SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, July 30, 2010

Akta halal akan jadi kenyataan

Akta halal diwujudkan

SEREMBAN 29 Julai – Pemantauan serta penguatkuasaan berhubung soal penggunaan status halal di kalangan penjual serta pengeluar makanan di negara ini akan diperkemaskan menerusi kewujudan Akta Halal yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

berkata, akta baru itu telah selesai dibincang dan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang sebelum ia dikuatkuasakan.

‘‘Akta Halal ini akan dibentangkan menerusi pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 menerusi kajian, penelitian dan hasil pembentangan yang dijalankan bersama rakan saya, Datuk Seri Ismail Sabri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

‘‘Lanjutan daripada itu, kita akan mempunyai satu akta baru yang boleh berdiri secara sendiri dalam usaha memperkemas serta memantapkan penguatkuasaan dan proses perundangan bagi memantau soal halal di negara ini,” katanya.

Jamil berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Warisan Nabawi 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, penguatkuasaan serta tindakan bagi memantau penggunaan status halal diyakini dapat ditingkatkan menerusi struktur perundangan yang diwujudkan di bawah akta berkenaan.

‘‘Ini bermakna, dengan wujudnya akta ini, penguatkuasaan serta pemantauan terhadap premis perniagaan serta peniaga yang terlibat dengan pengusahaan berteraskan produk halal akan dapat dimantapkan.

‘‘Untuk itu, pihak saya akan menjalinkan kerjasama erat dengan KPDNKK termasuk Kementerian Kesihatan untuk mempergiatkan usaha bagi memastikan pihak terlibat mematuhi kriteria halal,”

‘‘Bahkan, saya juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti akta yang telah siap dibincangkan itu sebelum ia dibentangkan nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Jamil yang diminta mengulas berhubung penubuhan sekolah khas bagi menempatkan remaja hamil luar nikah memberitahu, langkah itu perlu dikaji dan dirumuskan melalui pandangan dari pelbagai pihak sebelum ia boleh dilaksanakan.

‘‘Bagi saya, kewajaran untuk menubuhkan sekolah ini tertakluk kepada rumusan yang dibuat dari kajian, penelitian dan pandangan semua pihak.

‘‘Ini kerana ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang tidak, maka kita perlu kumpulkan semua pandangan itu sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.


sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Wednesday, July 28, 2010

Tuesday, July 27, 2010

SSDE Sementa






huhhh walaupun hujan tapi ramai yang datang. nak dengar penjelasan Dt Noh Omar dan rerakan ... hmm.. banyak info yang dapat. bila pulak kerajaan negeri nak tunaikan elaun ibu tunggal, suri rumah, dll... hmhmhm hamperh... janji Penipu Rakyat...Pasir ko Sapu ... bonus ko sapu...... rakyat pun ko sapu.... Di Ambil Pasir (DAP) oleh Punah... Punahsihat KeRajaan (PKR) maka Parti Angguk Saja (PAS)...apabila mereka Korek Selangor Sampai Berlubang (KSSB). habis cerita... Mari Selamatkan Selangor Sebelum Berlubang banyak.

BN semakin mendapat sokongan rakyat yang mahukan ketelusan dalam isu pasir dan Suara Baru Menggesa agar tuan-puan menuntut elaun memasing ..di pejabat JKKK (PR)


Friday, July 23, 2010

ROADSHOW


23 JULAI 2010. (JUMAAT) 9 MALAM

SHAH ALAM
dewan tabika kemas
jalan gelama seksyen 17/24
seksyen 17 shah alam

PENCERAMAH
senator ezam mohd nor,dato noh omar dan yb satim diman

KOTA RAJA
dewan komuniti
jalan sri sarawak 4
taman sri andalas klang.

PENCERAMAH
senator ezam mohd nor,dato noh omar dan yb shukor idrus.

semua dijemput terutama yang ada telor

Tuesday, July 20, 2010

Cukaii Free 5 Tahun Konon....Negeri Pun Tak Buleh Nak Urus.....






IKYS - Rugi atau nak cari untung PINTAS?


IKYS sepatutnya untung dalam tempoh 2 tahun? Mana punya punahsihat ekonomi yang bagi cadangan bingai macam aku? Atau hanya ingin menjual aset Yayasan Selangor bernilai lebih RM20 juta tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan aset masa depan negeri?

Sebagai salah seorang bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS, aku merasa terkilan dengan keputusan kerajaan Selangor.

Untuk pengetahuan anda semua, Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan menyewa bekas Bangunan Balai Polis Kuala Selangor. Selepas itu IKYS berpindah di kampus sementara di Kuala Selangor (kampus tersebut diambil-alih oleh Kolej Antarabangsa INPENS) sebelum berpindah ke kampus tetap di Bagan Terap, Sg. Besar, Sabak Bernam pada tahun 2009.

Tahukah anda bahawa kelayakan minima untuk memasuki IKYS ialah seperti berikut:

1. Tahu membaca

2. Tahu menulis dan

3. Tahu mengira

Berbanding dengan INPENS yang memerlukan kelayakan minima SPM/SPVM, IKYS menerima anak anda walaupun mereka TIDAK PERNAH BERSEKOLAH sebelum ini.

Anih? Inilah kehebatan IKYS yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar tercicir bukan sahaja untuk anak Selangor tetapi dibuka kepada pelajar-pelajar negeri lain (walaupun rakyat Selangor diberikan keutamaan) tanpa mengira fahaman politik.

Selain daripada menawarkan pinjaman pembelajaran, IKYS juga menawarkan kursus pendawaian elektrik tahap kompeten yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (sila rujuk laman sesawang STM di sini) bermakna pelajar-pelajar tersebut berpeluang memperolehi Sijil PW2, PW4 dan Sijil Chargeman yang diiktirafkan yang membolehkan mereka meneruskan pengajian ketahap diploma dan ijazah.

Bayangkan seorang yang tidak pernah bersekolah masih berpeluang menjadi seorang Jurutera Elektrik!

Keujudan IKYS juga mampu mengurangkan kadar jenayah remaja. Tanggungjawab tenaga pengajar IKYS terlalu berat. Bayangkan sendiri jenis remaja yang belajar di sana sekiranya mereka diambil dari golongan yang berhenti sekolah, lari sekolah, dibuang sekolah dan sebagainya. Pendidikan moral yang khusus diberikan tekanan supaya apabila mereka tamat belajar akan menjadi rakyat yang berguna.

Bukankah ini satu aset kepada kerajaan negeri khususnya dan negara amnya?

Apakah kita ingin menambah peruntukan membina lebih banyak sekolah pemulihan budak-budak nakal seperti Henry Gurney's Boys School di Melaka? Sedangkan sekolah-sekolah tersebut langsung tidak memberikan keuntungan kewangan malah lebih banyak memerlukan peruntukan kerajaan?

Menyerapkan operasi IKYS ke dalam INPENS juga bermakna mengecilkan peluang pendidikan. Kampus yang dibina sebenarnya untuk menambah peluang pendidikan supaya IKYS akan terus berkembang bukannya terus menguncup.

Apabila kita membicarakan tentang untung-rugi di dalam sesuatu operasi, kita perlu melihat secara menyeluruh operasi tersebut. Walaupun IKYS ditubuhkan sejak tahun 2000 tetapi penempatan pelajar di kampus tetap baru bermula dari tahun 2009 yakni baru berusia 2 tahun. Pelaburan RM20 juta bukan dibuat berdasarkan pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh itu tetapi untuk jangka panjang. Ianya juga merupakan tanggungjawab sosial yang digerakan oleh kerajaan sebelum ini untuk membantu rakyat mencapai kemajuan dan menikmati kemakmuran negeri secara rakyat yang bermaruah bukannya sebagai peminta sedekah dengan elaun bulanan atau subsidi.

Ambil contoh KTMB yang beroperasi di Kelantan. Walaupun KTMB mengalami kerugian di sana namun KTMB masih terus beroperasi untuk kemudahaan rakyat.

· Pelajar-pelajar masih boleh berulang-alik ke sekolah kerana mereka merupakan aset masa depan negara.

· Guru-guru masih boleh menjalankan tugas mereka mendidik anak bangsa

· Penduduk-penduduk masih boleh membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan

· Pekerja-pekerja masih boleh berulang-alik memberikan sumbangan tenaga

· Penceramah-penceramah dan pendengar ceramah juga masih boleh menggunakannya untuk meluaskan minda masyarakat

Sekiranya keuntungan diambilkira, KTMB sepatutnya telah lama menamatkan perkhidmatan di kawasan-kawasan pendalaman.

Apa yang aku nampak di sini bukannya masaalah kerugian yang dihadapi oleh IKYS tetapi kurang pelajar kerana masih belum terkenal. Walaupun kebanyakan pelajar datang dari golongan miskin tetapi mereka bukannya belajar di sana secara percuma tetapi dibantu dengan pinjaman bersyarat. Anak saudara aku sendiri memerlukan lebih RM13,000.00 dalam bentuk pinjaman untuk dua tahun di sana.

Apakah mungkin dengan menyingkirkan pelajar-pelajar tersebut memberi peluang untuk kerajaan negeri meraih keuntungan melalui penjualan aset IKYS yang bernilai lebih daripada RM20 juta tersebut? Sekiranya ini adalah tujuan sebenar kerajaan negeri, maka aku menganggap ianya adalah satu jenayah terancang dan dihalalkan. Prasarana IKYS walaupun terpencil tetapi lebih merupakan seperti satu taman perumahan kos rendah dengan kemudahan seperti berikut:

· Dewan

· Taman Selera

· Surau

· Blog Kedai

· Blog Bengkel/industri kecil

· Rumah berkembar tiga bilik (kos rendah)

· Taman permainan

· Kolam ikan

· Kawasan berpagar dengan Menara Tangki Air sendiri

Bayangkanlah nilainya kalau dijual dipasaran terbuka (atau kepada mereka-mereka yang tertentu sahaja?)

Sepatutnya kerajaan negeri membantu membina lebih banyak lagi cawangan IKYS di seluruh negeri Selangor terutama di kawasan-kawasan terpencil untuk kemudahan rakyat jelata. Sekiranya kerajaan negeri yang ada sekarang berusaha untuk memajukan IKYS maka kredibiliti pentadbiran kerajaan sedia ada akan lebih terserlah dalam membangunkan modal insan di Negeri Selangor.

Oleh itu, aku mengharapkan semua rakyat khususnya di negeri Selangor dan Malaysia amnya menyokong perjuangan pelajar-pelajar IKYS kerana perjuangan tersebut bukan sahaja untuk masa depan meraka tetapi untuk generasi akan datang. Anak saudara aku telah menamatkan latihan praktikalnya dan akan meninggalkan IKYS tidak lama lagi tetapi beliau telah berjanj akan membantu memberikan gambar-gambar prasarana IKYS tidak lama lagi. InsyaAllah, aku akan muatnaik gambar-gambar tersebut apabila aku memperolehinya secepat mungkin.

Kepada bloggers, dapatlah kiranya terus memperjuangkan IKYS di blog-blog anda terutama yang pandai menyediakan grafik untuk diletakkan diblog-blog




























Sunday, July 18, 2010

Penjelasan YAB Perdana Menteri Rasional Subsidi Dikurangkan

Pejabat Perdana Menteri

1. Sejak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

2. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

3. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

4. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

5. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

6. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

sumber : http://www.pmo.gov.my/

Saturday, July 17, 2010

Demo Bantah kRompakan PAsir









SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Beliau mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

"Atas keistimewaan ini, saya difahamkan syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat-syarikat lain dan membuat keuntungan besar.

"Adakah syarikat itu menjadi ‘proxy’ mana-mana parti politik. Apa muslihat kerajaan negeri sehingga beri cukup keistimewaan kepada syarikat itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.

"Syarikat-syarikat terbabit menyalahgunakan keistimewaan itu dengan tidak membayar kepada KSSB selepas mengorek pasir. Sikap pilih kasih ini juga menyebabkan KSSB hanya jadi alat dan kuda tunggangan kepada syarikat-syarikat tertentu," katanya.

Keluar resit berbeza

Noh mendakwa KSSB juga membenarkan pihak kontraktor memproses dan menjual pasir halus di kawasan melombong tetapi mengeluarkan resit yang menyatakan bagi pengeluaran pasir kasar.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan dengan memberhentikan pemberian permit pasir sekiranya mereka ingin menyelesaikan masalah pasir dengan telus dan bukan menyalahkan kerajaan Persekutuan atas kegagalan mereka.

Mengenai tindakan kerajaan negeri mengeluarkan senarai nama syarikat dan individu yang menerima lesen untuk menjalankan kegiatan melombong pasir antara 2005 hingga 2007 iaitu sebelum pakatan pembangkang memerintah Selangor, Noh berkata,

"Kerajaan negeri sepatutnya turut mengeluarkan senarai nama mereka yang menerima lesen sepanjang tempoh pembangkang memerintah Selangor iaitu pada 2008, 2009 dan 2010."

Noh berkata beliau bersedia berdepan dengan tindakan disaman oleh kerajaan negeri berikutan pendedahannya mengenai penyelewengan KSSB dalam isu pasir di Selangor.

"Kita ada bukti…ada saksi yang sanggup tampil ke hadapan, kalau mereka (kerajaan negeri) nak saman, samanlah," katanya.

-Bernama

gambar ehsan Saudara Ahmad Saabun dan Tuan hj Mohd Roslee Abdul Hamid

Friday, July 16, 2010

Subsidi-oh Subsidi




Semalam kerajaan telah mengumunkan kenaikan beberapa item seeperti minyak gas dan gula ..namu kenaikan itu adalah yang minima manakala subsidi yang masih dikekalkan seperti




1. Buku Teks


2. Yuran peperiksaan


3. Minyak Masak


4. Perubatan dan Hospital


5. Yuran Universiti


6. Tadika


7. Elektrik


8. Tepung


9. Roti


10. Getah


11. Internet Plajar


12. Bagi sesetengah sekolah Uniform


13. Perpustakaan


14. Bas Awam


15. Pengangkutan Awam
16. Kantin Sekolah


Tindakan kerajaan untuk mennyelaraskan semula subsidi adalah tepat pada masannya kerana kerana bagi kenderaan berc.c kecil ianya perbelanjaan masih dapat dijimatkan.
Ianya juga akan menyelamatkan alam sekitar dan secara automatiknya rakyat akan mengurangkan pengambilan gula yang akan membahayakan kesihatan.
Dengan kenaikkan ini dijangka pembangkang akan menangguk di air yang keroh dengan memburukkan lagi keadaan dan menjadi batu loncatan.
Kita dapat melihat pembangkang akan mula menjanjikan janji-janji palsu dan kita juga akan dapat melihat ..bahawa hampir semua janji-janji pembangkang masih tidak t dilaksanakan.
Nasihat kita kepada pembangkang agar dapat menunuaikan janji-janji pilihanray yang lepas sebelum cuba menjadi HERO yang dalam masa yang sama menipu rakyat




Wednesday, July 14, 2010

DEMO SKANDAL PASIR SELANGOR

KHAMIS 15 JULAI 2010 , 10 Pagi, Berkumpul di Kantin Masjid Negeri Shah Alam,
Semua yang prihatin dijemput hadir. Mohon di war-warkan

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT