SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, June 29, 2013

UMNO Online - “M’sia To Assist Tanzania With Groundwork For Economic Transformation – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “M’sia To Assist Tanzania With Groundwork For Economic Transformation – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

M’sia To Assist Tanzania With Groundwork For Economic Transformation – Najib

Posted: 28 Jun 2013 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 28 – Malaysia will lend a helping hand to Tanzania in the area of economic transformation, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said this on his Twitter account @NajibRazak before leaving for the African nation for an international smart partnership conference.

“Getting ready to fly to Tanzania this afternoon. Malaysia is helping them to lay the foundations for economic transformation,” he tweeted.

Najib is leading the Malaysian delegation to the four-day Global Smart Partnership Dialogue themed ‘Leveraging Technology For Africa’s Socio-Economic Transformation’ in Dar Es Salaam.

According to a statement frpm the Foreign Ministry, Malaysia’s presence at the dialogue showed the country’s commitment to addressing international issues, especially those that were of importance to the African continent.

The prime minister’s participation in this year’s dialogue will also help to forge closer links between Malaysia and the participating African countries, besides enhancing bilateral relations between Malaysia and Tanzania.

PM Leaves To Attend Global Smart Partnership Dialogue In Tanzania

Posted: 28 Jun 2013 02:27 AM PDT

SEPANG, June 28 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak left for Tanzania this afternoon to attend the four-day Global Smart Partnership Dialogue in Dar es Salam.

The special aircraft carrying Najib and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, took off from the KL International Airport here at 4 pm.

Accompanying Najib were Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala and Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa.

The visit by Najib, who is leading a 100-member delegation to the dialogue, is expected to further promote Malaysia-Africa ties, investment and trade.

Launched in 1995 when Malaysia hosted the first Langkawi International Dialogue (LID), the Global Smart Partnership serves as a platform for smart partners, including heads of government, business leaders, scientists, academicians, student leaders and others, to meet and discuss ideas and experiences related to science, technology and innovation.

Kemenangan Beberapa Kerusi DAP di Johor Bukan Bukti UMNO Hilang Kekuatan

Posted: 28 Jun 2013 01:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Adalah tidak munasabah apabila kemenangan beberapa ahli DUN dari pihak pembangkang khususnya DAP di Johor dijadikan alasan kepada Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, yang juga ahli strategi politik DAP kononnya Johor bukan lagi kubu kuat UMNO.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, mereka hanya menang di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh wakil dari parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) yang tidak membabitkan anggota UMNO.

"Malah bukan setakat di Johor, jika kita lihat dari segi prestasi UMNO berbanding PRU-12, UMNO telah menambah sembilan kerusi di peringkat Parlimen. Ini membuktikan UMNO masih lagi kukuh sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang pemerintahan BN, yang lemah kini cuma parti komponen khususnya dari parti kaum Cina.

Hari ini rata-rata masyarakat bukan Melayu turut tertipu dengan permainan pembangkang dengan memainkan api perkauman bahawa mereka tidak perlu lagi duduk di bawah dominasi parti yang dipimpin oleh orang Melayu sebaliknya memilih pemimpin yang boleh mereka kuasai, bukannya pemimpin BN yang ditunjangi oleh UMNO yang menguasai mereka.

“Mereka tidak mahu dipimpin sebaliknya mereka mahu jadi orang yang mengawal 'Perdana Menteri'. Oleh sebab itu mereka memilih pemimpin pakatan pembangkang yang ditunjangi oleh Anwar Ibrahim yang sanggup korbankan apa sahaja demi mendapat kerusi 'Perdana Menteri' itu," ujarnya.

Tambahnya, Anwar Ibrahim sanggup gadai hak istimewa orang Melayu, mengalakkan kebebasan keterlaluan (contohnya hubungan seks, hubungan sejenis) dan dalam masa yang sama juga sanggup mengadaikan Islam itu sendiri.

"…sehingga sanggup mengatakan tak salah bagi Lina Joy untuk murtad, anaknya sendiri pun mengatakan bahawa orang Islam sepatutnya dibenarkan untuk murtad dan macam-macam lagi perkara.

“Kita juga melihat rakan-rakan mereka dalam pembangkang iaitu PAS hari ini telah mengorbankan semua prinsip asas perjuangan mereka baik dari segi nak melaksanakan negara Islam, pelaksanaan hukum hudud, baik dari perjuangan dulu yang nak menghapuskan kilang arak, nak menghapuskan perjudian tetapi kita lihat dengan jelas apabila selepas mereka memerintah bersama DAP dan PKR, hari ini jumlah pusat hiburan meningkat sepuluh kali ganda di negeri Selangor.

“Kita lihat semua sekali yang mereka janjikan hari ini dikorbankan satu persatu demi mendapatkan kuasa politik. Jadi, matlamat perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam sudah terkubur kerana perjuangan mereka ialah mendapatkan kuasa," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Pemuda UMNO Sedia Nafikan Cita-cita Pembangkang Tawan Kuala Besut

Posted: 28 Jun 2013 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Program bersemuka dengan pengundi muda antara perancangan yang sedang diatur Pemuda UMNO Besut sebagai persediaan bagi mengahadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut apabila penyandangnya, Dr Ab Rahman Mokhtar meninggal dunia Rabu lalu akibat kanser paru-paru.

Ketua Pemuda UMNO Besut, Mohd Mahadi Musa berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) lalu, namun Pemuda UMNO menjangkakan pilihan raya kecil itu perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan kerusi DUN berkenaan berjaya dipertahankan.

"Pembangkang sudah mula bergerak dan membuat persiapan apabila mendapatkan tahu mengenai keuzuran Allahyarham, mereka memang bercita-cita besar untuk menang di Kuala Besut sebab mereka sudah membuat persiapan awal.

"Itulah lumrah politik, bagi Pemuda UMNO persiapan untuk PRK Kuala Besut baru sahaja diatur bukannya seperti pembangkang, walaupun kami semua masih merasai kehilangan Allahyarham, persiapan perlu dilakukan juga kerana pilihan raya ini amat penting kepada BN Terengganu," katanya.

Rabu lalu, Adun Kuala Besut, Dr Ab Rahman Mokhtar meninggalkan dunia di akibat kanser paru-paru di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut.

"Kuala Besut bukan sahaja menjadi perhatian disebabkan ianya pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU 13, tetapi kedudukan Barisan Nasional di Terengagnu yang berjaya membentuk kerajaan dengan kelebihan dua kerusi dan sudah pasti pembangkang akan bekerja keras untuk merampasnya.

Allahyarham menjadi Adun di Kuala Besut untuk penggal kedua sejak piliharaya umum 2008, dan PRU ke 13 beliau berjaya mempertahannnya kerusi berkenaan dengan mengalahkan calon Pas, Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434.

Mahadi berkata, 45 peratus pengundi di DUN Kuala Besut adalah di kalangan pengundi muda, berikutan itu Pemuda dan Puteri UMNO akan bekerjasama untuk melaksanakan program untuk bersama golongan berkenaan yang sudah pasti turut mendapat perhatian daripada pembangkang.

"Program bersemuka adalah cara yang terbaik untuk kami bersama pengundi muda, program ini akan dilaksanakan dengan skala kecil, melalui cara ini kita lebih dekat dengan mereka berbanding dengan program besar yang sering dilakukan sebelum ini.

"Kami juga berharap, setiap kali pertemuan itu diadakan, ianya akan membabitkan pengundi yang berbeza, kita tidak mahu ianya dihadiri oleh orang yang sama, kita tidak mahu program syok sendiri, berjaya dari segi kuantiti tetapi hasratnya tidak tercapai," katanya.

Beliau turut berkeyakinan tinggi bahawa BN akan mampu mempertahankan kerusi Kuala Besut walaupun pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampasnya bagi merubah struktur petadbiran kerajaan Terengganu. – MediaUMNO

Don’t Misinterpret Law To Benefit Certain Groups – Sultan Of Selangor

Posted: 28 Jun 2013 01:03 AM PDT

SHAH ALAM, June 28 – The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah said today he was against those who misinterpreted the provisions of the Federal Constitution and the Selangor State Constitution for the benefit of certain groups.

As such, he called on everyone, particularly the people of Selangor, to respect and accept all the provisions so that they could continue to enjoy the peace, harmony and prosperity prevailing in the state.

“We must always uphold the dignity of the Federal Constitution, the Selangor State Constitution and the law of the country to the highest level regardless of one’s personal and political interest,” the Ruler said at the official opening of the first term of the 13th Selangor State Assembly sitting, here today.

As the Head of the Islamic religion in Selangor, Sultan Sharafuddin said the Selangor state government led by the PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP coalition must give serious consideration to efforts at raising the quality of life of Muslims with emphasis placed on education and the economy.

The Sultan said: “Serious attention placed on efforts to bring progress to the Muslims had never been used as an excuse to neglect or marginalise the other races in the state.

“In fact, the progress of the Muslims as the majority group in the state had given positive impact to the state and the people.”

Sultan Sharafuddin said Selangor’s economy this year was expected to record a moderate performance with the Gross Domestic Product (GDP) projected to be around 5.6 per cent annually in tandem with the moderate world economic environment.

Pembangkang “Termalak”, Cuba Tutup Isu Pengundi Bangla Dan ‘Blackout’

Posted: 28 Jun 2013 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Jun – Timbalan Ketua UMNO Langkawi, Mansor Hj Bahari melihat isu dakwat kekal yang dijaja oleh pembangkang sebenarnya tidak akan dapat menutup cerita-cerita karut mereka mengenai 'blackout' dan pengundi bangla sebelum ini.

Menurut beliau pembangkang sebenarnya malu alah dan sebagai menutup pekung tersebut, isu dakwat kekal dijaja sepenuhnya dalam usaha meyakinkan penyokong mereka mengenai keputusan pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau bahasa utara ini tidak silap saya pembangkang ni 'termalak'…..memalukan diri sendiri. Yerlah asyik dok jaja isu pengundi bangla, blackout dan sebagainya tetapi semua dakwaan itu tenggelam melainkan isu dakwat kekal yang hanyalah salah satu elemen tambahan keselamatan pengundian.

"Tempat yang mereka menang tidak ada pula bunyinya perkara seumpama itu dan hanya mempertikaikan kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Bukankah pelik namanya itu," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah apa yang ditimbulkan oleh pembangkang hari ini sebenarnya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat terhadap kemenangan BN yang masih terus diberikan mandat untuk terus menerajui negara dan mengembalikan semula Kedah kepada BN.

Atas dasar itulah ujarnya pembangkang berterusan memainkan isu-isu seperti itu kerana seperti yang saya katakan tadi mereka ini adalah golongan 'termalak'.

"Kita tengok apa lagi yang akan mereka jaja selepas ini untuk menutup soal berkenaan. Rakyat boleh nilai dan melihat dengan jelas tindak-tanduk mereka khususnya soal permainan politik sempit pembangkang," katanya. -MediaUMNO

Pembangkang Angkat Sumpah Dalam Dewan Perlu Didik Penyokong Terima Keputusan PRU

Posted: 28 Jun 2013 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said mengakui jawatan baru yang disandangnya kini merupakan satu tanggungjawab besar yang harus dipikul dalam membantu Yang Di Pertua Dewan Negara memastikan kelancaran Sidang Dewan Rakyat serta menjadikan Dewan Negara bertaraf kelas pertama Parlimen.

Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut mengakui beliau perlu banyak belajar serta yakin rakan-rakan ahli Parlimen dalam Barisan Nasional dan juga di pihak pembangkang akan memberikan kerjasama yang baik ketika beliau melaksanakan tugas mempengerusikan sidang perbahasan nanti.

"Walaupun ada pertambahan kerusi di pihak pembangkang yang pasti akan lebih menghangatkan sidang perbahasan nanti, namun mereka mengakui malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri memberikan jaminan akan memberikan kerjasama dalam perbahasan di dalam Dewan Rakyat nanti.

“Kita juga bersyukur kerana perjalanan Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen baru-baru ini tidak banyak kekecohan di dalam dewan, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang nampaknya berjaya meyakinkan rakan-rakan dalam kalangan pembangkang, supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan, mereka mesti mengangkat sumpah.

“Jadi mereka telah akur dengan peraturan-peraturan mesyuarat Dewan namun kita berdukacita kerana pihak pembangkang tidak dapat menasihatkan pengikut dan penyokongnya terutama orang muda dan golongan mahasiswa yang berada di luar Parlimen, dengan memberikan isyarat bahawa mereka telah akur dan bersedia untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, jadi mereka (kumpulan pendemo di luar dewan) tidak perlulah lagi berdemo untuk membantah keputusan PRU-13 yang lalu," ujarnya ketika di temui di Parlimen, semalam.

Beliau turut menasihatkan rakyat khususnya anak-anak muda agar mempertimbangkan dengan sebaik mungkin melalui pemikiran yang matang, setelah proses demokrasi yang kita telah jalankan, dan pihak kerajaan Barisan Nasional telah berjaya menubuhkan kerajaan, sekarang masa untuk kita menumpukan membangunkan Negara kita.

"Yang paling penting, keamanan, keselamatan dan perpaduan mesti kita jaga dengan baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau. – MediaUMNO

Pemilihan Parti Perkukuh Keyakinan Rakyat, Tolak Parti Peralat Demokrasi

Posted: 28 Jun 2013 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pemilihan UMNO yang bakal diadakan tahun ini akan memperkukuh keyakinan anggotanya terhadap kelansungan parti walaupun telah berusia lebih 67 tahun, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein.

Jelas beliau, apabila kepimpinan parti melaksanakan pembaharuan dengan melakukan pindaan dalam Perlembagaan UMNO dan kemudiannya diaplikasikan dalam realiti pemilihan yang sebenar maka ia telah memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga kepada parti-parti politik lain di negara ini.

"Rakyat akan membandingkan dengan parti-parti pembangkang dan menilai sebagaimana pemilihan DAP yang berlangsung akhir tahun lalu dipenuhi dengan suasana kelam-kabut dan kemudiannya ada anggotanya mendakwa bahawa mereka telah dinafikan hak sebagai ahli untuk mengundi dalam pemilihan," katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, sikap tidak demokratik telah digambarkan dalam pemilihan parti pembangkang apabila ada anggotanya sendiri yang tidak diundang dan akhirnya mengheret ke mahkamah untuk tuntutan keadilan.

"Kemelut yang berlaku dalam parti pembangkang menjadi cermin kepada masyarakat dalam melakukan penilaian dengan melihat bagaimana parti yang kononnya telus dan memperjuangkan demokrasi tetapi gagal mengadaptasikannya.

"Perkara tersebut diketepikan dalam UMNO apabila transformasi dilakukan dengan pemilihan parti akan melibatkan lebih ramai ahli dalam proses untuk menentukan pemimpin disemua peringkat termasuklah pimpinan pusat."

Ujar beliau, dengan pembabitan lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara maka tentunya individu yang benar-benar layak dan mampu bekerja untuk parti akan menjadi pilihan.

"Dengan pelaksanaan ini, ia telah membuka seluas-luasnya ruang untuk memilih calon pemimpin kepada semua anggota termasuklah kepada mana-mana individu yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon berdasarkan kepada syarat-syarat mudah.

"Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat tidak gentar dalam pemilihan atau berdepan dalam jawatan yang dipertandingkan dan dalam hal ini pakatan pembangkang tidak layak untuk mempersoalkan berkaitan ketelusan dan integriti dalam pilihan raya kerana di peringkat partinya pun mereka ternyata gagal."

Tambahnya, selain dapat mengetengahkan pemimpin terbaik untuk parti pemilihan terbabit juga dijangka akan dapat mengelakkan manipulasi dan penipuan lantaran anggota yang terbabit adalah dalam jumlah yang ramai.

"Pembaharuan pemilihan UMNO ini adalah bukti jelas bahawa pemimpin UMNO tidak gentar dan terbuka untuk dicabar dan dinilai oleh anggotanya berlandaskan kepada kerja dan amanah yang telah dilaksanakan," katanya.

Sedang berlangsung sekarang ini siri jelajah penerangan berkaitan pemilihan UMNO ke tiap-tiap negeri dan dijangka akan berakhir penghujung bulan ini sementara Majlis Tertinggi telah menetapkan Persidangan Cawangan bermula pada 15 Julai 2013 sehingga 31 Ogos 2013. - MediaUMNO

Bekas Pengarah Kemas Dilantik Speaker DUN Perlis Yang Baharu

Posted: 28 Jun 2013 12:28 AM PDT

KANGAR, 28 Jun – Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis, Hamdan Bahari hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis yang baharu.

Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu di dewan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis selepas pelantikannya dicadangkan Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan disokong anggota Exco Kerajaan Negeri, Sabry Ahmad.

Hamdan, 60, menjadi pengarah Kemas Perlis selama tujuh tahun dan sebelum itu pernah berkhidmat kira-kira 30 tahun sebagai guru termasuk selama 14 tahun sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Menengah Jabatan Pendidikan Perlis.

Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Yayasan Islam Perlis (YIPs) dan memegang jawatan itu selama kira-kira dua tahun sebelum mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis menggantikan Datuk Yazid Mat.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hamdan yang lebih dikenali sebagai “Cikgu Hamdan” berazam akan melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin walaupun ia penuh cabaran.

Beliau juga berharap kesemua anggota dewan undangan negeri dapat member sumbangan yang terbaik untuk memajukan negeri melalui tanggungjawab masing-masing.

Pada majlis itu, kesemua 15 anggota dewan undangan negeri (ADUN) Perlis termasuk dua anggota pembangkang mengangkat sumpah sebagai anggota dewan di hadapan Hamdan.

Majlis angkat sumpah itu bermula dengan Azlan yang juga Adun kawasan Pauh.

Sementara itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dijadual merasmikan mesyuarat pertama, penggal persidangan pertama dewan undangan negeri yang ke-13 pada 1 Julai manakala persidangan akan berlangsung pada 2 dan 3 Julai.

Jangan Salah Tafsir Peruntukan Undang-Undang Demi Kepentingan Golongan Tertentu – Sultan Selangor

Posted: 28 Jun 2013 12:22 AM PDT

SHAH ALAM, 28 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda tidak berkenan pihak yang menyalahtafsir peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor demi kepentingan dan manfaat golongan tertentu.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua pihak khususnya rakyat Selangor agar sentiasa menghormati dan akur pada setiap peruntukan dalam undang-undang tersebut untuk terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup.

“Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing,” titah baginda pada upacara perasmian pembukaan mesyuarat penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin, selaku Ketua Agama Islam Selangor, juga menitahkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan parti PAS, PKR dan DAP memberikan perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kualiti hidup umat Islam dengan keutamaan diberikan dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Titah baginda cara kerja yang profesional dapat menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai addin (cara hidup yang diredai Allah).

“Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat Beta yang lain.

“Malah kemajuan umat Islam selaku golongan majoriti di negeri ini mampu memberikan kesan positif kepada negeri dan rakyat,” titah baginda.

Sultan Selangor menitahkan pimpinan kerajaan negeri memberikan tumpuan bagi memastikan prestasi ekonomi terus stabil di samping memberi penekanan terhadap pembangunan desa, modal insan, pendidikan serta kesihatan.

Titah baginda, ekonomi Selangor tahun ini dianggarkan merekodkan prestasi sederhana dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.6 peratus setahun seiring dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana.

Baginda turut menitahkan agar kerajaan negeri menyusun strategi memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkenalkan sistem jaringan bagi membantu rakyat yang menghadapi situasi ekonomi yang semakin mencabar.

“Pada masa sama, Beta ingin melihat rakyat terlibat secara aktif dalam semua aktiviti ekonomi agar kemakmuran ekonomi di negeri Selangor dapat dikecapi rakyat secara keseluruhannya,” titah baginda.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT