UMNO Online - “Sabah, Sarawak Rural Education Transformation Plan To Be Announced Soon” plus 9 more |
- Sabah, Sarawak Rural Education Transformation Plan To Be Announced Soon
- PM In Terengganu Tomorrow For ‘Janji Ditepati ‘ Tour
- 30 Pas Members Join UMNO
- BN Govt Not Going Bankrupt, Says Muhyiddin
- Seramai 13,291,385 Orang Sah Jadi Pengundi PRU-13 Setakat Ini
- Jangan Terpedaya Fitnah Pembangkang – Muhyiddin
- Anwar Dan Sifat Sesumpah Tidak Dapat Dipisahkan
- Kecelaruan Dalam Pakatan Pembangkang Isyarat Mereka Tidak Selari
- Janji Ditepati Kunci Kepercayaan Rakyat Terhadap BN
- Pakatan Pembangkang Makin Terdesak Fitnah Kerajaan – Tengku Adnan
Sabah, Sarawak Rural Education Transformation Plan To Be Announced Soon Posted: 22 Feb 2013 04:13 AM PST TENOM, Feb 22 – A comprehensive Rural/Interior Education Development Transformation Plan for Sabah and Sarawak will be announced soon, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. He said the federal government was committed to raising the standard of education in the two states, especially in the rural areas. “As the Education Minister, I agree that schools throughout Sabah should be improved, for those in need of repairs and additional facilities. “As such I would like to announce that we at the Ministry have drafted a Rural/Interior Education Development Transformation Plan specially for Sabah and Sarawak. “I am waiting for the right time to launch the plan which is aimed at improving the quality of education in Sabah and Sarawak to be on par with other states,” he said. Muhyiddin was speaking at a “Leader with the People” session held at Dewan Sri Antanom here today. Also present were Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Sabah State Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak and Sabah deputy chief ministers Tan Sri Joseph Pairin Kitingan and Datuk Seri Yahya Hussin. “As such, I hope the people will give us the support so that when I am requesting the funds from the Prime Minister, it would be easier for him to fulfill. “Whilst we have been provided with sufficient allocations, they have not been able to accommodate the needs in Sabah, Sarawak and Peninsular Malaysia to build more classrooms, halls and so on,” he said. At the ceremony, Muhyiddin announced the approval of allocations to build a new block for Sekolah Menengah Chuang Hwa Tenom worth RM2 million, construction of SM Tshung Tsin Tenom multi-purpose hall (RM500,000) and the upgrading of schools in Tenom district for RM5 million. Apart from that, he also announced an allocation of RM3.5 million to upgrade village roads in the Kemabong state assembly constituency in Tenom. Muhyiddin also agreed that a vocational school be built in Tenom. |
PM In Terengganu Tomorrow For ‘Janji Ditepati ‘ Tour Posted: 22 Feb 2013 04:09 AM PST KUALA TERENGGANU, Feb 22 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and wife are expected to arrive here tomorrow to officiate the ‘Janji Ditepati Tour’ programme at the Dataran Shahbandar at 10.30am. According to a statement issued by the Communications Unit (UKOM) Terengganu, the Prime Minister would go on a walkabout at the Pasar Besar Kedai Payang earlier and join the people for breakfast at the same place. The Prime Minister would also attend a High-Tea with leaders of the Terengganu Barisan Nasional (BN) component parties at the Riyaz Heritage Pulau Duyong in the afternoon. In a separate programme in the afternoon, the prime minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor will officiate the ‘Taska PERMATA Keluarga’ at Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal here. After the conclusion of the visit, the prime minister and wife are expected to return to Kuala Lumpur. |
Posted: 22 Feb 2013 04:07 AM PST IPOH, Feb 22 – Thirty PAS members in Kampung Pengkalan Gate Tambahan here have quit the party en masse because of DAP’s (DAP is PAS’ partner in Pakatan Rakyat) stand on the kalimah Allah issue. Led by PAS’ Kampung Pengkalan Gate Tambahan branch secretary Ahmad Sarji Mistam, they announced that they wanted to join Umno and handed over the membership application forms to Gopeng Umno head Datuk Hamzah Mohd Kasim at Dewan Orang Ramai Pengkalan Gate here today. Ahmad Sarji said they were joining Umno of their own free will. “We do not agree to sit together with a party that does not respect the sensitivities of Muslims,” he told reporters. Meanwhile, Hamzah in welcoming them said they made the right decision and that their move would spur more PAS members to do the same. At a Christmas function in Penang last year, Penang Chief Minister Lim Guan Eng, who is also DAP secretary-general, had urged the government to allow the word “Allah” to be used for God in the Malay version of the Bible, which only drew consternation from PAS’Syura Council (top decision-making body in PAS) and PAS’ grassroots members. |
BN Govt Not Going Bankrupt, Says Muhyiddin Posted: 22 Feb 2013 04:03 AM PST TENOM, Feb 22 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has lashed out at opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim for misleading the people into believing that the Barisan Nasional (BN)-led federal government was going bankrupt. “Opposition leader Anwar said the BN government is going bankrupt, and when the prime minister decided on the 1Malaysia People’s Assistance (BR1M), he said the government would definitely be bankrupt. “On the contrary, the country is financially solid and recorded an economic growth of 5.6 per cent last year. “Hence, don’t be swayed by such fickle claims,” Muhyiddin said in his address at a Leader-meet-the People: session at Dewan Sri Antanom, here today, which was also attended by Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and other state leaders. He noted that Anwar’s ‘bankrupt’ statement had been posted on “youtube”, complete with “data”. “We scrutinised the data and found them to be lies and fabrications,” he said. Muhyiddin said the people should not support or leave any room for the opposition to maneuver in their power bid through the 13th general election. “We want to ensure that the government’s efforts including the transformation initiatives introduced by the prime minister for the people would not be in vain,” he said. The deputy prime minister expressed confidence that Sabah would be instrumental in BN’s victory in the election. |
Seramai 13,291,385 Orang Sah Jadi Pengundi PRU-13 Setakat Ini Posted: 22 Feb 2013 03:59 AM PST LANGKAWI, 22 Feb – Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012. Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari. “Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian),” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini hari ini. Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri. Sementara itu, mengulas desas-desus ramai peserta Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) dari luar negara akan menarik diri jika Dewan Rakyat dibubarkan sebelum acara tersebut berlangsung, Abdul Aziz berkata secara peribadi, beliau merasakan tidak ada masalah untuk menganjurkan pameran tersebut sebelum PRU-13. “LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari pada 26 hingga 30 Mac depan, dan perancangan untuk itu telahpun dibuat sejak dua tahun lepas. Tempoh masa Dewan Rakyat masih ada sehingga 30 April ini,” katanya. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjadi Menteri Pertahanan, jadi beliau lebih arif berhubung kepentingan pelaburan asing dengan penganjuran LIMA 2013. Abdul Aziz berkata Perdana Menteri tahu masa yang sesuai untuk membubar Dewan Rakyat dan menganjurkan LIMA 2013. “Perdana Menteri, dia dah biasa dengan LIMA ni, Perdana Menteri jugalah yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong bila nak bubar Dewan. Pandangan saya tidak mungkinlah (LIMA bertembung dengan PRU-13),” katanya |
Jangan Terpedaya Fitnah Pembangkang – Muhyiddin Posted: 22 Feb 2013 03:56 AM PST TENOM, 22 Feb – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan fitnah dan tohmahan pembangkang yang tersebar di media sosial kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat kini sudah hampir bankrap. Beliau berkata semakan terhadap data-data yang disebarkan dalam YouTube mendapati semuanya adalah suatu pembohongan memandangkan kedudukan kewangan negara, yang mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus sepanjang tahun lepas, adalah kukuh. Oleh itu, Muhyiddin mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan cerita yang “bukan-bukan”, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang. “Ketua pembangkang (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pernah berkata kerajaan yang ada pada hari ini sudah hampir bankrap. Dia kata kerajaan BN sudah hampir bankrap dan bila mana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuat keputusan untuk memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) pasti bankrap kata mereka. “Ini telahpun dikeluarkan di YouTube” dan telah dikeluarkan data-data. Kami telahpun menyemak data-data itu dan semuanya suatu penipuan dan pembohongan yang telahpun dibuat oleh pembangkang kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sri Antanom, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin. Sehubungan itu, Muhyiddin berharap rakyat Sabah tidak memberi ruang atau sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. “Kita nak tentukan supaya pembangkang tiada ruang dan tidak dapat sokongan daripada rakyat di Sabah termasuk di Tenom. “Kita nak tentukan usaha yang kita telah laksanakan selama ini dinikmati oleh rakyat termasuk inisiatif Perdana Menteri memperkenalkan transformasi bukan reformasi,” katanya. Muhyiddin juga yakin Sabah akan terus menjadi penyumbang utama kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum yang ke-13 nanti. “Berdasarkan taklimat yang diberikan kepada saya (pagi tadi), saya rasa bahawa kedudukan BN yang ada di Sabah begitu kukuh sehingga kita dapat pertahankan kuasa kita. “Insya-Allah, kemenangan di Sabah akan membantu kita mencapai kejayaan dalam PRU peringkat Parlimen nanti…mudah-mudahan BN akan mencapai kejayaan yang cemerlang,” katanya. |
Anwar Dan Sifat Sesumpah Tidak Dapat Dipisahkan Posted: 22 Feb 2013 03:47 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Feb – Bagi mereka yang mengenali Anwar Ibrahim sudah pasti akan dapat menghidu sikap sesumpah ketua pembangkang ini malah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri pernah menyifatkan Anwar sebagai sesumpah. Tun Mahathir melabelkan Anwar demikian ketika sidang media selepas majlis taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara pada Februari tahun lalu malah sebelumnya, gelagat ‘sesumpah’ Anwar pernah diingatkan oleh bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik ketika berucap di Jalan Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang pada 2008. Selaras dengan itu, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam tidak hairan dengan Anwar Ibrahim yang sentiasa berubah pendirian mengikut keadaan dan situasi untuk mengambil kesempatan keadaan sekelilingnya. "Anwar akan menukar dirinya mengikut setuasi. Kalau dia dengan kaum Cina, dia hentam Dasar Ekonomi Baru. Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam. Gelagat Anwar ini penuh tipu muslihat. Rakyat harus berhati-hati dengan sesumpah politik ini," katanya. Menyingkap antara sifat ‘sesumpah' Anwar adalah perancangannya menukar kerajaan yang sah pada 16 September 2008. Ucapannya dalam satu majlis di Jakarta pada tahun berkenaan adalah mengumumkan dengan bangganya untuk merehatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirehatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar yang dipetik oleh wartawan akhbar republik itu. Namun semua maklum itu hanya impian dan pembohongannya sehingga hari ini. Blog terkemuka Amerika, The New Ledger pernah melondehkan lagi tembelang Anwar di luar negara dan antara artikel dalam blog tersebut mendedahkan betapa Anwar sebelum ini yang dalam ‘pelarian’ ke AS telah mewujudkan hubungan baik dengan tokoh-tokoh ‘American Jews’ (Yahudi Amerika) seperti Paul Wolfowitz dan Al Gore. Anwar benar-benar ‘manis mulut’ ketika itu. Begitulah akrabnya Anwar dan Yahudi. Tapi itu adalah ketika Anwar di luar negara. Apabila dia kembali ke Malaysia, sikapnya berubah menjadi sebaliknya. "Menyedari rakyat Malaysia tidak suka dengan Yahudi maka Anwar terpaksa bertukar warna seakan-akan anti Yahudi dan Amerika apabila berada dalam negara. Jangan kita lupa ketika Anwar aktif bersama ABIM, dia sebenarnya dijangka menyertai Pas kerana Anwar adalah anak angkat kepada Allahyarham Yusof Rawa, seorang tokoh Pas yang terkenal. "Tapi bila Tun Mahathir mengundang Anwar masuk UMNO, dia dikatakan memujuk rakan-rakannya dalam ABIM dan Pas kononnya dia masuk UMNO sebab nak putihkan UMNO. Pada UMNO pula dia kata dia masuk UMNO sebab percaya pada perjuangan UMNO memertabatkan Islam, Melayu dan Malaysia. Lihatlah sifat Anwar ini," ujarnya. Tambah beliau, satu lagi contoh terbaik adalah pengakuan Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid berkenaan dakwaan Anwar mengawal lebih 20 akaun membabitkan nilai RM3 bilion semasa menjadi Menteri Kewangan. Sehingga kini Anwar tidak mampu untuk menjawab isu ini dan terus berdolak dalik untuk melindungi segala 'warna' yang ada pada dirinya. “Kini, menjelang PRU-13, sifat sesumpah Anwar lebih ketara. Oleh itu, rakyat harus terus berwaspada dengan sifat licik Anwar yang suka menangguk di air keruh. Apatah lagi apabila isu kalimah Allah menjadi kontroversi. Tambahnya, untuk mendapatkan undi orang Kristian, Anwar sanggup menggadaikan agama Islam. "Kita rakyat Malaysia yang waras, janganlah meniru dan menyokong Anwar kerana agama Islam bukan untuk dipolitikkan dan jangan kerana mahu berkuasa, agama dipertaruhkan," tambahnya lagi. – MediaUMNO. |
Kecelaruan Dalam Pakatan Pembangkang Isyarat Mereka Tidak Selari Posted: 22 Feb 2013 03:33 AM PST KUALA LUMPUR 22 Feb – Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan melihat kecelaruan di kalangan parti pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ini menunjukkan kepada rakyat mereka tidak serasi. Menurut beliau apa yang berlaku itu juga menunjukkan masing-masing mahu menjadi juara dan bukannya meletakkan agenda untuk kepentingan rakyat sekaligus boleh dibuat kesimpulan bahawa mereka tidak bersedia untuk menerajui negara. "Apa yang berlaku ini menunjukkan mereka tidak serasi. Masing-masing mempunyai agenda. Tidak ada hasrat mendahulukan rakyat selain membangunkan negara. Masing-masing mahu menjadi juara semata-mata. "Untuk menutup segala yang terdedah itu pada kaca mata rakyat, mereka hari ini menggunakan pelbagai kaedah bagi menunjukkan kesatuan di kalangan mereka yang makin kucar-kacir," katanya kepada UMNO-Online, hari ini. Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu akan berterusan, beliau seterusnya menambah perkembangan mutakhir itu adalah satu petunjuk kepada rakyat bahawa apa sahaja boleh berlaku di dalam hubungan parti pembangkang terbabit. "Saya percaya perkara ini akan berterusan bukan sahaja menjelangnya pilihan raya umum ke-13, malah selepas pilihan raya pun mereka akan terus celaru. Ini hanyalah sebahagian isyarat awal ke arah itu. "Berbanding kita dalam Barisan Nasional (BN) segala-galanya adalah untuk rakyat dan negara dengan meletakkan agenda pembaharuan demi kepentingan bersama. Kita yakin rakyat akan melihat melihat dan membuat perbandingan mengenai soal ini," katanya. – MediaUMNO |
Janji Ditepati Kunci Kepercayaan Rakyat Terhadap BN Posted: 22 Feb 2013 03:27 AM PST JERAI, 22 Feb – Keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangani isu semasa dan janji yang dibuat serta ditepati menerusi Barisan Nasional (BN) telah meyakinkan rakyat khususnya kalangan penduduk setempat. Ketua UMNO Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata slogan janji ditepati yang hari ini diperkatakan umum bukanlah sesuatu yang retorik atau bukan sekadar slogan semata-mata sebaliknya ia adalah satu terjemahan kepada apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak serta seluruh barisan pimpinan lain yang komited membantu rakyat pelbagi lapisan. "Saya melihat janji ditepati adalah keihlasan beliau (Datuk Seri Najib). Menerusi janji berkenaan, pelbagai pelaksanaan telah dibuat untuk rakyat dan inilah yang meyakinkan rakyat untuk memberikan kemenangan kepada BN dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang kuat pada pilihan raya umum nanti. "Berbanding dengan janji serta apa yang ditawarkan oleh parti-parti pembangkang, rata-rata ianya telah menimbulkan muak. Mereka berjanji semata-mata dalam usaha meraih publisti politik," katanya. Kata beliau lagi berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh BN menerusi pelbagai kaedah dan pelbagai pelaksanaan, ianya adalah jauh lebih realistik dan dapat dirasai oleh seluruh rakyat. "Begitu juga di Kedah ini. Saya percaya dan penuh yakin jika rakyat memberikan kepercayaan kepada BN maka pelbagai janji akan ditepati dan manfaatnya cukup luas yang akan dinikmati oleh rakyat kelak," katanya. – MediaUMNO |
Pakatan Pembangkang Makin Terdesak Fitnah Kerajaan – Tengku Adnan Posted: 22 Feb 2013 01:45 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membidas segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang yang terus-terusan melontar fitnah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 termasuklah yang terbaru video pendek berkenaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Tegasnya, beliau tidak terkejut sekiranya akan wujud lebih banyak video atau bahan lain yang digunakan untuk memburukkan kerajaan selepas ini kerana pakatan pembangkang memang terkenal dengan perangai suka menabur fitnah, menipu dan memanipulasi apa sahaja isu demi menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan BN. "Saya ada terima kiriman video tersebut yang gambarkan kononnya kerajaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada PRU 13. Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak pernah berlaku. Ini semua kerja pembangkang yang suka melempar fitnah. "Mereka akan buat semua jenis kerja kotor untuk meraih undi. Sudah-sudahlah… kerajaan tidak pernah bertindak sedemikian. BN telus dan Perdana Menteri juga telah menandatangani ikrar integriti. Sebab itu pembangkang semakin gerun dan takut malah mereka tidak berani buat apa yang Perdana Menteri buat. "Pembangkang sudah ketandusan modal… mereka dah tak ada kerja…. Bayangkanlah bagaimana rupa kerajaan akan datang kalau puak-puak penipu ini yang menang dalam PRU… Nauzubillah… Semoga kita dipelihara Allah SWT," ujarnya kepada UMNO Online. Tambah Tengku Adnan, menjelang detik PRU yang kini hanya menanti Parlimen dibubarkan, tidak hairan sekiranya pakatan penipu ini akan menyebarkan lebih banyak bahan berunsur fitnah hanya untuk mengelirukan rakyat. "Saya harap rakyat akan bijak berfikir dan tidak terpedaya dengan dakyah kotor pakatan pembangkang ini," ujarnya lagi. – MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment