SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, May 30, 2011

komen rakyat dalam DUN MERU......

PEMIMPIN KANAN PAS MERU KATA RUMAH URUT DAN EHEM-EHEM SALAH BN! APA KATA YB RANI?


Betulkah pemimpin kanan PAS Meru kata rumah urut dan pusat ehem-ehem yang semakin banyak sehingga menghimpit kawasan Meru adalah salah BN?

Katanya semua itu adalah kelulusan dari BN dan kerajaan Selangor masakini tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan.

Apa punya jawapan daaa... pandey kuttey sungguh!

Apa komen Dr. Rani?

dari Blog www.gerakantimur.blogspot.com


USAT URUT PERDANA DI SETIA ALAM

Setia Alam. Perbandaran metropolitan baru yang sedang pesat membangun di pinggiran Kampung Meru. Untuk rakyat segala-galanya tersedia di Setia Alam. Ada KFC, ada Mc Donald, ada Pizza, ada Tesco, ada Giant, ada bank, ada klinik dan yang paling hebat ada RUMAH URUT !. Dengan menyusuri Jalan Meru-Klang sahaja anda dapat lihatkepesatan pusat-pusat urut ni dengan sign board besar seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Kepada sesiapa yang tak tahu aktiviti pusat urut ni biar penulis jelaskan. Ianya bukan pusat mengurut wanita lepas bersalin atau urut terseliuh atau patah tulang, atau urut sakit badan dan bukan juga urut buang angin dalam badan. Ini cerita soal pusat urut yang menawarkan perkhidmatanurut badan oleh wanita-wanita cantik dan sexy yang menerima pelanggan tak kira Islam atau tidak. Dengan bayaran tertentu anda akan diurut dalam bilik tertutup dan boleh dalam keadaan bogel dan dengarnya ada pakej urut batin malahan menawarkan extra service kalau kita mahu. Dalam istilah yang mudah difahami pusat urut ni boleh diertikan sebagai PUSAT PELACURAN BERLESEN......

Setia Alam ni bukan terletak dalam jajahan persempadan DUN Meru di bawah YB nya Dr. Abd Rani Osman tetapi ia tetap dalam peta Negeri Selangor yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang rakan sekutunya PKR, DAP dan parti Islam PAS. Mustahillah YB Meru tak nampak aktiviti pusat-pusat urut ni yang sepanduknya lebih besar dari sepanduk surau. Tak bolehkah YB Meru merancang, berfikir dan bertindak sesuatu kalau tak dapat benteras pun sekurang-kurangnya kawal lah pertumbuhannnya.
Masalah gejala ini pernah penulis cuba kemukakan kepada seorang pemimpin kanan PAS di Kampung Meru dan kita andaikan namanya Y ( bukan nama sebenar) . Lelaki Y berkata semua pusat-pusat urut itu telah diluluskan oleh kerajaan BN dahulu dan kerajaan Negeri tiada kuasa nak bertindak dan beliau juga berkata pusat tu untuk kemudahan orang bukan Islam.
Wahai YB Meru dan orang-orang yang memperjuangkan islam, rasional lah kalau nak bagi jawapan tu, Jangan nampak sangat nak bagi jawapan putar alam dan macam menjawab kat budak-budak. Kita tengok ada juga pusat urut tu baru je mulakan aktiviti, Kalau pun pusat tu diluluskan oleh kerajaan terdahulu, pemerintahan sekarang tetap boleh buat sesuatu kalau mahu. Contohnya bila pusat-pusat urut tu memohon memperbaharui lesen buatlah sesuatu misalnya batalkan kelulusan ke, sekat ke atau ketatkan syarat ke atau kurangkan jumlahnya. Benarkah pusat urut tu untuk kemudahan pelanggan bukan Islam ? Berani kah YB Meru dan orang-orang PAS jamin takde orang Melayu/Islam hidung belang yang turun naik pusat tu.
Infomeru : Teringat kat satu ceramah Dr. Hasan Ali. Katanya kalau PAS memerintah Negeri Selangor beliau akan pastikan kilang Carlsberg ditutup. Tapi sampai sekarang kilang tu sihat je beroperasi.


SURAT TERBUKA UNTUK YB MERU……. SIRI 1
3 tahun lebih telah berlalu, kemenangan bergaya YB bagi DUN N42 Meru pada Pilihanraya Umum ke-12 bertarikh 8 Mac 2008 dengan majoriti 5513. Seperti kata YB, keputusan yang mengejutkan dan tak pernah diduga oleh semua pihak. Sepertinya bukan sahaja mengejutkan sekalian rakyat DUN Meru tapi pastinya YB juga terkejut dengan kemenangan tak dijangka tersebut.
Itulah bukti kuasa dan ketentuan Allah yang maha mengetahui yang jauh dari jaukauan fitrah akal makhluknya. Kemenangan jumlah undi hanyalah asbab teknikal undang-undang ciptaan manusia tetapi yang pasti YB telah di pilih oleh Allah S.W.T untuk menjadi khalifah, pemimpin atau wakil rakyat kepada seluruh rakyat DUN Meru.
Maka dinobatkanlah YB sebagai wakil rakyat Meru yang baru dari parti yang baru seterusnya menamatkan monopoli 3 penggal pentadbiran BN/UMNO di bumi bertuah ini. Sememangnya sekalian rakyat DUN Meru tanpa mengira tua muda, kaum dan fahaman politik menerima kemenangan YB sebagai wakil rakyat. Adat bertanding mengakui akan ada pihak yang akan kalah atau menang. Sememangnya prinsip demokrasi menetapkan mana-mana calon yang memenangi jumlah undi akan dikira sebagai pemenang dan diiktiraf sebagai wakil rakyat.
Sepanjang 3 tahun lebih pentadbiran YB, mana yang baik diucapkan tahniah dan syabas. Sebaliknya kita semua manusia biasa yang tidak terlepas dengan kesilapan dan kesalahan justeru terimalah teguran dengan hati terbuka seperti kata-kata YB dalam ucapan-ucapan awal dahulu. Tetapi sedarlah YB, setiap pemimpin itu akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukan di akhirat nanti. Meskipun mendapatkan kemenangan itu susah tetapi mengisi kemenangan itu jauh lebih susah dan payah.

Renungan Buat YB.
Pembuka bicara, renungi dan fikirkanlah YB, barangkali kemenangan dan jawatan adalah ujian dan dugaan dari Allah S.W.T. YB lebih arif bahawasanya Allah tidak hanya memberi ujian kepada hambanya dengan kesusahan dan kegagalan. Ada ketikanya Allah menguji kita dengan kesenangan dan kemenangan. Inilah masanya Allah ingin melihat istiqamah YB berhadapan dengan ujian dan dugaanNya. Ini lah masa Allah ingin membandingkan Dr. Rani yang dulu dengan Dr. Rani yang telah bergelar YB. Ini lah masanya Allah nak melihat apakah benar perjuangan YB selama ini atau sekadar modal politik. Inilah masanya Allah nak melihat benarkah kata akan dikota dan juga masanya Allah ingin melihat benarkah misi YB berdakwah melalui politik atau sekadar mengejar cita-cita duniawi.
Harapan.
Ketahuilah, kemenangan YB membawa harapan, Harapan rakyat di DUN Meru untuk melihat perubahan. Rakyat menunggu dan menanti. Apatah lagi YB mewakili parti PAS yakni parti yang mengaku memperjuangkan prinsip-prinsip Islam. Masanya rakyat menilai janji-janji, kempen, isi ceramah, dasar perjuangan, manifesto, ucapan, keperibadian dan macam-macam aspek lagi bila gelaran Yang Berhormat tertanggung diatas bahu. Rakyat mahu melihat bukti yang YB baru ini lebih baik dari YB yang dulu dan rakyat mahukan YB akan memperbetulkan kesilapan, kelemahan dan ketidakadilan pentadbiran dahulu seperti dalam isi ceramah YB.
Masa inilah rakyat membandingkan setiap inci kata-kata YB dahulu sama ada benar-benar memperjuangkan rakyat atau hanya propaganda menagih sokongan politik. Memang benarlah resam pemimpin, apa sahaja yang dilakukan akan menjadi bahan tontonan, penilaian dan buah mulut rakyat.

Tahniah dan peringatan.
Sebagai pemimpin yang dinobatkan melalui prinsip dan teras sistem demokrasi seharusnya YB meletakkan diri YB sebagai ketua, wakil rakyat atau pemimpin kepada sekalian rakyat di DUN Meru tanpa mengira mereka mengundi YB atau tidak. Tak kira mereka orang PAS, PKR, BN/UMNO,DAP pengundi atas pagar atau yang tidak mengundi langsung mereka adalah anak buah YB. YB bukan menjadi wakil rakyat untuk orang PAS atau PKR sahaja. Berlakulah adil kepada semua tanpa mengambilkira sokongan dan sewajarnya tiada siapa yang harus dijanjikan keistimewaan apatah lagi dipinggirkan.

Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah.
Resam manusia akan berubah bila kuasa dan takhta ada di tangan. Pelik dan terkejut pula melihat sahabat-sahabat PAS di Meru berubah sikap seawal hari pertama YB menjadi sebagai wakil rakyat. Dalam kegembiraan meraikan kemenangan. Rakyat terkejut dengan sikap ego, sombong dan angkuh segelintir juak-juak penyokong YB yang juga ahli PAS dan PKR. Lagaknya tak ubah seperti kera dapat bunga dan angkuhnya kadang-kadang lebih teruk dari orang UMNO ketika memegang kuasa . Watak-watak seperti Ahmad Samit, Baharom, Ust Haidar, Ismail Joned, Zubir, Ciki, (sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi yang bertukar tingkah laku bila merasai kemenangan. Sedarlah wahai sahabat PAS, sikap itulah yang membuatkan rakyat meluat dan menyampah kepada pemimpin UMNO dahulu dan tahniah kini virus tersebut telah berjangkit kepada tuan-tuan. Nasihatilah pengikut dan penyokong YB dan memangnya imej YB tercalar dengan tingkah laku mereka.
Kalau dahulu kita mendengar ceramah PAS pasti tidak lekang dengan istilah kronisme, nepotisme dan rasuah. Tapi kini dengar cerita dari sahabat-sahabat kontraktor dan sembang-sembang di kedai kopi,projek-projek dan tender-tender pun kini telah bertukar tangan kepada kontraktor yang sama warna bendera dengan YB. Maksudnya kalau dulu semua tender dan kerja-kerja kontrak di DUN Meru disapu bersih oleh kontraktor kroni UMNO/BN tapi kini giliran kontraktor kroni PAS/PKR meneruskan kerakusan. Dengar cerita sahabat-sahabat PAS/PKR pun dah ada yang cepat-cepat daftar syarikat agar tidak ketinggalan. Teruskanlah sikap itu wahai sahabat-sahabat PAS dan benarlah kemenangan, kuasa dan pangkat itu sememang hanya ujianNya. Ada sahabat yang berjenaka : lepas dari mulut buaya, masuk kat mulut buaya lain Cuma bezakan buaya baru ni pakai kopiah!

Letakkan Sesuatu Itu Pada Tempatnya
Mengimbas langkah awal YB dalam menyusun organisasi Ketua Kampung, JKKK, dan AJK masjid kampung-kampung di DUN Meru. Assignment awal YB itu terbukti sekadar mengulangi dan fotokopi amalan songsang pemerintahan UMNO/BN dahulu dengan memastikan semua Ketua Kampung, AJK JKKK, dan AJK Masjid DIMESTIKAN diwakili oleh ahli atau penyokong PAS/PKR. Kalau YB dan orang-orang PAS terlalu anti sekalipun dengan orang UMNO apa salahnya libatkan orang-orang natural dalam organisasi tersebut. Pi mai pi mai tang tu . Bukankah JKKK dan masjid itu institusi rakyat yang harus bebas dan berperanan untuk kepentingan masyarakat tanpa dicemari campur tangan pengaruh politik.
Perkara yang sama YB lakukan dalam isu perlantikan Ahli Majlis MPK yang mewakili DUN Meru dengan melantik seorang wakil dari PAS/PKR/DAP. Lupakah YB pernah menyatakan dalam satu ucapan yang YB tidak akan melantik Ahli Majlis semua dikalangan penyokong PAS/PKR/DAP sahaja. Ingatlah YB sebagai pemimpin setiap kata-kata YB akan dipegang sebagai janji oleh rakyat jelata. Perkara yang sama juga berlaku dalam pemilihan jawatankuasa surau dan NGO-NGO di DUN Meru.
Bukankah tugas YB seharusnya meletakkan sesuatu itu kembali pada tempatnya dan memperbetulkan kesilapan dan kelemahan pemimpin lalu jika ada dan seterusnya mengubati kecewa rakyat.. Sedarkah YB kesilapan dan keangkuhan ini yang melahirkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada UMNO/BN dahulu dan seterusnya rakyat menjatuhkan hukuman di hari pilihanraya.

Ucapan Pemimpin Rakyat vs Pemimpin Parti
Kalau dulu setiap ucapan YB penuh dengan kata-kata dakwah dan tazkirah, Sejuk hati rasanya mendengar setiap bait kata-kata YB dahulu. Dari aspek ucapan YB kini telah jauh berubah atau sedang lena dipuncak takhta. Sepertinya YB tidak dapat membezakan ucapan dihadapan rakyat dengan ucapan dihadapan ahli parti. Keliru membezakan ucapan dalam majlis rasmi dengan ucapan di dalam program parti. Tanpa mengira ucapan di masjid, surau atau sekolah YB akan berucap seolah-olah YB sedang dihadapan ahli parti. Tanpa mengira bentuk majlis kesempatan akan YB gunakan sepenuhnya untuk meluahkan sengketa politik dan memburukkan parti lawan. Pernah di satu majlis sambutan Hari Raya dalam isi ucapan YB gunakan peluang untuk membela YB Elizabeth Wong yang ketika itu dilanda skandal.
Percayalah kalau YB merasakan tindakan itu akan meningkatkan sokongan rakyat kepada perjuangan politik YB sememangnya YB silap 100% . Sebaliknya rakyat akan semakin menyampah dan meluat. Lupakah YB bahawa audiens dihadapan itu bukan semuanya orang PAS atau PKR tetapi mungkin sahabat-sahabat dalam UMNO atau pengundi atas pagar yang sentiasa membuat pemerhatian dan penilaian. Dan ingatlah kemenangan YB bukan datangnya dari undi orang PAS/PKR/DAP semata-mata tetapi juga hasil undi orang UMNO dan pengundi atas pagar yang terpesona dengan imej YB dahulu. Dan sedarlah YB bahawa rakyat mengundi YB dalam PRU lepas bukan terpikat dengan ceramah politik YB tetapi rakyat tertarik dengan akhlak dan keperibadian YB dahulu.

Akhir bicara, jika YB merasakan isi kandungan surat ini fitnah, penipuan atau bermotif politik terpulanglah atas pertimbangan wajar YB. Tetapi sedarlah, rakyat sedang mengadili YB. Rakyat sedang menyaksikan betapa ada ketikanya YB cakap tak serupa bikin. Rakyat sedang semakin melihat PAS semakin tiada bezanya dengan UMNO. Renungi, hayati dan insafilah wahai YB. Benarlah kata orang, semakin kuat kita menyepak bola ke dinding, semakin kuat bola itu akan melantung semula pada kita. Renung-renungkanlah wahai YB.


Saturday, May 28, 2011

Tak. Naik makin tambah

Mohammad Nor Hj Kasim posted in TMX - Le Farisan De Garrisson.Mohammad Nor Hj Kasim4:32pm May 28 Maklumat terkini: Harga semasa, harga sebenar, Jumlah subsidi.Petrol RON 95 - RM 1.90, harga sebenar RM 2.33, jumlah subsidi RM0.43 sen seliter ( subsidi kerajaan = RM 486 juta )Gas - RM 26.60 setong, harga sebenar RM 53.62, jumlah subsidi RM 27.02 ( subsidi kerajaan = RM 1.43 Billion )Tepung gandum - RM 1.35, harga sebenar RM 1.80, jumlah subsidi RM 0.45sen sekilo. Subsidi kerajaan = RM 89 jutaGula - RM 2.30, harga sebenar RM 2.40, jumalah subsidi RM 0.10sen sekilo. Subsidi kerajaan = RM RM 789 jutaMinyak masak - RM 2.50, harga sebenar RM 3.50, jumlah subsidi RM 1.00 sekilo. Subsidi kerajaan = RM813 jutaBeras ST15 - Rm 18.00 sekampit, harga sebenar RM 24.00, jumlah subsidi RM 6.00 sekampit. Subsidi Kerajaan = RM 486 jutaMarilah kita doakan keadaan ekonomi dunia tidak kekal buruk seperti sekarang. Keupayaan sesebuah kerajaan tidak kira parti mana amatlah terhad & bergantung kepada keadaan ekonomi DUNIA. Salam......
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 24, 2011

Futsal 1 MALAYSIA BAHAGIAN KAPAR

Berminat jom sertai...jom


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 23, 2011

DRainee Meru dan Hantu Kak Limah Selat Klang sokong GAY dan LEBIAN



Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment – specific to them and not other minorities – if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo! Newsroom (Malaysia)

Anwar Ibrahim: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education and PAS accept this view.

Comment From PK PK : ]
Adakah betul dakwaan yang mengatakan Dato seri bersetuju dengan fahaman pluralisme dan bersetuju dengan tindakan Lina joy untuk keluar Islam ats nama kebebasan beragama??

Anwar Ibrahim: Percubaan juak UMNO untuk memfitnah termasuk menteri agama. Syeikh Yusuf Qardawi sedia jadi saksi seandainya saya didakwa dalam isu ini. Kita tidak menggalakkan atau meremehkan soal aqidah tetapi kita juga tidak boleh memaksa.


Diatas adalah merupakan sedutan daripada perbualan Nua al JU... dalam yahoo. Secara Anmnya Nuaq amat menyokong.. golongan sesat danyang dilaknat (manusia-manusia yang melakukan hubungan sesama jantina)oleh Allah s.w.t dan Rasul.

Secara jujurnya suara baru boleh mengatakan begini: UNDI UMNO Masuk SYURGA AKHIRAT tapi UNDI PAS Masuk Syurga DUNIA.. Lihat sahajalah ....

Apabila Kepimpinan PAS menyokong seseorang yang menyokong ..homo dan les....dan setiap Pemimpin pas KAwasan Menyokong PIMPINAN PAS tersebut dan setiap pimpinanPAS itu pula disokong oleh orang yang mengundinya.... maka secara ringkasnya pengundi PAS sebenarnnya menyokong agar aktiviti gay dan lesbian ini dibenarkan, dihalalkan sedangkan ini adalah aktiviti yang diharamkan DALAM ISLAM.... dah tu dia cakap pulak soal akidah tidak boleh dipaksa..... maksudnya apa...) tepuk dada tanya iman.... aqidah ni berakita rapat dengan iman dan kepercayaan kepada Allah s.w.t ( esok bila dia emmerintah,... bapa rotan anak tak soalat.. bapa tersebut akan dihukum kerana soal aqidah tidak boleh dipaksa)

kenapa PAS masih nak bersama menyokong, menjulang, dan mendewwakan nuaq berahi... buat para pengundi yang beragama islam.....pikirkanlah hidup selepas mati....

Sunday, May 22, 2011

Program tunas muda

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, May 21, 2011

Alfatihah

Brita teGempar - Sila sedekahkan Al-Fatihah kpd semua 24 mangsa anak2 yatim akibat trtimbus tanah runtuh yg melanda Rumah Anak2 Yatim di Hulu Langat bt 14,stakat ni baru 2 mayat slmt dikeluarkan,lg 21 masih tertimbus, YaAllah tempatkanlah mrk brsama2 org yg beriman, Amin
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gobala bantai..samseng pandamaran

Selamatkan Selangor Darul Ehsan Dun Pelabuhan Klang, Tarikh - 21 Mei 2011, Sabtu, 9 mlm, Lokasi - Perkarangan Flat Taman Seri Berembang, Taman Seri Berembang, Pelabuhan Klang.
Penceramah - YB Gobalakrisnan (Ahli Parlimen Padang Serai)
Sdr Syamsul Amri Ismail ( Presiden ADAM).
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 18, 2011

Fw: reality kes video sex 4

4. Kes video sex sesungguhnya adalah SATU PERJUANGAN utk menyelamatkan satu bangsa dari kecelakaan dan kehancuran yg dimungkinkan sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Malaysia !!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Fw: REALITY KES VIDEO SEX 3

Digunakan utk mencari kebenaran ini saperti masa, tenaga, kewangan malah lawatan keluar negara telah pun disempurnakan.
MANAKAH lebeh penting diantara ' pengumuman dibuat mengikut keperluan undang2' ATAU 'pengumuman dibuat utk kepentingan negara dan rakyat'?
3. Apa jenis tindakan undang2 kpd Ai sebagai pelakon porno di dlm video sex berkenaan terpulanglah kpd kebijaksanaan Peguam Negara utk menimbangkannya. Dlm kes video sex 'Pramugara Melampau', pelakonnya telah dihukum 6 bulan penjara.
Rakyat ingin melihat sejauh mana ketegasan Peguam Negara bertindak di dlm kes Ai ini?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Realiti kes video sex 2

apakah Pas yg dikatakan memperjuangkan pembentukan Negara Islam di Malaysia ini sanggup dan redha dinaungi dan dipimpin olih seorang tokoh yg nyata munafik, penuh kemaksiatan dan kemungkaran, pelanggan rumah2 pelacuran serta sedang dikudakan olih musuh2 Melayu-Islam bagi menghancurkan kecapaian dan tamaddun Melayu-Islam yg selama ini yg telah dibina dan dikonsolidasi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dlm tahun 1957 lagi?
Keberanian dan kebijakan Pas membuat keputusan tegas utk keluar dari Pakatan atau keluar dari cengkaman kemunafikan Ai ADALAH satu detik sejarah yg akan disanjung dan dihargai olih seluruh rakyat Melayu-Islam di seluruh negara.
3. UNTUK menegakkan transparensi, intergriti kerajaan dan kepentingan negara dan rakyat, tiada sebab mengapa PDRM rasa gentar dan tidak berani mengumumkan nama Ai sebagai pelakon porno dalam video sex berkaitan sedangkan terlalu banyak sumber2 negara telah
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Realiti kes video sex part 1

Sdr, matlamat utama kes video sex adalah,
1. Memecahkan PERSEPSI dan keyakinan rakyat kononnya Ai adalah tokoh politik yg bersih, ulamak, senantiasa menggunakan ayat2 al-quran dan hadith dlm ucapan atau pidato2 beliau serta senantiasa mempamirkan kehebatannya dlm memimpin khutbah di masjid2 ADALAh sebenarnya seorang munafik yg tegar (depan buat lain, belakang buat lain), seorang maknusia yg bertopengkan Islam utk kerakusan kuasa dan nafsunya semata2, pelanggan tetap hotel2, rumah2 pelacuran dan apartmen2 utk meliwat pondan dan pelacur2, seorang yg mempunyai akhlak yg paling hina dan menjijikkan serta seorang tokoh yg suka mempermain2kan Islam bagi merosakkan perjuangan Melayu-Islam di negara ini,
2. PAS sewajibnya menarik diri dari Pakatan Rakyat memandangkan bahawa pemimpin utama dan indok pakatan ini adalah Ai yg mempunyai akhlak, watak dan keperibadian saperti (1) di atas, apakah Pas yg dikatakan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 13, 2011

Ssde meru... Ramai yang nak dengar kenapa nnuaq berbohong

Sekitar ssde dun meru


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 11, 2011

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI..KETAHUI NAPER NUAQ BERBOHONG...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Majlis bacaan yassin sambutan Ulang tahun Umno dun MERU

Skittar majlis bacaan yassin dan tahlil sempena sambutan ulangtahun UMNO Dun Meru.

Bertempat di rumah penyelaras dun meru merangkap ketua Wanita UMNO BAHAGIAN KAPAR DAN EXCO WANITA UMNO MALAYSIA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 9, 2011

GEMPAR: Nik Aziz kepala Pertemuan Punca Pertemuan Paderi

http://www.youtube.com/watch?v=VZQj7yLiVaQ

Kenapa Ianya Berlaku .. Tanya Nik Aziz , napa Pas Angguk Saje,,... tanya nik aziz,

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT