UMNO Online - “DPM Calls On Grassroot Leaders To Rebuke Those Trying To Confuse Muslims” plus 9 more |
- DPM Calls On Grassroot Leaders To Rebuke Those Trying To Confuse Muslims
- Budak-budak Nak Lawan Najib, Tanda Lemahnya Pakatan
- BN Sentiasa Bela Nasib Rakyat – Latipah
- Pemuda UMNO Sudah Sedia Sepenuhnya Berdepan PRU 13 – Khairy
- BL1M Dapat Sambutan, Tarikh Tutup Dilanjutkan Hingga 1 Mac
- Anugerah Huguan Siou : Anwar Tak Tahu Malu, Tak Peka Sensitiviti Etnik KDM
- Dr Pornthip Bukti Agenda Fitnah Reka Cerita Berterusan Pembangkang
- Opposition’s Felda Roadshow Nothing New – Mohd Isa
- Malaysia Is Benchmark On Islamic Matters – Jamil Khir
- Wanita UMNO Tawar Khidmat Guaman Percuma, Bela Nasib Kakitangan KUIN
DPM Calls On Grassroot Leaders To Rebuke Those Trying To Confuse Muslims Posted: 15 Feb 2013 06:04 AM PST PETALING JAYA, Feb 15 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today called on grassroot leaders and religious scholars to join the government in rebuking irresponsible quarters who manipulated Islam to the extent of confusing the Muslims in a bid to achieve their personal agendas. He said the situation was really dangerous and apart from the government, it was also the responsibility of the religious scholars to disseminate the truth to the people. “I think this is very important to acknowledge that we are on the right tracks and that we are upholding the Islamic laws set by Allah,” he said when addressing 1,000 people after performing Friday prayer at the Al-Taqwa Mosque in Taman Tun Dr Ismail here today. Present was Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Muhyiddin said if the activities of the irresponsible quarters were allowed to be prolonged, all efforts to take Muslims to greater heights would also fail. “What’s important now is for us to set our direction so that Muslims will bevmore successful in the future. That is why the cooperation between the government and the people is vital,” he said. At the event, Muhyiddin also announced an allocation of RM2 million to repair and upgrade the mosque. |
Budak-budak Nak Lawan Najib, Tanda Lemahnya Pakatan Posted: 15 Feb 2013 04:44 AM PST Cadangan budak-budak yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU13 akan datang, sekadar membuktikan pembangkang ketandusan calon berkaliber untuk menentang Perdana Menteri. Ya, pembangkang, sebab namanya memang GM13, tapi 'bin'nya tetap Anwar Ibrahim!! Kita pun tahu, budak-budak ini mana ada duit nak bayar deposit calon (belajar pun berhutang), melainkan ditaja pembangkang yang dapat dana yahudi dan salahguna dana rakyat Selangor. Maka itu, alang-alang dah tau kalah, pembangkang cuba menjatuhkan 'standard' Perdana Menteri dengan meletakkan budak-budak tak habis belajar ini untuk menentang beliau di kerusi parlimen yang telah diwakili beliau sejak 1976. Motif jahat ini tidak susah nak dibaca kerana memang dari mula, misi pembangkang yang diketuai Anwar ini hanya untuk menjatuhkan maruah Perdana Menteri saja, bukan ada masalah lain. Kita pun tahu, apa budak-budak ini boleh buat untuk membawa suara rakyat di Parlimen (kok menangla)? Kalau ikutkan, kita pun boleh letak budak-budak bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh, tapi pilihanraya adalah perkara serius, bukan boleh buat main-main. Jangan hanya kerana nak menyaingi tindakan bodoh Anwar Ibrahim, rakyat melihat BN pun kong kali kong juga memperlecehkan kesucian PRU dengan tindakan seumpama itu. Dalam masa yang sama, penulis tidak pula melihat keperluan untuk BN bersungguh-sungguh menghalang budak-budak ini dari dicalonkan di Pekan. Biarkanlah, sebab penulis yakin tindakan seumpama itu hanya akan menjerat pembangkang semula dan memberi laluan mudah kepada Perdana Menteri untuk menang. Lagipun tidak ada apa yang boleh dilakukan BN untuk menghalang budak-budak ini dari bertanding, asalkan sahaja mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya. Takut-takut nanti BN pula yang dituduh cuba menghalang demokrasi. Jangan lupa juga, ini bukan tahun 2008, dimana rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan ketika itu menyaksikan begitu ramai calon pembangkang yang diletak setakat untuk mengisi kotak kosong, menang!!! Antara yang masuk kategori ini adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan Ahli Parlimen Merbuk, Rashid Din. Bercakap tentang Gwo-Burne, dia cakap melayu pun tak reti, nak perjuang nasib rakyat macam mana? Sepatutnya BN menjadikan pencalonan budak-budak ini sebagai contoh kepada rakyat bagaimana pembangkang meremehkan kepentingan pilihanraya umum demi menjayakan permainan politik kotor mereka. Biar rakyat menunjukkan jalan keluar kepada keldai-keldai Anwar ini dengan menolak mereka dalam pilihanraya nanti Kali ini penulis yakin kali ini rakyat sangat berpuas hati dengan corak pentadbiran baru yang dilaksanakan Perdana Menteri terutama dengan pengenalan skim-skim mesra rakyat seperti BR1M, SL1M dan sebagainya, dan tidak akan mengulangi perbuatan bodoh 2008. Cuma sekarang, menanti calon-calon yang bakal ditampilkan BN sahaja, sama ada memenuhi kriteria winnable candidate yang ditetapkan Perdana Menteri atau tidak. Kalau tidak, adalah yang tidak buat kerja tu. mykmu.net |
BN Sentiasa Bela Nasib Rakyat – Latipah Posted: 15 Feb 2013 03:53 AM PST MELAKA 15 Feb – Pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bukti bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib rakyat. Ketua Wanita UMNO Masjid Tanah, Datuk Latipah Omar berkata bukan sahaja bantuan berbentuk kewangan, malah turut menyediakan pelbagai prasana untuk memberi kemudahan kepada rakyat mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti. "Pembukaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Linggi Perdana Menteri pada tahun lalu adalah antara usaha untuk mempertingkat ekonomi dan kehidupan nelayan di kawasan berkenaan. "Kemudahan yang disediakan itu banyak memberi manfaat kepada golongan terbabit untuk mendapatkan pelbagai bantuan dan nasihat daripada pihak terbabit dalam usaha mempertingkatkan hasil pendapatan masing-masing. "RTC ini bolehlah dikatakan sebagai pusat sehenti untuk nelayan dan petani di kawasan sekitarnya, pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan turut ditempatkan di situ, ini memudahkan mereka yang sebelum ini terpaksa ke Melaka atau Alor Gajah untuk mendapatkan khidmat berkenaan," katanya kepada UMNO-online. Beliau yang juga Adun Taboh Naning berkata, pendekatan Barisan Nasional adalah mengotakan apa yang dijanjikan untuk membantu rakyat bukannya membuat janji untuk mendapatkan sokongan seperti pembangkang. "Itulah bezanya Barisan Nasional berbanding dengan pembangkang, mereka hanya pandai menabur janji tetapi tidak menunaikannya, kita berjanji kita lakukan dan tidak pernah menganak tiri, sesiapa yang layak boleh menerima apa sahaja yang disediakan oleh kerajaan walaupun mereka itu penyokong pembangkang," katanya. Latipah meminta rakyat supaya tidak terus terpedaya dengan janji yang semakin banyak ditaburkan pembangkang untuk mendapatkan sokongan kerana mereka itu hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu seperti apa yang berlaku di negeri yang diperintahnya. -MediaUMNO |
Pemuda UMNO Sudah Sedia Sepenuhnya Berdepan PRU 13 – Khairy Posted: 15 Feb 2013 03:52 AM PST KUALA LUMPUR 15 Feb – Pemuda UMNO hari ini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata persiapan itu merangkumi persiapan di peringkat negeri, parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seterusnya Pusat Daerah Mengundi (PDM). Menurut beliau tugas pergerakan itu adalah untuk mendekati pengundi muda yang telah dikenalpasti selain tugas serta tanggungjawab biasa yang dilakukan pada pilihanraya-pilihan raya sebelum ini. "Kita sedia seratus peratus untuk mengadapi PRU-13 ini dengan mengenalpasti pengundi muda dan juga tugas berkaitan seperti keselamatan, logistik dan juga tugasan biasa sewaktu pilihan raya. "Pemuda juga akan beri kawasan tumpuan di mana gerak kerja kita sekarang ini adalah gerak kerja yang menepati sasaran. Saya minta betul-betul kaji di setiap bahagian, kawasan parlimen dan DUN sampai ke peringkat pusat daerah mengundi," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini. Dalam perkembangan lain Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN turut memberitahu pergerakan itu turut melaksanakan beberapa program besar dalam usaha membantu golongan muda di negara ini. "Selain daripada kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU-13, kita turut menjalan beberapa aktiviti lain seperti Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kedah baru-baru ini. "Sehingga kini sebanyak 116 335 permohonan telah diterima dan memandangkan sambutan yang menggalakkan, kita telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga 1 Mac ini. "Pada masa yang sama kita turut memperkenalkan beberapa langkah ke arah penambahbaikan seperti menambah 114 pusat pendaftaran selain bekerjasama dengan NGO seperti Majlis Belia Felda dan sebagainya lagi. Dan secara keseluruhan pusat pendaftaran BL1M berjumlah 737 di seluruh negara," katanya. Kata beliau lagi sambutan tersebut menujukkan kepercayaan orang muda terhadap pergerakan itu untuk mengendalikan program yang memberikan manfaat kepada mereka. "Kita juga ada program BN Youth Job Fair iaitu di Terengganu pada 22 Februari ini, manakala lokasi kedua pula adalah di Tawau, Sabah pada 2 dan 3 Mac depan. "Begitu juga pelancaran Kelab IPT BN. Setakat ini dua zon kita telah lancar dan adal lagi yang belum kita lancarkan. Selepas ini Kelab IPT BN yang terdiri daripada mahasiswa Universiti dan Kolej akan menjadi sukarelawan kita pada PRU nanti," katanya. Menjawab soalan mahasiswa yang dikatakan akan bertanding di Pekan pada pilihan raya nanti, Khairy berpendapat itu adalah dasar serta keterbukaan Perdana Menteri yang telah memberikan kebebasasn kepada mahasiswa selain kebebasan berpolitik kepada rakyat. "Kita tengok dari sudut positif. Ini adalah hasil daripada dasar keterbukaan PM yang bagi kebebasan kepada mahasiswa dan beri kebebasan politik kepada rakyat kita. sudah pasti ada macam-macam usaha dan nak lawan sapa-sapa. kita tidak boleh sekat tetapi bagi saya kalau ada apa-apa cabaran baik di Pekan atau dimana-mana sahaja ianya adalah demokrasi. "Sesiapa pun boleh bertanding…. mungkin mahu cari publisiti, mungkin ada ada yang menjadi 'mastermind' …itu saya tidak tahu. Dalam demokrasi kita kena terima….. tetapi fikir dua tiga kalilah….Ini bukannya pilihan raya kampus," katanya. -MediaUMNO |
BL1M Dapat Sambutan, Tarikh Tutup Dilanjutkan Hingga 1 Mac Posted: 15 Feb 2013 03:25 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Feb – Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Januari lalu dilanjutkan sehingga 1 Mac depan berikutan sambutan yang menggalakkan dan permintaan dari masyarakat yang sangat memberansangkan. BL1M yang diletakkan dibawah seliaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan Pemuda Pemuda Barisan Nasional (BN) adalah program kemasyarakatan bagi meningkatkan taraf pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan bagi para belia untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. "Program ini sepatutnya tamat tempohnya pada 15 Februari iaitu dua minggu dari tarikh pelancaran tetapi atas permintaan orang ramai serta akar umbi maka program ini dilanjutkan," kata pengerusinya Tengku Azman Tengku Zainol Abidin. Jelasnya, sehingga kini lebih dari 103,000 penyertaan diterima dan antara faktor tempoh tersebut dipanjangkan ialah cuti panjang dalam musim perayaan, kesesakan di institusi kewangan akibat pembayaran BR1M di samping terdapat bakal peserta yang menunggu pembayaran gaji pada akhir bulan selain waktu yang suntuk untuk pemprosesan borang permohonan. "Kami juga akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan mekanisma perlaksanaan pendaftaran dengan menambah 114 pusat pendaftaran BL1M melalui Pusat Ujian Berkomputer (MyEg, MySpeed dan Komms) di seluruh negara serta bekerjasama dengan Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan hampir 400 Pusat Pendaftaran BL1M akan dibuka bermula 20 Februari." "Kami juga ingin mengingatkan ada beberapa kes dikesan cuba menipu orang ramai bahaw SHEB dan Pemuda BN tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai agen kami," katanya berikutan terdapat sendikit yang menggunapakai nama terbabit untuk mengaut keuntungan. Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Menara Dato' Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara online melalui Visa/Master dan semua e-banking Meps atau melalui kiriman pos berserta 'money order' atau cek ke alamat: "BL1M- BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA" Sekiranya terdapat persoalan atau sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Tengku Azman sendiri di talian 019-3670036 – MediaUMNO |
Anugerah Huguan Siou : Anwar Tak Tahu Malu, Tak Peka Sensitiviti Etnik KDM Posted: 15 Feb 2013 03:12 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin membidas tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Ranau, Jonathan Thayasin yang menganugerahkan gelaran Huguan Siou kerana Anwar bukanlah individu yang layak untuk menerima anugerah tersebut. Menurut beliau, anugerah Huguan Siou yang bermaksud pemimpin agung itu tidak layak untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang tersebut memandangkan beliau bukanlah individu yang dilihat banyak berjasa kepada etnik Kadazan, Dusun dan Murut (KDM). "Jelas mereka dari PKR membuat sesuatu ikut sesuka hati mereka tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. Anugerah tersebut boleh dianugerahkan kepada seorang individu dalam satu-satu masa saja. Apabila pemegang anugerah ini sudah meninggal, barulah ianya digantikan dengan orang lain. "Tindakan tersebut jelas melanggar adat etnik Kadazan, Dusun dan Murut. Kepimpinan PKR memang tidak pernah peka terhadap sensitiviti kaum dan tindakan mereka itu seolah-olah meremehkan anugerah yang menjadi tradisi etnik Kadazan, Dusun dan Murut," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tambahnya, Anwar juga sepatutnya tidak berbangga dengan anugerah tersebut kerana ianya bukanlah anugerah yang diiktiraf oleh etnik KDM dan beliau bukanlah orang yang benar-benar layak itu anugerah tersebut. "Seseorang yang ingin diberikan anugerah tersebut, perlu melalui pelbagai proses yang melibatkan pemimpin-pemimpin kanan KDM dan bukan hanya boleh dianugerahkan secara semberono begitu saja yang dilakukan oleh ahli dan kepimpinan PKR di Ranau itu. "Malah, ahli-ahli dan penyokong Pakatan di Sabah juga turut mempertikaikan tindakan Cabang PKR Ranau yang memberikan anugerah tersebut kepada Anwar dan menyifatkannya satu tindakan yang seolah-olah memperlekehkan martabat anugerah tersebut dengan sewenang-wenangnya diberikan kepada orang luar dari etnik KDM," tegasnya. -MediaUMNO |
Dr Pornthip Bukti Agenda Fitnah Reka Cerita Berterusan Pembangkang Posted: 15 Feb 2013 02:58 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Feb – Pakatan pembangkang sudah menjadikan tohmahan dan fitnah sebagai sebahagian dari agenda politik mereka dengan berterusan menyalahkan pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) atas apa saja yang berlaku termasuklah penglibatan pakar dari luar negara, kata Ketua Penerangan MIC, Datuk V.S.Mogan Ujarnya, pakatan pembangkang sudah sebati dalam permainan sandiwara untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) sebagaimana pada 2008 dan menjelangnya PRU ke-13 ini maka ia akan dilaksanakan berterusan sebagai taktik politik mereka. "Ini adalah agenda jahat mereka dalam berdepan kepimpinan BN yang sememangnya telah terbukti berjaya melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan janji kepada rakyat berbanding dengan mereka yang gagal merealisasikan manifestonya, dan propaganda jahat sedemikian sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej BN," katanya kepada UMNO-Online. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Sembilan berkata demikian dalam mengulas penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kononnya mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas C Sugumaran sebagaimana yang didakwa oleh Naib Presiden PKR, N Surendran. Laporan beberapa portal berita memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra sehingga mereka memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara. Dalam kejadian 23 Januari lepas, Sugumaran yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi serta bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. "Perdana Menteri telah nafikan bahawa ini adalah dakwaan yang tidak berasas dan tentunya keadaan tersebut sengaja diwujudkan bagi menggangu kelancaran BN melaksanakan tanggungjawabnya serta cuba mengalihkan tumpuan rakyat kepada perkara-perkara negatif sedemikian. "Tindakan terancang ini adalah sama sebagaimana pakatan pembangkang mempropagandakan insiden sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini dengan kononnya rakyat menolak BN apabila Perdana Menteri bertanyakan soalan 'are you ready for BN' sedangkan jawapan rakyat adalah 'yes' tetapi mereka melakukan penipuan," tegasnya. Ujar beliau lagi, pakatan pembangkang sengaja mencari helah dan melaksanakan perancangan untuk merosakkan imej Perdana Menteri dalam melakukan apa jua usaha kepada rakyat malah pemakaian baju tradisional Cina dalam poster ucapan Selamat Tahun Baru Cina juga dianggap negatif dengan kononnya Perdana Menteri memakai baju semasa kematian. "Apa sahaja yang dilakukan oleh BN dan kepimpinan tertingginya akan dipersalahkan sedangkan pakaian Datuk Seri Najib adalah lambang pemahaman seorang pemimpin tertinggi terhadap budaya masyarakat Cina serta tidak ada kaitan dengan agama malah ia telah menjadi sebahagian kebudayaan masyarakat di Malaysia ini. "Pakatan pembangkang melihat BN sebagai bahan untuk dipersalahkan dan dianggap tidak betul sedangkan mereka tidak dapat berdepan realiti yang dipaparkan oleh kepimpinan parti ini yang semakin cemerlang dari hari ke hari, dan mereka juga sebenarnya sedar bahawa agenda BN mendapat perhatian umum." Jelasnya, setiap apa yang dilaksanakan oleh kerajaan akan diputarbelitkan sebagaimana apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan maka pembangkang melempar tohmah kononnya kerajaan akan bankrap tetapi apabila pengagihannya dilaksanakan dengan telus termasuk ahli-ahli parti pembangkang juga maka tidak pula dipertikai. "Sehingga ke hari ini tidak ada yang menolak pelaksanaan pemberian BR1M dan anggota pakatan pembangkang tidak pula memulangkannya atau mengumpulkan kembali untuk memajukan sesuatu kawasan atau diagihkan kepada negara. Ini sengaja diperbesarkan dengan agenda negatif." Dalam masa yang sama, beliau melahirkan keyakinan terhadap masyarakat yang ternyata bijak melaksanakan penilaian dengan melakukan perbezaan antara pakatan pembangkang dan kerajaan BN. "Kita dapat tangkis semua tohmahan pembangkang yang sememangnya sejak 2008 telah melakukan serangan buruk dalam bentuk fitnah kepada BN tetapi ternyata kemenangan akan tetap berpihak kepada yang benar dan kepalsuan tidak akan mendapat tempat." - MediaUMNO |
Opposition’s Felda Roadshow Nothing New – Mohd Isa Posted: 15 Feb 2013 02:27 AM PST KUALA LUMPUR, Feb 15 - The opposition’s endeavour to organise a nationwide Felda roadshow in view of the coming general election was not a departure from the norm, said Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. “They know that Felda is a staunch Barisan Nasional (BN) supporter, that’s why they try to create numerous issues to confuse the Felda community,” he said when asked to comment on the political forums being held by the opposition in Felda settlements. Speaking to reporters after signing a memorandum of understanding (MoU) between Felda Foundation and the National Cancer Council (Makna) here today, Mohd Isa said Felda would have no difficulty in countering issues raised by the opposition. “We have prepared ourselves to respond to their claims. We (Felda) are on the right (path) as we stand by facts, while the opposition is relying on imagination and wild guesses to confuse the people,” he said. He was confident that the Felda community, including the young generation, would continue to support the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. On the MoU today, Mohd Isa said it was aimed at fulfilling Felda’corporate social responsibility to the community. “It encompasses 24 cancer awareness programmes for this year. I hope the Felda community, including residents in nearby areas, would come for health examination and screening, obtain treatment and counselling by Makna,” he added. Mohd Isa said the foundation had set aside almost RM600,000, as well as logistics for Makna, to carry out the programmes in 24 selected Felda settlements nationwide. |
Malaysia Is Benchmark On Islamic Matters – Jamil Khir Posted: 15 Feb 2013 02:24 AM PST PUTRAJAYA, Feb 15 – Malaysia’s global recognition was as one of the nations which could be emulated on numerous businesses related to Islam, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom. “Whether we realise it or not, the world is recognising us, especially in the management of the haj, Islamic bank, Islamic pawn broking, Islamic insurance and halal hub. “The world has placed Malaysia as one of the benchmarks,” he said. Jamil Khir said, Australia was also keen to send its youths here to see and learn the Malaysian administrative approach which saw the people living in peace, despite the numerous races, religions, cultures and languages. He was speaking to reporters after a gathering of agencies under the ministry at the Prime Minister’s Department (JPM) here today. He said, this year, the agencies under JPM must be more efficient and firm to meet the needs of society to ensure they remained as agencies to be proud of. “Among those that can be spruced up are the syariah court, collection and distribution of tithes and Islamic religious schools,” he added. |
Wanita UMNO Tawar Khidmat Guaman Percuma, Bela Nasib Kakitangan KUIN Posted: 15 Feb 2013 02:16 AM PST KUALA LUMPUR, 15 Feb – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini menyelar kegagalan dan sikap membisu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilihat sengaja lepas tangan dalam isu hak dan kebajikan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), walaupun didesak pelbagai pihak agar campur tangan. Justeru Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata pihaknya menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada kakitangan KUIN kerana kegagalan pihak pengurusan tertinggi KUIN membayar gaji mengikut tarikh sepatutnya, menyalahi Akta Buruh. Tegas beliau khidmat nasihat guaman percuma ini adalah bertujuan memastikan hak dan kebajikan kakitangan dan saraan hidup keluarga mereka terbela. "Kita mengikuti dengan dekat isu kebajikan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang teraniaya akibat kelemahan pengurusan tertinggi kolej sehingga terpaksa mengadakan demonstrasi, membuat laporan polis dan terbaru membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja bagi menuntut gaji bulanan yang sering dibayar lewat sejak setahun lalu. "Kita melihat isu kakitangan KUIN menuntut hak dan kebajikan mereka adalah isu kemanusiaan kerana selain daripada lewat dibayar gaji, kakitangan juga berdepan masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji serta ansuran bank tetapi malangnya mereka kini diancam dengan tindakan tatatertib", katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Jelas beliau lagi tindakan tatatertib tersebut membuktikan pengurusan tertinggi KUIN bukan sahaja tidak peka dengan nasib kakitangan mereka tetapi tiada niat mahu menyelesaikan isu berkenaan. "Pengurusan tertinggi KUIN sebaliknya mahu menggunakan tindakan tatatertib bagi menutup mulut kakitangan yang berjuang bagi mendapatkan hak dan kebajikan mereka", ujarnya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment