UMNO Online - “Pengundi Merbok Sedia Terjemahkan Sokongan Bentuk Kerajaan Kuat PRU-13” plus 9 more |
- Pengundi Merbok Sedia Terjemahkan Sokongan Bentuk Kerajaan Kuat PRU-13
- Sukar Bayangkan Rupa Pulau Pinang Jika Kerajaan BN Amal Politik Dendam
- Masalah Kuin Akan Selesai Jika BN Memerintah Kedah – Ahmad Bashah
- Malaysia, Singapore PMs Reaffirm Commitment To Stronger, Mutually Beneficial Partnership
- PBS, UPKO, PBRS Digesa Kembali Bergabung Dalam Satu Parti
- Pertelagahan DAP-PKR Petanda Jelas Kepada Rakyat Johor – Nur Jazlan
- Nick Xenophon Not Eligible To Be Election Observer – EC
- Selangor BN Expect 80,000 Visitors For Chap Goh Mei Festival At I-City
- Ruang Masih Terbuka Selesai Secara Baik Insiden Pencerobohan Di Lahad Datu – Hishammuddin
- Muhyiddin Confident Of Better Support From Indian Community In 13th GE
Pengundi Merbok Sedia Terjemahkan Sokongan Bentuk Kerajaan Kuat PRU-13 Posted: 19 Feb 2013 03:06 AM PST MERBOK 19 Feb – Ketua UMNO Merbok Datuk Haji Tajul Urus Hj. Mat Zain yakin pengundi kawasan itu akan bersama Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama membantu membentuk sebuah kerajaan yang kuat di peringkat pusat selain membantu kemenangan BN menerajui semula negeri Kedah. Menurut beliau mereka bersedia sepenuhnya untuk bersama BN memandangkan mereka telah melihat dan merasai bagaimana sebuah negeri yang ditadbir oleh Pas selain melihat dengan mendalam komitmen kepimpinan BN khususnya pembaharuan yang dibawa oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat. "Selain daripada itu kita lihat bagaimana komitmen serta kesungguhan pimpinan BN peringkat bahagian hinggalah ke peringkat akar umbi….. peranan Datuk Seri Najib menerusi pelbagai transformasi untuk bantu golongan peringkat bawahan dan semua peringkat. "Apa yang Datuk Seri Najib utarakan dan laksanakan hari ini cukup berbeza jika kita bandingkan dengan pembangkang. Bantuan kepada kumpulan nelayan dan sebagainya..itu adalah antara komitmen kita membantu rakyat. "Kerajaan negeri pula terbukti lemah. Jangan kita beranggapan sesiapa sahaja jadi kerajaan dia boleh buat macam mana kita boleh buat. Sebab itu kita yakin nelayan di kawasan Merbok 90 peratus akan sokong BN. Begitu juga dengan penduduk serta pengundi lain yang rata-rata sedia untuk menterjemahkan sokongannya pada hari pengundian nanti," katanya kepada UMNO-Online. Beliau seterusnya mengingatkan rakyat khususnya para pengundi agar tidak salah langkah umpama pepatah yang menyebut yang “dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran”. "Merbok adalah Sg Petani moden….Insyaallah kita akan terus perhebatkan dengan pelbagai pembangunan untuk kepentingan penduduk setempat," katanya. -MediaUMNO
|
Sukar Bayangkan Rupa Pulau Pinang Jika Kerajaan BN Amal Politik Dendam Posted: 19 Feb 2013 02:59 AM PST PULAU PINANG 19 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sukar untuk membayangkan bagaimana rupa Pulau Pinang sekiranya kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) mengamalkan polisi politik balas dendam dan sikap tidak ambil peduli terhadap rakyat di negeri itu. Ternyata jelas beliau hampir lima tahun DAP memerintah negeri itu merupakan satu kegagalan dan masa yang terbuang begitu saja. Dengan mengambil contoh perumahan rumah mampu milik untuk rakyat, beliau seterusnya menambah perkara itu menjelaskan segala-galanya sepanjang lima tahun DAP memerintah negeri tersebut. "Sebelum ini kalau kita lihat di media massa yang mana projek yang diletakkan harga mampu milik itu RM400 000. Siapa yang mampu beli RM400 000 itu. Saya tidak tahu nak ketawa atau nak menangis. "Ini mustahil. Rumah berharga RM400 000 ini bukannya mampu milik. Mampu milik kalau buat RM200 000 mungkin adalah yang mampu. RM100 000 ada jugalah yang mampu. Inilah yang dibuat oleh kerajaan persekutuan yang saya rasa definisi mampu miliknya RM250 000 ke bawah untuk kawasan biasa. “Untuk kawasan luar bandar mampu miliknya RM150 000 ke bawah, dan kalau betul-betul di pusat bandar mungkin dalam lingkungan RM 250 000 hingga RM300 000. Ini pertama kali saya dengar cerita rumah mampu milik RM400 ribu," katanya kepada UMNO-Online. Beliau seterusnya berharap rakyat negeri berkenaan jangan lagi dipersenda, diperkotak-katikkan dengan perkara sedemikian. Datuk Zainal yang juga Ketua UMNO Nibong Tebal seterusnya melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap komitmen kerajaan pusat yang terus menerus memberikan pelbagai pembangunan untuk negeri tersebut walaupun ianya diperintah oleh pembangkang. "Komitmen kerajaan pusat terhadap negeri ini di luar jangka. Datuk Seri Najib buat keputusan untuk terus bantu rakyat Pulau Pinang. Tidak ada dendam politik. Kita perlu terus lihat ke depan, letakkan emosi ke sebalah dan kita perlu fikir apa yang terbaik untuk rakyat dan tidak mahu rakyat rugi lagi. “Sepanjang lima tahun lepas sebanyak RM 22.5 bilion diberi kepada Pulau Pinang yang jauh lebih banyak jumlahnya berbanding negeri lain. Komitmen dan janji yang kita telah janji sebelum ini kita teruskan. "Contohnya kita dapat jambatan kedua Pulau Pinang yang akan siap September ini jumlahnya RM4.5 bilion, kita dapat 'double tracking' keretapi menelan belanja RM2.2 bilion, kita dapat 'Mengkuang dam' RM1.1 bilion, kita dapat pembaikan lapangan terbang RM250 juta, pelebaran jambatan Pulau Pinang 1 RM400 juta dan sebagainya lagi dijumlahkan lima tahun sebanyak RM22.5 bilion. "Inilah satu yang dipanggil kebijaksanaan dan keperihatinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan BN lain untuk letakkan Pulau Pinang tidak kebelakang dan dapat terus berkembang dari segi ekonomi. Bayangkan kalau RM22.5 bilion ini tidak masuk Pulau Pinang lima tahun lepas, kita akan dapat ekonomi menguncup, rakyat menderita dan banyak perkara di luar dugaan kita berlaku di Pulau Pinang," katanya. -MediaUMNO |
Masalah Kuin Akan Selesai Jika BN Memerintah Kedah – Ahmad Bashah Posted: 19 Feb 2013 02:26 AM PST ALOR SETAR, 19 Feb - Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan kembali cekap dan teratur sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah semula Kedah selepas pilihan raya umum ke-13. Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata selama BN mentadbir Kedah sebelum ini, Kuin yang berada di bawah kerajaan negeri tidak pernah menghadapi masalah seperti sekarang ini. “Kuin ditubuhkan kerajaan BN pada 1995 dan tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti sekarang. Kita lihat mereka (kerajaan PAS) lantik orang tidak berkebolehan untuk mentabdbir sebab itu Kuin jadi porak peranda,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Tangan Dihulur Kasih Diberi’ di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Chengai, Kuala Kedah di sini hari ini. Program itu disertai kira-kira 60 kanak-kanak istimewa yang turut menerima sumbangan daripada Ahmad Bashah. Beliau berkata sekiranya di bawah pentadbiran kerajaan BN, masalah kebajikan petugas kolej universiti itu, termasuk isu potongan gaji untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pinjaman bank akan diselesaikan. Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata beliau kesal dan kecewa kerana kerajaan PAS di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menangani isu itu dengan bijak. “Kegagalan Azizan dalam menyelesaikan masalah kewangan Kuin membuktikan kerajaan negeri tidak cekap dan lemah untuk menguruskan kewangan kolej dengan baik, tidak seperti BN dahulu,” katanya. Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, berkata walaupun banyak demontrasi aman dan penyerahan memorandum dilakukan, kerajaan PAS seolah-olah tidak mempedulikan nasib petugas mereka. |
Malaysia, Singapore PMs Reaffirm Commitment To Stronger, Mutually Beneficial Partnership Posted: 19 Feb 2013 02:08 AM PST SINGAPORE, Feb 19 – Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his Singaporean counterpart Lee Hsien Loong have lauded the excellent progress in bilateral relations between both countries since their Putrajaya Retreat in January 2012. In a joint statement issued by both prime ministers at the Singapore-Malaysia Leaders’ Retreat here today, the leaders reaffirmed their commitment to a stronger and mutually beneficial partnership, especially amidst an uncertain global economy. The Leaders noted the progress of the joint developments by Khazanah Nasional Bhd and Temasek Holdings (Private) Ltd in Singapore (by M+S Pte Ltd) and in Iskandar Malaysia (by Pulau Indah Ventures Sdn Bhd). They said these were strategic projects that reflected the high degree of trust and complementarity between both countries. In Singapore, the prime ministers witnessed the unveiling of the Marina One project in Marina South and received an update on the DUO project in Ophir-Rochor. In Iskandar Malaysia, they witnessed the ground-breaking and unveiling of the Urban Wellness project in Medini North as well as the unveiling of the Resort Wellness project in Medini Central. Recognising that a dynamic and successful Iskandar Malaysia benefited both Malaysia and Singapore, the Leaders agreed to intensify existing cooperation and explore new ways to leverage on the complementarities between Singapore and Iskandar Malaysia. In this regard, the prime ministers expressed satisfaction at the work of the Iskandar Malaysia Joint Ministerial Committee (JMC), including the final composition and Terms of Reference of the Industrial Cooperation Work Group. They also agreed to strengthen connectivity between Singapore and Malaysia, such as through the Rapid Transit System Link, for which Phase 1 of the Joint Engineering Study is nearing completion. They also welcomed the initiative by the JMC to study measures to address traffic and congestion issues on the Causeway, as well as the feasibility of a third road link between the two countries in the longer-term. The prime ministers also agreed to build a High Speed Rail link between Kuala Lumpur and Singapore and described it as a strategic development in bilateral relations that will dramatically improve connectivity between Malaysia and Singapore. They also took note of the expected commencement in 2013 of operations of the new ferry terminal and Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities at Puteri Harbour in Johor. The ferry services will be operating between Puteri Harbour and Singapore, subject to the regulators' evaluation of the services. The prime ministers also agreed that the JMC will continue to explore further links to improve connectivity between both countries. The Leaders also welcomed the close inter-agency cooperation on environmental issues with transboundary implications and navigational issues through platforms such as the Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment and the Maritime and Port Authority of Singapore-Johor Port Authority Operational Meeting. They also agreed to continue cooperating on such issues of mutual concern. Najib and Lee also emphasised the importance of adopting best practices for addressing areas of environmental concern, including the implementation of mitigation measures, where appropriate. Both Leaders also noted the progress of the Malaysia-Singapore Joint Technical Committee on the Implementation of the (International Court of Justice’s judgment on Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge (MSJTC) which has held six meetings so far. They welcomed the successful completion of the Joint Survey Works in and around Pedra Branca and Middle Rocks and agreed that the next step would be for the MSJTC to move into the delimitation of maritime boundaries. Recalling that both sides affirmed the terms of the 1962 Water Agreement during the January 2012 Leaders' Retreat, the two prime ministers took note of the importance of implementing the necessary measures to ensure reliable water supply from the Johor River as provided for under the 1962 Water Agreement. They also encouraged the Singapore and Johor water authorities to continue their excellent working relationship. On another note, the Leaders welcomed the excellent relations and regular interactions between the civil services of both countries. They noted that both civil services are looking forward to the 5th Joint Seminar and 36th Public Service Games for Public Sector Leaders that Malaysia will host in May 2013. The prime ministers also expressed satisfaction that both sides had resolved to expand the 700 MHz digital dividend radio frequencies, in harmonisation with the Asia-Pacific Telecommunity band plan, for the deployment of mobile broadband services with the relevant spectrum. The expanded frequencies are expected to be made available after the period of conversion from analogue to digital broadcasting, taking into consideration regional spectrum coordination arrangements. Touching on the region, both prime ministers also underscored the importance of Asean unity to enhance its central role in the region's evolving architecture. They expressed confidence in Asean's progress towards its 2015 Asean Community building goals, and looked forward to advancing Asean integration and maintaining regional stability in the year ahead. The two prime minister also agreed to have the next Retreat in 2014 in Malaysia. |
PBS, UPKO, PBRS Digesa Kembali Bergabung Dalam Satu Parti Posted: 19 Feb 2013 01:52 AM PST KOTA BELUD, 19 Feb – Pertubuhan Tindal Sabah Bersatu (Usto), sebuah persatuan etnik di Sabah, menyeru pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) membuat pertimbangan untuk kembali bersatu atau bergabung dalam sebuah parti politik seperti ketika mereka bersama PBS suatu ketika dulu. Ketika membuat seruan itu, setiausaha agung Usto Kanul Gindol berkata sekiranya mereka benar-benar jujur dengan apa yang mereka ucapkan, sekurang-kurangnya mereka patut mencari jalan untuk menggembleng sumber untuk membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat yang mereka wakili. “Zaman sekarang, orang hanya percaya sekiranya apa yang diucapkan segera disusuli tindakan atau usaha yang konkrit, seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Opsyen yang ada bagi ketiga-tiga pemimpin Kadazandusun Murut (KDM) ialah menimbang semula untuk kembali bergabung dalam sebuah parti politik seperti ketika mereka bersama-sama dalam PBS dulu,” katanya kepada Bernama hari ini. Kanul berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media bahawa presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok dan presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berikrar untuk bersatu bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-13. Ketiga-tiga pemimpin itu dilaporkan berjabat tangan pada majlis penyerahan barangan bantuan bernilai lebih RM4.5 juta kepada pemimpin gereja di Sabah, sambil berikrar untuk berganding bahu bagi memastikan kemenangan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. “Dengan wujudnya perpaduan, tiada apa yang tidak boleh kita capai pada masa akan datang,” tiga pemimpin itu dipetik sebagai berkata. Dompok dan Kurup merupakan pemimpin kanan PBS dari 1985 hingga 1994, sebelum mereka meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baharu untuk menyertai BN selepas pilihan raya negeri pada 1994, manakala PBS meninggalkan BN pada 1990 sebelum kembali ke pangkuan parti gabungan itu pada 2002. Kanul berkata tiada istilah “sudah terlambat” untuk melakukan sesuatu yang baik, lebih-lebih lagi “sekiranya para pemimpin tidak mengutamakan kepentingan sendiri dan mempunyai rancangan untuk menghadapi masa depan secara bersama”. “Walaupun bukan suatu kesalahan untuk menyertai parti politik berbeza, begitu jugalah tidak menjadi kesalahan sama sekali bagi mereka untuk berkongsi tanggungjawab dan peluang. “Sekurang-kurangnya mereka boleh menjimatkan kos kerana tidak perlu melakukan perkara serupa, kadangkala cuba mengatasi satu sama lain dan dalam berbuat demikian, mereka terlibat dengan perbalahan sia-sia, yang hanya menguntungkan musuh bersama mereka hingga menyebabkan rakyat berasa kecewa dan menjadi tidak tentu arah,” katanya. Beliau berkata ketiga-tiga pemimpin KDM itu tidak sepatutnya mempersia-siakan peluang untuk mengambil manfaat daripada perpaduan memandangkan ancaman yang dialami masyarakat itu sedang memuncak ketika ini. “Kita bercakap tentang esok. Mengimbas kembali zaman lampau boleh menimbulkan rasa hiba, tetapi merancang untuk masa depan merupakan suatu langkah strategik untuk rakyat,” kata Kanul, yang juga seorang wartawan dan aktivis masyarakat. |
Pertelagahan DAP-PKR Petanda Jelas Kepada Rakyat Johor – Nur Jazlan Posted: 19 Feb 2013 01:34 AM PST JOHOR BAHARU, 19 Feb – Pertelagahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor merupakan isyarat jelas supaya rakyat tidak memilih pakatan pembangkang kerana ia akan menimbulkan ketidakstabilan ekonomi negeri. Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa pertelingkahan di antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Chen Hau dan rakan sejawatnya daripada PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng bukan satu perkara baharu atau mengejutkan. “Perkara ini, sudah lama berlarutan sejak Chua dilantik sebagai Pengerusi PKR Johor dan kedua-dua mereka sebenarnya berebut kerusi Parlimen Gelang Patah kerana berpendapat bahawa kerusi berkenaan adalah kerusi selamat untuk pembangkang. “Walaupun Parlimen Gelang Patah kini diwakili anggota Parlimen Barisan Nasional, Tan Ah Heng, DAP dan PKR berpendapat bahawa mereka mampu menawan kerusi itu disebabkan faktor pengundi Cina,” katanya hari ini. Pada masa sama, kata Jur Jazlan, Dr Boo yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai sudah lama mengintai untuk menjadi calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Bagaimanapun kata beliau, keinginan Dr Boo itu tetapi tidak mendapat persetujuan daripada Chua. Nur Jazlan yang juga Pengerusi UDA Holdings berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Boo hari ini, yang menuduh Chua menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan DAP Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata rakyat Johor perlu sedar pakatan pembangkang selama ini, tidak pernah bersepakat dalam soal pembahagian kerusi dan kenyataan Dr Boo itu jelas membuktikan pertelingkahan sesama mereka amat serius. Katanya, jika dalam soal pembahagian kerusi, pakatan pembangkang tidak boleh bersepakat bagaimana pula mahu berbincang mengenai soal dasar atau ekonomi jika dipilih membentuk kerajaan nanti. “Saya yakin rakyat Johor bijak membuat penilaian ini dan mereka sedar bahawa hanya BN yang benar-benar mampu memberikan kestabilan dan kemakmuran kepada negeri ini,” katanya. Beliau berkata, BN negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman banyak membawa perubahan kepada Johor dan antaranya, adalah Iskandar Malaysia yang kini, menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. |
Nick Xenophon Not Eligible To Be Election Observer – EC Posted: 19 Feb 2013 01:19 AM PST KUCHING, Feb 19 – Independent Australian Senator Nick Xenophon is a man who is bias, unprofessional and therefore not eligible to be an election observer, Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said today. He said the EC had held discussion with Xenophonon on an invitation by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, but the matters that were raised were similar to issues raised by the opposition parties. “An observer got to be independent, not bias, to correct what is not right, no matter who did the wrong. “This man (Xenophon) is bias and so he cannot be a fair and just observer. he represents a certain political party…an observer cannot be like that,” he added. He said as a sovereign country, Malaysia should not be dictated by other countries. Abdul Aziz said EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar had met Xenophon for a discussion. “Questions and doubts raised by him were no different from those often raised by an opposition party,” he added. He said among the issues raised were on the redelineation of the electoral boundaries and the electoral roll. “I too have explained the issue to the Australian Ambassador to Malaysia, where it is done according to the Malaysian constitution. “Malaysia cannot be equalised with the United States of America, Australia or the United Kingdom because our election system is different. “The ambassador understands and says he does not want to interfere in our system,” he added. |
Selangor BN Expect 80,000 Visitors For Chap Goh Mei Festival At I-City Posted: 19 Feb 2013 01:15 AM PST SHAH ALAM, Feb 19 – The Selangor Barisan Nasional (BN) expect 80,000 visitors for the ‘Pesta Chap Goh Mei Sayangi Selangor’ festival to be held at the i-City here, on Saturday. Organising chairman Datuk Ching Eu Boon said the festival to be held from 7.30pm to 10.30pm, would feature various events like Lion dance, Dragon dance, an acrobatics performance from China and fireworks. “The Chap Goh Mei festival is organised to showcase peace and harmony enjoyed by the country and to promote unity among families. People of all levels are invited for the festival that will be opened by Selangor MCA chairman Datuk Donald Lim Siang Chai,” he told reporters here today. Ching who is the Selangor MCA Deputy Youth chief said 1,888 oranges as a symbol of unity and harmony among all races. He added that Selangor BN with the cooperation of I-Berhad would also give away 1,000 tickets to the Waterworld@i-City park worth RM50 each for free through the www.i-city.my website from 7pm to 11pm on the same day. |
Ruang Masih Terbuka Selesai Secara Baik Insiden Pencerobohan Di Lahad Datu – Hishammuddin Posted: 19 Feb 2013 01:09 AM PST LAHAD DATU, 19 Feb – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan Malaysia masih memberi ruang bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan insiden pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke Negara ini melalui Kampung Tanduo, dekat sini sejak 12 Feb lalu. “Saya boleh mengesahkan bahawa ruang masih diberi kepada pihak berkenaan dan juga pihak lain yang boleh membantu dalam pendekatan kita mencari penyelesaian terbaik,” katanya. Beliau berkata ruang yang diberikan itu tidak bermakna kerajaan tunduk kepada sesiapa tetapi bagi memastikan insiden pencerobohan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang tidak diingini seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. “Dalam apa juga keadaan fokus utama kita ialah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik. Ini modus operandi kita…cara kita ialah untuk menyelamatkan nyawa. “Sekiranya ada pihak tertentu atau pihak lain yang boleh membantu mereka yang berkenaan, rasional, dan bekerjasama dengan kita, lebih cepat perkara ini dapat diselesikan. Saya menasihatkan semua pihak agar membenarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka,” katanya sambil menasihatkan supaya menghentikan spekulasi dan khabar angin mengenai isu pencerobohan itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberi taklimat terkini berhubung insiden pencerobohan itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu di Tungku di sini hari ini. Turuh hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Selasa lepas, pasukan keselamatan menemui sekumpulan warga asing bersenjata berpakaian tentera mendarat di pesisir Lahad Datu dan polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo itu sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina. Hishammuddin berkata pendekatan pihak berkuasa Malaysia dengan membuka pilihan yang ada dalam menangani masalah berkenaan ialah bagi mengelak insiden itu daripada dipolemik atau dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab di dalam negara dan antarabangsa. “Saya harap pihak yang terlibat jangan desak pihak berkuasa ke tahap itu. Tetapi kalau pihak berkuasa terpaksa melakukannya, demi kepentingan kedaulatan, marwah kita, saya rasa kita tak ada masalah…,” katanya. “Kita dah kata lebih awal lagi bahawa kedaulatan dan keselamatan Sabah tidak akan dikompromi. Kalau itu tidak dapat diterima pihak berkenaan, kita yang mengawal sekarang apabila tiba masanya, saya terpaksa melakukan apa yang patut,” katanya. Beliau menegaskan insiden itu bukanlah suatu mainan dan meminta media massa dan media sosial supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan operasi pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu. Menteri itu turut mengulangi kenyataannya di Kota Kinabalu semalam bahawa kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah tetap diutamakan dan tidak akan dikompromi serta meminta semua pihak supaya memberi sedikit masa kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu. Hishammuddin menjelaskan jumlah sebenar anggota kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo tidak lebih daripada 150 orang dan bukannya 1,000 orang seperti diuar-uarkan beberapa pihak. Beliau berkata Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu. “Pencerobohan itu juga tidak melibatkan orang kampung dan tiada rakyat Malaysia ditahan atau diculik dan apa yang pihak berkuasa kepung sejak hari pertama tidak melibatkan dan tiada risiko kepada rakyat kita…saya harap spekulasi dan khabar angin dapat dihentikan.” Beliau berharap menerusi perkembangan terkini dan rasmi yang dikhabarkannya dalam lawatannya pada hari ini dapat menghentikan segala khabar angin dan spekulasi sama ada dari dalam negara dan luar negara. Hishammuddin berkata lawatannya itu juga bagi memperjelaskan beberapa perkara yang dihebahkan di media massa dan laman sosial sebagai tidak berasas selain meninjau kedudukan anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas sepanjang operasi itu. Beliau menegaskan semua pihak harus memberi ruang kepada agensi keselamatan negara yang telah dilatih serta bertindak profesional dalam menjalankan tugas-tugas menangani kejadian pencerobohan itu. Sementara itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk Angkatan Tugas Bersama 2, sentiasa bersiap siaga dalam mengawal sempadan Negara terutama di kawasan pantai timur Sabah bagi menyekat penyusupan baharu. Kerajaan melalui Wisma Putra dan agensi risikan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerjasama baik dan berhubung rapat berhubung isu berkenaan. |
Muhyiddin Confident Of Better Support From Indian Community In 13th GE Posted: 19 Feb 2013 12:43 AM PST SUNGAI SIPUT, Feb 19 - Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is confident of better support from the Indian community for Barisan Nasional (BN) in the coming 13th general election (13th GE). He said that based on a survey conducted on Indian voters nationwide, majority of them now supported BN. “Perhaps, in the last general election, they were influenced by the opposition parties and Hindraf, as well as over several issues that cropped up which made them angry, but that was five years ago,” he told reporters after attending the 1Malaysia People’s Feast here today. Muhyiddin said the step taken by the government in helping all races through the transformation policy and ‘touch point’ programmes since two years ago had made the people realised that the BN-led government was capable of helping them. “So, we in BN, are confident that in this coming general election, the support from the Indian community for BN will be better,” he added. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment