SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, August 29, 2011

Kalo Jepun Masih Ada Mat Sabu dah MINUM AIR SABUN SATU BALDI

Gambar diatas adalah sebahagian daripada kisha hidup Mat Sabu...Perjuangannya unttuk mencapai demokrasi kununnya telah hampir berjaya setelah bilik 121 satu menjadi saksi ...Mat Sabu masih buleh bercakap dan menipu demio meraih keuntungan diri.....UMUM tahu bagaimana Mat Sabu ditatang bagai minyak yang penuh...... Oleh Ahlim Guat Tonggeng ...Ketua Menteri PULAU PINANG....BUkan Satu GLC yang dikuasai MAT SABU tapi Lebih Daripada Dua...... HInggakan bila Bleiau kemalangan Kerana meyertai perhimpunan hariam pun ..berebut-rebut GLC nak Bayar kos Perubatan Berharga RM 8000.00 bagi Sebuah KERUSI RODA dan KAIN pEMBALUT PUTEH.....

Kini mat sabu Telah Maju Setapak Lagi dengan Mengagungkan KOmUniS Di Negara ini...... Dasar perjuangang MAT INdera dalam Komunis dikatakan perlu disanjung kerana fakto faktoR Berkut:

"KERANA DIA MELAYU ..SEPERTI PAS... YANG BERJUANG DENGAN KOMUNIS SEPERTI DAP..".




Anggota Polis

1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
2. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
3. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
4. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah

Mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis

1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4. Konstabel 9136 Hassan Osman
5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan

1. Ins. Kudarina Naknok
2. AP 2130 Samad Yatim
3. AP Mahmood Saat
4. AP 1925 Ali Akop
5. AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng




Tapi MAT SABU LUPA Bahawa terkorbannya AllahyarhamADalah kerana nak pastikan MAT Sabu BOleh bercakap dengan BEBAS HARI NI .......... WALAUPUN NAK MENGHINA MEREKA....Begitulah Mulianya Mereka




Suaara BAru tabik spring .. kepada Semua Pejuang Pejuang Kemerdekaan..... sebab KaLo Jepun Masih Ada kat Sini MAT SABU DAH MINUM AIR SABUN SATU BALDI..... walaupun sekarang dah diberi makan oleh DAP...

Sunday, August 28, 2011

Nuaq mkn menjadi liabiliti

Pkr kapar telah mengambil keputusan menolak parti itu dikaitkan dengan. ANUWAR..lihat ssahaja...banner dan bunting di sekitar Kapar...tiada lgi gamber anuwar
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, August 27, 2011

Kenyataan Rasmi GCM

Kenyataan Media GCM

Gerakan Cegah Murtad (GCM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam yang mengumumkan penubuhan Unit Selamatkan Aqidah semalam.

Penubuhan unit ini tercetus dari polemik Dumc yang berjaya membangkitkan kesedaran umat Islam Selangor mengenai dakwah kristianisasi yang sangat pantas berkembang di Selangor sejak tiga tahun ini.

GCM mengalu-alukan Unit baru ini dan mencadangkan agar ianya diperluaskan kepada seluruh pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor ini.

Disamping itu GCM menggesa Dr Hassan Ali melihat perspektif yang lebih besar iaitu meferomasikan institusi Lembaga Zakat Selangor yang dilihat gagal untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada asnaf muallaf berbanding dengan asnaf-asnaf yang lain. Ini dapat dilihat dari jumlah pengagihan zakat asnaf muallaf yang jauh lebih rendah dari asnaf amil, fakir, miskin atau fisabillilah.

GCM ingin berkongsi pandangan dan maklumat dengan Dr Hassan Ali. Kami sedia bekerjasama dengan Unit ini dan Pejabat Exco Agama Islam Selangor untuk memperkasa dan menghakupayakan peranan Institusi dan Ngo Islam di Selangor dalam menangani cabaran penukaran aqidah umat Islam di Selangor.


Hamidzun Khairuddin
Jurucakap
Gerakan Cegah Murtad (GCM)
27.8.2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 25, 2011

Doa Syed Ahmad .Mufti Pertama pada Hari Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.


Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Sumber dari :-

http://www.muftins.gov.my/component/content/article/61-himpunan-doa-dan-zikir/264-doa-syeikh-ahmad-bin-mohd-said-mufti-pertama-pada-hari-kemerdekaan-1957

Wednesday, August 24, 2011

report syura

Saya ada membaca surat khabar Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2011 di rumah saya dialamat diatas, mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim "Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan."
Namun pada hari ini 24 Ogos 2011 diakhbar Utusan Malaysia Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Tuanku Sultan Selangor rasa amat terkejut dengan kenyataan Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh media hari ini bahawa baginda telah memperkenankan penubuhan majlis penasihat tersebut sedangkan perkara itu adalah tidak benar.
Malah menurut Datuk Munir lagi ''Pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan majlis penasihat syura atau pun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Oleh yang demikian, isu tentang Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan Negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar. "
Ternyata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor dengan menipu dan memfitnah Sultan Selangor dalam isu penubuhan majlis penasihat syura ini. MB juga telah menghina Institusi Raja di Negeri Selangor.
Saya berpendapat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.
Saya menggesa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim disiasat, didakwa dan dihukum dibawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Laporan polis pasal mb derhaka

Saya ada membaca surat khabar Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2011 di rumah saya dialamat diatas, mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim "Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan."
Namun pada hari ini 24 Ogos 2011 diakhbar Utusan Malaysia Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Tuanku Sultan Selangor rasa amat terkejut dengan kenyataan Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh media hari ini bahawa baginda telah memperkenankan penubuhan majlis penasihat tersebut sedangkan perkara itu adalah tidak benar.
Malah menurut Datuk Munir lagi ''Pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan majlis penasihat syura atau pun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Oleh yang demikian, isu tentang Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan Negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar. "
Ternyata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor dengan menipu dan memfitnah Sultan Selangor dalam isu penubuhan majlis penasihat syura ini. MB juga telah menghina Institusi Raja di Negeri Selangor.
Saya berpendapat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.
Saya menggesa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim disiasat, didakwa dan dihukum dibawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pemasyuran Kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya oleh kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Abdul Rahman Putra

Perdana Menteri


Salam Kemerdekaan Dan Salam Aidilfiti

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar mengucapkan Salam Kemerdekaan Ke 54 dan Selamat hari Raya AidilFitri Kepada Semua Ahli UMNO Bahagian Kapar Khasnya dan Warga Parlimen Kapar Amnya... Tidak Lupa Juga Kepada Semua Pemimpin BN ,PAS dan PKR....

Merdekakanlah diri kita dari kongkongan nafsu dan amarah
merdekakanlah akal dan fikiran kita dari menjajah dan dijajah,,
Jangan Lupa Bayar Zakat Fitrah
Jangan lah Lupa Ziarah menziarah


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

dari

Tuan Haji Mohd Roslee Abdul Hamid dan Saf Pimpinan Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar

Tuesday, August 23, 2011

PAS semakin Tertekan Di Kapar.....








Bila menerima mesej komen daripada http://pemudakapar.blogspot.com/2011/08/lebih-sepuluh-ribu-berbuka-bersama-pm.html#comments yang mengatakan TAHNIAH KEPADA UMNO BAHAGIAN KAPAR YANG MEMBERI BANTUAN MENJELANG SYAWAL TIDAK KIRA PENGANUT POLITIK MANA SEKALIPUN.
GWM TELAH PAPARKAN DALAM BLOG
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2011/08/hot-news-penyokong-pas-kapar-menyumpah.html

Suara Baru Amat Terkejut kerana tidak menyangka sumbangan ikhlas dengan niat utuk berbakti kepada rakyat terlah mengegarkan PAS Kapar... Suara baru juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada GWM dan Rakyat KAPAR yang banyak telah membantu dan memberi sokongan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar dalam melaksanakan program khidmat bakti...kepada rakyat kapar tanpa mengira sokongan parti politik.

"Gambar diatas adalah hanya contoh"


Pertandingan Kacau DODOL PEMUDA UMNO KAPAR






20 Ogos yang Lepas : Pertandingan Kacau DODOL Pemuda UMNO Kapar dengan Kerjasama Persatuan Pendududk Taman Seri Pekan telah selamat diadakan .. Sebanyak 150 Orang peserta dari Sekitar Parlimen Kapar telah membentuk 26 buah kumpulan.

Program tradisi Pemuda UMNO Kapar itu telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk dari sekitar 4 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Bahagian kapar.

Antara VIP yang hadir adalah:

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia

Merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

YTM Tengku Ahmad Fakry

Tengku Temenggong Kelantan

Datuk Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil

Ahli Dewan Undangan Negeri Selaangor Kawasan Sementa

Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kapar

Datuk Haji Faizal Bin Abdullah

Timbalan Ketua UMNO Bahagian

Tuan Haji Ghazali Bin Md Amin

Naib Ketua UMNO Bahagian

Puan Hajah Norliza Bin Haji Ahmad

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar

Merangkap Ketua Wanita UMNO bahagian

Tuan Ganesan

Ketua MIC Bahagian Kapar

Merangkap Penyelaras Persekutuan Parlimen Kapar


Pertandingan yang tamat pada jam 3.00 Pagi itu telah dimenangi oleh :


PENCAPAIAN

NAMA KUMPULAN

HADIAH

JOHAN

1 MALAYSIA

RM500.00 + HAMPER

NAIB JOHAN

DODOL D RANTAU

RM300.00 + HAMPER

TEMPAT KETIGA

DODOL EXPRESS

RM200.00 + HAMPER

KEEMPAT

PEMUDA CAWANGAN

RANTAU PANJANG SELAT

RM100.00 + HAMPER

KELIMA

JABATAN KEMAS DAERAH KLANG

HAMPER

KEENAM

WATERKEY

HAMPER

KETUJUH

TAMAN SERI PEKAN (PEMUDA)

HAMPER

KELAPAN

KEM BINA NEGARA MERU

HAMPER

KESEMBILAN

TAMAN SERI PEKAN (VETEREN)

HAMPER

KESEPULUH

PLAZA MPK (B)

HAMPER


Tahniah Kepada Semua Yang Terlibat dan

SELAMAT HARI LAHIR

KEPADA TUAN HAJI ROSLEE BIN ABDUL HAMID

MOGA PEMUDA UMNO KAPAR AKAN LEBIH HEBAT DALAM DALAM MEMENANGI PRU KE 13

DIBAWAH PIMPINAN TUAN .....

Saturday, August 20, 2011

Kenyataan Rasmi GCM

Kenyataan Media

Siasat dan dakwa DUMC dibawah S 298A Kanun Keseksaan

Gerakan Cegah Murtad (GCM) sekali lagi ingin mengulangi keyakinan bahawa masjid, surau, tokong, kovil dan gereja tidak mempunyai masalah dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama dinegara ini.

Yang cuba untuk membawa masalah dalam keharmonian yang dikecapi ini adalah Damansara Utama Methodist Church, (DUMC) Damansara Utama, Petaling Jaya melalui program yang dilaksanakan pada 3 Ogos 2011.

Namun program 'Thanks Giving Dinner' yang berlangsung di DUMC itu merupakan event yang sepatutnya tidak merosakkan keharmonian dan keamanan yang rakyat kecapi selama ini.

Umum berpendapat program tersebut telah menimbulkan salah faham yang extreme, kekeliruan dan keresahan serta prejudis dikalangan Umat Islam dinegara ini.

Nyanyian lagu Alhamdullilah dan Allahhuakbar serta kuiz Islam dalam program tersebut adalah menghina dan mempermainkan Akidah Islam dan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam.

Dalam tempoh seminggu ini GCM telah menggerakkan massa NGO dan telah membuat 45 lapuran Polis mengenai program ini diseluruh Ibu Pejabat Polis Daerah di Negeri Selangor.

Program itu adalah bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada termasuk Perkara 3, 11(4) Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan bukan Islam ) Negeri Selangor 1988 serta Kanun Keseksaan.

GCM menggesa penganjur program tersebut disiasat dan didakwa dibawah seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan.

DUMC telah melakukan perbuatan yang telah mengguris hati orang Islam serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan dikalangan rakyat Malaysia.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tak puas hati, prejudis berdasarkan agama boleh disabitkan dengan hukuman penjara di antara dua hingga lima tahun.

S 298A ini melarang perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha untuk memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warga negara atau sekumpulan warga negara.

GCM ingin mendesak pihak berwajib menangani isu ini dengan CERMAT tetapi TEGAS agar kerharmonian, perpaduan dan keamanan dinegara ini dapat terus terpelihara.

Jangan lah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Hamidzun Khairuddin
Jurucakap
Gerakan Cegah Murtad (GCM)

20 Ogos 2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 18, 2011

Lebih Sepuluh ribu Berbuka Bersama PM




Hampir Sepuluh ribu orang ...rakyat Bahagian Kapar khususnya Penduduk Flat Seri Perantau berbuka bersama PM yang kita sayangi Dato Sri Mohd Najib Bin Abdul Razak walaupun telah disabotaj oleh hantu kak limah yang dah mula buat partime jadik posmen ..(yerler pasal kerajaan BN dah naik kan Gaji Posmen k...._)

Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional Selangor Saudara YM Ungku Salleh bin Ungku Jamal juga turut hadir

Lagi liputan boleh diperolehi dari @gerakan Timur.blogspot.com

selepas berbuka di Flet Seri Perantau ..Datuk Seri Najib Juga telah berterawih di Masjid Sultan Sulaiman..

SUARA BARU MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JENTERA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI



Wednesday, August 17, 2011

Gempar.. Hantu Kak LIMAH jadik POSMEN di Selat Klang




DI pangsapuri seri perantau hantu kak limah telah mula mengedarkan flyers yang mengatakan PM tidak hadir.. ke seri perantau petang ini..





ini semua fitnah .....PM akan hadir

dalam bulan puasa pon ko nak menipu....


pm akan hadir dan jadual nya adalah seperti berikut






















DIJEMPUT BERSAMA KE PROGRAM BERBUKA PUASA YAB PM BERSAMA RAKYAT PD

17/08/11(RABU).


JAM 6PM KETIBAAN YAB PM DI SURAU AN-NUR PANGSAPURI SRI PERANTAU DUN SELAT

KLANG.


7.28: BERBUKA PUASA, SOLAT MAGHRIB & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KPD

MASJID/SURAU.

JAM 8.20PM BERLEPAS KE MASJID AS-SYAADAH,BDR SULTAN SULAIMAN DUN

SEMENTA.

8.40PM: SOLAT ISYAK,TERAWIKH & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KPD MASJID/SURAU.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, August 16, 2011

Peluang terhaad...cepat...

PROGRAM PERANTISAN AUTOMOTIF. Kerjasama TEKAT-Centre of Excellence for Automotive, Kajang, Selangor dengan TAN CHONG MOTOR ASSEMBLIES-NISSAN (TCMA), Segambut, Selangor.
Terhad kepada 30 orang. Terbuka kepada belia berumur 16-30 tahun.

Syaratnya Boleh 3M (Membaca, Mengira, Menulis). Gagal PMR/SPM juga diterima masuk

. Tempoh latihan 1 tahun di TEKAT dan TCMA.

Kemasukan pada 7/9/11.
Tarikh tutup 29/8/11.
Yuran daftar RM300 shj.

Elaun bulanan RM300. Tamat latihan dianugerahkan SKM Tahap 1 & 2 serta Sijil TCMA. Tamat latihan terus diserap bekerja dengan TCMA. Kuota terhad. Harap segera jika ada yang minat. Hubungi saya, RIZAN HASSAN 0137733676 untuk pendaftaran dan pertanyaan. Terima kasih
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, August 15, 2011

Selamat Datang Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAHN LAGI MAJLIS INI.

Sunday, August 14, 2011

Majlis berbuka puasa anjuran UMNO dun MERU dan The Roof futsal

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Program JOM 1 Malaysia gotong royong membaiki rumah orang susah pemuda kapar

Pemuda UMNO KAPAR..bergotong royong menukar bumbung rumah orang susah di JALAN YADI KLANG....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, August 8, 2011

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

MOHON BANTUAN SEBARKAN.......

Bersama kita bantu mereka yang memerlukan.....

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini mendapat tentangan daripada ibu bapa yang anak mereka tinggal di asrama terlibat.

Tinjauan Utusan Malaysia di asrama tersebut mendapati, rata-rata ibu bapa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri serta Yayasan Selangor yang mereka sifatkan sebagai bertindak secara terburu-buru.

Seorang suri rumah, Syaflina Anas, 42, berkata, kerajaan negeri serta pihak yayasan tidak sepatutnya bertindak terburu-buru kerana ia hanya menyusahkan ibu bapa para pelajar yang menetap di asrama itu sahaja.

"Kami tidak pernah mengetahui mengenai perkara tersebut sebelum ini dan terkejut apabila dimaklumkan ia akan dirobohkan pada 31 Disember ini.

"Mereka baru mentadbir selama tiga tahun, tetapi keadaan telah menjadi kucar-kacir seperti ini. Asrama ini sepatutnya dikekalkan," katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan nasib 436 pelajar di Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur yang bakal terjejas ekoran keputusan kerajaan negeri serta Yayasan Selangor mahu merobohkan asrama tersebut.

Lebih membimbangkan, pelajar asrama berkenaan tidak diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama itu dirobohkan dan difahamkan juga tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar tersebut.

Seorang penyelia, Ismail Munari, 47, berkata, pelajaran anaknya yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) juga akan terjejas sekiranya asrama tersebut dirobohkan.

"Sekiranya asrama ini dirobohkan, saya perlu menukar anak ke sekolah lain kerana saya menetap di Puchong, jarak rumah dan sekolah terlalu jauh," jelasnya.

Pendapat Ismail itu turut disokong oleh seorang pengurus sumber manusia di sebuah syarikat swasta, Hanum Ayob, 41 yang risau dengan prestasi pelajaran anaknya ekoran keputusan merobohkan asrama itu.

"Dia sudah biasa mengulang kaji pelajaran dengan rakan-rakan di asrama. Jika asrama ini dirobohkan, dia pasti janggal kerana tidak dapat mengulang kaji bersama rakan-rakannya dan saya bimbang keputusan peperiksaannya akan terjejas," ujarnya

Saturday, August 6, 2011

Kadar zakat fitrah seluruh Malaysia

KADAR ZAKAT 2011 (MENGIKUT NEGERI)
Sabah – RM 7.00
Sarawak – RM 6.20
Melaka – RM 6.50
Kelantan – RM 7.00
Johor – RM 5.00 / RM 7.50 – mengikut jenis beras yang dimakan
Terengganu – RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 – mengikut jenis beras yang dimakan
Kedah – RM 7.00
Perak – RM 7.00
Pahang – RM 7.00
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) – RM 7.00
Perlis – RM 6.00
Negeri Sembilan – RM 6.50
Selangor - RM7.00
Pulau Pinang - RM7.00
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kenyataan rasmi GAPS

Kemana moto NEGERI KEBAJIKAN yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Adakah moto ini sekadar satu slogan kosong dan janji kosong, nampaknya begitu lah.

GAPS sangat prihatin kepada keputusan Yayasan Selangor yang akan menutup dan merobohkan Asrama Pusat Yayasan Selangor Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin Kuala Lumpur. GAPS memandang ini merupakan bukti kezaliman kerajaan PR di Selangor kepada rakyatnya sendiri.

Lebih menjolok mata bila MB buat keputusan Asrama Yayasan Selangor itu hendak dirobohkan bagi memberikan laluan kepada pembinaan HUB KOMERSIAL yang tentu nya akan memberikan laba kepada saudagar-saudagar elite kroni Pakatan Rakyat.

Apakah sebenarnya matlamat penubuhan Yayasan Selangor ? Adakah ia sebuah entiti membuat keuntungan atau sewajibnya memberikan kebajikan pendidikan kepada anak-anak Selangor ? Kebajikan pendidikan atau keuntungan wang ringgit ?

Nampaknya MB Selangor lebih mengutamakan matlamat membuat laba. Dia masih bermimpi menjadi Menteri Besar ini sama dengan menjadi CEO sebuah syarikat GLC. Malangnya rakyat Selangor mempunyai seorang MB seperti Khalid.

GAPS melihat Khalid Ibrahim tidak mempunyai justifikasi untuk merobohkan Asrama yang telah berjasa, sedang berjasa dan akan berjasa kepada Anak Selangor dalam memberikan kebajikan pendidikan. Puluhan ribu anak Selangor yang berjaya dalam Pelajaran hasil mendiami Asrama Yayasan Selangor sejak tahun 70 an lagi. Amat tidak logik keputusan untuk merobohkan Asrama pelajar yang gemilang ini.

GAPS menentang sekeras-kerasnya keputusan MB yang semata-mata berpaksikan kebendaan laba kewangan. MB telah membunuh masa depan anak-anak Selangor yang berpotensi dalam pelajaran.

GAPS menuntut agar keputusan merobohkan Asrama Yayasan Selangor ini dibatalkan. Alternatifnya Yayasan Selangor wajib membina di Kuala Lumpur sebuah Asrama untuk anak-anak Selangor dengan kapasiti dan kelengkapan kediaman yang serupa sebelum Asrama Yayasan Selangor Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin hendak dimusnahkan.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

6 Ogos 2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, August 5, 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama YANG DIHORMATI KETUA POLIS NEGERI SELANGOR

Disebalik...pelbagai tohmahan pembangkang kepada pihak polis... Rakyat semakin bersama-sama menyokong polis....


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT