SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, July 31, 2013

UMNO Online - “Yang Pelik, Perlu Disiasat Bukan Pembelian Scorpene Tapi Putar Belit SUARAM” plus 9 more

UMNO Online - “Yang Pelik, Perlu Disiasat Bukan Pembelian Scorpene Tapi Putar Belit SUARAM” plus 9 more

Link to UMNO Online

Yang Pelik, Perlu Disiasat Bukan Pembelian Scorpene Tapi Putar Belit SUARAM

Posted: 30 Jul 2013 01:41 AM PDT

Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.

Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal.

Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.  Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM.

Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.

Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.  Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong.

Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk 'menguruskan pembohongan', termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain.

Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk 'menguruskan pembohongan', termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain.

Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Dato' Seri Najib atau Razak Baginda.

Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS, Thales dan Perimekar, entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Dato' Seri Najib.   Dari situ, mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina.

Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.  Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku.

Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris.  Dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya.

Tidak apa semua itu, kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan.  Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu.

Oleh itu, jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene, tetapi dalam operasi SUARAM.

Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini, Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.  The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya semalam.

Dari kenyataan Jasbir, maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.  Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAMlah yang sebenarnya berbohong.

Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.  Jika pembohongan itu berhenti, maka tamatlah riwayat SUARAM.  Setakat hari ini, boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.  Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa – berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma.

Dr Muslim Umar

 

Jangan Singkat Akal, Beza Hubungan Diplomatik Dengan Sokong Idealogi

Posted: 30 Jul 2013 01:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Tindakan pemimpin pembangkang yang menganggap UMNO kononnya bersikap hipokrit apabila ada di kalangan pemimpinnya yang menyelar filem 'The New Village' disifatkan  tidak matang dan tidak faham berkaitan perkara yang menjadi isu.

Penganalisis politik tempatan Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat tindakan pemimpin pembangkang tidak memahami isu sebenar apabila menganggap pemimpin UMNO mengamalkan 'double standard' lantaran kerajaan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan beberapa negara komunis.

"Mereka tidak faham apa itu hubungan diplomatik yang dilaksanakan oleh kerajaan dan UMNO yang mana ia amat berbeza dengan hubungan idealogi komunis yang cuba diterapkan dalam pemikiran masyarakat hari ini," katanya kepada UMNO-Online.

Semalam, beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua Pergerakan Pemudanya, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa kebenaran terhadap penayangan filem 'The New Village' perlu ditarik balik sekiranya ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi.

Hal ini telah mengundang kenyataan balas pembangkang termasuklah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang melabel kenyataan terbabit sebagai terus bermain api perkauman dan pembohongan bagi memecahbelahkan negara dengan tembok kebencian dan ketakutan selain mempertikai hubungan antara UMNO dengan beberapa negara komunis.

"Hubungan diplomatik dan sokongan terhadap idealogi yang dibawa amat berbeza. Ambil saja contoh bagaimana hubungan Malaysia dengan Vatican City. Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Vatican City tetapi tidak bermakna kita menyerap ajarannya dan mengiktiraf fahaman mereka namun kita menghormati apa yang mereka anuti.

"Begitu juga dengan Iran yang turut mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia dan UMNO juga tetapi tidak bermakna kita menyetujui fahaman yang mereka anut iaitu syiah malah secara jelas kita menentang ajaran syiah di negara kita ini," ujarnya.

Tegas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju negara maju tentunya mahu membina hubungan diplomatik dengan semua negara-negara lain di peringkat antarabangsa namun dalam masa yang sama menghormati fahaman mereka.

"Kita menjalinkan hubungan atas nama diplomatik tetapi kita tidak mengimport dasar-dasar komunisme yang menjadi pegangan sesetengah negara malah Negara China yang sememangnya akrab dengan kita telah amalkan dasar buka pintu dan menjadi antara kuasa besar dunia sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan lain-lain lagi.

"Apa yang menjadi pertikaian adalah unsur-unsur komunisme yang cuba dihidupkan dalam masyarakat maka kerana itulah filem 'The New Village' ditentang lantaran dikatakan wujudnya konsep yang agung-agungkan fahaman terbabit."

Dalam hal ini, mana-mana pemimpin khususnya pembangkang perlu faham berkaitan agenda komunisme yang cuba diterapkan apatah lagi filem adalah antara unsur yang paling mudah bagi mempengaruhi masyarakat.

"Dengan pendedahan melalui filem maka tentunya perubahan secara kepribadian secara tidak sedar akan berlaku sebagaimana mungkin ia adalah motif utama bagi penyebaran komunisme di kawasan-kawasan urban bagi golongan muda.

"Cubaan untuk meresapkan fahaman komunis ini dalam masyarakat perlu dibendung kerana kegagalannya hanya akan seperti mencucuh api di tengah ladang kering yang pastinya akan terbakar dan marak merebak dengan cepat sehingga membahayakan diri sendiri." – Media UMNO

Kepentingan Rakyat Dan Kedaulatan Negara Dijamin Dalam TPPA – Mustapa

Posted: 30 Jul 2013 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai  - Segala kepentingan rakyat dan kedaulatan negara akan diutamakan dan terjamin dalam perbincangan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Jelasnya rakyat berhak memberikan apa saja pandangan mengenai TPPA dan beliau selaku menteri yang bertanggungjawab bersedia untuk mendengar pandangan mereka.

“TPPA masih di peringkat perbincangan. Perbincangan seumpama TPPA biasanya melibatkan peringkat perbincangan, persetujuan, tandatangan dan ratifikasi,” katanya.

Jika perlu kerajaan boleh mengadakan taklimat khas untuk menjelaskan mengenai TPPA kepada anggota Dewan Negara, katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini hari ini.

Mustapa berkata ketua-ketua kerajaan yang terlibat dalam perbincangan TPPA meletakkan sasaran untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan  pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun, tidak ada jaminan bahawa sasaran berkenaan akan dicapai atau tidak.

Mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault ke negara ini semalam, Mustapa berkata pada masa ini terdapat 260 syarikat  Perancis yang beroperasi di negara ini, peningkatan 50 peratus berbanding lima tahun lalu.

DAP Parti Rasis Yang Cuba Tuduh Pihak Lain Rasis

Posted: 30 Jul 2013 01:13 AM PDT

Sebetulnya tidak ada apa yang 'grand' sangat bila Kit Siang timbul hentam Tun Mahathir sebagai perkauman baru-baru ini.  Ini memang taktik biasa DAP, main persepsi orang lain rasis, walhal dia parti itulah rasis yang terbesar sekali.

Kalau tak rasis, macam mana pulak parti berbilang kaum kononnya tapi dihuni lebih 90% cina?  Kalau tak rasis, macam mana pulak boleh terang-terangan tipu keputusan pemilihan CEC semata-mata nak pastikan anak cina (nama Melayu) menang supaya tak nampak semua nama cina dalam CEC tu?

Semasa di PRK Kuala Besut baru ini, kenapa tak satu pun bendera DAP yang dicacak di kawasan tersebut.  Malah kalau ada yang cacak pun, budak PAS sendiri akan datang tanggalkan?  Sebab apa tanggal, takut kerasisan DAP mempengaruhi undi orang Melayu pada calon PAS ke?

Dalam kes 'makan di tandas' baru-baru inipun, DAP juga yang jadi batu apinya.

Dari percaya fitnah murid dipaksa makan dalam tandas, sebelum berubah kenyataan tak patut makan dalam bilik persalinan dan sekarang senyap setelah dibuktikan keputusan makan di bilik persalinan itu dibuat oleh PIBG, DAP memang ada main peranan yang banyak supaya api perkauman terus marak.

Malangnya, ada juga ibubapa dari 'kaum itu' yang termakan hasutan DAP cuba bertindak di luar batasan ke atas guru besar sekolah berkenaan sehingga laporan polis terpaksa dibuat.

Begitulah 'hebat' DAP main api perkauman, cerita jamban pun boleh hampir nak cetus ketegangan kaum.  Tempat lain tidak ada perkara macam ini berlaku, tapi di Malaysia ada sebab wujudnya parti macam DAP.

Ini semua bukti kerasisan melampau DAP, bukan semata-mata lihat berapa ramai calon Melayu bertanding atas tiket parti tersebut dalam PRU13 yang lepas.

Setakat calonkan beberapa nama Melayu (itupun di kawasan majoriti cina), dengan 2 darinya menang, itu bukan bukti kata DAP tak rasis.  Memang ada 3 nama Melayu DAP yang menang dalam PRU13 lepas, tapi Zairil Khir Johari bukan salah seorang darinya.

Dia cina bernamakan Melayu.

Maka itu DAP patut berhenti tuduh orang lain sebagai rasis bila parti itu lebih rasis dari segala-gala rasis pun.  Malah kemuncak kepada kerasisan di Malaysia ini, peristiwa 13 Mei 1969 itu pun memang DAP ada peranan seperti yang dibuktikan dalam kertas putih Parlimen.  Isi kandungan kertas putih itu sampai sekarang tidak dicabar oleh DAP di Mahkamah, membuktikan DAP ini memang parti rasis.

mykmu.net

Kerajaan Sedia Bantu Polis Perangi Jenayah Berat – PM

Posted: 30 Jul 2013 01:04 AM PDT

PUTRAJAYA, 30 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata kerajaan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan apa sahaja yang perlu, mengikut asas dan kemampuan, untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah, khususnya jenayah berat, di negara ini.

Perdana menteri turut melahirkan kebimbangan berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini.

Beliau berkata kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara.

Sehubungan itu, Najib mahu pihak polis mengambil tindakan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku mutakhir ini.

“Terpulang kepada polis untuk meminta daripada kerajaan apa yang mereka perlukan dari segi meningkatkan keupayaan dalam lingkungan alasan dan kemampuan yang boleh kerajaan sediakan untuk memerangi jenayah terancang dan jenayah berat dalam negara.

“Kita bersedia menimbangkan permohonan dan kehendak polis asalkan ada jaminan tiada salah guna kuasa dan hak kemanusiaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2013 di Kementerian Kewangan di sini, Selasa.

Bagi tindakan segera, Najib berkata polis akan menggunakan undang-undang sedia ada untuk melaksanakan apa yang boleh dilakukan dalam memerangi jenayah berat itu.

Selain itu, Najib berkata satu jawantakuasa kecil yang terdiri daripada beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan berbincang dengan Peguam Negara (AG) dan Ketua Polis Negara (KPN) bagi menentukan peruntukan tambahan dalam undang-undang yang boleh memperkukuh keupayaan bidang kuasa polis untuk bertindak.

“Perkara ini akan dibawa ke sesi Parlimen yang akan datang.

“Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan dan tindakan segera dan serius perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan rakyat,” katanya.

Pada Isnin, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur.

Ahad lepas, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April.

Sementara itu, Najib menolak dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat tangan-tangan yang mempengaruhi keputusan hakim menolak petisyen pilihan raya baru-baru ini.

“Kerajaan tidak pernah campur tangan. Kita mesti yakin dengan keputusan mahkamah.

“Mahkamah juga yang membebaskan Anwar dulu. Jadi macam mana dia tidak yakin dengan sistem mahkamah di negara kita,” katanya.

Esscom Jadi Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi Di Lahad Datu

Posted: 30 Jul 2013 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai –  Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menjadi pemangkin program pembangunan sosioekonomi kepada perkembangan keselamatan kawasan perairan Pantai Timur Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata dengan penubuhan ESSCOM, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baharu memberi keyakinan kepada masyarakat setempatuntuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah itu.

Beliau berkata kehadiran polis dan tentera yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

“Pencerobohan itu tidak pernah mendapat sokongan daripada majoriti penduduk Sulu di Sabah, yang turut mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu, dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Johari ingin tahu kesan ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan yang dialami oleh masyarakat Lahad Datu ekoran daripada pencerobohan, serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

Daerah Semporna dikejutkan dengan peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan.

Tambah Shahidan, walaupun beberapa pihak menuduh kerajaan sebagai mengadakan drama berunsurkan politik semasa pencerobohan dan tangkapan awal dibuat, tetapi mula menyedari bahawa ini merupakan satu pencerobohan besar yang mengancam nyawa.

Selain penubuhan ESSCOM, beliau berkata usaha bersepadu yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak agar keadaan pulih seperti sedia kala dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat, para pelabur dan pelancong untuk terus melawat dan melabur ke negeri itu.

“Penduduk Kampung Tanduo juga dipindahkan ke penempatan terbaru dan pelbagai lagi kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan di kawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit,” katanya.

Penangguhan The New Village Langkah Bijak Untuk Keharmonian

Posted: 30 Jul 2013 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai – Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan penayangan filem The New Village ditangguhkan membuktikan kementerian itu tegas untuk memastikan keharmonian kehidupan kepelbagaian kaum harus diutamakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri menyifatkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk  Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan penangguhan adalah suatu tindakan bijak dan berani kerana jika dibiarkan ialah boleh memberi kesan kepada kestabilan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Pihak yang terbabit seharus peka terhadap perkara sebegini, ia sepatutnya tidak berlaku sehingga menyebabkan Menteri terpaksa campur tangan sedangkan perkara ini boleh dibendung dari awal, apa mereka yang bertanggungjawab tidak memikir kesan daripada penayangan filem berkenaan.

"Dalam suasana sekarang terutama negara baru melalui proses pilihan raya, sepatutnya perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah.

"Adalah sesuatu yang baik menerbitkan filem berunsurkan sejarah, ia dapat memberi pendidikan kepada generasi sekarang terutama mengenai keperitan dan kesusahan yang terpaksa dilalui masyararakat dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Ahmad Zahid yang mengarahkan supaya penayangan filem The New Village ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada pelbagai pihak kerana filem berkenaan dikatakan seperti menyokong perjuangan komunis suatu ketika dahulu.

Mazlan berkata, bukan sahaja di peringkat kementerian, pihak yang ingin menerbitkan filem berkenaan seharusnya peka terhadap apa yang ingin dihasilkan, kepekaaan terhadap kesan yang akan berlaku tehadap penghasilan filem itu perlu dilihat bukannya memikirkan keuntungan sahaja.

"Jangan hanya fikir keuntungan tanpa memikirakan perasaan orang lain, apakah kita ingin hidup seperti apa yang berlaku di Timur Tengah yang berpunca daripada ketidak puasan hati antara satu pihak di dalam negara itu sendiri, menyebabkan berlakunya kacau bilau sehingga mengorbankan nyawa”, ujarnya. -MediaUMNO

Govt Committed To Provide Affordable, Comfortable Housing For Low-Income Earners : Ahmad Husni

Posted: 30 Jul 2013 12:53 AM PDT

PUTRAJAYA, July 30 – The government is committed to provide affordable and comfortable housing for the people, especially to low-and middle-income earners, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said today.

He said the affordable housing issue was a major concern to the people due to spiralling house prices.

The rapid increase in house prices, particularly in urban areas, have made it extremely difficult for the low-and middle-income earners to own houses.

“Hence, the provision of low-cost houses has been a priority in the five-year Malaysia Plans and the annual Budget.

"Therefore, the Budget 2014 Focus Group Meeting on Providing Greater Access to Home Ownership today is part of the inclusive process, as we have with us representatives from the private sector, industry organisations and government agencies," he said in his opening remarks at the meeting in the Finance Ministry today.

Ahmad Husni said he looked forward to listen to views from key stakeholders on issues and ideas on providing greater access to affordable housing for the masses.

Since 2011, house price increases have averaged 11 per cent to 12 per cent annually in preferred locations such as Kuala Lumpur, which has the country's most expensive housing, averaging RM552,707 a unit in the first quarter of this year.

This is followed by Sabah and Selangor, with average prices per unit at RM391,981 and RM365,317, respectively.

Loans for residential property also accounted for a significant RM319.4 billion or 49.6 per cent of total outstanding loans to households as at May this year.

Likewise, the biggest portion of household debt is on the payment of housing loans followed by car loans, he said.

Ahmad Husni said issues such as mismatch between supply and demand, low-cost houses are not strategically located, abandoned and delayed housing projects, slow implementation of the Industrial Building System (IBS) and no valuation requirements on new house launches also need to be addressed.

The Focus Group Meeting is organised to seek views and suggestions for the 2014 Budget.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is expected to table the 2014 Budget in Parliament on Oct 25.

The Finance Ministry has identified 15 specific topics covering macroeconomic, sectoral and social issues for the focus group discussions this year.

10 Writers Associations Get Financial Aid

Posted: 30 Jul 2013 12:35 AM PDT

PUTRAJAYA, July 30 – Ten writers associations today received a financial aid of RM10,000 each from Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to cultivate literary works and culture.

They were Persatuan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan, Persatuan Sasterawan Numera Malaysia, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Persatuan Penulis Budiman Malaysia (Budiman), Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Persatuan Penulis Negeri Sembilan (Pen), Persatuan Penulis Johor, Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif Malaysia, Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur, and Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

The financial aid is part of a RM2 million allocation announced by the government in April to help writers intensify creative efforts under a special programme to cultivate national language and literature 2013.

The financial aid was presented by Muhyiddin, who is also education minister, in conjunction with the National Language Implementation meeting at the Education Ministry here today.

After the two-hour meeting, the deputy prime minister attended the National Council of Professors meeting, also at the ministry.

Among those present were council chairman Prof Emeritus Datuk Seri Zakri Abdul Hamid, deputy chairman Distinguished Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin and secretary Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM430 Juta Kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri Pada 2015

Posted: 30 Jul 2013 12:19 AM PDT

PUTRAJAYA, 30 Julai – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM430 juta kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri bagi tahun 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah itu, RM130 juta merupakan pembiayaan caruman kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.

Sejumlah RM300 juta lagi diberikan berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup.

“Jumlah caruman yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri bagi 2014 berjumlah RM287 juta,” kata Perdana Menteri kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat tahunan Majlis Kewangan Negara 2013, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata peruntukan ini disediakan supaya Kumpulan Wang Simpanan Negeri mampu membiayai permohonan pengeluaran daripada kerajaan-kerajaan negeri pada tahun berkenaan.

Selain itu, Najib berkata kerajaan Persekutuan akan membiayai 50 peratus kos mengurus senarai bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Negeri) Semenanjung, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah dan Kementerian Perancangan dan Sumber Sarawak (Fungsi Perancangan Bandar dan Desa).

“Pemberian ini akan diberikan mulai tahun hadapan berdasarkan perbelanjaan mengurus jabatan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan keputusan ini akan melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Persekutuan antara RM28 juta dan RM32 juta untuk tahun hadapan.

“Menerusi pembiayaan ini, jabatan ini diharapkan dapat memainkan peranan lebih aktif dan berkesan di peringkat negeri dan seterusnya membantu mencapai matlamat negara menjelang 2020,” katanya.

Najib berkata mesyuarat itu juga meluluskan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri untuk diguna pakai oleh semua kerajaan negeri.

Pada mesyuarat itu juga, sebuah jawatankuasa Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri ditubuhkan supaya isu mengenai pemberian penyelenggaraan jalan negeri dapat diselesaikan dengan lebih cepat tanpa merujuk kepada Majlis Kewangan Negara.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai Ketua Audit Negara, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Akauntan Negara, Peguam Cara Perbendaharaan dan empat wakil kerajaan negeri,” katanya.

Najib juga berkata wakil kerajaan negeri akan dipilih bagi setiap tempoh dua tahun daripada kalangan Pegawai Kewangan Negeri/Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak/Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.

“Mereka akan mewakili empat zon iaitu Zon 1: Perlis, Kedah Pulau Pinang dan Perak, Zon 2 : Kelantan, Terengganu dan Pahang, Zon 3: Selangor,Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dan Zon 4: Sabah dan Sarawak,” katanya.

“Pengarah Belanjawan, Kementerian Kewangan merupakan Setiausaha jawatankuasa ini,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata mesyuarat juga bersetuju terhadap cadangan Rang Undang-Undang Akta Tatacara Kewangan (Pindaan) 2013 bagi melaksanakan perakaunan akruan kerajaan Persekutuan mulai 2015 dan bagi kerajaan negeri mulai 2016.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT