UMNO Online - “Sabah PKR Election Machinery Almost Paralysed” plus 9 more |
- Sabah PKR Election Machinery Almost Paralysed
- Bukan Sekadar Manifesto, Tapi Aku Janji Yang Akan Diadili Tuhan – PM
- Kejayaan Felda Hasil Kepimpinan Berwawasan Kerajaan BN – Muhyiddin
- Lebih 80,000 Orang Asli Layak Mengundi 5 Mei Ini
- Najib ‘Doktor Politik’ Rawat Masalah Negara – Pairin
- Kempen Ganas Adalah Tindakan Pihak Dayus Dan Takut Kalah
- Pembangkang Tertekan Kempen Tidak Dapat Sambutan di Selangor – Noh Omar
- Pembangkang Rancang Demonstrasi, Jika BN Menang PRU-13 – Idris Haron
- Tidak Sepakat Soal Hudud Bukti Pakatan Pembangkang Gagal
- BN Parti Yang Adil, Angkat Martabat Wanita – Kak Pah
Sabah PKR Election Machinery Almost Paralysed Posted: 25 Apr 2013 06:55 AM PDT KOTA KINABALU, April 25 – The Parti Keadilan Rakyat (PKR) general election machinery in Sabah is almost paralysed as four division chiefs and a deputy division head have quit the party to join Umno. They are Sandakan PKR division head Mazhry Nasir; Kota Belud PKR division head Saidil Simoi; Kalabakan PKR division head Irianshah Yunus; Putatan PKR division acting chief Abdul Zainal Atin; and, Batu Sapi PKR division deputy chief Zainuddin Hassan. They announced their resignations as heads and deputy head of their respective divisions in a press conference at the Umno Building here today. Also present were Deputy Chief Minister Datuk Seri Yahya Hussin, who is also Sabah Umno liaison secretary, and state Barisan Nasional (BN) secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan. Lauding the entry of the four division heads, who were also state PKR supreme council members, and the deputy division chief into Umno, Yahya said they had made a wise decision after realising that only the BN government was capable of looking after the lot of the people. He said, this indicated that the PKR division leaders had lost faith in the struggle of the opposition party in Sabah. Mazhry said, the decision to leave PKR was because they had lost faith in its leadership, especially on the issue of Sabah’s autonomy. Saidil, who is also Sabah ‘Orange Book’ director, said he made the decision to leave PKR after realising his struggles with the opposition party was an empty one. “But, should we allow ourselves in an empty struggle like this? Should we allow the people of Sabah to be ridiculed with beautiful words whilst the struggle is not right?,” he asked. He claimed that Opposition Leader Anwar Ibrahim was a leader whose struggles were based on hypocrisy. |
Bukan Sekadar Manifesto, Tapi Aku Janji Yang Akan Diadili Tuhan – PM Posted: 25 Apr 2013 06:49 AM PDT KUANTAN, 25 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini bukanlah sekadar manifesto, tapi merupakan aku janji yang akan diadili rakyat dan Tuhan, jika tidak diterjemahkan selepas mendapat mandat baharu pada 5 Mei ini. Perdana menteri berkata sejak beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sejak empat tahun lepas, ia bukanlah sekadar slogan, tetapi satu falsafah bagi memacu negara mencapai negara maju menerusi pelbagai program transformasi yang dirancang. Najib berkata menerusi Manifesto BN berdasarkan falsafah 1Malaysia itulah, kerajaan BN akan menterjemahkannya supaya rakyat dan negara terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan. “Manifesto BN juga bukahlah sekadar janji, tapi saya kata ia adalah aku janji. Aku janji itu bukan saja akan diadili rakyat tetapi Allah di akhirat nanti. “Dan kita buat aku janji, lima tahun lagi kita akan buat lebih baik lagi,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat dan melawat projek tebatan banjir di Sungai Isap, Kuantan, di sini, Khamis. Najib berkata projek tebatan banjir bernilai RM78 juta itu juga merupakan program berdasarkan falsafah 1Malaysia yang mengutamakan rakyat, dengan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan. Selepas siap dua tahun lepas, perkampungan Sungai Isap yang meliputi kawasan perumahan dan penempatan tradisonal yang didiami lebih 15,000 penduduk itu, tidak lagi mengalami banjir. Najib berkata kerajaan BN akan terus membawa perubahan apabila diberi mandat baharu nanti berdasarkan aku janji berkenaan. “Adakah semua kerajaan sama? Tak akan semua kerajaan sama! Ada kerajaan yang boleh merancang, tersusun, ada idea, mampu melaksanakan, ada pula yang suka berjanji, janji berjela-jela, janji bulan dan bintang, tambah lagi dengan cakerawala, ada yang cakap macam madu, tapi racun sebenarnya,” katanya. Program sehari suntuk Najib di Pahang hari ini dilihat amat bermakna apabila beliau sendiri menyaksikan program transformasi yang dilakukan benar-benar dilihat memberi manafaat besar kepada rakyat. Terdahulu sebelum majlis itu, beliau melawat Terminal Bas Kuantan Sentral di bandar Indera Mahkota bernilai RM55 juta, yang juga merupakan projek transformasi pengangkutan, dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuantan. Pada tengah hari tadi beliau melawat Kompleks Automatif DRB-HICOM d Pekan, yang bermula dengan hanya sebuah kilang kecil pada 1984, kini ternyata memberi manfaat besar kepada negara yang bakal menyumbang pulangan RM12 bilion kepada pendapatan kasar negara (GNI) menjelang 2015. Najib berkata apa yang penting ialah kerajaan akan terus berusaha memakmurkan dan mensejahterakan negara, mengembangkan hasil, dan apabila hasil negara bertambah, maka rakyat yang akan menikmatnya kelak. Sementara itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika berucap pada majlis di Sungai Isap itu berkataprojek tebatan banjir berkenaan berjaya menangani masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu. Beliau berkata banjir buruk pada 2001 menyebabkan kerugian harta benda berjumlah RM35 juta, serta melibatkan pemindahan mangsa banjir seramai 9,000 mangsa. Kini, Adnan berkata dengan adanya projek tebatan itu, lebih 15,000 penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu lagi bimbang kawasan itu akan dilanda banjir. |
Kejayaan Felda Hasil Kepimpinan Berwawasan Kerajaan BN – Muhyiddin Posted: 25 Apr 2013 06:43 AM PDT SEGAMAT, 25 April – Kejayaan Felda sehingga muncul sebagai antara syarikat perladangan kelapa sawit terbesar dunia adalah disebabkan kepimpinan berwawasan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, jika masyarakat mahu melihat Felda terus menempa kejayaan dengan kebajikan peneroka terus dipelihara, mereka perlu terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini. “Kejayaan Felda sehingga berada di tahap dunia ketika ini adalah disebabkan pemimpin-pemimpin berwawasan dan berani Barisan Nasional (BN) seperti bekas Perdana Menteri kedua negara, Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein),” katanya pada Khamis. Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Putera, Felda Palong Timur di sini. Menurut Muhyiddin, peneroka Felda perlu mengimbau kembali sejarah pergorbanan kepimpinan negara seperti Tun Abdul Razak yang mencetuskan penubuhan Felda. Beliau berkata hasil perjuangan pemimpin-pemimpin dahulu dan sedia ada dalam BN, warga peneroka termasuk generasi keduanya mendapat pelbagai kemudahan. “Saya meminta pada 5 Mei (hari pengundian) nanti, tuan-tuan dan puan-puan dapat berfikir dengan rasional dan tidak emosional dengan memastikan BN terus kekal berkuasa,” katanya. Di bawah kerajaan BN, Muhyiddin berkata Felda akan terus berkembang dengan pesat bagi memenuhi aspirasi pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang untuk menubuhkannya. Sementara itu, beliau juga berkata, BN merupakan sebuah parti politik yang sentiasa berpegang kepada janji dan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala yang dijanjikan kepada rakyat. Aku Janji BN, kata Timbalan Perdana Menteri adalah tidak sama dengan manifesto pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak berhasrat untuk menunaikannya. Turut hadir pada majlis itu adalah calon BN Parlimen Segamat Datuk Dr S.Subramaniam, calon BN bagi Parlimen Sekijang Anuar Manap dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim. |
Lebih 80,000 Orang Asli Layak Mengundi 5 Mei Ini Posted: 25 Apr 2013 05:20 AM PDT MELAKA, 25 April – Lebih 80,000 daripada 180,000 anggota masyarakat Orang Asli di negara ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata masyarakat itu yang kini berpelajaran dan terbuka mindanya semakin memahami kepentingan mengundi yang menjadi penentu masa depan mereka. “Mereka (Orang Asli) sudah ada ilmu, mereka sudah jelas dengan kepentingan mengundi dan sambutan baik sudah begitu terserlah apabila makin ramai mendaftar sebagai pengundi,” katanya selepas perjumpaan khas bersama pemimpin masyarakat Orang Asli di sini, Khamis. Seramai 111 pemimpin masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada Batin, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA), Setiausaha JKKKOA dan Bendahari JKKKOA Negeri Sembilan dan Melaka hadir pada majlis itu. Ditanya mengenai sokongan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN), Hasan berkata beliau melihat respon positif berdasarkan jumlah pengunjung yang ramai setiap kali kementeriannya mengadakan sebarang aktiviti membabitkan masyarakat Orang Asli. Sementara itu, Ketua Pengarah Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) Datuk Mohd Sani Mistam berkata jabatannya menggiatkan usaha turun ke perkampungan Orang Asli di seluruh negara untuk menjelaskan tanggungjawab mendaftar sebagai pengundi. Dalam pada itu, Mohd Sani berkata sebanyak RM3.3 juta telah diperuntukkan kerajaan pusat kepada JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka tahun ini untuk melaksanakan beberapa projek termasuk pengupayaan dan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan pembangunan modal insan. |
Najib ‘Doktor Politik’ Rawat Masalah Negara – Pairin Posted: 25 Apr 2013 05:18 AM PDT TAMBUNAN, 25 April – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘Doktor Politik’ atas kebolehan beliau ‘merawat’ masalah negara. Beliau berkata seperti doktor perubatan, Najib akan mendengar permasalahan yang diajukan kepadanya sebelum mengambil setiap data berkaitan supaya ‘rawatan’ dapat diberikan dengan segera. “Doktor politik ini kemudiannya membawa data-data ini ke ‘bengkel’ untuk mendapatkan idea-idea termasuk daripada pihak swasta dalam mencari penyelesaian terbaik kepada rakyat,” katanya semasa berucap merasmikan program jelajah Yayasan Sabah di Pisompuruan Square di sini. Turut hadir pengarah yayasan Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul dan Penolong Pegawai Daerah Tambunan (Pembangunan) Robert Stidi. Majlis dihadiri kira-kira 5,000 penduduk. Sehubungan itu, Pairin meminta supaya rakyat Sabah dalam menjalankan kewajipan pada 5 Mei ini untuk tidak melepaskan ‘Doktor Politik’ yang telah berada di dalam genggaman hanya kerana mahu memilih pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang tanpa rekod prestasi cemerlang sebagai ukuran. Pairin berkata semasa kerajaan sibuk melakukan pelbagai tranformasi kepada rakyat, pembangkang pula bertindak memburuk-burukkan pemimpin negara di laman sosial dalam meraih simpati pengundi. “Jika dibandingkan, tidak ada kerajaan sebaik Barisan Nasional (BN) yang prihatin dan selalu memberikan pelbagai bantuan. “Berbeza keadaannya di negeri-negeri ditadbir pembangkang yang tidak tenteram kerana rakyat mereka telah bangkit untuk menuntut pelbagai janji yang tidak ditunaikan berbeza dengan BN yang berpegang kepada (slogan) ‘Janji Ditepati,” katanya. Pairin yang juga calon BN bagi kawasan Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri Tambunan juga yakin parti gabungan itu akan mempertahankan kedua-dua kerusi itu pada pilihan raya umum ini berdasarkan kehadiran masyarakat pada program anjuran parti itu. “Sokongan masyarakat merupakan satu petanda baik kerana menunjukkan penerimaan yang tinggi terhadap program BN, yang setiasa cuba untuk membantu meningkatkan penglibatan rakyat dalam bidang perniagaan, sosial dan pelancongan, sekali gus membolehkan mereka menerima bantuan-bantuan yang dihulurkan kerajaan,” |
Kempen Ganas Adalah Tindakan Pihak Dayus Dan Takut Kalah Posted: 25 Apr 2013 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 April – Ketua Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab yang mempraktikkan cara keganasan untuk berkempen dalam Piliha Raya Umum (PRU) ke-13 ini. Mengulas kejadian letupan bom di Nibong Tebal, Pulau Pinang ujarnya, ini adalah satu tindakan mereka yang dayus dan takutkan kekalahan. "Hanya mereka yang dayus menggunakan taktik keganasan ini. Oleh itu saya mahu agar semua jentera BN di seluruh negara agar berhati-hati. Saya dapati bahawa pihak pembangkang nampaknya telah menjadikan keganasan sebagai lumrah mereka berkempen. "Wanita adalah jentera utama untuk PRU ini maka saya minta agar Wanita tabah hati, kuat semangat walau apapun ancaman yang datang dari pihak pembangkang termasuk keganaasan. Kita jangan takut… semangat kita mesti lebih kental untuk menghadapi apa juga cabaran. "Saya kecam siapapun yang bertanggungjawab terhadap insiden letupan bom di Nibong Tebal. Dalam sejarah PRU negara ini, sepanjang saya menjadi calon, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Ini adalah satu kejadian yang mencemarkan perjalanan PRU-13," ujarnya selepas mengikuti Program Walk About bersama calon BN Parlimen Segambut, Jayanthi Devi Balaguru di SPPK Duta Mas hari ini. Beliau turut menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan rapi agar keselamatan pengundi dan jentera pilihan raya terjamin. “Saya ingin mengingatkan pihak pembangkang bahawa semangat kami Wanita BN tidak akan luntur sama sekali untuk terus turun padang berjumpa pengundi dengan cara tertib dan berkhemah. "Mereka ini sebenarnya takut nak kalah… sebab itu buat perkara seperti ini. Ini bibit permulaan mereka mahu buat kekecohan terutama pada hari untuk membuang undi nanti. "Ini juga adalah peringatan kepada semua rakyat Malaysia terutama para pengundi untuk fikir panjang, adakah mahu kerajaan yang selama ini membawa kestabilan dan kemakmuran atau pembangkang yang akan membawa cara reformasi, keganasan dan ketidakstabilan," ujarnya lagi. - MediaUMNO |
Pembangkang Tertekan Kempen Tidak Dapat Sambutan di Selangor – Noh Omar Posted: 25 Apr 2013 04:50 AM PDT SHAH ALAM, 25 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pakatan pembangkang kini berasa tertekan kerana kempen dijalankan mereka di negeri ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk sebagaimana diharapkan. Beliau berkata keadaan itu telah mendorong pembangkang melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya BN membeli bilik-bilik gerakan pakatan pembangkang supaya ia ditutup. Tuduhan tidak berasas itu menunjukkan bahawa pihak pembangkang semakin tertekan, katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis. “Kita lihat sambutan kempen pembangkang agak berkurangan kebelakangan ini , pembangkang tidak menjangka sambutan kempen mereka berkurangan mereka mula merasa ragu kerana kurangnya sokongan rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya BN telah membeli bilik-bilik gerakan pembangkang supaya ia ditutup. Noh mendakwa sekarang pakatan pembangkang mempunyai kumpulan orang khas yang akan diangkut ke tempat ceramah mereka jika kurangnya kehadiran penduduk setempat. Beliau juga melahirkan kebimbangan memgenai kemungkinan pakatan pembangkang melaksanakan pelan tindakan lain untuk menarik para pengundi di Selangor untuk menyokong mereka, termasuklah menghuru-harakan proses pilihan raya. “Bunga-bunga ke arah menimbulkan huru-hara dapat dilihat di dalam proses penamaan calon di Sungai Acheh, Pulau Pinang yang tegang. Calon Pas dan PKR tidak ditentukan (sebelum penamaan) dan berlaku halang-menghalang di antara kedua-dua parti dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku menurut komen daripada pemerhati bebas,” katanya. Noh berkata parti pembangkang seperti PKR diasaskan daripada gerakan demonstrasi jalanan, berbanding BN yang dilatih supaya tidak menggunakan kekecohan dan tidak mengambil tindakan atau keputusan sendiri bila berhadapan dengan kerenah penyokong pembangkang. Beliau mengarahkan jentera pilihan raya BN supaya melaporkan kepada jawatan kuasa pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya di setiap kawasan Parlimen yang dianggotai oleh wakil-wakil parti politik jika ada salah laku pihak pembangkang terutamanya semasa berkempen. Di kawasan Parlimen Tanjung Karang misalnya DAP tidak boleh meletakkan benderanya di situ kerana hanya Pas dan PKR sahaja yang bertanding dan beliau telah memberitahu jentera BN di sana supaya melaporkan perkara itu kepada jawatan kuasa pemantau. Noh, penyandang kerusi Parlimen Tajung Karang ditentang calon Bebas, penyanyi dangdut Herman Tino pada pilihan raya umum 5 Mei ini. |
Pembangkang Rancang Demonstrasi, Jika BN Menang PRU-13 – Idris Haron Posted: 25 Apr 2013 04:47 AM PDT MELAKA, 25 April – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Idris Haron berkata pihaknya mengesan terdapat usaha pembangkang yang merayu dan melobi rakyat untuk menyertai demonstrasi sekiranya pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini. Katanya, perbuatan itu dibimbangi akan mencetuskan huru-hara sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi PRU13. “Ini berdasarkan pelbagai taktik kotor yang telah dilakukan mereka ketika tempoh berkempen. Antara slogan mereka jika gagal berkuasa melalui pilihan raya ialah mereka akan berkuasa melalui demonstrasi jalanan,” katanya selepas Program Sahabat Media Sosial Melaka di sini, Khamis. Beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan pembangkang berada dalam keadaan tertekan untuk mentadbir negara sehingga sanggup merancang mengadakan perkara di luar norma. Katanya ia juga menunjukkan pembangkang seolah-olah tidak mengiktiraf peranan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menjalankan proses pilihan raya dengan adil melalui sistem demokrasi di negara ini. Sehubungan itu, Idris yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menggesa rakyat agar bijak membuat penilaian dalam menentukan pemimpin negara. |
Tidak Sepakat Soal Hudud Bukti Pakatan Pembangkang Gagal Posted: 25 Apr 2013 04:44 AM PDT KLANG, 25 April – Ketidaksepakatan dan perbalahan di kalangan parti-parti gabungan pembangkang berhubung soal pelaksanaan hukum hudud, jelas membuktikan kegagalan gabungan itu untuk sepakat dalam soal mentadbir sebuah kerajaan. Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata isu itu memberi peluang terbaik kepada rakyat untuk melihat dan menilai kegagalan mereka dan membantu mereka membuat keputusan menolak pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mohan, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, berkata pendirian dan ideologi berbeza antara mereka jelas membuktikkan bahawa mereka tidak mampu untuk mentadbir negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. “Ideologi mereka berbeza, tak boleh sepakat. Sejak lima tahun ini mereka asyik bergaduh, tak setuju itu, tak setuju ini, sesama mereka. Kalau dalam isu ini pun (hudud) mereka tak boleh bersatu, tak boleh berpendirian teguh, macam mana boleh tadbir negara ini?. “Kita di BN (Barisan Nasional) sentiasa bersatu, ikut kata pemimpin tertinggi (Perdana Menteri). Tetapi dalam PR, masing-masing anggap diri mereka sebagai kepala utama,” katanya kepada Bernama, di sini, Khamis. Kataya dalam BN, masalah seumpama itu tidak timbul kerana segala keputusan diambil secara bersama, dengan mengambil kira semua aspek termasuk kepentingan dan keharmonian rakyat negara ini. Perbalahan tentang hudud antara para pemimpin parti pembangkang menjadi hangat kebelakangan ini apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum itu khusus untuk orang Islam di negara ini, jika pembangkang menguasai Putrajaya. Sebaliknya Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan hasrat PAS itu tidak munasabah dan boleh menimbulkan krisis perundangan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR berkata pelaksanaan hukum hudud di Malaysia bukan satu kemestian dan tidak boleh dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan semua pihak. |
BN Parti Yang Adil, Angkat Martabat Wanita – Kak Pah Posted: 25 Apr 2013 04:27 AM PDT ALOR SETAR, 25 April – Calon Barisan Nasional ( BN) N 14 Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kasim menyifatkan pencalonan kaum wanita oleh pucuk pimpinan parti itu adalah bukti jelas bahawa golongan tersebut tidak dipinggirkan. Beliau yang mesra dengan panggilan 'Kak Pah' berkata hakikat berkenaan menujukkan kepada rakyat khususnya kaum wanita di negara ini bahawa BN adalah sebuah parti yang adil dengan memberi peluang kepada golongan itu untuk berkhidmat kepada rakyat. "Dalam BN ruang diberikan cukup tinggi kepada kaum wanita ini. Kita tengok dalam kerajaan sebelum ini yang mana peranan wanita diangkat bukan sahaja dalam sektor wanita itu sendiri malah dalam pelbagai sektor lain seperti pendidikan, kementerian dan sebagainya. "Jadi dengan adanya calon wanita dalam BN, ianya memberi peluang untuk kaum wanita sama-sama berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat. Jadi bagi Kak Pah ini adalah merupakan sebuah pentdbiran yang adil dan saksama kepada semua pihak," katanya dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini. Sebagai calon baru yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan BN di Alor Mengkudu, Kak Pah seterusnya memberitahu penerimaan masyarakat di kawasan itu cukup baik dan amat memberansangkan. Menurut beliau dengan jentera yang padu, isnyaallah BN akan memperoleh kemenangan pada 5 April ini. Ketika ditanya apa misi beliau , Kak Pah menjelaskan beliau akan meningkatkan lagi pelbagai apsek yang ketinggalan sebelum ini seperti infrastruktur untuk penduduk setempat selain kemudahan untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan juga kemudahan untuk golongan belia. "Kemenangan kepada BN kali ini banyak memberikan manfaat kepada penduduk. Kita dah rugi lima tahun yang kita tidak dapat. Kalau ini pun tidak sedari dan kalau kita nak lagi yang lama kita akan rugi lima tahun dan tahapnya sama sahaja. "Inilah yang akan kita sampaikan kepada rakyat kali ini. Selain itu manifesto BN akan diterangkan sepenuhnya kepada rakyat…Saya bawa manifesto BN bersama dalam kempen saya dan memberikan penerangan serba ringkas. "Kita harus bijak memilih kerana maju atau mundur kejayaan sesebuah negara dan negeri terletak ditangan rakyat itu sendiri. Paling tepat berilah sokongan kepada BN kerana kita tahu BN adalah sebuah parti yang ada pengalaman dan telah menujukkan 'track record'. Semua kaum dapat faedah di negara ini daripada dulu hingga sekarang ini. Oleh itu pilihlah BN," katanya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment