UMNO Online - “Rakyat Sabah Diingatkan Elak Perjudikan Masa Depan Pada PRU-13” plus 9 more |
- Rakyat Sabah Diingatkan Elak Perjudikan Masa Depan Pada PRU-13
- PRU – 13 : PPP Berjaya Tarik 300,000 Pengundi Baru
- Pencapaian Ekonomi Semasa Zaman Anwar Berbeza Dengan Sekarang
- Jangan Terpedaya Helah Cuba Dakwat PRU 13 – Shahrizat
- Orang Ramai Disaran Tubuh Koperasi Keluarga – Noh
- BN Mampu Kuasai Semula Beberapa Negeri Yang Ditadbir Pembangkang
- Household Income Continues To Soar On Economic Transformation
- ICQS Inspection Centres To Be Operational In ESSCOM Tuesday
- Umat Islam Harus Ketepi Perbezaan Demi Islam – PM
- Tindakan Pemimpin Pembangkang Hina Rasulullah Dikecam
Rakyat Sabah Diingatkan Elak Perjudikan Masa Depan Pada PRU-13 Posted: 31 Mar 2013 04:24 AM PDT KUALA PENYU, 31 Mac – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan rakyat Sabah bahawa tindakan menukar kerajaan sedia ada yang mempunyai rekod cemerlang akan merugikan negara dan rakyat. Beliau berkata penduduk tidak harus memperjudikan kesejahteraan dan masa depan negara kepada sebuah kerajaan baharu yang belum pasti mampu mentadbir dengan baik seperti apa yang telah dibuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. “Kerajaan yang ada sekarang mempunyai rekod pentadbiran yang cemerlang. Kerajaan telah berjaya membangun negara dan sentiasa prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat secara berterusan. “Kerajaan BN menunaikan tanggungjawab terhadap semua penduduk tanpa diskriminasi. Justeru itu kita tidak perlu tukar kerajaan kerana ianya adalah satu tindakan yang amat merugikan negara dan dikhuatiri kesejahteraan yang kita nikmati selama ini akan tergadai,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort di Tadika Pen Yu, Kampung Sungai Labuan, di sini semalam. Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias menyatakan keyakinannya bahawa rakyat masih sayangkan BN dan akan memberi mandat lebih besar kepada BN untuk terus mentadbir negara ini. Katanya pada pemerhatiannya penerimaan rakyat terhadap BN semakin meningkat dan ini kerana rakyat telah menilai kerja yang dilaksanakan BN bertambah baik sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui pemerintahan negara. “Kita mempunyai pemimpin yang baik dan sayangkan rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang bijak mentadbir negara dan tahu menjaga kepentingan rakyat. ”Kita mahu pemimpin yang sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat yang telah menjadi agenda utama BN di bawah pimpinan Perdana Menteri,” katanya. |
PRU – 13 : PPP Berjaya Tarik 300,000 Pengundi Baru Posted: 31 Mar 2013 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mac – Parti Progresif Penduduk (PPP) berjaya menarik kira-kira 300,000 pengundi baru seluruh negara, yang terdiri daripada belia, dalam usaha memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Presidennya, Datuk Seri M Kayveas berkata, semua pengundi terbabit, yang turut mendaftar sebagai anggota PPP, juga berikrar akan mengundi BN pada PRU13. “Ini antara strategi yang telah dijalankan PPP sejak empat tahun lepas bagi memastikan kemenangan BN pada PRU13 ini. “Dan kejayaan membanggakan ialah kira-kira 106,000 daripada pengundi baru tersebut ialah dari kawasan Wilayah Persekutuan yang mana ia satu rekod pencapaian yang saya kira tidak dicapai oleh parti lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Bilik Gerakan Dan Tabung Kebajikan PPP Bahagian Wangsa Maju pada Ahad. Turut hadir Ketua Bahagian PPP Wangsa Maju, Richard Lee. Kayveas berkata, usaha itu juga sebahagian strategi PPP dipanggil ‘Misi 510′ yang menyaksikan PPP akan memastikan sekurang-kurangnya 510 anggota parti itu akan mengundi calon BN di setiap cawangannya di seluruh negara. “Misalnya, di Wangsa Maju kita ada 10 bahagian maka 5,100 ribu undi BN telah dijamin. Ini akan membantu kemenangan BN,” katanya. Sehubungan itu, beliau berharap agar PPP diberi satu kerusi di Wilayah Persekutuan pada PRU13 memandangkan terdapat sokongan kuat daripada anggotanya di kawasan berkenaan, termasuk pengundi baru. “Kita berharap akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan enam kerusi DewanUndangan Negeri untuk PRU nanti. Segala usaha yang mungkin telah kita usahakan,maka PPP cuma harap diberi peluang untuk membuktikan usaha kita selama ini,” katanya. Bagaimanapun, Kayveas berkata, PPP sebagai parti komponen sentiasa menyokong siapa sahaja calon BN yang dipilih. Sementara itu, Wangsa Maju menjadi bahagian PPP pertama menubuhkan tabung kebajikan bagi menjaga kebajikan anggotanya, dan setakat ini, mengumpul dana sebanyak RM15,000 hasil sumbangan pelbagai pihak. |
Pencapaian Ekonomi Semasa Zaman Anwar Berbeza Dengan Sekarang Posted: 31 Mar 2013 04:13 AM PDT IPOH, 31 Mac – Pencapaian ekonomi negara semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan berbeza dengan keadaan sekarang di mana dunia sedang dilanda krisis ekonomi global, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. “Ekonomi 20 tahun lalu berbeza dengan sekarang kerana situasi kini paling mencabar dalam sejarah ekonomi dunia berbanding krisis ekonomi 1993. “Cuba bayangkan Kesatuan Eropah, Greece dan Portugal mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.3 peratus, bahkan Singapura 1.2 peratus. Bolehkah kita katakan negara-negara ini tidak pandai menguruskan ekonomi mereka?” katanya selepas majlis penyampaian surat kelulusan pembinaan surau Baru di Taman Meru 2C di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ditanya mengenai pencapaian ekonomi negara semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu. Husni berkata negara luar mahu belajar daripada Malaysia yang mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik walaupun negara-negara lain dilanda krisis ekonomi. “Seperti Tanzania minta kita buat makmal di Tanzania bagaimana kita buat Program Transformasi Ekonomi. Siapa yang datang? Wakil-wakil dari England dan Amerika Syarikat kerana mereka mahu belajar daripada kita,” katanya. Mengenai manifesto pembangkang, Ahmad Husni berkata rakyat diminta tidak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang itu kerana untuk membangunkan sesebuah negara, perancangan pembangunan perlu ada. “Dalam konteks negara, kita sudah membuat rancangan pembangunan lima tahun. Apabila kita baca manifesto pakatan pembangkang ia adalah propaganda. Propaganda membuat janji kepada rakyat seperti warga emas dan wanita. “Sekiranya manifesto itu di laksanakan, negara perlu mengambil pinjaman yang besar sehingga desifit negara meningkat kepada 11.5 peratus dan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 62.1 peratus,” katanya. |
Jangan Terpedaya Helah Cuba Dakwat PRU 13 – Shahrizat Posted: 31 Mar 2013 03:17 AM PDT PETALING JAYA, 31 Mac – Pasukan petugas Wanita Barisan Nasional (BN) akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengingatkan para pengundi supaya tidak terpedaya dengan helah orang tidak dikenali yang didakwa akan cuba menggunakan dakwat kekal di jari pengundi. Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya ada menerima laporan kononnya pembangkang cuba mewujudkan kekecohan menjelang pilihan raya umum dengan mengeksploitasi penggunaan dakwat kekal dengan berkunjung dari rumah ke rumah dan menjadikan pengundi wanita serta warga emas sebagai sasaran. Beliau berkata, beberapa hari sebelum hari pengundian, mereka akan menemui golongan pengundi wanita warga emas kononnya hendak membantu menunjukkan cara menggunakan dakwat kekal memandangkan ia pertama kali digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). “Mereka akan mencalit dakwat pada jari pengundi berdaftar berkenaan dan jika dakwat itu tidak hilang dari jari mangsa sehingga hari mengundi kemungkinan besar pengundi yang menjadi mangsa akan hilang hak untuk mengundi,” katanya selepas menghadiri program aspirasi Sohonita yang merupakan program mendidik wanita menjadi usahawan secara dalam talian di sini Ahad. Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar pada Ahad yang mendakwa parti pembangkang cuba mengajar kaum wanita kaedah mencalit dakwat yang hanya mampu hilang selepas seminggu dicalit di jari dalam usaha mereka menimbulkan kekecohan pada PRU-13. Shahrizat juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya dapat memastikan tidak berlaku kecurian mahupun ketirisan dakwat kekal menjelang hari pengundian, dan berharap kaum wanita dan warga emas tidak menjadi mangsa taktik kotor pembangkang sehingga hilang hak untuk mengundi. Beliau berkata, jika pengundi hilang kelayakan untuk mengundi kerana dicalitdakwat kekal itu, kekecohan boleh timbul di pusat mengundi dan matlamat pembangkang untuk menimbulkan kekecohan pada hari pengundian akan tercapai. Mengenai program wanita bekerja dari rumah atau Sohonita yang dilancarkan Februari lepas, Shahrizat berkata program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan. “Program hari ini bertujuan menarik wanita golongan India yang memiliki kepakaran menjahit dan memasak untuk memulakan perniagaan secara dalam talian yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah tanpa perlu keluar bekerja,” katanya. Beliau berkata, perniagaan dalam talian akan menjadi penyumbang utama ekonomi pada masa akan datang. Sejak pelancarannya Februari lalu, laman web Sohonita sudah dilayari oleh 72,425 pengguna internet. |
Orang Ramai Disaran Tubuh Koperasi Keluarga – Noh Posted: 30 Mar 2013 11:43 PM PDT TANJONG KARANG,31 Mac – Orang ramai disaran supaya menubuhkan koperasi keluarga yang menyatukan harta anggota sesebuah keluarga untuk menjamin masa depan lebih cemerlang dalam bidang sosioekonomi. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana penubuhan koperasi keluarga kaum India di Parlimen Tanjong Karang yang diwakilinya telah memberi sumber pendapatan baharu kepada anggota koperasi berkenaan. “Konsep koperasi ini baik kerana menerusi koperasi ini, kita boleh kongsi untung yang dijana, iaitu siapa beli saham lebih mereka dapat untung lebih,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama komuniti India di Parlimen Tanjong Karang di sini, malam Sabtu. Turut hadir Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus. Noh yang juga Pengerusi Pembangunan Koperasi Tanjong Karang berkata terdapat 52 koperasi di Tanjong Karang dengan enam daripadanya merupakan koperasi keluarga kaum India. Sementara itu, Ketua MIC Bahagian Tanjong Karang Datuk N.S.Krishnan dalam ucapannya berkata anggota koperasi yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga sendiri lebih mudah ditubuhkan dengan adanya hubungan kekeluargaan antara mereka. “Kalau hendak memulakan koperasi, mulakan dengan anggota keluarga sendiri dahulu kalau susah hendak mengajak orang lain seperti antara adik beradik dan keluarga terdekat,” katanya. Beliau berkata terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh diusahakan dengan penubuhan koperasi keluarga sekaligus menjana pendapatan anggota koperasi terbabit. Pada majlis itu, Noh mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada setiap enam koperasi keluarga kaum India di Tanjong Karang untuk digunakan sebagai modal bagi mengembangkan perniagaan koperasi. |
BN Mampu Kuasai Semula Beberapa Negeri Yang Ditadbir Pembangkang Posted: 30 Mar 2013 11:39 PM PDT GEORGE TOWN, 31 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 ini. Katanya, keyakinan itu berdasarkan tindak balas positif rakyat terhadap kesemua program transformasi negara selain mereka mula menyedari kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat. “Kita harap pengundi di Pulau Pinang sudah tahu tentang keikhlasan kerajaan pusat. Kita masih meneruskan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sungguhpun diperintah pembangkang. “Kita tidak anaktirikan negeri ini. Kita yakin sebahagian dari penduduk Pulau Pinang mula sedar tentang kelebihan kita mempunyai kerajaan yang sama di peringkat pusat dan negeri…sebab penyelarasan semakin berkesan, lebih mudah melaksanakan dasar-dasar yang baik,” katanya selepas merasmikan program Jom Karnival Belia 2013 di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh dan lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor pada pilihan raya umum kali ini. Mengulas kenyataan itu, Nor Mohamed berkata: “Kita tak boleh haling orang yang ada cita-cita. Tapi dari segi politik yang realistik saya yakin kita (BN) dapat menang, bukan saja Putrajaya malah dapat balik negeri-negeri yang kita kalah pada 2008.” Sementara itu, mengulas mengenai sepanduk yang tidak mahu beliau bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata perkara itu tidak memberi kesan kepadanya dan ia tidak seharusnya menjadi isu. “Mereka ni nak keluarkan sepanduk tak apa la. Kita tak rasa apa-apa. Kita pun tahu mereka dan mereka juga tahu yang kita tahu. Tak jadi isu langsung, pihak yang buat tu pun tak ada pengaruh…(perkara itu) cuma ‘mosquito bite’ (seperti gigitan nyamuk) saja la,” katanya. Beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan satu amalan yang tidak sihat dan ia juga menggambarkan sikap tidak hormat kepada Perdana Menteri. Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed berkata: “Bagi saya siapa yang akan bertanding itu akan ditetapkan oleh perdana menteri. Mungkin bukan saya, mungkin orang lain. Saya terima keputusan perdana menteri dan jika beliau pilih siapa pun saya akan sokong 100 peratus.” |
Household Income Continues To Soar On Economic Transformation Posted: 30 Mar 2013 11:33 PM PDT KUALA LUMPUR, March 31 – The current average monthly household income of Malaysians at about RM5,000 compared to RM4,025 in 2009, is one of the initial fruits of the Government Transformation Programme (GTP) and the Economic Transformation Programme (ETP). Political analysts on the whole are of the opinion that the GTP and ETP are not just mere slogans because the implementation report data has proven the programmes’ success in raising the household income of Malaysians. According to the 2012 GTP and ETP achievement report and the progress report card tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently, the two initiatives have started to show significant improvements in the well-being of the people. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Social Science Faculty senior lecturer Dr Jeniri Amir said the government’s move in enhancing the GTP and ETP programmes was a brilliant and timely step for the country towards achieving developed nation and high-income status. “Compared to five years ago the increase is very significant, whereby civil servants’ salaries have been raised and we also have a minimum salary for the private sector. Indeed such transformation is necessary to put the nation on track towards becoming a developed country, towards Vision 2020,” he told Bernama. He said Malaysia recorded a high growth rate of 5.6 per cent despite uncertainties in the global economic environment. Strong economic growth continued to generate employment opportunities and drive various economic activities which led to the increase of income for Malaysians, he added. “Generally, people’s standard of living and purchasing power have been on the rise during the last four years. He said, the government under Najib’s leadership has succeeded in distributing additional national revenue to the people more equitably according to the needs of the sectors such as education and infrastructure, including water supply, electricity and roads, to raise their standard of living. Referring to Sabah and Sarawak, Dr Jeniri, who hails from Sarawak, said many areas in both states have seen progress, especially in urban areas such as Kuching and Kota Kinabalu. However, he said the government should place greater emphasis and take measures to reduce inflation rates in the two states, which were escalating due to indiscriminate hikes in prices of goods by certain parties. “I think Sabahans and Sarawakians will enjoy even better living standards if this problem is curbed with tighter regulation and penalties,” said Dr Jeniri. Commenting on the opposition promise to raise household income to RM4,000 a month in five years, he said it was nothing special as the Barisan Nasional (BN) government has almost achieved the level. The government has also realised the People First, Performance Now policy with various assistance such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), RM100 school assistance, 1Malaysia Book Voucher as well as the 1Malaysia Tyre Aid programmes, he elaborated. Universiti Sains Malaysia, School of Social Sciences, associate professor of criminology Dr P. Sundramoorthy said, all the government initiatives and various financial support were timely and relevant to ease the burden of the rising cost of living. “It is a progressive move taken by the government, especially for the lower income group. He welcomed the government announcement that BR1M would be carried out annually as an initiative to help this group and as proof of the government’s commitment to help the poor, adding that the initiative should be sustained in the future regardless of the political landscape. |
ICQS Inspection Centres To Be Operational In ESSCOM Tuesday Posted: 30 Mar 2013 11:26 PM PDT LAHAD DATU, March 31 – Three Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) inspection centres will be operational in the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) area beginning Tuesday. Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the three temporary offices created would be operational in Lahad Datu, Kudat and the Kerakit Integrated Immigration Command Post, Pulau Banggi. “Twelve cabins will be used as temporary offices of which, six would be at the ICQS Lahad Datu, four in Kudat and two in Pulau Banggi. All the cabins had arrived at the locations on Thursday,” he said at a press conference while visiting the Lahad Datu ICQS site, here today. Hishammuddin said 14 officers would be deployed temporarily at each ICQS and command post which would also include the Intelligence and Enforcement units of the Malaysian Immigration Department. “The initiative to create the ICQS and command posts was one of the measures to tighten up security control in the east coast of Sabah besides facilitating entry to foreigners from the east coast waters possessing valid travel documents using the routes gazetted,” he said. He believed the implementation of ESSCOM, which would be monitored by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as chairman of the monitoring committee, and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman as Chairman of the Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) and ESSCOM director Datuk Mohammad Mentek represented an important component in ensuring the security of the state. Hishammuddin also visited three ESSCOM cabins placed at the Region 4 Marine Police Operations Force Base, Lahad Datu. |
Umat Islam Harus Ketepi Perbezaan Demi Islam – PM Posted: 30 Mar 2013 11:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mac – Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini. “Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara,” katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini Sabtu malam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Zaid Abdullah. Najib, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat, menunaikan solat Isyak dengan diimamkan Imam Besar Masjid Maulana Abdul Hamid Chin. Najib bersama jemaah lain kemudian mendengar tazkirah ringkas berkaitan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Muaz Roslan, yang membaca kitab Hayatus Sohabah. Masjid itu merupakan markas pergerakan Tabligh di negara ini sejak 1985 dan sentiasa dikunjungi jemaah dari seluruh dunia yang menjadikannya antara markas bagi melahirkan pendakwah Islam di negara ini. Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam. “Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam,” kata beliau yang turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar. |
Tindakan Pemimpin Pembangkang Hina Rasulullah Dikecam Posted: 30 Mar 2013 05:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sanggup berpolitik hingga melibatkan nama Rasulullah SAW sebagai bahan untuk dijadikan populariti. Katanya, perkara berkaitan agama dan baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW tidak sewajarnya dijadikan alat dalam hasrat untuk mengelirukan masyarakat. "Tidak kiralah dalam apa jua keadaan perkara berkaitan kesucian agama Islam, hal-hal berkaitan akidah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah sesuatu yang tidak perlu dijadikan bahan politik," katanya. Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan kenyataan dalam laman sembang sosial twitter yang dikeluarkan oleh Khairul Fahmi Mat Som yang berjawatan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat. Dalam twitter terbabit, pemimpin Pas tersebut telah mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan kononnya akan turut dilibatkan dalam video seks yang didakwanya adalah perbuatan UMNO. "Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak pernah terlibat dengan mana-mana agenda sedemikian apatah lagi hal-hal yang melibatkan perlakuan moral dan keruntuhan akhlak. "Semua dakwaan yang dibuat kepada pemimpin pakatan pembangkang berkaitan salah laku moral dan penyebaran video adalah melibatkan individu tertentu dan bukannya urusan parti, apatah lagi untuk mengaitkannya dengan Rasulullah SAW." Dalam hal ini beliau menggesa masyarakat untuk membuat penilaian berdasarkan apa yang berlaku. "Kita perlukan pemimpin yang matang, yang dapat membawa kepada kemajuan keseluruhan dan memberi tauladan berguna kepada rakyat," tegasnya lagi. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment