SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, November 30, 2013

UMNO Online - “Lapan Permohonan TP1M Diluluskan, Masing-masing Di Pulau Pinang Dan Selangor” plus 9 more

UMNO Online - “Lapan Permohonan TP1M Diluluskan, Masing-masing Di Pulau Pinang Dan Selangor” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lapan Permohonan TP1M Diluluskan, Masing-masing Di Pulau Pinang Dan Selangor

Posted: 29 Nov 2013 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Sebanyak lapan daripada 68 permohonan untuk peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M), iaitu bantuan penyelenggaraan bangunan berstrata milik swasta, yang diterima daripada penduduk Pulau Pinang, diluluskan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tahun ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata semua lapan projek itu diperuntukan RM4.5 juta dengan empat darinya telah dilaksanakan.

Sementara di Selangor, sebanyak lapan permohonan diluluskan kementerian itu, namun kesemuanya tidak dapat dilaksanakan kerana pemaju projek perumahan berkenaan tidak membuat sumbangan sebanyak 30 peratus atau 10 peratus kadar geran sepadan dalam tempoh yang ditetapkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini program TP1M telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan sejak 16 Julai lepas, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberi tanggungjawab mengendalikan tabung berkenaan.

Abdul Rahman berkata demikian bagi menjawab dakwaan anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin yang dibangkitkan dalam perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas, mendakwa Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir kerajaan negeri pakatan DAP-PKR-PAS, tidak menerima langsung peruntukan TP1M.

Abdul Rahman menjelaskan, untuk mendapat bantuan tabung berkenaan, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat antaranya Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan  Jawatankuasa Pengurusan (MC) atau Persatuan Penduduk (PP) perlu menyediakan geran sepadan sebanyak 30 peratus bagi bangunan kos sederhana rendah, manakala 10 peratus bagi bangunan kos rendah.

“Bangunan yang perlu diselenggerakan itu juga perlu melebihi 10 tahun dan berlaku kerosakan yang serius,” katanya.

Katanya, pelaksanaan TP1M ini menggunakan geran sepadan iaitu 30 peratus kos dibiayai oleh JMB/MC/PP manakala 70 peratus dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan bagi bangunan kos sederhana rendah.

“Bagi bangunan kos rendah pula, 10 peratus kos dibiayai oleh JMB/MC/PP dan selebihnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Abdul Rahman juga berkata, sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat utama, TP1M juga memerlukan pihak JMB/MC/PP menyediakan geran sepadan agar permohonan mereka diluluskan.

Ahli, Pemimpin UMNO Perlu Bersedia Hadapi Transfomasi Politik Demi Masa Depan Parti

Posted: 29 Nov 2013 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov –Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azalina Othman Said berkata bahawa sistem pemilihan UMNO yang baru ini telah membuka ruang seluas-luasnya untuk mana-mana ahli UMNO menawarkan diri untuk jawatan di dalam parti, serta membuka ruang yang lebih besar kepada ahli diperingkat akar umbi untuk memilih kepimpinan mereka.

Beliau mengakui, bahawa sistem baru ini begitu banyak membantu  ramai pemimpin baik yang baru mahupun yang lama untuk berkhidmat dengan menganggotai jawatan tertinggi di dalam parti.

azalina-osman-said-ahli-dewan-parlimen-pengerang-johor-umno-bn

"Dan bagi saya, inilah transformasi politik yang perlu dihadapi oleh ahli dan pemimpin UMNO bagi memastikan kelansungan UMNO pada masa akan datang. Dan ahli serta pemimpin kita mesti sentiasa bersedia untuk melakukan transformasi ini dari masa ke semasa.

"Kita juga perlu sedar bahawa tidak ada jaminan yang UMNO dan BN akan memperolehi kemenangan  pada PRU ke 14 yang akan datang ini, jika kita tidak melalui transformasi yang meremajakan UMNO untuk generasi akan datang,"ujarnya.

Beliau seterusnya berharap agar perwakilan akan lebih berani menyuarakan pandangan dan cadangan melalui perbahasan pada perhimpunan agung UMNO kali ini, untuk membantu kepimpinan di peringkat atasan dalam memahami suara hati akar umbi.

"Perwakilan mesti berani meluahkan hasrat dan aspirasi akar umbi, khususnya bangsa Melayu untuk kita memberikan secukup informasi, serta cadangan bagi membantu Presiden, Timbalan Presiden dan saf-saf kepimpinan UMNO untuk terus melakukan perubahan demi kebaikan UMNO dan negara," jelasnya. -MediaUMNO

DAP Jangan Angkuh 1.2 Juta Penjawat Awam Yang Digelar “Kucing Kurap” Ada Kuasa Mengundi

Posted: 29 Nov 2013 02:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah percaya sikap biadap dan angkuh pemimpin DAP yang enggan memohon maaf atas gelaran "kucing kurap" kepada kakitangan awam akan terus kekal dalam ingatan lebih kurang 1.2 juta kakitangan awam seluruh Negara.

Justeru, beliau berharap 1.2 juta kakitangan awam akan beri pengajaran berguna bukan saja kepada ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi tetapi seluruh kepimpinan DAP termasuk pakatan pembangkang yang lain pada masa hadapan terutama ketika pilihan raya umum nanti.

jeff-ooi-lim-guan-eng-dap-rasis-parti-kucing-kurap-tokong-penang

Jelasnya lagi sikap yang ditunjukkan Jeff Ooi ini memberikan gambaran bahawa inilah sikap dan cara kepimpinan DAP yang angkuh, sombong serta tidak bertanggungjawab.

Tambah beliau sejak penghinaan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu, ramai pihak telah menggesa agar DAP mengambil tindakan segera malah Jeff Ooi juga didesak memohon maaf secara terbuka.

Namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang kenyataan maaf dikeluarkan malah pimpinan tertinggi DAP juga tidak memberi sebarang respon terhadap isu ini.

"Tindakan berdiam diri DAP ini seakan merestui pemimpin mereka bersikap kurang ajar dan mencela penjawat awam. Atau adakah mereka bersetuju dengan cara ahli parlimen  Jelutong ini… DAP harus sedar diri dan jangan terlalu rasa selamat dengan kedudukan mereka sekarang kerana mereka mampu jatuh pada bila-bila masa sahaja.

"Mungkin DAP berasa selesa berlandaskan pencapaian mereka pada PRU yang lalu tetapi jangan lupa, rakyat sekarang ini bukan bodoh dan mampu berfikir lebih jauh. Tidak mustahil mereka akan 'mengajar' DAP pada PRU akan datang sekiranya rakyat terutamanya penjawat awam terus dihina," ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong menambah, DAP seharusnya tegas mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang bersikap keterlaluan sebagaimana mereka sering mendesak kerajaan pusat mengenakan tindakan terhadap pemimpin yang melakukan kesalahan.

Tidak mustahil 1.2 juta penjawat awam di negara ini bakal memberi pengajaran bermakna kepada pembangkang khususnya DAP.

Jika sebelum ini ada pemimpin DAP yang menuduh punca rasuah berleluasa adalah kerana ramai orang Melayu bekerja sebagai kakitangan awam kini penjawat awam disamakan pula dengan kucing kurap. - MediaUMNO

Resignations Signal Rejection Of PKR Leadership, Says Rosnah

Posted: 29 Nov 2013 01:22 AM PST

KUANTAN, Nov 29  - An Umno Supreme Council member said today the recent resignation of 11 divisional leaders from Parti Keadilan Rakyat (PKR) in Sabah is a signal that the people in the state reject the PKR leadership and approach.

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, who is the deputy works minister, said the people of Sabah realised that they had been hoodwinked because no pledges had been fulfilled.

She spoke to reporters after opening a meeting of senior officers of the Contractor Service Centre of the Works Ministry, here.

Eleven Sabah PKR divisional leaders resigned on Nov 26 and expressed their support for the Barisan Nasional (BN).

30 Orang Dilantik Mengisi Jawatan Kepimpinan Wanita UMNO Pust, Negeri

Posted: 29 Nov 2013 01:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 29  - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan pelantikan 30 orang bagi mengisi jawatan barisan kepimpinan tertinggi pergerakan itu di peringkat pusat dan negeri, dengan 15 daripadanya muka baharu.

“Kepimpinan Wanita UMNO di 191 bahagian terdiri daripada gadingan mantap, berpengalaman, profesional, ahli akademik, korporat dan juga golongan muda yang mampu menjadi tulang belakang kepada pelan transformasi politik Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.

Antara lantikan muka baharu di peringkat pusat ialah Ketua Wanita Bahagian Maran Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan, anggota Wanita Bahagian Pekan Nor Azita Abdul Rahman sebagai Bendahari dan Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad sebagai Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional.

Berikut ialah senarai lantikan bagi Ketua dan Naib Ketua Wanita Perhubungan Negeri yang baharu;

1. Perlis

Ketua: Rela Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Kangar)

Naib Ketua: Datuk Shamsiah Yasin (Ketua Wanita Bahagian Arau) (muka baharu)

2. Kedah

Ketua: Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Bahagian Jerlun)

Naib Ketua: Datuk Marlia Abd Latif (Ketua Wanita Bahagian Padang Serai)

3. PULAU PINANG

Ketua: Senator Norliza Abd Rahim (Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor) (muka baharu)

Naib Ketua: Sofiah Sharif (Ketua Wanita Bahagian Nibong Tebal) (muka baharu)

4. KELANTAN

Ketua: Datin Rahimah Mohamad (Ketua Wanita Bahagian Machang)

Naib Ketua: Roslinah Mohamed (Ketua Wanita Bahagian Jeli)

5. TERENGGANU

Ketua: Datuk Fatimah Hamat (Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu)

Naib Ketua: Senator Rohani Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Kemaman)

6. PAHANG

Ketua: Senator Roslin Abdul Rahman (Ketua Wanita Bahagian Bentong) (muka baharu)

Naib Ketua: Norahan Abu Bakar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau) (muka baharu)

7. PERAK

Ketua: Datuk Rusnah Kassim (Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim)

Naib Ketua Wanita: Dr Azizah Johor (Ketua Wanita Bahagian Lumut) (muka baharu)

8. SELANGOR

Ketua: Datuk Nor Hayati Onn (Ketua Wanita Bahagian Klang) (muka baharu)

Naib Ketua: Halimaton Saadiah Bohan (Ketua Wanita Bahagian Subang) (muka baharu)

9. WILAYAH PERSEKUTUAN

Ketua: Senator Mariany Mohd Yit (Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang) (muka baharu)

Naib Ketua: Nor’ashikin Ahmat Nasron (Ketua Wanita Bahagian Batu) (muka baharu)

10. NEGERI SEMBILAN

Ketua: Datuk Norhayati Omar (Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah)

Naib Ketua: Siti Harpah Md Dom (Ketua Wanita Bahagian Rembau) (muka baharu)

11. MELAKA

Ketua: Datuk Rabiyah Ali (Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka)

Naib Ketua: Datuk Nor Adibah Abdullah (Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu)

12. JOHOR

Ketua: Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Ketua Wanita Bahagian Kluang)

Naib Ketua: Senator Datuk Noriah Mahat (Ketua Wanita Bahagian Pagoh)

13. SABAH

Ketua: Datuk Armani Mahiruddin (Ketua Wanita Bahagian Libaran)

Naib Ketua: Datuk Jainab Ahmad (Ketua Wanita Bahagian Sepanggar) (muka baharu)

Kenaikan Gaji Melampau Bukti ‘Pengorbanan’ Dilaungkan Pembangkang Hanya Lakonan – Idris

Posted: 29 Nov 2013 12:54 AM PST

MELAKA, 29 Nov -  Kenaikan melampau gaji menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor memperlihatkan ‘pengorbanan untuk rakyat’ dilaungkan pembangkang hanya lakonan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ternyata kata-kata pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini bahawa mereka pemimpin rakyat yang sejati, tidak perlu ganjaran dan habuan hanyalah ‘omong kosong’ untuk memperdaya rakyat.

Katanya tindakan menaikkan gaji itu juga bukanlah sesuatu yang boleh memberikan keuntungan besar kepada rakyat, sebaliknya ia meningkatkan kos pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya berhemah dalam mentadbir urus wang rakyat.

“Pada masa negeri di bawah Barisan Nasional, amat berhati-hati mengawal tadbir urus kewangan secara berhemah, mereka (pembangkang) tampak belang mereka rakus, begitu boros belanjakan wang rakyat untuk kesenangan tekak dan peribadi sendiri,” katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini Jumaat.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Berkhatan Beramai-ramai dan Pelancaran Produk Rapideclam disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadiri isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mat Diah dan Pengarah Urusan MedicFit Technology Sdn Bhd Datuk Rahadian Mahmud Tun Mohd Khalil.

Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji dan elaun antara 87 peratus hingga 373.3 peratus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkuatkuasa 1 Januari depan.

Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.

Idris berkata dengan perkembangan terbaharu itu, rakyat boleh menilai sendiri cara sebenar bagaimana pembangkang mentadbir sebuah negeri dan sepatutnya tidak lagi diberikan peluang mentadbir di mana-mana negeri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Suatu tindakan yang tidak bijak sekiranya terus memilih mereka pada PRU akan datang atau mana-mana pilihan raya kecil selepas ini terutamanya di Selangor…saya memberi jaminan Melaka tidak akan melakukan perkara sebegitu kepada rakyatnya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata pelantikan exco dalam kalangan Adun MCA di Melaka akan dilakukan selepas selesai pemilihan agung parti itu pada 21 Dis depan bagi memberi lebih ruang kepada parti itu membuat penyusunsan semula.

“Pemilihan itu ada pertandingan jawatan peringkat tertinggi parti jadi saya nak lihat dulu bagaimana, beri lebih masa dan ruang kepada mereka (MCA)…ini juga boleh beri saya lebih masa meneliti semua calon yang ada dan rancang sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, Idris dilaporkan berkata akan mengumumkan Adun MCA yang bakal dilantik Exco selepas sidang Dewan Undangan Negeri selesai pada Khamis.

Tiga wakil rakyat MCA di Melaka ialah Adun Bemban Datuk Ng Choon Koon; Adun Machap Datuk Lai Meng Chong; dan Adun Klebang Lim Ban Hong. 

Ustaz Kazim, Dr Asyraf Wajdi, Nazri Aziz Antara Sembilan Dilantik Ahli MT UMNO

Posted: 29 Nov 2013 12:41 AM PST

PUTRAJAYA, 29 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd Shakar Samsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

majlis-ilmu-ustaz-kazim-sekolah-agama-maahad-tahfiz-al-barakah-ahli-majlis-tertinggi-umno

Perak Had 5.8 Million Tourist Arrivals Last Year, Not 480,000, Assembly Told

Posted: 28 Nov 2013 11:50 PM PST

IPOH, Nov 29  - Perak registered 5.8 million tourist arrivals in 2012 and not 480,000 as claimed by the opposition, said State Executive Councillor Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

The state health, tourism and culture committee chairman said DAP assemblymen Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan) and Nga Kor Ming (Kepayang) were mistaken when they said that only two per cent of the 120.2 million tourist arrivals to Malaysia between 2008 and 2013 had visited Perak annually.

“The two per cent refers to the number of international tourists who were classified by Tourism Malaysia as lodgers,” she said when winding up debate on Budget 2014 in the state legislative assembly.

Speaking during the debate yesterday, Ngeh had quoted those figures which he said he had received from a reply to a question in the Dewan Rakyat.

Nolee Ashilin explained that the state government adopted two approaches to determine the number of tourist arrivals – gazetted Tourism Malaysia studies and statistics on the major point of interests.

She said the state government was optimistic the number of tourist arrivals would rise, especially with Visit Malaysia Year 2014 which also promotes Perak as a major destination.

She also said that the Tulip Garden at Bukit Larut could no longer be promoted as a tourist attraction as the temperature at the hill station had changed due to global warming.

“The state government will remove the signages promoting the garden,” she said in reply to the matter raised by Nga and Teh Kok Lim (DAP-Pokok Assam).

Nolee Ashilin said the state government had approved the gazetting of 152.98 hectares of state land along the Sungai Sepetang in the Jebong and Selinsing mukims as permanent forest reserve to nurture fireflies, a tourist attraction.

Lagu Tanya Sama Najib Sudah Jadi “Tanya Sama Anwar Apa Sebab Goyang”

Posted: 28 Nov 2013 11:23 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Nov – Jika sebelum ini lagu “Tanya Sama Najib, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang” pernah didendangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya Umum 13 yang lalu, kali ini rentak yang sama boleh dinyanyikan.

Mungkin rangkapnya begini pula….."Tanya Sama Anwar, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Anwar 11 Cabang Aku Dah Hilang'.

Menurut Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jeneri, Yb Mahadzir Abdul Hamid, rangkap dan lagu berkenaan cukup sesuai untuk diamati oleh Ketua Pembangkang itu yang hari ini mungkin telah menyedari hakikat yang sebenarnya.

anwar-nyanyi-lagu-tanya-pokok-sabah-hilang-najib

Kata beliau retorik oleh pembangkang khususnya PKR di negeri itu boleh diumpamakan senjata makan tuan setelah hasrat untuk melebarkan pengaruh mereka di Sabah tidak kesampaian yang hanya menampakkan kecelaruan.

"Begitulah jadinya jika sebuah kapal yang ramai nakhoda… Bila dah ramai nakhoda ini kita boleh sama-sama fikirkan bagaimana kesan dan impaknya kepada kapal berkenaan dan apa yang berlaku di Sabah hari ini adalah petanda kepada perkara berkenaan.

"Lain yang disasarkan lain pula yang jadi dan perumpamaan serta lagu di atas cukup elok untuk dihayati oleh pimpinan PKR. Kegagalan pimpinan PKR di Sabah harus menjadi tanggungjawab semua dan itulah yang saya sebutkan soal kapal banyak nakhoda tadi," katanya.

Kata beliau kesatuan yang padu amat diperlukan dalam sesebuah parti politik untuk memastikan parti berkenaan terus mengorak langkah dengan penuh terjamin dalam usaha menabur khidmat bakti kepada rakyat secara menyeluruh.

"Ini tidak…Soal kesatuan pun entah ke mana jadi sama-sama hayati dan sama-sama fikirkan. Ini adalah asas dan bukannya perkara main-main. Sebab itulah tidak pelik dan bukan sesuatu yang ganji senario di Sabah itu berlaku,"ujarnya. -MediaUMNO

Kerajaan Selangor Akui Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tepat, Akan Kaji Kenaikan Pada Masa Depan

Posted: 28 Nov 2013 11:19 PM PST

SHAH ALAM, 29 Nov - Kerajaan negeri Selangor mengakui tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu adalah tepat memandangkan kos perkhidmatan semakin meningkat, malah akan mengkaji berbuat perkara sama pada masa depan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim berkata cukai dilihat tidak boleh dikekalkan pada kadar yang sama selamanya kerana tidak praktikal dalam keadaan ekonomi semasa bagi memastikan perkhidmatan sentiasa berkualiti.

“Kita akui kenaikan cukai di Kuala Lumpur itu betul cuma mungkin kadarnya perlu dilihat semula…di Selangor pula, sudah lama kadar cukai tidak dinaikkan namun kerajaan negeri belum lagi ada rancangan untuk menaikkan cukai ini.

“Tapi jika cukai tidak naik, hasil negeri tidak mencukupi jadi bagaimana kita hendak pastikan pengurusan sampah, sebagai contoh berada pada tahap terbaik,” katanya ketika menjawab soalan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat.

Dr Xavier ingin mengetahui adakah kerajaan negeri bercadang menaikkan kadar cukai di Selangor.

Teng turut mengakui kerajaan negeri gagal menunaikan janji dalam manifesto pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) untuk menurunkan cukai pintu premis kediaman dan komersial pada kadar 10 hingga 20 peratus dan berikutan itu, mereka tidak lagi mengulangi janji yang sama pada PRU-13 Mei lepas.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan kalimah Allah di negeri ini adalah milik orang Islam sepertimana yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.

“Sultan telah mengeluarkan titah bahawa kalimah Allah bagi negeri Selangor adalah hak orang Islam, maka atas dasar itu tidak perlu kita pertikai lagi dan tidak payah dibincangkan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai tindakan yang diambil untuk memastikan kesucian kalimah Allah tidak disalahgunakan.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT