SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, September 29, 2010

Apalah Nasib Bangsa

Timbalan Pengarah BTN disiasat

29/09/2010 4:20pm

PUTRAJAYA 29 Sept. - Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu yang dibuat oleh Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri UMNO.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hamim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata, adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. - Bernama


*apalah nasib sampai nak cakap hal sendiri pun tak boleh....kene siasat..... macam...merintih di bumi sendiri..

Monday, September 20, 2010

Kelantan Pun Macam selangor .. Hasil negeri semua Dah disapu... Penduduk Kampung Perlu AIR.. belilah 1 gelen RM0.90








Lawatan ke Kelantan baru-baru ini amat mengejutkan Setelah Yang Berhormat Awang Adik telah memaklumkan bahawa isu air dikelantan telah berada dalam keadaan kritikal... yang mana hanya ada satu tangki air untuk menampung kegunaan air di sekitar tanah merah dan machang..

Machang. hmhmh.. siapa Ahli Parlimen nyerr... oohh saifuddin S/UA Keadilan...adun nyer pulak tak silap saya seorang doktor...hmhmhmhm..

Apabila YAB Datuk Nik Abdul Aziz mengatakan bahawa bahawa royalti minyak menyebabkan kelantan Tidak Maju.. hmhmhmm

ada beberapa persoalan yang harus ditanya..
1) Keman perginya Royalti Balak?

2) Kemana Perginya Royalti Pasir?
3) Kemana perginya Royalti Bijih Besi.. hinggakan lori yang keluar masuk merosakkan jalan disana?
4) Kemana Perginya air ... terutama, di Kampung Paloh Rawa, Temangan ,Kuala Hau, dan Kerilla?

5) Kenapa Penoreh Getah di Kampung-kampung tersebut terpaksa membeli air RM0.90/5 Liter di kedai.

6)Kenapa pula Air Doa kononya Tok Guru. harga RM5.00 bagi 1.5 liter/ sedangkan air minuman/Mineral tidak semahal itu.

7) Kenapa rakyat dikampung tersebut terus dizalimi.. apabila hasil pasir dikutip namun tidak dipulang kan semula kepada penduduk kampung tersebut.. hinggakan jambatan yang dulu BN 20 tahun yang lepas buat .. hingga sekarang tidak diperbesarkan malah kerosakan pagar yang boleh membawa maut . kerana lampu jalan juga tidak ada...?
8)Sesungguhnya apa yang dapat Suara baru katakan ialah suara baru , suara orang muda amat diperlukan di Kelantan usahlah Himsak .. Himpunan Siswazah Anak Kelantan ..hidup selesa di bandar tetapi orang tua, atau ibu bapa mereka agak sukar di kampung memasing...
nukilan hati
Suarabaru
ps.... timbunan tinggi tu ialah pasir sungai yang dikorek .. bukan gambar gurun sahara...
2) Anak kelantan jangan marah...cuma sekadar nukilan

Sunday, September 5, 2010

Konvoi Bermotor Penyampaian Sumbangan Aidilfitri













Pelancaran Sumbangan Aidilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Di Kg Budiman, Dun Meru.





Pelancaran Sumbangan Aidilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Di Kg Perpeat Dalam , Dun Sementa.





Pelancaran Sumbangan Aidilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Di Rantau Panjang, Dun Sungai Pinang.




Pelancaran Sumbangan Aidilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar Di Jalan Hassan, Dun Selat Klang








Majlis Penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan o.k.u telah selamat dilancarkan oleh Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid, Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Pelancaran ini telah telah diselaraskan mengikut DUN seperti berikut:

Sementa dan Meru : Pada 2 Hb September 2010

Selat Klang Dan Sungai Pinang : Pada 3hb September 2010

Sebanyak 60 hamper dan wang tunai akan diserahkan oleh setiap penyelaras DUN kepada semua penerima yang sepatutnya.

Konvoi Bermotor ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penyelaras DUN Selat Klang Tok Faisal yang telah bersama sama dengan Haji Rosli menunggang motosikal ke rumah para penerima sumbangan .

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT