SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 28, 2009

Kejohanan Futsal Tertutup DUN SEMENTA






Semalam telah berlangung kejohanan futsal tertutup oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Dun Sementa,. Kejohanan ini telah dihadiri 238 orang peserta yang mewakili 34 pasukan belia di sekitar DUN Sementa.

Dua gelangang futsal telah digunakan bagi melaksanakan kejohanan ini bagi ZON A kejohanan di Gelanggang Futsal D'soto Arena Kg Sungai Serdang dan Zon B di Gelanggang Futsal Batu 4. Manakala Final diadakan Di Gelanggang Futsal D'soto Arena.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil ADUN Bagi Kawasan Sementa. Dalam ucapan perasmian tersebut YB Dato Abdul Rahman bin Haji Palil rakyat masih menunggu-nunggu akan kemudahan fasiliti sukan untuk rakyat dari kerajaan pakatan.

berikut adalah pemenang kejohanan tersebut.

Tempat 1: Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Cempaka UTAMA
Tempat 2: Pergerakkan Pemuda UMNO CawanganSg Serdang jaya
Tempat 3: Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Cempaka Sari
Tempat 4: Pergerakkan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Kenangan

Thursday, December 24, 2009

berita Tergemparr.. Dari GAP...jual lagi..tak untung bukit botak jual kat ulu yam







di atas adalah kandungan surat yang aku terima daripada sumber. dia mohon agar aku mendedahkan sikap kalid ibrahim yang terlalu pro cina. sebidang tanah berkeluasa 73hektar (177 ekar ) telah cuba ditukarkan statusnya daripada tanah perumahan ke tanah perkuburan (jirat cina)inilah puaka bangsa.






menggadai apa sahaja yang ada di bumi selangor demi gilakan kuasa !pada bulan pertama dia memerintah, dia meluluskan pembinaan kandang khinzir mega (projek khinzir raksasa PKR) di sepang. kerana apa ? kerana di situ terletaknya penduduk bangsa melayu. bila ada penduduk majoriti melayu, kalid melakukan tindakan yahudi.



menghalau secara perlahan-lahan penduduk asal dengan agenda projek khinzir raksasa nya. melayu cukup sensitif dengan babi..projek khinzir raksasa (PKR) modus operandinya samalah sepertimana yang pernah berlaku di petaling jaya. petaling jaya dulu penduduk majoritinya adalah melayu. kerana urbananisasi melampau,perlahan-perlahan melayu berpindah. di sepang ia bakal mengulangi tragedi yang sama.kini ia berlaku lagi di ulu yam,hulu selangor.






.umum mengetahui kawasan ini memang mempunyai penduduk majoriti melayu . orang melayu di sana wajib bangkit ! wajib bantah atas kesundalan manusia bernama kalid ibrahim dan partinya PKR !ini pakatan adalah sialan ! ayuh rakyat selangor , kita bangkit dan hapuskan pakatan penjahanam bangsa ini daripada terus memerintah bumi selangor !

PAS HHancur gara-gara pak nuaq- Malaysia kini

'Mengapa bapa saya saja pertahan PAS?
Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu."Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu. "Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.

Anak kesembilan mursyidul am PAS itu kini terheret sama dalam kontroversi kedudukan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eskekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah mengulas perkara itu di blognya sebelum ini.Sesetengah pihak beranggapan beberapa tulisan Nik Amalina itu, antaranya dengan mencabar seorang exco kerajaan negeri - dipercayai Datuk Husam Musa - meletakkan jawatan, telah memburukkan lagi kemelut dalam pentadbiran bapanya.Kelmarin, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog.Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.
Menulis dalam blognya Seri Suri hari ini, Nik Amalina mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak dinamakan, yang disifatkannya cepat melatah dan mahukan publisiti murahan ekoran kontroversi kes suaminya itu.'Publisiti murahan'"Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat! "Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat? "Jangan hanya pandai bercakap, 'sepatutnya begitu, sepatutnya begini,' tetapi bertindaklah," tulisnya dalam artikel terbaru berjudul "Kerana saya anak Nik Aziz" pagi tadi.Berhubung isu "membuka pekung di dada", beliau dilihat cuba mempertahankan diri dengan mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.
"Saya yang dikatakan 'membuka pekung' parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan."Berpadanankah dengan asakan yang saya terima? Adakah ia adil bagi saya? Apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas? " soalnya.Walaupun terdapat desakan berundur segera, Abdul Ariffahmi tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatannya Mac depan.Beliau memberitahu Malaysiakini, notis peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Nik Aziz selaku pengerusi PMBK pagi tadi....
****PS :Agak-agaknya.. kenapa PAS hancur kalo bilau dan tak kuat...lagi?

Tuesday, December 22, 2009

dari Cucu To Selampit: Cakap Bab Islam Berdegar-Degar, Nak Kahwinpun Lintang Pukang

Saya seboleh-boleh tidak mahu menjadikan isu perkahwinan sebagai bahan untuk saya menulis. Bagi saya perkahwinan dan penceraian adalah hak individu seseorang walaupun beliau seorang pemimpin, ahli politik dan artis. Sekiranya ianya melibatkan maslahat umum dan pelakunya pula seorang yang sering membicarakan bab Islam dan keadilan, maka seharusnya cerita berkenaan harus ditulis buat teladan semua.

Berita semalam yang melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu memerintahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd Kader, 35 tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya ntuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan, harus dipandang serius oleh pimpinan PAS negeri. Ini kerana plantif yang juga bapa kepada pasangan Dr Rosli, Mohd Noor Che Man, memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Persoalanya sekarang, bagaimanakah perkahwinan tersebut dapat dilakukan di Malaysia tanpa persetujuan wali? Adakah defendan pertama berniat jahat dengan melarikan defendan kedua tanpa mendapat kebenaran walinya? Bagaimana Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri boleh dipercayai untuk memimpin pengikutnya sedangkan hendak berkahwinpun melarikan anak dara orang?Sebelum ini pimpinan kerajaan negeri digemparkan dengan tuntutan nafkah sebanyak RM3 juta daripada ADUN Melor oleh bekas isteri keduanya. Nampak gayanya, Menteri Besar, TG Nik Aziz kena menasihatkan anak buahnya supaya mengikut ajaran Islam walaupun di dalam soal perkahwinan dan penceraian. Jangan asyik masa hendak kahwin main redah saja apa yang patut. Ikut nafsu mati, ikut rasa binasa.

Tuesday, December 15, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Assalammualaikum,
Suara Baru Pemuda Kapar
mengucapkan
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431h
kepada
Semua Ahli Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar
"Sambutlah dengan penuh keinsafan, dan juga penuh kesyukuran dan marilah kita bersama-sama menguatkan lagi Azam dan meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang demi
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.."

Friday, December 4, 2009

Janji-mana janji... penipu ker... meraka atau mereka munafik...


Pada PRU ke 12 mereka begitu lantang sekali memberi janji janji untuk memenangi pilihanraya, elaun ibu tunggal, elaun suri rumah tangga, Elaun Warge emas, Elaun penganggur, elaun bermacam macam elaun lagi

tapi yang kelakarnya dimana kah janji janji tersebut. Kerana seperti mana yang kita lihat janji janji tersebut merupakan janji kosong sahaja.... tetapi semua ecxo , Pakatan Rakyat telah pun menerima sebuah toyota camry... apa kehalnya plak tu... dimana kebajikan rakyat...

Suara baru juga pernah berbual dengan anak muda diijok yang dijanjikan gaji rM2000.00 sebulan .. tetapi masih juga tidak ada....


Ayuh Rakyat selangor mintak hak anda.. ini yang telah dijanjikan ...

Tuesday, November 24, 2009

Salam AidilAdha

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada
Semua muslimin dan muslimat
Semoga Hari Raya Ini akan membawa seribu pengertian erti pengorbanan kepada diri kita.
Bagi yang memandu ke kampung berhati-hati dijalan raya..
kepada drebar-drebar pengangkutan awam pandu berhati-hati..

Monday, November 9, 2009

KAKITANGAN AKADEMIK DIPERBODOHKAN OLEH USTAZ PAS

PANDANGAN PROF DR AZIZ BARI DISANGGAH
Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09).
Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum. Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun.
Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.
PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam majlis syura ulama’ dan diluluskan. Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhanraya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau. Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.
Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti PAS bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik. Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihanraya maka akan dituduh pro umno, otak tertutup, ulama’ tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran. Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan Umno kerana hendak berjaya dengan cepat.
Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti. Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS. PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua Pas Dato Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.
Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tIdak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.

Memanglah menjadi ahli akdemik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.

Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan PAS cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.

Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah. . Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata.
Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.
Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tengah padang. Allahlah yang Maha Mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang.

USTAZ IDRIS AHMAD
DIPERTIK DARI http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1107:tuduh-presiden-pas-pro-umno&catid=37:pendapat&Itemid=50

SUARA BARU...: BARU KO TAHU SUSAH NAK MENTADBIR ......."Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tengah padang. Allahlah yang Maha Mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang" BUKAN KE PAS DARI DULU KE BEGITU.....

ulama-sesat-wakil-wakil-rakyat-bodoh

Ab Jalil Backer (myKMU.net)

Sejak tahun lalu saya dimaklumkan bahawa wakil rakyat PAS semuanya bersumpah cerai taklik bertalak tiga ke atas isteri mereka jika mereka keluar dari PAS. Saya anggap ini cerita-cerita karut yang sekadar cuba memburukkan PAS.Namun apabila ia disahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dan khabarnya turut diakui oleh Timbalan Presiden PAS maka ia merupakan saat yang sangat menyedihkan kepada gerakan Islam di Malaysia keseluruhannya.Mereka yang rakyat anggap sebagai ulama, tok guru dan yang berpengetahuan dalam ilmu agama menjadi talak sebagai bahan mainan politik. PAS mengarahkan wakil rakyatnya bersumpah jatuh talak tiga ke atas isteri mereka jika keluar parti. Apakah PAS lebih besar daripada Allah dan Rasul yang amat membenci penceraian?Dengan menuntut sumpah cerai taklik talak tiga PAS mengesahkan bahawa mereka sanggup mepergunakan Allah, Rasul dan agama sehingga ke tahap apa pun demi menjaga kepentingan duniawi dan harta benda.Sejarah negara sudah menyaksikan bagaimana sekumpulan penyokong PAS di Memali, Kedah menggunakan senjata menentang arahan Polis kerana percaya kepada ajaran PAS menentang kerajaan Barisan Nasional adalah jihad.

Suatu ketika dahulu kita juga sudah menyaksikan bahawa pernah berlaku penceraian, pernikahan dua kali, sembelihan yang diharamkan makan kerana dilakukan oleh ahli UMNO dan juga solat dua imam.Kemudian kita juga mendengar fatwa Nik Aziz bahawa kita juga boleh mencarut dan memaki hamun kerana Allah juga melakukan dalam al-Quran. Ini dilakukan bagi mempertahankan beberapa orang penceramah PAS yang sukar mencarut, maki hamun dan bercakap kasar dalam ceramah mereka.Sah lagi bahawa PAS sanggup menyamakan hak manusia dengan Allah hanya untuk kepentingan dunia.Namun apabila PAS menyertai DAP dan PKR pada alaf baru kita beranggapan segala ajaran sesat, menyeleweng serta bersifat mempergunakan agama untuk kedudukan dunia akan ditinggalkan.Rupanya yang berubah hanyalah kulit, isi masih sama.Allah dan Rasul amat membenci penceraian. Penceraian hanyalah jalan terakhir sekiranya rumah tangga tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Itu hanya talak satu. Ini pula talak tiga yang dilakukan secara taklik untuk kepentingan kuasa dan kedudukan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, "Dalam banyak yang halal, penceraian merupakan sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah." (Riwayat Abu Dawud).Seorang Sarjana Islam membuat kesimpulan yang sangat tepat mengenai mereka yang bercerai talak tiga ini,Those Muslims who utter three divorce pronouncements at one time or in one statement are rebels against Allah's law and are deviating from the straight path of Islam. Once the Prophet (peace and blessings be upon him) was informed about a man who had pronounced three divorces at one time, he got up in anger, saying: "Is sport being made of the Book of Allah while I am (yet) among you?" As a result, a man stood up and said, "O Messenger of Allah, shall I not kill him?" (Reported by an-Nasa'i)"Islam jenis apa yang berada di dalam PAS ini? Ini bukan ajaran Islam. Ini ajaran sesat yang bertopengkan Islam.Khalid Samad berhujah Rasulullah dan para sahabat juga ada membuat sumpah. Memang benar tapi tunjukkan bukti rasulullah dan para sahabat pernah talak taklik terhadap Isteri kerana hal membabitkan pemerintahan dan pentadbiran atau apa sahaja hal yang di luar kisah hubungan suami-isteri.Talak adalah isu perundangan keluarga yang sejak zaman rasulullah sehingga kini tidak pernah dijadikan sandaran untuk politik.Ketika berlaku perselisihan dan peperangan antara puak saidina Ali dan Muawiyah pun tidak pernah sesiapa antara sahabat nabi ini yang menjadikan isteri sebagai alat sandaran sokongan untuk perjuangan mereka.PAS mencatatkan sejarah kumpulan politik Islam yang terkeji pernah lahir di muka bumi ini kerana menjadi isteri dan keluarga sebagai galang ganti sokongan politik.Untuk wakil rakyat PAS yang percaya sumpah tersebut akan menyebabkan jatuh talak tiga ke atas isteri mereka cepat-cepatlah beristighfar dan memohon keampunan Allah.

Mereka bukan sahaja mempermainkan hukum Allah malah memperjudikan isteri mereka kepada pemimpin politik. Apa akan terjadi kepada mereka jika esok PAS membuat keputusan yang merugikan Islam? Mereka terpaksa terus kekal dalam PAS kerana sumpah tersebut. Bukankah ini menyesatkan dan tidak selari dengan kehendak Islam?Sumpah cerai taklik PAS sebenarnya bukan sahaja tidak sah malah menjurus ke arah kufur. Ini berdasarkan tulisan Sheikh Sayyed Sabiq dalam kitabnya, Fiqh As-Sunnah,"Muslim scholars maintain that the one who divorces his wife three times in one occasion has committed a sin. It is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) became very angry when he was informed that a man had divorced his wife by pronouncing it three times on one occasion."Ini bermakna cerai taklik PAS tersebut tidak sah dan haram sifatnya. Bagaimanakan PAS boleh mengadakan sumpah cerai taklik talak tiga sedangkan talak tiga itu dibenci oleh rasulullah s.a.w.?Taklik yang bertentangan dengan ajaran Islam juga dianggap batal dan tidak sah oleh jumhur ulama. Justeru apakah taklik yang dilafazkan oleh pemimpin PAS ini dak bertentangan dengan ajaran Islam?Ini kerana nikah, cerai dan taklik merupakan kontrak antara suami dan isteri bukannya ditentukan oleh pihak ketiga seperti yang berlaku di dalam PAS.Jika masih ada wakil rakyat yang masih percaya kepada ajaran sesat PAS ini mereka masih boleh meninggalkan parti tersebut kerana bukan semua ulama berpedapat lafaz cerai talak tiga sekaligus bermakna jatuh tiga talak dan tidak boleh kembali lagi.

Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim membawa pandangan bahawa lafaz talak tiga sekaligus sepatutnya dianggap satu talak sahaja.[Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim are of the opinion that it should be counted as only one pronouncement of divorce. This is also reported by Ibn al-Munzir from `Ata', Tawus, Ibn Dinar. Ibn Mughith also reported this opinion of `Ali ibn Abi Talib, Ibn Mas`ud, `Abdur-Rahman ibn `Awf, Az-Zubayr from among the Companions of the Prophet (peace and blessings be upon him).They quote the following hadith in support of their view: “Ibn `Abbas (may Allah be pleased with him) reports that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (peace and blessings be upon him) and that of Abu Bakr (may Allah be pleased with him) and two years of the caliphate of `Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) was treated as once. But `Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) said: "Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them (i.e. regard the divorce pronounced three times in succession as irrevocable divorce, it would have deterred them from doing so)!" So he regarded it as such. This latter view is believed to be the most correct." ]Malahan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya, The Lawful and the Prohibited in Islam, menyatakan:"The Muslim is allowed three chances, that is to say, three pronouncements or acts of divorce on three different occasions provided that each divorce is pronounced during the time when the wife is in the period of purity and he has had no intercourse with her."Jika masih ada wakil rakyat yang masih kekal di dalam PAS selePAS diminta bersumpah taklik atas keluarga mereka memanglah mereka ini jenis manusia yang dayus dan mempermainkan hukum hakam Allah. Layakkah mereka terus menjadi wakil rakyat dan pemimpin umat Islam?

Wallahualam.

DAR.http://kijang-jantan.blogspot.com/2009/11/ulama-sesat-wakil-wakil-rakyat-bodoh.html

Saturday, November 7, 2009

Apabila agama tolak ketepi...parti pulak jadik ad..-deen...mabuk ker? adakah orang islam..maruah boleh dipijak...? Jawab sendiri





suara baru mengecam pakatan rakyat yang semakin lama semakin giat mencabul kedaulatan agama islam di bumi tercinta..ini..
Dengan pelbagai kecelaruan dalam pentadbiran...unsur rasuah dan salah guna kuasa...samseng.. Kini pula dengan biadap...mencemarkan masjid....adakah masyarakat islam pkatan rasuah ini..telah dikuasai atau mempunyai fahaman sekular..sepertimana mustapa antartuk..atau PUN PAS KINI...KEMARUK KUASA HINGGAKAN SANGGUP MENGADAIKAN AGAMA ISLAM...
selepad berpelukkan dengan kit siang ikan...sekarang xavier pula dengan terangan telah meceroboh masjid untuk politik... Adakah sultan tidak lagi dihormati di negara ini... Adakah tangan yang memegang arak atau anjing kini lebih mulia.untuk memegang mikrofon masjid...
Ataupun adakah selepas ini xavier akan diberikan tauliah untuk membacakan khutbah jumaat diatas mimbar..masjid....
Ataupun ni zar bin tang ti ga..dan nganga akan terus mengormenn isi al quran tanpa sebarang adab...dan tertib..dan nganga kormeng ini memang tak paham lansung dan TAK PERCAYA LANGSUNG PASAL ISLAM....KALO TAK DIA DAH MASUK ISLAM DAH..BETUL TAK..

Friday, November 6, 2009

Pernarikkan kembali pemeriksaan kenderaan 15 tahun

Syabas suara baru ucapkan kepada kerajaan kerana telah mendengar rintihan rakyat...pemeriksaan ini akan menyusahkan majoriti rakyat malaysia...
Walaubagaimanapun perlu difikirkan adakah perlu difikirkan dengan teliti APA JUA DASAR YANG HENDAK DIPERKENALKAN NANTI HARUSLAH DIKAJI DENGAN LEBIH MENDALAM. Ini bagi mengelakkan kerajaan digelar flip-flop...
Suara baru amat berpegang teguh kepada pepatah melayu iaitu.." Terlajak perahu ini boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya"
Walaubagaimanapun tindakan ini harus dipuji kerana kerajaan telah menjadi seorang teman/pendengar yang setia kepada rakyat..tidak seperti di selangor..yang mana arak pun tak dapat diharamkan PENJUALAN NYA DI MAJORITI PENDUDUKNYA ISLAM TAK DAPAT DIBUAT...
Apabila difikirkan siapakah sebenarnya yang menjaga kebajikan rakyat? Tuan-tuan fikirkan dan tuan-tuan jawab sendiri...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 2, 2009

DISEBALIK TABIR PAS DAN DAP

Badrul Hisyam.. sudah umumkan untuk keluar dari Pakatan ... secara rasmi.... maka melaunglah balaci-balaci pak nuar...mengatakan bahawa Badrul ni Orang Gila.... maka benarlah kata orang ...kebenaraan akan mucul jua akhirnya...kerana pada pendapat saya.. kalo balaci -balaci tu kater Badrul Hisyam tu giler... maka orang yang memilihdiar sebagai calon lagi GILA BODOH...tapi di selangor ini saipakah PKR yang telah memilih calon Kalaou BUKAN de Facto nyer....
2) setelah beberapa kali dari tahun lepas dah tau Badrul ni tak ok ..kater Kaled flinstone... pastu dia buat macam macam tekanan kepada Badrul supaya badrul letak jawatan... dan selepas dia mendapat calon baru dari telok gong.. maka dengan hebatnya mereka ini mengutuk dan terus memberi tekanan kepada badrul... tak caya tanya badrul.

PERIHAL PAS
Setelah hasrat de FACTO PAS iaitu Pak NUar tidak dapat untuk membuat EGM maka PAS telah mengambil tindakan untuk menbicarakan Hassan Ali... pada saya .. maruah hush san ali ibrat di perkatak katikkan oleh pimpimnan PAS.. betulah kata orang PAS KINI SUDAH BERUBAH ..KERANA DAP, PAS SANGGUP KORBANKAN PERSERUHJAYANYA SENDIRI,.. KERANA KUASA... AKAl DAN FIKIRAN TOLAK KETEPI, KERANA DAP amat MEMERLUKAN PAS.... UNTUK MENJADI BALACI DALAM PILIHANRAYA DAN SELEPAS PILIHANRAYA MAKA PAS AKAN TERUS MELUKUT DI TEPIAN GANTANG... ITULAH NASIB PAS....... DAN KERANA ITUJUGALAH PAS AKAN HILANG SOKONGAN .. KERANA PAS BUKAN PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT.. MAKA KEKALAH SILUNCAI DENGAN LABULABUNYA

Thursday, October 29, 2009

Al fatihah

Al-fatihah. Dukacita d maklumkn, bapa kpd sdr. Murdani Parto AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR telah meninggal dunia 7.45 td. Jenazahnya akan d kebumikan esok. Semoga rohnye d cucuri rahmat oleh Nya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berita panas

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah isytihar keluar daripada PKR serta merta dan menjadi wakil bebas menyokong Barisan Nasional
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 27, 2009

tengok muker Nicky Ajih nampak muka Nuaq dan Huss am


Semlam bersembang dengan kengkawan kat kedai kopi.. kawan saya tu memang totok PAS.. dia habaq kat saya....dia kata imej nicky kene dibetulkan ... pasal sekarang ni dia macam kena rasuk antu raya... semua benda dia cakap dulu memang macam nicky ajih cam ulamak .. tapi sekarang ni macam di cakap bagi pihak orang ... macam saya cakap tadi orang kener rasuk..dia cakap tapi sebenarnya bukan dia yang cakap antu tu yang cakap...

Daripada perbualan dan alur arah PAS sekarang ini .... ibarat melukut di tepian gantang kerana PAS hanya diperlukan ketika pilihanraya atau pun kempen demontrasi tunjuk perassaan tapi apabila bab pemerintahan PKR DAP lebih menojol.. yang lebiah menghairankan.... sepertimana kebangkitan Nuaq dulu dalam UMNO..juaq-juaq nye dengan pantas menaikkan nuaq.. begitu juga nuq dalam PAS walaupun bukan ahli PAS.. dia telah memastikan juak-juaknya team endorgan untuk terus bekuasa dalam PAS.

itulah apa yang dicakap... dalam hati, saya berkata...dah tahu kener tipu.... ngan nuaq.... awat yang hangpa rela dikencingan oleh nuaq berterusan..?

Friday, October 23, 2009

Terima kasih kepada semua yang membantu..

Hasil daripda bantuan yang diterima dari semua saya bagi pihak bapa kepada anak yang diculik mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu...

Pergerakkan pemuda umno cawangan sungai pinang dalam turut terlibat dalam usaha pencarian tersebut..

Pada jam lebih kurang 10 malam pihak polis dan keluarga telah memaklumkan kepada wacana bahwa kanak kanak tersebut telah dijumpai di sebuah taman perumahan di MERU.. Hampir 20 km dari kampung sungai pinang.

Antara yang hadir turut memberi sokongan moral dan membantu sehingga ke urusan di balai polis dan hospital..ialah Saudara Salam Othman , Ketua UMNO CAWANGAN SUNGAI PINANG DALAM, Haji Ali Abu Bakar, Ketua Penerangan Cawangan, Saudara Sharul Nizal Hj Ali, Setiausah Pergerakkan Pemuda UMNO BAHAGIAN.Rahim Saruddin Ajk UMNO BAHAGIAN.

Setakat jam 12 tadi mangsa masih lagi di Hosptal Tengku Ampuan Rahimah untuk Pemeriksaan Lanjut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 22, 2009

Budak diculik..... Mintak tolong rakan blogger iklankan

Sebentar td anak seorang ahli UMNO cawangan sungai pinang dalam telah diculik dihadaan kedai runcit



Mintak rakan-rakan iklankan dalam blog masing-masing



Nur fatin binti rohaimey

8 tahun

Bapa rohaimey bin rohani

Ibu Nor letah binti Dolah

0172309373

0136798620



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 21, 2009

Blogger ini patut dibuang dihukum penjara seumur hidup

Kerajaan Rakyat Kerajaan Rakyat Kerajaan Rakyat

Tuesday, October 20, 2009

Orang macam ini bukan Sultan Beb, dia tu SYAITAN.
Sekiranya benar. Saya ulangi, sekiranya benar apa yang dititipkan oleh Raja Petra dalam lelaman webnya Malaysia Today hari ini maka saya berpendapat rakyat Malaysia bukan sahaja tidak perlu menghormati Sultan Perak, malahan manusia bernama Azlan Shah itu patut dihukum gantung sampai mampos. Saya menderhaka?. Hello, kalau Sultan yang diamanahkan menjaga harta dan kesejahteraan rakyat sudah berperagai macam syaitan dan iblis apakah kita masih perlukan Sultan? Kalau Sultan menipu dan mencabul kedaulatan negeri dan rakyat, apakah rakyat masih ingin terus berdiam diri menjadi bacul membiarkan Sultan bermaharajalela sebagai pengkhianat..!!! Orang macam ini bukan Sultan Beb, dia tu SYAITAN.

Who's The Real Traitor?Antara lain Raja Petra menitipkan:
Furthermore, the Sultan and his family has asked for a lot of things from the Pakatan Rakyat state government, all of which they rejected. Umno will ensure that the Sultan and his family get whatever they want if Barisan Nasional takes over as the Perak state government.And with that Pakatan Rakyat’s fate was sealed. The Sultan swore in Barisan Nasional as the new Perak state government and Pakatan Rakyat was sent into the opposition aisle.What was it that the Sultan and his family wanted which Pakatan Rakyat said no to and which Barisan Nasional has now said yes? Yes, let us see how in just a few months the Sultan and his family has suddenly become one of the richest royal families in Malaysia, of course, at the expense of Pakatan Rakyat.

petikkan dari:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/10/orang-macam-ini-bukan-sultan-beb-dia-tu.html

1) kegampangan blogger yang tak sedarkan diri ini harus dihentikan.
2) cuba menghasut rakyat untuk mewujudkan kacau bilau.
3) saya dengan rasminya memanggil raja petra kamaruddin tak der telor
4) nak jaga negara konon anak sendiri pun tak tejaga...
5) kalo dah sultan nak dihapuskan takan nak pakai presiden plak...

Monday, October 19, 2009

Rumah terbuka dun meru

Pergerakkan Pemuda UMNO DUN MERU telah mengadakan rumah terbuka yang diadakan di rumah Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO BAHAGIAN KAPAR, Saudara Ustaz Norazizi Ishak.
Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang hangat oleh warga Meru. Turut hadir ialah Samsul Bahri bin Mohd Ramlan , AJk pemuda bahagian yang baru sembuh dari kemalangan jalan raya..pada bulan ramadhan yang lepas. Selain itu juga saudara Saudara Abdul Karim Bin Haji Anwar, Penyelaras Dun Selat Klang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rumah terbuka Aidilfitri Pemuda Dun Sementa meriah

Hari ini telah berlangsung rumah terbuka Dun Sementa. Rumah terbuka ini telah diadakan di perkarangan rumah Penyelaras Dun Sementa Saudara Osman Selamat.
Majlid tersebut telah telah mendapat sambutan hangat oleh penduduk sekitar dun Sementa terutamanya anak-anak muda.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil Ahli Dewan Undangan Sementa merangkap Ketua UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Ghazali Bin Mohd Amin, Naib Ketua UMNO Bahagian, Tuan Haji Roslee Abdul Hamid, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Kapar, Saudara Norazizi Bin Ishak dan juga ahli Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar.
Melihatkan kepada kehadiran yang amat ramai itu Suara Baru amat yakin bahawa UMNO masih diterima ramai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 17, 2009

Jemput beramai-ramai

Salam 1M'sia: prgrm Mesra Org Kampung anjuran Pem UMNO Dun Sg Pinang pd 17&18/10 mula 9pg d SMK Rantau Pjg.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 13, 2009

Berita terkini

PM DS NAJIB jelaskan pada taklimat Presiden ptg ini, beliau tekankan kpd perwakilan kepentingan UMNO sanggup laku perubahan kpd yg lbh baik dr segi perpaduan, sikap, pemikiran & tingkah laku-UMNONewsAlert
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat bersidang

Suara baru pemuda Kapar mengucapkan selamat bersidang kpd semua perwakilan pergerakkan PEMUDA UMNO DI PWTC.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 7, 2009

Makin tamak..makin haloba

Suara baru amat menyokong kata-kata Tuan Haji Roslee Bin Abdul Hamid..Ketua pegerakkan Pemuda Umno Bahagian Kapar.."Kalo nak kenerkan sewa.. Buatlah..kami akan bayar..tapi kalo nak rampas..kami akan pertahankan hak kami... ". Semua sorotan cerita boleh dilihat dalam akhbar sinar harian ..7 oktober 2009... Suara baru tak paham... apalah sangat pentingnya dewan ini kepada pakatan haram...sampai nak rampas dan sebagainya...kat dewan ini juga digunakan oleh rakyat selangor.. Yang merupakan penduduk negeri selangor yang diiktiraf....kalo nak ikut kan bangunan hadiah dari kerajaan persekutuan..tanah pulah hadiah ddari kerajaan negeri terdahulu...
Kalo depa kata ni demokrasi ni cek nak habaq... Hangpa nak dewan ni pasai hang dah kbuloq kot..nak bunuh musuh politik dengan cara yang halal.. Apa brzanya kalo tutup bilik gerakkan ngan tutup tabika kemas.. Dan sepanjang yang suara baru tahu..sepanjang BN memerintah belum ada PASTI ATAU BANGUNAN PAS DITUTUP..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 30, 2009

Sumbangan Aidil fitri










Assalammualaikum, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana lambat "up date" program ini kerana ada masalah dengan" card reader".
Pada 27 Ramadhan yang lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kapar telah menyampaikan sumbangan aidil fitri kepada lebih 60 buah rumah sekitar Bahagian Kapar. Menurut Tuan Haji Mohd Roslee sumbangan ini akan disampaikan kepada mereka fakir miskin oleh ketua Penyelaras Pergerakkan Pemuda DUN 4 serangkai iaitu Dun Sungai Pinang, Dun Meru, Dun Sementa dan Dun Selat Kelang. Sumbangan merupakan RM50 tunai dan juga hamper Bernilai RM 50.00.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Tuan Haji Ghazali bin Mohd Amin Naib Ketua UMNO Bahgaian Kapar yang telah sudi menyempurnakan simbolik upacara penyampaian bantuan kepada Penyelaras-penyelaras DUN.

Thursday, September 24, 2009

Kata ...kerajaan pakatan haram. .. Boleh dapat banyak pelabur.....nak merakyatkan ekonomi.... ..

Hang kata hang terrer.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 18, 2009

Sumbangan Aidilfitri







Tuan Haji Roslee Abdul Hamid sampaikan sumbangan kepada semua Ketua Pemuda UMNO cawangan Dalam Bahagian KAPAR.

Sumbangan berupa daging korban itu diserahkan oleh beliau kepada abang-abang angkat cawangan yang diamanahkan kepada ketua Pemuda Cawangan.

Tuan Haji Roslee sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada Semua muslimin dan muslimat.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT