UMNO Online - “Pencerobohan Lahad Datu : Polis Akan Guna Undang-Undang” plus 9 more |
- Pencerobohan Lahad Datu : Polis Akan Guna Undang-Undang
- Opposition Recycling Promises In New Manifesto – Zambry
- Election Manifesto : Sabahans Won’t Buy Pakatan’s Sweet Promises
- Perdana Menteri Umum Peruntukan RM28 Juta Bantu Peladang Dan Penternak
- Alkisah Bantuan Cara Politik Golongan Politik Berserban
- Tawaran VS Janji, Agak-agak Rakyat Pakai Mana Satu?
- Unbecoming Of Opposition For Refusing To Sign Integrity Pledge – Muhyiddin
- Bantuan Umpama Dedak, Hampas… Pembangkang Ludah Muka Sendiri
- Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia
- Pembangkang Usah Lagi Cakap Isu Rasuah, Rakyat Pun Geli Dengar
Pencerobohan Lahad Datu : Polis Akan Guna Undang-Undang Posted: 25 Feb 2013 04:10 AM PST LAHAD DATU, 25 Feb – Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. “Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang-undang…kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan…ini terpulang kepada kita. “Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu… tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaulatan negara. “Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan,” katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu di sini, Isnin. Hamza berkata polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air. Beliau turut menafikan berlaku perbalahan sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu dan menambah pihaknya akan menyiasat perkara itu. “Setakat tembakan kita ada dengar tapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan. Tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan…mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh),” katanya mengulas laporan yang disiarkan media altenatif. Beliau meminta masyarakat tidak gusar kerana keselamatan masih terkawal, meskipun pada masa kini, kumpulan itu kemungkinan berdepan masalah kekurangan bekalan air, makanan dan minyak. Sementara itu, beliau mengesahkan polis menahan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah pada awal pagi semalam di satu kawasan di Lahad Datu, namun kesemua mereka bukan anggota kumpulan terbabit. Ketika ditanya mengenai kapal Filipina yang didakwa akan digunakan untuk membawa kumpulan itu pulang ke negara asal, Hamza berkata kapal itu tidak berada di perairan negara ini. Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina |
Opposition Recycling Promises In New Manifesto – Zambry Posted: 25 Feb 2013 04:05 AM PST IPOH, Feb 25 – The opposition’s manifesto for the 13th general election unveiled today is full of recycled promises, said Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. He said as the next general election was just around the corner, the opposition was saddled with many unfulfilled promises made in the previous manifesto in the states under their control. “They have yet to implement their manifesto in the 2008 general election in the states (under their control). So, can the rakyat expect the opposition to fulfil them now? The rakyat are clever because once bitten twice shy,” he said in statement today. Zambry, who is also Perak Umno liaison committee chairman, described the opposition’s manifesto as a bait to hoodwink the people. “Or is it merely a bait to lure the people into accepting dregs concocted by them,” he added. |
Election Manifesto : Sabahans Won’t Buy Pakatan’s Sweet Promises Posted: 25 Feb 2013 04:02 AM PST KOTA KINABALU, Feb 25 - The Pakatan Rakyat election manifesto is merely a compilation of sweet promises which “Sabahans won’t buy”, said Sabah Legislative Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak. Describing the Pakatan manifesto as a mere political gimmick to hoodwink and trick the people, he said there was nothing spectacular in it. “Most of the pledges are nothing new, we know who made the promises…can’t be trusted and look at the states they manange, even basic things they cannot settle,” he told Bernama here today. The former Sabah chief minister was asked to comment on the announcement of the Pakatan’s manifesto in Shah Alam today. In unveiling details of the manifesto, Parti Keadilan Rakyat strategy director Rafizi Ramli was quoted as saying that Pakatan was committed to defend the rights of Sabah and Sarawak within the framework of the Federal Constitution. Pakatan affirmed the appointment of Sabahans to lead and hold office in the government departments of their respective states, to be enforced by the state secretaries of both states and to give priority to the people of Sabah at federal government-level to carry out duties in their respective states. Rafizi was also quoted as saying that Pakatan also promised to raise royalty payments for petroleum and hydrocarbon resources of Sabah from five per cent to 20 per cent. Salleh, who is also Sabah Umno liaison deputy chief, said almost all important positions in the federal departments and agencies in Sabah were already filled by qualified Sabahans. He said, among the departments were health, national registration, immigration, the federal finance officer, Sabah Development Office, Sabah Customs Department and Universiti Malaysia Sabah. “Now, more and more Sabahans are heading top posts in Sabah federal departments and agencies. For instance, the departments and agencies under the Ministry of Information Communication and Culture in Sabah like Broadcasting Department (RTM Sabah, State Information Department, Department of Special Affairs (Jasa), Sabah Malaysian National News Agency (Bernama) bureau, the National Culture and Arts Department, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) for Sabah and Labuan region and Sabah’s Pos Malaysia) are headed by experienced and qualified Sabahans,” he said. On the royalty hike, Sabah Barisan Nasional secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan was recently quoted as cautioning the people that the opposition's promise of 15 per cent increase (from the current five per cent) in oil royalty to Sabah could ultimately result in a financial blow to Petronas "which may lead to bankruptcy." He pointed out that based on the current formula, for every RM100 revenue derived from Sabah's oil, five per cent goes to the state's coffers while another five per cent to Federal coffers. "Approximately, 45 per cent goes into recovery cost, and the remaining 45 per cent goes to the joint venture's gross profit. "In the end, it is as clear as the dawn of the morning sky that Petronas' profit, after splitting revenue with others and after paying taxes, is only around 16.74 per cent. "If Petronas is asked to pay up the 15 per cent from its profit margin, this would effectively render them unable to pay their overheads, financial commitments and re-investment for future income. The end result would be a financial blow which may lead to bankruptcy,” Abdul Rahman was quoted as saying. |
Perdana Menteri Umum Peruntukan RM28 Juta Bantu Peladang Dan Penternak Posted: 25 Feb 2013 03:57 AM PST KUALA LUMPUR. 25 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan peruntukan berjumlah RM28 juta sebagai sumbangan one-off iaitu sekali sahaja bagi membantu golongan peladang dan penternak di negara ini. Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri sempena perasmian Menara LPP dan sambutan 40 tahun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini, Isnin. Peruntukan itu merupakan respons segera Najib sebagai memenuhi permintaan warga peladang dan penternak yang sebelum ini disifatkan ‘tertinggal’ berbanding warga petani dan nelayan yang menerima imbuhan seperti yang diumumkan oleh kerajaan. Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian bantuan kepada golongan nelayan termasuk bantuan sara hidup RM200 sebulan yang memanfaatkan 55,000 nelayan berdaftar. Bagi membantu para petani pula, kerajaan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sedia ada berjumlah RM2.4 bilion, selain buat julung kalinya, memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi. Perkara itu disuarakan Pengerusi LPP Datuk Zainal Dahalan dalam ucapannya yang meminta insentif turut diberikan kepada golongan peladang dan penternak yang berjumlah 800,000 orang di seluruh negara. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Peruntukan itu dijangka disalurkan sebagai insentif kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) antaranya untuk merangkumi pembiayaan baja kimia, tong sawit, tong racun dan alat penyembur racun yang dianggar berjumlah RM20 juta. Bakinya adalah bagi membiayai kursus-kursus lanjutan dan program untuk Kumpulan Kor Tani.Kumpulan Kor Tani yang ditubuhkan pada April 2011 sebagai kumpulan pewaris peladang dan penternak di negara ini kini mempunyai 6,000 peserta. Terdahulu, Najib berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan sektor pertanian kerana ia merupakan satu daripada sektor penting yang tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang suntikan. Malah, katanya di dalam Belanjawan 2013, sejumlah RM5.8 bilion disalurkan sebagai insentif untuk peladang, penternak dan nelayan untuk meningkatkan lagi keupayaan sektor berkenaan. “Sektor pertanian harus menjadi sektor yang hidup dan tidak dilihat sebagai layu, jauh lagi mundur. “Tetapi harus ada usaha untuk menjadikan sektor itu sebagai sektor yang moden dan dinamik yang harus menyumbang kepada pencapaian matlamat kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya. |
Alkisah Bantuan Cara Politik Golongan Politik Berserban Posted: 25 Feb 2013 03:54 AM PST MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan BRIM kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan “PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama” untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut. Inilah beza antara PAS dan UMNO. Jelas PAS memang memperalatkan ilmu agama untuk memperolehi kuasa. Pemberian BRIM oleh kerajaan persekutuan adalah sebahagian dari program kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah tanpa mengira siapa. Jika setiap dasar dan program kerajaan membantu rakyat dianggap bertujuan untuk menarik sokongan, maka kerajaan tidak perlu melakukan apa-apa. Patutlah PAS Kelantan tidak berbuat apa-apa pun sepanjang 23 tahun pemerintahannya. Mungkin langkah PAS tidak membuat apa-apa perancangan untuk rakyat Kelantan bertujuan mengelak dari dituduh merasuah rakyat. Pemberian pelbagai subsidi lebih 30 Billion sebelum dikurangkan oleh kerajaan pusat kepada 16 billion kepada nelayan dan petani serta pengguna dalam pelbagai sektor selama ini adakah untuk merasuah rakyat bagi tujuan mendapat sokongan? Adakah pembangunan prasarana pendidikan seperti sekolah dan universiti selama ini bertujuan untuk menggula-gulakan murid-murid dan mahasiswa agar mereka menyokong kerajaan?
Bukankah semua ini merupajan pertanggungjawaban sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab? Kerajaan boleh untuk tidak melakukan apa-apa untuk rakyat seperti pendekatan yang selama ini diamalkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Kerajaan pusat boleh saja menggunakan segala hasil kekayaan negara hanya untuk menarik sokongan rakyat melalui penggunaan ilmu agama sepertimana kerajaan Kelantan. Mengupah para ustaz dan alim ulamak menggunakan ilmu agama yang mereka miliki untuk menarik sokongan rakyat. Tapi kenapa kerajaan pusat harus menurut apa saja “langkah kebelakang” yang dilakukan oleh PAS Kelantan walaupun langkah yang diambil oleh PAS dalam mengekalkan kuasa di Kelantan jelas memperalatkan agama dengan cara merasuah rakyat dengan ilmu agama bagi tujuan menarik sokongan? Kenapa pelan pembangunan kerajaan pusat yang jauh lebih advance berbanding dengan pelan pembangunan Kelantan harus menghentikan segala perancangannya untuk rakyat, semata-mata kerana mahu mengikut kebodohan rancangan pembangunan PAS Kelantan? Apakah Dato Nik Aziz mahu kerajaan pusat menjadi seperti ayam dan itik, menurut saja cara cara PAS walaupun terbukti cara itu lebih “kebangang-bangangan”? Penyokong PAS harus faham dan harus belajar bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik agar tidak mudah diperbodohkan oleh para pemimpinnya yang memperalatkan ilmu agama untuk melembutkan hati mereka agar terus menyokong PAS. Program BRIM adalah sebahagian dari langkah alternatif kerajaan bagi menggantikan kaedah pemberian dalam bentuk subsidi yang turut dinikmati oleh golongan kaya yang tidak layak sama sekali menikmati subsidi. Pemberian dalam bentuk subsidi lebih menguntungkan golongan pengilang, pemborong serta pengedar, dan tidak sepenuhnya sampai kepada pengguna atau rakyat yang memerlukan. Apabila kerajaan bertindak “mentransformasi” program subsidi kepada BRIM, ia jelas lebih menguntungkan rakyat dan sampai ke sasaran sebenar. Rakyat mendapat kebebasan untuk berbelanja secara langsung mengikut keperluan sebenar keluarga mereka. Tidakkah kaedah ini lebih genius dan bertanggungjawab dari kaedah pemberian subsidi? Isu-isu sebegini amat sukar untuk dimengerti oleh golongan politik berserban!! Kamarulzaman Kamdias |
Tawaran VS Janji, Agak-agak Rakyat Pakai Mana Satu? Posted: 25 Feb 2013 03:22 AM PST Pembangkang hari ini mengumumkan 14 tawaran dalam Cabang Kesejahteraan Rakyat yang juga merupakan sebahagian dari Manifesto Rakyat yang bakal digunakan mereka untuk menipu rakyat dalam pilihanraya akan datang. Tipulah sebab banyak sangat dia punya pusing, nak umum Manifesto, umum manifesto sajalah, apa yang nak bercabang-cabang semua? Bukan kita cerita nak tanam pokok, tapi janji kepada rakyat, manifesto!! Betul biol punya Pakatan. Itupun ada orang percaya, pelik. Lagipun dalam sejarah dunia pun, inilah kali pertama Manifesto diumumkan mengikut cabang. Mana punya contoh Anwar ceduk pun penulis tak tahulah, Israel ke? Sebab itu jangan hairan kenapa dalam 14 tawaran ini, majoriti besar daripadanya sudah di dengar lama sebelum ia diumumkan di hadapan tak sampai 1,000 orang di Pusat Konvensyen Shah Alam yang boleh memuat lebih 5,000 orang. Antaranya, minyak murah tol percuma, pendidikan percuma, perubatan percuma, nak buat rumah mampu milik, hapus PTPTN, hapus AES dan sebagainya yang orang dah tau. Semuanya yang hanya berbunyi popular dan cepat glamer. Boleh tak boleh buat belakang kira, sebab itu dinamakan 'tawaran', bukan janji!! Kalau dah Manifesto bukan janji, apa yang boleh jamin perkara tersebut akan dilaksanakan? Itu akal nak kelentonglah tu, nanti rakyat saman, boleh pusing, "Bila yang kami janji? Kami hanya menawarkan". Satu perkara lagi, kenapa Pakatan harami ini memilih untuk mengulang benda sama yang dah diketahui orang pun penulis tidak tahu. Bukan semua 14 perkara ini dah lama sebut ke? Gebang gebung nak dedah semua (rujuk kenyataan Rafizi), tapi rupanya dedah satu, itupun cerita lama jugak. Kita dah lama dedah kenapa setiap satu dari 14 tawaran yang diumumkan hari ini mustahil nak dilaksanakan. So, kerja senang, tak payah nak ulas satu persatu dari 14 tawaran ni, buang masa. Mungkin pembangkang taknak dedah semua, takut BN ambil dan laksanakan terus. Eh, elok kan macam itu, at least kita buat, bukan setakat bercakap. Lagipun apa nak takut BN ceduk pulak, awak, awak punya hal, BN, BN punya hal. Lagipun janganlah pembangkang serius sangat, macamlah rakyat nak percaya tawaran-tawaran kosong tu. Pakatan Rakyat yang buat tawaran itu bukan ada kredebiliti pun, tak didaftarkan, siapa nak percaya dengan 'tawaran' mereka? Manifesto 2008 pun banyak tak laksana lagi. Kecuali satu (air percuma), itupun tak menyeluruh (tak semua dapat). Apa pun, rakyat janganlah memperjudikan nasib negara ini ditangan puak-puak yang pandai main tawar-tawar ni ya. Judi tu sendiri benda tak elok, tuhan marah. Lebih baik memilih kerajaan yang sudah tentu akan melaksanakan semua janji-janjinya. Bukti pun dah banyak, siapa pandai buat janji, dan siapa pula yang hanya pandai tawar janji. mykmu.net |
Unbecoming Of Opposition For Refusing To Sign Integrity Pledge – Muhyiddin Posted: 25 Feb 2013 03:07 AM PST MUAR, Feb 25 – It is unbecoming of the opposition for refusing to sign the pledge for integrity and commitment to ensure a clean and fair general election, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyyiddin Yassin. He said he was puzzled over the opposition’s attitude for it had been fighting for a transparent general election for the pledge did not infringe the Election Commission’s (EC) rules. “Now they are giving a lot of excuses when asked to sign the pledge. I’m shock why the opposition is not ready (to sign it). “If they really want a clean and fair election as they had demanded, why not sign the pledge since it is initiated by a body, which advocates transparent elections, and not the government,” he told reporters after presenting the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) for young people at the Pagoh Sports Complex here today. Datuk Seri Najib Tun Razak and other BN component party leaders had signed the General Election Integrity Pledge with Transparency International-Malaysia as a public declaration to defend integrity and of their commitment to combating corruption, in particular in the run-up to the 13th general election. However, the opposition leaders refused to sign the pledge and criticised those who did, including the prime minister. Commenting on a manifesto unveiled by the opposition at its convention in Shah Alam today, Muhyiddin said, “We need to see everything as a whole and scrutinise it.” |
Bantuan Umpama Dedak, Hampas… Pembangkang Ludah Muka Sendiri Posted: 25 Feb 2013 02:32 AM PST KUALA LUMPUR, 25 Feb – UMNO Bahagian Shah Alam membidas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan pemberian BR1M oleh kerajaan kepada rakyat seperti memberikan dedak dan hampas kelapa kepada haiwan lantaran kerajaan Selangor di bawah pakatan Pembangkang turut melakukan perkara yang sama. Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi Dato Zin berkata, di Selangor seumpamanya, apakah pemberian kerajaan negeri , sebagai contoh pemberian wang tunai sebanyak RM 100 kepada warga emas dalam program jom shopping juga boleh diumpamakan sebagai memberi dedak dan hampas kepada haiwan? "Sebab itulah, apabila kita bercakap kita perlu melihat kepada diri kita sendiri dulu. Pastikan, apa yang kita nak kata, kita tak buat benda tu. Ini tidak, bila BN beri duit untuk bantu rakyat, mereka kata macam tabur hampas untuk haiwan makan. "Tapi bila beliau sendiri bagi duit pada orang-orang asli di Kelantan, tak apa pula. Kalau program yang dibuat oleh kerajaan Pakatan, macam program pemberian wang tunai di Selangor kepada warga emas, kepada anak-anak tadika dan kepada ibu tunggal, tidak pula dianggap macam itu," tegasnya. Tambahnya lagi, sepatutnya kepimpinan Pas tidak perlu mempertikaikan pemberian kerajaan dengan pelbagai-pelbagai cerita dan tuduhan, sedangkan di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan ada yang tidak mampu menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. "Kalau mereka tak mampu nak bagi pada rakyat, tak payah lah bising-bising. Diam-diam sudahlah. Tapi kalau mereka mampu, bagilah. Tak kiralah RM 500 ke, RM 1000 ke, tak kisahlah. Tapi apa kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, janganlah kritik dan janganlah syak wasangka," ujarnya. Beliau turut menjelaskan bahawa BR1M juga merupakan salah satu bantuan subsidi daripada kerajaan yang diberikan secara tunai kepada kumpulan sasaran tertentu. "Subsidi minyak, subsidi gula dan macam-macam subsidi lagi itu juga merupakan bantuan kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Cuma ia tidak diberikan secara tunai dan tidak ada sasaran tertentu. Subsidi minyak atau gula, semua rakyat dapat merasa tak kira mereka itu miskin atau kaya. "Tapi berbeza dengan subsidi BR1M ini yang diberikan secara tunai kepada golongan yang berpendapatan rendah di dalam negara. Kenapa selama ini kerajaan bantu ringankan beban dengan menanggung subsidi pentrol, gula dan sebagainya mereka tak bising? "Tetapi kenapa bantuan sebanyak RM500 ini mereka nak bising-bising? Sedangkan ia juga adalah subsidi yang diberikan dalam bentuk tunai kepada golongan tertentu," soalnya. Bagi beliau, apa yang dikatakan oleh Pakatan itu hanyalah retorik politik semata-mata. Pakatan Pembangkang akan sentiasa berusaha untuk memburuk-burukkan kerajaan, biarpun apa yang dilakukan oleh kerajaan itu baik dan bermanfaat terhadap rakyat di negara ini. "Rakyat hari ini sudah bijak menilai. Biarpun kerajaan BN yang tidak berjanji untuk menghulurkan bantuan seperti BR1M sebelum ini, tetapi kerajaan bagi juga. Tetapi mereka yang macam-macam dijanjikan kepada rakyat, sampai hari ini banyak yang tak tertunai. Bila kerajaan bagi bantuan kepada rakyat, cakap macam-macam pula," ujarnya. -MediaUMNO |
Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia Posted: 25 Feb 2013 02:28 AM PST MELAKA, 25 Feb – Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai ‘Jurassic Park’ bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik. Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad. “Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, Isnin. Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani. Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun. Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar. Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. |
Pembangkang Usah Lagi Cakap Isu Rasuah, Rakyat Pun Geli Dengar Posted: 25 Feb 2013 02:14 AM PST KUALA LUMPUR 25 Feb – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin melihat keengganan pakatan pembangkang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 menunjukkan mereka sekadar retorik dalam memperkatakan soal rasuah dan sebagainya. Menurut beliau berbanding dengan komitmen Barisan Nasional (BN) yang menunjukkan kesungguhan ke arah itu, ianya adalah satu penilain terbaik untuk rakyat melihat sebuah pembohongan yang nyata dan jelas hari ini. "Cakap berdegar-degar soal rasuah dan sebagainya…tetapi apabila mahukan komitmen ke arah itu lain pula bunyinya. Bukankah mereka yang sebelum ini cukup lantang memperkatakan soal ini sehingga sanggup melemparkan pelbagai tohmah terhadap kerajaan yang ada. Kita minta pembangkang usah lagi cakap isu rasuah, rakyat pun geli dengar. "Malah lebih jauh jika kita lihat mereka sanggup mengajak rakyat turun berdemonstrasi kononnya bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil….apabila adanya ikrar sedemikian pelbagai alasan diberikan," katanya kepada UMNO-Online. Fairus seterusnya menambah komitmen BN ke arah itu sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi dan sekaligus membuktikan keikhlasan BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menandatangani ikrar tersebut. "Rakyat boleh buat penilaian terbaik…benda dah ada depan mata dan boleh nilai siapakah yang bersungguh-sungguh ke arah itu. Tak perlulah beri seribu satu alasan. "Sepatutnya itu adalah peluang terbaik untuk mereka menunjukkan apa yang dilaung-laungkan sebelum ini kerana rakyat melihat setiap gerak geri mereka. Jadi saya merasakan inilah satu hakikat sebenar yang tidak mampu lagi ditutup oleh pihak pembangkang," katanya. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menandatangani ikrar tersebut sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
syabas penulis, saya agak berminat dengan arikel yg di tulis.. teruskan usaha untuk menyedarkan orang dari mabuk oleh pakatan rakyat yg tak sepakat..
ReplyDelete