SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, September 30, 2013

UMNO Online - “47 Sekolah Di Parlimen Kuala Krau Terima Peruntukan Khas RM1.4 Juta” plus 5 more

UMNO Online - “47 Sekolah Di Parlimen Kuala Krau Terima Peruntukan Khas RM1.4 Juta” plus 5 more

Link to UMNO Online

47 Sekolah Di Parlimen Kuala Krau Terima Peruntukan Khas RM1.4 Juta

Posted: 28 Sep 2013 11:23 PM PDT

TEMERLOH, 29 Sept  – Kerajaan meluluskan peruntukan RM1.4 juta di bawah peruntukan khas Menteri Pendidikan kepada 47 buah sekolah menengah dan rendah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kawasan Parlimen Kuala Krau tahun ini.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan itu membabitkan 11 sekolah menengah dan 36 sekolah rendah kebangsaan termasuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Katanya, peruntukan itu bagi membolehkan PIBG dan pengurusan sekolah menjalankan program masing-masing selain meningkatkan prasarana sekolah termasuk menaik taraf surau, padang futsal, tandas dan perhentian bas.

“Sebanyak RM3,000 diluluskan kepada setiap PIBG Sekolah Rendah dan RM5,000 kepada setiap PIBG Sekolah Menengah.

“Kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah terbabit termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina ataupun Tamil supaya tahap pembelajaran di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian bantuan kepada pengetua-pengetua dan wakil PIBG 47 buah sekolah di Kuala Krau semalam.

Malaysia Seru Dunia Guna Kesederhanaan Untuk Henti Keganasan

Posted: 28 Sep 2013 11:10 PM PDT

NEW YORK, 29 Sept  - Dalam seruan paling lantang beliau kepada dunia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa seluruh umat Islam, yang kebanyakan mereka merupakan pencinta keamanan, supaya bersatu dalam menentang puak pelampau yang menggunakan agama sebagai alasan untuk melakukan keganasan.

Katanya di seluruh dunia, umat Islam hanya mampu melihat dengan perasaan hampa konflik yang meruntuhkan beberapa komuniti tertua mereka, manakala dalam sejarah mereka, umat Islam amat jarang menghadapi keganasan seperti ini.

Najib, yang menyuarakan seruan itu melalui Kenyataan Nasional pada Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-68 di sini, berkata banyak perkara sudah berubah sejak beliau menyuarakan saranan pada UNGA di sini pada 2010 tentang penubuhan Gerakan Kesederhanaan Global bagi menolak fahaman pelampau dalam segala bentuk.

najib-un-pbb-2013-moderates-gerakan-kesederhanaan-malaysia-reuters

Kata beliau sebenarnya, perpecahan yang berlaku bukanlah antara Timur dan Barat, antara dunia maju dan membangun atau antara umat Islam, Kristian dan Yahudi, tetapi antara golongan sederhana dan pelampau daripada semua agama.

Beliau berkata pembunuhan adalah beban yang tidak tertanggung lagi oleh umat Islam di seluruh dunia dan kini sudah tiba masanya perbuatan itu dihentikan dan tumpuan diberi terhadap usaha membina agenda bersama bagi keamanan dan kemakmuran melalui penggunaan antara alat paling kuat iaitu al-wasatiyyah atau amalan kesederhanaan.

Katanya berikutan bantahan dan pembaharuan yang muncul di Timur Tengah dan Afrika Utara serta daripada bahang ‘Arab Spring’, timbul pula persoalan baharu tentang kadar perubahan demokrasi, peranan Islam dalam politik dan perlunya pembangunan besifat lebih inklusif.

“Bagaimanapun, usaha mencari jawapan bagi persoalan itu telah tertangguh,” katanya.

Beliau berkata apabila regim autoritarian tersungkur, kerajaan pula runtuh akibat dilanda perubahan politik, maka puak pelampau cuba mengisi ruang yang mereka tinggalkan.

“Didorong oleh ideologi, politik dan agama, mereka cuba melarikan diri daripada pembangunan yang menuntut usaha keras dengan mengamalkan keganasan yang buruk padahnya,” katanya.

Najib berkata konflik yang berlaku merebak melepasi sempadan negara serta menyalakan kembali api ketegangan lampau dan menyalakan yang baharu manakala di seluruh dunia, fahaman pelampau meragut nyawa dan memusnahkan peluang.

“Ini menjejaskan kita semua. Bagiamanapun, terdapat suatu umat, daripada suatu agama, yang paling teruk menderita. Saya percaya ancaman paling besar bagi umat Islam hari ini, bukan datang dari dunia luar, tetapi dari dalam,” katanya.

Beliau berkata konflik antara puak Sunnah dan Syiah mengancam nyawa serta kehidupan berjuta-juta umat Islam dan agama Islam, yang berasaskan keamanan serta menganjurkan sifat toleransi, diputar belit oleh golongan pelampau, yang menggunakan hujah berbaur kepalsuan untuk menimbulkan perpecahan dan mewajarkan keganasan.

Katanya di dunia Islam, puak pelampau menyembunyikan agenda songsang mereka di dalam pakaian agama untuk memecah-belahkan keluarga, negara dan umat.

“Setiap kali berlaku kekejaman baharu, ketegangan akan meningkat, manakala keamanan pula menjadi semakin jauh. Pengaruh jahat pelampau memang tidak mudah untuk ditentang.

“Bagaimanapun, kita masih mempunyai kuasa untuk bertindak. Saya percaya kesederhanaan dalam beragama dan proses politik mampu menyekat kehilangan nyawa dan kebebasan di dunia Islam.

“Di sebalik setiap keganasan yang begitu tragis, terdapat usaha untuk membela masa depan Islam. Dengan memperkukuhkan kembali komitmen kita terhadap kesederhanaan – dan menyelesaikan masalah politik yang mengibatkan wujudnya keadaan tidak stabil – kita mampu untuk kembali berkuasa. Kita mampu pinggirkan puak pelampau dan memperjuangkan agenda keamanan, keharmonian serta keadilan,” katanya.

Beliau berkata konsep keseimbangan dan kesederhanaan serta keadilan social yang menjadi tonggak ajaran Islam, menggesa umatnya supaya berpegang pada prinsip yang diamalkan Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Piagam Madinah.

Kata Perdana Menteri, umat Islam bertanggungjawab memulihara kesucian agama mereka dengan mempamerkan secara jelas ajaran sebenar Islam – agama keamanan, kesederhanaan dan toleransi.

“Kita perlu sebarkan mesej ini dengan jelas agar semua orang mendengarnya dan berdiri teguh dalam menentang kumpulan minoriti yang memperalatkan Islam untuk menganjurkan keganasan bagi tujuan jahat,” katanya.

Beliau berkata kesederhaan tidak patut disalah tafsir sebagai kelemahan, manakala perjuangan menentang mereka yang menganjurkan keganasan serta menyeru kepada kedamaian, bukan mempamerkan kelemahan, tetapi sebaliknya kekuatan kita.

Najib juga menyeru para pemimpin Islam supaya bersuara dan mengutuk keganasan sekiranya mereka tidak mahu sikap berdiam diri mereka disalah anggap sebagai merestui perbuatan itu.

Beliau berkata kesederhanaan boleh diamalkan di peringkat nasional, seperti yang dilakukan di Malaysia, dengan menganjurkan sifat saling menghormati dan inklusif serta mengeratkan hubungan antara masyarakat berbeza agama.

“Semua negara perlu memaperkukuhkan kembali komitmen mereka terhadap prinsip kesederhanaan, bukan sahaja berkaitan agama tetapi juga bagi pembangunan lestari dan kestabilan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Najib berkata kesederhanaan juga boleh mempengaruhi arah tuju dasar serantau seperti yang terbukti melalui usaha Malaysia membawa keamanan ke selatan Filipina dan wilayah selatan Thailand yang dilanda pergolakan.

Katanya ASEAN, yang menjadi penyokong Gerakan Kesederhaaan Global, komited terhadap usaha mencari penyelesaian secara aman dan tanpa menggunakan kekerasan dalam menangani pertikaian wilayah.

“Di peringkat antarabangsa pula, kesederhanaan mampu membimbing pendekatan kita untuk menghadapi cabaran besar global pada zaman ini iaitu pelampau yang melakukan keganasan, pembangunan lestari dan pertumbuhan sama rata,” katanya.

Sabah’s Media Urged To Set Up Bureau In Peninsula

Posted: 28 Sep 2013 11:02 PM PDT

KOTA KINABALU, Sept 29  - Sabah’s newspapers have been urged to set up a bureau in the peninsula to provide national coverage from the state’s perspective as well as to live up to the 1Malaysia aspirations.

Urban Well-being, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said the bureau could be set up in Parliament to delve on issues expounded by federal ministries involving Sabah’s interests.

He said the bureau would supplement other news sources, including the Malaysian National News Agency (Bernama) which Sabah’s newspapers relied on.

“Over dependence on Bernama and other sources may stifle Sabah’s media effort to live up to Sabahans’ aspirations, especially on the implementation of federal government polices,” he said at a dinner with editors and bureau chiefs of print and electronic media here last night.

He commended Sabah’s media for their role in strengthening national unity and dissemination of information on government policies and programmes for the benefit of the people.

 

Simulasi Terbaik Bagi Menghadapi Pemilihan UMNO 2013 – Tajol Rosli

Posted: 28 Sep 2013 10:59 PM PDT

BENTONG, 29 Sept – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli berpuas hati dengan  proses simulasi pemilihan yang dijalankan  dan menyifatkannya ia sebagai simulasi terbaik sebelum berlangsungnya pemilihan yang sebenar yang akan dilaksanakan pada 12 bagi sayap dan 19 Oktober ini bagi pemilihan Majlis Tertinggi.

Menurut beliau, melalui program simulasi ini juga, beberapa cadangan bagi menyesuaikan sistem pemilihan UMNO ini berdasarkan situasi di  bahagian-bahagian UMNO di setiap negeri turut telah dicadangkan oleh para peserta.

"Saya memberi jaminan bahawa segala cadangan yang dikemukakan oleh wakil-wakil yang hadir akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pemilihan pusat, bagi memastikan pemilihan menggunakan kaedah baru ini dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya.

simulasi-pemilihan-undi-umno-bahagian-pusat-2013-janda-baik-ilmu-bentong-pahang

Beliau berkata demikian di dalam sidang media Simulasi Pemilihan UMNO 2013 bertempat di Pusat Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut meluahkan rasa kagum di atas komitmen dan semangat yang diperlihatkan oleh sukarelawan jawatankuasa pemilihan di peringkat bahagian yang hadir dalam memastikan proses pemilihan UMNO yang menggunakan kaedah baru ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

"Saya melihat semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta, yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa pemilihan di bahagian masing-masing cukup hebat.

"Komitmen yang diberikan oleh mereka yang hadir serta cadangan dan maklum balas bagi menyesuaikan sistem pemilihan baru ini diperingkat bahagian di seluruh negara cukup baik.

"InsyaAllah, proses pemilihan UMNO melalui sistem baru ini dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya ia dilakukan mengikut proses yang telah kita laksana dan perbincangkan di dalam program simulasi ini,"ujarnya. -MediaUMNO

Speaker Kedah Serah Notis Kekosongan DUN Sungai Limau Kepada SPR

Posted: 28 Sep 2013 10:54 PM PDT

ALOR SETAR, 29 Sept - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian pada Ahad menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Yan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandang, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lepas.

Notis bersama sijil kematian bekas Menteri Besar Kedah itu diserahkan kepada pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker DUN di Wisma Darul Aman di sini.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Azizan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu, Md Rozai berkatabeliau memberi masa kepada keluarga Allahyarham untuk mendapatkan sijil kematiankerana menghormati keluarganya yang bersedih.

Katanya, penyerahan notis itu adalah mengikut perkara 53 fasal kecil 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang perlu memaklumkan kekosongan kerusi DUN kepada SPR supaya pilihan raya kecil dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.

Juhari pula berkata, beliau akan menyerahkan notis itu kepada pengerusiSPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Ahad supaya suruhanjaya itu bolehmengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Azizan yang memenangi kerusi berkenaan sejak 1995 mempertahankannya bagi penggal kelima pada 2008 dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi. 

UMNO Bersedia Adakan Proses Pemilihan Parti Terbesar Dalam Sejarah Negara

Posted: 28 Sep 2013 10:52 PM PDT

JANDA BAIK, 29 Sept – Ïbu Pejabat UMNO hari ini telah bersedia untuk mengadakan proses pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang terbesar di dalam sejarah negara dan yang pertama kali diadakan mengikut kaedah proses pemilihan terbaru yang melibatkan lebih 140 ribu perwakilan di setiap peringkat di seluruh negara.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh menyatakan keyakinan beliau bahawa program simulasi yang diadakan ini telah menepati sasaran serta  memberikan keyakinan kepada jawatankuasa pemilihan parti serta pihak pengurusan parti untuk melaksanakan pemilihan pada 12 dan 19 Oktober ini.

"Ibu pejabat UMNO Malaysia beserta jawatankuasa pemilihan parti hari ini telah bersedia untuk menjalankan pemilihan yang terbesar di dalam sejarah negara dan di dalam sejarah UMNO itu sendiri," ujarnya di dalam sidang media Simulasi Pemilihan UMNO 2013 di Pusat Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik di sini hari ini.

simulasi-pemilihan-undi-umno-bahagian-pusat-2013-janda-baik-ilmu-bentong-pahang

Tambahnya lagi, pemilihan UMNO 2013 ini juga akan turut melibatkan lebih 35 ribu sukarelawan yang akan bertugas pada hari pemilihan pada peringkat bahagian UMNO di seluruh negara bagi membantu melancarkan proses pemilihan tersebut.

"Berdasarkan proses simulasi yang diadakan, insyaAllah proses pemilihan UMNO 2013 kali ini akan dapat berjalan lancar di setiap bahagian yang terlibat sekiranya segala perancangan dan susun atur ini dapat dilaksanakan dengan baik.

"Saya sememangnya amat berpuas hati dengan proses simulasi yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini serta berasa amat kagum melihat komitmen serta semangat yang diperlihatkan oleh oleh sukarelawan jawatankuasa pemilihan UMNO dari seluruh bahagian di seluruh negara yang hadir dalam kursus simulasi ini," jelasnya. -MediaUMNO

Sunday, September 29, 2013

UMNO Online - “Crime Prevention Act Amendments Receive Opposition Support – Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “Crime Prevention Act Amendments Receive Opposition Support – Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Crime Prevention Act Amendments Receive Opposition Support – Zahid

Posted: 28 Sep 2013 03:47 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 28  – Amendments to the Prevention of Crime Act (PCA), aimed at effective eradication and prevention of crime, have received good response from opposition leaders, noted Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He requested all parties to look at the amendments positively as they were to protect the peace and security of the people by fighting crime which was posing a major problem to the people and country.

“Thanks to non-governmental organisations (NGO) which gave positive opinions, and also thanks to friends in the opposition who are beginning to understand that the amendments to the PCA are meant to protect the people on the whole.

“At the same time, there are still some parties which do not understand the need and importance of the amendments, merely assuming that the amendments were to replace the Internal Security Act (ISA) which was abolished in 2011.

“Several parties have voiced reservations on the amendments to the PCA, despite my statement that it was not a bill to replace the ISA. It is a bill to solely prevent crime,” he said at a Crime Prevention Forum here today.

According to Ahmad Zahid, amendments also limited the power and abuse of power of the minister, and on the other hand, gave power to a three-man board comprising judges of High Court, Appeal Court and Federal Court appointed by the Yang Dipertuan Agong.

He had earlier explained that amendments to the PCA would also enable the police to carry out crime eradication and prevention more effectively, following the abolition of the Emergency Ordinance and the Restricted Residence Act 1993.

At a media conference later, Ahmad Zahid assured the PCA would not be used against politicians or parties with dissenting views.

“The concern of the Bar Council, NGOs (non-governmental organisations), as well as opposition parties, is that the government may use the PCA to detain politicians.

“The government has given its assurrance that the PCA is 100 per cent aimed only at criminals. It will not be manipulated to control, detain and jail parties with differing views with the government. It is only to prevent crimes,” he said.

The PCA amendment bill will be debated at the Dewan Rakyat on Monday.

Ketepi Emosi Ketika Pilih Barisan Kepimpinan UMNO – Hishammuddin

Posted: 28 Sep 2013 03:23 AM PDT

TAWAU, 28 Sept - Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan hampir 150,000 anggota UMNO yang bakal memilih barisan kepimpinan UMNO Oktober depan agar mengenepikan soal emosi ketika mengundi kelak.

Hishammudin, yang mempertahan jawatannya, berkata anggota UMNO perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan, pengalaman serta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji sejak sekian lama.

pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat

“Pemilihan dalam UMNO amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggota majlis tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak mereka yang dah lalui pahit getir kepimpinan UMNO dan negara.

“Kita boleh menawarkan diri. Kalau perwakilan kita melihat mereka ini wajar dipertahankan dan dikekalkan, kita teruskan perjuangan kita. kalau nak muka baharu, silakan. Tetapi saya percaya anggota UMNO kita adalah bijak,” katanya selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Harun, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan serta Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Calon Bertanding Perlu Bijak Guna Peluang, Keupayaan Untuk Perkenal Diri – Shafie

Posted: 28 Sep 2013 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata calon yang bakal bertanding pada pemilihan UMNO 2013 bulan depan perlu bijak menggunakan peluang dan keupayaan untuk memperkenalkan diri mereka kepada anggota parti.

Bagaimanapun, beliau berkata calon tidak boleh melanggar tata etika yang ditetapkan dalam perlembagaan parti itu.

“Ini sebenarnya meletakkan keupayaan kita, bagaimana kita boleh menonjolkan diri kita. Asalkan jangan langgar syarat, yang penting bagaimana kita boleh mendekati mereka,” katanya selepas melancarkan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau mengulas syarat ketat yang ditetapkan dalam perlembagaan parti pada pemilihan UMNO tahun ini termasuk calon dilarang berkempen secara bersendirian, menjadi pelobi atau peraih undi.

Jawatankuasa Pemilihan Parti menetapkan calon ditegah daripada melakukan perbuatan seperti memfitnah, mempromosikan apa-apa manifesto atau berkempen di luar jadual jerayawara yang ditetapkan ibu pejabat parti.

Sebarang pelanggaran tataetika yang ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Fasal 20.9 (a)-(e) Perlembagaan UMNO termasuk dibatalkan pencalonan atau dipecat daripada parti.

Turut hadir Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, serta Pengerusi Karnival Kerjaya Pemuda BN Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Ahli UMNO Sedia Hadapi Pemilihan Parti – Muhyiddin

Posted: 28 Sep 2013 03:17 AM PDT

BENTONG, 28  Sept  – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yakin bahawa ahli UMNO telah bersedia berdepan dengan pemilihan parti yang akan diadakan mengikut format baru yang diperkenalkan pada 12 September depan untuk pemilihan peringkat bahagian dan 19 September untuk pemilihan peringkat pusat.

simulasi-pemilihan-undian-umno-2013-rauf-tong-peti-undi-ilmu

Katanya, dengan persediaan yang dilakukan terancang dan berlangsung lancar yang bermula dari taklimat, kursus, sesi penerangan sehinggalah kepada simulasi maka tentunya pemilihan parti akan terlaksana dengan jayanya.

"Walaupun ini adalah langkah baru kepada UMNO tetapi kita yakin bahawa ia akan berlangsung dengan baik termasuk proses dijalankan dengan tersusun sebagaimana pelbagai persediaan yang dibuat oleh Ibu Pejabat UMNO,"katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan proses simulasi pemilihan UMNO yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), di  Janda Baik, di sini, hari ini.

"Saya berharap semua perwakilan calon yang bertanding akan mematuhi tataetika yang telah ditetapkan dalam parti termasuklah sepanjang berkempen.

"Saya percaya selepas pemilihan ini UMNO akan lahir sebagai sebuah parti yang lebih demokratik, lebih terbuka dengan penglibatan ahli-ahlinya yang lebih luas untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih dinamik, lebih disegani dan bukan saja dapat melahirkan pemimpin untuk orang Melayu tetapi untuk rakyat Malaysia keseluruhannya," ujarnya.

Proses simulasi telah bermula sejak semalam dan dijangka berakhir esok, Ahad dengan penyertaan daripada Jawatankuasa Pemilihan parti disemua peringkat.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh serta barisan jawatankuasa pemilihan parti. - MediaUMNO

Malaysia Gets Nod For Security Council Bid

Posted: 28 Sep 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 28 – Asean has endorsed Malaysia’s candidature as non-permanent member of the United Nations (UN) Security Council for the term 2015-2016.

In a statement, the foreign ministry said it was one of the main decisions of Thursday’s informal meeting of Asean foreign ministers held on the sidelines of the 68th UN General Assembly in New York.

Malaysia was represented by Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman.

Noting that the endorsement was significant, the ministry said: “With it, Malaysia is now Asean’s official candidate for the post.

“This will help raise the profile of our candidacy and be the basis of the endorsement by the wider Asian region.”

The ministry said it would continue with efforts to ensure that Malaysia received the highest possible number of votes during the elections for the post, scheduled for October next year in New York.

“These efforts include holding bilateral meetings with our counterparts who are also present in New York,” it added.

Kajian Menyeluruh Struktur Pertahanan Negara Bagi Tangani Ancaman – Hishammuddin

Posted: 28 Sep 2013 02:30 AM PDT

TAWAU, 28 Sept – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian menyeluruh berkaitan struktur pertahanan negara berdasarkan keperluan semasa bagi menangani ancaman luaran dan dalaman secara serentak.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kementerian Pertahanan akan memberi keutamaan kepada pembinaan keupayaan pertahanan marin yang merupakan benteng hadapan bagi mengekang sebarang unsur ancaman.

“Bagi saya, soal keselamatan negara tidak boleh dikompromi. Ini kerana jika sektor keselamatan terjejas seperti yang berlaku di Lahad Datu, ia akan menjejaskan sektor lain seperti perladangan, pelancongan, pengeluaran, pendidikan dan pentadbiran.

“Apa yang kita lalui di Lahad Datu dan Semporna merupakan satu ‘panggilan kejut’ yang kita tidak boleh ambil mudah. Walaupun keadaan dah kembali pulih seperti biasa namun dalam konteks Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) yang melibatkan 10 daerah, ia mesti dipersiapkan dan kita pastikan ia berkekalan.

“Ancaman daripada mereka di luar dan dalam dunia tanpa sempadan ini merupakan satu ancaman yang boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya  selepas menghadiri program Kempen Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat di sini, Sabtu.

Hishammuddin berkata penstrukturan semula itu ialah bagi memastikan anggota keselamatan yang bakal ditempatkan di Sabah benar-benar dilengkapi perkakas sesuai dengan lanskap terpaksa dilalui.

Beliau berkata di bawah penstrukturan ini, inisiatif awal ialah pemerkasaan Esscom membabitkan penyusunan semula Divisyen/Briged Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan sebahagian kekuatan divisyen, briged dan PGA di Semenanjung dipindah ke Esszone.

Katanya, jika pandangan Perisikan Tentera dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia menunjukkan ancaman semasa di Semenanjung di tahap rendah, maka pemindahan sebahagian kekuatan ke Esszone akan menjimatkan kewangan kerajaan dalam tempoh sederhana dan panjang.

Hishammudin berkata kekuatan keanggotaan sedia ada juga perlu dioptimum dengan mempertingkat penggunaan teknologi senjata dan pemantauan canggih selain meningkatkan kemahiran serta pengetahuan anggota keselamatan.

Beliau turut mencadangkan agar kaedah dan konsep pembinaan kem baharu seperti Industrialised Building System (IBS) diperkenal kerana lebih praktikal selain menjimatkan perbelanjaan dan masa.

“Pihak ESSCOM juga wajar membina jaringan pertahanan berlapis. Lapisan luaran membabitkan aspek perisikan dan analisis geo strategik.

“Kedua memastikan ruang maritim dan pesisir pantai dimantapkan secara komprehensif dan ketiga membina jaringan kerjasama dengan pasukan keslematan iaitu PDRM bagi memastikan aspek keselematan dalaman Sabah,” katanya.

Mengulas tempoh kajian itu, Hishammuddin berkata perkara berkenaan sedang berjalan dan laporannya akan diserah dan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara.

Individu Tawar Diri Bertanding Perlu Pastikan UMNO Tidak Rosak

Posted: 28 Sep 2013 02:27 AM PDT

KANGAR, 28 Sept – Para pemimpin UMNO yang menawarkan diri bagi pelbagai jawatan dalam parti perlu menjauhi perkara yang boleh merosakkan parti dan memecahbelahkan orang Melayu, kata seorang veteran UMNO hari ini.

Pengerusi Perhubungan Veteran UMNO Negeri Perlis Datuk Selamat Saad berharap proses pemilihan tidak seharusnya mencemar amalan demokrasi dalam parti keramat bangsa Melayu itu.

Beliau yakin anggota UMNO semakin matang untuk membuat pilihan mengenai pemimpin yang berkebolehan dan ikhlas untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat yang juga Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Negeri Perlis berkata UMNO memberi kebebasan amat luas kepada sesiapa yang menawar diri menjadi pemimpin dan berharap penawaran tidak dilihat sebagai pertandingan.

“UMNO mendukung maruah seseorang individu, tidak diperlekehkan dan lebih tidak bermoral kalau mereka yang bercadang untuk dipilih itu memburukkan rakan yang bersaing,” kata bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis itu.

Menurutnya, kalau UMNO hendak menjadi parti yang kekal berterusan selagi ada bulan dan bintang, individu yang berhasrat menjadi pemimpin hendaklah menawarkan perkhidmatan menjadi pemimpin yang diredai Allah.

Tambah beliau, mana-mana individu yang ingin menjadi pemimpin, hendaklah membawa sifat yang disukai semua orang terutama golongan muda yang sedang memerhati budaya UMNO.

Sebagai orang yang lama dalam perjuangan UMNO, Selamat berkata beliau dapat merasai bahawa generasi muda Melayu sedang menilai sama ada UMNO masih relevan untuk mereka. -Bernama

30 Tarik Diri Tanding Pelbagai Jawatan di Kelantan – Mustapa

Posted: 28 Sep 2013 02:23 AM PDT

KOTA BAHARU, 28 Sept -  Sebanyak 30 individu menarik diri daripada bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pergerakan UMNO pada pemilihan parti di Kelantan, Oktober ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tiga daripadanya menarik diri untuk bertanding jawatan ketua UMNO bahagian dan selebihnya pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan sayap.

“Sebanyak 30 yang menarik diri ini daripada keseluruhan 2,595 calon di Kelantan. UMNO Kelantan akan mengetahui senarai penuh calon yang layak bertanding pada 7 Okt depan selepas diputuskan UMNO Pusat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini, Sabtu.

Mereka yang menarik diri ialah lima orang di Machang, Ketereh (dua), Tanah Merah (tiga), Bachok (lima), Pengkalan Chepa (tiga), Gua Musang (lima), Pasir Mas (tiga), Tanah Merah (satu), Kota Baharu (dua) dan Kuala Krai (satu).

Mustapa berkata pada mesyuarat itu, UMNO Kelantan bersetuju untuk menyokong semua 14 calon yang menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan exco pergerakan.

Mereka membabitkan lima orang di peringkat MT, Wanita (lima), Pemuda (tiga)dan Puteri (satu).

Selain Mustapa, lima yang menawarkan diri bertanding di peringkat MT ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh Datuk Md Alwi Che Ahmad dan bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Mohd Zain Ismail.

Mustapa turut mengingatkan calon supaya berkempen dengan penuh berhemah dan menolak politik wang.

“Kita nasihatkan calon supaya bertanding secara baik, jangan ada berpuak. Kita tidak mahu akibat pertandingan, berpecah kita, makin kecil parti kita. Apa yang kita buat ini untuk mengukuhkan parti,” katanya.

Undang-Undang Pencegahan Jenayah Diperlukan – KPN

Posted: 28 Sep 2013 01:08 AM PDT

PUTRAJAYA, 28 Sept - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata undang-undang pencegahan jenayah diperlukan untuk membendung jenayah terancang atau ia (jenayah terancang) akan menjadikan negara seperti Mexico atau Columbia.

“Di Mexico dan Columbia, jenayah terancang seperti keldai dadah bermaharajalela kerana institusi penguatkuasaan yang lemah. Apabila lemah, keldai dadah atau mafia ini akan menguasai negara.

“Adakah kita ingin negara jadi seperti itu? Sudah semestinya tidak. Kita mahu undang-undang pencegahan yang ketat dalam usaha membantu kami untuk memerangi jenayah,” kata Khalid pada forum pencegahan jenayah dan keselamatan awam di Kementerian Dalam Negeri, Sabtu.

Cadangan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1953 (PCA) telah dibentangkan di Parlimen, Rabu lalu, di mana ia memberi kuasa untuk menahan penjenayah tegar sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

Khalid berkata PCA adalah penting walaupun Malaysia mempunyai sistem kehakiman ‘yang baik’ di mana penjenayah boleh dibicarakan dan membela diri.

Bagaimanapun, beliau berkata ia masih belum menjamin penjenayah akan dipenjarakan kerana kekurangan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan terhadap mereka.

“Dalam kes kongsi gelap dan jenayah terancang yang lain, tiada saksi akan tampil untuk memberi keterangan kerana takut nyawa mereka terancam,” katanya. -mstar.com.my

Presiden KMPP Keluar DAP, Gesa Perwakilan Tolak Konsep Parti Keluarga

Posted: 28 Sep 2013 01:01 AM PDT

GEORGE TOWN, 28 Sept – Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini secara rasmi keluar DAP kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang kononnya sebuah parti berbilang kaum.

rahmad-isahak-penang-bekas-keluar-dap-parti-cina-rasis-penang-pulau-pinang

Beliau berkata keputusan itu dibuat walaupun sebelum ini menerima surat pemecatan pada 24 April lepas, kerana menganggap ia tidak sah kerana ketika itu anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Anggota cawangan Bayan Baru sejak 8 Jun 2012 itu memotong kad keahlian sebagai simbolik tindakannya meninggalkan DAP sehari sebelum pemilihan semula CEC yang dijadualkan esok.

“Saya cabar rakan perwakilan yang akan mengundi esok supaya mengguna kuasa, hak dan maruah untuk memilih pemimpin berwibawa untuk kembalikan DAP ke landasan yang betul dan menolak konsep parti keluarga dalam DAP,” katanya kepada pemberita di sini.

Rahmad mendakwa DAP bukanlah tempat bagi orang Melayu berlindung tetapi dipergunakan secara senyap dan halus bagi memuaskan hawa nafsu politik pemimpin mereka yang berselindung di sebalik istilah ‘berbilang kaum’.

“Walaupun DAP mempunyai 19 kerusi DUN di Pulau Pinang kenapa tidak ada seorang pun wakil Melayu diberikan peluang?,” tanya beliau.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT