SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, April 14, 2013

UMNO Online - “Pertelagahan Pembangkang Manifestasi Tiada Muafakat – Muhyiddin” plus 6 more

UMNO Online - “Pertelagahan Pembangkang Manifestasi Tiada Muafakat – Muhyiddin” plus 6 more

Link to UMNO Online

Pertelagahan Pembangkang Manifestasi Tiada Muafakat – Muhyiddin

Posted: 13 Apr 2013 04:03 AM PDT

SAMARAHAN, 13 April – Pertelagahan pakatan pembangkang dalam pembahagian kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)adalah manifestasi tiadanya muafakat antara mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ketidaksepakatan itu sepatutnya menjadi tanda-tanda awal kepada pengundi bahawa mereka ini tidak berkeupayaan untuk membentuk kerajaan.

Katanya setiap parti dalam pakatan pembangkang dilihat berebut bertanding banyak kerusi kononnya untuk membentuk kerajaan.

“Saya kira ini manifestasi tidak ada muafakat…masing-masing berebut kerusi, kononnya mereka fikir mereka boleh membentuk kerajaan.

“Mereka juga berebut untuk mencari kerusi lebih banyak, mungkin di sebalik itu ada idea siapa nak jadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhba selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Perkarangan Masjid Darul Iman, Sadong Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan penyandang kerusi Parlimen Badang Sadong Nancy Shukri.

Muhyiddin memberikan contoh sehingga sekarang pakatan pembangkang masih belum menyelesaikan pembahagian kerusi termasuk di Sarawak.

“Ada juga kawasan mereka umumkan satu calon daripada satu parti, tetapi pihak parti lain pula marah kerana tidak dibincangkan, malahan bila ada pengumuman (calon) dibuat, kita dapat melihat reaksi daripada akar umbi penyokong parti mereka sendiri yang rasa tidak berpuas hati,” katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam PRU13, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata berdasarkan keputusan pilihan raya negeri pada 2011, BN Sarawak dilihat tidak masalah untuk mengekalkan kemenangan.

“Selepas pilihan raya negeri pada 2011, kita tahu keputusannya yang amat kita banggakan. Itu sudah menjadi satu cerminan tentang apakah sebenarnya sikap dan pilihan rakyat Sarawak pada PRU13.

“Saya percaya seperti negeri-negeri lain, pengundi sudah dapat melihat sendiri dengan lebih jelas tentang hasil daripada program-program transformasi yang dilaksanakan kerajaan BN memberi impak besar menerusi bentuk bantuan-bantuan seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan juga ‘touch point’ yang telahpun kita laksanakan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata di samping itu, kerajaan BN telah membawa banyak peluang ekonomi dan pekerjaan ke Sarawak dan hasilnya sokongan terhadap BN semakin memberangsangkan.

“Saya tidak mahu terlalu sombong buat kenyataan, tapi saya percaya setiap kali saya turun ke Sarawak, ini kali pertama selepas pelancaran Manifesto BN, dan dari segi bahasa badan, tutur kata, percakapan mereka (rakyat) begitu bersemangat menunjukkan mereka amat menyokong BN, itu satu tanda yang cukup positif dan amat menggalakkan,” katanya.

Pada PRU13, pertandingan hanya melibatkan kerusi Parlimen di Sarawak berikutan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri telah diadakan pada 16 April 2011.

BN negeri menguasai 29 daripada 31 kerusi Parlimen manakala dua lagi milik  DAP.

 

Najib Isytihar Operasi Daulat Berakhir Beberapa Hari Lagi, Fungsi Diambil Alih ESSCOM

Posted: 13 Apr 2013 03:57 AM PDT

LAHAD DATU, 13 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Operasi Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir beberapa hari lagi.

Katanya operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di Felda Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Operasi Daulat sudah berakhir.

“Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Hakikat sebenarnya Operasi Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, sehingga setiap orang sama ada pengganas atau pun tali barut mereka dapat dihapuskan sama sekali.

“Tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas ini di bawah pemerintahan ESSCOM yang mengambil alih semua operasi bersepadu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penghargaan Operasi Daulat di Dewan Desa Kencana, Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Pada majlis itu, Najib sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya berpandukan pelembagaan dan undang-undang negara.

Hakikatnya, kata beliau, negeri Sabah semenjak 16 Sept 1963 dengan keputusan serta sokongan majoriti besar rakyat negeri itu telah menyatakan bahawa mereka ingin supaya Sabah merdeka dalam Malaysia.

“Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hakikat dan fakta ini akan kekal selama-lamanya. Tiada sesiapapun sama ada pihak luar mahupun dalam negara akan dibenarkan menganggu-gugat hakikat ini,” katanya.

Katanya sejak peristiwa pencerobohan bersenjata pada 12 Feb lepas Malaysia bertindak dengan berhemah tetapi tegas yang akhirnya berjaya menumpaskan ancaman kumpulan bersenjata berkenaan.

Najib berkata walaupun pengganas berjaya ditumpaskan namun 10 anggota keselamatan, lapan daripadanya anggota polis dan dua anggota tentera, turut terkorban dalam operasi itu.

“Saya masih tak lupa nada sebak ketika saya menyambut ketibaan jenazah-jenazah mereka, sebagai pemimpin negara. Jasa wira-wira ini sudah tentu tidak akan saya lupa sampai bila-bila.

“Anak-anak mereka kehilangan tempat bermanja, isteri mereka kehilangan seorang suami tercinta, bagi rakyat Malaysia dan negara kita, kita kehilangan anak bangsa yang teguh berjuang demi kedaulatan agama bangsa dan negara,” katanya.

Menurut Najib beliau, anggota keselamatan dan seluruh rakyat Malaysia berikrar bagi memastikan pengorbanan anggota keselamatan berkenaan tidak akan sia-sia.

“Kita menyokong dan berdoa moga Allah SWT sentiasa melindungi pasukan keselamatan kita. Terima kasih… perjuangan mereka akan kita ingat, terakam dalam lipatan sejarah negara kita. Kalau suatu ketika dahulu peristiwa Bukit Kepong dengan peristiwa Leftenan Adnan dalam sejarah, kini kita tidak lupakan peristiwa Lahad Datu dan Semporna selama-lamanya,” kata beliau.

 

Najib Garis Empat Strategi Tingkat Kawalan Perairan Negara

Posted: 13 Apr 2013 02:35 AM PDT

LAHAD DATU, 13 April – Peningkatan kemampuan risikan dan kawalan  perairan yang efektif ialah antara strategi penting yang perlu ditekankan untuk memastikan kedaulatan negara tidak lagi diceroboh mana-mana pihak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata perkara itu antara empat pendekatan strategik dan teknikal yang perlu ditekankan bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran simbolik pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) di sini hari ini Najib menegaskan Malaysia perlu mempunyai kawalan perairan yang lebih efektif 24 jam  bagi menjamin kawalan keselamatan yang lebih menyeluruh.

Beliau turut menggariskan keperluan untuk meningkatkan kemampuan pasukan keselamatan mencegah sebarang aktiviti negatif dan melanggar undang-undang di kawasan perairan negara.

“Kita juga perlu penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk memberkas mereka (penceroboh) jika mereka sampai di darat untuk pastikan tindakan yang benar- benar berkesan,” katanya.

Najib berkata tindakan strategik dan teknikal itu merupakan dua unsure penting yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dalam aspek keselamatan, terutama selepas insiden pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu pada Februari lepas.

“Dua unsur ini iaitu keselamatan yang terjamin sepenuhnya dan keyakinan rakyat untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa sangat penting bagi kita,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu tidak memerlukan sebarang kajian semula kepada undang undang berkaitan imigresen kerana peraturan sedia ada sudah cukup untuk melaksanakan strategi yang digariskan.

“Undang-undang sedia ada sudah cukup, cuma perlu ditingkatkan pengkuatkuasaan dan iltizam untuk melaksanakan undang-undang dengan lebih berkesan,” katanya.

Mustahil Untuk Saya Sertai Pas – Shahrir Samad

Posted: 13 Apr 2013 01:09 AM PDT

JOHOR BAHRU, 13 April – Minta maaflah… Jika dahulu Pas yang bergerak sendirian dengan ekstrem kononnya memperjuangkan agama tidak langsung membuat saya terfikir untuk menyertainya apatahlagi sekarang apabila Pas telah bergabung dengan DAP yang mengamalkan fahaman sekular 'totok', begitulah respon  Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkenaan khabar angin yang mengatakan beliau telah keluar UMNO dan akan menyertai Pas.

"Orang yang sebarkan fitnah ini sebenarnya sudah tidak ada modal untuk berpolitik… Mereka yang menyebarkan fitnah ini sebenarnya mahu mengucar-kacirkan keharmonian rakyat Johor.

"Saya tidak nafikan memang ada pujukan ketika saya berjumpa dengan penyokong adik saya iaitu Khalid Samad  yang mencadangkan saya masuk Pas tetapi mustahillah perkara ini berlaku.

"Bagaimana saya mahu menyertai Pas… Pas sekarang telah banyak berubah. Sekarang Pas telah bekerjasama dengan DAP. Saya tidak pernah terfikir hendak masuk mana-mana parti kecuali Barisan Nasional. Walaupun saya pernah menang atas tiket calon bebas dahulu tetapi ada sebabnya saya mengambil tindakan tersebut," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Jelas Shahrir, beliau amat tidak faham dengan tindakan Pas yang menyertai DAP walaupun menyedari bahawa DAP adalah sebuah parti sekular yang mahu memisahkan agama daripada tangungjawab kerajaan.

"Sekular amalan DAP membawa maksud mahu memisahkan agama daripada tanggungjawab kerajaan dan hanya hak individu.

"Contohnya seperti negara Indonesia di mana sudah ada bukan sahaja kesamarataan bangsa Indonesia kerana semua bangsa harus menggunakan nama Indonesia tetapi ada juga kesamarataan dari segi agama. Saya tidak boleh menerima konsep ini.

"Fahaman DAP konsep ini meletakkan kesamarataan dari segi agama juga pemisahan kerajaan pemerintah dengan agama. Ini secara tidaklangsung membawa makna kita kena swastakan Lembaga Tabung Haji, sekolah agama dan masjid.

"Inilah yang saya tidak faham bagiamana Pas yang tidak menyokong sekular boleh berpakat pula dengan DAP dan tengah-tengahnya pula PKR yang nampak condong kepada sekular ini. Jadi, itulah saya rasa kalau nak kata saya masuk Pas ini menunjukkan orang itu tidak ada modal lain untuk berpolitik,"terangnya lagi.

Shahrir turut mengulas mengenai pemimpin Pas yang berpendapat bahawa penggabungan Pas dengan DAP adalah mengambil pendekatan Nabi Muhammad saw kononnya semasa Rasulullah pertama kali mahu menunaikan haji, Baginda telah membuat perjanjian dengan Quraish di mana syaratnya senjata harus ditinggalkan di luar dan agama serta akidah adalah tetap.

"Tetapi ini berlainan dengan pendekatan Pas. Apabila mereka berpakat dengan DAP, mereka meninggalkan agama di luar dan menjadi senjata kepada DAP. Ini bukan ikut cara Nabi.

"Ini yang saya tidak faham. Bagaimana Pas boleh menganggap ini hanya proses… Ini saya rasa tidak betul. Kalau kita meninggalkan agama walaupun buat seketika semata-mata kerana proses nak capai kemenangan saya rasa kita dah buat kompromi yang tidak boleh diterima.

“Saya yang tidak berserban tetapi faham dari segi sejarah Rasulullah dan bagaimana Islam berkembang dari Madinah ke Mekah, saya tahu ini bukanlah caranya. Jadi sudah terang dan jelas, memang mustahil untuk saya masuk Pas," terang Shahrir. – MediaUMO

BN Atur 60,600 Program Penerangan Aku Janji Seluruh Negara

Posted: 13 Apr 2013 12:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 April – Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional (BN) akan mengadakan lebih 60,600 program ceramah penerangan manifesto Aku Janji BN di peringkat akar umbi di 222 kerusi Parlimen di seluruh negara sebaik sahaja tempoh kempen bermula pada 20 April ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Maslan berkata pihak kepimpinan akar umbi telah disyorkan untuk mengadakan sebanyak 10 program ceramah pada setiap hari di setiap kawasan Parlimen masing-masing sepanjang tempoh 15 hari berkempen.

"Tujuan ceramah ini adalah fokusnya untuk  menerangkan manifesto aku janji BN kepada rakyat. Kita telah melatih lebih 20 penceramah  di setiap satu parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada tokoh-tokoh setempat untuk tujuan itu.

"Kita telah mengesyorkan pada setiap ketua-ketua penerangan parti komponen BN di peringkat cawangan, bahagian, DUN dan Parlimen setiap kawasan untuk mengadakan dua sessi ceramah iaitu ceramah petang dan ceramah malam di kawasan mereka," jelas beliau  dalam satu sidang media di Pusat Media BN bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) hari ini.

Tambah beliau, manifesto aku janji BN merupakan senjata utama yang akan digunakan di dalam kempen BN untuk meyakinkan rakyat agar terus memberikan mandat kepada BN untuk terus membela rakyat dan membangunkan negara.

"Apa yang pasti, rakyat umumnya sudah mengetahui bahawa kerajaan BN pasti akan melaksanakan segala apa yang dijanjikan. Apa yang penting, penjelasan perlu diberikan kepada semua pengundi agar mereka lebih memahami apa yang ingin dilakukan oleh BN sekiranya terus diberikan mandat pada PRU yang ke 13 akan datang ini," ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA Kebangsaan, Loh Seng Kok, Ketua Penerangan MIC, Datuk TS  Morgan, Ketua Penerangan KIMMA Kebangsaan, Hussein Jamal Mahamad, Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Kebangsaan,Liang Teck Meng, Ketua Penerangan PPP, Datuk A Chandra Kumanan dan beberapa pemimpin parti komponen yang lain.

Jelasnya lagi, beliau turut  mengalu-alukan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin bekerjasama dengan BN untuk terlibat dalam program penerangan ini.

"Kita tak menghalang mana-mana NGO yang ingin turut serta bersama kita untuk terlibat dan membantu BN dalam program penerangan yang dianjurkan oleh Biro Penerangan dan Publisiti BN," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut melontar keyakinan bahawa peluang BN untuk menang pada PRU ke 13 ini cerah berdasarkan dua faktor utama yang berlaku dalam senario politik tanahair ini.

"Yang pertamanya, kita lihat hari ini pertelagahan sesama sendiri di dalam Pakatan Pembangkang, khususnya tentang pembahagian kerusi. Apabila mereka bertelagah, maka peluang BN untuk memenangi kerusi khususnya ditempat yang mereka kuasai adalah lebih cerah.

"Yang kedua adalah respon penerimaan rakyat terhadap manifesto ak ujanji BN yang amat baik d ipelbagai peringkat dan lapisan masyakat. Keyakinan mereka terhadap kemampuan BN untuk melaksanakan janji-janji amat tinggi kerana ia telahpun terbukti. Berdasarkan dua perkara itu, kita yakin In shaa Allah BN mempunyai peluang memenangi lebih kerusi daripada apa yang kami jangkakan sebelum ini," jelasnya. -MediaUMNO

Najib Officially Launches ESSCOM In Lahad Datu

Posted: 12 Apr 2013 10:47 PM PDT

LAHAD DATU, April 13 -Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today officially launched the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) here.

The symbolic launch was effected at noon at the Marine Police Base, which will serve as the temporary administrative centre pending the setting up of the ESSCOM headquarters.

The establishment of ESSCOM was announced by Najib on March 7 during his visit to the Lahad Datu district to look at the “Ops Daulat” government offensive against Sulu terrorists from the southern Philippines who had intruded there in February.

ESSCOM is the enforcement agent for the Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) and covers 10 districts along a 1,400-km stretch of the Sabah east coast. It was established to safeguard the sovereignty and security of the state’s east coast following the intrusion by the terrorists.

ESSZONE covers the districts of Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau.

Today, Najib is also scheduled to visit the Felda Sahabat plantation to convey his appreciation to the security forces involved in the Ops Daulat offensive in Lahad Datu.

Jentera Gelombang Biru BN Bersatu Hati Takluk Seluruh Perak

Posted: 12 Apr 2013 10:44 PM PDT

IPOH, 13 April – ‘Gelombang Biru’ Barisan Nasional (BN) Perak siap siaga dengan semangat bersatu hati dan kesetiaan untuk menjadi penggempur hadapan parti itu di seluruh pelusuk negeri ini bagi memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain laungan bersedia penuh bersemangat bagi menempuh cabaran pada majlis pelancaran Jentera PRU13 BN Perak di Stadium Indera Mulia di sini malam tadi, hampir 8,000 anggota parti, terutama golongan muda, turut berikrar memastikan kemenangan parti komponen itu di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga berikrar setia menjadi jentera kepada mana-mana calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Selain itu, kehadiran bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan BN sebagai ‘ayahanda’ turut mendapat tepukan gemuruh anggota jentera, sekali gus menandakan apa yang dilapor sebuah akhbar semalam hanyalah mainan pembangkang.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang bertindak sebagai Pengarah PRU13 negeri, dalam ucapannya, berkata setiap jentera parti komponen itu adalah pemuda perkasa dan pemudi bersemangat wirawati yang menjadi pendokong kuat.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Perak Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha, Timbalan Pengerusi MIC Perak Datuk R.Ganesan, pemimpin parti serta ketua bahagian komponen BN.

Zambry mengingatkan seluruh jentera BN mereka bakal berdepan pertarungan yang besar tidak lama lagi dan turut mengimbau peristiwa pahit yang berlaku pada pilihan raya umum ke-12.

“Kita mahu imbau kenangan kita pada tahun 2008 supaya menjadi ingatan besar agar kita tidak ulangi lagi… yang penting ketika ini kita bersama-sama bersatu hati, berpadu tenaga, jangan bergaduh sesama sendiri, boleh berjanji kepada saya? Kita tetap bersama-sama walau apapun terjadi,” katanya.

Beliau berkata setiap anggota jentera perlu bekerja atas kesetiaan kepada parti kerana sesiapa sahaja yang diletak sebagai calon oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau adalah calon BN.

“Turunlah ke bawah, gerakkanlah jentera di setiap peti daerah mengundi,” katanya.

Zambry berkata beliau dan pucuk pimpinan memahami kedudukan calon dan isu itu dibincang dalam semangat BN, berbeza dengan pakatan, yang menjadikan pentas ceramah untuk mengumumkan calon masing-masing.

“Kita BN tidak buat begitu, kita ada masalah, kita duduk selesaikan. Semangat berkorban kita buat sama-sama, tanyalah MCA, MIC, Gerakan, PPP dan komponen lain… kita tidak berlakon, itu bukan cara BN, cara BN adalah bila kita berpegang tangan, maka itulah pegangan yang mantap dan bersatu,” katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar, beliau menyifatkan tindakan Tajol Rosli, penyandang kerusi DUN Batu Kurau Datuk Najmuddin Elias dan DUN Manjoi Datuk Mohd Nadzri Ismail yang mengumumkan tidak bertanding untuk memberi laluan kepada muka baharu pada pilihan raya umum kali ini sebagai bijaksana.

“Ini langkah yang baik dengan dipelopori oleh Tan Sri Tajol dan membuktikan kepentingan parti melebihi kepentingan diri… Ini adalah proses peremajaan BN untuk berjuang demi masa depan,” katanya.

Beliau berkata kepimpinan BN sentiasa memberi peluang kepada generasi baharu dan ia berbeza dengan pembangkang yang sekadar melaungkan slogan ‘Ubah’, sedangkan mereka tidak berubah seperti Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang masih mahu kekal ‘berkuasa’.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT