SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, April 29, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Mesyuarat Jentera Pemuda Barisan Nasional Kapar PRK 094 Dun Batang Kali











Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid telah dijalankan semalam. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua pemuda parti komponen walaupun dalam keadaan hujan lebat...


kuda zahid: ke zahid kuda:


punyerl ah sayang

Monday, April 19, 2010

Lagi keluar PKR... Dr Halili Rahmat Bendahari PKR Hulu Selangor


Makin Panas makin Ramai yang keluar daripada parti yang menjadi pengkhianat kepada negara.. dan rakyat Hulu Selangor


yang lagi best


Anwar nanti kata.... SEMUA ORANG SALAH DIA JUGAK SORANG YANG BETUL HAHAHAHAH SAMBIL DIISOKONG OLEH PENCACAI PAS DAN DAP

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.themalaysianinsider.com%2Findex.php%2Fmalaysia%2F60440-hulu-selangors-dr-halili-rahmat-quits-pkr&h=0e99e4d2333d92bba354bde3f7a32ac5

Wednesday, April 14, 2010

AMK kene Kencing Lagi ngan Kaki Kencing.. selepas pejuang nuaq dirogol dari belakang


hari ini sudah termaktubnya pelbagai spekulasi tentang PKR... adakah ini mungkin strategi nuar agar hari ini dinamakan zayed... tauliah diberikan kepada orang lain... orang BN perlu berhati -hati dengan sikitol ini.


walau bagaimanapun sekiranya betul sikitol ini terus memilih zayed ... maka ini kali pertama sikitol nuaq mengencing orang kuatnya....orang kuatnya selalunya.. yang masuk penjara ...isa.... bermati-matian mempertahankanya.. amat malang apabila nama-nama seperti yahya bersari ( wakil pejuang nuaq dari dia kat dalam sampai nuaq keluar penjara) AMK Shamsul tersandar....


Suarabaru yakin bahawa pemlihan zayed ini adalah sebagai ganjaran apabila dia meletakkan jawatan sebagai menteri suatu ketika dulu dan mengumumkan keluag parti......


Cuma suarabaru amat kesian.. akan balaci lain yang masih bersubahat dengan Nuaq... nuaq biasanya akan mentuba orang yang banyak berjasa kepadanya...lihat saja apa yang dibuat pada Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah, Yahya Sari, ezam, nuar shaari, zzahid mat arip, ruslan kassim, mat komando, chandra muzafar, nalakarupan, zulkifli nordin , zahrain dan banyak lagi ..


Sampai masanya nya nanti semuanya yangberjuang kepadanya akanmenjadi hampas ......langsung tiada harga diri..lihat sahaja shamsul tersandar... kini tersandar mungkin tak lama lagi tersungkoq


Adakah ini pemimpin yang akan rakyat sokong.... kerana apa yang diperjuangkan hanyalah dirinya sendiri dan azming serta keluarga TAHAQ RAIN...


Perlu diingat bahawa RAKYAT KOTA BHARU PUNG TAK SOKONG DIa MUNGKIN PASAL ADA DESAS-DESUS mengatakan DIA NI ADA BAR KAT DALAM RUMAH.. dan JUGA MERUPAKAN K. B---L


maka PAS juga akan berakhir seperti itu Dalam Pakatan Haram


Tuesday, April 13, 2010

Kaled Flinstone Yang Amat Sukar Menfitnah.... ikut gaya bos dia kot

YBK Tak Boleh Berhutang, MB Selangor Fitnah YBK Hutang RM100 Juta

Apr 13th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Utama

HULU SELANGOR, 13 April - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom menjelaskan YBK adalah pemegang amanah dan tidak layak memohon pinjaman, malah tidak dibenarkan berhutang.

Tetapi, katanya, Menteri Besar pakatan pembangkang Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak zalim apabila memfitnah yayasan yang mentadbir dan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan miskin itu.

“ Khalid fitnah YBK berhutang RM100 juta. Dulu dia kata YBK dibantu oleh kerajaan negeri beratus-ratus juta , sekarang ini pula YBK dituduh berhutang RM100 juta. Nampak sangat serangan dia kepada YBK sudah bukan lagi serangan bersifat fakta.

“Saya hendak menyebutkan bahawa YBK tidak ada hutang. Boleh siasat YBK. Kami tidak boleh berhutang kerana kami hanya pemegang amanah. Bank pun tidak bagi kami berhutang,’’ tegas beliau.

Zainal berkata, MB Selangor itu sudah menjadi emosional kerana sebagai seorang yang berkuasa, dia melihat YBK semakin mendapat simpati orang ramai, walaupun difitnah.

Umpamanya, kata beliau, Khalid terlupa dalam pertandingan gusti, kalau orang badan besar bergusti dengan orang badan kecil, akhirnya penonton akan simpati dengan yang berbadan kecil.

Katanya , YBK difitnah lagi dengan berkata Melayu tipu Melayu.

“Saya hendak ingatkan dia bahawa al-Quran menyatakan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk. Lebih berat dosanya dari membunuh.

“Kalau kita bunuh orang itu mati, tapi kalau fitnah , hilang kepercayaan orang , keyakinan orang buruknya dipandang orang, orang menceritakan hal dia sehingga dia jadi malu, anak cucu malu.

“Itu pasal dikatakan fitnah tu lebih besar dosanya daripada membunuh. Bunuh sekali mati tapi fitnah akan menyebabkan orang yang difitnah seumur hidup menderita,’’ katanya. -MediaUMNO

http://umno-online.com/?p=8401

Pemuda BN KAPAR





Mesyuarat Pemuda BN Kapar telah diadakan semalam di Pusat Khidmat Dan Latihan Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

Mesyuarat yang kali Pertama diadakan pada tahun ini telah dihadiri oleh semua Ketua Pemuda parti komponen di Bahagian Kapar.

Saudara Haji Roslee Bin Abdul Hamid ( KP UMNO KAPAR)
Saudara Kee Eng Hoe (KP PGRM KAPAR)
Saudara M. Saravanan (KP MIC KAPAR)
Saudara Lee Chae Chun (KP MCA KAPAR)
Saudara Kathir (KP PPP)

mereka telah hadir dengan semua jawatankuasa tertinggi pemuda di parti masing-masing.


Majlis Suai Kenal Jentera Pilihanraya Kalong Tengah








Majlis suai kenal yang dihadiri oleh hampir ratusan penduduk Kalong, Kg Padang dan ULU Yam Timur. Ini Merupakan petanda baik bahawa penduduk di situ amat mendambakan perubahan setelah ditipu oleh Pakatan Haram...

Penduduk kg amat rasa terharu dengan kehadiran para YB Menteri yang berjiwa rakyat dan bersama-sama menunaikan solat Magrib dan Isya bersama penduduk kampung di rumah salah seorang penduduk kampung.


Sunday, April 11, 2010

Kenduri Kesyukuran di Hulu Selangor Moga Allah lanjutkan Usia Haji Mustapha






Malam Minggu yang lepas satu kenduri kesyukuran telah diadakan di Rumah Haji Mustapha. Kenduri tersebut telah dihadiri oleh semua penduduk Kampung Padang dan juga UMNO Bahagian Kapar dan seluruh jawatankuasa sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah Yb Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Haji Faizal Bin Abdullah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Haji Ghazali Bin Mohd Amin, Naib Ketua UMNO Bahagian, Puan Hajah Norliza Bin Haji Ahmad, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Tuan Haji Mohd Roslee bin Abdul Hamid, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar dan Cik Hanimasra Bt Marhaini, Ketua Puteri UMNO Bahagian. Encik Ganesan juga hadir bersama-sama dengan Pemuda MICnya.

Penduduk Kampung juga telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan YB Dato Haji Abdul Rahman Palil mantan Exco Agama Negeri Selangor.




Friday, April 9, 2010

Setiakawan atau Setia Lawan


PRK Hulu Selangor akan berlangsung tidak lama lagi.. pakatan haram masih cuba untuk melaga-lagakan orang Barisan Nasional.. Pantang Melayu kalo tak paham sejarah ..bukan sahaja sejarah yang kemerdekaan negara. tetapi juga sejarah 50 tahun pertama selepas merdeka..

Orang UMNO tidak perlulah menjadi seperti orang PKR,PAS, atau DAP...
Orang UMNO adalah Orang UMNO ..Adalah Sebahagian Dari Barisan Nasional...

Kita telah mampu merdeka.. masihkah kita tidak paham akan maksud tersirat apabila UMNO, MCA dan MIC secara bersama menuntut kemerdekaan... Apakah Kita masih tidak sedar lagi.... bahawa negara ini adalah negara majmuk...

Apa yang kita tuntut kekadang akan merosakkan bangsa dan parti pada masa akan datang. orang Melayu adalah bangsa beradat yang setiap kata nya dan tindak tanduknya sentiasa bersulam dengan maksud tersirat..


Wednesday, April 7, 2010

Konvensyen BN Selangor















Petang tadi telah tercatat sejarah apabila konvesnyen BN Selangor telah diadakan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.. Dewan penuh dan ada perserta yang hadir telah duduk di lantai.

Pada konvensyen ini Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah dengan sekali lagi mempertahankan semangat setia kawan BARISAN NASIONAL... Beliau juga telah memaklumkan bahawa masalah didalaman UMNO sudah selesai dan juga beliau berharap agar semua parti komponen mencontohi UMNO kerana UNMO kini lebih Demokrasi dari setiap parti politik yang terdapat di MALAYSIA.

Sekali lagi beliau telah mengariskan bertapa BN mampu berubah. Pendekatan serta kefahaman amat penting untuk setiap warga Barisan Nasional faham akan maksud Siapa Yang Memberi Perkhidmatan dan Siapa Yang Menerima Perkhidmatan. Rakyat sekarang lebih bjak menilai... itu adalah suatu perkara... yang BN harus hadapi dan fahami.
Sayangi Selangor, Yakini BN


















Monday, April 5, 2010

Pemuda Kapar membersihkah kubur di Kg Hutan Percha,





4 April 2010- Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar telah bersama-sama dengan Pemuda UMNO Cawangan Kg Hutan Percha, Felda Tun Ghaffar Baba, Melaka telah menjalankan program khidmat Masyarakat membersihkan kubur di situ.


Program ini telah melibatkan semua AJK UMNO Bahagian Kapar. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid program ini adalah sebahagian daripada program khidmat masyarakat yang telah dilakukan oleh PPUM Kapar.



PPUM Kapar akan terus berbakti kepada masyarakat komited meneruskan tradisi membela rakyat.

Thursday, April 1, 2010

Lagi Isu APCO dijawab

Isu APCO dan 1Malaysia! Pembohong Tersohor Malaya..

Jawapan Balas yang menarik dari usaha blogger pro UMNO. Mesti Baca!

Mereka kata : Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat, jelas a
mat membahayakan negara.

Sebagai sebuah negara yang dihormati sebagai antara peneraju pergerakan negara-negara Islam, adalah amat malang dan memalukan apabila pemimpin Umno-BN, membuat hubungan rasmi dengan agen-agen yahudi untuk mempromosikan agenda mereka.

Kita kata : Tuduhan bahawa Malaysia ada kaitan dengan APCO adalah sangat dangkal sekali dan seluruh rakyat 1Malaysia sudah membaca penafian APCO. Setakat ini Raja Petra sahaja yang menggosipkan perkara tersebut. Isu ini ditimbulkan oleh Raja Fitnah yang terkenal di 1Dunia bernama Raja Petra.
Ada komen menarik di blog Perisik Rakyat berhubung isu ini :

1... Kutipan cukai langsung tahun 2008 Kelantan sekitar RM214 juta. Dan penyumbang utama adalah dari TESCO. Jelas dan jangan lupa Jangan lupa bahawa dulu benci yahudi skg dah sayang...besar lak tu. Kita masih menanti fatwa dar pencacai PR, jika dahulu mengharamkan BN kerana berurusan dgn TESCO bagai mana pula dgn KELANTAN yg hidup dgn cukai TESCO KB?
bagaimana Kerajaan Pas Kelantan yang mendakwa Islamik itu boleh pula membenarkan Tesco beroperasi di negeri Serambi Mekah ini sedangkan Tesco disifatkan sebagai milik Yahudi dan menyokong Zionis Israel? Fakta ini bukanlah bermakna Kerajaan anti-Tesco, tetapi sekadar menempelak sikap pemimpin PAS sebelum ini.

2... Dalam blog Raja Petra Kamarudin, beliau mengakui semasa dia mengetuai kempen memungut derma untuk Anwar Ibrahim, bekas ketua Pemuda Keadilan Nasional Ezam Mohd Noor dan setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari telah betolak ke Amerika untuk mengambil wang daripada George Soros.

3... Manakal Ezam (yg dahulunya ketua Pemuda Keadilan Nasional) menyatakan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar mengetuai rombongan untuk melobi Geoge Soros supaya membantu Anwar dan PKR dari sudut kewangan.

4... Tidak dinafikan Anwar adalah pemimpin Foundation For Future (FFF), yang menurut menurut Washington Post, Jabatan Luar Negeri Amerika mengakui telah memberikan sumbangan hampir dua-pertiga kepada yayasan tersebut dengan anggaran $56 juta Dollar US.

5... Sehingga kini Anwar Ibrahim juga adalah Ahli Jawatankuasa dalam International Criss Group (IGC) ICG dibina pada tahun 1995, oleh tokoh-tokoh Yahudi Amerika Syarikat iaitu Mark Malloch Brown, (ketika itu) Naib Presiden Bank Dunia dan Morton Abramowitz, bekas penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, dgn tujuan untuk memastikan aset milik Yahudi tidak terhakis. Dan Krisis kemelesetan ekonomi dunia berlaku pada 1997 yg disebabkan oleh penyagak matawang berbangsa yahudi dan teman rapat Anwar.

6... Forum Dunia US-Islam ke 7 ini DITAJA oleh Saban Center of the Brookings Institution. Iaitu satu badan Yahudi Amerika yang modus operandinya adalah untuk menghalalkan kekejaman Israel dan Amerika kepada dunia Islam. Salah satu sumbangan badan ini adalah melaksanakan Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel pada tahun 2007 dan menariknya perjanjian itu turut di tandatangani Anwar Ibrahim. Anwar juga pada tahun 2005 telah menyokong perang keatas Iraq dan seperti menghalalkan Perang Amerika ke atas Iraq kerana ingin membodek dan membuktikan beliau adalah sealiran dengan badan itu.

7... Dalam kes sodomi ke-2 Anwar juga jelas bahawa PR adalah anak didik Yahudi. Masakan tidak, belumpun perbicaraan tamat, malah pihak Anwar sendiri masih belum dipanggil untuk memberi keterangan tetapi agen2 kerajaan yahudi mula berkokok mempertahankan anak agen mereka si Anwar Al-juburi. Sebagai contoh Australia, Kemenangan kerajaan Australia sekarang banyak bergantung kepada pengaruh komuniti Gay yang mendapat dokongan dan dorongan Yahudi dan Israel. Malah gerakan Gay yang pertama di Australia sendiri adalah dipelopori kaum Yahudi, Daughters of Bilitis, yang diasaskan dan ditubuhkan pada tahun 1969 di Melbourne, Australia. Kemudian ia diikuti dengan pertubuhan Society Five yang ditubuhkan pada januari 1971, juga di Ibu Kota Melbourne.

Jelas siapa sebenarnya ada hubungan akrab dengan Israel dan siapa yang bukan pro Israel !!!

Mereka kata : Kerajaan BN jelas menodai mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, sekaligus mereka membohongi rakyat, bahawa kononnya mereka mempertahankan Islam dan anti-Zionis.

Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan 1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika dahulu.

Kita kata : Sehingga kini bukankah hubungan diplomatik dengan Israel tidak wujud sejak dulu hingga sekarang ? Bukankah ini bukti bahawa Malaysia tidak mengiktiraf Israel walaupun tidak menolak kerjasama dengan pihak yang memberi manfaat kepada negara walaupun Yahudi. Ini pendirian konsisten yang tidak difahami penyokong pembangkang khasnya dari PKR. Mereka juga terlupa bagaiman sokongan kita kepada kempen boikot Israel dan juga bantu Palestin yang disebarkan di media massa dan cetak seluruh negara.

Mereka kata : Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat perunding Yahudi?

Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk menyambung hayatnya dalam politik negara?
Kita kata : Jelas kenyataa mereka sendiri menunjukkan kegagalan hujah yang mereka miliki untuk mengaitkan Umno dengan Yahudi. Bagi kita, perhubungan dengan mana mana bangsa selagi tidak membawa mudarat kepada diri,negara atau agama adalah harus dan diterima oleh semua orang yang bersikap rasional. Jika nasihat yang baik meskipun diberi oleh agensi ada kaitan dengan Yahudi untuk mewujudkan perpaduan di negara Malaysia apakah kita tidak wajar menerimanya ?
Nasihat yang menyarankan kita menjayakan konsep 1Malaysia yang sangat bagus ini tentu tidak bercanggah dengan Islam. Soal berapa jumlah yang dibayar tidak timbul kerana natijahnya lebih besar dari jumlah yang dilaburkan. Jika perpecahan berlaku sehingga mengakibatkan kematian, adakah cukup RM 60 juta diguna untuk menghidupkannya kembali ???
Malangnya dalam hal ini kita terlupa bahawa ada orang menerima nasihat, bahkan turut menerima WANG jutaan ringgit untuk membawa ketidakstabilan dalam negara kita(contoh mereka fitnah palsu ) tetapi mereka tidak dikutuk oleh blogger sebelah sana. Adakah ini adil ?

Mereka kata : Kita mendesak supaya Umno-BN yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memperjelaskan keadaan ini. Kita mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide.

Walaupun ada jawapan rasmi kerajaan di Parlimen yang menyatakan bahawa perkhidmatan APCO Worldwide tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi, tetapi yang dipersoalkan sekarang ini, apakah keperluan dan kewajarannya dibayar syarikat Yahudi ini puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat?

Kita kata : Yahudi terkenal dengan kepintaran mereka. Dalam hal ini jika negara mendapatkan pandangan pihak yang pakar untuk tujuan yang memberi faedah kepada negara adakah ia tidak dapat diterima oleh rakyat ?

Isu ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pihak pembangkang selamanya akan membangkang walaupun mereka sendiri memahami isu yang dibangkangkan. Mereka tahu kesan dari hubungan Anwar Ibrahim dengan rangkaian zionis Yahudi di seluruh dunia telah merosakkan imej pembangkang. Justeru mereka mahu menggunakan kesempatan ini untuk menyerang kembali kepimpinan negara kita dengan isu yang sama.

Saya teringat Yahudi turut berperangai sedemikian ketika menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w serta kerasulan baginda seperti yang ditegaskan oleh Al Quran Al Baqarah 146 :

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).


Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Justeru dalam hal sebegini, Kerajaan Umno-BN tidak harus menyembunyikan kepada rakyat, apakah peranan APCO Worldwide yang sebenarnya dan berapakah nilai kontrak yang dibayar kepadanya.

Kerajaan Umno-BN harus mendedahkan kepada rakyat, apakah syor-syor yang diberikan oleh APCO Worldwide kepada semua kementerian yang digunapakai untuk faedah rakyat jelata.

Sebagaimana yang ditegaskan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Dewan Rakyat, 22 Mac lepas, "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara.

"Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel."

Kita kata : kenapa pembangkang begitu beria-ia ingin tahu tentang APCO ini ? adakah kerana mereka sudah nampak kejayaan 1Malaysia sehingga gusar ia akan meruntuhkan kekebalan mereka di minda rakyat ? setakat ini mereka sekadar melontar tuduhan tanpa membawa bukti kepada tuduhan yang dilemparkan. Jelas ini adalah fitnah terbaru yang ingin menukar persepsi rakyat yang sudah menerima konsep 1Malaysia hasil usaha Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan khidmat pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff, dengan jumlah bayaran yang begitu besar.

Difahamkan, Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Malah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.

Kesemua bukti ini menunjukkan wujudnya muqabalah antara pemimpin Umno dengan Yahudi, sedangkan pada masa yang sama Yahudi cukup terkenal dengan nama Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza).

Hubungan ini amat menghiris hati umat Islam di negara ini yang majoriti anti-Yahudi. Maka dengan itu, keadaan ini semakin membulatkan tekad rakyat, yang beragama Islam untuk menguburkan Umno pada PRU ke-13 nanti.

HaramkahDaily

Kita kata : jelas propaganda murahan yang mereka mainkan ini ( baca : recyle ) bertujuan untuk memastikan rakyat membenci usaha gagasan 1Malaysia ini selepas ia berjaya diterima oleh rakyat negara kita. Kerana selama ini mereka telah berjaya menghasut Cina dan India sehingga sokongan telah beralih begitu mendadak sekali kepada pembangkang pada PRU lepas. Sehingga mereka menang besar walaupun meletakkan calon yang tidak sesuai untuk menjadi wakil rakyat.
Hari ini selepas mereka gagal mempamerkan kesungguhan dan kejayaan menjadi pentadbir kepada negeri yang diperintah, mereka cuba pula untuk merosakkan agenda nasional yang dibawa oleh pemimpin kita dengan harapan segala pembohongan yang mereka buat atas 'api kemarahan' yang membakar emosi rakyat pada PRU yang lalu akan berterusan.
Percayalah rakyat sekarang sudah cerdik dan tahu menilai mana satu pemimpin atau parti yang mengUTAMAkan rakyat atau mengAUTAkan rakyat.
Pilihan di tangan kita antara auta atau utama rakyat 1Malaysia.

24 1MALAYSIA DAN ONE ISRAEL TAK SAMA!!!!

Dari segi definisi 1Malaysia ialah gagasan yang diilhamkan PM untuk membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum manakala "One Israel" adalah pembentukan gabungan di antara beberapa parti politik di Israel dalam pilihanraya Israel pada tahun 1999 di mana Parti Buruh, Gesher dan Meimad telah bergabung di bawah platform “One Israel” ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah “Parti Politik”. Ini berdasarkan juga kpd kenyataan Barak yang pernah memaklumkan hasratnya kepada pemimpin Parti Buruh bahawa beliau mahu menubuhkan sebuah Parti Baru di bawah nama “One Israel” dalam usaha untuk memenangi Pilihanraya Israel pada tahun 1999.

Sila klik link di bawah:


http://www.knesset.gov.il/faction/eng/FactionHistoryAll_eng.asp

http://chareidi.shemayisrael.com/archives5760/mishpatim/anpos.htm

Kalau dilihat pada sejarah, “One Israel” bukanlah datang daripada Ehud Barak, berdasarkan kepada kronologi sejarah politik Israel “One Israel” adalah merupakan sebuah parti politik yang dibentuk oleh Yitzhak Yitzhaky pada 11 Nov 1980 di mana dan dalam tahun yang sama juga parti “One Israel” yang dibentuk oleh Yitzhak telah dibubarkan.

Sila klik link di bawah:

http://www.search.com/reference/One_Israel_(1980)

Malah jika dilihat kebelakang lagi perkataan “One Israel” ini sebenarnya datang daripada Simon Rawidowicz iaitu seorang ahli sejarah terkemuka Israel (1896 – 1957). Beliau telah menulis berkenaan dengan “One Israel” dalam sebuah bukunya yang bertajuk “Israel, the ever dying people and other essays”.

http://books.google.com.my/books?id=3dHjWbgFiH8C&dq=creation+of+%22One+Israel%22+slogan&q=%22one+israel%22#v=snippet&q=%22one%20israel%22&f=false

Few links about SIMON RAWIDOWICZ

http://www.upne.com/0-87451-846-6.html

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.brillonline.nl%2Fpublic%2Fjudaism-philosophy.html&h=1331083a35cdc26337db5e0795ba0b82

http://themagneszionist.blogspot.com/2009/06/david-n-myers-between-jew-arab-lost.html

“One Israel” tidak mempunyai sebarang persamaan dengan 1Malaysia dari segi definisinya dan perlakuannya kita boleh ikuti sendiri Kempen pilihanraya Ehud Barak pada tahun 1999 yang menggunakan platform “One Israel” – “Barak Plan For A Better Israel”.

http://www.knesset.gov.il/elections/knesset15/eoneisrael_m.htm

Tuduhan pihak pembangkang kononnya 1Malaysia meniru “One Israel” adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Malah mereka tidak mempunyai sebarang fakta pun dalam mengaitkan 1Malaysia dengan “One Israel” jika tidak pun mengetahui asal-usul sebenarnya perkataan “One Israel” ago
·
Ehsan APC CLUB@Facebook

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT