UMNO Online - “More Bloggers In Kelantan Support BN – Mustapa” plus 5 more |
- More Bloggers In Kelantan Support BN – Mustapa
- SPR Ramal Pelbagai Situasi Luar Jangka Pada PRU-13
- SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin
- Najib Hadir Sambutan Tahun Baharu Cina Anjuran Dewan Perhimpunan Cina P. Pinang
- Pengunjung Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Teruja Bertemu Perdana Menteri
- Najib Mahu Umat Islam Terus Bersatu Kukuhkan Perpaduan
More Bloggers In Kelantan Support BN – Mustapa Posted: 11 Feb 2013 12:04 AM PST KOTA BAHARU, Feb 11 – The significant increase in social media practitioners or bloggers in Kelantan who support Barisan Nasional (BN) has helped the party. Kelantan Umno liaison chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said Umno recognises the important role played by young people in countering lies spread by the opposition. “I congratulate the 350 bloggers from non-governmental organisations (NG0) who are eager to help BN. They have given their commitment to support Umno. “This is important as university students and young people monitor developments via the social media,” he told reporters at ‘Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa’ here, last night. Mustapa said since last year, the bloggers had stepped up efforts to improve content and strategy to help BN. Support for BN rose after the launch of ‘Gelombang Merah’ movement two years ago because the people have realised the failings of the Kelantan government. “We saw significant change during the Manek Urai and Galas state by-elections where attendance at our rallies reached 40,000 in Sungai Petai Pasir Puteh.” The International Trade and Industry Minister reminded Umno leaders to avoid making mistakes and work harder so that the people continue to support BN. – MediaUMNO |
SPR Ramal Pelbagai Situasi Luar Jangka Pada PRU-13 Posted: 11 Feb 2013 12:00 AM PST KUALA LUMPUR, 11 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan pelbagai situasi luar jangka berkemungkinan berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keadaan itu adalah disebabkan doktrin ketidakpercayaan yang diterap pelbagai pihak terhadap ketelusan pilihan raya dan SPR selaku badan menguruskannya. Justeru, beliau berkata tidak hairan jika ada ejen tempat mengundi yang juga wakil kepada calon sanggup untuk sama-sama mengawal peti undi awal dan undi pos. Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata kali ini juga mungkin akan wujud kumpulan penyokong parti politik yang bertanding berada di luar kem tentera ketika proses undi pos dijalankan. “SPR betul-betul mahu berikan yang terbaik untuk memenuhi pelbagai syor PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihan raya raya) dan pihak-pihak lain yang sentiasa memainkan isu mempertikai kredibiliti SPR. “Jadi, kalau mereka hendak tidur di lokap bersama dengan peti undi yang dikawal di balai polis atau mungkin mahu mengiringi peti undi ke tempat simpanan kita akan benarkan, tapi masih mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya. Menurut SPR, sehingga suku ketiga 2012, terdapat 13.1 juta pengundi berdaftar dan sekiranya pilihan raya diadakan selepas Mac, SPR menjangka pertambahan 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas. SPR merekodkan 273,819 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangannya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta anggota polis yang akan menjalankan undi awal dan undi pos. Wan Ahmad berkata berdasarkan situasi politik semasa, SPR juga meramalkan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditandingi dengan sengit pada PRU 13. “…mungkin tiada calon yang boleh menang tanpa bertanding,” katanya. – MediaUMNO |
SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin Posted: 10 Feb 2013 11:56 PM PST KOTA KINABALU, 11 Feb – Barisan Nasional (BN) Sabah memerhati segala tindak-tanduk Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat gagal mencapai kata sepakat sebagai pembangkang di Sabah. Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perkara itu menunjukkan kumpulan pembangkang tidak boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan negara. Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini, beliau berkata ini berbeza dengan kerajaan BN yang lebih menumpu perhatian terhadap keperluan untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada rakyat. Pairin, yang juga Presiden PBS, berkata rakyat terutama golongan atas pagar perlu membuat penilaian yang betul terhadap segala usaha dan pendekatan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang. Katanya hanya kerajaan BN yang mampu membela dan meningkatkan taraf ekonomi mereka berdasarkan pengalaman melaksanakan pelbagai program tranfsformasi. Mengenai kesudian SAPP untuk kembali ke pangkuan BN, beliau berkata: “Sekarang ini mereka sudah keluar…kalau mereka mahu masuk mereka fikir-fikir sendirilah.” Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, Pairin berkata tradisi rumah terbuka menjadi elemen penting sebagai sebuah keluarga yang mewujudkan semangat kerjasama dan patriotisme. “Kita perlu memahami keperluan yang kuat dan usaha untuk mewujudkan satu keadaan nasionalisme yang penuh perasaan cinta kasih sayang antara satu sama lain melalui perayaan,” katanya. Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili. Turut mengadakan rumah terbuka ialah Gerakan di Kompleks Sukan Likas, MCA di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan SAPP di Sekolah Menengah Kian Kok, Likas. – MediaUMNO |
Najib Hadir Sambutan Tahun Baharu Cina Anjuran Dewan Perhimpunan Cina P. Pinang Posted: 10 Feb 2013 07:32 PM PST GEORGE TOWN, 11 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di dewan berkenaan di sini. Ketibaan Najib di dewan tempat majlis berlangsung disambut dengan tarian naga sebelum beliau bersalaman dengan masyarakat Cina yang turut menyambut kedatangannya. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Menteri Lim Guan Eng, Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang Datuk Lam Wu Chong dan pemimpin-pemimpin politik. Terdahulu, Najib turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Tionghua selain menerima cenderahati berupa replika lapan ekor kuda daripada Dewan Perhimpunan Cina. Selepas majlis itu, Najib akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di padang kolej Han Chiang di sini. Pada majlis itu, pelbagai acara diatur termasuk persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan persembahan daripada penyanyi popular Korea Psy. – MediaUMNO |
Pengunjung Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Teruja Bertemu Perdana Menteri Posted: 10 Feb 2013 07:25 PM PST GEORGE TOWN, 11 Feb – Pengunjung yang hadir di majlis jamuan Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina melahirkan rasa teruja untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Padang Kolej Han Chiang di sini hari ini. Majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang itu dihadiri lebih 80,000 pengunjung dan kebanyakan yang ditemui memberitahu mereka keluar rumah awal pagi bagi mengelakkan tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan terlepas peluang meraikan sambutan Tahun Ular bersama dengan pemimpin Nombor Satu negara itu. Tang Poh Chong, 48, seorang pekerja swasta yang ditemui berkata beliau dan keluarganya mengambil peluang untuk berjumpa lebih dekat dengan perdana menteri yang selama ini hanya ditonton di televisyen sahaja. “Saya harap dapat bersalaman dengan perdana menteri, semalam pun anak saya Tang Chuen Zhe, 10, tidak boleh tidur kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan perdana menteri hari ini,” katanya. Beliau yang tinggal di Kulim, Kedah berkata semangat 1Malaysia dan perpaduan juga dapat dirasai pada majlis sambutan kali ini dan gembira kerana turut berpeluang beramah mesra dengan kaum lain. Majlis jamuan itu dimulakan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Cina dan nyanyian serta diselangi dengan persembahan video klip Tahun Baharu Cina yang menunjukkan penampilan khas perdana menteri dengan memalu gendang tradisional Cina. Seorang lagi pengunjung yang ditemui T.Oormiladhevi, 20, seorang pelajar kolej swasta juga melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu perdana menteri pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini. “Saya datang dengan ibu saudara K.Hemamalani, 39, dan ahli keluarga lain, sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan perdana menteri, sambutan ini juga sangat meriah, rasa seronok sangat,” katanya. Seorang suri rumah, Che Zaharah Din, 56, gembira kerana dapat merasakan semangat 1Malaysia dan perpaduan antara kaum pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina. “Mak cik datang dari Sungai Petani, rasa seronok sangat sebab nak jumpa perdana menteri. Suasana hari ini pun meriah dapat rasa semangat perpaduan antara kaum,” katanya yang hadir ditemani suami dan tiga orang anak. Katanya sempena cuti hujung minggu yang panjang ini juga beliau dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengunjungi kenalan berketurunan Cina serta melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor memulakan lawatan ke Pulau Pinang sejak semalam dan antara majlis yang dihadirinya ialah Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina bersama media Pulau Pinang. – MediaUMNO |
Najib Mahu Umat Islam Terus Bersatu Kukuhkan Perpaduan Posted: 10 Feb 2013 07:19 PM PST GEORGE TOWN, 10 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi mengukuhkan perpaduan negara demi masa depan yang lebih harmoni. Mengambil contoh pergolakan di Gaza antara puak Hamas dan Fatah, Najib berkata perpaduan adalah tonggak kepada pengukuhan sebuah kerajaan yang berdaulat dan disegani. “Saya baru balik dari lawatan di bumi Gaza, dan terus terang saya beritahu kepada pemimpin Hamas dan Fatah bahawa mereka perlu bersatu demi mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh. “Perpaduan merupakan prinsip yang penting kepada mereka, penting juga bagi kita khususnya umat Islam untuk bersatu. Sekiranya kita tidak bersatu maka buruklah padahnya,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Liga Muslim di Masjid Kapitan Keling di sini malam ini. Yang turut hadir ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan kepimpinan Umno. Perdana menteri berkata dalam usaha memperoleh kekayaan serta mengembangkan ekonomi negara, kerajaan tidak pernah mengabaikan prinsip keadilan nasional yang menjadi dasar perpaduan negara sejak sekian lama. “Dalam usaha memperoleh kekayaan dan pertumbuhan ekonomi negara, tidak dinafikan sumbangan besar yang dimainkan oleh masyarakat India Muslim menerusi aktiviti perniagaan masing-masing. “Masyarakat India Muslim banyak membuka perniagaan seperti kedai runcit, kedai makanan, kedai pengurup wang dan sebagainya. Daripada perniagaan ini mereka mendapat keuntungan yang besar dan ramai juga antara mereka yang merupakan pembayar cukai,” katanya. Beliau berkata masyarakat India Muslim banyak memberi kekayaan dan kejayaan kepada ekonomi Malaysia. Najib juga melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sumbangan RM2 juta daripada Liga Muslim kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang akan diagihkan untuk kegunaan badan bukan kerajaan (NGO) dan madrasah seluruh negara. “Wang sumbangan itu akan diagih-agihkan kepada NGO dan madrasah dalam sedikit masa lagi, terima kasih atas sokongan padu daripada masyarakat India Muslim,” katanya. – MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment