SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, April 30, 2014

UMNO Online - “Kerajaan Selangor Perlu Bertanggungjawab Bagi Kekurangan Bekalan Air – Khairy” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Selangor Perlu Bertanggungjawab Bagi Kekurangan Bekalan Air – Khairy” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Selangor Perlu Bertanggungjawab Bagi Kekurangan Bekalan Air – Khairy

Posted: 29 Apr 2014 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April  - Kerajaan Selangor perlu bertanggungjawab bagi masalah bekalan air yang berlaku di negeri itu dan Kuala Lumpur, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut menangkis perkara itu dengan meletakkan sebahagian kesalahan di bahu Kerajaan Persekutuan.

“Jika kerajaan Selangor meluluskan Langat 2 pada 2009, ia sudah pun siap sekarang dan pengguna akan mempunyai cukup air hari ini,” katanya dalam ruangan komen akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini.

khairy-perhimpunan-agung-umno-menteri-umno-bn-rembau-n9-negeri-sembilan

Khairy, yang juga pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda UMNO, berkata melalui perancangan sewajarnya, Selangor akan mempunyai cukup air untuk memenuhi peningkatan permintaan dan menghadapi kemarau.

Katanya pada 2010 Kerajaan Persekutuan mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa krisis air akan berlaku pada 2014 sekiranya sumber air tidak diurus dengan baik.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menjawab dengan berkata terdapat air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan Selangor dan Kuala Lumpur hingga 2019.

“Kerajaan Negeri Selangor enggan membenarkan pembinaan Langat 2 dan sejak 2009, menolak kenaikan tarif air. Akibat degil, kerajaan negeri Selangor menjadi batu penghalangnya,” kata beliau.

Khairy berkata demi kepentingan orang ramai, Kerajaan Persekutuan bersetuju memperuntukkan RM9.65 bilion bagi membeli syarikat air dan menyerahkan semua aset kepada Kerajaan Selangor untuk dikendalikannya melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Feb.

“Ini dilakukan semata-mata kerana Kerajaan Persekutuan amat prihatin berhubung nasib penduduk Selangor.

“Seperti yang terjadi, lebih 1.3 juta isi rumah atau 6.3 juta orang terjejas dan 820 projek baharu ditangguhkan,” katanya.

Selangor memulakan fasa pertama catuan air di Lembah Klang tahun ini berikutan penutupan Loji Rawatan Air Batu 11 Cheras dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi akibat kandungan ammonia yang tinggi di dalam air Sungai Langat dan langkah ini menjejaskan 71 kawasan dan 60,185 rumah sejak 27 Feb.

Fasa kedua catuan air dilaksanakan berikutan kekurangan pelepasan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari di empangan Sungai Selangor dan langkah ini menjejaskan 260 kawasan serta 413,617 rumah.

Semalam, pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi berkata kerajaan negeri Selangor akan membuat keputusan pada Rabu (esok) sama ada akan meneruskan catuan air yang dilaksanakan sejak Mac itu.

Catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor menjejaskan lebih 2.2 juta pengguna.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed juga menyuarakan harapannya agar krisis air Selangor akan diselesaikan dengan cepat supaya ia tidak menjejaskan operasi kilang tempatan dan asing di negeri itu.

Pemuda UMNO Tubuh Majlis Ulama

Posted: 29 Apr 2014 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April  - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda UMNO yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

fathul-bari-khairul-azwan-naib-ketua-pemuda-umno-exco-majlis-ulama

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Fathul Bari Mat Jahya.

Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda UMNO bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada UMNO selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda UMNO mengadakan lawatan ke Turki, Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Selangor melaksanakan satu referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri itu menyelesaikan krisis air.

Kesahihan Maklumat Mengenai Kemungkinan Bangkai Pesawat Sedang Disahkan – Hishammuddin

Posted: 29 Apr 2014 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April – Malaysia dan rakan-rakan antarabangsanya sedang mengesahkan kesahihan maklumat bahawa bangkai Penerbangan MH370 Malaysia Airlines kemungkinan berada di Teluk Benggala.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini selaras dengan pendirian Malaysia yang konsisten untuk mengesahkan kesahihan sebarang petunjuk baharu sejak hari pertama operasi mencari.

Dalam kenyataan pada Isnin, beliau juga mengumumkan pelantikan bekas ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Kok Soo Chon sebagai pegawai penyiasat bertanggungjawab bagi pasukan penyiasatan antarabangsa terhadap tragedi MH370.

Hishammuddin berkata: “Malaysia menyedari berhubung laporan berhubung penemuan kemungkinan bangkai pesawat MH370 di Teluk Benggala manakala China dan  Australia juga sedar tentang laporan ini.

“Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa untuk mengesahkan kesahihan maklumat ini,” kata beliau.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang dalam pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari yang disertai pelbagai negara dikerah untuk menjejaki pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi, apabila mendapat maklumat bahawa MH370 telah melencong daripada laluan asalnya.

Hishammuddin berkata Malaysia akan berbincang dengan rakan-rakan antarabangsanya termasuk Australia, berhubung bagaimana operasi pencarian yang baharu akan diteruskan seperti diumumkan Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Isnin.

“Perbincangan akan meliputi isu seperti penghantaran aset dengan keupayaan pencarian di laut dalam, kos operasi dan cara terbaik untuk pihak berkuasa memastikan ahli keluarga penumpang MH370 dimaklumkan secara tertib mengenai perkembangan terkini,” kata Hishammuddin.

Beliau menegaskan bahawa hakikat MH370 belum dijumpai menunjukkan betapa sukar dan rumitnya operasi mencari.

“Kami amat terhutang budi atas usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa Australia yang mengetuai misi pencarian dekat Perth,” kata Hishammuddin.

Mengenai pelantikan penyiasat bertanggungjawab bagi pasukan penyiasatan antarabangsa, beliau berkata Kok adalah bekas wakil tetap ke Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal.

Beliau berkata pasukan itu, yang telahpun memulakan tugasan, mempunyai wakil bertauliah daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB) dan Biro Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Pihak lain dalam pasukan itu ialah Pentadbiran Penerbangan Awam China dan Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat dari China, Biro Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (Perancis), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan wakil Asean dari Singapura dan Indonesia.

“Turut serta dalam pasukan itu ialah Boeing, selaku wakil bertauliah Amerika Syarikat, dan Rolls Royce dan Inmarsat, selaku wakil bertauliah UK,” kata beliau.

Hishammuddin berkata tujuan utama pasukan penyiasatan antarabangsa ialah untuk menilai, menyiasat dan menentukan punca sebenar insiden untuk mengelakkan insiden yang serupa pada masa depan.

“Saya ingin menegaskan bahawa penyiasatan ini bukan bertujuan untuk meletakkan pihak untuk dipersalahkan atau liabiliti berhubung dengan insiden. Oleh itu, amat penting bagi kerajaan menubuhkan kumpulan penyiasat bebas ini yang bukan sahaja cekap dan telus tetapi juga berkredibiliti tinggi,” kata beliau.

Pemilihan PKR… Ludah Ke Langit Akhirnya Kena Muka Sendiri

Posted: 29 Apr 2014 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 April – Pemilihan pucuk pimpinan PKR yang menimbulkan pelbagai kecelaruan termasuk dakwaan berlakunya penipuan bukanlah satu cerita baru kerana perkara yang sama telah berlaku sebelum ini malah masih belum selesai.

Justeru tidak peliklah dengan apa yang berlaku itu memandangkan kes-kes serta dakwaan sebelum ini pun dikhabarkan tidak selesai dan semestinya perkara itu menjadi kayu ukur kepada parti yang kononnya melaung-laungkan demokrasi.

Ketika perkara ini diajukan kepada bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, beliau secara sinis berkata apa yang berlaku itu sudah dijangka akan berlaku.

"Malah apa yang berlaku itu sebenarnya menujukkan kepada masyarakat umum bagaimana hipokritnya mereka apabila sebelum ini terutama selepas pilihan raya umum yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditohmah dengan macam-macam.

"Tidak cekap dan diragui serta pelbagai dakwaan dilontarkan kepada agensi yang menguruskan pilihan raya di negara kita. Alih-alih pemilihan parti sendiri pula yang kelam kabut dan terpalit dengan pelbagai dakwaan khususnya soal penipuan.

"Mereka umpama meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah pelbagai cerita akan timbul selepas ini bagi menutup segala kecelaruan yang berlaku itu.

"Namun bak kata pepatah jugalah…bangkai gajah kalau ditutup dengan apa sekalipun akan tetap berbau. Inilah harga yang mereka perlu bayar di mana dalam keghairahan membuat pelbagai tohamahan terhadap sistem pilihan raya kita, alih-alih pemilihan sendiri pula penuh kontroversi," ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.

Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong. -MediaUMNO

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

Kedah Sasar Bina 40,000 Rumah Kos Rendah Dalam Empat Tahun

Posted: 29 Apr 2014 06:19 AM PDT

ALOR SETAR, 29 April – Kerajaan Kedah mensasarkan pembinaan sebanyak 40,000 unit rumah kos rendah di negeri ini dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata dalam tempoh setahun ini sebanyak 6,000 unit rumah kos rendah akan dibina, dan ini tidak termasuk yang dibina oleh pihak swasta.

Katanya langkah tersebut bertujuan memenuhi kehendak golongan berpendapatan rendah.

“Berdasarkan statistik sedia ada, permohonan bagi rumah kos rendah kini mencecah 40,000 pemohon. Rumah kos rendah ini kita akan bina di setiap daerah dan bandar terutama di Alor Setar, Sungai Petani, Kulim dan Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan sebanyak 20,000 unit rumah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) juga mampu memenuhi permintaan rumah di kalangan rakyat negeri ini.

Hudud…. Mencari Pembohong Sebenar

Posted: 29 Apr 2014 06:16 AM PDT

Biarpun telah beberapa tahun berlalu dan berjaya memenangi beberapa negeri dalam dua pilihanraya umum berturut-turut, pakatan pembangkang itu masih gagal mencari kata putus dalam isu hudud.

Hari ini, PAS cuba menegaskan lagi yang kononnya DAP dan PKR tidak pernah menghalang hudud tetapi DAP pula menafikan yang parti itu atau PR, pernah menerima hudud.

Perbalahan dan tuding menuding jari ini memperlihatkan kelemahan kepimpinan Ketua Pembangkang, sekali gus masalah hierarki kepimpinan yang tidak jelas dalam Pakatan Rakyat. Semakin hangat isu hudud, semakin terserlahlah kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Difahamkan Ketua Pembangkang telah menegaskan berkali-kali bahawa hudud tiada dalam prinsip pentadbiran PR, yakni, PKR serta DAP tidak pernah menerima hudud.

hudud-pas-pakatan-pembangkang-hadi-anwar-kit-siang

Walaubagaimanapun, suara Ketua Pembangkang nampaknya tidak laku di kalangan parti PAS yang berdegil ingin melaksanakan hudud. Malah, dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Kelantan, Dato' Hassan Mahmood juga yakin yang DAP akan menerima hudud setelah mendapat penjelasan mengenainya di dalam program Penerangan Hudud pada 30 April nanti.

Pelik, walaupun jenuh berpeluh pemimpin DAP bersongkok, bertudung dan masuk ke surau untuk mengambil hati umat Islam selama ini, tetapi tiada usaha langsung dari PAS untuk menjelaskan mengenai hudud kepada mereka.

Akhirnya, setelah bertahun-tahun 'tidur bersama', PAS hanya akan menjelaskan kepada DAP mengenai hudud pada hujung bulan ini, iaitu setelah ia diputuskan untuk dibentangkan ke parlimen.

Kita sedia maklum bahawa DAP tidak mungkin akan menerima hudud, begitu juga PKR. Kita juga sedia maklum bahawa PAS tidak mungkin mampu memberi penjelasan yang memuaskan mengenai hudud kerana tiada garis panduan mahupun rujukan perlaksanaan yang sempurna untuk dijadikan contoh.

Enakmen hudud 1993 yang dibentangkan PAS sebelum ini juga penuh dengan kelemahan dan kecacatan sehingga memaksa ia ditolak oleh kerajaan pusat. Ditambah dengan masalah polarisasi kaum di Malaysia, maka tentulah lebih sukar lagi untuk melaksanakannya kerana secara dasarnya, bukan Islam tidak boleh dikecualikan dari hudud atau ia akan menyebabkan ketidakadilan yang jelas dalam masyarakat.

Hakikatnya, hukuman hudud ditafsir dan dilaksanakan secara berbeza di semua negara yang melaksanakannya.

Untuk memastikan Hudud yang dibentangkan itu lengkap dan sempurna, PAS memerlukan 'input' dari semua pihak termasuk polis dan pakar forensik bagi mencari titik konsistensi dari segi saksi dan bukti. Kita tidak mahu berlakunya ketidakadilan sekiranya pembuktian kesalahan melalui proses perundangan hudud bercanggah dengan bukti saintifik.

Justeru, bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan hudud PAS, parti itu harus mengemukakan penyelesaian yang bernas jika berlaku percanggahan sebegini. Malangnya, kita tidak yakin langsung yang PAS mampu menawarkan penjelasan yang dapat diterima oleh semua kerana PAS melihat hudud dari satu sudut sempit para ilmuan agama sahaja.

PAS boleh terus berbohong kepada rakyat kononnya DAP akan, atau sudah berpuas hati serta menerima perlaksanaan hudud. PAS boleh berbohong kepada Anwar konon mereka menghormati Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun mereka langsung tidak menghiraukan arahan beliau. PAS juga boleh berbohong kepada diri sendiri kononnya UMNO sengaja ingin memecahbelahkan PR melalui hudud walaupun PAS yang membangkitkan isu ini.

Apa yang pasti, PAS telah membohongi salah satu pihak, sama ada rakyat, atau rakan sekutunya, ataupun diri sendiri.

Namun, PAS lupa bahawa ia tidak boleh berbohong kepada Allah SWT. Allah SWT melihat semua yang PAS lakukan dan katakan dalam mesyuarat bersama DAP dan PKR mahupun di pentas-pentas ceramah.

Allah SWT tahu siapa yang berbohong mengenai hudud kepada rakyat Malaysia, sama ada si kafir harbi DAP, atau para Ulama PAS sendiri.

isuhot.com

Pemilihan PKR Bercelaru… Siapa Anwar Mahu Salahkan Kali Ini?

Posted: 29 Apr 2014 06:12 AM PDT

Rakyat Malaysia tentu tidak lupa tidak berapa lama dulu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin pembangkang yang paling ke hadapan mengkritik dan menghentam Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya telah gagal memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung dengan telus, adil dan saksama.

Juga masih segar dalam ingatan ramai dek kerana marahnya pada SPR maka Anwar jugalah yang ke hulur ke hilir membawa misi menyeru khalayak penyokong PKR, DAP dan PAS beramai-ramai menyertai Himpunan Blackout 505 yang katanya demi untuk menentang dan menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan yang didakwa berlaku dalam PRU-13.

Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga beria-ia mengutuk SPR berikutan masalah dakwat kekal yang tidak kekal semasa hari pengundian PRU-13 di masa yang sama dengan lantang membuat dakwaan konon berpuluh ribu warga Bangladesh telah diimport sempena pengundian PRU-13 untuk memenangkan BN.

pemilihan-pkr-2014-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lobi-kroni

Pendek kata bagi Anwar, PRU-13 dulu sepatutnya dimenangi pakatan pembangkang PR namun disebabkan kesalahan-kesalahan yang konon dilakukan oleh SPR maka impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan menguasai urus tadbir negara ini berkecai selamanya.

Tapi itu semua kisah-kisah lama dulu yang sudah 11 bulan berlalu. Tumpuan umum sekarang adalah pada Pemilihan PKR 2014 yang serba pelik.

Mana tak peliknya bila mana meskipun kelibat SPR langsung tak terlibat dalam pemilihan PKR namun proses demokrasi parti itu kelihatannya agak kacau bilau, bercelaru serba tidak kena.

Mana tak peliknya bila mana meskipun kelibat SPR langsung tak terlibat dalam pemilihan PKR namun proses demokrasi parti itu kelihatannya agak kacau bilau, bercelaru serba tidak kena.

Inilah julung kali dalam sejarah berlaku pengiraan undi dalam bilik hotel konon kerana berlaku masalah 'blackout' sehingga menimbulkan syak wasangka calon lain. Hanya dalam PKR sahaja, lain-lain parti tak pernah sebegitu gila sanggup melakukan sedemikian rupa.

Juga hanya berlaku dalam PKR bila mana para penyokong calon yang kalah naik berang menterbalikkan kerusi meja, mengoyak dan menyelerakkan kertas undi seperti yang berlaku dalam Pemilihan Cabang PKR Kemaman sehingga terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei 2014. Dengar khabar Rafizi Ramli mengamuk betulkah?

Selain itu, insiden lain yang tak kurang hebatnya bila ada Cabang PKR yang melakukan proses pengundian di rumah aktivis parti. Malah ada ahli parti yang namanya ada dalam daftar pemilih tapi dilarang pula untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin. Unik dan pelik.

Paling menarik bila timbul kes penipuan pengiraan undi. Yang datang mengundi kurang 40 orang tapi jumlah undi yang diterima melebihi 300 undi seperti mana dakwaan pemimpin PKR Sabah, Ansari Abdullah. Ini kalau bukan pengundi hantu Bangladesh mungkin penyokong halimunan sultan Sulu yang bersimpati dengan Anwar agaknya.

Tapi disebalik kekecohan itu sampai sekarang batang hidung Anwar langsung tak kelihatan, sepatah haram kritikan atau teguran lagilah tak kedengaran. Senyap sunyi seribu bahasa. Siapa yang Anwar mahu persalahkan dalam hal ini?

Barangkali sekarang Anwar sedang bertafakur sambil menelaah senario sementara menanti datangnya ilham untuk menghumban kesalahan pada orang lain.

Mungkinkah SPR atau UMNO akan dijadikan kambing hitam oleh Anwar berikutan kekalutan ini? Kebarangkalian itu ada kalau tabie semulajadi Anwar dijadikan sandaran.

Apapun dalam tempoh terdekat ini sama-samalah seluruh rakyat Malaysia saksikan sendiri betapa berkecamuknya PKR dalam menguruskan pemilihan parti sendiri.

Bagi penulis perkara pelik dan unik sebegini tidak berlaku melainkan ada hikmah yang barangkali petunjuk dari Yang Maha Esa supaya kita membuka mata.

HackerXP

pkr-parti-keluarga-rakyat-suami-isteri-anak-anwar-azizah-nurul-pemilihan

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

Pemuda Mahu Tahu Apa Perancangan Kerajaan Negeri Tangani Krisis Air Selangor

Posted: 29 Apr 2014 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mempersoalkan rancangan sebenar kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air di kawasan negeri Selangor sendiri selain Wilayah Persekutuan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, apakah rancangan mereka, adakah mereka mempunyai pelan menangani krisis ini atau sebaliknya.

"Kita difahamkan sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang medianya mengenai isu ini hari ini tetapi telah dibatalkan selain akan mengadakan mesyuarat esok bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri atau Jawatankuasa mereka.

"Kalau ada pelan rancangan, tolong maklumkan atau kongsikan kerana masalah krisis air ini bukan isu politik, ia dah jadi isu kemanusiaan. Air ini merupakan keperluan asas kehidupan rakyat, tidak kiralah rakyat itu sokong Barisan Nasional ataupun sokong pihak Pakatan. Yang penting kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada rakyat untuk menangani masalah rakyat khsusnya dalam isu krisis air ini, jangan berdolak dalik," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN.

fathul-bari-khairul-azwan-naib-ketua-pemuda-onn-hafiz-lawatan-jordan-isu-air-selangor

Dalam masa yang sama tambah beliau, Kerajaan Pusat sudah menawarkan berbagai-bagai bantuan, termasuk menawarkan projek Langat 2 dalam menangani isu ini, tetapi bagaimana pula pelan kerajaan Selangor untuk sama-sama menyelesaikan masalah keperluan asas rakyat yang sudah berlarutan selama dua bulan ini.

"Kita dah dengar bermacam-macam seperti projek projek Hybrid off River Augmentation System (Horas), gabungan konsep Off River Storage (ORS) dan Horizontal Collector Well yang melibatkan sistem penakungan stormwater dari Sungai Selangor (lebihan air daripada penggunaan loji sedia ada dan air hujan) dan penakungan air bawah tanah. Jangan cakap sekadar nak `melepaskan batuk di tangga' tetapi rakyat yang akhirnya terpaksa menanggung beban.

"Saya berharap kerajaan negeri harus bertanggungjawab sepenuhnya isu air ini, sebagai contoh bagaimana Datuk Seri Hishammuddin Hussein menguruskan krisis MH370, beliau sendiri dengan begitu berdisiplin, komitmen, berhadapan sendiri dengan pelbagai persoalan, pertanyaan, tohmahan untuk sama-sama mencari jalan terutamanya dalam merungkai misteri MH370.

"Tetapi dalam isu krisis air ini, saya tidak nampak bagaimana Tan Sri Khalid mengambil tanggungjawab sepenuhnya, bahkan bila kali terakhir beliau bercakap pasal program penyelesaian. Pencatuan air ini pun tak tahu bila nak selesai," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Justeru tegas beliau Pemuda UMNO mengajak rakyat Selangor, pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan menggerakkan satu referendum terhadap kepimpinan kerajaan Selangor, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, mendesak mereka menyelesaikan masalah air ini.

"Apa gunanya beri air percuma, sedangkan tidak ada ada air. Janji macam-macam pada manifesto pilihanraya, tetapi jika tiada air, apa maknanya," tambahnya lagi.-MediaUMNO

Perangi Orang Tengah : Nelayan Perlu Lakukan Perubahan Drastik

Posted: 29 Apr 2014 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April – Kejayaan program Jihad Memerangi Orang Tengah Bagi Subsektor Perikanan bergantung kepada keberanian nelayan membebaskan diri daripada kebergantungan kepada orang tengah, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata nelayan perlu membuat anjakan sikap secara drastik untuk keluar daripada perkara yang menjadi ‘budaya turun temurun’ itu bagi memastikan mereka tidak berterusan menjadi mangsa orang tengah.

“Ini merupakan cabaran besar kepada kementerian dan kita perlu fikir bagaimana boleh membantu dalam merubah minda golongan berkenaan, sekali gus memastikan matlamat program itu tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Program Jihad Memerangi Orang Tengah itu dilancarkan pada 9 Februari lepas, dengan lapan strategi utama yang menyasarkan untuk membebaskan golongan nelayan daripada terus berada dalam cengkaman orang tengah.

Antara pendekatan agresif dalam strategi itu, termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) pula menyediakan tabung pinjaman tanpa faedah untuk kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 persatuan nelayan kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan golongan berkenaan terus bergantung dengan orang tengah.

Mengenai kemudahan pinjaman wang yang ditawarkan TEKUN dan Nekmat kepada nelayan, Ismail Sabri berkata nelayan akan diberi kelonggaran pembayaran balik pinjaman yang dibuat.

“Kedua-dua badan tersebut tidak akan mengutip hutang daripada nelayan semasa musim tengkujuh memandangkan kesulitan yang dialami golongan berkenaan pada musim itu,” katanya.

Langkah itu, katanya, mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada 105,000 nelayan di seluruh negara tetapi rakyat sebagai pengguna untuk mendapat bekalan ikan pada harga rendah.

Rakyat Faham Isu Liwat Masalah Peribadi, Moral Anwar – Syed Ali

Posted: 29 Apr 2014 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menjelaskan rakyat negara ini memahami bahawa keputusan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan isu peribadi.

"Rakyat yang menghormati undang-undang melihat kes tersebut sebagai masalah peribadi dan moral Anwar," tegasnya.

Oleh sebab itu katanya, rakyat menerima keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari. Menurutnya, kes liwat membabitkan Anwar merupakan isu peribadi dan beliau sepatutnya bertanggungjawab di atas perbuatan tersebut.

Ketua-Bahagian-Cheras-Syed-Ali-Alhabshee-Wilayah-WP-KL-UMNO-BN

"Cuma yang mengecam kerajaan dan melemparkan tuduhan kononnya Anwar menjadi mangsa kospirasi politik ialah puak pembangkang dan sekumpulan kecil yang bersimpati," ujarnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Pembangkang dan kumpulan minoriti itu kata beliau, tidak pernah melihat 'keadilan' sebenar disebalik keputusan tersebut.

"Mereka disogok dengan persespi kononnya Anwar dizalimi, tetapi ramai yang tidak memberi perhatian kepada mangsa yang diliwat oleh Ketua Pembangkang itu," tegasnya.

Dalam hal ini, beliau yakin rakyat tidak mudah percaya dengan pembohongan dan penyelewengan fakta yang dilakukan Anwar.
Tambah Syed Ali lagi, kumpulan minoriti yang menyokong gerakan politik pembangkang menuduh sistem keadilan dan perundangan negara ini sebagai tidak adil kerana tidak memihak kepada Anwar.

Keadilan telah diputarbelitkan dan mereka tuduh kes liwat Anwar merupakan sengketa kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Anwar.

Beliau menyifatkan provokasi sedemikian sebagai putar belit Anwar untuk memperdayakan rakyat kononnya perundangan berat sebelah.

"Anwar juga lemparkan tuduhah kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di belakang provokasi tersebut," ujarnya.

Tuduhan tersebut tegas beliau, merupakan fitnah jahat Anwar bagi mengemis simpati rakyat.

Syed Ali juga menyifatkan 'tiada pertemuan' Barack Obama dengan Anwar sebagai perkara biasa memandangkan Anwar hanya seorang pemimpin politik kumpulan minoriti.

"Pada hemat saya, tiada keperluan bagi seorang Presiden Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang itu, siapalah Anwar," ujarnya.

Obama katanya, hanya akan membuang masa yang amat berharga dalam rangka lawatan kerjanya ke negara ini jika bertemu dengan Anwar.

Beliau mengulas demikian sebagai reaksi terhadap penjelasan Najib semalam akan hakikat bahawa kes liwat bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.

Perdana Menteri memberitahu sidang akhbar, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Malaysia dan CNN, bahawa ia melibatkan seorang bekas pekerja Anwar yang membangkitkan kes itu terhadapnya.

"Dan dari segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak samarata untuk mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip ini," kata Najib.

"Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil," tegasnya.

kes-mahkamah-anwar-ibrahim-liwat-sodomi-saiful-bukhari-azlan

Perdana Menteri berkata Malaysia telah melakukan banyak pembaharuan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebebasan sivil dan kedaulatan undang-undang, dan usaha itu tidak sepatutnya dikesampingkan oleh pengkritik kerajaan.

Mengakui bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan dalam isu berkenaan, beliau berkata masyarakat juga perlu bersedia untuk berubah.

"Kerana apa yang penting adalah hasilnya. Dan sebagai perdana menteri negara ini, saya komited untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian (di Malaysia). Itu perkara paling penting, dan rakyat perlu menghormatinya," katanya.

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung perkara itu dalam sidang akhbar bersama-sama Obama selepas sesi perbincangan antara kedua-dua pemimpin di sini pada Ahad sempena lawatan tiga hari presiden AS itu ke Malaysia.

Beliau berkata bagi Malaysia, ia melibatkan sensitiviti yang ada hubung kait dengan kumpulan minoriti dan majoriti serta dalam mentadbir negara.

Memberikan contoh beberapa pembaharuan yang dilakukan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada 2009, Najib berkata ia termasuk keputusan besar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Negara-negara lain belum berbuat demikian, tetapi Malaysia telah mendahului dalam berbuat demikian… dalam tempoh ini, adalah adil untuk katakan bahawa ini merupakan pembaharuan terbesar dari segi kebebasan sivil dalam sejarah Malaysia.

"Dan saya fikir, anda tidak patut pandang rendah atau perkecilkan apa jua yang telah kami lakukan," kata Najib.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT