SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, February 27, 2013

UMNO Online - “PM To Grace 1 Million Women Purple Walk 2013 On March 10” plus 9 more

UMNO Online - “PM To Grace 1 Million Women Purple Walk 2013 On March 10” plus 9 more

Link to UMNO Online

PM To Grace 1 Million Women Purple Walk 2013 On March 10

Posted: 26 Feb 2013 04:27 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 26 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will grace the 1 Million Women Purple Walk programme at Dataran Putrajaya here on March 10, in conjunction with the International Women’s Day 2013.

Women, Family and Community Development Ministry deputy secretary-general Datuk Harjeet Singh said Najib, who is also Women, Family and Community Development Minister, would also launch the 1Malaysia Perwani Community, one of the initiatives under the National Blue Ocean Strategy during the programme.

Harjeet said the programme, which will be held simultaneously nationwide, would bring together one million women to show women’s solidarity, support and appreciation towards the government’s commitment to women.

“All women, aged 15 and above, are welcomed to participate in the programme, while all men are also encouraged to join just to show their supports,” he told a press conference here today.

He said those who wanted to participate in the walk need only to go to the programme’s venue in any states by wearing a purple shirt, scarf or cap.

Participation is free.

Apart from Dataran Putrajaya, the programme will also be held in Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (Selangor), Sultan Abdul Halim Stadium, Alor Setar (Kedah), Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar (Perlis), Dataran Lembah Sireh, Kota Baharu (Kelantan), Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu (Terengganu), Ipoh Stadium Ipoh, (Perak), Dataran Mahkota, Kota Iskandar (Johor).

Also in FA Field, Jerantut (Pahang), Seberang Prai Polytechnic (Penang), MITC Ayer Keroh (Melaka), Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu (Sabah), Taman Pertemuan, Kuching (Sarawak) and Dataran Labuan (Labuan).

Various activities have also been lined up throughout the programme, including 100 exhibition booths by public and private companies.

Further information can be obtained by contacting the secretariat at 03-83231538 /1539/ 1540 / 1548 or via 1MWPurpleWalk on Twitter and Facebook.

Penjawat Awam Perlu Hargai Kerajaan Dengan Sokong BN Pada PRU-13 – Cuepacs

Posted: 26 Feb 2013 04:24 AM PST

IPOH, 26 Feb –  Penjawat awam termasuk pesara kerajaan perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum dan gaji maksimum.

“Sudah bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada kerajaan sekarang.

“Sebagai pemimpin kesatuan, saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota perkhidmatan awam, kita patut tahu mana yang baik dan buruk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini, Selasa.

Sehubungan itu, beliau berkata golongan itu perlu menghargai setiap pemberian kerajaan kerana sekiranya pembangkang memerintah negara ini segala manfaat belum tentu kekal.

Beliau juga berkata penjawat awam perlu bersiap sedia dan melakukan transformasi minda apabila kerajaan melaksanakan transformasi sektor perkhidmatan awam.

“Sama ada berpendapatan tinggi dan boleh atau tidak buat kerja, kita perlu bersiap sedia. Kalau tidak boleh, baik berhenti sahaja,” katanya.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, beliau berkata pemberian bantuan itu membuktikan BN prihatin terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk penjawat am.

“Tidak ada benda yang tidak boleh dibuat kerana negara sekarang mempunyai banyak wang. Orang tidak ada kerja pun dapat wang,” katanya.

Bantuan RM500 diberikan kepada setaip isirumah dan RM250 seorang kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah di bawah program BR1M.

Kenyataan Hadi Mengenai BR1M Semata-Mata Mahu Tutup Isu Kalimah Allah

Posted: 26 Feb 2013 04:22 AM PST

KOTA BAHARU, 26 Feb – Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Firaun, dipercayai mahu menutup isu kalimah suci Allah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada Pas apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama Pas.

“Isu kalimah Allah perkara berat, selepas Majlis Syura Pas kata kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam, Abdul Hadi patut bawa perkara tersebut kepada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang.

“Abdul Hadi kena tarik balik kenyataan tersebut selepas Majlis Syura buat keputusan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Akhbar pada Selasa melaporkan Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam semalam (Isnin), berkata usaha kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir ribuan tahun dahulu.

Abdul Hadi dipetik berkata tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodoh-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.

Wan Ismail yang juga antara pengasas Pas Kelantan turut membidas tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Beliau percaya orang ramai tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Tiada Calon PM, Tunggu Kejutan Atau Main Sandiwara Lagi…

Posted: 26 Feb 2013 02:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pakatan pembangkang melancarkan manifesto untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa 'tuan' lantaran jawatan Perdana Menteri masih tidak diumumkan dan terus diragui wujudnya individu yang layak dalam pakatan terbabit.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menganggap manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan semalam ibarat tidak beribu dan berbapa.

"Sepatutnya, seorang pemimpin yang berwibawa akan berdiri teguh di belakang manifesto yang dilancarkan untuk menjadi ikon atau lambang kepada keseluruhan rakyat bahawa inilah Perdana Menteri yang akan menerajui pentadbiran negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya mendapat mandat selepas PRU ke-13 nanti," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, dalam keadaan manifestonya yang dipertikaikan banyak pihak maka tentunya penilaian dapat dilihat bagaimana keadaan yang wujud dalam pakatan pembangkang apabila tidak ada seorang pun pemimpin di kalangan mereka yang sanggup menggalas kesemua janji-janji yang terlakar di dalamnya.

"Ini menunjukkan mereka sendiri masih teraba-raba untuk menentukan hala tuju dan matlamat utama dalam penggabungan pembangkang sebagai satu pakatan sebagaimana idealogi dan agenda utama antara Pas, DAP dan PKR tidak selari," katanya.

Persoalan berkaitan siapa Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam PRU ke-13 masih tidak dijawab sebaliknya alasan yang diberi kononnya akan ada elemen kejutan kerana pakatan itu telah memilih calon dan bakal mengumumkannya apabila tiba masa yang sesuai.

"Tidak ada apa yang perlu dikejutkan berkaitan kepimpinan dalam pakatan pembangkang kerana rakyat telah kenal semuanya, tahu nilai kepimpinan mereka dan kononnya ada kejutan hanyalah sandiwara untuk menutup persoalan rakyat.

"Sehingga ke hari ini kita tidak melihat mana-mana pemimpin pun yang layak untuk menerajui kepimpinan tertinggi negara walaupun PKR, Pas dan DAP telah mentadbir empat negeri sepanjang penggal ini tetapi tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan atau dijadikan sebagai kayu ukuran bagi meletakkan mereka sebagai bakal Perdana Menteri."

Tegas beliau lagi, kewujudan manifesto adalah berpaksikan kepada kewibawaan pentadbirnya tetapi apa yang ditunjukkan oleh pakatan pembangkang jelas menimbulkan kekeliruan lantaran ia dilaksanakan tanpa 'tuan'.

Manifesto pakatan pembangkang yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ dibentangkan bersama oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.

"Keadaan tersebut tidak pernah berlaku dalam Barisan Nasional (BN) kerana kepribadian dan kebolehan seseorang Perdana Menteri itu adalah cermin kepada manifestonya. Kebiasaannya manifesto BN akan diumumkan oleh bakal Perdana Menteri iaitu Pengerusi BN dengan sokongan penuh semua anggota kompenan parti di dalamnya.

"Persoalannya, kalau ketua tak ada macam mana manifesto terbabit mahu dilaksanakan kerana segala janji-janji akan dimuktamadkan oleh seorang ketua sebagai teraju dalam kepimpinnya tetapi malangnya ia tidak berlaku dalam pakatan pembangkang." - MediaUMNO

UMNO Subang Dalam Keadaan Bersiap Siaga Hadapi Segala Kemungkinan

Posted: 26 Feb 2013 02:15 AM PST

SUBANG, 26 Feb – UMNO Bahagian Subang kini sedang menggandakan usaha bagi memastikan jentera Barisan Nasional di setiap Pusat Daerah Mengundi dan  cawangan kini bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ketuanya, Datuk Bushro Mat Johor berkata, kini lebih daripada 90 peratus cawangan-cawangan  yang berada di bawah bahagian Subang sudah bersiap sedia menunggu semboyan pilihanraya ditiupkan oleh Presiden parti tidak lama lagi.

"Kami di Subang membuat persiapan awal supaya segala gerak kerja bila tiba masa pilihanraya kelak akan berjalan dengan teratur. Kita telah memperkemas kinikan segala struktur jawatankuasa gerak kerja di setiap cawangan dan PDM, untuk memastikan jentera-jentera BN dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkin piliahnraya yang bakal diadakan pada bila-bila masa," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, UMNO Bahagian Subang juga telah terus melipat kali gandakan usaha memberi penerangan dengan merangka beberapa siri program penerangan di kawasan-kawasan PDM sekitar bahagian tersebut.

"Baru-baru ini kami mengadakan program penerangan bertempat di Bandar Baru Sungai Buloh di mana kami menjemput Ustaz Fathul Bari bagi menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan Pembangkang," ujarnya.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Subang, Datuk Harisson Hassan pula berkata, pemuda pula mengorak langkah untuk mendekati pemuda-pemuda di sekitar kawasan tersebut dengan mengadakan program turun padang, santai bersama pemuda dan sebagainya.

"Kita tahu bahawa golongan muda merupakan peratusan yang paling tinggi sebagai pengundi. Justeru itu, Pemuda Subang mengambil pendekatan untuk mendekati dan menyelami sebarang permasalahan yang dihadapi oleh anak muda di kawasan ini.

"Selain itu, kami juga secara berterusan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan yang menjadi kegemaran pemuda seumpamanya bola sepak dan futsal dan Alhamdulilah setakat ini, kita menerima respon postif daripada anak-anak muda di sekitar kawasan ini," jelasnya.

Jelas beliau, program yang melibatkan pengundi-pengundi muda ini dilihat penting  untuk diadakan secara berterusan untuk memastikan bahawa UMNO sentiasa dilihat dekat dihati pemuda serta memahami denyut nadi dan inspirasi mereka sebagai pelapis kepimpinan negara di masa akan datang," jelasnya. -MediaUMNO

Felda Global Ventures Fully-Year 2012 Profit Hits RM1.126 Billion

Posted: 26 Feb 2013 02:11 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 26 – Felda Global Ventures Holdings Bhd’s (FGV) pre-tax profit for financial year ended Dec 31, 2012 after fair value changes in land lease agreement (LLA) liability hits RM1.126 billion.

In 2011, FGV's pre-tax profit was RM1.9 billion and this did not include LLA liability of RM210.18 million which only rose in 2012 following FGV's business model changes.

FGV president Datuk Sabri Ahmad said effective Jan 1, 2012, the company’s business model was changed when FGV signed a LLA with Federal Land Development Authority (Felda) involving 347,584 hectares of Felda land, resulting in fair changes in LLA liability being recognised in the income statement.

FGV's revenue in 2012 stood at RM12.89 billion compared with RM7.45 billion in 2011.

Sabri said the slide in crude palm oil prices last year affected profit in the fourth quarter of last year.

He said crude palm oil (CPO) prices were lower at RM2,843 a tonne in 2012 as compared with RM3,218 in 2011.

“Fresh fruit bunches (FFB) production declined by 251,074 tonnes to 4.91 million tonnes in 2012,” he said during a media briefing here today.

The group’s sugar segment performance was impacted by an increase in raw sugar costs while performance for the downstream segment improved largely due to a turnaround in Canadian crushing and refining business unit, he said.

“The group’s oleo-chemical business in US had also improved its financial position due to strong demand of fatty acids and glycerine from its key customers,” he said.

Meanwhile, FGV’s upstream plantations contributed 75.2 per cent of total revenue.

“The segment reported 77.7 per cent rise in revenue, boosted by CPO sales of RM6.9 billion in spite of average CPO prices in 2012, lower FFB production and higher cost of sales,” he said.

Sabri said while concerns on CPO stock overhang continued to plague the indusry, expectations of further reductions, increasing demand in the months ahead from major consumer countries taking advantage of the current low prices, and Malaysian government’s intention to implement biodiesel initiatives should help improve CPO price levels.

On price outlook this year, he said, for the first six months it should be positive.

“The price of palm oil is around RM2,400 per tonne today and there is a huge discount with the price of soyaoil. Exports to China, India and Europe should bring down stocks,” he said.

He said the board has approved a final dividend of 8.5 sen.

This final dividend adds to the interim dividend payment of 5.5 sen paid on Oct 22, 2012 to total 14 sen.

Sabri said FGV declared a dividend payout of 64 per cent of profit after tax, higher than the 50 per cent payout as promised in the prospectus during FGV initial public offering exercise previously.

“The dividend payment is expected to benefit approximately 180,000 shareholders including the majority 112,635 settlers who are FGV shareholders.

He said through the Settler Trust Fund, settlers nationwide will receive RM550 each from payment of of final dividend on 20 per cent of shares held by Felda amounting to RM62.02 million.

“This is in addition to RM40.13 million already paid out in October 2012 from the interim dividend of 5.5 sen, making the total proceeds to settlers from the Settler Trust Fund in fiscal 2012 RM102.15 million,” he said.

Pakatan’s Minimum Wage Will Lead To Higher Inflation, Unemployment – Dr Subramaniam

Posted: 26 Feb 2013 02:05 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 26 – The Pakatan Rakyat (PR) manifesto to introduce a minimum wage of RM1,100 per month, would put Malaysia’s competitiveness at high risk, said Human Resources Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam today.

He said the proposed amount would only lead to higher inflation and unemployment, and make the country less attractive to foreign investors.

Dr Subramaniam said the government took into account these factors before setting RM900 as the minimum wage for private sector employees in Peninsular Malaysia and RM800 for those in Sabah and Sarawak.

“Even at the current rate, the small and medium enterprises (SMEs) are  already ‘crying’. If it is set at RM1,100, I don’t know what will happen or what they will do,” he told reporters after launching the Productivity-Linked Wage System symposium, here.

Dr Subramaniam was commenting on the opposition’s 10-point manifesto announced yesterday in the run-up to the 13th general election. It includes the promise of a minimum monthly wage of RM1,100 for private sector employees if it comes into power.

Furthermore, Dr Subramaniam said Pakatan’s proposed minimum wage was based on a World Bank report, the same one used by the government when deciding on the minimum wage.

The report, which was made under the request of the Human Resources Ministry, proposed a range of RM800 to RM1,200.

“The higher the minimum wage, the greater the risk. So, that is why the government chose RM900 as the minimum wage for Peninsular Malaysia as it would ‘balance these issues’.

“If the minimum wage goes beyond that, then Malaysia becomes less attractive in drawing foreign direct investment,” he said, adding that the RM1,100 rate was not feasible.

“Maybe it is just an election promise, but when it’s time to implement it, it will be darn tough,” said Dr Subramaniam.

Manifesto Pembangkang Basi, Kitar Semula Buku Jingga – Abang Johari

Posted: 26 Feb 2013 12:22 AM PST

KUCHING, 26 Feb – Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurutnya kandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dialog bersama pengusaha-pengusaha industri pelancongan di sini, beliau berkata selain gagal memperkenalkan sesuatu yang baharu, pakatan pembangkang ini juga gagal menjelaskan tentang kepimpinan mereka sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

“Mereka masih bercelaru (tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika dapat menubuhkan kerajaan).

“Sekejap mereka katakan (pemimpin pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Kemudian orang lain. Bagi mereka, sesiapa sahaja (di kalangan mereka) boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak mengulas manifesto pakatan pembangkang yang antara lain menjanjikan usaha memerangi rasuah, penurunan harga minyak dan pendidikan percuma.

DAP Anggap Mereka ‘Taiko’ – Shahrir Samad

Posted: 26 Feb 2013 12:14 AM PST

JOHOR BARU:, 26 Feb – Perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor berpunca daripada sikap DAP yang menganggap dirinya ‘taiko’ atau ‘abang besar’ dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, disebabkan anggapan itu, DAP mahu PKR dan PAS mengikut telunjuknya dalam isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Di Johor, memang DAP menganggap dia sebagai ‘taiko’ atau ‘big brother’ di dalam PR. Bermakna PKR dan PAS kena dengar cakap DAP dan harapkan sokongan DAP untuk menang mana-mana kerusi di Johor.

“PKR (dan PAS) di Johor kena mengakulah yang mereka tidak kuat dan terpaksa bergantung pada ‘big brother’ DAP, itu adalah keadaannya,” kata Shahrir kepada Bernamapada satu wawancara di sini, baru-baru ini.

DAP, menurut beliau, bersikap tamak dan mahu memonopoli kesemua kerusi di mana majoriti pengundinya adalah kaum Cina, kerana perjuangannya hanyalah untuk satu kaum sahaja.

Bekas menteri kabinet itu berkata perbalahan DAP-PKR Johor jelas membabitkan isu pengagihan kerusi PRU-13 terutama Parlimen Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menuduh rakan sejawatannya daripada PKR, Datuk Chua Jui Meng sebagai seorang yang “arrogant” (angkuh) serta bertanggungjawab melancarkan “serangan hendap” terhadap DAP di Johor.

Dr Boo, anggota Dewan Undangan Negeri Skudai, mahukan pucuk pimpinan PKR melucutkan jawatan Chua, tetapi Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan berbuat demikian dan mempertahankan Chua.

Shahrir berkata, dalam isu perbahagian kerusi pilihan raya di dalam PR, hakikat yang perlu diterima oleh PAS serta PKR adalah keputusan akhir mengenai perkara itu terletak di tangan DAP.

“PAS dan PKR perlu mendengar cakap DAP. Malah pemimpin-pemimpin PAS Pusat yang mahu bertanding di Johor pun akan mencari kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai,” katanya.

Semua pihak katanya, mengetahui bahawa pilihan raya umum kali ini adalah pertembungan dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk pelbagai kaum dan DAP, yang hanya fokus terhadap kepentingan satu kaum sahaja.

Shahrir menolak jangkaan PR bahawa pakatan itu akan memperoleh kemenangan besar di Johor pada PRU13, dan menyifatkannya jauh tersasar daripada realiti.

Keadaan pada masa ini, kata Shahrir, telah jauh berubah berbanding pada tsunami politik pada pilihan raya umum 2008 di mana pembangkang berjaya memperolehi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN di Johor.

Pada pilihan raya itu, calon-calon DAP menang di kerusi Parlimen Bakri manakala kerusi DUN pula adalah di Skudai, Bentayan, Mengkibol dan Senai, manakala kerusi DUN di Maharani serta Sungai Abong dimenangi PAS.

“Keadaan sudah pun berubah (berbanding 2008) dan kita BN di Johor bukan kita duduk diam, kaku dengan keadaan yang dirasakan penting tetapi sebaliknya kita sudah merubah cara dan pendekatan kita,” katanya.

Sejak 2008, kata Shahrir, BN Johor telah memperbaiki beberapa kelemahan selain berusaha meningkatkan sokongan rakyat terhadapnya.

“Ia (usaha keras BN Johor) telah berjalan sejak empat tahun lepas dan sebab itu kini kita sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan pilihan raya umum,” kata beliau.

Opposition’s Manifesto Can Affect National Economic Growth – Awang Adek

Posted: 25 Feb 2013 11:51 PM PST

KOTA BAHARU, Feb 26 – The opposition pact’s manifesto can affect national economic growth which is now growing at a rapid pace as the pledges involved significant economic implication, said Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin.

“All the pledges involve substantial expenditure. Secondly, it will reduce the government revenue as some taxes would be abolished, such as the reduced car prices and this will have a great impact on national revenue,” he said.

“Such financial matter is of utmost importance. For example, there are some countries in Europe that have gone bankrupt or almost bankrupt because of their failure to handle their finances well,” he told reporters after opening the programme, “Evaluation of Learning for Performance Improvement International Postgraduate Colloquium (ELPIIC2013)” here today.

The two-day colloquium was also attended by several foreign participants as well as Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Yesterday, the opposition pact launched 10 manifestos for the 13th general election (GE13) which included offering free education beginning from the pre-school stage right up to university level, the membership cards of the DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and PAS to be used at any toll plaza for exemption from paying toll, as well as the reduction of excise duty for motor vehicles in stages with the purpose of eliminating them within five years.

Awang Adek said that this contrasted with the Barisan Nasional (BN) government which had been proven to be able to develop the country even when there was economic uncertainty elsewhere in the world.

“The BN government has the experience in tackling whatever situation and when other nations had to face economic pressure and submitted to the IMF (International Monetary Fund), we succeeded in overcoming it. Following this experience, we were able to boost the national economy to 5.6 per cent. This was a major success,” he said.

“I have some experience and fear the political promises made that can destroy our tradition in maintaining good management,” he added.

Meanwhile in KUALA LUMPUR, Deputy Minister of Information Communication and Culture Datuk Maglin Dennis D’Cruz reminded the young generation not to be easily influenced by all the promises made by the opposition pact in its manifesto.

He said this was because the opposition had been known to make various promises in its manifesto which were not fulfilled.

“The opposition manifestos are merely gimmicks for the 13th general election (GE13). Even from before they (opposition) said so many things but never fulfilled them. We can look at Selangor, for example, (where there are) damaged roads, clogged drains, floods and so on.

“That’s why we hope the young generation will think and evaluate before believing any manifesto made,” he told reporters after the launching of the film, Ops Kossa Dappa-3 “The Final Dappa”, here today.

The opposition pact yesterday launched its GE13 manifesto which, among other things, offered free education beginning from the pre-school stage to the university level, membership cards of the DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and PAS can be used at any toll plaza for exemption from paying the toll and a business aid of RM10,000 to every entrepreneur registered with the Companies Commission of Malaysia.

Maglin said the gimmick by the opposition pact in its manifesto also showed that they were running out of ideas in wooing the voters.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT