UMNO Online - “Manifesto Perumahan Pakatan Belakangkan Rakyat” plus 9 more |
- Manifesto Perumahan Pakatan Belakangkan Rakyat
- Misteri PI Bala… Siapa Tanggung Sepanjang Lima Tahun Menghilang?
- Ikrar Integriti Sepatutnya Dicemburui Pihak Pembangkang – MBM
- Social Media Practitioners Should Be More Mature, Responsible – Najib
- Tuduhan Penerima BR1M Kena Sumpah Baiah Hanya Fitnah Untuk Burukkan UMNO – Awang Adek
- Manifesto Pembangkang Seperti Kisah Fantasi “Alice In Wonderland” – Shahrizat
- Rangka Manifesto Pun Silap, Macam Mana Mahu Tadbir Negara? – Shafie
- Pembangkang Sudah Hilang Kredibiliti Untuk Berjanji – Ahmad Maslan
- Anwar Bukan Calon PM Sebab Pembangkang Sedar Anwar Banyak ‘Penyakit’
- DAP Pejuang Islam? – Kenyataan Hilang Akal Di Luar Kewarasan Berfikir
Manifesto Perumahan Pakatan Belakangkan Rakyat Posted: 27 Feb 2013 04:24 AM PST Salah satu isu dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan ialah menjanjikan perumahan selesa dan mampu milik sebanyak 150 ribu buah. Perumahan mampu milik ini akan terbahagi kepada dua iaitu di bawah RM 75 ribu dan antara RM 150 ribu – RM 250 ribu. Jika dilihat sekali lalu sahaja kita akan tertanya-tanya mengapa tiada sebarang pernyataan mengenai rumah yang berharga antara RM 80 ribu – 150 ribu? Sungguhpun perkara ini mungkin tampak remeh tetapi ia menunjukkan Manifesto ini tidak dirancang dengan teliti dan bersungguh. Seolah-olah angka-angka yang diletakkan di dalam manifesto tersebut sekadar sesedap rasa. Mengapa ada satu lompang harga yang besar dalam penentuan harga rumah mampu milik? Sudah tentu sebuah rumah yang berharga RM 80 ribu – RM 150 ribu lebih murah berbanding harga RM 150 ribu-RM 250 ribu sebuah. Sungguhpun janji pakatan ini tampak manis namun ia tidak mencerminkan realiti perumahan negara sebenar terutamanya di Lembah Klang. Sebagai contoh di Selangor pada zaman pentadbiran Barisan Nasional, kerajaan negeri mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat. Beberapa kategori rumah dan harga ditetapkan bagi memenuhi kemampuan rakyat yang mempunyai lapisan pendapatan yang berlainan iaitu Rumah Kos Rendah (RM 42, 000.00 dan ke bawah), Rumah Kos Sederhana Rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas. Dasar Pembangunan Tanah Selangor ketika itu mensyaratkan bagi pembangunan perumahan yang melebihi 10 ekar ia mestilah mengandungi pembangunan bercampur melibatkan 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana. Selebihnya terserah kepada budi bicara pemaju. Ketika menjawab soalan bertulis saya dalam sidang DUN yang lalu, Kerajaan Negeri menyatakan dasar tersebut masih dikekalkan. Malangnya sejak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh Pakatan, tiada satu pun rumah kos rendah dirancang dan dibina oleh mereka. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu juga saya menghantar soalan bertulis yang bertanyakan mengenai jumlah pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri. Jawapan bertulis Kerajaan Negeri kepada saya (ADUN Sungai Panjang) dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, memaklumkan bahawa anak syarikat kerajaan negeri telah membina sebanyak 1, 136 unit rumah kos rendah dan 190 unit rumah kos sederhana rendah sejak dari tahun 2010-2012. Namun setelah melihat senarai projek perumahan yang telah siap dan dalam pembinaan yang dinyatakan, ia sangat mengejutkan kerana semua projek-projek ini dirancang dan diluluskan semasa pentadbiran Barisan Nasional. Ini bermakna tiada sebuah projek perumahan baru untuk rakyat berpendapatan rendah pun yang dirancang oleh mereka. Justeru adalah sangat aneh dan luar biasa bila mana sekarang mereka berjanji untuk melaksanakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah jika menang di peringkat Persekutuan? Hakikatnya mereka tidak berbuat apa-apa untuk perumahan rakyat berpendapatan rendah biarpun mempunyai kuasa yang luas sebagai pentadbir negeri. Sebaliknya anak syarikat kerajaan negeri di bawah Pakatan sibuk menukar rumah-rumah kos rendah di dalam bandar kepada rumah berjuta ringgit seperti yang berlaku kepada Datum Jelatek. Untuk berlaku adil, saya petik sebahagian jawapan bertulis kerajaan negeri kepada saya mengenai isu perumahan rakyat berpendapatan rendah ini yang ditukar nama oleh mereka kepada Perumahan Mampu Milik. b. Untuk makluman Y.B. konsep perumahan mampu milik mula diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2011. Keadaan ini timbul akibat tindakan proaktif kerajaan negeri untuk mengkaji semula syarat-syarat pembangunan sedia ada seperti pembinaan 20 peratus rumah kos rendah, 20 peratus rumah kos sederhana rendah, 10 peratus rumah kos sederhana yang telah diguna pakai sejak tahun 2000 lagi supaya ianya lebih relevan untuk dipraktikkan berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa. Sehubungan itu, sehingga kini, hanya terdapat satu projek perumahan mampu milik sahaja yang sedang dalam pembinaan oleh pemaju swasta iaitu Tetuan Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. di Sg Long, Kajang yang terdiri daripada 136 unit berkeluasan 805-881 kaki persegi. Harga jualan seunit rumah tersebut ialah antara RM 85,000.00 – RM 150,000.00 dan projek tersebut dijangka siap sepenuh pada Jun 2013. Selama lebih empat tahun memerintah Selangor, Pakatan bukan sahaja tidak merancang atau meluluskan sebarang projek perumahan kos rendah untuk rakyat berpendapatan rendah, malah sanggup mengambil inisiatif menghapuskan polisi perumahan kos rendah dan sederhana rendah dengan menukarnya kepada perumahan mampu milik berharga RM 85, 000 ke atas. Alasan mengikut keadaan ekonomi semasa ini sangat melucukan. Ekonomi siapa? Rakyat atau pemaju? Kepentingan rakyat atau kepentingan tembolok mereka? Jika rumah kos rendah yang berharga RM 42, 000.00 pun ada yang mempunyai masalah dengan bank dan berhadapan dengan lelongan, ke mana kumpulan berpendapatan rendah ini akan pergi pada masa akan datang? Mewujudkan setinggan baru? Bagi mereka yang telah menutup akal fikir dan hati mereka untuk membenci Barisan Nasional, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Namun bagi mereka yang mahu menilai dan mencari kebenaran lihatlah hakikat bahawa Selangor di bawah Pakatan tidak memberi ruang keselesaan dan kemakmuran sebenar kepada rakyat berpendatan rendah seperti mana yang mereka laungkan. Mereka mungkin berjaya mengelabui sebahagian rakyat dengan pemberian air percuma namun hakikatnya, kita mendapat RM 11 sebulan melalui air percuma, namun sebahagian generasi anak-anak kita yang mungkin berpendapatan rendah pada masa depan akan merempat kerana tidak mampu membeli rumah. Pakatan cuba menunjukkan mereka juara rakyat melalui pemberian kecil-kecilan namun mereka merancang polisi-polisi bersandarkan idea kapitalis melampau. Hari ini mereka mahu menjanjikan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah pada harga RM 75,000.00 ke bawah. Berapakah tangga gaji untuk rumah seperti ini? Mampukah sebahagian rakyat yang berpendapatan rendah membelinya? Sekarang ini mereka tidak melakukan ketika berkuasa di Selangor, justeru adakah rumah-rumah ini akan dibina di luar lembah klang? Lebih mengelirukan terdapat perbezaan dan percanggahan yang besar antara rumah mampu milik yang dirancang oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan sekarang dengan yang terdapat dalam manifesto Pakatan untuk pilihan raya umum ke 13. Kerajaan negeri Selangor menyatakan Rumah Mampu Milik yang mereka rancang ialah antara RM 85,000.00 – RM 150,000.00. Manakala dalam manifesto Pakatan, Rumah Mampu Milik akan terbahagi dua iaitu di bawah RM 75,000.00 dan RM 150,000-RM 250,000.00. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu menyelesaikan masalah perumahan rakyat terutamanya di Lembah Klang, namun mempunyai mekanisme yang sangat bertentangan. Jika mereka tidak boleh bersetuju dalam isu yang mudah seperti ini, apa yang menjamin mereka akan melaksanakannya. Bolehkah dipercayai janji Pakatan jika mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka janjikan? Mungkin benar juga kenyataan seorang pemimpin besar mereka bahawa “Manifesto bukan Janji.” "mudahnya menanam tebu dihujung bibir.” drkhir.com (Dr Mohamad Khir Toyo) |
Misteri PI Bala… Siapa Tanggung Sepanjang Lima Tahun Menghilang? Posted: 27 Feb 2013 04:04 AM PST Salam Pengarang.. Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR. Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini. Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu? Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t. Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu. Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib. Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut. Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu. Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali. Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang. Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu? Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi. Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka 'menyejuk bekukan' kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum. Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya? Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR. Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini. Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu? Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t. Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu. Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib. Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut. Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu. Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali. Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang. Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu? Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi. Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka 'menyejuk bekukan' kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum. Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya? Spy Leman, KL |
Ikrar Integriti Sepatutnya Dicemburui Pihak Pembangkang – MBM Posted: 27 Feb 2013 03:39 AM PST KUALA LUMPUR 27 Feb – Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah memulakan langkah awal dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sepatutnya dicemburui oleh pihak lawan. Ini kerana ungkapan 'integriti' seringkali menjadi bahan ceramah mereka khususnya menanam kebencian dikalangan rakyat terhadap UMNO dan pemimpin Barisan Nasional (BN) lain di negara ini dengan pelbagai tohmahan. Mengulas mengenainya Pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) Muhammad Maliki Muhamad Rapaee berkata pembangkang sepatutnya tampil bersama-sama Datuk Seri Najib ke arah itu kerana bukankah mereka yang seringkali melaung-laungkan soal integriti berkenaan. Soal beliau apakah mereka khuatir tidak mampu untuk mematuhi ikrar berkenaan atau sebaliknya memandangkan pihak yang seringkali ditohmah paling awal tampil menyatakan komitmen ke arah tersebut. "Mereka sebelum ini mengambil perkataan 'integriti' dalam usaha menggambarkan UMNO dan BN sebagai korup dan sebagainya lagi. Alih-alih pihak yang dituduh itu telah ambil pendekatan sedemikian dan bagaimana pula sikap mereka. "Bagi saya apabila seseorang terlalu banyak helah ianya memberi gambaran ianya ada masalah…maknanya di sini sentiasa mengelak, mengelak dalam kehidupan dan pelbagai gambaran akan terbit daripada orang ramai," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah dalam soal berkenaan, sepatutnya merekalah yang perlu mengambil tindakan awal selaras dengan apa yang diperkatakan. "Dalam soal ini alangkah elok dan manis jika pembangkang yang memulakan dan sebagainya. Paling tidak pun bersamalah dengan Perdana Menteri untuk menjayakan ikrar berkenaan. "Apakah ianya khuatir tidak mampu untuk mematuhi ikrar berkenaan ianya terpulang kepada diri mereka sendiri…Namun sekurang-kurangnya Perdana Menteri telah mengambil tanggungajwab berkenaan yang akan diikuti oleh pemimpin BN lain…maksudnya di sini mereka tidak gentar," katanya. -MediaUMNO |
Social Media Practitioners Should Be More Mature, Responsible – Najib Posted: 27 Feb 2013 03:30 AM PST KUALA LUMPUR, Feb 27 - Social media practitioners must take a more mature and responsible attitude when dealing with this new environment, said Datuk Seri Najib Tun Razak. The prime minister, who expressed optimism of the social media and its impact on society, said it would be sad if there were no ethics at all, in the context of the social media. He noted that the ethics and responsibility which came with it (social media) were equally important for society to underscore its importance. “It would be sad if there are no ethics at all in the social media context,” he said at the Malaysia Social Media Week 2013 organised by the Malaysia Social Media Chambers (SMC) here today. Also present were Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim and Malaysian Social Media Chambers founder and president Shahul Hameed Shaik Dawood. Najib said the coming months would be a fascinating period for people interested in both politics and the internet. He said he could confidently predict that this would be Malaysia’s first “social media election”. “We’ve already seen it serve as a catalyst for politicians getting engaged online, and that can only be a good thing. “Of course, it won’t be the biggest factor at this election, but it is certainly, the tempo of political debate and bringing more voices into it,” he added. Najib said, in fact, that was one of his ambitions as prime minister that he had a responsibility to think about the whole country, which means making sure that as many people as possible have access to the opportunities that social media brings – “not just those of us in this room.” He said the government could not afford to let parts of society be left on the wrong side of the “digital divide”, cut off from the most potent force for education and enterprise in the modern world. “We are working to make sure that doesn’t happen, through initiatives like Digital Malaysia, offering smartphone vouchers to young people and expanding broadband access in rural areas. “I want all Malaysians to be ready for the fast-approaching future,” he added. Speaking from the perspective of a national leader, he said the emergence of social media had been a powerful force for openness, and the government had no exception. The prime minister said, that was why he had endeavoured to communicate on the newest platforms and in the most relevant ways, such as the Budget where he had tried to do things differently by launching an online consultation for which he asked the people to submit their ideas, and vote on other submissions. “So, for the government, just like for businesses, new technology means a new way of doing things. But the power to reach new audiences also brings new responsiblities; to be more open and more accountable. “People, especially young ‘digital natives’, who have grown up with the internet, now have higher expectations for openness in all spheres of life,” he said. That was why, he had asked all Cabinet ministers to use the social media and make it a key expectation for all his party’s candidates. |
Tuduhan Penerima BR1M Kena Sumpah Baiah Hanya Fitnah Untuk Burukkan UMNO – Awang Adek Posted: 27 Feb 2013 03:06 AM PST BACHOK, 27 Feb – UMNO Kelantan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak supaya memaksa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mengangkat sumpah baiah untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata UMNO tidak menggunakan BR1M2 sebagai ‘umpan’ memancing undi apatah lagi memaksa penerimanya bersumpah baiah. “Tuduhan itu sengaja direka pihak tertentu bagi memburuk-burukkan UMNO,” katanya selepas menyampaikan BRIM 2.0 kepada 700 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini hari ini. Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan PAS menerusi Facebook antaranya mendakwa terdapat pemimpin UMNO dalam DUN Tawang meminta penerima BRIM 2.0 bersumpah kufur jika tidak mengundi calon BN sebelum dikeluarkan surat kebenaran menerima bantuan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kelulusan sama ada rakyat layak atau tidak menerima bantuan itu dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukannya Umno. Katanya, bentuk bantuan itu adalah terbaik kerana ia disampaikan secara menyeluruh dan telus kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. “Tuduhan itu mungkin datangnya dari mereka yang sakit hati, gimik politik dan sebagai alasan untuk mencari isu untuk mendapatkan simpati rakyat tanpa bukti,” katanya. |
Manifesto Pembangkang Seperti Kisah Fantasi “Alice In Wonderland” – Shahrizat Posted: 27 Feb 2013 02:47 AM PST SEREMBAN, 27 Feb – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata manifesto pilihan raya umum ke-13 yang dikemukakan pembangkang seperti kisah fantasi kanak-kanak popular, “Alice in Wonderland” kerana menawarkan janji-janji fantasi yang tidak mungkin mampu ditunaikan. Beliau berkata, semua perkara dalam manifesto tersebut adalah pembohongan dan semata-mata hanya gimik politik untuk “menyedapkan” telinga rakyat demi meraih undi. “Apabila saya baca dan amati manifesto mereka, saya geleng kepala kerana bagi saya ia satu gimik politik yang paling melampau dan saya rasa gimik politik paling teruk yang dilakukan oleh mereka (pembangkang) dan ia tidak bertanggungjawab. “Wanita (UMNO) yang selalu turun padang melawat rumah ke rumah juga mendapat maklum balas dari rakyat mengenai manifesto itu dan kita dapati rakyat juga geleng kepala,” katanya selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan bantuan kepada seorang buruh binaan yang mengalami kemalangan, Wong Kok Leong di rumahnya di Taman Bunga Blossom, di sini hari ini. Shahrizat diminta mengulas mengenai manifesto PRU-13 pembangkang yang dibentangkan Isnin lalu. Katanya, selain boleh menyebabkan negara bankrap jika dilaksanakan, manifesto pembangkang itu juga dilihat seolah-olah memandang remeh kebajikan rakyat kerana langsung tidak menyatakan bagaimana mereka mahu membantu rakyat yang susah. Katanya, pembangkang juga seperti menganggap soal kebajikan rakyat adalah tidak mustahak, walaupun sebelum ini mereka sering menyatakan diri mereka sebagai memperjuang nasib rakyat dan mahu menubuhkan negara berkebajikan. Dalam pada itu, Shahrizat yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melahirkan rasa terkilan dan sedih dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas yang mengibaratkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti haiwan dan penyampai bantuan itu sebagai Firaun. Katanya, kenyataan itu sekaligus menunjukkan bahawa Pas tidak mencerminkan perjuangan mereka yang kononnya mahu menubuhkan negara berkebajikan untuk membantu rakyat. “Kalau membantu rakyat itu boleh digambarkan seperti itu jadi apakah konsep kebajikan mereka yang sebenarnya? Kalau tidak tolong orang susah, kebajikan macam mana yang mereka perjuangkan?”. Pada lawatan itu, Shahrizat yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara menyampaikan sumbangan RM2,000 dan barangan keperluan harian kepada Wong bagi meringankan beban keluarganya selepas tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja, Disember lalu. Akibat kemalangan itu, Wong, 48, yang mempunyai seorang isteri dan dua anak yang masih bersekolah mengalami patah tulang pelvis sehingga menjejaskan system pundi kencingnya. |
Rangka Manifesto Pun Silap, Macam Mana Mahu Tadbir Negara? – Shafie Posted: 27 Feb 2013 02:29 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Feb – Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah berkata kesilapan dalam manifesto terbaru Pakatan Pembangkang berhubung isu royalti minyak membuktikan, bahawa manifesto yang diuar-uarkan itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak cermat dan hanya menjadi bahan sebagai penyedap halwa telinga rakyat sahaja. Katanya lagi, ia memperlihatkan bahawa kepimpinan Pakatan tidak serius di dalam merangka program untuk kebaikan rakyat, sebaliknya tergesa-gesa mengeluarkan manifesto tersebut semata-mata untuk bersaing dengan program dan janji-janji kerajaan. "Bak kata pepatah, manifesto itu hanyalah seumpama melepas batuk di tangga saja. Macam mana mereka mahu mentadbir negara, jika manifesto pun dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa sehingga berlakunya kesilapan yang amat ketara. "Bahkan bila ditanya, kepimpinan mereka pula menyalahkan pencetak dengan alasan pencetak lupa mahu memasukkan isu royalti tersebut sebelum dicetak. Apakah mereka tidak memeriksa kandungan manifesto itu sebelum dicetak? Ini memperlihatkan sikap kepimpinan Pakatan yang tidak cermat serta teliti dalam memberi janji kepada rakyat," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Sebagaimana kurang cermatnya mereka dalam meneliti kandungan manifesto sehingga berlakunya kesilapan seperti itu, maka begitu jugalah sikap mereka apabila mahu menunaikan janji-janji di dalam manifesto mereka itu. "Kita semua sudah sedia maklum, betapa kerajaan Pakatan gagal menunaikan janji-janji mereka di beberapa buah negeri yang mereka kuasai. Apabila didesak, apabila mahu disaman oleh kerajaan, mereka putar belit dengan mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji pula. "Inilah sikap Pakatan Pembangkang yang cuba memperalatkan rakyat demi kepentingan kuasa politik mereka dengan menabur pelbagai janji-janji manis sebelum pilihanraya. Apabila berkuasa, mereka lupa janji-janji mereka itu, bahkan menidakkan pula janji-janji mereka kepada rakyat," ujarnya lagi. Justeru itu kata beliau, biarpun seribu manifesto yang dikeluarkan oleh Pakatan Pembangkang, ianya sudah tidak ada nilai kerana rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka hari ini, sudah sedar bahawa manifesto itu hanyalah sekadar satu helah untuk menagih undi dari rakyat. "Mereka boleh janji macam-macam pada rakyat, tetapi rakyat hari ini bukan bodoh. Mereka sudah lihat bagaimana kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan beberapa buah negeri di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji di dalam manifesto mereka itu. "Apabila rakyat menuntut janji, macam-maca alasan yang diberikan sehingga Menteri Besar Selangor sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji. Jadi untuk apa lagi dikeluarkan manifesto jika kepimpinan Pakatan Pembangkang menganggap manifesto itu bukan satu janji. "Saya yakin, rakyat di negara ini tidak akan mempedulikan manifesto mereka itu, kerana sudah terbukti selama ini manifesto Pakatan hanyalah satu umpan dan janji manis semata-mata. Dan selepas menang pilihanraya, mereka buat acuh tak acuh untuk melaksanakannya sebagaimana sikap mereka yang acuh tak acuh dalam merangka manifesto terbaru ini sehingga berlakunya kesilapan seperti yang kita lihat hari ini," ujarnya. -MediaUMNO |
Pembangkang Sudah Hilang Kredibiliti Untuk Berjanji – Ahmad Maslan Posted: 27 Feb 2013 01:52 AM PST KUCHING, 27 Feb - Pakatan pembangkang sudah tiada kredibiliti dan kewibawaan untuk berjanji lagi kerana masih ada janji pilihan raya umum 2008 tidak ditunaikan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Sehubungan itu beliau meminta rakyat agar tidak terpedaya lagi dengan janji pembangkang menerusi manifesto pilihan raya umum ke-13 yang dilancar mereka pada Ahad lepas. “Kita ambil contoh janji mereka di Selangor seperti elaun ibu tunggal masih tidak tertunai, di Kelantan pula masalah air masih tidak selesai, kemudian kata nak jaga alam sekitar tetapi kita nampak di Kedah mereka terus gondolkan bukit, di Pulau Pinang, Kampung Buah Pala yang dijanji tidak akan diroboh tetapi sebaliknya pula berlaku. “Itu semua antara bukti-bukti mereka (pakatan pembangkang) telah hilang kredibiliti untuk terus berjanji,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah pada majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, hari ini. Ahmad berkata manifesto pembangkang itu juga hanya bersifat populis. “Mereka kata nak turunkan harga minyak, tetapi tidak jelaskan macam mana mereka akan laksanakan perkara tersebut. Adakah mereka sedar ketika ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah lama turunkan harga bahan api termasuk petrol, diesel dan gas memasak dengan membelanjakan sebanyak RM2 bilion setiap bulan? “Berapa lagi harga bahan api mereka sanggup turunkan dan dari mana duit mereka perolehi untuk laksanakan perkara itu? Sepatutnya fakta tersebut perlu dimasukkan dalam manifesto juga,” katanya. Ahmad berkata berbeza dengan pembangkang, kerajaan BN melaksanakan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) serta rebat telefon pintar walaupun semua itu tidak dijanjikan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum 2008. “BN perkara tidak janji kita tunai, sebaliknya mereka (pakatan pembangkang) perkara janji pun tidak tunai…jadi jangan tertipu dengan keindahan kata-kata mereka…lihat balik manifesto janji-janji mereka itu yang jelas tidak seperti BN yang sentiasa memikir apa yang baik untuk rakyat dan kita tunaikan,” katanya. |
Anwar Bukan Calon PM Sebab Pembangkang Sedar Anwar Banyak ‘Penyakit’ Posted: 27 Feb 2013 01:32 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Feb – Bekas Setiausaha PKR Selangor Mohd Nadzmi Rosli berkata Anwar Ibrahim bukanlah calon sebenar yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13. Jelas beliau ini kerana jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang sebenarnya tidak wujud dalam perlembagaan PKR. "Sebagai bekas Setiausaha PKR Selangor, ingin saya maklumkan sebenarnya jawatan Anwar tidak wujud dalam perlembagaan. Dia sebenarnya ibarat pendatang haram dalam pakatan pembangkang. "Jadi apa kelayakan dia untuk dilantik sebagai Perdana Menteri… DAP dan Pas sebenarnya juga tidak akan mahu melantik seorang yang moralnya meragukan sebagai Perdana Menteri, sebab itu sehingga kini mereka tidak mampu untuk mengumumkan siapakah yang paling layak menjawat jawatan tersebut sekiranya mereka berjaya dalam PRU-13," jelasnya kepada UMNO-Online. Tambah beliau, dalam erti kata sebenar, DAP hanya 'memperkudakan' Anwar untuk mencapai keinginan mereka menjelang PRU-13 tetapi Anwar pula merasakan bahawa dia berjaya memperalatkan DAP untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. "DAP sedar, Anwar adalah orang paling layak dipergunakan untuk menyemai perasaan bencikan kerajaan di hati rakyat. Kenapa saya berkata demikian? Kerana dahulu Karpal Singh adalah orang pertama yang meminta agar Anwar disiasat berkenaan kes liwat. "Kemudian timbul pula pelbagai kontroversi berkenaan Anwar. Dari satu kes ke satu kes. DAP mula melihat ini adalah peluang keemasan mereka untuk mempergunakan Anwar bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Sebab itu Karpal bepaling tadah dan sanggup menjadi peguam bela Anwar. "Pas pula tidak akan mahu melantik seorang yang moralnya meragukan untuk menjadi pemimpin. Mereka lebih mahukan Hadi Awang yang dilihat lebih mempunyai kredibliti untuk memimpin. Dalam pada masa yang sama DAP sudah tentu mempunyai 'pemain simpanan' untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Jadi, sebenarnya siapakah yang akan mereka lantik? Apa yang pasti adalah bukan Anwar Ibrahim," jelasnya lagi. Menurut Nadzmi, Pas dan DAP sebenarnya sudah dapat menilai dan melihat Anwar adalah punca 'penyakit' sebenar yang menyebarkan wabak perpecahan di dalam parti pakatan pembangkang. “Tetapi dek kerana PRU-13 sudah semakin hampir, mereka harus mempergunakan Anwar sebaik mungkin. Mereka terus membiarkan Anwar berangan untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan hakikat sebenarnya nama Anwar tidak ada dalam senarai pakatan pembangkang. "Sebab itu mereka tidak berani untuk umumkan siapakah Perdana Menteri. Hanya selepas sekiranya mereka menang dalam PRU-13, barulah akan diumumkan siapakah yang akan dilantik. Ketika itu, Anwar sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi," ujarnya lagi. - MediaUMNO |
DAP Pejuang Islam? – Kenyataan Hilang Akal Di Luar Kewarasan Berfikir Posted: 27 Feb 2013 01:13 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Feb – Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput , Datuk Dzulkifli Harun menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti tersebut turut memperjuangkan Islam sebagai satu kenyataan yang hilang akal , terkeluar daripada kewarasan berfikir dan seolah-olah merendahkan keupayaan pemikiran rakyat di negara ini. Menurut Dzulkifli, Pakatan Pembangkang, khususnya DAP sudah hilang punca untuk meraih simpati dari rakyat untuk menutup kesilapan terbesar parti tersebut apabila cuba menggunakan nama Allah sebagai modal politik mereka. "Bagi saya mereka ini dah bercelaru. Sudah tak ada 'point' nak bercakap. Jadi, mereka hari ini bercakap ikut sedap mulut saja. Rakyat akan ketawa jika kita kata DAP itu pejuang Islam. Satu kenyataan yang bagi saya seolah-oleh menghina kewarasan rakyat berfikir rakyat di negara ini. "Seingat kita sejak DAP wujud sebagai sebuah parti politik di negara ini ada saja yang keluar adalah kenyataan yang berbentuk penentangan saja. Tetapi hari ini, tiba-tiba nak mengaku mereka juga perjuangkan Islam di negara ini. Apa mereka ingat rakyat di negara ini bodoh belaka semuanya, macam katak duduk bawah tempurung yang tak tahu apa cerita isu semasa,? tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Beliau berpendapat, hari ini Pakatan Pembangkang, terutama DAP sanggup berbuat apa saja dan sanggup mengatakan apa saja semata-mata untuk memenangi hati pengundi-pengundi Melayu di negara ini. "Hari ini mereka dalam keadaan terdesak. Mana tidak terdesaknya, tiba-tiba hari ini mereka mengaku sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam? "Jika kita dengar kenyataan tersebut pun kita boleh ketawa besar. Satu jenaka paling lucu abad ini bagi saya. Kenyataan itu seolah-olah satu penghinaan dan satu percubaan untuk memperbodohkan rakyat di negara ini," ujarnya lagi. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment