SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, August 31, 2009

Program Rakan Surau

Program Rakan Surau (SOLAT TERAWIH)

Bertempat di Surau Taman Meru 4

DUN MERU.

3 SEPTEMBER 2009( KHAMIS)

*semua dijemput hadir*



Friday, August 28, 2009

Majlis berbuka puasa bersama pimpinan Masyarakat Parlimen Kapar
pada 28 Ogos 09
di Galeri Sementa.
semua d jemput hadir.

Wednesday, August 26, 2009

Program Rakan Surau..Surau Al Mukminah Jalan Hj Othman

Program rakan surau telah berlangsung sebentar tadi. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kapar dan Jawatankuasa Penyelaras Dun Sungai Pinang telah beramai-ramai turun untuk berterawih disurau tersebut.
Antara yang hadir ialah Ketua Pergerakkan Pemuda Umno Bhg Kapar Tuan Haji Roslee bin Abdul Hamid, Naib ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kapar Saudara Nor Azizi Ishak, Setiausaha Pegerakkan Pemuda Kapar Saudara Sharul Nizal Bin Hj Ali, Penyelaras Dun Sungai Pinang , Saudara Fuad Syahrin Misbah serta abang angkat Dun Sungai Pinang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Rakan Surau

Semua penduduk DUN Sungai Pinang
khasnya di Rantau Panjang
dan
ahli Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar,
Dijemput Ke
Program Terawih yang bertempat di
Surau Jalan Haji Othman Rantau Panjang pada Rabu, 26 Ogos 2009

Thursday, August 20, 2009

pAKATAN hARAM MAKIN TAK BETUL

Pakatan Haram memang penuh dengan kerasuahan yang melampau… selama ini pemudakapar amat hairan kenapa jalan-jalan raya di dalam dun sementa tidak pernah diupgrade atau di perbaiki. Saya tidak Pasti sama ada orang sementa sedar atau tidak tetapi selepas menerima berita semalam dari seorang “orang kuat PKR” baru saya paham kenapa.. katernyer ada seorang mak angkat di DUN Sementa telah diserbu SPRM kerana dek penyelewengan RM375000.00. So apabila kita bersembang dia pun terus berkater “ada ker patut.. duit itu telah diberikan kepada yang perkara seperti bas.. dan lain-lain.. tetapi bagaimana dengan rakyat sementa.. semua rakyat sementa tu dapat ker naik bas.. tu. Tu dier kata lah
Cuba tuan-tuan pk kan . apabila duit dah yang sedemikian banyak telah digunakan untuk urusan parti.. saya jugak terpikir.. rakyat sementa yang lain apa yang dapat takkan dapat cerita cerita lapuk lagi kata ini BN punyer kerja… ingatlah BAHAWA SEKARANG INI PAKATAN HARAM JADAH NI PUNYER KERJA BUKAN ORANG LAIN SEBAB DIA KERAJAAN.
Dengan ini pemudakapar mencabar agar mak angkat sementa meletakkan jawatan supaya SPRM mudah menjalankan siasatan. Kalo di sekyen 23 aritu dia dah panggil samseng pasal isu pembinaan kuil.. apakah yang sebenarnya berlaku di sementa .. kemana hak rakyat sementa diatas duit tersebut. Yang bestnyer plak… MB Selangor jadi kecut perut apabila mengarahkan semua soal siasat SPRM dilakukan di Pejabat SUK… SAYA NAK TANYA KALO SOAL SIASAT DILAKUKAN DISANA ADA KEMUNGKINAN SAKSI AKAN TAKUT UNTUK MEMBERIKAN KETERANGAN.. AL MAKLUMLAH ..KAN ADA GANGSTER KAT SITU APAKAH NASIB PEGAWAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG ADA DI SUK.. PEMUDA KAPAR MENDOAKAN AGAR MEREKA SEKELUARGA SELAMAT DARI SEBARANG BENCANA DUNIA DAN AKHIRAT.
Tapi sepanjang pemerintahan Pakatan Haram di Parlimen Kapar inI memang betul betul penuh dengan kontorversi ..ini diambil kira dengan dendangan rakyat Selat klang tentang kes khalwat dan cerai “Mak” betul Selat Klang.. sejauh mana kebenarannya pemudakapar pun tak tahu,, tapi.. kalo tak der angin mesti pokok kan bergoyang tapi kalo cerita ni dah didendangkan di markas PAS kg Delek, mungkin kener pkiolah sendiri salah, pemuda Kapar ingin mendesak agar orang tersebut tersebut membuat akuan bersumpah atau pun buat press statement di surat khabar bahawa perkara ini tidak beraku.. apa yang diberitahu kepada Pemudakapar .. WARGA SELAT KLANG BERASA AMAT MALU DENGAN PERKARA TERSEBUT…. Dan BAGI PAS DISANA PULAK SILA LAH DENGAN JUJUR SEPERTIMANA YANG KITA MELAKUKAN SOLAT SETIAP HARI MEMPERBETULKAN KEADAAN INI
DAH LAH PERSURUHJAYA NYA INI TAK DER TELUR…. INI KAN PULAK RAKYAT SELAT KELANG YANG MARUAHNYA DICALAR-CALAR.. KAN.. DEK KERANA “mak “ YANG TAK BERAPA NAK BETUL…

Di sungai Pinang Lagi hebat , yb nyer tuan Speaker, sampah tak terkutip, tak boleh nak mengurus rakyat di kampong sungai pinang, tapi kalo kat taman taman perumahan di Belakang Klang PRADE dan pinggir bandar klang semua okay dan terurus dan tempat tersebut diurus dengan baik sekali tapi macam saya kata tadi di Kampung Sungai Pinang dan Kampung Rantau Panjang semuanya nya tidak diterima… ketua Pakatan Haram kat kampong tersebut seolah olah telah dibayar untuk tidak bersuara ataupun dalam ertikata lain ialah makan gaji buta… atau dah tak der telur nak tegur… PARIT DIKAMPUNG-KAMPUNG DARI DULU HINGGA SEKARANG SAMA JER .. TAKDER APER PUN YANG BERUBAH
Kalau ISU ISA korang nak buat demonstrasi.. bagaimana pulak dengan ISU hak sebagai pengundi DI DUN TERSEBUT…

Thursday, August 13, 2009

Perancangan Strategik PPUM KAPAR






































Semalam telah berlangsung satu mesyuarat diantara Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar dan Juga Jawatankuasa Penyelaras Dun.

Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid , Ketua Pergerakkan Pemuda UMNo Bahagian Kapar, Saudara Nor Azizi Ishak, Naib Ketua Pemuda, Saudara Izam Idris, Bendahari Pemuda Saudara Muhammad Nor bin Hj Kassim, Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Kapar. Turut sama hadir ialah Cik Hanimasra Marhaini, Ketua Puteri UMNO.

Dalam mesyuarat tersebut jentera parti di peringkat DUN telah memberikan banyak cadangan dan pandangan tentang bagaimana dan strategi-strategi untuk memenangi hati pengundi khususnya di Bahagian Kapar.

Tuan Haji Rosli dan jawatankusa Pemuda Bahagian juga telah mendengar dengan penuh teliti cadangan-cadangan dan pandangan dari jentera di peringkat DUN seterusnya telah memberitahu ROAD MAP tentang apa yang perlu dilakukan khususnya dibahagian Kapar. dan Isyaallah KAPAR akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional sekirayan semua yang dirancangkan ini berjaya.
Satu Suara, Satu Arah , Satu Malaysia


















Wednesday, August 12, 2009

Mak Angatt Dun Sementa




Semalam berlangsungnya perjumpaan Wakil Penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di pejabatnya di deretan rumah kedai seksyen berkenaan. Ini rentetan daripada keengganan dan helah beliau yang sentiasa mengelakkan diri dari bertemu penduduk untuk membincangkan mengenai pembinaan kuil Hindu terbesar di situ. Penulis juga pernah mengupas isu yang sama, di sini.Di dalam perjumpaan semalam, Rodziah Ismail dengan bongkak dan angkuhnya mempertahankan pembinaan kuil tersebut. Menurut beliau Menteri Besar, barisan EXCO dan PKNS sudahpun meluluskan projek berkenaan dan beliau berharap penduduk dapat menerima seadanya. Di dalam mesyuarat malam tadi, bukan sahaja tiada penyelesaian diperolehi malah ADUN Batu Tiga tersebut beria-ia mempertahankan keputusan kerajaan negeri tersebut."Mengapa orang Melayu tidak boleh bertolak ansur dengan kuil Hindu? Cuba bayangkan perasaan penganut Hindu yang terpaksa mendengar azan dari surau berdekatan rumah mereka?Pertanyaan Rodziah ini bingkas dijawab oleh seorang penduduk, "Ini merupakan negara Malaysia yang Islam adalah Agama Persekutuan. Jangan nak samakan Islam dengan agama lain. Jika senang sangat mengapa tidak buat sahaj kuil-kuil tersebut di hadapan rumah YB?"Apabila ditanya kenapakah beliau tidak menjawab memo bantahan yang telah dihantar oleh penduduk. Beliau bingkas menjawab bahawa beliau tidak menerimanya. Apabila pihak penduduk menyerahkan surat berkenaan yang diakuterima oleh pejabat beliau, beliau yang agak kemalu-maluan mengaku dan meminta maaf kepada wakil penduduk kerana tidak membalasnya.Rodziah juga menjelaskan bahawa pemindahan tapak kuil tersebut bagi memudahkan kanak-kanak dan orang tua penganut Hindu ke kuil. Ini menimbulkan kemarahan penduduk yang datang. Salah seorang daripada mereka mempersoalkan penganut Hindu di seksyen berapa yang mudah. Jika dahulu di Seksyen 19 sekarang di Seksyen 22 apa bezanya? Bukankah mereka perlu bergerak juga. Jika diadakan di Seksyen 23 pun tentulah juga penganut hindu di seksyen 19, 20, 21 dan 22 juga perlu mencari pengangkutan.Seorang penduduk yang tidak dapat bersabar terus keluar sambil memarahi Rodziah, "Jangan bagi alasan-alasan yang bodohlah." Beberapa orang lain kelihatan marah yang agak sukar dibendung sehingga menepuk-nepuk meja. Wakil penduduk juga turut mempersoalkan tindakan Rodziah membawa beberapa gangster India berkumpul di bawah pejabatnya semasa sesi dialog tersebut. Namun beliau memberi alasan tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Apabila beberapa penduduk termasuk penulis cuba bertindak ganas dengan mengugut gangster-gangster tersebut, akhirnya mereka mengakui bahawa mereka ditugaskan untuk menjaga EXCO-EXCO Kerajaan Pakatan Haram Selangor.Kami difahamkan kerajaan negeri telah mengarahkan PKNS memberi tanah komersial miliknya sebanyak 20, 000 kaki untuk pembinaan kuil tersebut. Kami bertanyakan soalan kepada YB bengap ini kenapakah tanah komersial milik PKNS diberi untuk pembangunan kuil tanpa melalui Pendengaran Awam seperti yang sering diperjuangkan DAP dan PKR semasa menjadi pembangkang? Beliau hanya terdiam tanpa berkata apa-apa.Inilah contoh YB Melayu bangsat yang mewakili Pakatan Haram Selangor.

Tuesday, August 11, 2009

Wacana Rakyat


"PR membela atau mengkhianati rakyat"
Penceramah Dato Razali Ibrahim
Naib ketua Pemuda Umno Malaysia
Rabu, 12 Ogos 2009
Jam 9.00 Malam
Bertempat di Homestay Sungai Sireh
Tanjung Karang






* semua dijemput hadir

Monday, August 10, 2009

WASIAT RAJA MELAYU


Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:


1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).


2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


3) Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


4) Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.5) Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.


6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.


7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Kebajingan yang tiada kesudahan

PULAU PINANG 9 Ogos – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis sebaliknya hanya mahu menarik balik kenyataan tersebut.
Menurut Ooi, tindakan menarik balik kenyataannya itu dibuat atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu beliau berbuat demikian.
Justeru katanya yang juga Ketua Staf Pejabat Guan Eng, sebagai seorang yang bekerja sepertinya dan mempunyai ketua, dia perlu mengikut nasihat dan arahan yang diberikan ketua walaupun mempunyai pandangan lain.
‘‘Sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar dan entiti awam, JIM juga seharusnya tidak mudah terasa hati dengan kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh orang ramai berkaitan misi dan aktivitinya.
‘‘JIM patut menerima segala kenyataan yang dikeluarkan tidak kira dalam bentuk yang bagaimana kerana semua orang berhak mengeluarkan pandangan peribadi masing-masing,’’ katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat DAP Parlimen Jelutong di Jalan Perak di sini hari ini.
Menurut Ooi, beliau juga mencabar pihak-pihak tertentu yang mendakwanya sebagai anti-Islam supaya memberikan bukti kukuh terhadap perbuatannya yang menunjukkan dia berbuat demikian.
Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menuduhnya.
Sementara itu, Ooi juga mahu Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah, yang juga ahli JIM keluar daripada Majlis Jawatankuasa One Stop Centre (MJOSC) kerana beliau hanya satu beban politik kepada kerajaan negeri.
Katanya, tindakan Mohd. Razali yang telah menangguhkan projek dua pemaju yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hanya kerana syarat dan permintaan ‘peribadinya’ tidak termaktub dalam garis panduan dan kriteria sedia ada tidak dipenuhi, hanya satu tindakan merugikan semua pihak.
Menurut beliau, permohonan Kebenaran Merancang (KM) telah ditangguhkan walaupun kedua-dua pemaju itu telah memperoleh surat kelulusan daripada semua jabatan-jabatan teknikal yang terlibat.
‘‘Dalam mesyuarat MJOSC yang diadakan, beliau telah mempersoalkan dan meminta maklumat berkaitan harga jualan rumah, meminta gambar perspektif 3D, pindaan pelan dan maklumat pelan induk terdahulu, sedangkan pelan itu telah diluluskan sebelum itu.
‘‘Ini semua tidak berasas dan bukannya merupakan aspek teknikal yang berada dalam bidang kuasa MJOSC. Tindakannya itu hanya akan menimbulkan keresahan, kegelisahan dan ketakutan kepada pemaju. Jangan bila mereka sudah keluar dan tidak ingin melabur di negeri ini, baru kita mahu mengambil tindakan terhadap Mohd. Razali. Ini sudah terlambat,’’ katanya.
Bagaimanapun, Ooi berkata, beliau tidak akan campur tangan dan menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya terhadap Mohd. Razali.
Namun, kata Ooi, dia akan mengumpulkan segala bukti yang ada untuk menunjukkan ‘tindakan’ keterlaluan dan tidak berasas Mohd. Razali itu untuk diserahkan kepada Guan Eng.
‘‘Tidak seharusnya Mohd. Razali dibiarkan terus berada dalam MJOSC, dia harus keluar untuk menjamin pelabur terus berminat melabur di Pulau Pinang,’’ katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita, adakah beliau akan meletakkan jawatannya disebabkan isu yang timbul tersebut, Ooi berkata, isu mengenai jawatannya itu tidak penting sebaliknya yang paling utama kini adalah jawatan Yang Dipertua MPPP.
Menurut beliau, jawatan itu kini dipangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman setelah penyandangnya, Tan Cheng Chui menghadapi masalah kesihatan.
‘‘Cheng Chui sekarang sedang sakit dan desas desus ada mengatakan dia akan meletakkan jawatan. Ketiadaannya menyebabkan banyak mesyuarat MJOSC terpaksa ditangguhkan yang bermakna banyak projek juga terpaksa ditangguhkan kerana kita tidak ada alternatif pengerusi.
‘‘Datuk Zainal mempunyai banyak tugas lain. Dia tidak mungkin mampu melaksanakan semua tugas. Oleh itu satu perancangan teliti perlu dilakukan untuk menjamin ekonomi negara terus berkembang,’’ katanya.

Utusan Malaysia

Pergi Mampus sama DAP, PAS sedarlah, melayu mari bersatu

Persidangan UMNO Bahagian Kapar
















Persidangan yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi telah selamat berlangsung semalam. Berikut adalah gambar Gambar Persidangan





Thursday, August 6, 2009

Kuda -kuda Tunggangan Dalam pakatan rakyat




1) Tentu saudara semua masih ingat akan Setiausaha PKR Selangor.. pada hari sambutan 100 hari PKR memerintah. (Duit Lagi)

2) Saya rasa rakyat masih lagi ingat ketika Selat Klang dilanda ribut… apa yang di katakan oleh MB Selangor Ialah “lawatan ke sana membazir”

3) Kemudian Isu Saiful Bukhari. Apa kah bodohnya ..Pakatan Haram ni ni kes Saipul ngan Anwaq..awat hangpa sebok sangat.?

4) Islam makin dipermainkan… mula-mula ada isu babi, kemudian JK masjid.. pastu di Port Klang, budak dihalau keluar dari surau yang dijadikan sekolah KAFA, dulu masa BN yang “kejam ni memerintah” tidak pernah pun Tadika PASTI ditutup. Kerajaan sekarang ni macam beruk dapat bunga. Duit Perbendaharaan pun dengar cerita dah nipis. Masa tinggal dulu ada banyak lagi.

5) Pastu ada YB yang tak mahu pakai songkok kat Dewan Undangan Negeri. Nasib orang tua tu dah mintak maaf.

6) Dalam masa yang sekarang ni dah kecoh pulak pasal rasuah.. dulu cakap kerajaan yang telus dan adil nak buat macam Khalifah Umar Abdul Aziz sekarang lain pulak bunyinyer. Banyak sangat kes rasuah.

7) PAS pulak semakin jadik boneka, Kita lIhat sahaja apa yang berlaku di Kedah, Perak, Selangor . Penjualan Arak semakin berleluasa,malahan di Kg Batu Tiga, Jalan Kapar arak djual juga disitu.

8) Dalam perkhidmatan kerajaan pegawai yang merampas telah dipaksa untuk melakukan “kecurangan “dalam jawatannya supaya memulangkan balik arak yang dirampas. Apakha jenis orang yang mengatakan akan menjadi adil.. dan akan mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz

9) Pusat Perjudian dan Spa pula semakin banyak berniaga secara halal.

10) Di Selat Klang lebih banyak premis rumah di kawasan perumahan dijadikan retoran makan cina. Mana mereka dapat permit ini.

11) Samseng dan kongsi gelap makin bermaharajalela. Katanya kat PUChong pun makin banyak orang apply kerja GRO. Tu yang kita tahu yang tak tahu..aktiviti underground pun dah boleh mesyuarat kat pejabat Exco.. Tak caya Tanya TBH

12) Rakyat Selangor makin tak terbela, Ibu tunggal dipaksa bayar sewa yang tinggi, Sampah sarap makin tak terkutip. Dirumah saya pun dah berapa hari tak kutip sampah. Lebih-lebih lagi di Kawasan Speaker DUN.

13) Yang bestnya lagi Exco PKR kat sementa dah Rembat RM300,000.00lebih dan sekarang keener sisat kat SPRM takut nanti ada lagi yang lompat bangunan plak.

14) Pernah dulu selepas menang di Ijok, Seorang YB disana di Dewan Bukit Badong ada menjanjikan pendapatan Bulanan Belia di Sana akan dapat gaji minimum RM2000.00 sebulan dengan syarat pergi kursus yang disediakan.. tetapi akhirnya keluar pulak berita di Utusan , Pengganggur dari Ijok pula terpaksa meragut untuk carik kerja di Kuala Lumpur

15) Sekarang ni pula sibuk dengan Inkues TBH.. Berapa ramai dah orang jatuh bangunan takder pun nak bukak Suruhanjaya Diraja tapi tengok lah sekarang ni bukan setakat Suruhanjaya sahaja malah ada Inkues lagi. Inilah hadiah dari BN yang kejam.

16) PAS apa boleh buat.. baru cakap sikit dah ditarik tarik telur.. itulah terlalu asyik sangat nak jadi pengerusi Forum kat dalam masjid… last -last rupanya umat islam diluar makin tersepit. Nizar makin tak tentu arah lagi dah pegang lilin orang mati.

17) Kita lihat sekarang bagaimana isu menggunakan nama Allah s.w.t, Ahli Parlimen Shah Alam dengan bangganya membuat syarahan agama di gereja kata boleh pakai nama Allah oleh orang Kristian. Nasib baik ada orang tegur kat Parlimen. Tidakkah suatu hari nanti sekiranya perkara ini dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan kepada remaja dan anak-anak kita

18) . Cuba renungkan firman Allah s.w.t;

"[1]Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! [2]"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3]"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. [4]"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. [5]"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. [6]"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". Al Kafirun (ayat 1-6)

19) Takkan tak paham-paham lagi. PAS sebenarnya digula-gulakan dan diperalatkan oleh DAP dan PKR.. Sekiranya tidak percaya, saya ingin bertanya kepada Otai –otai ataupun orang lama PAS.. kenapa ketika anwar ditangkap depa ni tak masuk PKR, tapi depa join ngan PAS ?
jawapannya ialah sebab Anwar nak memiliki PAS andaikata PKR “tergolek dog”. Kebanyakan YB PAS Apabila bersuara lantang sikit terus ..memencilkan diri selepas disound oleh DAP.Lihat di Kedah..Siap boleh ugut keluar Pakatan lagi..masa tu datanglah USTAZ LIMpKIT Siang kasi settle. La ni pun berlaku di Selangor.. Bila YB Datuk Hassan Ali melenting.. pastu MB Selangor ckp… “shut up” maka dengan petahnya dier bercakap “no isu,no isu”

INilah dia Negara Berkebajikan

Wednesday, August 5, 2009

Skandal PR Selangor

masyuk masyuk kes Seorang adun pkr rRM375,000.00bakal disiasat.. sila layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Monday, August 3, 2009

Kursus Jatidiri pemuda Kapar


























































Program JATI DIRI PEMUDA KAPAR telah berlangsung dari 31 JULAI 2009 hingga 2 OGOS 2009.. Dan telah dihadiri seramai 50 orang ketua pemuda cawangan dalam bahagian Kapar. Menurut Tuan Haji Mohd Roslee Abdul Hamid, program ini merupakan siri yang pertama..dan akan diadakan secara berkala dan selepas ini pimpinan pemuda di peringkat cawangan..dalam bahagian kapar. Program ini telah juga disertai oleh beberapa orang ajk pemuda bahagian. Menurut para peserta..setelah menghadiri kem ini ...mereka akan terus berjuang untuk mendapatkan kembali kerajaan selangor mengikut strategi dan ilmu yang telah mereka perolehi. Majlis perasmian penutup telah turut dihadiri oleh Tuan Haji Roslee Abdul Hamid, Saudara Sharul Nizal hj Ali, S/U Pemuda, ajk Pemuda Bahagian dan juga Ajk UMNO BHG KAPAR serta telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Abdul Rahman Palil, Ketua UMNO bahagian Kapar merangkap Adun Bahagian Sementa












TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT