SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, August 31, 2013

UMNO Online - “Kekal Bersatu Pertahan Kedaulatan – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Kekal Bersatu Pertahan Kedaulatan – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kekal Bersatu Pertahan Kedaulatan – Najib

Posted: 30 Aug 2013 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk kekal bersatu demi mempertahan kedaulatan Malaysia yang sejak puluhan tahun menjadi negara yang merdeka serta bebas daripada cengkaman penjajahan asing.

Dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-56 yang disambut esok, perdana menteri menegaskan kini bukanlah masa untuk rakyat Malaysia berpecah belah.

“Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional,” kata Najib ketika menyampaikan perutusan itu yang disiarkan stesen televisyen tempatan malam ini.

najib-presiden-umno-pm-perdana-menteri-semangat-perhimpunan-ucapan-malaysia

Beliau menarik perhatian bahawa memiliki kedaulatan bermaksud rakyat Malaysia sendiri berhak sepenuhnya dalam segala urusan mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri hala tuju negara.

“Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisah meraihnya, kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Acara perbarisan Hari Kemerdekaan tahun ini yang bertema ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan berlangsung di Dataran Merdeka di sini esok, dengan acara Ambang Merdeka 2013 menunggu detik 12 malam tanda tibanya 31 Ogos dijadual diadakan di Pusat Maritim, Putrajaya malam ini.

Najib seterusnya mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat bahawa kedaulatan sebagai faktor yang menunjang Malaysia sebagai sebuah negara, tidak datang secara bergolek.

“Telah banyak keringat mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorbanan. Semua itu hasil perjuangan para pemimpin bersama generasi terdahulu, dan bersinambung sampai sekarang,” katanya.

Justeru, Najib berkata sambutan kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat kerana lebih daripada itu, ia perlu disulami dengan penghayatan mendalam.

“Pengisiannyalah yang lebih utama, dan terbukti kita telah melalui episod-episod seperti perselisihan antara kaum, krisis kewangan dan kemelut politik. Syukurlah semua itu kita lalui dengan jayanya,”

Kata Najib, perkara utama untuk direnungkan dalam mencapai maksud ulang tahun kemerdekaan ialah sejauh mana kejayaan yang dicapai sehingga kini dalam mempersiap dan mempersembahkan sebuah Malaysia progresif untuk ditinggalkan kepada zuriat hari muka.

Menurutnya, pelbagai usaha perlu digembleng dan dibugarkan supaya generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya menjadi celik sejarah.

Anak-anak muda, kata perdana menteri, perlu terus dibimbing, dipersiap dengan jati diri dan diperteguh semangat patriotisme mereka.

“Barulah Malaysia dengan rakyatnya yang berjiwa besar akan kekal berdaulat lagi merdeka dalam permaknaan sebenar,” katanya.

Merujuk kepada insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini, Najib berkata tragedi berdarah itu menjadi satu pengajaran bahawa Malaysia tidak terlepas daripada terdedah kepada ancaman musuh dari luar.

“Tragedi malang itu menyentap benak sanubari rakyat Malaysia tentang peri mustahak untuk kekal bersatu demi mempertahan kedaulatan negara,” katanya sambil menambah usaha berterusan perlu dibuat untuk menyemai jati diri dan semangatcintakan negara dalam kalangan rakyat, terutama generasi pewaris.

Najib turut mengajak rakyat menjadikan iktibar krisis dalaman di beberapa negara Arab yang seperti tiada kesudahannya.

“Demikianlah jika perubahan yang ditagih hanya sekadar perubahan semberono,” kata perdana menteri sambil menambah kemusnahan ekonomi dan pertumbuhan sesebuah negara akan terjejas apabila tiada kestabilan dan perpaduan.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya menghargai keamanan,memelihara keharmonian dan memupuk perpaduan dengan mencintai negara.

Najib seterusnya berkata rupa dan wajah Malaysia seperti yang dilihat dewasa ini telah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancangan teliti serta strategi rapi oleh kerajaan sejak berdekad lalu mengikut pendekatan dan acuannya sendiri.

Sambil merujuk kepada Malaysia yang menjadi tanah air kepada masyarakat berbilang kaum yang unik di dunia, beliau berkata: “Keunikan inilah menjadikan kita istimewa dan aset untuk mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi.”

Salleh Advises Youngsters To Appreciate Nation’s Independence

Posted: 30 Aug 2013 05:10 AM PDT

KOTA KINABALU, Aug 30 – Sabah UMNO Liaison Committee deputy chairman Datuk Seri Salleh Said Keruak today advised the younger generation to appreciate and be thankful for the independence gained by the elder generation.

He said independence had brought economic prosperity and political unity in Malaysia’s diverse society.

Salleh, who is the speaker of the Sabah State Legislative Assembly, said the independence had not only freed Malaysians from the shackles of foreign power but had also enabled the citizens to shape their economy and bring about political unity.

Speaking of political unity, he referred to the ruling Barisan Nasional (BN) coalition and its predecessor, the Alliance.

Salleh said the fact that the Alliance and then the BN had been in power since independence 56 years ago reflected positively on the political unity through the concept of power-sharing and camaraderie.

He said all quarters should appreciate the essence of independence without heed for political ideology or affiliation.

Salleh, who is a former Sabah chief minister, said he hoped that the history of independence would not be manipulated for political interest because history could not be interpreted at one’s whims and fancies for ‘it is our civilisation”.

“Every Malaysian citizen should be proud that we are no longer under any foreign power. We are now able to shape our future as we see fit,” he said.

He said the difficulty experienced in achieving independence should serve as a lesson in facing the future and all that the people now enjoyed must be safeguarded.

“The key to maintaining prosperity is by continuing to foster goodwill and unity in our multi-racial and multi-religious society.

“We should strive hard to safeguard the peace, progress and prosperity we enjoy for the benefit of our children,” he said.

Ajak Kerajaan Berdialog Satu Tindakan Terdesak Anwar

Posted: 30 Aug 2013 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan dialog terbuka bagi membincangkan isu kebangsaan sebagai satu tindakan terdesak.

Beliau berkata Anwar semakin ketandusan idea setelah usahanya mengadakan demonstrasi menentang keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak membuahkan hasil bahkan keputusan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya juga tidak memihak kepada pembangkang.

“Kita sentiasa terbuka tetapi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah selesai PRU13, beliau menyeru kepada perpaduan nasional, ketika itu tiada usaha daripada ketua pembangkang sebaliknya diadakan beberapa siri demonstrasi, pertikaian keputusan PRU13 sehingga masuk mahkamah.

perhimpunan-haram-505-stadium-kelana-jaya-anwar-bantah-pru-pecah-belah-negara-harmoni

“Kita tidak ada masalah untuk berdialog tetapi jangan cuba menampakkan beliaulah (Anwar) yang nak menyatupadukan negara ini. Kita kena tahu apakah terma rujukan dialog itu, nak ada dialog mesti ikhlas,” katanya kepada media semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Merdeka Raya’ di ibunegara hari ini.

Anwar hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka yang akan berlangsung secara telus dan kondusif antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu kebangsaan yang perlu ditangani.

Bagaimanapun, katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

Pembangkang Dibidas Cuba Kelirukan Rakyat, Pertikai Keputusan Mahkamah

Posted: 30 Aug 2013 04:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Ngar Khor Ming yang cuba mengelirukan rakyat dengan mempertikaikan keputusan mahkamah berkaitan Petisyen Pilihan Raya.

Katanya, Petisyen Pilihan Raya adalah satu prosedur untuk mencabar keputusan pilihan raya Parlimen dengan hakim-hakim dan peguambela dikawal oleh Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga Petisyen Pilihan Raya 1954 hasil daripada keputusan pilihan raya sebelumnya.

"Barisan Nasional akan terus dituduh membeli undi, membawa bilangan warga asing yang ramai ke pusat pengundian dan banyak lagi tuduhan lain yang digunakan pembangkang bagi mengukuhkan bukti berkaitan Petisyen Pilihan Raya terbabit.

"Apabila Ahli Parlimen Taiping berkata semua Petisyen Pilihan Raya telah ditolak atas alasan teknikal tanpa pempetisyen diberikan hak untuk didengar, maka ia juga penting untuk diingatkan bahawa ia juga ini terpakai kepada petisyen BN juga," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, dalam Petisyen Pilihan Raya Bachok dan Jelawat, BN melalui peguam Datuk Mohd Hafarizam dan beberapa yang lain tidak dibenarkan untuk bercakap kerana pelantikan itu dianggap tidak betul mengikut Akta dan Peraturan.

"Sekali lagi, Ahli Parlimen Taiping yang cuba untuk mengelirukan rakyat apabila beliau mendakwa bahawa semua sebelas Petisyen Pilihan Raya terhadap BN di Perak telah ditolak terutamanya apabila 55.14 peratus daripada pengundi mengundi untuk pakatan pembangkang.

"Sedangkan sebenarnya tidak ada istilah 'Pakatan Rakyat' kerana ia adalah pakatan politik yang tidak rasmi dan tidak berdaftar, sebaliknya BN adalah parti politik berdaftar penuh dan memasuki pilihan raya umum sebagai satu kesatuan."

Ujarnya, Ahli Parlimen Taiping menyatakan bahawa tiada saksi dibenarkan untuk dipanggil dan tidak ada bukti yang dibenarkan untuk dikemukakan di mahkamah sedangkan Petisyen Pilihan Raya adalah di peringkat Bantahan Awal.

"Hanya apabila mahkamah menolak bantahan awal, dan waran petisyen untuk perbicaraan , maka bukti hanya boleh dikemukakan kepada saksi yang boleh dipanggil di mahkamah."

Di Bachok dan Jelawat, Mahkamah telah menolak bantahan awal yang dibangkitkan oleh PAS pada 10 Julai dan telah menetapkan tarikh perbicaraan penuh untuk didengar, namun pada 12 Ogos lalu, iaitu tarikh untuk perbicaraan, Pas telah menimbulkan bantahan awal kedua menentang petisyen BN, atas alasan teknikal dan tidak berdasarkan merit.

"Oleh itu, kita mengatakan dengan jelas dan percaya bahawa keputusan hakim dalam hampir semua Petisyen Pilihan Raya adalah berasaskan Undang-undang Pilihan Raya yang mesti dipatuhi dengan tegas."

Bagi petisyen BN petisyen di Parlimen Batu terhadap Tian Chua pula telah ditolak semata-mata berdasarkan alasan bahawa petisyen itu difailkan oleh “Tetuan Raja Riza dan Associates bagi pihak Pempetisyen' dan bukan oleh pempetisyen sendiri dan dengan itu petisyen tersebut dibatalkan.

"Dalam petisyen BN di Batu, isu kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen telah dibangkitkan tetapi tidak dapat didengar kerana ia telah ditolak di atas alasan bantahan awal.

"Begitu juga di Lembah Pantai petisyen pilihan raya BN juga menerima nasib yang sama tapi BN tidak pergi kepada orang ramai dan membuat sidang akhbar mempersoalkan keputusan hakim. Kami melihat hakim memutuskan kes-kes tanpa rasa takut atau pilih kasih."

Tegasnya, BN percaya bahawa rayuan adalah satu proses untuk meminta perubahan rasmi kepada keputusan rasmi sekiranya terdapat kesilapan undang-undang.

"Itulah sistem keadilan di Malaysia. Oleh itu, Ahli Parlimen Taiping yang memilih sidang media, mendakwa badan kehakiman dengan membuat andaian palsu maka ia boleh dianggap sebagai menghina mahkamah dan subjudis.

"Kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman kita adalah penting untuk pentadbiran keadilan dan ia tidak sewajarnya dicemari dengan tuduhan oleh seseorang yang bergelar Ahli Parlimen terutamanya Ahli Parlimen dari pembangkang." – MediaUMNO

Memang Tabiat Guan Eng Salahkan Media Untuk Selamatkan Diri

Posted: 30 Aug 2013 04:06 AM PDT

KOTA TINGGI, 30 Ogos – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad menganggap tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya berhubung larangan penayangan filem Tanda Putera bukan sesuatu yang mengejutkan.

Beliau yang juga Pengerusi Felda berkata sudah menjadi amalan pemimpin berkenaan menjadikan media sebagai sasaran setiap kali kenyataannya mendapat tentangan rakyat.

“Dahulu semasa menjadi pembangkang mereka sering membuat bantahan kerana tidak ada kebebasan bersuara, namun kini apabila telah menjadi kerajaan, mereka lupa apa yang diperjuangkan.

dap-salah-media-tv3-utusan-lim-kit-siang-guan-eng-bias

“Jadi apabila kenyataannya mendapat tentangan orang ramai, beliau akan jadikan media sebagai sasaran dan ini bukan satu perkara luar biasa,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Felda Lok Heng di sini hari ini yang dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk dari kawasan sekitar.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Guan Eng semalam yang menyifatkan media sebagai tersalah tafsir kenyataannya berhubung larangan tayangan filem sejarah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba iaitu Tanda Putera di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut Isa berkata, isu berkenaan juga sengaja dicetuskan Guan Eng untuk mengalih perhatian anggota DAP daripada tertumpu kepada soal pemilihan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

“Ini cara melarikan diri daripada isu ini (pemilihan CEC), mereka alih perhatian dengan menceritakan kononnya filem ini memperjuangkan satu kaum sahaja, ini tidak bagus.

“Filem ini berbentuk sejarah dan dia kena terima walaupun sebahagian kecil terasa… kita tidak boleh ubah kerana itu namanya sejarah. Mereka tidak perlu khuatir sebaliknya semua kaum di negara ini sepatutnya mengambil iktibar agar ia tidak berulang,” katanya.

Katanya, semua kaum di negara ini dilindungi dengan perlembagaan negara yang telah dibentuk semasa Malaysia mencapai kemerdekaan dan semua pihak seharusnya menghormati kontrak sosial yang termeterai.

Tiada Sekatan Terhadap Mana-mana Calon Bertanding Naib Ketua Pemuda – Khairy

Posted: 30 Aug 2013 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak mempunyai calon kegemaran untuk menjadi naibnya pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya beliau bagaimanapun tidak mempunyai sekatan terhadap mana-mana calon Pemuda yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan itu, bahkan memberi sokongan secara sama rata kepada semua calon.

khairy-kj-ketua-pemuda-nuri-rumah-terbuka-umno-2013

“Semua calon naib ketua Pemuda mempunyai pengalaman dan kekuatan masing-masing. Keempat-empat calon (yang menawarkan diri) saya anggap sebagai kawan baik saya.

“Sesiapa yang menang pun, saya boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Merdeka Raya’ anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC di sini hari ini.

Kenyataan beliau itu sekali gus menepis laporan akhbar sebelum ini yang mengatakan beliau telah memperakui seorang calon untuk memegang jawatan naib ketua Pemuda.

Jawatan naib ketua Pemuda menjadi perhatian apabila penyandang jawatan itu Datuk Razali Ibrahim menyatakan hasrat bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) 19 Okt depan.

Empat calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda setakat ini ialah Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda UMNO Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan kononnya merestui Khairul Azwan dipilih untuk bertanding jawatan nombor dua sayap itu bagi membantunya memperkukuhkan pergerakan itu.

Sementara itu, Khairy menetapkan sasaran dua atau tiga calon Pemuda akan bertanding di peringkat MT pada pemilihan kali ini dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pemuda 4 Sept depan.

Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Pemuda untuk membolehkan calon bertanding jawatan MT, Khairy berkata calon perlulah mempunyai kematangan, boleh diterima di kalangan anggota dewasa serta boleh membawa imej dan menjadi suara tambahan dalam MT.

Setiap Individu Punya Peluang, Tempat Dalam UMNO – Shahrizat

Posted: 30 Aug 2013 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata parti itu mempunyai struktur organisasi yang cukup baik dan setiap individu mempunyai peluang serta tempat untuk menyertainya asalkan dilakukan secara berhemah.

“Dalam UMNO struktur kita begitu cantik sekali, (ada) cawangan, bahagian, Wanita sebagai tulang belakang, sayap kanan Pemuda (dan) sayap kiri Puteri, ada tempat untuk semua yang minat politik.

“Masuk cara berhemah dan cantik, tak perlu nak masuk ikut ‘belakang’ (atau) ‘tepi’, masuk ikut ‘depan’,” katanya ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

suraya-shahrizat-wanita-umno-rumah-terbuka-2013

Beliau berkata anggota ketiga-tiga sayap itu akan terus menyokong dan memberi kekuatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri, untuk terus memimpin negara.

“Pada hari ini, Wanita sudah ada 1.2 juta anggota, Pemuda pun tidak kurang hebat dengan hampir 700,000 anggota, Puteri kira-kira 400,000 anggota.

"Kesemuanya jika kita satukan, kekuatan kita lebih kurang 67.8 peratus daripada keseluruhan anggota UMNO,” katanya.

Ketika ditemui pemberita, Shahrizat yang kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan kali ini, menafikan beliau mempunyai kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon dalam pemilihan itu.

“Ramai yang nak bertanding, ramai yang layak…jadi kita welcome. Kita tak ada kumpulan…biar kita beri kepada perwakilan untuk memilih,” katanya.

Selain itu, Shahrizat berkata jika dipilih mengekalkan jawatannya, beliau akan bersungguh-sungguh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, termasuk dalam soal menarik sokongan pengundi muda.

Katanya Wanita juga disifatkan sebagai ‘ibu’ yang boleh membantu mempengaruhi golongan pengundi muda.

“Kita pada hari ini mendapat sokongan yang begitu baik sekali daripada kaum wanita. Dan kami sebagai golongan ibu juga akan ‘go all out’ untuk bantu menarik sokongan pengundi muda. Kita akan buat persiapan awal untuk mengembalikan semula kepercayaan golongan sasar,” jelasnya.

ucapan-shahrizat-khairy-rosnah-wanita-pemuda-puteri-umno-rumah-terbuka-2013

Jangan Biarkan Pemilihan UMNO Jejaskan Kesatuan Dalaman Parti

Posted: 30 Aug 2013 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pemilihan UMNO pada Oktober ini tidak seharusnya menjejaskan kesatuan dalaman parti sehingga hilang rasa hormat daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata calon yang bertanding harus bertanggungjawab dan memastikan diri mereka tidak terlalu ghairah untuk merebut jawatan sehingga mencetuskan perpecahan di kalangan anggota parti.

Sebaliknya beliau menegaskan calon pemimpin harus mengekalkan kesatuan kerana UMNO harus menjadi parti contoh kepada parti komponen BN setelah UMNO mempunyai lebih banyak kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

“Jika UMNO tidak bersatu macam mana parti komponen lain akan hormat kita dan dengar cakap kita,” katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai keputusan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Isa Abdul Samad yang bertegas untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

PRU-13 menyaksikan UMNO kekal tonggak BN apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu dengan memperoleh 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. UMNO bertanding 120 kerusi.

Angka 109 kerusi itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 23 peratus berbanding PRU 2008 apabila UMNO memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 kerusi yang dimenangi BN.

Iskandar Malaysia Has Created 584,000 Jobs

Posted: 30 Aug 2013 02:36 AM PDT

LABUAN, Aug 30  - Iskandar Malaysia has created a total of 584,000 job opportunities, with 15 per cent of the employment type comprising skilled and professional manpower, since it started in 2006.

Iskandar Regional Development Authority (IRDA) chief executive Prof Datuk Ismail Ibrahim said the percentage of skilled workers and professionals would grow higher with more investors from the various sectors coming to the economic region.

"At the moment, we are working very closely with the Ministry of Education and educational establishments to ensure we would continuously be supplied with skilled workers and with the right qualifications.

“Of course, we are also looking at those graduated from vocational schools," he said this to Bernama after the signing of a memorandum of understanding between IRDA and Labuan Financial Services Auhority on Thursday.

Ismail said the total cumulative investment since the inception of Iskandar Malaysia was RM118 billion, out of which 67 per cent was from local investment and the remaining from foreign investors.

"This is a far cry from early years, when we saw significantly higher investment from foreign direct investment (FDI) compared to local," he said.

He said this trend was expected during its initial year of inception, but it gradually improved through the collaborative efforts between stakeholders and business community, after which there have been tremendous achievement in attracting investment into Iskandar Malaysia.

"It is expected that in the initial years we know of little interest from local investors, however through collaborative efforts we have been able to create the ecosystem for investment and the results speak for itself," he said.

Apart from other high-income generating sectors, Ismail said Iskandar Malaysia was also looking at tourism sectors related to nature and those related to retail, family entertainment, health and education as well.

"We are focusing on sectors that are not limited to locals but able to woo foreigners to enjoy the standard of services we are offering at very competitive rates," he said.

World Major Countries Want To Ensure Peace In ASEAN Region

Posted: 30 Aug 2013 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 30  - World major countries are serious about maintaining the peace in Malaysia and other Asean countries what with the conflict in the Middle East.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said this was stated at the ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) also attended by ADMM-Plus members Japan, China, India, South Korea, Russia and the United States.

“I had direct contact with leaders from China, Russia and the United States,” he told reporters at the Aidilfitri open house of Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) here, today.

The two-day ADMM held in Brunei ended yesterday.

He said all the countries agreed to promote the principle of non-violence in resolving disputes such as the South China Sea via dialogue, seminar and workshop.

The meeting also agreed to enhance cooperation in cyber security and social media management and strengthen ties and interaction between military officers at all levels.

Hishammuddin hopes that UPNM could become a pioneer in the creation of strategy experts to ensure peace in this region.

On another note, he said the government is ready to help Malaysians in Syria to return home.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman had said 15 Malaysians including 9 students had chosen to stay in Syria although they were advised to leave the war torn country.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT