UMNO Online - “Parti Politik Perlu Bersaing Tonjol Calon, Manifesto – Ahmad Zahid” plus 9 more |
- Parti Politik Perlu Bersaing Tonjol Calon, Manifesto – Ahmad Zahid
- Don’t Take Opponent’s Ability Lightly – Najib
- Eight Parliamentary Constituencies Identified As “Hot Seats”
- BN Can Wrest Kedah – Dr Mahathir
- Jangan Lagi Toleh Belakang, Bersatu Pastikan Kemenangan Besar BN – Najib
- Pertembungan Pas – PKR Di Sungai Acheh Bukti Pembangkang Tak Sepakat
- Tindakan Kamilia Tidak Akan Jejas Jentera PRU Wanita – Rafidah
- Proses Penamaan Calon Parlimen Gombak Berjalan Lancar dan Teratur – Supt Rosly Hassan
- Calon BN Shah Alam Sedia Laksanakan ‘Counter-Strategy’ Patahkan Setiap Muslihat Lawan
- Aksi Tikam Menikam Pas – PKR Berlaku Di Labuan
Parti Politik Perlu Bersaing Tonjol Calon, Manifesto – Ahmad Zahid Posted: 20 Apr 2013 03:10 AM PDT BAGAN DATOH, 20 April - Semua parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 perlu bersaing untuk menambat hati pengundi dengan menonjolkan calon dan manifesto masing-masing tanpa menyerang peribadi calon lawan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datoh berkata ia akan menjamin keharmonian terutama dalam tempoh kempen berlangsung serta menunjukkan kematangan parti politik berlandaskan undang-undang pilihan raya. “Negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang seharusnya diterjemahkan (oleh parti politik yang bertanding) dengan penuh komitmen,” katanya selepas proses penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di sini. Beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) akan ditentang bagi kali kedua oleh calon PKR Madhi Hasan. Pilihan raya umum pada 2008 menyaksikan Ahmad Zahid menewaskan Madhi dengan majoriti 2,692 undi. |
Don’t Take Opponent’s Ability Lightly – Najib Posted: 20 Apr 2013 03:06 AM PDT PEKAN, April 20 - Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Najib Tun Razak has called on all BN election machinery to work hard and not to take lightly the capability of the opponents in the 13th general election (GE13). The Prime Minister said that only hard work could ensure that the BN achieved a bigger majority in the polls. Najib said the BN machinery should not look down on the capability of the opposition even if the particular opponent was not a local resident. “The efforts of the machinery workers are crucial in order to obtain a bigger majority from the previous general election, they need to work day and night to explain to the constituents on the transformations implemented by the BN-led government,” he said in his speech when visiting the Tanjung Medang Polling District Centre (PDM), here today. The PDM in the Bebar state constituency was the first visited by Najib after the nomination process for the GE13 at the Sultan Ahmad Shah Convention Hall this morning. Najib also called on all voters in the Bebar state constituency to support the new candidate contesting in the state constituency. “I believe the new candidate (Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff) can provide similar services and contribution as the previous assemblyman because he brings continuity from the previous leadership,” he said. He said that with solid support for the new candidate, all forms of development and transformation that the government intended to bring to the state constituency could be achieved. Mohammad Fakhruddin will face the PKR candidate, Mohd Jafri Ab Rashid. |
Eight Parliamentary Constituencies Identified As “Hot Seats” Posted: 20 Apr 2013 02:44 AM PDT KUALA LUMPUR, April 20 - The parliamentary constituencies of Gelang Patah (Johor), Putrajaya (Federal Territory), Lembah Pantai (Federal Territory) and Permatang Pauh (Penang) are among the hot seats out of the 222 parliamentary constituencies contested in the 13th general election (GE13). The contest in Cameron Highlands (Pahang), Segamat (Johor), Arau (Perlis) and Shah Alam (Selangor) are also considered to be among hot seats that will draw the attention of the public and political observers as they will be contested by political veterans besides involving more than three-corner fights. The Gelang Patah parliamentary constituency, which has 106,864 voters, will see a straight fight between Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and DAP advisor Lim Kit Siang. The seat is held by Tan Ah Eng from the Barisan Nasional (BN) who won with a 8,851-vote majority in the last poll. Political analyst Prof Dr Sivamurugan Pandian, in an interview with TV3 today said both the political giants had their respective advantages with Abdul Ghani perceived to be more dominant in Johor while Kit Siang is popular at the national level. “I find the selection of Abdul Ghani as most appropriate and should not be perceived as representing one particular ethnic group. He is also accepted by all communities after having served the people all the while since he became the BN candidate compared to Kit Siang who frequently changed locations,” he said. Besides Gelang Patah, Permatang Pauh will also witness a three-corner fight where incumbent Datuk Seri Anwar Ibrahim will be challenged by Dr Mazlan Ismail (BN) and Abdullah Zawawi Samsudin (Independent). PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, who is the incumbent for Lembah Pantai parliamentary constituency, will be challenged by Federal Territory and Urban Well being Minister Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) and independent candidate Rusli Baba. In the 2008 general election, Anwar won with a majority of 15,671 votes while his daughter, Nurul Izzah won with a 2,895-vote majority. Meanwhile, MIC president Datuk Seri G.Palanivel will also face a strong challenge in the Cameron Highlands parliamentary constituency against DAP candidate M. Manogaran and three independents. The seat was won by the BN through Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk S.K.Devamany with a majority of 3,117 votes in GE12. BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who won the Putrajaya parliamentary seat for two terms since 2004, will be involved in a straight fight against PAS vice-president Datuk Husam Musa. In 2008, Tengku Adnan won with a 2,734-vote majority. In the Shah Alam parliamentary constituency, incumbent Khalid Abdul Samad (PAS) will be challenged by BN friendly candidate Datuk Zulkifli Noordin. Elsewhere, MIC deputy president and Deputy Minister of Human Resources Datuk Seri Dr S.Subramaniam, and his close friend and former health minister, Datuk Chua Jui Ming, who is Johor PKR chairman, will face one another in the Segamat parliamentary constituency. In the previous election, Khalid won with a majority of 9,314 votes while Subramaniam won with a 2,991-vote majority. Another interesting contest is expected in the Arau parliamentary constituency where former Perlis menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim will be involved in a three-corner fight with PAS deputy spiritual leader, Datuk Dr Haron Din, and Zainudin Yom (Independent). The Arau parliamentary seat was won by Datuk Ismail Kasim, who is also Shahidan’s younger brother from the BN, who defeated Haron with a 300-vote majority in 2008. The Election Commission (EC) has fixed 15 days for campaigning while polling day will be May 5. The EC also fixed April 30 for early voting. |
BN Can Wrest Kedah – Dr Mahathir Posted: 20 Apr 2013 02:39 AM PDT JITRA, April 20 - Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the Barisan Nasional (BN) has a good chance of recapturing Kedah from the opposition in the 13th General Election (GE13). He said the BN had regained its support in the state and hoped it would be translated into votes come polling day on May 5. “I can see the spirit of old has returned, huge numbers of (BN) supporters turned up during the nomination process today and this means they will come out in full force on polling day… for Kedah, I see the signs are good,” he told reporters after accompanying his son Datuk Mukhriz to the nomination centre for the Jerlun parliamentary constituency at Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu here. Mukhriz, who is also Deputy Trade and Industry Minister and Kedah Umno deputy chief, is contesting the Ayer Hitam state seat in the constituency for the BN in GE13. He is also the former MP for Jerlun. Kedah was among five states that the BN lost to the opposition in the 2008 general election. |
Jangan Lagi Toleh Belakang, Bersatu Pastikan Kemenangan Besar BN – Najib Posted: 20 Apr 2013 02:09 AM PDT PEKAN, 20 April - Anggota Barisan Nasional (BN) perlu bersatu bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum 5 Mei ini, dan tidak mempertikai keputusan yang telah dibuat berhubung calon yang diturunkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Pengerusi BN berkata bagi memastikan BN memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya kali ini, jentera parti komponen perlu ampuh dalam melaksanakan tugas, selain menjalankan tugas untuk meraih undi sebagai ‘sebuah keluarga.’ “Sekarang bukan masanya kita beri pandangan mengenai calon. Masa untuk beri pandangan dan membincangkan soal ini sudah berlalu. “Mulai hari ini tutup buku mengenai calon dan tumpu kepada pilihan raya. Kalau kita menoleh ke belakang, mungkin akan melemahkan semangat,” kata Perdana Menteri semasa berucap pada jamuan tengah hari di kediamannya di sini hari ini Perdana Menteri berkata mereka yang tidak terpilih menjadi calon tidak bererti “dunia menjadi gelap,” yang penting BN berkuasa kerana banyak perkara yang dapat dilakukan bagi membantu rakyat. “Perahu sudah berada di sungai, dayung di tangan, ayuh mari kita kayuh menuju ke destinasi…destinasi kita tidak lain dan tidak bukan…kemenangan yang besar (untuk BN),” katanya. Najib berkata tanggungjawab jentera parti kini adalah menerangkan kepada rakyat dan menyampaikan mesej kepada mereka bahawa kerajaan BN adalah kerajaan terbaik untuk mereka. “BN telah menepati janji dan membawa harapan, dan kini jentera parti perlu yakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional adalah pilihan yang tepat,” katanya. Najib berkata sokongan rakyat terhadap kerajaan termasuk program transformasi nasional, adalah positif berbanding pembangkang yang tidak mengotakan sebahagian besar janji pilihan raya umum 2008. Katanya selepas hari penamaan calon hari ini, beliau merasai suasana dan sentimen amat baik dan positif kepada BN untuk terus mentadbir negara ini. Malah, berdasarkan kepada pencapaian dan pencapaian BN sebelum ini, tiada sebab bagi rakyat marah dan sangsi kepada parti komponen itu yang terbukti mampu membawa banyak kemajuan dan pembangunan di negara ini, katanya. “Saya percaya rakyat sedar bahawa Barisan Nasional dapat merealisasikan impian dan harapan mereka. Sebab itu aku janji BN ialah Menepati Janji Membawa Harapan,” katanya. Dalam pada itu, Najib yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, berharap jentera BN di kawasan berkenaan akan terus bekerja dengan penuh semangat bagi mengekalkan rekod cemerlang sebagai kawasan Parlimen yang mendapat majority terbesar untuk BN seperti pada pilihan raya 2008. Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi manakala Khairul Anuar meraih 9,798 undi. Pada pilihan raya kali ini, Najib ditentang calon PKR, Fariz Musa yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR. Najib turut memohon maaf kepada pengundi parlimen Pekan kerana pada pilihan raya kali ini, beliau tidak dapat berada di kawasan berkenaan pada setiap hari kerana terpaksa membantu calon BN lain berkempen di seluruh negara. “Saya terpaksa menggalas amanah yang besar…kali ini berbeza. Saya bertanding sebagai pengerusi BN dan ketua kepada parti di mana saya dikehendaki untuk membantu kempen calon kita di seluruh negara. “Jadi, kalau ada hari saya tidak boleh hadir di Pekan, maafkan saya kerana saya terpaksa mendokong perjuangan BN supaya kembali berkuasa di peringkat nasional dan negeri,” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta jentera dan anggota parti supaya memastikan BN kekal menguasai parlimen Pekan kerana jika menang, banyak yang boleh dilakukan di kawasan berkenaan. Ini adalah juga pilihan raya umum yang pertama yang diketuainya setelah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009. Najib juga turut bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku pada hari ini yang boleh merosakkan proses penamaan calon, dan turut mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis serta agensi kerAjaan berkaitan yang telah memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, tertib dan aman. Beliau berkata keadaan itu memperlihatkan proses demokrasi berjalan dengan baik dan boleh menjadi contoh serta teladan kepada negara lain. Turut memberi sokongan kepada Najib pada hari penamaan calon hari ini di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan ibunya, Toh Puan Rahah Noah. |
Pertembungan Pas – PKR Di Sungai Acheh Bukti Pembangkang Tak Sepakat Posted: 20 Apr 2013 02:06 AM PDT NIBONG TEBAL, 20 April - Pertembungan calon-calon sesama parti pembangkang untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 memberi isyarat bahawa tiada kata sepakat sesama mereka. Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata pertembungan tiga penjuru itu bercanggah dengan polisi satu calon satu kerusi yang ditetapkan pakatan pembangkang. Pertembungan tiga penjuru itu melibatkan calon BN iaitu Datuk Mahmud Zakaria dan dua calon pakatan pembangkang iaitu Mohd Yusni Mat Piah dari Pas serta Badrul Hisham Shaharin daripada PKR. “Calon PKR dan calon Pas yang bertanding (di kerusi DUN) ini menunjukkan satu implikasi yang luas maknanya. “Bagaimana mahu memerintah negara atau tubuhkan kerajaan negeri jika dari awal lagi tidak boleh berpakat. Ini adalah kerana ideologi dan pendirian mereka berbeza,” katanya kepada pemberita di sini. Zainal Abidin yang bertanding sebagai calon BN bagi kawasan Parlimen Nibong Tebal akan bertemu calon PKR Datuk Mansor Othman dan calon bebas Teng Kok Ping pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Sementara itu, beliau menyifatkan tindakan bekas anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Seri Shariff Omar untuk bertanding di kerusi parlimen kawasan itu atas tiket bebas bukan sesuatu yang mengejutkan. Beliau berkata tindakan Shariff itu telah dijangka sejak setahun lalu dan menegaskan bahawa perjuangan BN adalah untuk mempertahankan kerusi parlimen itu. “Ini adalah satu perkara yang kita dah jangka dan tindakan beliau sangat mengecewakan,” katanya kepada pemberita hari ini. Parlimen Tasek Gelugor bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Shariff yang bertanding atas tiket bebas dan Shabudin Yahaya daripada BN serta calon PAS Datuk Seri Abdul Rahman Maidin. |
Tindakan Kamilia Tidak Akan Jejas Jentera PRU Wanita – Rafidah Posted: 20 Apr 2013 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 April - Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz percaya tindakan bekas Naib Ketua Pergerakan itu Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar sama sekali tidak akan menjejaskan jentera pilihan raya Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN). Sambil menyatakan pengundi di Kuala Kangsar sendiri menolak kepimpinan Kamilia, beliau yakin tindakan Kamilia itu sebaliknya hanya akan menyemarakkan semangat seluruh jentera Wanita Umno untuk berjuang dan memastikan Kamilia bakal kehilangan wang depositnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini. “Semasa nama Kamilia diumum sebagai calon Bebas tadi, ramai yang ‘boo’ dan kuat pula terutama kaum wanita dan anggota Wanita UMNO sendiri, jadi Nampak di situ orang Kuala Kangsar ini mana ada yang suka (sokong) dia, malah sebahagian besar orang kita (UMNO) juga tolak dia ” katanya kepada Bernama. Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Rafidah turut menempelak tindakan Kamilia yang dilihat sekadar untuk memenuhi kepentingan dan agenda peribadi semata-mata, hipokrit dan cakap tidak serupa bikin. “Kamilia juga sudah dipecat daripada UMNO dan bukan sesiapa pun bagi saya, jadi tiada apa lagi perlu cakap, lebih baik tumpukan pada pilihan raya ini,” tambahnya. Rafidah juga mengakui ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kamilia untuk menasihatinya sebaik selesai sesi penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar namun tidak mendapat maklum balas. Ditanya sama ada Wanita UMNO sudah menjangkakan tindakan Kamilia itu, Rafidah menjawab perkara itu memang sudah diramal kerana beliau (Kamilia) sering mengeluarkan kenyataan yang mempersoal tindakan pucuk pimpinan. “Bila dia (Kamilia) keluar kenyataan yang UMNO dan BN mengecewakan dan menghina Wanita bila tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita UMNO dan BN sebagai calon dalam PRU13, memang saya sudah syak dia akan buat sesuatu dan hari ini terbukti. “Apa yang UMNO hina Wanita? Apa lagi yang dia mahu? Kita sudah umumkan 30 calon Wanita jadi…cukuplah…agaknya yang dimaksudkan UMNO hina wanita itu bila nama dia yang tidak dicalonkan,” katanya. Sebelum ini, Kamilia pernah menolak tawaran menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada PRU13 yang ditawarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak. |
Proses Penamaan Calon Parlimen Gombak Berjalan Lancar dan Teratur – Supt Rosly Hassan Posted: 20 Apr 2013 01:54 AM PDT GOMBAK, 20 April – Penamaan calon Parlimen Gombak yang berlangsung di SekolahMenengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hasan, penamaan calon kali ini berlansung dengan penuh teratur dan aman tanpa ada sebarang provokasi daripada keuda-dua belah pihak. "Kami pihak polis sememangnya sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku. Bagaimanapun alhamdulilah, proses penamaan calon kali ini berlangsung dengan baik dan mengikut peraturan. "Sehingga selesai proses penamaan calon, kami pihak polis tidak menerima sebarang aduan berhubung berlakunya sebarang pergaduhan atau provokasi daripada mana-mana penyokong kedua-dua belah pihak,"jelasnya memberitahu UMNO-Online di sini hari ini. Pilihanraya kali ini memperlihatkan pertandingan tiga penjuru di Parlimen Gombak yang melibatkan wakil dari calon Barisan Nasional (BN), Dato Dr. Raman Ismail menentang wakil calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan juga calon bebas Said Nazar. Manakala pertandingan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, calon BN bagi DUN Hulu Kelang, Abdul Rahim Pandak Kamaruddin menentang calon Pas, Saari Sungip, Bagi DUN Gombak Setia, BN diwakili Said Anuar Said Ahmad menentang calon Pas Hasbullah Mohd Ridzwan, manakala bagi DUN Batu Caves, BN diwakil oleh Rawisandran A/L Narayanan menentang calon PKR, Pas Amiruddin Shari. Kira-kira lebih tiga ribu penyokong dari kedua-dua belah pihak mengiringi calon-calon masing-masing yang tiba di tempat penamaan calon kira-kira jam sembilan pagi tadi.
|
Calon BN Shah Alam Sedia Laksanakan ‘Counter-Strategy’ Patahkan Setiap Muslihat Lawan Posted: 20 Apr 2013 01:49 AM PDT SHAH ALAM, 20 April - Perebutan kerusi Parlimen Shah Alam antara penyandangnya Khalid Abdul Samad daripada PAS dengan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon BN dalam pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini, adalah pertemuan buku dengan ruas. Latar belakang serta pengalaman Zulkifli sebagai bekas pemimpin PKR dan pernah terlibat dalam rancangan pembangkang hingga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, menjadikan beliau calon terbaik melaksanakan ‘counter-strategy’ bagi mematahkan setiap muslihat parti lawan. Mengulas perkara itu, bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menjawab secara berseloroh namun penuh makna: “Saya banyak baca buku mereka dan lebih banyak makan tebu beruas-ruas”. Beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan sama sekali menggunakan serangan peribadi dan politik kotor dalam memastikan kemenangan BN di Shah Alam namun menegaskan bahawa ‘peperangan’ antara beliau dan Khalid adalah antara dua tawaran kepada rakyat Selangor. “Penduduk di Shah Alam ini bijak, mereka tidak memilih politik yang maki hamun orang dan ganas rosakkan harta benda orang. Mereka pilih politik intelektual, pertembungan antara manifesto ditawarkan BN dan pembangkang kepada rakyat itu antaranya yang penting bagi penduduk di sini. “Saya telah bertemu dengan Khalid tadi dan nyatakan perkara ini, dia kata ‘iyalah’ jadi saya harap dia kotakan apa dia kata,” katanya setelah selesai urusan penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, di sini. Terdahulu Pengurus Pilihan Raya Bahagian Parlimen Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan mengumumkan SPR menerima pencalonan Zulkifli dan Khalid bertanding di kawasan Parlimen itu. Zulkifli berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak telah berpesan supaya sentiasa mengamalkan politik sihat ketika berkempen dan turun padang bertemu sebanyak mungkin rakyat bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN di Selangor. “Pengerusi (Najib) ingatkan mesti banyak bersalam dengan rakyat, Tanya khabar rakyat dan apa kita boleh lakukan untuk berkhidmat dengan lebih baik. Kurangkan bercakap perkara tidak perlu terutamanya melibatkan politik kotor. Terangkan kepada rakyat apa kita tawarkan untuk mereka,” katanya. Sementara itu Khalid berkata pembangkang akan menyerahkan segalanya kepada rakyat menilai pencapaian dilakukan kerajaan Selangor dalam lima tahun ini dan menterjemahkan penilaian itu dalam bentuk undi pada pilihan raya umum ini. Zulkifli, 51, yang juga Naib Presiden Perkasa merupakan seorang peguam yang berasal dari Baling Kedah. Khalid, 55, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor adalah seorang jurutera yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan. Kawasan Parlimen Shah Alam mempunyai 98,375 pengundi. Pada PRU 2008, Khalid memenangi kerusi Parlimen itu mengalahkan pencabarnya daripada BN Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314 undi. |
Aksi Tikam Menikam Pas – PKR Berlaku Di Labuan Posted: 20 Apr 2013 01:21 AM PDT LABUAN, 20 April – Umpama tikam menikam sesame sendiri.. begitulah diibaratkan yang berlaku bagi pertandingan merebut kerusi Parlimen Labuan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN) dicabar calon PKR dan Pas. Tiada calon bebas mengemukakan kertas pencalonan walaupun sebelum ini heboh mengenai dua calon bebas akan bertanding. Ternyata pakatan pembangkang hanya satu pakatan sandiwara apabila gagal berkompromi sesama mereka hingga terpaksa bertarung di gelanggang yang sama. Calon muka baharu BN, Rosman Isli yang diiringi hampir 1,000 penyokong tiba di pusat penamaan calon di Kolej Matrikulasi Labuan pada 9.09 pagi dan kemudiannya menyerahkan kertas pencalonannya. Rosman diiringi pemangku ketua UMNO Labuan Datuk Yunus Kurus, yang bertindak sebagai pencadang dan naib ketua bahagiannya Datuk Bashir Alias sebagai penyokong. Calon PKR Tan Sri Ibrahim Menudin tiba pada 9.07 pagi diikuti calon Pas, Hadnan Mohamad pada 9.12 pagi. Pengumuman tiga penjuru itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya Mistirine Radin. Bercakap kepada pemberita kemudian, Rosman berkata berdepan kedua-dua calon pakatan pembangkang bukan satu cabaran kepadanya tetapi beliau tidak boleh memandang ringan kedua-dua lawannya. “Apa yang penting ialah untuk memastikan adanya kesinambungan bagi pembangunan untuk penduduk di sini. Oleh itu, kita mesti memastikan kemenangan dengan mandat yang besar daripada pengundi,” katanya. Rosman yakin Labuan akan kekal sebagai kubu kuat BN dan menyumbang satu kerusi kepada BN. Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Datuk Yussof Mahal menewaskan calon PAS Matusin Abdul Rahman dan calon bebas Lau Seng Kiat dengan majoriti 8,457 undi. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment