SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, April 20, 2014

UMNO Online - “Tidak Ada Salahnya Bagi Kerajaan Pas Bawa Usul Hudud Ke Dewan Rakyat – Abdullah Badawi” plus 1 more

UMNO Online - “Tidak Ada Salahnya Bagi Kerajaan Pas Bawa Usul Hudud Ke Dewan Rakyat – Abdullah Badawi” plus 1 more

Link to UMNO Online

Tidak Ada Salahnya Bagi Kerajaan Pas Bawa Usul Hudud Ke Dewan Rakyat – Abdullah Badawi

Posted: 19 Apr 2014 12:21 AM PDT

PUTRAJAYA, 19 April – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan PAS Kelantan ingin membawa usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat.

nik-aziz-pak-lah-abdullah-badawi-hudud-umno-bn-pas-islam-malaysia

“Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata : “Biarlah satu demi satu pelaksanaannya”.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa’id yang mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.- MediaUMNO

Musa Seru Semua Lapisan Masyarakat Sokong Usaha K’jaan Bawa Pembangunan

Posted: 19 Apr 2014 12:18 AM PDT

KOTA KINABALU, 19 April – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru semua lapisan masyarakat menyokong usaha kerajaan untuk membawa kemajuan kepada rakyat, terutama ketika waktu mencabar ini.

Beliau berkata perkara paling penting sekarang ialah kerjasama, sokongan dan komitmen semua pihak, termasuk masyarakat Cina, terhadap kerajaan.

musa-aman-ketua-menteri-sabah-umno-bn

Menurut Musa komitmen masyarakat itu akan membantu usaha kerajaan untuk mewujudkan kemajuan, kemakmuran dan keamanan di Malaysia, khususnya di Sabah.

“Negara mengalami beberapa kesulitan tahun ini. Kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan kes culik di Semporna baru-baru ini adalah Antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita.

“Saya yakin, sekiranya kita sentiasa bersatu, kita akan dapat mengatasi kesulitan yang kita alami ketika ini,” katanya pada majlis jamuan malam bersempena sambutan ulang tahun ke-40 dan upacara mengangkat sumpah jawatan ke-21 Gabungan Persatuan-persatuan Hokkien Sabah dan Labuan di Dewan Hakka di sini malam tadi.

Bagi pihak Kerajaan Sabah, Musa menyampaikan penghargaannya kepada masyarakat Cina dan mengiktiraf peranan mereka dalam membangunkan Malaysia serta Sabah dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi. – MediaUMNO

Saturday, April 19, 2014

UMNO Online - “Muafakat Cara Terbaik Bina Negara – Razali Ibrahim” plus 9 more

UMNO Online - “Muafakat Cara Terbaik Bina Negara – Razali Ibrahim” plus 9 more

Link to UMNO Online

Muafakat Cara Terbaik Bina Negara – Razali Ibrahim

Posted: 18 Apr 2014 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.

razali-ibrahim-muar-johor-umno-bn

Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.

“Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.

“Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab,” katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.

Razali turut membidas tindakan sesetengah mahasiswa yang mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan menggantikannya dengan biasiswa.

Katanya, mereka yang membuat desakan ini merupakan pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Yang cemerlang dalam pelajaran, yang dapat first class sudah dapat PTPTN percuma.

“Yang tak puashati mereka yang tak cemerlang, mereka tak dapat percuma, kalau nak percuma belajar sampai dapat first class,” katanya.

Beliau juga mendedahkan hanya 30 peratus sahaja peminjam PTPTN yang tidak berpuashati dengan badan tersebut dan meminta supaya ia dihapuskan.

Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata program perbincangan meja bulat PTPTN dengan pelanggan dibuat bertujuan untuk melestarikan badan tersebut.

Beliau berkata segala pandangan yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik PTPTN.

Reformasi Tidak Unik Lagi… Makin Memuakkan

Posted: 18 Apr 2014 03:40 AM PDT

Saya percaya, majoriti rakyat Malaysia kini berasa muak mendengar perkataan 'reformasi'. Perkataan dilaungkan oleh pemimpin dan penyokong parti pembangkang sejak kira-kira 16 tahun lalu.

Reformasi sinonim dengan nama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

reformasi-keadilan-palsu-agenda-guling-kerajaan-peribadi-politik-sempit-anwar

Sebagai rakyat marhaen, tidak kira samada penyokong pembangkang atau kerajaan, kita tentunya terfikir, apakah kebaikan diperolehi hasil penganjuran pelbagai perhimpunan itu? Selain daripada disogok ceramah beberapa pemimpin pembangkan, mencerca kerajaan dan kemudian diikuti tepuk sorak penyokong.

Reformasi di jalanan serta di stadium, ternyata tidak menghasilkan kesan positif kepada rakyat.

Motif tetap sama, hanya untuk menjulang serta memperjuangkan nasib seorag individu, Anwar.

Jika diperhatikan, lama kelamaan, perhimpunan reformasi hanya satu agenda biasa. Tidak lagi unik kerana telah dianjurkan sekian lama, cuma versi sahaja berbeza. Kelompok terbabit pula hanya di kalangan penyokong komponen parti pembangkang, PAS, DAP dan PKR.

Mereka melakukan perkara sama, di lokasi berbeza, tidak lebih daripada itu.

"Lawan tetap lawan!"

Barangkali rakyat juga sudah berasa bosan mendengar phrasa sama diulang setiap kali Anwar berdiri di pentas awam. Kita juga mendengar kenyataan serupa di You Tube. Hati kecil Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mungkin menyedari, laungan gabungan 3 perkataan itu hanya untuk membangkitkan semangat penyokong disedari kian pudar. Roh tersemat telah lama hilang.

Sebelum itu, Anwar acap kali didengari mengungkapkan …

"Membujur lalu, melintang patah"

Kini dia sedar, tidak semua halangan didepani, mampu dirempuh secara semberono. Anwar terbukti tidak kebal daripada tindakan undang-undang di negara berdaulat ini. Dia juga semakin dimamah dek usia sebelum menutup mata. Tatkala itu Al-fatihah lebih bermakna berbanding teriakan reformasi!

Itu fakta tidak mampu disangkal dek semua.

mazidulakmal.com 

Kenyataan Anwar Seolah-olah Beliau Manusia Paling Bijak di Dunia

Posted: 18 Apr 2014 03:34 AM PDT

IPOH, 18 April –Barisan NGO Negeri Perak hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mampu mencari MH370 dalam masa satu saat dan menyifatkan ianya sebagai satu kenyataan bodoh sombong dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, sebagai orang lama dalam dunia politik, Anwar tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan ketidak matangannya sebagai seorang pemimpin politik senior.

"Kenyataan Anwar itu seolah-olah bukan saja memperbodohkan negara kita, tetapi juga memperbodohkan semua negara yang terlibat dalam pencarian MH370 yang masih lagi belum ditemui sehingga ke hari  ini. Dalam hal ini, Malaysia bukan keseorangan yang menemui jalan buntu, tetapi juga puluhan lagi negara yang turut sama mencari pesawat tersebut juga kehilangan punca.

anwar-boleh-selesai-misteri-mh370-hilang-1-saat-second-man

"Jadi dalam hal ini, saya melihat kenyataan Anwar itu sebagai satu kenyataan yang memperbodoh dan memperlekehkan usaha bukan saja kerajaan negara kita, tetapi juga negara-negara lain yang turut bertungkus lumus mencari pesawat tersebut. Seolah-olah hanya beliau saja merupakan orang paling bijak dalam dunia," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Apabila dibidas dan dikecam kerana kenyataanya yang separuh masak itu, Salleh berkata Anwar seperti biasa cuba menutup kesilapannya dengan pelbagai alasan serta menyalahkan pihak lain yang kononnya cuba memutar belitkan kenyataannya.

"Sama jugalah ketika Anwar berkata beliau akan mempertahankan keselamatan negara Israel satu masa dulu. Apabila dihentam bertubi-tubi kiri dan kanan, Anwar cuba putar belit dengan mendakwa kenyataannya itu disalah tafsirkan, sedangkan maksud kenyataan Anwar itu amat jelas sekali.

"Inilah sikap Anwar yang begitu tinggi cita-citanya untuk jadi pemimpin nombor satu dalam negara ini. Beliau sentiasa bersikap menyalahkan kerajaan dalam apa juga isu, termasuk isu kehilangan pesawat ini, di mana beliau sepatutnya membantu dengan memberikan cadangan dalam usaha mencari pesawat ini dan bukan sebaliknya.

"Bahkan, sikap Anwar yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu kehilangan pesawat ini dengan membidas kerajaan jelas tidak bertanggungjawab serta ini juga memperlihatkan bahawa tidak ada rasa simpati beliau terhadap keluarga dan sanak saudara mangsa.

"Apa yang jelas, dalam isu kehilangan pesawat ini Anwar tidak pernah membantu, bahkan beliau sebenarnya menambahkan lagi beban emosi yang ditanggung oleh keluarga mangsa dengan kenyataan tidak masuk akal seperti itu," tegasnya. -MediaUMNO

sel-otak-berhubung-anwar-vs-mahathir-highland-tower-mh370

Malaysia Kendalikan Taklimat Media Harian Dengan Baik – Pakar Komunikasi

Posted: 18 Apr 2014 03:00 AM PDT

PUTRAJAYA, 18 April – Seorang pakar komunikasi dari Amerika Syarikat (AS) berpandangan pihak berkuasa Malaysia mengendalikan taklimat media harian berhubung tragedi MH370 yang berskala global itu dengan baik.

Presiden Speech Improvement Company Inc, Ethan Becker berkata menerusi pemerhatiannya dalam beberapa sidang media, komunikasi antara pihak berkuasa dan media bertambah baik dari hari ke hari, berbanding peringkat awal yang kurang berkesan.

dr-ethan-f-becker-the-speechimprovement.com-company-mh370

“Ada ketika mereka gagal menguasai situasi, ada masa pula perasaan kecewa mereka terserlah dan ada waktu lain mereka berjaya melaksanakannya,” katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Strengthening Crisis Communications’ (Memperkukuh Komunikasi Krisis), di sini hari ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman antara yang lazim hadir dalam sidang media harian mengenai MH370 itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat MAS itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga hari ini, hari ke-41, pesawat itu masih gagal dikesan dan usaha mencari ditumpukan di selatan Lautan Hindi selepas analisis data satelit menunjukkan penerbangan itu melencong jauh daripada laluan sebenar.

Mengulas lanjut, Becker menyifatkan Ahmad Jauhari mengendalikan sidang media dengan baik apabila berkongsi kepedihan yang ditanggung anggota keluarga mereka yang menaiki pesawat malang tersebut.

“Kadangkala walau apa juga yang anda katakan, orang tetap beremosi. Beliau melakukan tugasnya dengan baik, tidak berasa kecewa atau marah.

“Kadang-kadang dalam sidang media, disebabkan setiap organisasi media mempunyai agenda sendiri, mereka akan cuba mencetuskan emosi dan sesetengah fakta tidak boleh didedahkan pada masa itu kerana pihak berkuasa tidak mempunyai semua maklumat,” katanya.

Becker yang juga jurulatih pertuturan berkata bagi memastikan komunikasi yang berkesan ketika krisis, pemimpin wajar meluangkan masa melatih diri berkomunikasi dengan tenang, yakin dan selesa, selain mempunyai strategi bagi situasi sedemikian.

Katanya komunikasi yang berkesan membantu orang ramai bertenang dan meneguhkan kepercayaan mereka sebaliknya kegagalan berkomunikasi menyebabkan orang ramai takut dan bimbang yang boleh mencetuskan kekecohan.

“Apabila membabitkan emosi, soal hidup mati, peperangan atau politik, keupayaan berkomunikasi amat penting. Kita tidak perlu melakukannya dengan sempurna, tetapi kita boleh menjadi bagus dan mesej yang cuba disampaikan diterima,” katanya.

Seminar separuh hari itu dianjur oleh Razak School of Government (RSOG) dan dihadiri oleh lebih 40 pemimpin dari sektor awam serta syarikat berkaitan kerajaan.

Becker yang memiliki dua ijazah dalam bidang komunikasi serta doctor kehormat daripada Fitchburg State University, AS juga merupakan penulis bersama buku ‘Mastering Communication at Work: How to Lead, Manage and Influence’.

CPC Sokong Usaha UMNO, Yakin Keupayaan Malaysia Tangani MH370

Posted: 18 Apr 2014 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Pemerintah kuasa besar dunia, Parti Komunis China (CPC) tetap yakin dengan kerajaan Malaysia yang tidak pernah patah semangat dalam meneruskan pencarian pesawat Malaysian Airlines System (MAS) MH370 walaupun terdapat segelintir pihak yang memandang rendah dan memburuk-burukkan usaha kerajaan.

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC, H.E. Hu Chunhua yang mengetuai delegasi seramai 23 orang dari China percaya bahawa kerajaan Malaysia tidak mengambil mudah pencarian pesawat MH370 dan melihat kenyataan negatif terhadap usaha terbabit dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

biro-politik-parti-cpc-china-h.e.-hu-chunhua-tengku-adnan-bn-liow-tiong-lai-mca-kl-klgcc-lawatan-malaysia

"Kami memahami tekanan yang dirasai oleh pemimpin Malaysia dan turut bersedih atas insiden yang berlaku. Segala tuduhan yang cuba memburuk-burukkan kerajaan Malaysia adalah tindakan yang tidak wajar malah kami sentiasa menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa serta bersedia memberikan apa-apa kerjasama," katanya.

Pesawat MH370 yang hilang sejak 42 hari yang lalu turut melibatkan seramai 135 penumpang warga China sebagai mangsa.

"Insiden ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan ia dikongsi oleh semua masyarakat antarabangsa termasuklah rakyat China manakala pencariannya pula melibatkan kerjasama yang amat komited dan kami amat terharu dengan usaha berterusan kerajaan menjejaki pesawat ini”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Kuala Lumpur Golf Country Club, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut melahirkan rasa kagum terhadap perjuangan UMNO dan amat berbangga dengan adanya hubungan akrab yang terjalin antara kedua-dua parti.

"Sebagai parti politik yang terbesar di Malaysia, UMNO telah berjaya berdepan dengan pelbagai cabaran, meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini melalui pembangunan ekonomi nasional serta program-program jangka panjang yang sangat berkesan," katanya.

Jelas beliau, kunjungan CPC bukan sahaja untuk mempereratkan hubungan yang terjalin tetapi turut berhasrat menimba ilmu dari UMNO yang sentiasa berupaya memperkukuh keteguhan parti dengan memastikan hubungan sesama kaum terus erat.

"Kita bukan hanya mahu berkongsi idea tetapi juga mahu mempelajari struktur UMNO yang telah berjaya membawa negara ini dikagumi dipersada antarabangsa biarpun hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum."

Dalam ucapan balasnya, Tengku Adnan turut melahirkan rasa gembira dengan hubungan yang terjalin antara UMNO-CPC dan amat menghargai usaha CPC yang sentiasa memberi sokongan terhadap UMNO.

"UMNO telah berdepan dengan cabaran besar dan berjaya melepasi rintangan yang ada sebagaimana pilihan raya umum tahun lalu dan kemudiannya melaksanakan pemilihan UMNO yang julung kali melibatkan jumlah perwakilan yang sangat besar iaitu hampir 150,000 orang.

"Kita mahu menyediakan parti yang mempunyai struktur kukuh dengan organisasi mantap bagi diwariskan kepada generasi akan datang yang mana setiap individu memahami asas perjuangan UMNO dan menyelami konsep kesatuan dalam kepelbagaian yang diamalkan," katanya.

Hubungan UMNO dan CPC telah terjalin sejak 40 tahun lalu melalui pertemuan pertama dalam kunjungan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ke China bertemu Mao Tse Dong pada tahun 1974.

Kemudiannya, ikatan antara UMNO dan CPC dipererat melalui memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti yang berlangsung dalam suasana harmoni di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC, Beijing pada 4 Ogos 2010.

Menerusi memorandum itu juga UMNO dan CPC bersetuju mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing.

Delegasi CPC yang mengadakan lawatan ke Malaysia selama empat hari dijadual akan melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Terdahulu delegasi tersebut turut melakukan kunjungan hormat kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad - MediaUMNO

cenderamata-delegasi-biro-politik-parti-cpc-china-h.e.-hu-chunhua-tengku-adnan-bn-liow-tiong-lai-mca-kl-klgcc-lawatan-malaysia

Datuk Nozula Stabil Di Hospital Raja Permaisuri Bainun

Posted: 18 Apr 2014 02:13 AM PDT

IPOH, 18 April  - Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam  berada dalam keadaan stabil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), namun kecederaan yang dialaminya dianggap serius oleh pasukan perubatan.

Pakar Bedah HRPB, Dr Basel Ebernesan yang merawat beliau berkata Nozula mengalami kecederaan serius iaitu lebam di paru-paru selain tujuh tulang rusuknya, enam di bahagian kanan dan satu di kiri patah.

zahid-lawat-norzula-paloh-kelantan-nahas-kemalangan-isteri-mati-meninggal-dunia

“Masih awal untuk jangka keadaan pesakit. Kita tempatkan beliau di wad ‘medical high dependency unit’ dan menerima rawatan ubat tahan sakit supaya beliau boleh berehat untuk pulih lebih cepat. Pesakit tidak dibantu dengan alat pernafasan, beliau bernafas secara normal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta membuat pemantauan rapi selain melihat perkembangan Nozula untuk beberapa hari lagi memandangkan kecederaan paru-parunya menyukarkan jangkaan kerana boleh bertukar baik atau buruk di samping menghadapi jangkitan.

Bahagian otak dan anggota badan pesakit adalah baik dan rawatannya juga dibantu oleh pakar bius dan ahli fisioterapi dada, tambahnya.

Kemalangan yang menimpa Nozula berlaku kira-kira 6.30 petang di Km 23, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ketika Nozula dan keluarganya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Cheras, Kuala Lumpur.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu anak perempuannya dipercayai terbabas kerana jalan licin sebelum merempuh tebing bukit yang menyebabkan  isterinya Datin Maziah Din maut dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Fikri, 19, cedera di bahu dan dirawat di Hospital KPJ di sini.

Dr Basel berkata sehingga kini Nozula belum mengetahui kematian isterinya.

It’s Safe To Convict Anwar – Court Of Appeal

Posted: 18 Apr 2014 02:11 AM PDT

PUTRAJAYA, April 18  - It is safe for the court to convict Datuk Seri Anwar Ibrahim on the charge of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan as there was ample evidence which could be confirmed and proved, ruled the Court of Appeal here.

The court said, even assuming there was no corroboration to support Mohd Saiful’s evidence on the factum of penetration, it was safe to convict the respondent (Anwar).

The Court of Appeal three-member panel of judges led by Justice Datuk Balia Yusof Wahi in an 85-page written judgement dated April 11, said there were also other evidence from which elements of the charge could be confirmed and proved.

In the judgement released to the press today, the court held that the issue of contamination and possible tampering of DNA samples taken from Mohd Saiful by the case’s investigation officer Superintendent Jude Blacious Pereira were also not proven.

“In our considered opinion the contention that the investigation officer had tampered with the exhibits (the samples) is devoid of any merit. We do not see how the learned trial judge could be faulted in his findings,” said the judges.

On the insinuation by the defence that Jude had tampered with the exhibits, they said, the court did not find that his act of cutting open the exhibits amounted to tampering of the exhibits.

The coram said they noted the explanation given by Jude that in doing so, he had merely complied with the Inspector-General of Police Standing Order.

The other judges who heard the appeal were justices Datuk Aziah Ali and Datuk Mohd Zawawi Salleh.

On March 7, the Court of Appeal overturned the Jan 9, 2012 High Court’s decision acquitting Anwar of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, at a Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara between 3.10pm and 4.30pm on June 26, 2008.

The panel also said they found no ground to disturb the findings of the trial judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah on the issue of credibility of Mohd Saiful and there was nothing improbable about his evidence.

“It is trite law that credibility of witnesses is domain of the trial judge. We are satisfied that the learned trial judge had sufficiently considered and appreciated the evidence of first prosecution witness (Mohd Saiful),” said the panel.

They said the court had scrutinised the evidence of Mohd Saiful carefully and the coram were in full agreement with the High Court Judge when he found that it was not difficult to understand why Mohd Saiful had acted in the way despite insisting he did not consent to Anwar’s act.

The Bench said the court also agreed with the finding of the High Court Judge on the credibility of Mohd Saiful and there was nothing improbable about his evidence.

They also held that the delay in lodging the police report over the sodomy allegations was not fatal by itself to the prosecution’s case as long as there was cogent and acceptable explanation offered for the delay.

Mohd Saiful had lodged the police report on June 28, 2008, two days after the incident.

On the issue of identification of “Male Y”, the court also held that the evidence of chemist Nor Aidora Saedon attached to the Chemistry Department of Malaysia was essential.

The judges said Nor Aidora developed the DNA profiles of “Male Y” from exhibits of a white toothbrush, a “Good Morning” towel and an empty mineral water plastic bottle obtained from the lock-up cell in which Anwar was the sole occupant.

“After having conducted her analysis, Nor Aidora found that “Male Y” is the same contributor of the DNA retrieved from the exhibits recovered from the lock-up and she came to the conclusion that the contributor of the DNA and “Male Y” is from the same source.

The Bench further held that the law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice.

Anwar was released on RM10,000 bail with one surety pending his appeal at the Federal Court against this ruling.

He was represented by counsels the late Karpal Singh, Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur while the prosecution was led by Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

KLIA2 Obtains Certificate Of Completion And Compliance

Posted: 18 Apr 2014 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 18 – klia2, the world’s largest purpose-built terminal for low-cost carriers, has obtained the Certificate of Completion and Compliance (CCC) from UEMC-Bina Puri JV, the main terminal building contractors.

The issuance of the CCC not only certifies the safety of the project but is also a go-ahead for all relevant authorities to occupy the terminal building including airlines that can start operating from the new hybrid airport.

“We obtained the CCC yesterday, April 17,” Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Senior General Manager (Operations Services) Datuk Azmi Murad told Bernama.

The CCC must comply with the Fire and Rescue Department, Sepang Municipal Council and Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) specifications.

MAHB conducted a mock run of the Operational Readiness and Airport Transfer (ORAT), which is a trial to stimulate functionality and operational aspects, since early February.

The final ORAT will take place on April 30.

Flight operations at klia2 will begin on May 2 while the current low-cost carrier terminal (LCCT) is scheduled to close on May 9.

Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air, Indonesia’s Mandala Airlines have announced that they will begin operations at klia2 by May 9.

On April 15, AirAsia confirmed it would join the bandwagon and operate out of klia2 by the same date.

Pemilihan PKR Kali Ini Lebih Perlihat Acara Jenaka, Londeh Melondeh

Posted: 18 Apr 2014 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim menyifatkan pertandingan pemilihan jawatan di dalam parti tersebut  sebagai satu manifestasi kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai faktor perpaduan dalam menyatukan pasukan pemimpin-pemimpin di dalam partinya sendiri.

Jelas beliau, wujudnya kelompok atau kumpulan-kumpulan tertentu di dalam pertandingan ini memperlihatkan berlakunya konflik dalaman yang parah ibarat retak yang menanti belah.

ruslan-kassim-bekas-penerangan-pkr-anwar-perkasa

"Wujudnya kumpulan yang pro kepada pemimpin tertentu, termasuk isterinya sendiri memperlihatkan bahawa Anwar tidak lagi menjadi faktor penyatuan di dalam PKR. Kumpulan Azmin, Khalid, Saifudin Nasution dan Nurul Izzah sendiri, akan cuba saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.

"Contohnya seperti pertembungan Khalid dan Azmin, jelas merupakan kemuncak kepada konflik yang  berlaku di dalam pentadbiran Selangor selama ini.

"Kumpulan itu pula masing-masing mendakwa direstui oleh Anwar. Masing-masing cuba untuk menjadi anak emas Anwar. Saya yakin, akan terjadinya adegan londeh-melondeh sesama sendiri dalam kempen pemilihan parti PKR yang akan berlansung tidak lama lagi," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau juga berpendapat, pemilihan PKR ini di mana berlakunya pertandingan yang tidak pernah terjadi di dalam sejarah politik negara seperti pertandingan Anwar menentang isterinya sendiri bagi merebut jawatan Presiden PKR, merupakan bukti bahawa pengurusan dan pentadbiran PKR di bawah kepimpinan Ketua Pembangkang itu amat bercelaru dan caca merba.

"Biarpun Anwar kata itu demokrasi, tetapi rakyat melihat sebaliknya. Walaupun ada juga ura-ura yang mendakwa kemungkinan Anwar akan tarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut, bagi saya ia mungkin berlaku akibat menerima terlalu banyak kritikan daripada pemerhati luar mahupun daripada ahli dan kepimpinan parti itu sendiri.

"Bagaimanapun agak sukar Anwar untuk membersihkan kembali imej partinya yang dilihat begitu caca merba pentadbirannya, sekali pun beliau menarik diri daripada bertanding. Ini kerana hasrat Anwar itu telah diketahui umum di mana PKR hari ini dilihat sebagai sebuah  parti tegar dalam mengamalkan kronisme dan nepotisme di peringkat tertinggi," ujarnya.

Justeru itu kata Roslan,  bagaimana Anwar boleh diharapkan untuk mentadbir dan memimpin negara sedangkan beliau jelas gagal untuk mentadbir partinya sendiri dan juga parti-parti di dalam pakatan dengan baik.

"Sebagai rakyat, saya yakin kita boleh menilai kemampuan Anwar untuk mentadbir. Kalau partinya sendiri pun ditadbir dengan caca merba dan kelam kabut, bayangkan bagaimana jika beliau dipilih sebagai Perdana Menteri untuk mentadbir negara yang pastinya lebih banyak kerenah dan cabarannya.

"Sebab itu, ramai di kalangan penyokong tegarnya yang terdiri daripada golongan bijak pandai yang meninggalkan perjuangan Anwar dan PKR. Mereka sudah nampak bahawa Anwar tidak mampu untuk mentadbir negara dan tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

"Kelebihan Anwar hanyalah pada kepetahannya berhujah dan memutar belitkan fakta dan beliau sebenarnya tidak  mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang mampu mentadbir negara dengan cekap dan baik.

"Rakyat perlu sedar hakikat ini dan sekiranya kita menyerahkan pentadbiran negara kepada pemimpin yang partinya sendiri pun huru hara dan kucar kacir, secara tidak langsung kita telah membenarkan negara ditadbir oleh seorang pemimpin yang tidak berkemampuan untuk mentadbir yang bakal memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat itu sendiri," tegasnya. -MediaUMNO

Krisis Air Selangor… Rakyat Jadi Mangsa Politik “Bodoh Sombong”

Posted: 18 Apr 2014 01:01 AM PDT

Krisis air yag berterusan di Selangor sebenarnya sudah sampai ke peringkat yang mendatangkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran pakatan pembangkang. Tidak kira samada mereka penyokong pakatan ataupun Barisan Nasional, perasaan meluat tetap meluap kerana terpaksa menanggung kesusahan ekoran catuan air.

Namun sikap pakatan pembangkang yang cuba menyalahkan Barisan Nasional dalam isu air ini amat keterlaluan. Rakyat perlu tahu bahawa krisis air yang meruncing ini akibat daripada kedegilan dan sikap "bodoh sombong" pakatan pembangkang. Ini merupakan realiti.

masalah-krisis-catuan-catu-air-selangor-lembah-klang-rakyat-mangsa-politik-sempit

Akibat dari sikap mahu "tunjuk kuasa" bahawa pakatan pembangkang berkuasa dan memerintah Selangor maka Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak dengan berbagai alasan untuk melaksanakan projek Langat 2.

Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.

Oleh itu penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.

Walaupun ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020 namun atas keegoaan melampau pakatan pembangkang mereka telah menentang habis-habisan projek untuk rakyat ini. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi kelulusan .

Semasa kerajaan Selangor diperintah BN pada tahun 2000, mereka telah bersetuju dengan projek Langat 2. Namun apabila Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang mereka tidak bersetuju dengan alasan bimbang kenaikan tarif air 70 % jika Langat 2 diteruskan. Kos RM8.65 bilion [4] diperlukan bagi projek Langat 2.

Oleh itu mereka memilih untuk membiarkan rakyat menderita dengan krisis air yang mengakibatkan catuan berterusan. Rakyat menderita. Kebersihan terabai dengan sendiri terutama bagi mereka yang berkeluarga besar.

Walaupun catuan dibuat setiap dua hari namun hakikatnya kebanyakkan kawasan seperti rumah pangsapuri terpaksa menghadapi catuan air sehingga empat ke lima hari. Dan yang lebih menyakitkan hati pula, air ada cuma untuk beberapa jam sahaja.

Dengan itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan negeri Se-langor segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat rakyat ekoran kegagalan mereka menangani krisis air yang tenat.

Desakan ini ditujukan khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas dilihat gagal menguruskan krisis air di negeri itu.

Bermacam-macam masalah air timbul sejak kerajaan PKR memerintah Selangor. Mereka selalu sahaja membantah dan menentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah air dengan Kerajaan Pusat.

Hakikatnya rakyat yang menanggung kesusahan. Oleh itu NGO-NGO ini mahu kerajaan pakatan pembangkang mengembalikan kuasa kepada rakyat atau memberi kerjasama kepada pihak yang ingin beri kerjasama untuk menangani masalah air.

Mereka muak dengan dolak-dalih dan bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal pakatan pembangkang.

KakChah

bn-mahathir-selangor-kaya-miskin-air-loji-langat-patut-bina-4-tahun-dahulu

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT