SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, January 31, 2013

UMNO Online - “Women’s Hope To Have Better Future Lies In Barisan Nasional – Shahrizat” plus 9 more

UMNO Online - “Women’s Hope To Have Better Future Lies In Barisan Nasional – Shahrizat” plus 9 more

Link to UMNO Online

Women’s Hope To Have Better Future Lies In Barisan Nasional – Shahrizat

Posted: 30 Jan 2013 04:36 AM PST

KANGAR, Jan 30 – The Malaysian women’s hope to have brighter future lies only in Barisan Nasional’s (BN) government, Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said.

She said this was because the BN government had always taken into consideration the welfare of the people, especially women at all levels.

In addition, the government had constantly listened to the voice and aspirations of women, not only through political channels, but also through MPWK (Women and Family Development Council), she said at the launch Perlis MPWK community event here today.

Shahrizat, who is also National Chairman of MPWK, said the council had been championing the interests of women in the country.

“That is why the government has also prepared various facilities for women and continued trying to bring them out of poverty through the 1Azam programme,” she said.

Meanwhile, Perlis Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu when opening theevent, expressed hope that the women would become the catalyst and morale booster for the community to support the government.

He said the women in the country had enjoyed a comfortable life and those who still trapped in poverty had never been left out from the government’s effort to improve their living standards.

Tiada Sebab Kerajaan BN Ditukar – Musa

Posted: 30 Jan 2013 04:32 AM PST

KOTA KINABALU, 30 Jan – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar ditukar hanya kerana desakan, tohmahan dan fitnah pembangkang dan pihak tertentu yang sentiasa memburuk-burukkan kerajaan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan BN telah membuktikan kemampuannya membangunkan dan membawa negeri ini ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.

“Lihat sahaja di kiri dan kanan, banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajan Barisan Nasional, dan kita ada banyak lagi agenda untuk rakyat dan negeri Sabah.

“Jadi, tiada sebab kerajaan BN ditukar atau diganti. Kita tidak perlulah buang masa untuk melayan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Sa’adah. Wisma Muis, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, yang disertai 350 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Musa turut menyeru rakyat Sabah, terutama anggota pelbagai NGO atau persatuan, supaya memberi sokongan yang padu kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata ini penting bagi merealisasikan segala dasar pembangunan dan program yang dirancang untuk dilaksanakan bagi faedah rakyat.

“Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu agar tiada yang akan terpinggir daripada pembangunan dan kemajuan yang dibawa Barisan Nasional,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa banyak perubahan dalam semua aspek kehidupan rakyat di Negara ini.

“Kerajaan sedia ada bertanggungjawab, menunaikan janji dan memenuhi harapan rakyat melalui pelbagai program, dasar dan inisiatif,” katanya.

100,000 Expected For National Ponggal Unity Festival On Saturday

Posted: 30 Jan 2013 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 30 – About 100,000 are expected to throng Dataran Merdeka to celebrate the national Ponggal Unity Festival on Saturday (Feb 2).

Federal Territories and Urban Well Being Deputy Minister Datuk M. Saravanan said the national festival, held for the first time, will be themed ‘Bersatu Maju Berjaya’ (Unity for Success) to reflect the prevailing unity, brotherhood and harmony among the Indian community and expose the various Indian cultures through cultural performances.

Saravanan who is also MIC vice president said the festival was being organised by the Malaysian Indian Congress (MIC) in collaboration with the Federal Territory Indian Development Foundation.

“To encourage people to come for the festival, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) will allocate a number of locations like Padang Merbok, Jalan Tang Ling, Stadium Negara and Muzium Negara to park their cars and buses,” he told reporters here today.

He added that Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) had also agreed to extend the LRT and KL Monorel services to 12.30am while Rapid KL buses will be in service until 1am.

SPR Lancar Laman Web Khas Untuk PRU Ke-13

Posted: 30 Jan 2013 03:05 AM PST

PUTRAJAYA, 30 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memperkenalkan laman web khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain menjadi panduan kepada pengundi yang pertama kali mengundi, laman web itu turut memuatkan peraturan yang baru diperkenalkan pada PRU kali ini.

“Antara yang akan dimuatkan dalam laman web berkenaan ialah maklumat terkini proses penamaan calon, tempoh berkempen, proses mengundi, urusan mengundi sehingga pengumuman keputusan,” katanya selepas majlis pelancaran portal itu di sini hari ini.

Beliau berkata laman web berkenaan akan menjadi sumber rujukan utama bukan sahaja kepada orang ramai tetapi juga media terutamanya semasa pilihan raya berlangsung.

Katanya ia dapat membantu orang ramai dan media mendapatkan maklumat seperti jumlah atau peratus terkini pengundi yang keluar mengundi tanpa perlu menghubungi SPR.

“Setiap maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia sentiasa dikemaskini. Kita juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata Abdul Aziz.

Beliau berkata antara lain, laman web itu diwujudkan bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat tepat dan sahih kerana sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihan raya diadakan pelbagai khabar angin akan timbul.

SPR, katanya, mengalu-alukan sebarang maklum balas.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan sekali lagi SPR sentiasa berusaha memastikan senarai nama pengundi dibersihkan, namun berkata mana mungkin ia dapat dibersihkan seratus peratus.

“Sebagai contoh jika hari ini SPR memberi jaminan senarai pemilih bersih mungkin esok ada ada berlaku kematian dan ada yang dilucutkan kewarganegaraan,” katanya.

Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, beliau berkata empat pegawai SPR sedang dalam senarai menunggu untuk menjadi saksi.

Akhirnya Rakyat Akan Pilih Politik Aman, Stabil Dan Janji Ditepati

Posted: 30 Jan 2013 02:53 AM PST

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan.

BN memperolehi 42 peratus  berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.

Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.

Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.

Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.

Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.

Daripada perbelanjaan isu rumah, pendidikan, kebajikan pelajar, warga emas, pemandu teksi, golongan karyawan, agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.

Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.

Begitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M, KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan – Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.

Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik, agama, bahasa, budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah.

BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan – ekonomi, politik dan sosial – daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.

Segala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.

Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik.

Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.

Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.

Sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang.

Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.

Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.

Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.

Mereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.

Hasil kaji selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih "tidak pasti" untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu dibimbangi.

Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain.

Walaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka, pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil, kompetitif dan aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka.

Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap memilih BN yang rasional, komited, berwawasan serta sentiasa menepati janjinya.

Pengundi Alaf 2000

Hebat!!! Rumah Mampu Milik DAP Di Pulau Pinang Berharga RM400,000

Posted: 30 Jan 2013 02:38 AM PST

GEORGE TOWN, 30 Jan – Projek perumahan kos rendah dan sederhana rendah oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mengelirukan rakyat kerana harga yang ditawarkan adalah di luar kemampuan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow berkata unit rumah seluas 1,000 kaki persegi ditawarkan pada harga siling RM400,000 itu adalah di luar kemampuan bagi golongan berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

“Projek mampu milik dan perumahan rakyat oleh mana-mana kerajaan, keuntungan bukannya matlamat kerana ia bukan syarikat pemaju swasta tetapi untuk memastikan keperluan masyarakat dapat dipenuhi,” katanya.

Teng berkata demikian selepas menyampaikan insentif pelajar cemerlang PMR dan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) kepada 387 penerima di kawasan Timur Laut, di sini hari ini.

Katanya kos pembinaan untuk rumah bertingkat adalah antara RM130 dan RM150 sekaki persegi dan tiada alasan untuk kerajaan negeri menawarkan harga siling RM400,000 bagi rumah seluas 1,000 kaki persegi.

Teng berkata terdapat margin keuntungan yang besar jika rumah mampu milik dijual pada harga siling RM400,000 dan kerajaan negeri seharusnya menawarkan harga yang lebih rendah berbanding pemaju swasta.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang tiada keikhlasan dan usaha sebenar untuk membantu rakyat kerana mereka tidak mempunyai dasar perumahan. Itulah sebabnya mereka tidak boleh menentukan harga,” katanya.

Teng berkata projek perumahan itu turut akan menjarakkan lagi jurang kehidupan dan sosial kerana dibimbangi ramai penduduk di kawasan pulau akan pindah ke seberang berikutan harga siling yang dua kali ganda lebih murah.

Difahamkan harga siling RM220,000 ditawarkan untuk rumah mampu milik di Batu Kawan untuk unit rumah yang sama luas dengan kawasan di pulau.

Hadi, Pas Main Muslihat Guna Nasharuddin Untuk Tutup Isu Kalimah Allah

Posted: 30 Jan 2013 02:31 AM PST

KUALA LIMPUR 30 Jan – Tidak hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang dikatakan menjadi punca kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada menganggotai majlis syura hanyalah sebagai alasan untuk meminggirkannya daripada parti itu.

Sedangkan, ura-ura untuk memecat Nasharudin sudah lama kedengaran  berikutan beberpa tindakan yang dilakukan oleh beliau sehingga menimbulkan rasa tidak senang bukan sahaja di kalangan kepimpinan Pas malah pemimpin pakatan pembangkang yang melihat pembabitannya dalam beberapa  program yang turut membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganalisa dan Pensyarah Politik , Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan pemecatan Nasharudin daripada Majlis Syura adalah satu isyarat bahawa Pas sebenarnya ingin menidakkan pembabitan beliau dalam parti berkenaan.

"Walaupun  Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura, namun beliau masih ahli PAas perkara ini dinyatakan oleh Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Hadi berkata keputusan itu adalah keputusan Majlis Syura dan  tidak ada kena mengena dengan kepimpinan Pas pusat.

"Apa yang dinyatakan oleh Hadi itu adalah lebih kepada cuba bermain politik selamat, sebarang tindakan drastik yang diambil terhadap Nasharudin boleh memberi kesan kepada parti, Nasharudin mempunyai pengikutnya dan sudah pasti apa yang berlaku  boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokongnya, sebab itu Hadi berhati-hati dalam kenyataannya.

"Begitu juga dengan isu Kalimah Allah, Hadi masih terus berdiam diri sedangkan Majlis Syura sudah pun membuat ketetapan, inilah mainan politik Hadi di samping bagi memastikan sokongan daripada ahli partinya, beliau juga tidak mahu kehilangan sokongan daripada rakannya dalam pakatan pembangkang," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, pemimpin pembangkang merasakan kehadiran Nasharudin menyukarkan pakatan yang dijalin antara DAP, Pas dan PKR kerana beberapa kenyataan yang dibuat tidak berpihak kepada mereka malah lebih bercanggah daripada apa yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti terbabit.

"Ketidak sehaluan Nasharudin dengan pemimpin pembangkang seperti Pengerusi DAP (Karpal Singh) dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menimbulkan rasa tidak senang kepada pemimpin DAP dan PKR, sedangkan Pas terpaksa berdiam diri.

"Nasharudin sebenarnya mengalami nasib serupa seperti bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang ditunjuk jalan keluar  apabila bertelagah dan bersenpendapat dengan pemimpin DAP dan PKR Selangor, dan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan jika Nasharudin juga akan dipecat daripada Pas," katanya.

Dr  Samsul berkata, apa yang berlaku terhadap kedua-dua tokoh besar Pas itu sebenarnya adalah agenda tersembunyi pakatan pembangkang untuk melenyapkan mereka kerana kehadirannya lebih banyak membawa masalah yang boleh merosakkan perancangan pembangkang untuk menawan Putrajaya. -MediaUMNO

Bila Lawatan PM Ke Gaza Dipolemikkan, Ia Bukti Pembangkang Setuju Sokong Keselamatan Israel

Posted: 30 Jan 2013 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron berkata irihati pakatan pembangkang telah diterjemah dengan mempolemikkan isu lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Gaza yang turut membuktikan bahawa mereka bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan kerajaan Israel.

"Datuk Seri Najib sentiasa menjadi yang pertama dan menjadi perintis dalam agenda nasional dan di persada antarabangsa. Oleh kerana itu, pakatan pembangkang 'merah mata' dan sakit hati apatah lagi dalam ramai-ramai pemimpin dunia maka beliau menjadi perintis," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, simboliknya apabila keputusan Datuk Seri Mohd Najib ke Gaza adalah membawa makna yang cukup besar dan menterjemah suara hati dan semangat keseluruhan rakyat Malaysia.

"Inilah realiti pemimpin yang sebenar iaitu mengotakan apa yang dikata dengan menyalurkan rasa simpati dan prihatin kepada rakyat Palestin bukan dari jauh tetapi turun sendiri menjejakkan kaki dan melihat mangsa keganasan rejim zionis Israel."

Katanya, pakatan pembangkang telah ketandusan isu sehinggakan mewujudkan dakwaan kononnya Presiden Fatah, Mahmoud Abas tidak senang dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia.

"Realitinya kedatangan Datuk Seri Najib adalah membawa mesej untuk kesatuan Palestanian yang mesti bersatu iaitu antara Fatah dan Hamas yang mana ia akan dapat melawan kembali keganasan dan kerakusan daripada Israel.

"Pakatan pembangkang mempolemikkan isu terbabit lantaran mereka bankrap idea apatah lagi Datuk Seri Najib telah mendahului kepimpinan tertinggi di peringkat antarabangsa dan negara-negara Islam lain."

Tegasnya lagi, Datuk Seri Najib juga tidak pernah menyatakan sokongan kepada kerajaan Israel yang mana sekaligus memberikan makna jelas bahawa semangat rakyat Malaysia diterjemahkan dengan masyarakat Palestin di Gaza.

"Ini amat berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkang yang seperti kepompong mengharapkan sokongan antarabangsa dan koncu-koncunya apabila secara jelas menyatakan sokongan kepada keselamatan kerajaan Israel."

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) awal tahun lalu dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi Israel. - MediaUMNO

Mohd Ali Challenges Pas To Expel Nasharuddin

Posted: 30 Jan 2013 02:08 AM PST

MELAKA, Jan 30  - Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has challenged Pas to expel Nasharuddin Mat Isa as party member after relieving him of various positions in the party.

Questioning why Pas did not expel Nasharuddin, the chief minister believed it was possible that Pas was afraid of losing support because the former Pas deputy president had a strong influence.

“I want to see whether Pas dares to expel Nasharuddin…I challenge Nik Aziz (Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) and Hadi (Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang) to expel Nasharuddin.

“Why don’t they expel (Nasharuddin), it appears that they are scared of Nasharuddin because he may have even greater influence than the current Pas top leadership,” he told reporters after opening the Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim and presenting PMR Excellent Awards 2012, here today.

He was commenting on the expulsion of Nasharuddin from the Pas Ulama Council who was also not nominated to defend his Bachok Parliamentary seat.

Meanwhile, Mohd Ali said the construction of the RM520,000 hall was funded by the state government and the Prime Minister’s Department aimed at improving facilities at the school.

Suhakam Want To Remain Independent Observer And Not EC’s Observer

Posted: 30 Jan 2013 02:05 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 30 – The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) will observe the 13th General Election (GE13) independently and not as the Election Commission’s (EC) observer.

Suhakam Vice Chairman Datuk Dr Khaw Lake Tee said this when asked by the media whether Suhakam would work with the EC to ensure a free and fair election by taking up the role of an official observer.

So far neither the EC had extended any invitation to Suhakam nor Suhakam had stated its interest to do so.

“They have done the right thing by not inviting us,” said Khaw to the media during the Second Universal Periodic Review (UPR) Consultation on Malaysian Human Rights here today.

Khaw noted that it was important for Suhakam to monitor the election process on its own, especially in issues related to human rights.

Suhakam has to maintain its impartiality as it is where aggrieved parties would refer matters related to human rights issues, especially during the election, he said.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT