SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, February 6, 2013

UMNO Online - “Himpunan Hijau Ancam Bakar Loji Lynas, MCA Cabar Pembangkang Nyatakan Pendirian” plus 9 more

UMNO Online - “Himpunan Hijau Ancam Bakar Loji Lynas, MCA Cabar Pembangkang Nyatakan Pendirian” plus 9 more

Link to UMNO Online

Himpunan Hijau Ancam Bakar Loji Lynas, MCA Cabar Pembangkang Nyatakan Pendirian

Posted: 05 Feb 2013 03:58 AM PST

KUANTAN, 5 Feb – MCA mencabar pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, di sini sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun berkata DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang seperti PASdan PKR perlu bertanggungjawab terhadap ancaman yang disuarakan Wong itu.

Katanya akibat mengamalkan politik kebencian, DAP dan rakannya sering menyeru anggota mereka dan orang ramai supaya turun ke jalan raya bagi tujuan menggulingkan kerajaan.

“Kali ini, seorang daripada pengikut mereka bertindak terlalu jauh dalam menyahut seruan Pakatan (pembangkang) untuk menyalakan api kebencian, tanpa memikirkan kesan segera dan jangka panjangnya terhadap orang ramai,” katanya.

Hoh mencabar DAP, PAS dan PKR menyatakan pendirian mereka tentang keghairahan Wong mengenakan tekanan terhadap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah dan secara tidak langsung mempengaruhi orang ramai supaya melanggar undang-undang.

Hoh,yang juga anggota Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan berkata ancaman Wong untuk membakar sebuah bangunan itu samalah seperti mengugut kerajaan yang dipilih serta rakyat dan perbuatan itu boleh mencetuskan huru-hara.

Semalam, Wong memberitahu portal berita The Malaysian Insider bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baharu dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013.

PLUS Saran Pengguna Patuhi Jadual Elak Kesesakan

Posted: 05 Feb 2013 03:50 AM PST

PETALING JAYA, 5 Feb – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan bagi mengelak kesesakan teruk menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pengguna dinasihatkan menggunakan jadual tersebut bermula 8 dan 9 Februari serta 12 hingga 17 Februari sebagaimana yang ditetapkan oleh PLUS.

“Pengguna yang menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor dinasihatkan agar memasuki lebuh raya PLUS sebelum pukul 12 tengah hari.

“Mereka yang menuju ke destinasi lebih hampir dengan Lembah Klang seperti Tampin, Alor Gajah, Ipoh dan Simpang Pulai pula disarankan supaya bertolak antara pukul 3 petang hingga 6 petang bagi melancarkan perjalanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai jadual TTA dan persiapan pengendali lebuh raya berkenaan bagi menangani peningkatan trafik sempena Cuti Tahun Baru Cina di sini pada Selasa.

Jadual TTA merupakan cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Noorizah berkata, bagi semua perjalanan melalui Tambak Johor, Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Jambatan Pulau Pinang pula kenderaan dengan nombor pendaftaran ganjil dinasihatkan bergerak pada setiap jam ganjil bermula 9 pagi hingga 7 malam.

Katanya lagi, jadual tersebut dikeluarkan bagi mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu puncak.

“Jadual ini memainkan peranan penting dalam membantu 1.4 juta kenderaan yang dijangka menggunakan lebuh raya PLUS setiap hari menjelang cuti Tahun Baru Cina tahun ini.

“Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa. Jadi, pengguna PLUS digesa merancang perjalanan balik kampung mereka berdasarkan jadual yang telah disediakan,” katanya.

Menurut beliau lagi, pada perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu, lebih 50 peratus pengguna lebuh raya PLUS mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan dan ia telah membantu mengurangkan kesesakan.

“Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, Noorizah berkata, pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik atau kad Plusmiles boleh menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 7 dan 15 Februari manakala rebat 30 peratus pada 10 Februari.

“Ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai bergerak pada luar waktu puncak dan beralih kepada sistem elektronik,” katanya.

China’s Investment In Kuantan Reflects Its Confidence In Malaysia Safety Standards

Posted: 05 Feb 2013 03:48 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 5  - China’s confidence in pouring huge investments into the Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) despite the park’s proximity to the controversial Lynas plant is an endorsement of Malaysia’s commitment to ensure the safety of the plant and the environment.

Undoubtedly, Beijing has accepted the Malaysian government’s assurances which were based on studies by professionals and experts that the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) will not affect their investment and trading in MCKIP.

Its readiness to invest in the park in Pahang means they have faith that production at LAMP will not affect the environment.

More importantly, they were not taken in by unfounded allegations mounted by various groups questioning LAMP’s safety standards.

After all, the Guangxi Beibu Gulf International Port Group (GBGIPG), which will be China’s major investor in MCKIP, must have done their homework before agreeing to participate in the Kuantan port expansion project, understandably a massive undertaking.

The LAMP is located close to the proposed 607-hectare MCKIP which is also sited at Gebeng town in Kuantan, Pahang, and within the East Coast Economic Region (ECER).

MCKIP is expected to attract nearly RM7 billion in investments and create 5,500 new jobs for the local populace upon its full completion by 2020.

Investments are expected to come from domestic, Chinese and other leading international players, particularly from the Asean region to the area located five kilometres from Kuantan Port.

In November last year, Lynas received court permission to begin operating a controversial processing plant but with specific conditions attached.

It is clear that the Chinese government takes a very serious view of its joint-venture project to ensure mutually-beneficial spillover effects for both economies.

As such, the last thing they want is to be associated with controversy.

Concerns over the plant were also allayed after the plant’s inspection by a team from the International Atomic Energy Agency (IAEA) last year.

The immense potential spin-offs from the park cannot be denied, for they are substantial ranging from development of downstream and processing industries; transport and logistic; training, retail and harbour-related industries.

There are many who refuse to see the benefits emanating from investment opportunities for investors from China and beyond.

This is the first industrial park in Malaysia to be accorded national status, meaning it will be driven by the private sector but guided by government.

It will not only benefit the business community, but the people of Pahang and the ECER in terms of job creation and in the process help develop the east coast which has always lagged behind the west.

Employment is crucial to absorb the thousands of graduates who pass out from the more than 500 universities and colleges, both government and private, and enter the job market.

They expect the government, along with the private sector, to make available job opportunities for them, which the government has rightly done for so long.

By developing MCKIP, there would be other growth centres besides the Klang Valley and perhaps begin a more equitable distribution in the growth and development of central business districts – a common feature in the west coast and in the east coast as well.

Groups opposed to the project fail to see the multiplier effects, such as creating numerous job opportunities, especially for their children at all levels, professional and non-professional, skilled and semi-skilled.

This is a venture that should be allowed to realise its maximum potential.

It must not be waylaid by activists over environmental concerns over a nearby project for which the government has done all it can to ensure its environmental safety based on international standards and endorsed by the IAEA.

DAP Tidak Ikhlas Bertahaluf Dengan Pas – Ustaz Nasharudin

Posted: 05 Feb 2013 03:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui ‘tahaluf siyasi’ apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.

Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.

Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.

“Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing,” katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk ‘Mengupas Kemelut Dalaman Pas’ pada Selasa.

“Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas,” katanya.

Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.

“Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya,” katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan parti Pas.

“Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit,” katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.

Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am Pas itu terhadap beliau.

“Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti,” katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.

Ditanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah campurtangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.

“Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin,” katanya.

Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.

Katanya menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai anggota Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.

“Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri,” katanya.

Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.

Ditanya sama ada akan menerima pelawaan UMNO untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada UMNO untuk menjadi calon PRU Ke-13.

Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah Allah yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.

“Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian,” katanya.

Beliau berkata isu kalimah Allah harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua,” katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas.

Isu kalimah Allah ditimbulkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dan pada satu ketika gabungan pembangkang termasuk pemimpin Pas turut bersetuju agar kalimah itu digunakan bukan Islam.

Bagaimanapun kepimpinan Pas disanggah Majlis Syura Ulamanya yang mengeluarkan ketetapan kalimah Allah tidak dibenar digunakan bukan Islam bagi mengelak kekeliruan dan pemimpin Pas yang diketuai Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa akur terhadap ketetapan itu.

Pertembungan dua kemahuan dalam isu ini semakin membakar kerjasama Pas bersama pakatan pembangkang dengan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mendesak Abdul Hadi supaya berpegang kepada pendirian pakatan pembangkang mengenai isu itu.

Ahmad Zahid Refutes Report By UK International Transparency

Posted: 05 Feb 2013 03:13 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 5  - Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has refuted the index issued by the United Kingdom International Transparency which places Malaysia in the category ‘D-’ in terms of government policy in handling irregularities and corrupt practices in the defence sector.

He said the report issued by the UK International Transparency was clearly biased when they themselves determined the standard for the study carried out right from the start.

“That (the report) is their own opinion and is not necessarily true. That is their (UK Internatioanal Transparency) perception because they decided the standard (for the study) right from the start. And if you learn the methodology of research, this is a biased method of research,” he said at a media conference after launching the 1ACP (1 Active Career Planning) and the career portal WWW.Kerjayaveteran.my, here today.

In this respect, he said his ministry would issue a statement refuting what had been reported by the UK International Transparency.

On Jan 29, UK International Transparency issued the index report on the policy of a country in tackling irregularities and corrupt practices in the defence sector and had placed Malaysia in the ‘D-’ category in the index issued.

United Kingdom International Transparency had outlined seven standards of indices issued by them namely “A, B, C, D+, D-, E and F” where Australia and Germany are placed in the A category while Algeria, Angola, Yemen, Egypt, Syria, Cameroon, Libya and the Republic of Congo are in the ‘F’ category.

Meanwhile on another development, Ahmad Zahid said his ministry had created a second career programme for future Malaysian Armed Forces (ATM) veterans who would be retiring in the next three years by providing various training that would offer career opportunities to more than 30,000 potential veterans by the year 2020.

“The programme was planned to ensure that the veterans have a second career and subsequently raise their standard of living and socio-economy,” he said.

Saman Janji Air : PPIM Anggap Satu Kemenangan Moral Rakyat Dan Pengguna

Posted: 05 Feb 2013 03:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu sebagai satu kemenangan moral kepada rakyat dan golongan pengguna di negeri itu.

Aktivitis Pengguna PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata sebelum ini kerajaan pakatan pembangkang pada PRU12 yang lalu menaburkan pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat, namun selepas menang dan mengambil alih kepimpinan khususnya di Selangor, kerajaan pakatan ini gagal untuk melaksanakan semua janji yang ditaburkannya.

"Akhirnya kita melihat pakatan ini hanya menabur janji sekadar untuk memperdaya rakyat, memperdaya pengguna dalam memastikan mereka memperolehi kuasa.

“Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku, kerana sebagai pemimpin yang kita anggap pejuang, sepatutnya menjadi pembela kepada rakyat, mereka sepatutnya berjanji sesuatu yang boleh ditunaikan, bukannya menjanjikan sesuatu semata-mata untuk dijadikan modal meraih sokongan rakyat untuk memilih mereka," ujarnya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor semalam.

Tambahnya, apabila mereka memperolehi undid an mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor, janji tinggal janji dan apa yang dijanjikan dalam manifesto mereka dalam PRU yang lepas, diperlekehkan dan dibiarkan begitu sahaja.

"Saya melihat ini sebagai satu tipu helah dan tipu daya kepada pengundi dan pengguna, perkara ini amat mengaibkan, tidak berintegriti dan tidak beretika.

“Sebab itu kita dari PPIM mengharapkan agar mana-mana parti politik yang mahu bertanding khususnya menjelang PRU13 nanti menjanjikan 'langit dan bintang' dalam manifesto mereka, sebagai janji semata-mata meraih undi.

“Setiap janji yang mereka lafazkan, yang mereka tuliskan mestilah termeterai selepas mereka berkuasa. Harapan kita juga kepada semua ahli politik, parti politik yang bakal bertanding pada PRU yang akan datang, pastikan janji yang mereka buat itu, mestilah janji yang boleh ditunaikan," tambahnya.

“Sehubungan dengan itu, PPIM tidak mahu ada pihak, pengguna yang terpedaya, rakyat diperlekehkan yang akhirnya ahli-ahli politik ini terus berkuasa untuk diri mereka sendiri, rakyat terbiar dan pengguna diperbodohkan atau diperbudak-budakkan. Perkara ini tidak harus dibiarkan berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini," ujarnya. - MediaUMNO

Rumah RM400,000 Satu Lagi Projek Istimewa Buat Rakyat Miskin Di P.Pinang

Posted: 05 Feb 2013 02:34 AM PST

PULAU PINANG, 5 Feb – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Professor Datuk Seri Dr. Fairus Khairuddin berkata beliau tidak terkejut jika kerajaan DAP Pulau Pinang meletakkan harga RM400,000 untuk rumah mampu milik kerana sudah menjadi dasar parti itu menekan rakyat bawahan sejak lebih empat tahun lalu.

Malah katanya  sehingga hari ini pun kerajaan DAP itu masih gagal untuk menunjukkan pembinaan rumah kos rendah seperti yang mereka war-warkan.

“Apa yang mereka bela untuk rakyat miskin?  Peniaga kecil, ibu tunggal… habis semua ditekan, rumah, kampung diroboh.  Mana ada satu unitpun rumah kos rendah yang telah mereka bina. Cakap je ada peruntukan, nak bina, dah bina tapi sebenarnya langsung tiada… Rumah mampu milik RM400,000 ini bolehlah dianggap hadiah paling istimewa DAP untuk rakyat miskin di negeri itu.

"Rakyat Pulau Pinang harus buka mata dan sedar bahawa DAP sama sekali tidak boleh dipercayai apatahlagi untuk memerintah. Perintah negeri pun gagal inikan nak bagi kepercayaan untuk perintah negara," ujarnya kepada UMNO-Online.

Sebenarnya tambah Fairus, DAP hanya mahu menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri untuk golongan elit untuk memenuhi agenda tersendiri mereka.

“Sebab itu dengan menjadikan rumah mampu milik berharga RM400 ribu, mereka akan mampu mengusir golongan bawah  keluar dari negeri ini. Bila kerajaan BN nak bina rumah kos rendah mereka buat pelbagai halangan dan syarat yang tak masuk akal.

"Inilah agenda busuk DAP . Rakyat harus sedar dan jangan terus terpengaruh lagi dengan umpan kata-kata manis mereka. Rakyat hanya dipergunakan untuk merealisasikan impian politik mereka semata," ujarnya lagi.- MediaUMNO

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang – Tengku Adnan

Posted: 05 Feb 2013 02:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketelusan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang diiringi kesungguhan melibatkan semua persediaan berlangsung lancar dengan anggota jentera siap siaga selain barisan calon juga telah lengkap.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa bakal calon yang tersenarai dalam PRU akan datang telah pun dipastikan latar belakang mereka bersih dari pelbagai kesalahan sama ada kesalahan di SPRM, jenayah, bankrap dan lain-lain lagi.

"Kita pastikan ketelusan dan ia telah menjadi amalan dalam Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi namun malangnya ia turut diangkat sebagai bahan manipulasi oleh pembangkang apabila BN melakukan penelitian sedemikian walhal dalam pakatan pembangkang itu sendiri tidak pernah membuat analisis sebagaimana BN yang merujuk calon-calonnya kepada pihak berkuasa," katanya.

Ujarnya, pakatan pembangkang sehingga ke hari ini masih terus-terusan bergelut dengan isu dalaman mereka biarpun setelah hampir sepenggal membentuk kerajaan di empat buah negeri sebagaimana di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

"Ini adalah bukti bahawa mereka tidak pernah sepakat apatah lagi untuk merealitikan janji pada rakyat dan jika benar pakatan pembangkang mempunyai aliran yang sama dan tidak saling bercanggah mengapa sampai ke hari ini mereka tidak mempunyai satu lambang kesatuan sebagaimana BN berdepan dengan pilihan raya umum.

"Manipulasi pakatan pembangkang bukan saja membuat tuduhan dan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO dan BN tetapi mereka juga menggambarkan kononnya mereka bersih, telus dalam pentadbiran dan tidak korup namun sebenarnya ia juga adalah manipulasi," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, bayangkan bagaimana pakatan pembangkang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan pentadbiran BN sedangkan untuk membina satu logo atau lambang sebagaimana dacing bagi BN pun mereka gagal laksanakan.

"Pakatan pembangkang hanya ada tiga parti sahaja tetapi sampai ke hari ini mereka masih gagal memutuskan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri, kabinet bayangan tidak ada dan banyak berlaku percanggahan pendapat antara ketiga-tiga pemimpin parti.

"Dalam BN ini semua tidak berlaku kerana setiap keputusan diambil secara konsensus iaitu melalui perbincangan bersama dan disepakati oleh semua 13 anggota komponen parti walaupun ada diantaranya adalah parti yang kecil."

Beliau turut membidas pakatan pembangkang lantaran gagal memastikan janji-janji kepada rakyat sebagai realiti sebaliknya masih juga memburuk-burukkan BN dan UMNO.

"Setiap janji yang dilafazkan mesti ditunaikan dan sekiranya kita tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan dapat dilakukan maka jangan sesekali berjanji apatah lagi dalam hal-hal yang membabitkan pentadbiran, kebajikan dan kesejahteraan dalam masyarakat.

"Sudahlah janji yang dibuat pada rakyat tidak ditunaikan jadi mereka mula mencari ruang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada bertumpu kepada kegagalan mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN walhal kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Menjelangnya pilihan raya yang bakal diadakan dalam masa terdekat, beliau juga menegaskan tidak mengambil endah dengan pakatan pembangkang kerana BN mempunyai gerak kerja mantap untuk masa hadapan agama, bangsa dan negara

"Segala persediaan bagi berdepan PRU telah dilakukan termasuklah calon-calonnya yang mana ia bukanlah ditentukan oleh parti atau individu yang tertentu sebaliknya rakyat sendiri memilih untuk mewakili mereka.

"Kita mahukan calon yang rakyat hendak dan sepakat biarpun dalam BN adalah gabungan 13 kompenan parti tetapi kita gunakan satu simbol sahaja. Ia tidak sama seperti pakatan pembangkang yang sehingga ke hari ini masih tidak berdaftar atas satu kesatuan dan tentunya mereka akan terus menggunakan lambang masing-masing apabila bertanding dalam pilihan raya nanti."

Berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkeyakinan bahawa rakyat sudah mulai sedar dan memahami bahawa pembangkang ini adalah satu entiti yang tidak boleh digunapakai.

"Mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri." - MediaUMNO

Kerajaan Peruntuk RM30 Juta Untuk Perumahan Nelayan Darat

Posted: 05 Feb 2013 02:00 AM PST

HUTAN MELINTANG, 5 Feb  - Kerajaan memperuntukkan RM30 juta di bawah projek perumahan nelayan darat bagi membantu 3,000 nelayan di seluruh negara membaikpulih rumah mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum berkata bantuan yang dikawal selia oleh Jabatan Perikanan itu diberikan bagi membolehkan nelayan yang berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa.

“Kerajaan beranggapan golongan ini tidak mempunyai pendapatan tetap kerana  bergantung kepada hasil tangkapan semata-mata,” katanya selepas majlis penyerahan lesen sampan dan program bantuan perumahan nelayan darat Parlimen Bagan Datoh dan Teluk Intan di Tanjung Bayan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 116 nelayan darat dari Parlimen Teluk Intan dan  Bagan Datoh menerima bantuan berkenaan manakala 92 nelayan menerima bantuan khas sampan.

Beliau berkata terdapat 14,967 nelayan yang aktif di negeri ini dengan 3,294 orang di Kerian, Larut Matang (4,374), Manjung (3,367) dan Hilir Perak (3,932).

Mohd Johari berkata Hilir Perak adalah penyumbang terbesar pendaratan ikan di negara ini iaitu sebanyak 45 peratus, membabitkan 122,000 metrik tan dengan nilai RM614 juta setahun.

Sementara itu, beliau berkata kementerian tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen pembekal diesel subsidi yang menjual diesel kepada nelayan asing.

“Saya telah menerima senarai nama pembekal diesel subsidi yang terbabit dalam penyelewengan ini yang jumlahnya mencecah berjuta-juta liter sehari diseludup ke luar negara,” katanya.

Rakyat Sarawak Diingatkan Berhati-hati Dengan Janji Pembangkang

Posted: 05 Feb 2013 01:52 AM PST

KUCHING, 5 Feb  - Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta rakyat Sarawak berhati-hati terhadap parti pembangkang yang membuat pelbagai janji menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan niat untuk memecahbelah kestabilan dan perpaduan sedia ada.

Menyifatkan Sarawak sebagai “anak gadis” yang hendak dipinang oleh pihak pembangkang, beliau berkata mereka membawa politik yang amat berbahaya, berasaskan ciri-ciri yang boleh mengakibatkan kehancuran perpaduan yang terjalin di antara pelbagai kaum.

“Di Barisan Nasional (BN), kita membawa kepada penyatuan perpaduan di antara kaum dan agama berbeza…unsur-unsur pembangkang mempermainkan isu agama dan bangsa,” katanya selepas merasmikan program Gagasan Aspirasi Wanita di sini hari ini.

Shahrizat turut mencabar semua wakil rakyat pembangkang untuk tidak bertanding di kawasan baharu kerana dikatakan tidak berani bertanding di kawasan sedia ada pada PRU-13 berikutan prestasi perkhidmatan yang lembap.

“Banyak kawasan di mana pengundi telah memberi undi kepada pembangkang pada PRU 2008 mengatakan mereka menyesal sebab tidak ada pembelaan atau perkhidmatan dinikmati kerana hanya menjaja idealisme tetapi tidak menjadi kenyataan,” katanya sambil menambah beliau telah dimaklumkan ramai wakil rakyat pembangkang akan ‘melompat’ kawasan pada PRU-13.

Mengulas pengumuman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga pengerusi BN negeri semalam bahawa calon wanita akan ditambah pada PRU-13,  Shahrizat yang juga pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan yakin keputusan itu disebabkan prestasi baik wakil rakyat wanita dalam member perkhidmatan.

Beliau berkata wanita akan menjadi kuasa penentu parti mana akan menang nanti kerana golongan hawa merupakan 50 peratus daripada pengundi berdaftar di seluruh negara.

Shahrizat yang gembira dengan kehadiran 1,500 wanita termasuk pemimpin pertubuhan bukan kerajaan di Sarawak pada majlis tersebut, berkata ia adalah satu petanda yang menunjukkan wanita akan menjadi kuasa penentu pada PRU-13 kerana golongan itu boleh menpengaruhi anggota keluarga mereka.

Katanya aspirasi wanita yang dikumpulkan pada program peringkat akar umbi itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada perhimpunan satu juta wanita yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kini sebanyak 534,516 atau 49.97 peratus daripada sejumlah 1,069,654 pengundi berdaftar di Sarawak adalah wanita.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT