SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, September 30, 2009

Sumbangan Aidil fitri










Assalammualaikum, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana lambat "up date" program ini kerana ada masalah dengan" card reader".
Pada 27 Ramadhan yang lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar telah menyampaikan sumbangan aidil fitri kepada lebih 60 buah rumah sekitar Bahagian Kapar. Menurut Tuan Haji Mohd Roslee sumbangan ini akan disampaikan kepada mereka fakir miskin oleh ketua Penyelaras Pergerakkan Pemuda DUN 4 serangkai iaitu Dun Sungai Pinang, Dun Meru, Dun Sementa dan Dun Selat Kelang. Sumbangan merupakan RM50 tunai dan juga hamper Bernilai RM 50.00.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Tuan Haji Ghazali bin Mohd Amin Naib Ketua UMNO Bahgaian Kapar yang telah sudi menyempurnakan simbolik upacara penyampaian bantuan kepada Penyelaras-penyelaras DUN.

Thursday, September 24, 2009

Kata ...kerajaan pakatan haram. .. Boleh dapat banyak pelabur.....nak merakyatkan ekonomi.... ..

Hang kata hang terrer.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 18, 2009

Sumbangan Aidilfitri







Tuan Haji Roslee Abdul Hamid sampaikan sumbangan kepada semua Ketua Pemuda UMNO cawangan Dalam Bahagian KAPAR.

Sumbangan berupa daging korban itu diserahkan oleh beliau kepada abang-abang angkat cawangan yang diamanahkan kepada ketua Pemuda Cawangan.

Tuan Haji Roslee sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada Semua muslimin dan muslimat.

Wednesday, September 16, 2009

Penyerahan sumbangan

Majlis Penyerahan Sumbangn Aidilfitri Pemuda UMNO Kapar, pd 16.9.09(rabu), 10.00mlm di Pusat Khidmat Pemuda, Bt. Belah. Smua AJK DUN d minta hadir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program rakan suarau

Prgm Rakan Surau 'Solat Terawih' Pemuda Kapar pd 16.9.09 di Surau Kariah Nelayan, Bt.6 Sementa. Sdr2 dijemput hadir beramai-ramai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 14, 2009

Pertandingan Kacau Dodol PPUM KAPAR

























DODOL adalah seni warisan kebudayaan bangsa melayu sejak turun termurun, DODOL antara satu jenis masakan yang mempunyai banyak maksud tersirat. Untuk menjadikan DODOL yang terbaik, Kenyal, tidak melekat, sedap, tidak terlalu manis dan sbgnya banyak benda yang harus dilakukan dan yang pastinya ianya tidak boleh dibuat seorang diri, kerjasama yang erat dan kesabaran yang hebat amat diperlukan selain daripada kesungguhan serta konsisten dalam mengacau dodol. Semuanya itu boleh diaplikasikan kedalam kehidaupan dan juga jentera parti.

Pada 12 September 2009 telah diadakan Pertandingan Kacau DODOL Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang mana kali ini Bandar Sultan Sulaiman telah berbesar hati menjadi tuan rumah kepada program tradisi ini.
Sebanyak 41 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini yang mana melibatkan hampir 205 orang perserta. Tuan rumah sendiri menghantar 8 kumpulan.
Pertandingan ini telah dihadiri oleh Puan Norliza bt haji Ahmad ( EXCO Wanita UMNO Malaysia) merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Kapar, Dato Haji Abdul Rahman Bin Hj Palil , Ketua UMNO Bahagian Kapar merangkap ADUN Sementa,, Dato Haji Faizal Bin Abdullah,(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar) Tuan Haji Ghazali Bin Mohd Amin, (Naik Ketua UMNO Bahagian Kapar serta Cik Hanimasra Bt Marhani, ketua Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Kapar.
Mereka juga turut menyampaikan sumbangan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding. Tahniah kepada semua peserta dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program kali ini.

kemalangan

sdra samsul bahri,ajk pem bhg (dun meru) eksiden d federal hghway kul 3pg td.Org nye kritikal skang kt hospital universty,pj.hrp maklum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 12, 2009

Perbincangan persiapan terakhir...Pertandingan Kacau Dodol PPUM Kapar

Satu perbincangan persiapan akhir Pertandingan Kacau Dodol PPUM KAPAR telah diadakan pagi tadi.
Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Roslee bin Abdul Hamid, Ketua Pemuda Kapar. Saudara Sharul Nizal Hj Ali, Setiausaha PPUM Kapar, Penyelaras Dun-Dun dalam Bahagian Kapar dan Ajk Penyelaras Pertandingan Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan PPUM KAPAR.
Mesyuarat yang bermula pada Jam 1.30 pg telah berakhir pada jam 3.30 pagi..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT