SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, February 7, 2013

UMNO Online - “EC Confident Next General Election Will Be The Best, Not The Dirtiest” plus 9 more

UMNO Online - “EC Confident Next General Election Will Be The Best, Not The Dirtiest” plus 9 more

Link to UMNO Online

EC Confident Next General Election Will Be The Best, Not The Dirtiest

Posted: 06 Feb 2013 05:40 AM PST

KOTA KINABALU, Feb 6  - The Election Commission (EC) today gave the assurance that the next general election would be the best and not the dirtiest as some people perceived it would be in view of the disclosures at the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah.

Its chairman, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, said the people should not come to conclusions based on the testimony of one or two witnesses as more than 100 people were giving statements to the RCI.

“What I want to stress here is that our electoral rolls are clean. The EC has been cleaning the list every day with the National Registration Department (NRD). NRD is the authority which decides whether a person is a citizen or not.

“As such, our electoral rolls, with 13.3 million voters (including Sabah) as at December last year, are clean. The 13th general election may be hot, maybe challenging, but not dirty,” he told reporters after handing over letters appointing three non-governmental organisations (NGO) as observers in the next general election for Sabah and Labuan.

The three NGOs are the Sabah-branch of the Malaysian Historical Society, the Sabah Youth Council and the Sabah Federation of Chinese Associations.

Abdul Aziz said the EC had introduced several changes to update and improve the election process, including the use of the indelible ink, early voting, media access for political parties, international observers and local observers.

“Many other changes have been made, including allowing postal voting for Malaysians residing overseas,” he said.

He said four EC officers would be called as witnesses in the RCI hearing.

Abdul Aziz also said that the EC would spend about RM52 million to manage the general election in Sabah, which has 969,497 registered voters.

He said the EC was allocating RM400 million to manage the general election nationwide.

Earlier, in his speech, he said 16 NGOs had been appointed as local observers throughout the country, with five in the peninsula, eight in Sarawak and three in Sabah.

Pas Tidak Akan Berani Keluar Pakatan Pembangkang – Dr Mahathir

Posted: 06 Feb 2013 05:34 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb –  Pas tidak akan berani keluar daripada pakatan pembangkang kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Pas khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu.

“Saya ingat Pas tak berani keluar kerana dia bergantung kepada DAP. Dia keluar dia kalahlah, dia akan kekal dengan DAP pasal dia cukup sayang kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP).

“Dia (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sambut harijadi pun dengan Karpal Singh, jadi tak kan nak bercerai, dengan Nasha (bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa) dah bercerai,” katanya mengulas desakan Nasharudin supaya Pas bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku bergambar “Antarctica: Malaysia’s Journey to the Ice” di Universiti Malaya di sini, hari ini.

Mengulas mengenai isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang di Sabah, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa ia dilakukan kerana mereka berhak dan layak mengikut lunas undang-undang negara.

Beliau berkata terdapat juga penerima kad pengenalan itu yang memberi undi kepada pembangkang sehingga memberi kemenangan kepada pembangkang.

“Mereka tidak selalunya menyokong BN (Barisan Nasional), mereka menyokong pembangkang. Jika tidak, kenapa BN kalah dalam pilihan raya di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas supaya mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesaknya meletak jawatan.

Katanya keputusan untuk meletak jawatan tidak boleh dilakukan tergesa-gesa kerana mungkin ada masalah dan perkara yang tidak dapat dipersetujui sebelum ini.

“Sebelum kita menyingkirkan seseorang itu, kita perlu membuat kajian mengenai masalah itu,” kata Dr Mahathir yang merupakan Penasihat Petronas.

Baru-baru ini, media melaporkan Shamsul dan kepimpinan baharunya berdepan dengan desakan gabungan 42 NGO ekonomi Melayu dan 101 NGO ekonomi bersekutu, mahu mereka disingkirkan daripada menerajui syarikat minyak Negara itu.

Comedian Yahaya Sulong Dies

Posted: 06 Feb 2013 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 6 – Veteran actor and comedian Datuk Yahaya Sulong died of old age at the Kuala Lumpur Hospital here today. He was 84.

National Association of Artistes (Seniman) president Rozaidi Jamil or Zed Zaidi, when contacted, said Yahaya passed away at 6.45 pm and his remains would be taken to Teluk Intan, Perak for burial.

Yahaya had acted in 24 films with his first film role in ‘Abu Nawas’.

He was noted for his role in movies like ‘Gila-Gila’, ‘Putus Sudah Kasih Sayang’, ‘Da Di Du’, ‘Toyol’, ‘Prebet Lapok’, and ‘Senario the Movie’ in 1980s.

Yahaya also starred in television sitcoms like ‘Hang Setia’ along with R.Jaafar, Param and Hamid Gurkha, and ‘Si Jantung Hati’.

Yahaya leaves behind his wife, Datin Alisah Ali and 11 children.

SPR Jamin Senarai Daftar Pemilih Bersih

Posted: 06 Feb 2013 03:17 AM PST

KOTA KINABALU, 6 Feb –  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi jaminan senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi yang terbaik.

Beliau berkata SPR membersihkan senarai daftar pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.

“Daftar pemilih yang kita ada sekarang iaitu sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah) sehingga Disember tahun lepas, adalah bersih. Pilihan raya umum ke-13 mungkin panas, mungkin mencabar tetapi tidak terkotor,” katanya.

Beliau berkata meskipun timbul pelbagai persepsi ekoran pendedahan baru-baru ini dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, namun SPR yakin proses PRU-13, terutama di Sabah akan menjadi yang terbaik.

Persepsi itu tidak seharusnya wujuh hanya semata-mata berdasarkan kenyataan satu atau dua orang saksi kerana terdapat lebih 100 orang yang akan memberikan keterangan kepada RCI, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati tempatan pilihan raya umum ke-13 bagi negeri Sabah dan Labuan di sini, Rabu.

Tiga NGO itu ialah Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Sabah, Majlis Belia Sabah dan Gabungan Persatuan Cina Sabah.

Abdul Aziz berkata empat pegawai SPR akan dipanggil menjadi saksi dalam sesi pendengaran RCI itu termasuk daripada bahagian komputer, pengurusan, pendaftaran dan pengarah SPR Sabah.

“Bila mereka dipanggil nanti mereka akan beri penerangan sejelas-jelasnya,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang kesimpulan tentang perkara yang disebut dalam prosiding RCI itu.

Katanya SPR telah memperkenalkan pembaharuan dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya, termasuk penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi parti-parti politik, pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan.

“Banyak lagi pembaharuan yang kita lakukan termasuk kemudahan undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara (tetapi ada syarat) bagi elak kemungkinan berlaku penipuan…berasaskan itu takkan lah pilihan raya ke-13 akan jadi yang terkotor,” katanya.

Katanya SPR akan membelanjakan kira-kira RM52 juta bagi mengurus pilihan raya umum di Sabah yang mempunyai pengundi berdaftar seramai 969,497, dan menurutnya RM400 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di seluruh negara.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berharap NGO yang dilantik sebagai pemerhati pilihan raya dapat menjalankan tugas dengan jujur dan profesional, sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut terbaik daripada segi sistem, proses dan pembaharuan pilihan raya.

Katanya sebanyak 16 NGO dilantik sebagai pemerhati pilihan raya di seluruh negara iaitu lima di Semenanjung, lapan di Sarawak dan tiga di Sabah.

Abdul Aziz berkata kesemua NGO yang dilantik memenuhi syarat ditetapkan, antaranya mempunyai keupayaan bertindak sebagai pemerhati, tidak berpihak kepada mana-mana parti dan menerima syarat lantikan, selain dibenarkan masuk ke pusat mengundi, dewan penamaan calon dan bilik pengiraan undi.

Tempoh Sah Tebus Rebat RM200 Pakej Komunikasi Dilanjutkan 3 Bulan

Posted: 06 Feb 2013 03:15 AM PST

CYBERJAYA, 6 Feb –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula Rabu.

“Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan.

“Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Sehingga hari ini, lebih 440,000 belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.

Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.

Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.

Asean Leaders Urged To Follow Najib In Supporting Gaza

Posted: 06 Feb 2013 02:50 AM PST

GEORGE TOWN, Feb 6 – Citizens International, a non-governmental organisation based in Penang, has urged Asean leaders to follow the example of Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in expressing solidarity with the Palestinians and breaking the illegal Israeli blockade of Gaza.

Its president, S.M. Mohamed Idris said the visit by Asean leaders to Gaza would lessen the sufferings of the Palestians and provide support to them.

“The visit by the Emir of Qatar, a United States ally, our prime minister, the foreign minister of Turkey and many other world leaders signals the beginning of the end of Gaza as the largest open-air concentration camp.

“The victory is due to the steadfastness of the Gaza people in resisting Israeli aggression,” he said at a press conference, here, today.

He also called on the United Nations Security Council and the United Nations General Assembly to take action against the Israeli leaders and the companies involved in building Israeli settlements in the occupied Palestinian territory.

Gaza Planning and Strategic Ministry director-general Letimad Tarshawi, who was present at the press conference, said the Palestinian people really appreciated the contributions and assistance given by the Malaysian government.

“Palestinians are waiting for support from fellow Muslims. We want to thank the Malaysian government which became the first to provide assistance to us.

“We also want to thank Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia), an organisation which has implemented many development projects in Gaza,” she said.

Citizens International, a global initiative, seeks to analyse the causes of increased militarisation of the planet and to work towards an environment of peace and international security.

Pemuda Bagan Datoh Terus Komited, Tak Mahu Leka Label Kawasan Selamat

Posted: 06 Feb 2013 02:38 AM PST

IPOH 6 Feb – Pemuda UMNO Bagan Datoh tetap konsiten melaksanakan gerak kerja dan pelbagai pengisian lain untuk golongan muda di kawasan berkenaan walapun ada tanggapan yang menyebut seolah-olah kawasan berkenaan kawasan selamat.

Ketuanya Zainuluddin Helmi Baharuddin berkata tanggapan itu bukanlah alasan untuk mereka berpeluk tubuh tetapi sebaliknya memberikan lebih semangat dan insprasi untuk terus merangka dan seterusnya melaksanakan yang terbaik demi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau Bagan Datoh yang merupakan kawasan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, tentunya cabaran yang menanti lebih hebat dan atas dasar itulah mereka menjadi jambatan kepada penduduk setempat khususnya orang muda.

"Kita bekerja dan terus berkerja…Tidak pernah timbul dan tidak pernah terfikir ini kawasan selamat kerana bagi Pemuda Bagan Datoh, tugas dan tanggungjawab kepada orang muda perlu dilaksanakan.

"Sebab itulah pelbagai program dilaksanakan yang melibatkan golongan berkenaan  terutama mengesan pengundi muda yang pertama kali mengundi dan sebagainya lagi. Insyallah kita yakin dengan gerak kerja yang diatur dan sokongan daripada smeua pihak BN akan mendapat kepercayaan rakyat," katanya.

Beliau seterusnya menambah usaha pembangkang untuk meracuni penduduk setempat khususnya kalangan pengundi menjelangnya pilihan raya umum kelak tidak akan membuahkan hasil.

"Kita percaya pembangkang akan cuba meracuni dengan pelbagai dakyah dan sebagainya. Namun kita tetap bersedia dan menjelangnya pilihan raya umum nanti kita akan terus meningkatkan lagi mementum gerakan serta pelaksanaan yang perlu dalam usaha membantu kemenangan BN di peringkat parlimen dan Dewan Undangan negeri (DUN)," katanya. -MediaUMNO

Tuduh BN Zalim, Masuk Neraka.. Nik Aziz Lupa Cermin Diri Sendiri

Posted: 06 Feb 2013 02:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Orang yang tidak bertanggungjawab akan mudah menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada orang lain sebagaimana yang berlaku di Kelantan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri terbabit, Datuk Dali Husin.

"Orang yang menuduh individu lain masuk neraka sebenarnya adalah yang mula-mula masuk ke dalamnya apatah lagi dia sendiri tak lakukan apa yang sememangnya wajib dibuat sebagai pemimpin," katanya yang mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas tersebut telah dipetik berkata, "Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW' yang dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan berkaitan agihan royalti minyak kepada negeri kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

"Sebagai Menteri Besar di Kelantan lebih 20 tahun apa yang telah dibuatnya…? Isu air tak selesai, tanah-tanah pun jadi isu, peluang pekerjaan pada rakyat tak ada dan macam-macam lagi kerumitan rakyat. Ini semua tanggungjawab siapa?

"Mereka menuduh kerajaan Pusat zalim sebab royalti minyak tapi persoalannya siapa yang lebih zalim sehinggakan kehidupan rakyat pun tak berubah-ubah sejak lebih 20 tahun lalu? Apabila mereka gagal lakukan perubahan maka yang dipersalahkan adalah kerajaan Pusat sedangkan mereka sendiri hanya pentingkan agenda politiksemata-mata."

Katanya, kepimpinan kerajaan Negeri Kelantan lebih mudah menyalahkan orang lain daripada bercakap soal amanah dan tanggungjawab sendiri sebagai cara terbaik bagi mengelirukan rakyat.

"Soal royalti minyak diketengahkan menjurus kepada kepentingan agenda politik mereka sendiri dan bukannya memberi penjelasan berkaitan janji-janji yang sepatutnya mereka penuhi untuk rakyat.

"Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan lagi setelah sekian lama mereka ditipu atas perjuangan yang tidak ada matlamat, rakyat sudah sedar dan mahukan perubahan bersama-sama BN," tegasnya lagi. - MediaUMNO

Propaganda Pilihanraya Sudah Lama Jerat Leher Pembangkang Sendiri – Jais

Posted: 06 Feb 2013 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Pakatan pembangkang telah tersalah perkiraan dalam menjangkakan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sehinggakan taktikal mereka dalam politik menjerat diri sendiri, kata Ahli Dewan Undangan Mahkota, Jais Sarday.

Katanya, sebelum ini pakatan pembangkang menjangkakan bahawa PRU akan berlangsung pada penghujung tahun 2011 sehinggakan mereka melaksanakan perhimpunan jalanan atas nama Bersih 2.0 pada bulan Julai tahun terbabit namun jangkaan tersebut meleset.

"Kemudiaannya mereka mewujudkan khabar angin PRU akan berlangsung pada pertengahan tahun kemudiannya dan Bersih 3.0 diadakan pada April 2012 namun malangnya ia juga tidak benar dan perhimpunan rakyat bangkit dilaksanakan awal tahun ini atas tujuan untuk wujudkan provokasi menjelang PRU tetapi tidak ada sambutan," katanya.

Jelasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang, apabila pakatan pembangkang mencanangkan akan membubarkan DUN negeri yang ditadbir mereka lebih awal maka sebenarnya ia bersifat acah-acah saja sebagai satu lagi provokasi pakatan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kita lihat di Selangor, sudah berkali-kali Menteri Besarnya memaklumkan akan membubarkan DUN lebih awal tapi sehingga sekarang ia tidak berlaku kerana ternyata mereka sendiri tidak berani bertindak apatah lagi melaksanakan PRU antara Parlimen dan DUN secara berasingan. Ini ditambah lagi dengan konflik dalaman pakatan pembangkang sendiri maka kata-kata bubar DUN awal cuma satu lagi sandiwara mereka.

"Pakatan pembangkang sudah kehabisan modal dalam menyerang kepimpinan BN terutamanya banyak perancangan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri ditunaikan dengan baik dan jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang, jangankan untuk tunaikan janji tapi untuk selesaikan masalah rakyat pun gagal."

Ujarnya, pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan yang dibuat secara berterusan antaranya pelbagai tohmahan termasuk dalam konspirasi politik kepada kepimpinan tertinggi parti dan ahli keluarganya, memburukkan sistem pertahanan negara dengan kononnya kapal selam yang dibeli rosak, kakitangan polis mencukupi dan terbaru membuat tuduhan kerajaan bankrap.

"Ini semua dilemparkan dengan harapan anggota jentera BN akan terpengaruh dan hilang fokus terhadap agenda parti sedangkan realitinya kita sentiasa melaksanakan amanah parti tanpa mengambil kira berkaitan telatah pakatan pembangkang.

"Mereka mengatakan negara bankrap kerana mahu mempengaruhi pemikiran rakyat apatah lagi dengan pelbagai bantuan dari kerajaan sebagaimana BR1M, KR1M, bantuan persekolahan RM100, bantuan baucer buku dan macam-macam lagi yang telah disalurkan untuk kali kedua.

"Tahun lalu ketika mula-mula bantuan tersebut diberi pakatan pembangkang melemparkan tuduhan kononnya kerajaan beli undi menjelang PRU tapi PRU tidak ada dan bantuan ini diteruskan malah ditambah lagi dengan BL1M, kad siswa 1Malaysia, baucer buku dinaikan RM50 lagi, bantuan kepada golongan belia dan macam-macam lagi."

Tegasnya, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak melaksanakan dengan main-main sebagaimana pakatan pembangkang sedangkan amat memalukan apabila pembangkang yang melemparkan tohmahan ini turut menerima dan mengambil bantuan yang disalurkan kerajaan.

"Mereka ini tak tahu malu, kutuk dan fitnah macam-macam kepada kerajaan sedangkan mereka sendiri ambil duit yang disalurkan. Terbukti BN telus dan tidak pilih kasih kerana bantuan diberikan tanpa mengambil kira ideologi dan fahaman politik waima mereka yang mencerca kepimpinan BN sekalipun.

"Sejak pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan tahun lalu hinggalah hari ini, saya tidak pula dengar ada ADUN atau Ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang memulangkan wang tersebut kerana pastinya mereka ini ada mempunyai anak-anak bersekolah yang mana turut mendapat RM100 setiap murid. Bermakna mereka juga sebenarnya gembira dengan dasar yang dilaksanakan BN." - MediaUMNO

BN Selangor Lancar Aplikasi Telefon Radio Selangor BN.fm

Posted: 06 Feb 2013 01:36 AM PST

SHAH ALAM, 6 Feb – Radio Selangor BN.FM yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 17 Januari  yang lalu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, sehingga kini, pendengar Radio Selangor BN.FM telah mencecah sehingga 80,000 orang.

Justeru bagi meluaskan lagi akses kepada radio Selangor BN.FM ini jelas beliau  Barisan Nasional Selangor melancarkan aplikasi untuk pengguna telefon pintar.

"Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon pintar dengan platform iOS untuk pengguna Iphone dan Ipad, pengguna Android, Windows dan Blackberry.

“Aplikasi ini boleh dimuat turun dengan menaip 'selangorbnfm' di ruangan appstore ataupun google play seterusnya install ke dalam telefon pintar," ujarnya  dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, sehingga kini, walaupun belum dilancarkan, terdapat lebih dari 100 individu yang telah memuat turun aplikasi tersebut dan Barisan Nasional mensasarkan sehingga 200,000 muat turun menjelang akhir bulan Februari ini.

"Radio SelangorBN.FM juga akan menemuramah pemimpin-pemimpin politik utama di Selangor ini untuk mengupas pelbagai isu  menarik.

“Sessi temuramah bersama peminpin  ini turut  akan dimaklumkan juga kepada pihak media untuk liputan media masing-masing," tambahnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT