SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 18, 2013

UMNO Online - “Golongan Muda Mesti Bijak Menilai Dasar Antara Kerajaan BN & Pembangkang” plus 8 more

UMNO Online - “Golongan Muda Mesti Bijak Menilai Dasar Antara Kerajaan BN & Pembangkang” plus 8 more

Link to UMNO Online

Golongan Muda Mesti Bijak Menilai Dasar Antara Kerajaan BN & Pembangkang

Posted: 17 Feb 2013 07:14 AM PST

KLANG, 17 Feb – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyeru anak muda di negara ini agar menilai dengan bijaksana dan rasional dalam membandingkan dasar serta program kerajaan dan Pakatan Pembangkang  terhadap golongan muda di negara ini.

Kata beliau, ada perbezaan besar antara program dan pendekatan yang digunakan oleh BN dan Pakatan Pembangkang terhadap masa depan anak muda di negara ini.

"Porgam dan pendekatan BN adalah dengan menghimpunkan anak-anak muda dalam program-program yang berfaedah serta membuka peluang kepada anak muda untuk masa depan yang lebih cerah. Program-program seperti BN Youth Job Fair dan lain-lain lagi, merupakan program dan dasar kerajaan BN dalam membantu golongan anak muda di negara ini untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

"Ini berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Pakatan Pembangkang terhadap golongan anak muda. Mereka hanya menggunakan anak muda dan menghimpunkan golongan ini di jalanan untuk berdemostrasi dan menghuru harakan keadaan yang boleh menggugat kestabilan negara kita.

"Kita boleh lihat sendiri bagaimana pemimpin Pakatan Pembangkang mempergunakan anak-anak muda dalam siri-siri demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh mereka yang hanya bertujuan untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata," tegasnya ketika berucap  dalam program kenduri rakyat di Kampung Budiman, Meru Klang semalam.

Jelasnya lagi, begitu juga dengan program Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) yang merupakan inisiatif Pemuda BN dalam usaha untuk membantu anak-anak muda di negara ini mendapatkan lesen motor dengan harga yang paling rendah di negara ini.

"Kita tahu, ramai anak muda di negara kita yang menunggang motor tanpa lesen yang sah. Ini disebabkan bayaran yang dikenakan untuk memperolehi lesen motor agak mahal dan ada di kalangan anak muda yang tidak mampu untuk membayar harga tersebut.

" Justeru itu, bagi meringankan beban mereka, serta untuk memastikan mereka mempunyai lesen memandu yang sah, maka inilah insiatif Pemuda BN untuk membantu mereka. Sehingga kini, sudah lebih dari 116 ribu anak muda yang memohon untuk mendapatkan lesen melalui program ini,"ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru anak-anak muda, khususnya jentera-jentera pemuda BN agar menyampaikan mesej kepada anak-anak muda di sekeliling mereka, bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib  Tun Razak mampu untuk bantu dan membimbing anak-anak muda di negara ini bagi mencapai masa depan yang lebih membawa makna dalam kehidupan mereka.

"Saya minta anak-anak muda agar jangan sesekali percaya kepada segala janji-janji Pakatan Pembangkang. Mereka hanya pandai bercakap dan pandai berjanji, namun tidak pandai untuk menunaikan janji. Yakinlah dengan BN dalam menentukan hala tuju dan masa depan yang lebih cerah dalam mentadbir negara, khususnya untuk masa depan anak muda di negara ini," ujarnya.

Xenophon’s Deportation Will Not Affect Malaysia-Australia Relations- Mahathir

Posted: 17 Feb 2013 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 17 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the ‘no entry’ into Malaysia for Australian senator Nick Xenophon and his deportation would not affect Malaysia-Australia relations.

He said Malaysia had the right to enforce its own law, including prohibiting any individual from entering this country.

“If he (Xenophon) comes here with no good intentions, he might as well not come,” he told reporters after attending a grand Chinese New Year celebration in Jalan Bukit Bintang, here, today.

Dr Mahathir was commenting on the Malaysian Immigration Department’s action of refusing Xenophon entry upon his arrival at the Low-Cost Carrier Terminal in Sepang early yesterday as he has a record of tarnishing Malaysia’s image at the international level.

He said the Australian government had the right to criticise the Malaysian government’s action against Xenophon but Malaysia needed not pay attention to it.

Earlier, in his speech, Dr Mahathir said wealth and power-sharing had enabled Malaysians to enjoy continued peace and stability, hence it was important for them to maintain that spirit.

“Malaysian society is multiracial and multireligious but we are not mutual enemies as we prefer to cooperate, so that we are able to share the country’s success and no one is left behind,” he said.

Describing the current government leadership as the best, Dr Mahathir said that wealth and power-sharing among the different communities was already stressed upon during the time of the country’s first prime minister, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

He also noted that all ethnic festivals in Malaysia were unique, interesting and celebrated with much merriment by all races in the country.

“No other country is able to celebrate the festivals like Malaysia does. Here, at least every Malaysian can wish ‘Qong Xi Fa Cai’ come Chinese New Year,” he said.

The CNY celebration in Jalan Bukit Bintang which saw the tossing of a 977-metre “yee sang” was officiated by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who was accompanied by his wife Datin Seri Rosmah Mansor and several BN top political party leaders.

Peningkatan Hasil Pendapatan Kesan Positif inisiatif Transformasi Kerajaan- Ahmad Husni

Posted: 17 Feb 2013 03:00 AM PST

IPOH, 17 Feb — Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata hasil pendapatan negara yang meningkat sejak tiga tahun lepas adalah kesan positif inisiatif transformasi oleh kerajaan.

Beliau berkata ini termasuk kajian mengenai ruang penambahan kutipan hasil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Kita lihat pendapatan negara telah meningkat melalui kutipan hasil yang begitu cekap oleh LHDN dan Kastam, dan Model Baru Ekonomi kita berjaya dengan catatan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun lepas,” katanya kepada pemberita pada sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Tambun di sini, hari ini.

Selain itu peningkatan pendapatan negara turut didorong oleh Pelan Transformasi Ekonomi dalam sektor pelaburan di samping pendapatan syarikat turut melonjakkan dan ini menjadikan negara berjaya mewujudkan peluang pekerjaan baharu, katanya.

“Ekonomi negara terus mencapai pertumbuhan dengan syarikat korporat meraih  berpendapatan tinggi, di samping itu kita sedang beralih daripada sebuah ekonomi berasaskan kos rendah kepada ekonomi berasaskan nilai tambah,” katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata beliau yakin melalui inisiatif itu pendapatan hasil negara akan bertambah seperti yang telah terbukti sejak tahun tiga tahun lepas.

“Kita percaya pada 2013, hasil pendapatan negara akan bertambah dengan adanya transformasi ekonomi ini yang pada akhirnya menghasilkan peningkatan pendapatan sektor korporat dan rakyat,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa dunia sekarang ini memberi fokus bagaimana Malaysia dapat menggubal dasar transformasi ekonomi yang terperinci sehingga sektor pelaburan negara mencatatkan nilaian yang begitu tinggi.

“Sekarang ini ada beberapa negara menghantar perwakilan mereka untuk mempelajari sistem kita. Mereka mahu belajar bagaimana kita melaksanakan transformasi ekonomi terutama daripada segi perancangan,” katanya.

Tolak Manifesto Pembangkang Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Demi Rakyat’ – Zahid

Posted: 17 Feb 2013 02:45 AM PST

BAGAN DATOH, 17 Feb — Rakyat perlu menolak pembangkang termasuk manifesto atau janji kosong mereka yang berselindung di sebalik slogan ‘Demi

Rakyat’ menjelang pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Beliau berkata berdasarkan PRU lepas, pembangkang hanya menunaikan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji yang dilaungkan ketika berkempen

mengenai manifesto mereka.

 

“Saya tidak fikir baki lagi 85 peratus itu harus dipercayai oleh rakyat. Oleh yang demikian, kita bandingkan apa yang dibuat (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak), tidak ada dalam manifesto, tidak ada janji (dibuat) tetapi diberikan.

 

“Jadi ertinya Barisan Nasional (BN) tidak berjanji pun, BN tetap tolong orang. Pembangkang dah berjanji pun, tapi tak bagi, jadi bandingkanlah mana yang baik mana yang tak baik,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 2,000 penerima kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

 

Katanya apa yang lebih malang bagi rakyat apabila ada pemimpin pembangkang yang mendakwa manifesto yang dikemukakan kepada pengundi bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya bukan sesuatu janji mengikut undang-undang.

 

“Oleh sebab itu, sebarang janji yang tercatat dalam manifesto pembangkang termasuk mahu memberikan 20 peratus royalti, itu janji palsu…termasuk mahu memberikan penghapusan cukai pintu dan tol, itu janji palsu. Jadi kalau janji palsu eloklah ditolak oleh pengundi,” katanya.

 

Mengulas mengenai cerita ‘basi’ yang sering ‘diolah dalam pelbagai versi’  dan dibangkitkan pembangkang dalam siri ceramah politik mereka, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata semua itu dijawab oleh pihak kerajaan selain memberi penambahbaikan dan menyelesaikannya.

 

Beliau berkata tindakan pembangkang mengeluarkan cerita ‘basi’ itu adalah untuk meracuni pemikiran dan menyuntik perasaan benci rakyat terhadap Umno dan BN.

 

“Saya harap dengan apa yang diberikan oleh kerajaan BN, idea yang daripada Datuk Seri Najib diterima dengan baik, sebab itu kita ikhlas membantu dan bantuan ini pun tidak diberikan kepada pihak yang menyokong kerajaan malah ia kepada semua rakyat,” katanya.

 

Ahmad Zahid yang juga Angggota Parlimen Bagan Datoh berharap rakyat lebih terbuka hati dan fikiran dalam membuat pilihan terbaik dalam PRU akan datang kerana BN sememang lebih baik daripada pembangkang.

Beri Mandat Pada BN Majukan Kelantan- Najib

Posted: 17 Feb 2013 02:42 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa rakyat Kelantan supaya memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membawa kemajuan ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau tidak mahu lagi melihat rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar dari negeri mereka demi mengecap kehidupan lebih baik, yang tidak mampu diberi kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.

“Saya sedih dengar setengah juta orang Kelantan terpaksa berhijrah keluar. Saya tidak mahu ada sejuta lagi orang Kelantan berhijrah keluar. Orang Kelantan ini cekap, malah ramai tokoh di negara kita orang Kelantan seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin).

“Saya percaya barisan ini (tokoh) mampu bantu kerajaan beri perubahan kepada Kelantan jika diberi mandat (memerintah Kelantan),” katanya ketika berucap merasmikan ‘Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013′ di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.

Turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 15,000 anak Kelantan itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib berkata dalam memberi perubahan besar ‘gelombang merah’ kepada Kelantan, kerajaan BN berdiri teguh di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kemajuan.

“Kita nak Islam dan kita nak juga kemajuan. Islam ini agama kemajuan, maka prinsip inilah yang memastikan kejayaan kita memajukan Kelantan nanti. Kejayaan inilah yang akan dibawa ‘gelombang merah’ nanti.

“Kita tak mahu macam mana dia janji bulan, bintang, syurga dan nak pertahan Islam. Tetapi bila kalimah Allah dipersoal, di mana mereka? Sudah cukup, kita tukar, bo la wei (sudah-sudah lah tu),” katanya.

Beliau berkata kerajaan BN akan memastikan hak rakyat Kelantan dalam isu tanah di negeri itu terbela dan pertanyaannya kepada hadirin siapa yang dapat tanah disambut jawapan, “DAP”.

“Setiap inci tanah Kelantan akan kita perjuangkan, hak tanah Kelantan akan kita perjuangkan, 10,000 ekar tanah (yang didakwa diperoleh pemimpin DAP) ini hak rakyat Kelantan. (Kerajaan negeri Kelantan) Dosanya tamak, tanah ini hak siapa kalau bukan rakyat Kelantan,” tegasnya.

Kerajaan BN, kata Najib, akan memperbetul segala kesalahan yang dibuat kerajaan negeri pimpinan PAS dalam isu tanah itu apabila diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan kelak.

Isu tanah itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di negeri itu kepada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

 

Dalam pada itu, perdana menteri berkata tujuh janji BN kepada rakyat Kelantan yang diumumkan beliau bulan lepas di negeri itu akan dimasukkan sebagai manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang.

 

“Antara (janji itu) jika kita dapat laksanakan lebih awal, kita laksanakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat Kelantan untuk tukar (kerajaan negeri). Kita lakukan perubahan yang besar, bumi Kelantan ini kita jadikan gelombang merah,” katanya.

 

Janji itu merupakan tujuh projek merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

 

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

 

Pembangkang Amal Pecah Dan Perintah, Tiru Kaedah Penjajah – Ahmad Maslan

Posted: 17 Feb 2013 02:40 AM PST

KLUANG, 17 Feb  – Pembangkang mengamalkan kaedah pecah dan perintah dalam strategi politik mereka, meniru kaedah yang dipraktik penjajah terhadap rakyat negara ini tidak lama dahulu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

 

Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata kaedah yang diamal pembangkang itu amat merbahaya untuk masa depan negara.

 

“Mereka menggunakan kaedah penjajah dahulu iaitu pecah dan perintah untuk mendapatkan kuasa. Kaedah pecah dan perintah itu amat merbahaya kepada masa depan negara kerana ia akan mewujudkan perpecahan di antara masyarakat negara ini.”

 

“Apa yang dilakukan oleh mereka adalah amat tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas penutupan perhimpunan Barisan 1Malaysia oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

 

Beliau berkata menerusi kaedah pecah dan perintah, pembangkang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum Melayu dan umat Islam negara ini dengan menuduh anggota Umno sebagai murtad serta ingkar terhadap ajaran agama Islam.

 

Ahmad berkata pembangkang, menerusi strategi politik pecah dan perintah, cuba memporakperandakan keharmonian agama negara ini dengan mendesak supaya penganut agama Kristian dibenar menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil.

 

“Pembangkang juga cuba memecahkan keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dengan mengatakan kononnya suruhanjaya itu tidak bersih dan telus dalam mengendalikan pilihan raya umum,” katanya.

 

Sementara itu, beliau berkata perhimpunan Barisan 1Malaysia di Kluang merupakan destinasi kelima dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

 

Perhimpunan anjuran Biro Tatanegara itu, katanya, bertujuan memberi penjelasan kepada badan bukan kerajaan berkaitan isu semasa dan hala tuju negara.

 

Terdahulu, Abdul Ghani dalam ucapannya, berkata Malaysia akan menuju kehancuran dan malapetaka jika pembangkang mengambil alih pemerintahan negara selepas pilihan raya umum ini.

 

Beliau berkata pelabur dalam dan luar negara akan meninggalkan Malaysia kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan pembangkang seperti Datuk Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jambatan Baru Rentasi Sungai Tenggi Beri Keselesaan Kepada Penduduk

Posted: 16 Feb 2013 06:49 PM PST

TANJUNG KARANG, 16 Feb– Penduduk beberapa kampung di sini kini dapat menarik nafas lega dengan pembinaan jambatan baharu berharga RM6 juta merentasi Sungai Tengi yang dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan mereka.

 

Perasmian Jambatan Ibu Ampangan sepanjang 90 meter dan sembilan meter lebar itu disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini.

 

Jambatan yang mula dibina pada pertengahan 2010 dan siap untuk digunakan akhir 2012 itu menggantikan jambatan lama yang hanya mempunyai laluan satu lorong berbanding jambatan baharu yang mempunyai dua lorong.

 

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian itu, Noh, yang juga Anggota Parlimen Tanjung Karang, berkata ia sekali gus membuktikan tohmahan pembangkang  sebelum ini bahawa projek itu gagal, adalah tidak benar.

 

“Mereka kata projek ini gagal bagi menimbulkan kemarahan orang kampung,

pembangkang memang saja nak mencari kesalahan kerajaan,” katanya mengenai jambatan itu yang dapat dimanfaatkan antara lain oleh penduduk Kampung Sungai Sireh, Kampung Sri Gambut dan Kampung Sawah Sempadan.

 

Noh berkata jambatan itu turut menjadi alternatif kepada penduduk Tanjung Karang untuk ke Bestari Jaya dan  seterusnya ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor.

 

Pada majlis itu, beliau turut mencabut undi bagi memilih sejumlah kontraktor

Kelas F bagi melaksanakan projek-projek kecil seperti menaik taraf jalan di daerah Kuala Selangor.

 

Ia mencerminkan ketelusan kerajaan pusat dalam menganugerahkan kontrak dan menepis tuduhan bahawa kontrak hanya diberi kepada kroni-kroni pemimpin, katanya.

 

Selain daripada mencabut undi untuk kontraktor, Noh menyampaikan kunci rumah kepada 27 penerima bantuan pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

 

Noh berkata dari 2002 hingga sekarang, SPNB telah meluluskan 333 daripada 655 permohonan yang diterima daripada Parlimen Tanjung Karang.

BN’S Transformation Programmes For benefit Of The People- Rais

Posted: 16 Feb 2013 06:42 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 16  – Malaysians need to be aware of the fact that all the changes brought about by the Barisan Nasional (BN) government through various transformation programmes have succeeded in making the people’s lives better, said Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

He said what was done by the BN government showed it delivered on its  promises, unlike the opposition which only knew how to throw around empty promises.

“Malaysians should think about the renewal brought about by the transformation initiative by the BN. Others only know how to talk but cannot do anything,” he said at the Malaysia Chinese New Year Open House 2013 celebration in Taman Puchong Utama near here tonight.

The celebration which was attended by tens of thousands of guests was opened by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rais said the warm welcome received in Puchong tonight reflected that Chinese community in particular were unfailing in their support of the government’s noble efforts under Najib’s leadership to introduce various transformation programmes for their benefit.

“This event tonight proves the unity of the Chinese community and their response to the programmes implemented before also show that this support and the rising up of the people of all races in support of the BN is becoming a reality,” Rais said.

Also present were Najib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha, Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen and Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar.

The guests were entertained by popular local artistes, including Daniel Lee, Cheryl Koh, Shila Amzah and Jamal Abdillah.

In his speech, Chua said the BN government under Najib’s leadership had brought about many positive changes to the country in terms of development, politics, economy and social.

“Various transformation programmes introduced by the prime minister have brought about changes which have convinced the people that the country will continue to progress in the future,” he said.

 

Chua also described Najib as the most people-friendly and hardworking prime minister who would always go to the ground to reach out to the people and listen to their problems.

 

Hence, he said the people should give their full support to Najib’s leadership so that the country would achieve the status of a high-income nation by 2020.

Rakyat Jangan Mudah Terpedaya Tohmahan Pembangkang – BN

Posted: 16 Feb 2013 06:28 PM PST

SUNGAI PETANI, 16 Feb  – Parti pembangkang tidak boleh diberi peluang untuk mentadbir negara ini kerana mereka gagal menunaikan janji-janji mereka pada pilihan raya umum lepas dan sebalik mereka lebih suka menabur fitnah terhadap Barisan Nasional (BN).

 

Justeru itu, rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan dan dakwaan yang dilempartkan oleh pemimpin pakatan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

 

Seruan tersebut dibuatkan oleh beberapa pemimpin parti komponen BN semasa berucap pada majlis perasmian program Gelombang Biru di padang awam Taman Ria Jaya, di sini, hari ini.

 

Program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rakyat Kedah tidak perlu ragu-ragu untuk bersama-sama kepimpinan BN jika tidak mahu masa depan negara tergadai di tangan pembangkang.

 

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung berkata mandat selama lebih empat tahun yang diberikan oleh rakyat kepada pembangkang di Kedah adalah satu peluang sementara dan BN akan kembali mentadbir negeri itu selepas PRU ke-13.

 

Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan berkata sikap toleransi masyarakat pelbagai kaum dan kewibawaan pemimpin BN menjadi antara faktor Malaysia mencapai kejayaan dan kemajuan dalam tempoh singkat berbanding negara maju yang lain.

 

Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan dalam ucapannya berkata negara yang rakyatnya hidup dalam keadaan makmur dan bersatu boleh hancur dalam tempoh sehari jika tidak dijaga dengan baik dan mendengar dakwaan negatif pembangkang.

 

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata pemimpin pakatan pembangkang tidak menepati janji mereka kepada rakyat dan hanya mementingkan kuasa.

 

“Oleh itu rakyat Kedah perlu menolak pakatan pembangkang dan kembali semula kepada BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT