SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, March 31, 2013

UMNO Online - “Kerajaan Pusat Lulus RM5 Juta Atasi Masalah Air Bersih Di Felda Kemahang” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Pusat Lulus RM5 Juta Atasi Masalah Air Bersih Di Felda Kemahang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Pusat Lulus RM5 Juta Atasi Masalah Air Bersih Di Felda Kemahang

Posted: 30 Mar 2013 03:03 AM PDT

PASIR MAS, 30 Mac – Kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM5 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang membelenggu penduduk Felda Kemahang 1, 2 dan 3 di Tanah Merah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan pusat mengambil langkah membantu penduduk berkenaan selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pas dilihat masih gagal menyelesaikan masalah itu.

“Masalah menyediakan bekalan air bersih itu sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri, tetapi Felda membantu dengan mengeluarkan peruntukan bagi keperluan rakyat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat Kelantan kini dilihat bersedia untuk menukar kerajaan negeri selepas kepimpinan sedia ada dilihat gagal menunaikan pelbagai janji yang dibuat sejak memerintah kira-kira 23 tahun lepas.

“Berdasarkan laporan yang diperoleh, kita melihat kesediaan rakyat negeri Kelantan untuk menukar kepimpinan yang ada amatlah jelas.

“Hal ini kerana janji yang dilakukan Pas tidak pernah ditunaikan, termasuk janji pemberian RM100 kepada warga emas seperti yang dijanjikan sejak 1990, namun ia tidak ditunai sehingga sekarang,” katanya.

Ahmad, yang juga Ketua Penerangan UMNO menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa menukar pemerintahan di bawah kepimpinan ulama adalah haram sebagai mainan politik semata-mata menjelang pilihan raya umum.

“Rakyat tidak perlu takut dan berhak menukar kepimpinan apabila kerajaan Pas gagal menunaikan janji untuk membantu rakyat.

“Saya harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan hasutan, sebaliknya bersepakat untuk menukar kepimpinan negeri ini bagi memastikan nasib rakyat terus terbela dan mengecapi perubahan (di bawah Barisan Nasional),” katanya.

Rakyat Perlu Bijak Nilai Anwar Yang Ditolak Rakan, Pemimpin Kanan PKR – Ali Rustam

Posted: 30 Mar 2013 02:57 AM PDT

TEMERLOH, 30 Mac – Rakyat perlu bijak menilai kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditolak rakan dalam pakatan pembangkang dan pemimpin kanan PKR yang bertindak keluar parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau mendakwa ramai pemimpin kanan parti pembangkang itu bertindak keluar parti setelah menyedari sesuatu yang tidak betul dengan diri ketua pembangkang itu.

“Parti pembangkang kini kelam kabut, dulu sepakat lantik Anwar tetapi beliau kini ditolak kerana masalah moral sedangkan untuk menjadi Perdana Menteri kena ada integriti dan mempunyai visi.

“Personaliti Anwar sangat berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ternyata terbukti kewibawaan beliau walaupun baru empat tahun menjadi perdana menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Himpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Temerloh di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Ketua MCA Temerloh Datuk Chuah Boon Siong, Pengerusi MIC Temerloh A.Sivalingam, Pengerusi Gerakan Temerloh Ong Boon Hong dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Temerloh N. Nagarajan.

Antara pemimpin PKR yang keluar parti ialah bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar, bekas Ketua Penerangan Ruslan Kassim, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk S. Nallakaruppan.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pembangkang juga tidak mempunyai keupayaan untuk memerintah negara ini kerana mereka tidak mempunyai kesepakatan dan sikap toleransi seperti parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

“Setiap pemimpin parti pembangkang berjuang untuk kepentingan parti masing-masing untuk berkuasa dan mereka sentiasa mencurigai antara satu sama lain.

“Sebab itu mereka sehingga hari ini tidak mempunyai ketetapan untuk memilih bakal perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Katanya, rakyat perlu bijak dan tidak tersalah mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Setakat ini hanya Barisan Nasional yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya.

ESSZONE Capable Of Boosting Economy Of Sabah, Says CM

Posted: 30 Mar 2013 02:52 AM PDT

KOTA KINABALU, March 30 – The East Sabah Security Zone (ESSZONE) can be a growth engine and boost the economy of Sabah, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman today.

He said, ESSZONE would firm up the stability in the eastern area of Sabah, Sulu Sea and the East Asian Growth Area (BIMP-EAGA) covering Brunei, Indonesia, Malaysia and the Philippines.

“Setting up ESSZONE will definitely boost the security level in east Sabah in the best possible manner.

“This will simultaneously uplift the confidence of tourists and foreign investors to visit and carry out economic activities in Sabah,” he said at a ‘Road Show’ of the Sabah Foundation With The People in Putatan, near here.

Musa also urged the people not to cease praying for the wellbeing and security of the members of the security forces conducting Operasi Daulat in Lahad Datu, to hunt and nab remnants of the terrorists from Sulu, who intruded into Sabah, since more than a month ago.

The people at every level must be united, confer and cooperate with the government and the security forces in ensuring our peace and security is preserved.

“This is not a question of politics. This is a question of sovereignty and the security of the nation and people. It is the responsibility of all and not only the members of the security forces,” he said.

Musa was also disappointed with the action of the opposition which belittled the members of the security forces who were willing to sacrifice their lives to ensure the security and peace of the people in Lahad Datu.

“Whilst we are facing foreign elements, there are (negative) elements among us.

“The people now can evaluate between the good and the bad, whether the good is Barisan Nasional or the opposition,” he added.

Wanita UMNO Tubuh Pasukan Petugas Khas Kawal Keselamatan Pengundi

Posted: 30 Mar 2013 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Wanita UMNO akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengawal keselamatan pengundi berikutan terdapat laporan yang  mendakwa pihak tertentu ingin mewujudkan huru-hara ketika pengundian pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata mereka sudah mula menyusun strategi dan akan mengerakkan pasukan khas berkenaan ke semua pusat mengundi di seluruh negara.

Beliau berkata provokasi itu dirancang pihak tidak bertanggungjawab kerana gementar dengan peningkatan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), selain ingin menghalang pengundi BN menunaikan hak mereka.

“Pasukan petugas ini akan memastikan semua pengundi, terutama pengundi BN, dapat menunaikan hak mereka di bawah undang-undang Malaysia dalam keadaan aman. Kita akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk pasukan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan baucar Kebajikan Rakyat 1Malaysia kepada penghuni Perumahan Polis Diraja Malaysia Desa Tasik di Sungai Besi.

Shahrizat diminta mengulas pendedahan sebuah laman web yang mendakwa sebuah parti politik kononnya menyediakan strategi dua peringkat bagi mewujud suasana hura-hara semasa pengundian.

Beliau memberi jaminan keselamatan pengundi akan dijaga, dan mereka tidak perlu bimbang dengan perkembangan terbaharu itu.

Kepada soalan sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya kali ini, bekas menteri itu berkata, “Saya tak bertanding… tapi saya akan menjaga jentera wanita seluruh negara.”

BN Sarawak Akur Dengan Keputusan PM Berhubung Senarai Calon

Posted: 30 Mar 2013 02:34 AM PDT

KUCHING, 30 Mac – Barisan Nasional (BN) Sarawak akan akur dengan keputusan Perdana Menteri dan Pengerusi BN pusat Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung senarai calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Stephen Rundi.

Beliau berkata senarai calon dari empat parti komponen BN Sarawak yang telah diserahkan dipertimbangkan daripada semua aspek bagi memastikan mempunyai peluang terbaik untuk menang.

“Kami serahkan kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad dan akan akur dengannya,” katanya kepada Bernama di sini apabila diminta mengulas pertemuan antara Najib dan beberapa pengerusi BN dan jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO negeri, termasuk Ketua Menteri Sarawak selaku Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Putrajaya semalam.

Dr Rundi, yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata dengan sokongan 100 peratus, setiap anggota parti gabungan BN negeri harus memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi untuk memastikan kemenangan BN di semua 31 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut sama ada senarai calon yang sedang dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan BN itu akan turut mengambil kira pertukaran di saat-saat akhir di kawasan tertentu membabitkan penyandang yang dikatakan semakin kurang popular di kalangan pengundi.

Berikutan Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011, 31 kawasan Parlimen yang dipertaruhkan akan menyaksikan PBB bertanding di 14 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) (empat).

Pada pilihan raya Parlimen pada 2008, BN Sarawak memenangi 30 daripada 31 kerusi tetapi hilang satu lagi kerusi kepada parti pembangkang DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010.

Sementara itu, Dr Rundi, yang mempengerusikan mesyuarat parti komponen BN negeri dan setiausaha politik Ketua Menteri di ibu pejabat PBB di sini semalam, berkata mesyuarat itu bagi memperhalusi strategi dan persediaan menghadapi pilihan raya yang sedang berjalan dengan lancar.

Dalam memperkukuhkan jentera pilihan raya, Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB Tan Sri Alfred Jabu berkata PBB juga bertanggungjawab membantu tiga lagi parti komponen BN negeri dalam menghadapi pilihan raya.

Dalam menggerakkan jentera pilihan raya, beliau berkata BN negeri tidak boleh alpa dalam menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Social Justice Main Focus Of BN Government – Nor Mohamed

Posted: 30 Mar 2013 02:28 AM PDT

BUTTERWORTH, March 30 – The Barisan Nasional (BN) government has always put social justice as main focus to ensure that every citizen can enjoy the development programmes.

Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said this is different from the opposition who are only interested in politics and not serious with what they do.

“Our focus is on social justice. If there are groups who are marginalised, we will take immediate action to correct the social injustice.

“The opposition like to pick small issues and blow them up. This shows lack of sincerity on their part,” he said after opening Ujong Batu Fishermen’s Association 33rd annual general meeting here today.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had successfully implemented government policies beneficial to the people and was proven by the healthy economy.

“Last year we collected income tax amounting to RM128.8 billion. We have reserves amounting to RM430 billion. Our revenue is enough to provide aid for  the people,” said Nor Mohamed.

Earlier, he handed over cheques for RM10,000 and RM7,000 contributed by  Penang Fishermen’s Association and Southern Penang Fishermen’s Association to Media Prima’s Lahad Datu Heroes Fund.

Dismiss Perception Malays Reluctant To Settle Debts – Mara D-G

Posted: 30 Mar 2013 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 30 – Mara collected loan repayments totaling RM692 million last year, exceeding the target of RM500 million, and targets a repayment of RM600 million this year based on the positive development.

Its director-general Datuk Ibrahim Ahmad said, Mara’s statistics also showed that the repayment for 2011 touched RM494 million, surpassing the RM400 million target set for that year.

In this regard, he said, the perception that the Malays were reluctant to settle debts, was no longer relevant.

“The fact is that Malays repay their loans,” he said after a forum ‘A Scroll And A fistful Of Trust’ at the Putra World Trade Centre, here, today.

The one-day forum was aimed at strengthening ties between Mara and its students and provide the latest information on the role of Mara. It was opened by Deputy Rural and Regional Development Minister Datuk Hasan Malek.

In the meantime, Ibrahim said, local students must open up their mind by selecting studies other than the traditional ones like being a doctor and engineer.

“Sectors like aerospace, maritime, interior decorating or fashion designing also actually open up a broad employment opportunity with lucrative incomes,” he added.

30 Anggota Pas Kampung Kubang Telaga Sertai UMNO

Posted: 30 Mar 2013 02:17 AM PDT

BACHOK, 30 Mac – Seramai 30 anggota Pas di Kampung Kubang Telaga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO di sini malam Jumaat.

Kumpulan yang diketuai Mohd Yaacob Mohamad, 42, itu menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin disaksikan Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN berkenaan, Datuk Dr Ilias Hussin.

“Saya nekad menyertai UMNO kerana mahukan perubahan apabila Pas gagal membantu rakyat sebagaimana dijanjikan,” kata Mohd Yaacob kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Beliau berkata, walaupun diberi peluang 23 tahun memerintah Kelantan, Pas terbukti gagal menunaikan janji untuk membantu rakyat terutama golongan miskin.

“Kami juga kecewa apabila Pas yang bergabung dalam pakatan pembangkang sanggup menjadi ‘pak turut’ DAP seperti yang dilihat dalam isu penggunaan kalimah Allah,” tegasnya.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan ketika berucappada majlis itu berkata, ini kali kedua penduduk kampung itu menyertai UMNO selepas kumpulan pertama lebih 30 orang berbuat demikian bulan lepas.

Beliau menjangka ramai lagi anggota Pas menyertai UMNO terutama di DUN Tawang dalam tempoh terdekat.

BN Kelantan Tonjol Calon Mantap – Mustapa Mohamed

Posted: 30 Mar 2013 02:13 AM PDT

KOTA BHARU, 30 Mac –  Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon mantap dan diterima rakyat pada pilihan raya umum kali ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, senarai calon yang kini di peringkat akhir saringan memuatkan muka baru dan lama selain tokoh ulama yang mampu membawa kemenangan kepada BN Kelantan.

“Kita buat yang terbaik, apa juga barisan calon yang kita tonjolkan tentu ada pihak yang mempertikai. Namun bagi saya dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan memastikan inilah barisan terbaik dalam kalangan tokoh-tokoh yang ada di Kelantan,” katanya.

Beliau bercakap  selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini Sabtu.

Mengulas pertemuan beliau dengan Najib yang juga Presiden UMNO di Putrajaya pada Jumaat, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas bagi membincangkan perkara berkaitan parti terutama senarai calon BN Kelantan.

Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasukdalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat.

“Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang, ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi majlis peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkannya tidak lebih daripada gimik politik menjelang pilihan raya.

Pihak Keselamatan Pantau Cubaan Cetuskan Huru Hara Semasa PRU-13

Posted: 30 Mar 2013 02:09 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Mac – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sambil menekankan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan ketegangan, katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.

“Malah ketua-ketua polis negeri telah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik.

“Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan yang dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah berhubung perkara itu di Kuala Lumpur semalam.

Adiwijaya dipetik sebagai berkata bahawa parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Adiwijaya juga dipetik sebagai berkata bahawa risalah itu didakwa menyebut saranan mewujudkan kekecohan di pusat mengundi dan mewujudkan twitter khas memperlekehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata pemantauan itu bukan hanya ditumpukan ke 10 kawasan Parlimen tersebut tetapi dibuat di seluruh negara.

“Kita mahu menentukan pilihan raya yang adil dan bebas di negara kita. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan huru-hara. Kita mesti pertahankan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan akan timbul masalah semasa pilihan raya umum, khususnya di Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Hishammuddin berkata pencerobohan itu tidak akan menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Memanglah pada peringkat awal ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan khabar angin yang sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan rakyat Sabah namun keadaan bertambah baik,” katanya.

Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan di Sabah adalah tenang, selamat dan terkawal.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT