SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, February 13, 2013

UMNO Online - “Ketua Puteri UMNO Yakin Rakyat Sabah Pilih K’jaan BN Yang Sentiasa Mendahulukan Kepentingan Rakyat” plus 3 more

UMNO Online - “Ketua Puteri UMNO Yakin Rakyat Sabah Pilih K’jaan BN Yang Sentiasa Mendahulukan Kepentingan Rakyat” plus 3 more

Link to UMNO Online

Ketua Puteri UMNO Yakin Rakyat Sabah Pilih K’jaan BN Yang Sentiasa Mendahulukan Kepentingan Rakyat

Posted: 11 Feb 2013 11:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya rakyat Sabah akan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN)yang stabil, bijak serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata pakatan pembangkang tidak akan dapat mentadbir negeri itu dengan baik kerana isu yang kecil seperti pembahagian kerusi di Sabah sudah menjadi satu isu yang besar dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Oleh itu, konflik mengenai pembahagian kerusi pakatan pembangkang perlu dijadikan loceng amaran kepada rakyat kerana perkara itu menunjukkan pakatan pembangkang mempunyai banyak ideologi berbeza dan cara pentadbiran yang berlainan.

“Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) hendak menyelesaikan perkara lain sekiranya perkara kecil seperti ini pun tidak dapat diselesaikan. Rasa tidak puas hati di antara parti pembangkang mengenai isu kerusi hanyalah merupakan satu bayangan kecil yang rakyat Sabah seharusnya pandang secara serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengulas isu pembahagian kerusi pakatan pembangkang di Sabah yang masih belum dapat diselesaikan.

Katanya BN sudah bersedia menghadapi sebarang tentangan demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah dan akan mempertahankan kesemua kerusi di Sabah demi masa depan generasi muda di negeri itu. – MediaUMNO

Persepakatan Kompenen BN Yang Terus Kukuh Mampu Bentuk Kerajaan Selepas P/Raya

Posted: 11 Feb 2013 11:25 PM PST

JOHOR BAHARU, 12 Feb – Barisan Nasional diyakini dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 berdasarkan kesepakatan yang terus kukuh di kalangan parti-parti komponennya berbanding pakatan pembangkang.

Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata atas keyakinan itu beliau percaya BN akan menjadi parti tunggal memiliki kerusi terbesar dalam Parlimen untuk membentuk kerajaan.

“BN adalah sebuah parti yang berdaftar, bergerak atas satu logo, manifesto dan bendera sejak lebih lima dekad lalu…keadaan ini amat berbeza dengan pakatan pembangkang, yang sehingga ke hari ini, masih belum didaftar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Umno dan BN negeri Johor dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.

Nur Jazlan yang juga Pengerusi UDA Holdings berkata percakaran serius dalam pakatan pembangkang amat berbeza dengan kesepakatan yang ada dalam BN yang telah memerintah negara sejak merdeka dan bersepakat memilih Najib yang juga merupakan Presiden Umno dan Pengerusi BN sebagai Perdana Menteri.

Beliau yakin dengan perkembangan masa kini yang menyaksikan pakatan pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam pelbagai perkara, parti itu tidak akan dapat membentuk kerajaan.

“Pertelagahan serius tentang calon Perdana Menteri di antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan isyarat jelas tentang kegagalan yang bakal mereka tempuhi di dalam membentuk kerajaan walaupun memenangi PRU-13,” katanya.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Singapura, Straits Times baru-baru ini, yang menyatakan akan berlakunya ketidaktentuan dalam politik negara selepas keputusan PRU-13. – MediaUMNO

PM Starts Johor Visit Meeting State UMNO, BN Leaders

Posted: 11 Feb 2013 08:15 PM PST

JOHOR BAHARU, Feb 12 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak started his one-day visit to Johor today with closed-door meetings involving state Umno and Barisan Nasional (BN) leaders at the Johor International Convention Centre here.

Also present were Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, who is also the state BN chairman, Home Minister and Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Deputy Defence Minister Datuk Dr Abdul Latif Ahmad and Deputy Education Minister Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Other notable Johor Umno leaders present included Johor Baharu MP and Johor Baharu Umno head Tan Sri Shahrir Abdul Samad and Pulai Umno head and MP for Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Najib, who is also Umno president and BN chairman, also held a closed-door meeting with state BN leaders.

The BN leaders seen attending the meeting included MCA president and Johor MCA chairman Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Besides these closed-door meetings, Najib and wife are scheduled to attend he state-level Chinese New Year Open House in Senai, Kulaijaya.

He is also scheduled to witness the balloting ceremony for housing units of Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia’s (PR1MA) Nusantara PR1MA housing project at Dewan Raya Bandar Putra, also in Kulaijaya before returning to Putrajaya. MediaUMNO

Negara Rosak Jika Pentadbirannya Diserah Kepada Pakatan Pembangkang – Shafie Apdal

Posted: 11 Feb 2013 07:49 PM PST

SEMPORNA, 12 Feb – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd ShafieApdal mengingatkan rakyat bahawa negara akan rosak dan pencapaian cemerlang yang sekian lama dikecapi Malaysia boleh terjejas jika pentadbirannya diserah kepada pakatan pembangkang.

Mohd Shafie berkata perkara itu boleh berlaku kerana prinsip perjuangan di kalangan parti-parti pakatan pembangkang bukan sahaja berbeza malah sejak dahulu tidak henti-henti berbalah mengenai sistem pentadbiran negara yang dimahukan dan penentuan siapa yang akan menjadi perdana menteri.

“Kita sedar dan tahu bahawa pihak pembangkang dalam keadaan tidak begitu menentu. Pilihan mereka untuk mentadbir kerajaan sekejap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sekejap nak kan Pas. Sekejap nak kan hukum hudud sekejap tidak boleh sedangkan itu yang dikatakan asas perjuangan parti Pas yang agak ekstrem dari segi beragama. DAP pula tidak sokong.

“Jadi sudah pasti tidak ada jaminan untuk keamanan dan perpaduan negara. Saya katakan bahawa mereka tidak boleh sepakat dalam asas prinsip perjuangan parti masing-masing. Ini belum mentadbir negara lagi keadaan jadi tidak menentu.

Sebelum pilihan raya pun sudah gaduh apa lagi apabila mahu mentadbir kerajaan,” katanya.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Semporna di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Shafie mengajak rakyat termasuk masyarakat Tionghua supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dengan mengundi BN bermakna mereka mengundi untuk masa depan yang cerah, pembangunan, kestabilan politik dan keamanan.

Mohd Shafie berkata BN memerlukan kerajaan yang kuat untuk mewujudkan pentadbiran yang kukuh kerana kerajaan yang kuat dengan pengurusan mantap mampu melonjakkan ekonomi negara ke tahap lebih tinggi yang hasilnya dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

Menurut Mohd Shafie rakyat sepatutnya menilai dan belajar daripada pengalaman banyak negara di dunia hari ini termasuk negara maju yang sukar untuk keluar daripada belenggu krisis ekonomi disebabkan politiknya tidak stabil sehingga mewujudkan kerajaan yang tidak kuat dan tidak mampu menguruskan masala ekonomi negara dengan berkesan.

Malaysia pula, katanya, pertumbuhan ekonominya yang kukuh bukan sahaja diakui oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malah ia terus menjadi pilihan pelabur dari serata dunia termasuk negara Eropah dan Timur Tengah untuk melabur kerana pengurusannya yang cekap serta kestabilan politiknya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT