SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, November 22, 2010

Sumbangan Banjir daripada UMNO Cawangan seri Perantau


13 November 2010 UMNO Cawangan Seri Perantau telah membuat kutipan derma untuk membantu mangsa banjir di Negeri Kedah dan Perlis . Hasil kutipan derma tersebut telah diserahkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar untuk disampaikan kepada Ketua Skuad Penyelamat Sukarelawan Banjir Pemuda Barisan Nasional, Tuan Haji Roslee Abdul Hamid yang juga merupakan Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Kapar.

Antara sumbangan yang diterima daripada UMNO Cawangaan Seri Perantau ialah 5 Kotak Pakaian, Satu Kotak Makanan dan juga wang tunai sebanyak RM528.79 . Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangannya, Saudara Azman bin Tan Sri Onn kepada Saudara Mohamad Nor B. Hj Kassim, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian kapar selaku wakil pemuda bahagian. Turut hadir pada majlis ialan Saudara Nor Azman Wahab, AJK Pemuda Bahagian , Saudara Abdul Halim Bin Mohd Aini, AJK Pemuda bahagian serta kepimpinan UMNO Cawangan Seri Perantau.

Syabas suara baru ucapkan kepada UMNO Cawangan Seri Perantau

Thursday, November 11, 2010

Lepas ni kakitangan Kerajaan Negeri Selangor boleh buat Tuntutan Bil Hospital Swata Kat MB Selangor...




WOW! Rakyat Selangor Kena Tanggung RM300,000 + + Kos Perubatan Sunway Medical Centre Untuk Yb ADUN Damansara…..


Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor bermula kelmarin. Disitulah tempat untuk 56 wakil rakyat bergelar Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri bersidang, berbincang, berbahas dan meluluskan pelbagai perkara untuk melaksanakan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Dari pihak pembangkang yang diwakili oleh Barisan Nasional, diberitakan mempersoalkan keputusan khas Exco Kerajaan Negeri meluluskan perbelanjaan sebanyak melebihi RM300,000 untuk membiayai kos perubatan seorang ADUN dari Damansara, Dr Cheah Wing Yin.

ADUN Damansara, Dr Cheah telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya sewaktu hangat berkempen pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor awal tahun ini. Beliau mengalami kecederaan yang serius dimana ketika itu ada juga pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan khabar angin bahawa akan ada satu lagi pilihanraya kecil DUN Damansara….

Sungguh bertuahnya nasib menjadi wakil rakyat…., perbelanjaan rawatan yang MAHAL terpaksa dibebankan kepada rakyat Selangor yang membayar cukai pintu, cukai tanah, cukai perniagaan, saman kompaun dan bermacam macam lagi bayaran asalkan ianya menjadi pendapatan serta hasil buat kerajaan negeri….

Sebagai insan biasa, kita sentiasa mendoakan kesejahteraan buat sesiapa sahaja lebih lebih lagi kepada mereka yang ditimpa kecelakaan dan musibah…. Tetapi, apakah perlu diberikan keistimewaan kepada seseorang yang bergelar wakil rakyat pada waktu yang sama membebankan rakyat..??

Sekiranya beliau memilih rawatan 1st class dari private hospital seperti Sunway Medical Centre, kenapa tidak menanggung sendiri kosnya..? Kenapa rakyat Selangor mesti menanggungnya..?
Apakah Yb itu hanya boleh dirawat di hospital swasta..? Rakyat biasa hanya boleh dirawat di hospital kerajaan…??

Sebagai seorang wakil rakyat berstatus seorang doktor profesional, tidakkah beliau mampu menyiapkan dirinya dengan perlindungan insurans..??? Oleh itu jika berlaku kejadian kemalangan seperti ini, sebarang kos perubatan yang MAHAL sudah tentu akan dibiayai oleh pihak insuran..!

Memang sukar untuk diterima akal yang waras, sekiranya seorang berjurusan professional, apatah lagi seorang doktor, tidak mengambil skim perlindungan insurans..?

Tindakan mahu menyerahkan kepada Exco kerajaan negeri meluluskan kos perubatan yang melebihi angka suku jutaan ringgit ini boleh dipersoalkan dan menzahirkan beberapa persepsi yang negatif….

Apakah ini peluang untuk pihak yang layak membuat tuntutan turut sama membuat keuntungan..? Sekiranya pihak Exco kerajaan negeri sudah membuat bayaran RM300,000 + + kepada pihak hospital swasta bagi menyelesaikan segala bil tertunggak…, tidak mustahil pihak yang mengambil perlindungan insurans juga membuat tuntutan sebagai REIMBURSEMENT CLAIM…?
Maknanya, bukan sahaja berjaya mendapatkan tanggungan menyelesaikan bil rawatan tetapi berjaya juga mendapat tuntutan dari insurans…. [menggunakan kaedah round-tripping, bayar dulu nanti claim, tetapi yang membayar adalah pihak kerajaan negeri, dan pihak yang menuntut claim akan dapat wang terus kedalam poketnya…]

Semoga pihak yang terlibat dapat membuktikan bahawa tiada sebarang penyelewengan wang rakyat Selangor dalam pembiayaan dan tuntutan kos rawatan Yb Dr Cheah sebanyak RM300,000 + + yang mendapat 1st class treatment dari hospital swasta dan BUKANnya hospital kerajaan…!!
sumber dari:

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/11/wow-rakyat-selangor-kena-tanggung.html

Tuesday, November 9, 2010

Pemuda kapar Menabur Bakti Di Kedah









5 kenderaan 4x4 seramai 20org Pemuda Kapar menyertai Sukerelawan BN Kapar Ke Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir disana.. Majlis pelancaran telah dilaksanakan oleh YB Datuk Razali Ibrahin Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang telah mengibarkan Flag Off .

Menurut Ketua Unit Penyelamat Sukarelawan Pemuda BN Malaysia yang juga Ketua Pemuda Kapar Tuan Haji Mohd Roslee Bin Abdul Hamid yang juga merupakan Ketua Pemuda BN Kapar seramai 200 orang sukarelawan pemuda BN telah dibahagikan mengikut tempat yang akan mereka menawarkan khidmat bakti. yang mana 60 orang telah di tempatkan di Alor Setar dan Padang Terap manakala selebihnya di perlis.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT