SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, April 4, 2013

UMNO Online - “Calon BN Diumum Dalam Tempoh Tujuh Hingga 10 Hari Sebelum Penamaan Calon” plus 9 more

UMNO Online - “Calon BN Diumum Dalam Tempoh Tujuh Hingga 10 Hari Sebelum Penamaan Calon” plus 9 more

Link to UMNO Online

Calon BN Diumum Dalam Tempoh Tujuh Hingga 10 Hari Sebelum Penamaan Calon

Posted: 03 Apr 2013 06:29 AM PDT

PUTRAJAYA, 3 April –  Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Rabu.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.

“Ketua-ketua perhubungan negeri akan menyerahkan watikah pelantikan kepada calon-calon. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon,” katanya selepas acara 'Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya' di sini.

Tengku Adnan berkata, senarai calon BN kini dalam saringan terakhir termasuk pemeriksaan kesihatan, institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

"Sekiranya mereka sudah mendapat laporan kesihatan mereka enam bulan lepas, mereka boleh hantar kepada kami, sekiranya belum, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Tengku Adnan berkata, BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini dan hanya menanti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Beliau berkata, Najib akan mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 pagi esok dan selepas itu mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN pada 11 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

“Kita akan melancarkan manifesto BN pada Sabtu ini di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur," katanya. -

“Jangan Terlalu Yakin, Hingga Boleh Bawah Padah” – Sapawi

Posted: 03 Apr 2013 05:30 AM PDT

KOTA KINABALU,  3 April  - `Usah dan elak daripada terlalu yakin sehingga ianya boleh membawa padah.’ Itulah ingatan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad pada taklimat penceramah penerangan dan kursus pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Sepitang berkata sikap terlalu yakin akan mendorong anggota UMNO bersikap sambil lewa dan tidak kisah dengan tugas yang diberikan.

“Sikap seumpama ini tidak akan memberikan hasil yang baik tetapi hanya akan membawa padah…ia boleh menyebabkan kita gagal mencapai sasaran yang diharapkan,” katanya.

Menurutnya anggota parti pada semua peringkat perlu sentiasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional terus meningkat.

Katanya keputusan pilihan raya 2008 harus dijadikan iktibar dalam usaha mendapatkan semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang.

“Kita perlu sentiasa bersedia dan segala kesilapan masa lalu tidak harus berulang…rakyat perlu sentiasa didekati dan kita perlu memastikan mereka tidak terpengaruh dengan pembohongan yang dilontarkan oleh pembangkang,” katanya lagi.

Bagaimanapun Sapawi meningatkan agar anggota UMNO tidak terikut-ikuat dengan cara pembangkang yang menabur fitnah dan juga pembohongan bagi mendapatkan sokongan pembangkang.

“Sebaliknya kita mendekati rakyat dengan memberikan fakta yang tepat… kita harus lebih bijak berbanding pembangkang dan fitnah serta pembohongan bukan amalan UMNO,” katanya lagi.

 

KERAJAAN BANTERAS NAJIS DADAH

Posted: 03 Apr 2013 05:24 AM PDT

Pusat kegiatan dadah diedar,

Datang dari luar Negara,

Kegiatan ini Kastam dah sedar,

Kita semua mesti berjaga.

 

Ada rakyat jadi keldai dadah,

Ditipu sindiket luar Negara,

Ramai mereka ditipu sudah,

Belia diingat jangan jadi mangsa.

 

Dadah jadi musuh Negara,

Tolong jauhi jangan hampiri,

Kerajaan mencegah berbagai cara,

Kepada dadah mesti dibenci.

 

Mula mencuba terus ketagih,

Hidup tidak lagi bahagia,

Kalau sudah jadi penagih,

Di pusat pemulihan mereka dijaga.

 

Berbagai cara merawat mereka,

Usaha kerajaantidak berhenti,

Ada yang pulih hidup bahagia,

Ada yang sampai membawa mati.

 

Pakatan Pembangkang Umpama Pencuri Jerit Pencuri

Posted: 03 Apr 2013 05:18 AM PDT

Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin pakatan pembangkang yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh pakatan pembangkang dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN.

Itu realiti pandangan yang sudah berakar umbi dalam fikiran pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang.

Peliknya di sebalik segala tohmahan itu, dalam masa yang sama boleh pula pemimpin pakatan pembangkang menwar-warkan kepada umum bahawa PRU 13 akan dimenangi oleh pakatan pembangkang malah dengan yakin menyatakan 125 kerusi Parlimen dan 7 buah negeri bakal dikuasai mereka.

Orang yang waras akalnya tentu terdetik untuk bertanya, jika SPR adalah kuda tunggangan BN, tidak telus, tidak adil dan tidak bebas, kenapa pula pemimpin pakatan pembangkang sibuk mahu bercakap mengenai kemenangan dan tawan negeri itu dan ini?

Yang akan mengendalikan PRU 13 tetap juga SPR, jadi ikut logik akal jika begitu buruk dan teruk kaedah pilihan raya yang dikendalikan SPR, apa gunanya lagi untuk pakatan pembangkang berangan untuk menggapai kejayaan, bukan begitu?

Hakikatnya pakatan pembangkang sudah lama menerima hakikat bahawa SPR sememangnya telus, adil dan saksama sedari dulu lagi. Jika SPR benar-benar pincang, tiada seorang pun pemimpin pakatan pembangkang yang akan bertanding dalam PRU 13 dan sebelumnya.

Tentu ada agendanya maka sebab itu SPR sering dijadikan punching beg dan dijadikan sebagai kambing hitam oleh pemimpin pembangkang.

Tak mustahil agenda pakatan pembangkang dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Tak mustahil agenda pakatan pembangkang dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Kemungkinan lain, ada kebarangkalian ianya untuk melindungi penipuan yang ingin dilakukan oleh pakatan pembangkang misalnya melalui manipulasi dakwat kekal dengan mencalit dakwat itu kepada pengundi berusia konon untuk tujuan demonstrasi.

Perkara sebegini boleh berlaku bila dilihat pada modus operandi penyokong pembangkang selama ini yang pernah mengutip kad pengenalan golongan tua bagi menghalang pengundi keluar menunaikan tanggungjawab ketika hari pengundian.

Atau kemungkinan juga untuk mengelakkan tumpuan umum kepada gerakan jentera pakatan pembangkang  yang sebelum ini giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang diyakini boleh dikuasai melalui kaedah tersebut seperti mana pernah dilaksanakan oleh Pas Kedah dan Pas Kelantan.

Malah semenjak SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) terdiri dari agen parti-parti politik, uniknya semenjak itu berlumba-lumba pakatan pembangkang mendedahkan ‘kepincangan’ daftar pemilih mempertikaikan orang itu tak layak mengundi dan orang ini datanya diragui.

SPR pernah mengumumkan seramai 332 orang penolong pendaftar pemilih ditamatkan perkhidmatan kerana cuai atau sengaja mendaftarkan pengundi dengan maklumat yang meragukan.

Sebelumnya SPR pernah menolak permohonan seramai 71,184 pengundi yang didaftarkan oleh PPP kerana pelbagai kesalahan antaranya mendaftarkan pengundi yang telah berdaftar, warganegara yang belum layak mengundi, bukan warganegara dan pelbagai lagi kecuaian.

Menariknya kebanyakan kesilapan daftar pengundi baru yang ditolak oleh SPR ini didaftarkan oleh wakil-wakil pakatan pembangkang dan tak mustahil ada antara puluhan ribu permohonan pengundi baru yang didaftarkan oleh pakatan pembangkang ini yang terlepas pandang oleh sistem semakan dan digunakan pula untuk memburukkan imej SPR.

Di lihat pada sejarah pakatan pembangkang, beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan pakatan pembangkang sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya.

Di lihat pada sejarah pakatan pembangkang, beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan pakatan pembangkang sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya.

Tindakan mereka mengkambing hitamkan SPR sebelum ini hanyalah strategi serampang dua mata, pertama untuk membunuh imej dan kredibiliti SPR di mata umum dan kedua untuk melindungi penipuan yang sedang pakatan pembangkang laksanakan.

Sedangkan dalam pemilihan CEC DAP dan pengundian dalaman PKR sendiri wujud penyelewengan, dan Pas pula penah aktif memindah pengundi ke sana ke mari, jadi apa sangatlah untuk mereka merancang penipuan dalam PRU.

Apa pun jika segala kemungkinan di atas tidak menepati senario sebenar, seeloknya pakatan pembangkang hentikan sahaja propagandanya yang memperlekeh atau mempertikaikan kesungguhan SPR dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan PRU 13 kelak berjalan lancar.

Kiranya pakatan pembangkang masih sibuk mempertikaikan SPR, itu salah ini tak betul, lebih baik pemimpin pakatan pembangkang cermin diri sendiri untuk melihat betapa besarnya hipokrasi dalam diri masing-masing.

Atau jika pemimpin pakatan pembangkang masih ada harga diri, kenapa tidak untuk julung kalinya, sebagai tanda protes dan ketidakyakinan dengan SPR, maka jangan sesekali walau seorang pun pemimpin pakatan pembangkang bertanding dalam PRU 13 ini? Ada berani?

Mr Beruang Biru

BN Kedah Akan Pastikan 100 Peratus Anggota BN Keluar Mengundi, Sokong BN

Posted: 03 Apr 2013 04:04 AM PDT

SUNGAI PETANI, 3 April  - Barisan Nasional (BN) Kedah akan memastikan 100 peratus anggota parti komponen BN di negeri ini keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi bagi memastikan kejayaan BN.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini kerana setiap undi anggota parti sangat perlu bagi mencapai kemenangan untuk memenangi semula negeri ini yang terlepas pada 2008.

Katanya BN Kedah sudah bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13 sejak beberapa tahun lalu dengan melakukan persediaan yang lengkap dan terperinci.

“Saat yang dinantikan sudah tiba, maka persiapan selama ini sudah bergerak sepenuhnya. Semua jentera sudah bergerak sebelum ini dan dengan pengumuman ini, gerak kerja berlangsung lebih intensif…masa menumpukan sepenuh tenaga untuk parti,” katanya selepas Program Jelajah Gelombang Biru Parlimen Merbok di Maktab Rendah Sains Mara (Merbok) dekat sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat ke-12 bagi memberi laluan kepada PRU-13.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur esok berhubung urusan pembubaran DUN Kedah.

Ahmad Bashah berharap semua jentera BN menumpukan sepenuh tenaga dan focus kepada parti dan berjuang dengan penuh semangat.

“Kita yakin kemenangan akan berpihak kepada kita, kita akan bekerja dengan penuh semangat. Semangat jentera parti sudah sampai ke kemuncak untuk pasti kejayaan. Senario ini berbeza dengan pilihan raya lepas di mana semangat kali ini begitu jitu dan terserlah.

“Setiap jentera sudah diarahkan bekerja sepenuh masa, tenaga. Ini kerana semangat orang ramai untuk terus mengekalkan kerajaan BN serta memastikan pembangkang tidak menguasai kerajaan,” katanya.

Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, berkata UMNO Kedah akan berusaha membawa balik kira-kira 22,000 anggota yang berada di luar Kedah, menerusi mekanisme yang diuruskan unit pengundi luar.

Jumlah pengundi di Kedah kini seramai 1,043,281 orang manakala anggota UMNO pula berjumlah 267,664 orang.

Speaker Sahkan Terima Proklamasi Pembubaran Parlimen

Posted: 03 Apr 2013 03:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April –  Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima proklamasi mengenai pembubaran Parlimen yang ke-12 yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pandikar berkata, beliau menerima proklamasi itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurut Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

"Proklamasi itu menandakan penggal Parlimen ke-13 selama empat tahun dan 11 bulan. Ini merupakan salah satu yang paling lama dalam sejarah Parlimen Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai perkara seterusnya, beliau berkata, ia bergantung pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengumumkan tarikh pilihan raya dan melaksanakan prosesnya.

Ia merupakan amalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memaklumkan secara rasmi kepada SPR mengenai pembubaran supaya pilihan raya boleh diadakan.

Kecuaian Pakatan Pembangkang Mentadbir Negeri Buatkan Rakyat Sudah Hilang Keyakinan

Posted: 03 Apr 2013 03:41 AM PDT

IPOH, 3 April – Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkeyakinan rakyat akan menolak Pakatan Pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini, berdasarkan corak  dan sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang itu sendiri yang tidak menepati janji-janji yang mereka janjikan pada rakyat pada PRU sebelum ini.

Menurutnya, rakyat hari ini sudah dapat melihat contoh yang jelas seumpamanya di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di mana segala manifesto yang dijanjikan Pakatan Pembangkang tidak mampu mereka tunaikan.

"Contoh yang paling ketara ialah Selangor. Kerajaan PKR Selangor ternyata hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai menunaikan janji. Malah, sepanjang sejarah politik negara, tidak pernah sebuah kerajaan disaman oleh rakyat sendiri bertalu-talu sepertimana yang berlaku di Selangor.

"Manifesto terbaru pembangkang juga nampak tidak mantap dan dibuat secara tergesa-gesa sehinggakan ada beberapa perkara yang menjadi asas perjuangan mereka seperti tuntutan royalti minyak terlupa mereka senaraikan," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang. Sikap kerajaan DAP yang lebih mengutamakan pemaju-pemaju perumahan mewah menyebabkan pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat miskin dipinggirkan.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan DAP tidak pedulikan nasib rakyat miskin dan lebih mementingkan keuntungan daripada memikirkan nasib rakyat. Jelas mereka hanya mempergunakan rakyat untuk mengundi demi kepentingan agenda peribadi mereka saja," tegasnya.

Malah  beberapa isu terbaru yang berlaku di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang berhubung kesilapan remeh temeh seperti salah taip angka projek terowong bawah tanah sehingga berlebihan sehingga RM2.2 bilion, turut menyebabkan keyakinan rakyat kredibiliti Pakatan Pembangkang semakin terhakis.

"Kenyataan Ketua Menteri yang tidak masuk akal serta  tidak tahu negeri yang dibawah pentadbiranya sendiri membuat pelaburan sebanyak RM3.4 bilion, bagi saya sudah cukup untuk membuka mata rakyat sejauh manakah kesungguhan DAP dan Pakatan untuk mentadbir negara," jelasnya.

Salleh turut menyentuh sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang mahu berpindah randah untuk bertanding pada PRU akan datang ini juga turut menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kredebiliti Pakatan Pembangkang.

"Apa yang kita lihat, pemimpin Pakatan Pembangkang yang  mencari tempat diluar kawasan untuk bertanding pada PRU kali ini hanyalah semata-mata  untuk menyelamatkan karier politik mereka.

"Mungkin mereka  sudah sedar, penduduk di kawasan yang diwakil mereka sebelum ini sudah mula memperlihatkan tanda menolak mereka untuk PRU kali ini, maka mereka mencari tempat yang lebih selamat untuk kesinambungan karier politik mereka," jelasnya lagi. -MediaUMNO

Umum Calon, Kawasan Sesuka Hati Dedah Kepincangan Pembangkang Hadapi PRU-13

Posted: 03 Apr 2013 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 April – Tindakan PKR, DAP dan Pas yang ghairah sesuka hati mengumumkan calon serta kawasan yan. bakal ditandingi pada pilihanraya umum ke 13 hingga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakan pakatan mereka terus membuktikan betapa pincangnya pakatan pembangkang

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin percaya tindakan PKR, DAP dan Pas ini dibuat setelah mereka gagal mendapat persetujuan bersama dalam merebut sesuatu kawasan..

" Jadi tidak hairanlah apa yang berlaku hari ini apabila mereka sesuka hati mengumumkan orang itu bertanding di kawasan tertentu dan saya menjangkakan keadaan ini akan lebih parah termasuklah akan ada pertandingan tiga penjuru di satu-satu kawasan", katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurut beliau lagi tidak mustahil Pas akan meletakkan calon mereka, DAP juga akan meletakkan calon mereka dan begitulah juga PKR akan mengambil tindakan yang sama gara-gara mahukan calon mereka bertanding.

"Ini adalah jangkaan saya jika melihatkan kepada senario semasa pra pilihan raya umum ke-13. Bukankah itu menunjukkan mereka saling tidak ikhlas dan tidak mempercayai antara sesama mereka.

"Jika mereka ikhlas dan benar-benar bersatu dan berada dalam satu saf, takkanlah timbul kekecohan sepertimana yang dilaporkan berlaku di Kedah, Johor, Pahang, Sabah dan Perak. Percayalah….Selepas ini kita boleh tengok adengan yang lebih menarik," ujarnya.

Sebelum ini Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik dilaporkan berkata  bahawa pertembungan tiga penjuru antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada PRU-13 nanti mungkin akan berlaku.

Ini berikutan tindakan Anwar mengumumkan nama calon PKR bagi Parlimen Alor Setar sedangkan DAP berkeras mahu bertanding di situ.

Begitu juga kekecohan bagi DUN Changkat Jering di Perak, Parlimen Temerloh di Pahang, di Johor dan beberapa lagi negeri lain

Fairus seterusnya menambah apa yang berlaku itu juga menyerlahkan bagaimana sikap tidak menghormati antara parti dikalangan parti-parti pembangkang.

"Begitu juga daripada satu sudut lain yang mana kepimpinan pembangkang sendiri tidak menghormati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam soal ini. Jelas ini adalah bukti nyata bagaimana wujudnya kepincangan yang cukup ketara di dalam pakatan pembangkang hari ini.

"Jadi apakah golongan seumpama ini yang rakyat mahu harapkan untuk menerajui negara….Kepimpinan sendiri pun penuh kepincangan bagaimana mahu mentadbir sebuah negara yang memerlukan sebuah parti yang kuat dan pemimpin yang berwibawa," katanya. -MediaUMNO

Penang BN To Launch 13 GE Manifesto Next Week

Posted: 03 Apr 2013 03:08 AM PDT

GEORGE TOWN, April 3 – Penang Barisan Nasional (BN) will launch its manifesto next week after the Federal government’s manifesto is launched on Saturday.

State BN chairman Teng Chang Yeow said the state manifesto would be launched next week following the dissolution of Dewan Rakyat announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at 11.30am this morning.

The announcement triggered the process of the 13th General Election.

“We will be launching it next week…the date will be announced later,” he told reporters after a joint meeting of BN component parties, here, today.

Teng said the meeting that lasted for one hour was to finalise coordination among component parties and candidates contesting in the 13GE.

Kemelut Rebut Jadi Calon Serlah Wajah Buruk Pas

Posted: 03 Apr 2013 02:02 AM PDT

KOTA BHARU 3 April  –  Kemelut dalaman yang sedang melanda Pas ketika ini beberapa negeri menunjukkan betapa buruknya parti itu apabila diberikan sedikit peluang untuk memegang kuasa, demikian pandangan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz  Hj Mohd Afandi Yusof.

"Apa yang berlaku itu sebenarnya satu rahmat…..kenapa saya katakan begitu…Ini kerana jika Pas sebelum ini cukup lantang mengatakan mereka berbeza dengan UMNO, itulah jawapannya iaitu Pas juga sebuah parti politik.

"Pelbagai kemelut dan juga masalah calon dan perebutan kerusi antara mereka dan sebagainya lagi adalah satu bukti jelas dan nyata yang mana mereka juga seperti parti-parti politik lain. Tidak ada bezanya.

"Nikmat kuasa dan segala-galanya telah merubah Pas hari ini. Jika sebelumnya kita jarang mendengar sepertimana yang berlaku di Kedah, hari ini kita boleh tengok dan baca sendiri kemelut yang berlaku. Begitu juga negeri-negeri lain," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegas beliau lagi kebenaran yang terpancul hari ini menyerlah sikap serta wajah sebenar pimpinan Pas yang bermimpikan Putrajaya bersama sekutu mereka.

"Dulu mereka hanya nampak nak buat Hudud dan menegakkan syariat Allah….Akur segala-galanya. Tetapi hari ini tengok apa yang berlaku. Makin hampir pilihan raya makin pecah tembelang mereka yang sebenarnya.

"Sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana permainan politik mereka menjelang pilihan raya kali ini. Jika tiaka pincang pun mungkin dalam keadaan huyung-hayang untuk masuk ke medan perang pilihan raya nanti," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT