SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, June 21, 2010

Dr. Yusof Al-Qaradhawi amat tersinggung dengan perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim

PostHeaderIcon Anwar Tipu Qaradhawi!

Oleh Teh Tarik Satu!

Kawan baru mendapat satu berita yang pasti menggemparkan!

Dari satu sumber di Mesir yang dipanjangkan kepada beberapa pihak di Malaysia, sumber itu mengatakan Ketua Ulama Sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradhawi amat tersinggung dengan perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan namanya sebagai ulama yang mengesahkan pemimpin itu tidak terlibat dalam perbuatan meliwat.

Menurutnya, ulama tersebut tidak pernah mengesahkan bahawa Anwar difitnah oleh Saiful Bukhari Azlan. Malah beliau sendiri tidak tahu siapa yang berkata benar, sama ada Anwar atau Saiful. Beliau hanya menjawab soalan yang ditanya dan soalan tersebut pula ternyata berniat mengelirukan ulama tersebut, kata sumber itu lagi.

Ujarnya, Dr. Yusof Al-Qaradhawi menjawab hanya berdasarkan soalan yang diberi iaitu:

''Bolehkah tolong jelaskan pertuduhan Anwar Ibrahim tanpa bukti dan saksi? Apakah pandangan syarak?''

Maka ulama tersebut menjawablah berdasarkan soalan yang ditanya. Sama seperti kita menjawab soalan Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan SPM. Bentuk soalan diberi maka jawapannya mestilah berasaskan senario yang ada.

Bagaimana pula jawapan ulama tersebut jika soalannya berbunyi begini?

''Bolehkah tolong jelaskan pertuduhan Anwar Ibrahim berdasarkan bukti dan saksi yang ada. Apa pandangan syarak perbuatan meliwat?''

Saksi di sini ialah merujuk kepada manusia yang terlibat dalam kejadian itu, spesimen yang dijumpai dalam jubur Saiful (air mani tertuduh), peralatan yang terlibat dan sebagainya.

Kawan pasti, Dr. Yusof Al-Qaradawi akan menjawab secara panjang lebar mengenai perbuatan terkutuk tersebut. Kawan ada terbaca mengenai tulisan seseorang dalam sebuah blog yang mengatakan ulama tersebut bersetuju jika peliwat dihukum bunuh dengan cara mencampaknya dari bangunan tinggi.

Sama ada hukuman sebegini menurut hukum Islam atau tidak kawan tidak tahu. Yang kawan tahu, hukuman untuk peliwat dan perogol adalah amat berat terutama jika sudah beristeri.

Maka, bolehkah kita percaya ulama ini menyokong Anwar seperti yang dijaja di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu, andainya soalan yang ditanya oleh wartawan tersebut adalah bersifat umum. Bagi kawan ia adalah fitnah terhadap ulama tersebut.

Malah ulasan yang diberikan beliau hanyalah berkenaan isu zina dan pertuduhan melakukan zina bukannya liwat.

Di samping itu, di dalam CD yang diedarkan oleh PKR di Hulu Selangor juga jelas memaparkan yang ulama tersebut ada menyebut bahawa tuduhan zina tanpa bukti dan perlunya membawa 4 orang saksi bukannya merujuk langsung kepada kes liwat yang dihadapi Anwar.

Kawan juga melihat dalam CD tersebut terdapat banyak kelemahan tentang dakwaan ulama tersebut menyokong Anwar.

Kawan percaya Dr. Yusof Al-Qaradhawi tidak begitu mengenali sifat dan perangai Anwar. Beliau tentunya tidak tahu bahawa Anwar ini adalah seorang penipu, punyai sejarah meliwat orang dan mengamalkan rasuah.

Beliau juga tidak tahu bahawa Anwar ini pernah menari dengan perempuan, menganiaya orang dan mempunyai hubungan baik dengan pelampau Yahudi.Bak kata lain, Anwar adalah bekas banduan yang amat licik.

Jadi kawan lebih percaya bahawa beliau sebenarnya tertipu dengan permainan licik Anwar. Lebih pelik bagaimana beliau boleh percaya yang Anwar ini adalah seorang pendakwah dan orang baik. Adakah beliau bermaksud yang Saiful yang menjadi mangsa liwat Anwar adalah seorang insan yang jahat, penipu dan penentang ulama.

Kawan tidak percaya begitu. Dan sumber yang mendedahkan kisah ini menyebut bahawa Dr. Yusof Qaradhawi sebenarnya tertipu dengan mainan licik Anwar yang menggunakan anak lelaki beliau.

Anak Dr. Yusof Al-Qaradhawilah yang menjadi perantaraan sehingga terbitnya CD tersebut.

Maka, sekiranya pandangan ulama tersebut lahir daripada kelemahannya membaca tipu daya orang lain, bolehkah ia dianggap fatwa dan mesti diikuti oleh semua ulama dan badan agama Islam di seluruh dunia.

Bagi kawan, ia tidak boleh dianggap fatwa tetapi sekadar pandangan peribadi beliau. Sebab itulah tiada ulama mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan atau Negeri yang mengambil kira pandangan tersebut.

Itu belum diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din yang sampai sekarang tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang Anwar difitnah. Khabarnya, beliau pernah berjumpa sendiri dengan Saiful dan bertanya sama ada benar dia pernah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Nampaknya, sampai sekarang Dr. Harun membisu.

Ini kerana Anwar diheret ke mahkamah kerana ada bukti dan ia bukan tuduhan jenayah berbentuk rekaan. Kalau inipun rakyat Hulu Selangor boleh tertipu, tak tahulah apa nak jadi. Maka bertambahlah koleksi kehebatan menipu Anwar.


http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=14239%3Aanwar-tipu-qaradhawi&catid=46%3Ateh-tarik-satu&Itemid=118

Saturday, June 19, 2010

Makluman G2

Makluman, Kepada Semua AHLI Pergerakkan Pemuda UMNO Kaparyang layak dan berminat menawarkan diri bertanding G2 dijemput mendaftarkan diri di Pejabat UMNO Bahagian KAPAR pada 24-26 JUN 2010. (Waktu Pejabat)

Melayu KEMANA?

Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.

4. Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu,

Kemana kamu?

Thursday, June 10, 2010

Mohon Bantuan



MEMINTA
PERTOLONGAN UNTUK MENYEBARKAN BERITA INI.. ANAK GADIS INI TIDAK PULANG
KERUMAH SEHINGGA HARI INI SUDAH 2 MINGGU.. DIA DIPERCAYAI DI BAWA OLEH
SEORANG LELAKI YANG BERMOTOR ENTAH KEMANA. DI PERCAYAI ENTAH BETUL ATAU
TIDAK KINI BERADA DI KEDAH..

1. AHMAD HAJI KENEK (BAPA BUDAK PEREMPUAN) - 012
5231787 2.
CIF INSPEKTOR FAIZAL ( IPD TAIPING ) - 019 5572999.

KELUARGA
MANGSA BERADA DALAM KERUNSINGAN.. MOHON BANTUAN SESIAPA DAPAT
MENGUAR-UARKAN BERITA INI.. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS BUDI
BAIK ANDA.....

Wednesday, June 9, 2010

Bumiputera Komtar Plak Jadik Mangsa



Gempar Penang: Peniaga Melayu Di Halau Keluar Dari KOMTAR

nilah buktinya betapa peniaga dianaiya dan diperlakukan bagaikan paria oleh kerajaan sosialis DAP Pulau Pinang.
Mereka dipaksa keluar dari kawasan perniagaan mereka yang dijalankan sejak belasan tahun setelah notis diberikan.
Kesemuanya adalah 23 peniaga yang menjual pelbagai barangan di ruangan Konkos,Aras 3 dan Blok Podium KOMTAR.
Notis dikeluarkan tanpa berunding dan langsung tidak memberi jalan penyelesaian,malahan notis tersebut lebih bersifat mengugut dan para peniaga akan diambil tindakan keras jika engkar.
Jika kontrak telah tamat,apa salahnya disambungkan semula,apa salahnya diadakan rundingan dan bertemu sambil mendengar masaalah yang berbangkit.

Pengunjung KOMTAR pasti sudah terbiasa melihat deretan gerai gerai melayu di aras 3 dengan jualan kain tudung,jeruk dan pakaian. Sudahlah susah untuk peniaga melayu untuk bertempat di mana mana komplek membeli belah,atas daya usaha kerajaan BN mereka ditempatkan dikawasan utama tetapi kini dihalau pula oleh PDC atas arahan kerajaan ultra kiasu chauvanist DAP.

Apa tindakan hero hero melayu pakatan?YB YB melayu pakatan? semuanya tidak akan sesekali menderhaka kepada junjungan besar Khalifah agung sosialis kesayangan PAS ini.
Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?Sudahlah gerai gerai melayu di robohkan di serata ceruk negeri,peluang berniaga tidak ada, nak melayu merempat?
Anda ,rakyat Pulau Pinang tunggu apa lagi? nak teruskan tidor?atau nak bangkit?

Percayalah setelah desakan dan tersiarkan kerja jahat mereka ini,pasti lembu tunggangan Guan Eng akan datang tergesa gesa untuk berunding sepertimana berlakunya kepada pemilik gerai Do Re Me

sumber dari .... anti PKR Club@APC.Facebook.com

Tuesday, June 8, 2010

ISU PEMBANGUNAN TANAH REZAB KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DI SINGAPURA


LATAR BELAKANG PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK SEMASA MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE SINGAPURA PADA 23-24 MEI 2010 LALU, TELAH BERSETUJU DENGAN RAKAN SEJAWATNYA DARI SINGAPURA, LEE HSIEN LOONG UNTUK MENYELESAIKAN ISU TANAH REZAB KTMB YANG TELAH TERTANGGUH HAMPIR 20 TAHUN.


KEDUA-DUA PERDANA MENTERI JUGA BERSETUJU UNTUK MENYELESAIKAN BEBERAPA ISU LAIN SEPERTI PEMBINAAN SISTEM TRANSIT LAJU(RTS), PEMBANGUNAN BANDAR KESIHATAN, PENURUNAN KADAR TOL DI LINK KEDUA DAN PENAMATAN PERJANJIAN AIR 1961.


PERJANJIAN 1918 BERHUBUNG DENGAN PAJAKAN 999 TAHUN TANAH KTMB OLEH KERAJAAN BRITISH SINGAPURA PERJANJIAN 1918 PAJAKAN 999 TAHUN TANAH KTMB, MENJELASKAN PENGGUNAAN TANAH PAJAKAN KTMB HANYA UNTUK PERKHIDMATAN KERETAPI SAHAJA. JIKA SEBALIKNYA, TANAH TERSEBUT PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA SINGAPURA. BERAPA KELUASAN TANAH KTMB DI SINGAPURA ?.


TANAH REZAB KTMB TERLETAK DI TANJONG PAGAR, KRANJI, WOODLANDS SERTA 3 LOT DI BUKIT TIMAH DENGAN KELUASAN 271 HEKTAR ATAU 536.2 EKAR. MENGIKUT PERJANJIAN PAJAKAN TANAH KTMB 1918, HANYA UNTUK KEGUNAAN PERKHIDMATAN KERETAPI SAHAJA. SEJAUHMANA PERSETUJUAN INI MENGUNTUNGKAN MALAYSIA? PADA DASARNYA PERJANJIAN INI MENGUNTUNGKAN KEDUA-DUA NEGARA. ISU INI TERHALANG LEBIH DARIPADA 20 TAHUN. KERAJAAN SINGAPURA BERSETUJU MENGGANTI TANAH KTMB DENGAN TANAH YANG SAMA NILAINYA DI MARINA SOUTH DAN/ATAU OPHIR ROCKER.


KERAJAAN KEDUA-DUA NEGARA BERSETUJU MENUBUHKAN SYARIKAT M-S PTE. LTD DIMANA MALAYSIA MEMEGANG 60% SAHAM MELALUI KHAZANAH NASIONAL BERHAD DAN SINGAPURA 40% MELALUI TEMASEK HOLDING LIMITED UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH INI. APAKAH KEMUDAHAN SEKIRANYA STESEN KERETAPI TANJUNG PAGAR DIPINDAHKAN KE WOODLANDS? SETESEN KERETAPI TANJUNG PAGAR YANG TERLETAK DI SELATAN SINGAPURA


AKAN DIPINDAHKAN DI WOODLANDS YANG LEBIH HAMPIR DENGAN NEGERI JOHOR BAGI MEMUDAHKAN URUSAN IMEGRESEN DAN CIQ. URUSAN KELUAR MASUK LEBIH 40 RIBU RAKYAT MALAYSIA YANG BEKERJA DI SINGAPURA AKAN BERTAMBAH MUDAH DENGAN PEMINDAHAN STESEN KERETA API DI WOODLANDS JIKA DIBANDINGKAN DENGAN TANJONG PAGAR. INI MENGUNTUNGKAN KEDUA-DUA NEGARA DARI SEGI EKONOMI DAN PELANCONGAN. PERJANJIAN YANG DICAPAI


•STESEN KTMB DI TANJONG PAGAR AKAN DIPINDAHKAN KE WTCP MENJELANG 1 JULAI 2011


•TIGA BIDANG TANAH DI TANJONG PAGAR, KRANJI DAN WOODLANDS SERTA TIGA LAGI DI BUKIT TIMAH DIBANGUNKAN BERSAMA


•SYARIKAT M-S PTE LTD DIBENTUK BAGI MEMBANGUNKAN TANAH INI.


•PENYERAHAN TANAH-TANAH INI KEPADA M-S PTE LTD BERKUATKUASA APABILA KTMB MENINGGALKAN STESEN KERETA API TANJONG PAGAR.


•SISTEM TRANSIT LAJU (RTS) ANTARA TANJUNG PUTERI(JB) DENGAN SINGAPURA AKAN DIBANGUNKAN BERSAMA.


•BANGUNAN TERMINAL PENUMPANG STESEN KERETA API TANJONG PAGAR AKAN DIKEKALKAN DAN PELIHARA.


•SYARIKAT USAHA SAMA KHAZANAH NASIONAL BERHAD DAN TEMASEK HOLDINGS LIMITED DIBENTUK BAGI MENJALANKAN PROJEK PEMBANGUNAN IKONIK DI ISKANDAR.


•LOJI AIR DI JOHOR AKAN DISERAHKAN KEPADA JOHOR SELEPAS PERJANJIAN AIR TAMAT TEMPOHNYA TAHUN DEPAN.


•BAYARAN TOL DI LALUAN LINK KEDUA AKAN DIKURANGKAN.


•KHIDMAT BAS RENTAS SEMPADAN DI PERTINGKAT MANAKALA PERATURAN KHIDMAT TEKSI DILONGGARKAN.


TANAH REZAB KTMB DI SINGAPURA DALAM PERJANJIAN TAHUN 1918 HANYA DIBENARKAN UNTUK KEGUNAAN PERKHIDMATAN KERETAPI SAHAJA. PEMBANGUNAN TANAH KTMB OLEH KEDUA-DUA NEGARA AKAN MEMBERI PULANGAN YANG BAIK TERUTAMA PENINGKATAN PELABURAN HARTANAH, PELUANG PEKERJAAN DAN PELANCONGAN. ATAS SEMANGAT SETIAKAWAN DAN FAKTA SEJARAH, TANAH KERETAPI DI SINGAPURA DIBANGUNKAN UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA.


DISAMPING ITU LAIN-LAIN MASALAH TERTUNGGAK TERMASUK PERJANJIAN AIR, SISTEM TRANSIT LAJU (RTS) DAPAT DISELESAIKAN. KERJASAMA KEDUA-DUA NEGARA ADALAH PENTING KERANA MALAYSIA DAN SINGAPURA MERUPAKAN RAKAN DAGANGAN TERBESAR. WALAU BAGAIMANAPUN, KEPUTUSAN AKHIR TENTANG PEMBANGUNAN TANAH REZAB KTMB DI SINGAPURA INI HANYA AKAN DIMUKTAMADKAN SELEPAS LAWATAN PERDANA MENTERI SINGAPURA KE MALAYSIA DALAM WAKTU TERDEKAT INI.

Wednesday, June 2, 2010

KIlang KENMARK Perlabuhan Klang DITUTUP

Kilang Kenmark telah ditutup....berita dah keluar kat bernama tv. Kenmark Ind. Lot 11 Lingkaran Sultan Mohd . Kawasan Perlabuhan Klang , bandar sultan sulaiaman. bukti kegagalan kerajaan negeri meningkatkan ekonomi rakyat selangor

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT