SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 31, 2012

UMNO Online - “Permaisuri Agong Gives Away Schooling Aid To Orphans” plus 5 more

UMNO Online - “Permaisuri Agong Gives Away Schooling Aid To Orphans” plus 5 more

Link to UMNO Online

Permaisuri Agong Gives Away Schooling Aid To Orphans

Posted: 30 Dec 2012 12:10 AM PST

ALOR SETAR, Dec 30 – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun today gave away schooling aid to 306 orphans from four districts in Kedah.

The aid was contributed by the Sultanah Bahiyah Orphans Foundation (YASH) at the Istana Seri Pelangi, here.

The orphans comprised students of primary and secondary schools in the districts of Kuala Muda, Sik, Baling and Kota Setar.

At the function, the Queen also gave away special contributions to orphans who had obtained outstanding results in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and Penilaian Menengah Rendah (PMR) this year.

A member of the YASH Board of Directors, Datuk Rosli Awang said the contributions aimed to ease the burden of the families of the orphans in making preparations for the new school session.

Three New National Type (Tamil) Primary Schools For Penang

Posted: 30 Dec 2012 12:09 AM PST

BATU KAWAN, Dec 30 – The construction of three new National Type (Tamil) Primary Schools (SRJK[T]) is expected to begin early next year under a special allocation of RM11.4 million, said Penang Barisan Nasional (BN) chairman Teng Chang Yeow.

He said that besides the construction of the three new SRJK(T), another nine SRJK(T) would be renovated using a special allocation provided.

“The three SRJK(T) which will begin construction early next year are SRJK(T) Valdor in Sungai Bakap, SRJK(T) Mak Mandin, Butterworth and SRJK(T) Subramaniya Barathee, Bukit Gelugor.

“This is an effort by the government to ensure that all students receive equal rights on education, besides ensuring that they have comfortable environment in school,” he told reporters after making a working visit to the SRJK(T) Ladang Batu Kawan construction site, here today.

Teng said the whole cost for the construction of the new building was RM6.35 million and it was expected to be fully completed in February 2014.

BN And UMNO Can Bring Many Development Projects To Kelantan

Posted: 30 Dec 2012 12:07 AM PST

KOTA BAHARU, Dec 30 (Bernama) — Many development projects can be implemented in Kelantan if Umno and the Barisan Nasioal (BN) are given the opportunity to wrest the state from the PAS rule, said the Political Secretary to the Prime Minister, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Mohd Fatmi, who is also the head of Kota Baharu Umno division, said the people of Kelantan should be far-sighted in determining their future because only Umno and the BN government could champion the cause of the people .

“The looming general election is not to promote any candidate or leader, but more to determine the future of the people,” he said.

He said this when officiating the Kelab Suara Muda (KSM) 2012 Annual Dinner, here last night. About 1,000 people attended the dinner organised by the club, the second oldest club after the Sultan Sulaiman Club, Kuala Lumpur.

He said that based on the closed-door meeting of Umno leaders recently, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had said that the mandate of the present government would expire in April next year and this meant that the general election could be held at any time now.

“As such, we must be prepared to face the general election at any time from now,” Mohd Fatmi said.

Banyak Projek Pembangunan Boleh Dibawa Ke Kelantan Jika BN Diberi Peluang

Posted: 30 Dec 2012 12:06 AM PST

KOTA BAHARU, 30 Dis – Banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di Kelantan jika Umno dan Barisan Nasional (BN) diberi peluang menguasai semula negeri ini daripada Pas, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata rakyat Kelantan mestilah berpandangan jauh dalam menentukan masa depan mereka kerana tidak ada kerajaan yang mampu membela rakyat selain daripada Umno dan BN.

“Pilihan raya umum yang akan tiba tidak lama ini bukanlah pilihan bagi mengangkat dan menaikkan seseorang calon atau pemimpin, tetapi lebih kepada menentukan jaminan nasib masa depan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan 2012 Kelab Suara Muda (KSM), di sini malam tadi.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis anjuran kelab kedua tertua di Negara ini selepas Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur itu.

Beliau berkata berdasarkan perjumpaan tertutup pemimpin Umno baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata edah pilihan raya umum akan tamat April tahun depan dan ini bermakna pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.

“Oleh itu, kita harus meletakkan diri kita dalam keadaan bersedia untuk menghadapi suasana pilihan raya bila-bila masa dari sekarang,” katanya.

Rakyat Sabah Waspada Pendirian Politik Yang Sering Berubah Wajah

Posted: 30 Dec 2012 12:04 AM PST

KOTA BELUD, 30 Dis – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.

“Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan cabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang.

Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan “bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan”.

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu, dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya yang ke-13.

“Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri yakin BN yang kini berada di tahap yang kuat akan mencapai kemenangan yang cemerlang pilihan raya umum akan datang.

Mengenai RELA, Salleh berkata anggota RELA seharusnya menjadi menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan terutama dalam aspek keselamatan termasuk yang berkaitan dengan isu kehadiran pendatang tanpa izin.

Anggota UMNO Perlu Sedia Berkorban

Posted: 30 Dec 2012 12:00 AM PST

SEREMBAN, 30 Dis – Setiap anggota Umno perlu bersedia berkorban dengan melupakan segala ketidakpuasan hati yang menimbulkan perpecahan terutama di peringkat bahagian, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pengorbanan tersebut amat penting untuk dilaksanakan setiap anggota parti bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberi terhadap usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN).

“Masalah dalaman di bahagian masing-masing mesti dihapuskan ataupun dikurangkan, kerana jika tidak ia akan memberi kesan kepada (keputusan) pilihan raya nanti.

“Bagi mereka (anggota Umno) yang benar-benar sayangkan parti yang ingin parti menang, tentu akan dapat mengorbankan sedikit sebanyak apa-apa yang menimbulkan keraguan atau masalah terhadap diri mereka, untuk kebaikan parti,” katanya.

Katanya, jika anggota parti tidak dapat melupakan segala ketidakpuasan hati yang dirasai, kemungkinan menjelang pembubaran Parlimen nanti, akan menimbulkan suasana kelam kabut yang boleh memberi kesan terhadap aktiviti kempen parti.

“Kalau kita dapat melakukan pengorbanan ini (melupakan perasaan tidak puas hati) apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan sahaja pembubaran Parlimen, kita sudah boleh laksanakan tanggungjawab, walaupun sekarang ini kita sudah boleh laksanakannnya.

“Kita tidak mahu dalam tempoh berkempen nanti selepas pembubaran Parlimen, kita membuang masa dua atau tiga hari, bagi membetulkan calon atau sebagainya, ini tidak boleh kita amalkan, kita tidak boleh gunakan tempoh masa yang amat penting ini untuk menyelesaikan masalah dalaman,” katanya.

Mohd Isa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang turut mengingatkan agar anggota Umno tidak melakukan sabotaj terhadap parti dan perlu sentiasa merenung dan memikirkan nasib parti selepas PRU-13 nanti.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Felda berkeyakinan bahawa BN mampu memenangi kesemua 54 kerusi Parlimen yang mengandungi kawasan Felda di seluruh negara, kerana kerajaan telah berjaya membawa pelbagai kebaikan bagi masyarakat peneroka yang tidak mampu diberikan pembangkang.

Sunday, December 30, 2012

UMNO Online - “K’jaan Persekutuan Setuju Beri Peruntukan Tangani Masalah Banjir” plus 9 more

UMNO Online - “K’jaan Persekutuan Setuju Beri Peruntukan Tangani Masalah Banjir” plus 9 more

Link to UMNO Online

K’jaan Persekutuan Setuju Beri Peruntukan Tangani Masalah Banjir

Posted: 29 Dec 2012 07:25 AM PST

BENTONG, 29 Dis – Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri Pahang bagi menangani masalah banjir kilat yang berlaku di Kuantan baru-baru ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta beliau supaya mengemukakan belanjawan yang diperlukan bagi memperbaiki dan meningkatkan prasarana sedia ada.

“Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

“Jawatankuasa itu telah bermesyuarat dua hari lepas bagi menyiapkan laporan dan peruntukan yang diperlukan sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menangani masalah banjir buruk yang berlaku di daerah di Kuantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hadiah pelajar cemerlang Yayasan Pahang kepada pelajar di Daerah Bentong yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan di sini, hari ini.

Menteri Besar berkata berdasarkan kajian awal, antara punca banjir di Kuantan baru-baru ini adalah disebabkan longkang tersumbat dengan sampah sarap, selain reka bentuk longkang yang tidak sesuai dan kecil yang dilihat tidak mampu untuk menampung aliran air hujan yang banyak.

“Banjir yang berlaku Kuantan baru-baru ini adalah berpunca daripada taburan hujan yang turun di luar jangkaan iaitu pada kadar 300 mililiter dalam tempoh 18 jam,” katanya.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan Pahang akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM35 juta untuk memperbaiki kerosakan dan perparitan akibat banjir di daerah Kuantan.

Beliau berkata peruntukan itu melibatkan kos RM10 juta untuk memperbaiki jalan yang rosak, RM5 juta untuk memperbaiki sistem perparitan dan RM15 juta untuk membina serta memperbesar saluran perparitan baharu.

Selain itu, katanya RM5 juta lagi diperlukan untuk pemindahan penduduk yang tinggal di pinggir sungai yang dilanda banjir amat teruk.

LHDN Cukai RM124.69 Bilion Sehingga Semalam, Lepasi Sasaran

Posted: 29 Dec 2012 07:22 AM PST

IPOH, 29 Dis – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip cukai sebanyak RM124.69 bilion sehingga semalam, dan jumlah itu melepasi unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata prestasi cemerlang agensi itu sekali gus melepasi unjuran RM123.82 bilion, selepas semakan semula unjuran asal sebanyak RM109.09 bilion.

“LHDN berjaya melepasi sasaran kerajaan. Jumlah hasil kutipan cukai ini meningkat sebanyak 13.76 peratus berbanding RM109.61 bilion pada 2011. Kutipan bagi tahun 2011 itu telah meningkat sebanyak 26.72 peratus berbanding kutipan berjumlah RM86.49 bilion yang dipungut pada 2010,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan cemerlang LHDN itu didorong beberapa strategi yang digariskan, termasuk penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk 10 aktiviti cukai, yang meliputi Kutipan Hasil, Akaun Belum Terima, kecekapan Kos Pungutan, Audit Luar, Bayaran Balik, Siasatan, memperluaskan asas cukai, perkhidmatan elektronik LHDN, latihan dan kompetensi pegawai serta kakitangan agensi itu.

Selain itu di peringkat LHDN, Jawatankuasa Pemantauan KPI akan membuat pemantauan setiap dua minggu bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai, katanya.

Sementara itu, dalam aspek penguatkuasaan, agensi itu meluaskan tindakan audit dengan menumpukan kepada kes yang berimpak tinggi, dan berjaya menyelesaikan 1.89 juta kes, yang membabitkan RM2.94 bilion, selain penyelesaian kes siasatan berprofil tinggi melibatkan sejumlah RM653 juta.

“Peningkatan sebanyak 636,204 kes atau 50.42 peratus berbanding prestasi tahun lepas sekali gus meningkatkan hasil sebanyak RM207 juta,” katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata aktiviti pungutan turut dipantau yang melibatkan bayaran anggaran cukai syarikat, individu serta potongan cukai bulanan, selain memantau ansuran bagi kes tunggakan hasil.

Beliau berkata kecekapan sistem perkhidmatan kepada pembayar cukai turut dipertingkatkan dengan penyediaan pelbagai perkhidmatan elektronik seperti e-Filing, e-Daftar dan e-Bayaran selain proses pembayaran balik cukai juga dipercepat dan dipermudah melalui pertukaran dana elektronik (EFT).

Perkhidmatan elektronik memberi kesan peningkatan kecekapan perkhidmatan kepada pembayar cukai dan turut meningkatkan pematuhan pembayar cukai terhadap peraturan serta undang-undang percukaian, katanya.

“Sehingga 30 Nov lepas, LHDN telah memproses 98.46 peratus bayaran balik daripada kes yang layak dibayar balik. Bilangan bank yang menjadi ejen kutipan LHDN juga kita tingkatkan. Ketika ini 11 bank dan Pos Malaysia terlibat sebagai ejen kutipan,” katanya.

Pada Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan LHDN meningkatkan kutipan hasil pada 2011 hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2010, merupakan satu pencapaian luar biasa.

Najib berkata kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion bagi tahun 2011 bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat malah dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka.

Shahrizat Kecam Pemimpin Pembangkang Ugut Exco Wanita Perak

Posted: 29 Dec 2012 07:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengecam tindakan pemimpin pembangkang mengugut seorang anggota Exco Wanita Perak dan menyifatkannya perbuatan membuli yang keji.

Beliau berkata meskipun berbeza ideologi politik, tidak ada sesiapapun yang diberi kebebasan untuk mengugut satu sama lain.

“Saya rasa ini bukan budaya yang patut kita biar menular atau merebak dalam politik.

“Apa yang berlaku kepada Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak Datuk Hamidah Osman yang diugut seorang pemimpin DAP adalah perbuatan yang amat keji,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan meraikan warga emas di The Little Sisters Of The Poor, Cheras sempena sambutan Hari Natal 2012 di sini, hari ini.

Pada 22 Dis lepas, Hamidah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat di Ipoh, Perak selepas Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.

Ugutan Nga itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan isu habuan tanah bernilai RM30 juta di Gua Musang, Kelantan.

Shahrizat juga menyifatkan ugutan itu adalah satu keganasan terhadap wanita.

“Saya mengecam perbuatan itu terutama apabila ia dilakukan oleh seorang lelaki yang dinamakan pemimpin. Bagaimana seorang pemimpin lelaki boleh ugut dan buli seorang wanita hanya atas nama politik sahaja,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut menyampaikan sumbangan YKN berjumlah RM2,000 kepada rumah kebajikan itu.

Presiden Pas Diberi Peluang Beri Penjelasan Di RTM – Rais

Posted: 29 Dec 2012 07:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

“Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Dis.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah.

Presiden PAS itu hari ini berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan.

“SKMM boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat telekomunikasi masih gagal mengatasi masalah tersebut,” katanya. Minggu lepas, media melaporkan mengenai masalah talian telefon mudah alih terputus yang semakin teruk di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM Datuk Ali Hanafiah telah memberi amaran dan berkata SKMM tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Jan depan.

Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata beliau berpuas hati dengan raptai hari ini yang lancar.

Beliau berkata Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada 31 Dis ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara.

“Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu.

Pas President To Be Allowed To Explain “Amanat Haji Hadi” Over Rtm, Says Rais

Posted: 29 Dec 2012 07:08 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 29 – PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang will be allowed to provide an explanation over Radio Television Malaysia (RTM) on his “Amanat Haji Hadi” (Haji Hadi’s Message) delivered in 1981 branding Umno members and supporters as infidels, Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said today.

He said Abdul Hadi would have to apply to the ministry stating the choice of channel to give the explanation.

“RTM can broadcast his statement if the contents are suitable and have news value. However, at the same time, Abdul Hadi should allow others to give their views as well because his message was delivered in 1981,” he said.

Rais spoke to reporters after watching a rehearsal of the Malaysia Christmas and New Year 2013 celebration scheduled for Dec 31 at Dataran Merdeka, here.

Also present were the ministry’s Secretary-General, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Special Affairs Department Director-General Datuk Fuad Hassan; Director-General of Broadcasting Datuk Norhyati Ismail and Culture and Arts Department Director-General Datuk Norliza Rofli.

Rais said the views of the Department of Islamic Development, Malaysia, (Jakim) and muftis should be taken into account to determine the status of the message in terms of the faith of Muslims following Abdul Hadi’s branding of Umno members and supporters as infidels.

Abdul Hadi had said earlier today that he was prepared to explain the message if he was given the opportunity to do so live over a local television station. Asked about the frequent dropped calls experienced recently by users of mobile telephones, Rais said it was not the fault of the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

He said the telecommunications companies should provide a complete explanation of the problem to consumers and state the number of dropped calls users experienced every month.

“MCMC can take legal action if the telecommunications companies fail to overcome the problem,” he said.

Last week, the media reported the worst incidence of dropped calls in the country.

Subsequently, MCMC Chief Officer of Resource Planning and Industry Development Datuk Ali Hanafiah issued a warning and said the MCMC would not hesitate to act under the Communications and Multimedia Act 1998.

Asked about a proposal by Umno Youth chief Khairy Jamaluddin that the government not impose a cap on the price of the 3G smartphones to be purchased by youths entitled to the RM200 rebate, Rais said he would raise the matter at the Cabinet meeting on Jan 2.

On the preparations for the Malaysia Christmas Open House and New Year 2013 celebration at Dataran Merdeka on Dec 31, Rais said he was satisfied with the rehearsal held today.

He said Dataran Merdeka was selected for the Malaysia Christmas Open House and New Year 2013 celebrations as well as the 1Malaysia New Year Run on Dec 31 because it was a historic venue for the country.

“The Christmas Open House and New Year celebration are held simultaneously to make a difference and kindle the spirit of unity among Malaysians in line with the 1Malaysia concept,” he said.

He also said that the Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam, would be invited to represent the Christian community at the open house.

BN Ada Kelebihan Hadapi Pilihan Raya Umum – Muhyiddin

Posted: 28 Dec 2012 11:32 PM PST

KENINGAU, 29 Dis – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengariskan beberapa faktor dan kelebihan yang menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam kedudukan yang memihak parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka amat mencabar.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kelebihan yang dilihat menyebelahi BN, berbanding 2008 itu, adalah apabila rakyat terus menerus memberi sokongan kepada BN selepas kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi menyeluruh yang memberi faedah kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata inisiatif dan pendekatan kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfokuskan usaha membela nasib rakyat amat serasi diterima dan diterjemahkan dalam bentuk dasar-dasar baru dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), transformasi politik serta tranformasi luar bandar.

“…pelbagai bentuk program yang menjurus kepada masyarakat dengan 111 inisiatif dalam perbentangan Belanjawan 2013 yang menyenaraikan semua lapisan masyarakat mendapat semua faedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-15 di Dewan Masyarakat Keningau, di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha itu turut disokong menerusi soal perpaduan kaum yang menjadi teras pembangunan nasional negara yang sentiasa diperkukuhkan malahan tiada perpecahan berlaku walau pun terdapat usaha pihak tertentu merosakkan semangat perpaduan kaum.

Beliau berkata situasi turut jelas positif di mana tiada masalah dalaman antara parti komponen BN yang tidak dapat diatasi dan diselesaikan secara baik.

Antara faktor selebihnya, Muhyiddin berkata pencapaian luar biasa kedudukan ekonomi negara yang berkembang sebanyak lima peratus menerusi program GTP dan peningkatan hasil pelaburan domestik dan antarabangsa.

Katanya, jumlah pelaburan dalam negara lebih besar dan kukuh berdasarkan perkembangan pelaburan domestik dan antarabangsa selain pendapatan perkapita negara meningkat kepada US$9,700 berbanding USS$7,500 pada dua tahun lepas.

“Kalau kita senaraikan, inilah perkara asas yang menunjukkan parti kita bertambah kukuh dan penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri agak jelas dan mendapat respons positif. Bagi saya suasananya amat baik (berbanding 2008),” katanya.

Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata kedudukan BN yang kuat itu harus didorong oleh semangat yang kental bagi kesemua 13 parti komponen BN termasuk parti ‘kerdil’ seperti PBRS yang harus memainkan peranan besar seumpama parti besar lain.

“Kita harus bertekad BN tidak boleh boleh kalah, sebab itu kita harus bangun dari tidur selepas leka dengan kejayaan-kejayaan dan mungkin sebab kita kerajaan, kita tidak beri perhatian hal-hal rakyat, tetapi kini kita telah turun padang dan membantu masyarakat.

Tuhan beri kita isyarat dan kita sedar, isyaratnya kalau tidak berusaha, mungkin juga boleh kalah, jadi Umno bangkit dan semua komponen-komponen parti sedar, jumpa, berbincang soal perkukuh parti dan usaha kembalikan keyakinan rakyat,” katanya sambil menambah kerajaan berada pada ‘lokomatif’ betul yang dipandu Najib ke arah mencapai negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin turut mengingatkan anggota parti komponen BN agar jangan ‘berperang’ sesama sendiri, sebaliknya membantu menjaga hati pengundi, tidak melakukan sesuatu yang menyentuh kehendak mereka, sentiasa mendengar dan menyelesaikan setiap permasalahan pengundi kawasan mereka.

Sambil mengakui beliau di samping Najib dan pemimpin negara lain yang mengamalkan sikap turun padang berjumpa rakyat atas faktor kepastian ” kita kekal (sebagai kerajaan) adalah kerana rakyat jelata”.

“…sebab itu apa saja kita dengar (peringkat akar umbi) kita beri perhatian. Najib sendiri selepas balik dari lawatan kerja ke negeri-negeri dari Johor mahupun Sabah atau Kedah, beliau akan membuat keputusan dengan cepat,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meluluskan pembinaan sekolah baru, Sekolah Menengah Dalit selain bersetuju membina sebuah gereja di daerah itu.

Beliau yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup turut menghadiri jamuan perayaan Krismas dan Tahun Baru di dewan itu.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan anugerah murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi daerah ini.

Semua Bakal Calon BN PRU Ke-13 Bebas Rasuah Dan Jenayah

Posted: 28 Dec 2012 10:40 PM PST

PUTRAJAYA, 29 Dis – Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut 'bersih' dan bebas masalah.

“Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini hari ini.

Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.

“Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat,” katanya.

Mengenai muka baru dan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU Ke-13 nanti, Tengku Adnan berkata "itu rahsia parti".

Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam PRU Ke-13 untuk ditapis SPRM.

Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu.

Pada majlis yang sama, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata beliau dan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan terus menggemblengkan tenaga untuk menyediakan keperluan bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.

“Saya juga memohon maaf kepada penduduk di sini kalau ada kesilapan-kesilapan yang terlepas pandang atau terlupa perkara-perkara yang patut saya lakukan bagi pihak mereka, tetapi tak dapat lakukan.

“Saya juga mengingatkan mereka agar menjadi masyarakat contoh untuk negara kerana Putrajaya merupakan sebuah bandar lestari,” katanya.

Pas Bertanggungjawab Pecah Belah Perpaduan Melayu – Syed Ali

Posted: 28 Dec 2012 09:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Seorang pemimpin Umno hari ini menuduh PAS telah lari daripada perjuangan asalnya dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata peranan golongan ulama dalam parti itu juga sudah terhakis kerana tidak berupaya menghadapi tekanan daripada DAP.

“Pas terpaksa menggugurkan wadah perjuangan Islamnya kerana menyedari parti itu tidak boleh hidup tanpa sokongan daripada DAP dan PKR, katanya dalam entri terbaru blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com

Syed Ali menegaskan bahawa golongan ulama Pas termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah tidak lagi relevan dan, adanya mereka kini seperti “tunggul kayu buruk” yang tidak berupaya bertentang mata dengan DAP.

Beliau berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS termasuk Nik Aziz yang berani membantah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh bertegas menentang apa juga cadangan ke arah pembentukan sebuah negara Islam termasuk pelaksanaan hokum hudud.

“Ini menunjukkan pemimpin PAS terutama Nik Aziz cakap putar belit dengan memainkan sentimen agama yang dipolitikkan untuk meraih sokongan pengundi Melayu,” katanya.

Syed Ali menjelaskan, PAS walaupun ditentang oleh DAP dari segi perjuangan Islamnya, tetapi tetap memperalatkan agama.

Oleh sebab itu, kata beliau, Nik Aziz tetap bertegas mahukan presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya jangan menarik balik ‘Amanat Haji Hadi’ yang terbukti telah memecahbelah masyarakat dan menyesatkan pemikiran umat Islam.

“Ketika semua pihak termasuk bekas pejuang PAS mendesak Haji Hadi tarik balik amanat tersebut, Nik Aziz pula mahukan ia dikekalkan, ini menunjukkan Nik Aziz mempunyai agenda yang tersirat,” katanya.

Justeru, katanya, orang Melayu terutama umat Islam harus sedar bahawa perjuangan PAS selama ini hanya untuk kepentingan politik pihak tertentu dan bukannya berasaskan kepada perjuangan Islam.

MB Selangor Angkuh, Utamakan Kepentingan Politik Berbanding Kebajikan Rakyat

Posted: 28 Dec 2012 09:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015 sebagai angkuh dan pentingkan diri sendiri.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pendirian itu senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk George bahawa Abdul Khalid lebih mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat seperti yang disiarkan dalam akhbar semalam.

Isu air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid menganggapnya sebagai satu mainan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor untuk mengekalkan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"GPRS kesal kerana mempunyai pemimpin yang 'singkat akal' kerana sering mengeluartkan kenyataan-kenyataan sempit dan mengelirukan semata-mata mahu menghalalkan keputusan bodoh yang dibuat oleh beliau dan exco kerajaan negeri.

"Sebelum ini GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi Abdul Khalid dengan angkuh mengatakan bahawa manifesto pilihan raya itu bukan janji yang perlu dilunaskan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, daripada kenyataan itu rakyat perlu sedar bahawa kerajaan negeri sekarang langsung tidak boleh dipercayai dan tidak perlu dipilih lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana semua janji yang dilaungkan hanya palsu semata-mata.

"Setakat hari ini, 6,000 saman telah difailkan dan masih ada banyak lagi dalam senarai menunggu, semua daripada rakyat Selangor yang tidak puas hati kerana tidak menerima air percuma seperti dijanjikan. Saya percaya jumlah saman itu boleh mencecah sehingga 50,000 kerana ramai rakyat Selangor yang tidak menikmati air percuma itu sejak pakatan rakyat menguasai negeri ini.

GPRS juga mendedahkan mengenai kekurangan bekalan air terawat terutama di beberapa kawasan di Selangor akibat pertambahan penduduk tetapi Abdul Khalid dan exco tetap berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi.

"Itu membuktikan bahawa Abdul Khalid dan barisan Exco yang dilantik hanya 'tahu bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja' kerana rakyat memerlukan bekalan air terawat, bukannya air mentah. Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada loji-loji rawatan sedia ada," tambahnya.

Dalam isu air ini beliau membidas dengan berkata, bukan rakyat yang tidak faham tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya.

GPRS mendedahkan bahawa beberapa empangan di negeri ini mengalami penyusutan air sebanyak 40 peratus dan memberi implikasi kepada pengguna di Lembah Klang.

"Malangnya Abdul Khalid langsung tidak mencari penyelesaian jangka panjang sebaliknya memberi kenyataan retorik mengatakan bahawa kerajaan negeri akan menggunakan teknologi membrane untuk membenihkan awan, kerana cadangan itu hanya sesuai untuk mengatasi masalah jerebu."

Bagi mengatasi krisis air 2015, kerajaan Pusat bercadang untuk membina Loji Langat 2 dengan membawa bekalan air mentah dari Pahang namun projek ini mendapat tentangan daripada kerajaan negeri pimpinan Selangor yang melaungkan konsep Negeri Berkebajikan. – MediaUMNO

Muhyiddin Arrives In Keningau To Open Pbrs Delegates Meeting

Posted: 28 Dec 2012 07:06 PM PST

KENINGAU (Sabah), Dec 29 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin arrived here today to open the 15th delegates meeting of Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) at the Keningau community hall here.

The Barisan Nasional (BN) deputy chairman, accompanied by Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, arrived here at 10.40 am in a helicopter from the Kota Kinabalu International Airport.

Muhyiddin, Musa and PBRS president Tan Sri Joseph Kurup are also scheduled to attend a Christmas and New Year reception at the hall before the deputy prime minister returns to Kuala Lumpur.

Keningau is a small town located to the south of Kota Kinabalu and at the edge of the Crocker Range.

A district by the same name is the biggest in the interior of Sabah and is located 128km from Kota Kinabalu.

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT