SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, February 5, 2013

UMNO Online - “Memusuhi Saya Adalah Satu Kerja Yang Sia-sia!!! – Anwar” plus 9 more

UMNO Online - “Memusuhi Saya Adalah Satu Kerja Yang Sia-sia!!! – Anwar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Memusuhi Saya Adalah Satu Kerja Yang Sia-sia!!! – Anwar

Posted: 04 Feb 2013 04:09 AM PST

1.Saya menafikan tuduhan yang mengatakan saya terlibat dengan pemberian kewarganegaraan di Sabah. “Tiada satu minit mesyuarat pun” yang menunjukkan saya terlibat dengan task force.

2.Saya tidak kenal Deepak Singh. Saya tidak pernah bertemu dengannya, “walaupun ada video” pengakuan Deepak yang menunjukkan saya ada bertemu secara sulit dengannya.

3.Saya tidak kenal Dato Eskay, walaupun ada gambar yang menunjukkan saya begitu mesra dengannya.

4. Saya tidak ada kroni walau pun seorang sepanjang saya menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Saya tidak pernah memperkayakan sesiapa walaupun keluarga saya sendiri. Kekayaan keluarga dan orang keliling saya adalah datang dari langit secara tibs-tiba.

5. Saya tidak pernah berselingkuh dengan Isteri orang kanan saya, walaupun Isteri saya pernah mengadu hal ini kepada Tun Siti Hasmah.

6. Saya tidak pernah melakukan perkara luar tabie dengan sesiapa pun walaupun perkara ini juga pernah diadukan kepada Tun Siti Hasmah oleh isteri saya.

7. Saya tidak pernah berlaku curang dengan china doll, walaupun jelas perbuatan tersebut dirakam dan disahkan oleh pakar-pakar dunia.

8. Saya tidak pernah meliwat Saiful walau pun peguam bela saya Karpal Singh mengakui di dalam mahkamah wujudnya perbuatan suka sama suka antara saya dan Saiful.

9. Saya tidak pernah mengaibkan sesiapa khususnya Najib dan Rosmah di dalam apa keadaan sekali pun, sepertimana yang dilakukan oleh musuh-musuh yang dengki terhadap saya, walaupun memang saya tidak henti-henti mengaibkan beliau di dalam setiap ceramah yang saya adakan.

10. Saya tidak pernah memfitnah Najib dan Rosmah, walaupun saya tidak henti-henti merekacipta pelbagai fitnah terhadap beliau dan isteri.

11. Saya tidak pernah berniat mahu menyaman Dato Nalla, Dato Eskay, Ummi Hafilda dan sesiapa saja yang membongkar kisah peribadi saya walaupun mereka tak henti-henti mencabar saya sipaya “saman mereka”. Walau bagaimana pun, sesiapa saja yang tidak terlibat secara langsung atau tidak mengetahui secara langsung segala kisah peribadi saya, pasti akan saya saman. Lihatlah Utusan UMNO. Pantang keluar sikit saja isu peribadi tentang saya dalam media mereka, pasti pasti saya saman. Itu sajalah senjata yang saya ada.

12. Saya ingin memberi amaran dan ingatan kepada sesiapa saja yang cuba membongkar “rekod buruk” saya semasa dalam kerajaan samada rekod buruk sebagai penjawat jawatan mahupun rekod buruk peribadi, berhentilah dari membuat kerja-kerja tersebut kerana saya tidak sesekali akan mengaku, walaupun semua tuduhan tersebut benar.

13. Waima jelas,  sayalah orang yang dimaksudkan dalam video tersebut, jangan harap saya akan mengaku.

kkamdias.blogspot.com

Tolak Fahaman Terpesong Daripada Landasan Islam – Muhyiddin

Posted: 04 Feb 2013 04:02 AM PST

SERDANG, 4 Feb –  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini perlu menolak segala fahaman yang terpesong mengenai agama Islam kerana ia bukan sahaja boleh mengancam akidah, malah menjejaskan keharmonian.

“Adalah malang sekiranya umat Islam dibiar berpecah semata-mata kerana ada sebahagian daripada masyarakat Islam sendiri yang terpengaruh dengan pelbagai fahaman yang terpesong daripada ajaran Islam,” katanya.

Berucap merasmikan Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam di sini, beliau menegaskan pentingnya usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan umat Islam untuk mempertahan segala nikmat yang dikurnia Allah SWT.

Menurutnya, masyarakat Islam perlu berpegang kepada penyatuan hati, pemikiran, matlamat dan penyatuan amal dengan berpandukan kepada ajaran al-Quran dan sunnah.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata guru Pendidikan Islam berjumlah lebih 52,000 boleh memainkan peranan lebih aktif dalam menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat. “Mereka perlu lebih aktif dalam menyampaikan mesej dakwah berteraskan ajaran Al-Quran dan sunnah serta memimpin masyarakat ke arah kebenaran,” kata Muhyiddin.

Menyentuh pembangunan Pendidikan Islam, beliau berkata kerajaan kini berusaha menjadikan kurikulum Dini dan kurikulum Tahfiz sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.

Jelasnya, ia masih dalam peringkat kajian perundangan dan apabila diluluskan nanti, kementerian akan menyediakan guru berkelayakan selain bantuan geran, buku teks dan pentaksiran bersistematik untuk kedua-dua bidang itu.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa kementerian juga telah melaksanakan pengambilan 3,384 guru Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF) untuk mengisi kekosongan jawatan di 2,054 sekolah.

Menurutnya, 26 Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri telah bertukar kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tahun lalu, menjadikan bilangan keseluruhan SABK kini 195 buah.

Dalam pada itu, Muhyiddin meminta semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berjaya menempuh cabarannya.

“Untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global,” tegasnya.

Seramai 3,500 guru Pendidikan Islam dari seluruh negara menghadiri majlis yang julung kali diadakan itu.

Nizar’s Analysis Of Seats After 13th G.E. Shows Opposition’s Desperate State – Zambry

Posted: 04 Feb 2013 03:42 AM PST

IPOH, Feb 4  - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said the analysis by Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin on parliamentary seats  held by the opposition and Barisan Nasional (BN) in each state, particularly Perak, after the 13th general election showed the opposition was now in a state of desperation.

“I would love to see that analysis which is actually reverse psychology warfare as they know Barisan Nasional is going to win.

“Let them make their assumptions as they are desperate now,” he said after his visit to the new building of the Perak Indian Chamber of Commerce, here, today.

Mohammad Nizar, the Perak PAS deputy commissioner, in his Twitter page had posted on the possible situation of parliamentary seats after the 13th general election, predicting that in Perak, Pakatan Rakyat would win 18 seats and BN, six.

Asked on Nizar and some other opposition leaders organising the Kayuhan Kuning 2013 event yesterday, said to be almost similar to the cycling programme initiated by the menteri besar, Zambry said: “If he wants to copy, let him.”

Zambry said the cycling programme organised by him was no ordinary programme but to know about the problems faced by the people.

“They (opposition) also want to cycle but bringing along their party flags. I am, on the other hand, not cycling to state that our party is better but to identify the problems in the areas covered such the road and drain conditions. The outcome of our cycling programme has seen more greenery in Ipoh, for instance,” he added.

Newspapers yesterday reported that Nizar himself admitted that the 35km cycling trip for about five hours around Ipoh was to enable the public to feel their presence in the run-up to the upcoming general election.

Pas Hanya Berani Bercakap, Tidak Berani Bertindak – Syed Ali

Posted: 04 Feb 2013 03:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb –  Tindakan Pas untuk terus berada dalam pakatan pembangkang sungguhpun disanggah oleh DAP dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa Pas merupakan sebuah parti yang hanya berani bercakap tetapi tidak berani bertindak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata jika pemimpin Pas mempunyai maruah dan harga diri sudah lama parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang didominasi oleh DAP.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh kelmarin yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk DAP.

Karpal menegaskan bahawa DAP berpegang teguh dengan pendirian pakatan pembangkang awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan dan mengulangi desakan supaya Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.

“Pemimpin Pas cakap sahaja bergegar-gegar tetapi pengecut, takut kepada Karpal Singh melebihi segala-galanya. Jika benar Pas berpegang kepada prinsip Islam sepatutnya sudah lama mereka tinggalkan DAP, katanya dalam laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com

Syed Ali berkata desakan Karpal supaya Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah hanya untuk mengelirukan pandangan rakyat.

Beliau mendakwa ianya sebagai sandiwara politik yang sengaja dimainkan oleh DAP untuk membuktikan kepada bukan Melayu bahawa mereka bertegas menentang apa jua yang membabitkan kepentingan Islam.

“Masalahnya pemimpin Pas masih tak faham-faham lagi dengan lakonan DAP, mereka tetap menjadi kuda tunggangan DAP,” tegas beliau.

Tuntutan Air Percuma Selangor : Kemenangan 2.0 Rakyat

Posted: 04 Feb 2013 03:05 AM PST

TANJONG KARANG, 4 Feb – Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu sebagai satu lagi kemenangan rakyat Selangor, selepas tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu .

"Ini merupakan kejayaan Rakyat 2.0 yang selama ini sudah tidak tahan menunggu. Mereka (kerajaan pakatan) berjanji dalam manifesto, hari ini tempoh mereka memerintah pun dah nak habis tetapi janji-janji mereka masih tidak tertunai.

“Oleh itu rakyat negeri Selangor hari ini dah sedar dan mereka telah bangun untuk menuntut hak mereka dan walaupun kerajaan negeri kita lihat waktu kumpulan ibu tunggal menuntut hak mereka, kerajaan negeri cuba mengelakkan diri, cuba nak menafikan hak ibu tunggal tetapi kumpulan ibu tunggal ini telah menang dalam pusingan yang pertama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor.

Tambahnya, dalam isu air ini juga pihak kerajaan negeri cuba untuk menafikan hak rakyat yang tidak dapat bekalan air percuma ini sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

"Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kalau kerajaan negeri ikhlas dalam menunaikan janji mereka, tempatnya bukan di mahkamah. Mereka boleh berbincang dan menyelesaikannya di luar mahkamah, ataupun menunaikan janji-janji mereka.

“Tetapi apabila mereka memohon kepada mahkamah untuk mengenetepikan tuntutan ini, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sengaja mencari helah, mencari jalan supaya j nji-janji mereka tidak ditunaikan.

“Saya dimaklumkan bahawa selepas ini, ada pula kumpulan warga emas, kumpulan anak-anak tadika, kumpulan dari peniaga-peniaga yang dulu dijanjikan cukai pintu nak turun tapi sebaliknya, juga difahamkan juga sedang membuat persiapan untuk ke mahkamah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Oleh itu, Noh menasihatkan kerajaan untuk untuk bersedia, bahawa kebangkitan rakyat kini jelas, mereka berjuang untuk menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka dan akhirnya rakyat menyokong pakatan pembangkang dan akhirnya BN kalah di negeri Selangor.

"Bagi saya, ini merupakan kejayaan rakyat, dalam menuntut hak mereka. Rakyat harus sedar permainan politik yang dimainkan oleh kerajaan pakatan, dan rakyat harus menilai kembali kerajaan yang benar-benar prihatin dan menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas. -MediaUMNO

Diskaun Tol Di 24 Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina – Shaziman

Posted: 04 Feb 2013 02:04 AM PST

SEREMBAN, 4 Feb – Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan diskaun dan rebat tol antara 5 dan 37.5 peratus sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 10 dan 11 Feb ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata bagi lebuh raya kendalian Plus Bhd, pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik boleh menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 7 Februari dan 15 Februari dan rebat 30 peratus pada 10 Februari.

“Manakala di lebuh raya lain, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 15 peratus hingga 37.5 peratus pada 9, 10 dan 11 Feb,” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak projek pelebaran lorong keempat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah selatan di sini, Isnin.

Mengenai projek pelebaran lebuh raya dari tiga lorong kepada empat lorong di antara persimpangan Shah Alam ke plaza tol Jalan Duta ke Rawang dan dari persimpangan Nilai Utara ke Port Dickson melibatkan beberapa jajaran di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) sepanjang 63.3 kilometer, katanya ia dijadualkan siap pada Disember 2014.

Sehubungan itu, beliau berharap projek pembinaan persimpangan bertingkat Seremban yang baharu akan dapat disiapkan dalam waktu yang sama atau lebih cepat.

“Untuk itu, saya telah meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia agar berbincang dengan kerajaan Negeri Sembilan untuk mengeluarkan ‘certificate of urgency’ supaya kerja-kerja pembinaan persimpangan bertingkat yang baharu itu dapat dilakukan (dimulakan) dengan segera. Ini supaya masalah kesesakan yang dihadapi oleh pengguna yang ingin memasuki bandar ini dapat diatasi dengan segera,” katanya.

Shaziman juga meminta dihentikan kerja pembinaan di lebuh raya kecuali kerja kritikal bagi mengelakkan gangguan kepada kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh operasi bersepadu Ops Selamat dari 3 Februari hingga 17 Februari.

“Saya juga meminta supaya meningkatkan kadar kekerapan rondaan di lebuh raya bagi persediaan dalam menangani perkara di luar jangkaan. Selain itu, kita minta syarikat konsesi menyediakan lebih banyak data atau informasi bergerak untuk dimaklumkan kepada pengguna apabila berlaku kesesakan dan sebagainya,” katanya.

Al Fatihah… Ketua UMNO Batu Kawan Meninggal Dunia

Posted: 04 Feb 2013 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb  -  Al Fatihah… Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim yang meninggal dunia pada pukul 3.45 petang tadi atas masalah komplikasi buah pinggang.

Arwah yang telah menjawat jawatan Ketua Bahagian sejak 2003 menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 60 tahun di Hospital Island,  Pulau Pinang.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan pada pukul 10.00 malam ini di tanah perkuburan Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO

Sikap Pemimpin Punca Hilangnya Jati Diri Di Kalangan rakyat

Posted: 04 Feb 2013 01:54 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Feb – Keruntuhan jati diri yang berlaku di kalangan rakyat adalah berpunca daripada tindakan serta sikap segelintir pemimpin yang hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi daripada keamanan serta kesejahteraan sesuatu negara bangsa.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kekuatan serta keutuhan jati diri amat penting sama ada jati diri pada sendiri atau negara kerana mampu menghalang daripada dirosakkan oleh anasir-anasir luar yangs sentiasa ingin meruntuhkan sesuatu bangsa atau negara

“Setiap orang perlu ada jati diri, jati diri pada diri sendiri dan jati diri pada negara dan bangsa, jika kita ada jati diri kita tidak akan mudah terpengaruh atau dipengaruhi oleh orang lain yang sememangnya ingin melihat kepada kehancuran kita.

"Orang yang tidak punyai jati diri ini, ibarat seperti orang yang tidak ada pendirian, mereka ini mudah diperdaya dan terpedaya tanpa menyedari akibatnya. Begitu juga pentingnya jati diri kepada negara dan bangsa yang harus ada pada setiap rakyat, jati diri ini mampu menjadi pendinding mempertahankan negara, bangsa dan agama daripada dirosakkan oleh orang lain,” katanya kepada UMNO-line.

Beliau berkata ketika diminta mengulas berhubung kurangnya semangat jati diri di kalangan rakyat terutamanya golongan muda sehingga mudah terpengaruh atau dipengaruhi oleh pihak lain sehingga menyebabkan mereka mudah dijajah.

Mohd Ali berkata, penjajahan ala baru bukanlah seperti zaman dahulu yang menyebabkan berlakunya perbalahan dan peperangan sehingga membabitkan ramai yang terkorban dan terpaksa melalui keperitan serta  pelbagai masalah terutama apabila ingin membangunkan semula kemusnahan yang dialami sama ada fizikal mahu pun mental.

“Dulu, kalau hendak jajah tempat orang, mereka kena berperang, ramai yang mati (terkorban), harta benda banyak yang musnah, negara jadi huru hara. rakyat hidup susah sehingga terpaksa minta bantuan daripada orang lain.

“Sekarang masih ada yang berperang tetapi perang sesama sendiri, punca berbeza  fahaman atau pendapat yang diracuni oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Inilah penjajahan ala baru yang sedang berlaku sekarang.

"Kita lihat apa yang berlaku di beberapa negara, mereka berperang sesama sendiri, berperang sesama agama dan bangsa, apakah perkara ini seperti ini yang ingin kita lihat berlaku di negara kita," katanya.

Menurutnya, penjajahan ala baru ialah menyerang minda atau pemikiran dengan membawa pelbagai dakyah, fitnah atau fahaman dengan niat untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan rakyat terbabit.

“Ini yang penjajahan ala baru, tak perlu serang negara, serang minda rakyatnya, lepas tu mereka bergaduh sesama dan akhirnya orang luar ambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.

“Sebab itu perlunya ada jati diri, jati diri, jati diri pada agama, bangsa dan negara supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan apa jua yang cuba dilakukan oleh pihak asing yang sengaja ingin melihat perpecahan di kalangan kita.

"Mudah sahaja mereka untuk lakukan, mereka bangkit sesuatu itu yang boleh menyebabkan timbulnya perasaan tidak senang di kalangan rakyat, mereka mungkin gunakan isu agama atau kaum, kerana perkara ini amat sensitif di kalangan masyarakat.

"Apabila tiada persefahaman akhirnya berlakulah perbalahan sesama sendiri sehingga boleh meruntuhkan institusi kehidupan bermasyarakat," katanya.

Berhubung perkembangan terkini yang berlaku di negara ini, Mohd Ali berkata ada segelintir pemimpin yang sememangnya sengaja membangkitkan sesuatu isu untuk kepentingan politik mereka supaya rakyat berbalah sesama sendiri.

"Sebab itu kita perlu ada jati diri, jati diri yang berasaskan perlembagaan negara kerana kita hidup berbilang kaum, apabila kita faham jati diri atau hak masing-masing maka tidak akan akan berlakunya perbalahan yang sememangnya telah ditetapkan oleh perlembagaan," katanya.

Menurutnya, jika semua rakyat mempunyai jati diri yang berasaskan perlembagaan, sudah pasti tidak timbul masalah di kalangan rakyat kerana masing-masing memahami tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara yang mampu menolak apa sahaja yang cuba dilakukan oleh pihak luar yang ingin merosakkan kehidupan dan kesejahteraan rakyat. -MediaUMNO

Nik Aziz Tak Perlu Ambil Kerja Tuhan, Royalti Minyak Pun Masih Tak Faham

Posted: 04 Feb 2013 01:51 AM PST

KOTA BHARU, 4 Feb – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak penting lantaran beliau sendiri pun gagal memahami isu yang diketengahkan dalam hal membabitkan royalti minyak negeri terbabit.

"Kita tak perlulah ambil kisah dengan apa yang diperkatakan olehnya kerana dia sendiri pun tak tahu apa yang diperkatakan. Dia tidak tahu hal berkaitan royalti jauh sekali untuk memahami kandungan perjanjian yang berlaku berkaitan minyak dan siapa yang terlibat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut: “Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.”

Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan berkaitan agihan royalti minyak kepada negeri kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

"Banyak bukti kita dapat lihat dia memang tak tahu apa-apa biarpun atas nama Mursyidul Am Pas sebagaimana isu kalimah Allah yang dipersetujuinya digunakan oleh kaum lain tetapi kemudiannya diperbetulkan oleh Majlis Syura Ulama iaitu keputusan yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz.

"Sejak bila pula Datuk Nik Aziz diberikan surat tauliah untuk menggantikan Malaikat Malik dan Ridwan yang menjaga neraka dan syurga? Ajaran mazhab mana pula yang meletakkan beliau untuk mengenalpasti siapa akan masuk neraka dan siapa yang akan masuk syurga dan apakah diri beliau sendiri itu sudah pasti masuk syurga sehingga melabel orang lain demikian?" soalnya lagi.

Oleh itu, Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Kok Lanas menganggap kata-kata Menteri Besar Kelantan ini tidak perlu diambil kira sebaliknya para pemimpin Barisan Nasional meneruskan fokus untuk melakukan khidmat bakti kepada masyarakat.

"Sebagai Islam, kita tak boleh main tuduh saja orang ini masuk syurga, orang ini masuk neraka kerana itu semua kerja Allah SWT. Siapa kita nak persoalkan kerja tuhan," tegasnya lagi. - MediaUMNO

RM8.5 Million Set Aside As Rubber Productivity Incentive

Posted: 04 Feb 2013 01:44 AM PST

MARAN, Feb 4 – The Rural and Regional Development Ministry is allocating RM8.5 million to the Rubber Industry Smallholders Development Authority (Risda) to implement a rubber productivity incentive scheme this year.

Its minister, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the scheme would only be carried out for matured rubber trees to benefit more than 400,000 smallholder families nationwide.

“Through the scheme, Risda will be given assistance in the form of fertiliser and yield stimulation solutions to improve the productivity of matured rubber trees of smallholders to 1,750 kilogrammes by 2015 anf 2,000 kilogrammes a hectare by 2020,” he said.

On another matter, he said the government available a takaful insurance scheme to cover smalldholers who faced a number of risks in attending to their smallholdings.

He said 85,326 smallholders would benefit from the schemeand that the annual premium being paid for it was RM1.6 million.

He was speaking to reporters after launching the Application of Latex Stimulation Solution at the Risda Group Replanting project in Kampung Bukit Lada 2 here today.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT