will be conducive, I suspect they like to see Barisan Nasional return to power before they bring in their investments,” he said after the official closing ceremony of the event today.

This year, the Malaysia Halal Week was introduced as the World Halal Week, which incorporated the Malaysia International Halal Showcase and the World Halal Week Conference 2013.

The two-day conference, whcih ended today, focuses on deliberating issues and sharing new advancements in halal research, innovation and its applications in business.

Meanwhile in his speech, Mukhriz said local exporters must continuously strive to comply with internationally accepted standards to remain competitive and relevant in the global marketplace.

“As consumers’ tastes and preferences become more sophisticated, it is imperative for exporters to innovate and develop niche products,” he said.

By incorporating the halal value proposition and complying with halal standards, Mukhriz said exporters could cater for the new and emerging halal market requirements and meeting consumers’ expectations.

Kajian Terbaru Tunjuk Sokongan Rakyat Terhadap BN Meningkat 62 Peratus

Posted: 04 Apr 2013 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April – Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) hari ini dilihat semakin meningkat berdasarkan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar transformasi politik dan   pentadbiran kerajaan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun memegang jawatan Perdana Menteri.

Menurut pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Samsul Adabi, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Majlis Professor Negara, sokongan rakyat terhadap BN hari ini sudah meningkat lebih daripada 62 peratus.

"Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaya dan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, peratusan sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dari masa ke sama dan peratusan terbarunya mencecah 62 peratus.

"Berdasarkan kajian ini, ia memberikan mesej yang cukup jelas dan saya berkeyakinan peluang BN untuk menang dengan tahap selesa amat cerah," jelasnya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau, ini berikutan kejayaan gagasan 1 Malaysia serta dasar transformasi politik dan kerajaan yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang dilihat sebagai keprihatinan kerajaan terhadap rakyat secara berterusan.

"Sebagai contoh gagasan 1 Malaysia beserta program-program yang memberikan bantuan secara langsung kepada rakyat akar umbi telah banyak membantu menguatkan sokongan rakyat terhadap BN," ujarnya.

Selain daripada faktor tersebut, isu-isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Pembangkang juga dilihat sebagai salah satu sebab mengapa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

"Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang hanyalah isu-isu sampingan dan bukan isu yang menyentuh induk pemerintahan. Contohnya isu rasuah, ia hanya melibatkan sesetengah individu tertentu dan bukannya pada pemerintahan pusat.

"Apatah lagi apabila pembangkang membuat kenyataan tentang isu Lahad Datu itu satu sandiwara yang ternyata bertentangan dengan pemikiran rasional rakyat. Begitu juga dengan manifesto Pakatan Pembangkang yang dilihat tidak bersifat realistik," ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta rakyat dinegara ini agar memilih kerajaan berdasarkan pemikiran yang rasional serta melihat kepada rekod kerajaan yang sudah terbukti  mampu untuk mentadbir negara.

"Bagi saya, jangan kita gadaikan masa depan dengan memilih sesuatu yang masih belum pasti serta tidak pernah mempunyai rekod dan pengalaman dalam pentadbiran sesebuah negara. Pilihlah kerajaan yang stabil demi masa depan diri sendiri, keluarga dan anak cucu pada masa yang akan datang," jelasnya. -MediaUMNO

Berpuluh Tahun Dengar Dakwa Boleh Menang Tapi Akhirnya Hanya Propaganda

Posted: 04 Apr 2013 03:31 AM PDT

Salam 1Malaysia, Baru-baru ini pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh gah mengumumkan yang pakatan pembangkang akan menguasai PRU 13 ini termasuk menawan 7 buah negeri, tinggi angan-angannya mengalahkan mat jenin.

Mereka juga menyuarakan keyakinan kononnya pakatan pembangkang bakal menambah jumlah kerusi Parlimen dimenangi sehingga mencecah angka 125 serentak dengan itu akan mengambil alih Kerajaan Pusat.

Penyokong PR yang duduk di bawah tempurung tentunya seronok mendengar kenyataan itu kerana sudah menjadi kegemaran mereka untuk di dodoi dengan propaganda indah-indah belaka tanpa melihat realiti semasa.

Mereka lupa sejarah penipuan pakatan pembangkang sempena 16 September 2008 dulu, mereka lupa segala gembar-gembur propaganda lama sebelum ini yang semuanya berakhir dengan angan-angan dan bukannya kenyataan.

Bagi majoriti rakyat, propaganda sebegini hanyalah perang saraf dan propaganda murahan sebegini agak biasa dimainkan oleh pembangkang saat menjelang pilihan raya. Dulu dan sekarang sama saja nadanya.

Realiti suasana politik hari ini hakikatnya tidak memungkinkan untuk pakatan pembangkang mengekalkan semua 4 negeri yang dikuasai mereka iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang kemudian menawan kembali Perak serta menjajah pula Negeri Sembilan dan Perlis.

Sebaliknya yang berkemungkinan besar akan berlaku pakatan pembangkang  bakal kehilangan semua negeri yang dikuasai dan banyak kerusi yang mereka miliki akan melayang berpindah tangan.

Pembangkang berada di kedudukan hari ini bukannya disebabkan kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meraih keuntungan atas angin hasil dari kebangkitan protes khalayak terhadap kelemahan BN semasa era pimpinan sebelumnya.

Dalam keadaan BN berada di kedudukan paling lemah dalam sejarah pun pembangkang gagal menumbangkannya, di mana logiknya gabungan tidak berdaftar pakatan pembangkang yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008 mampu menguasai peringkat Pusat dan menawan negeri lain?

Jelas sekali propaganda murahan oleh pemimpin DAP itu tak realistik, hanya mimpi di siang hari dan angan-angan syok sendiri untuk menutup kegelisahan diri. Lagi pun rakyat bukannya buta dan pekak untuk melihat hakiki realiti.

Sejak berpuluh tahun dulu kita sudah mendengar ribuan kali kenyataan penuh yakin dari pemimpin parti pembangkang yang sering membayangkan mereka akan memenangi PRU seterusnya menguasai pemerintahan di peringkat Pusat.

Tapi tiap kali keputusan PRU diumumkan, tiap kali itu jugalah pembangkang tersungkur kerana gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini.

Bagaimana mungkin rakyat mahu memberi sokongan dan meletakkan kepercayaan kepada pembangkang jikalau pemimpinnya hanya gah berceramah di atas pentas, namun bila masuk bab kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, habuk pun tiada.

Lima tahun pakatan pembangkang diberi peluang merajai beberapa negeri, apa yang berlaku lebih banyak politiking kepartian berbanding amal kebajikan untuk rakyat. Sebaliknya BN juga yang sering menjadikan rujukan khalayak untuk mendapatkan khidmat dan jasa bakti.

Pengundi Kota Damansara

Anggota PKR Buat Laporan SPRM Terhadap MB Selangor, Dakwa Salah Guna Kuasa

Posted: 04 Apr 2013 03:22 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 April  - Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.

“Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.

“Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.

Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.

“Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Puteri PJ Selatan Akan Terus Bekerja Hingga Saat Akhir

Posted: 04 Apr 2013 03:00 AM PDT

PETALING JAYA, 4 April – Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman berkata, Puteri akan terus bekerja, bekerja dan bekerja sehingga ke saat akhir bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ujarnya, Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan tidak mahu terlalu yakin untuk merampas ke semua kerusi di Parlimen ini kerasa sikap terlalu yakin akan membuatkan jentera alpa untuk terus berusaha keras.

"Apa yang pasti Puteri akan terus bekerja keras. Parlimen telah bubar dan ini bermakna kita tiada lagi masa untuk bekerja sambil lewa. Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Puteri Bahagian ini telah mengadakan mesyuarat dan apa yang telah dirancang akan dilaksanakan sebaik mungkin.

"Matlamat kita adalah mendekati pengundi secara terus dan memastikan setiap pengundi yang telah dikenalpasti untuk keluar mengundi.

"Kita akan menggerakkan gelombang biru dan berusaha agar BN kembali bertapak di Parlimen ini. Kita mahu menyumbang dalam merealisasikan impian BN untuk kembali mendapat majoriti dua per tiga," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tegas Jamilah yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, jentera Puteri di Parlimen Petaling Jaya Selatan telah berikrar akan melakukan yang terbaik untuk parti. Apa yang penting kini katanya adalah memastikan kejayaan parti.

"Semboyan telah dibunyikan. Saf harus dipererat dan semua parti komponen harus bersatu bergerak demi memastikan BN terus menjadi tonggak utama. Lupakan seketika masalah dalaman yang belum dapat diselesaikan. Kini adalah masa untuk kita buktikan bahawa kita tetap berada di belakang Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya lagi.

Pada PRU-12, BN tewas ke semua kerusi di Parlimen Petaling Jaya Selatan. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT