SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, March 1, 2013

UMNO Online - “Malaysia Akan Lantik Fasilitator Rundingan Damai Thailand – Pemberontak” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia Akan Lantik Fasilitator Rundingan Damai Thailand – Pemberontak” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia Akan Lantik Fasilitator Rundingan Damai Thailand – Pemberontak

Posted: 28 Feb 2013 04:31 AM PST

PUTRAJAYA, 28 Feb – Satu siri dialog antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional (BRN) akan bermula dalam masa dua minggu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dialog itu akan diadakan di Kuala Lumpur.

“Malaysia akan melantik seorang pegawai kanan sebagai fasilitator dalam masa terdekat.

“Kami optimis mendapat keputusan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan akhbar bersama dengan rakan sejawat beliau dari Thailand Yingluck Shinawatra di sini Khamis.

Terdahulu, pada awal Khamis, buat pertama kali kerajaan Thailand telah menandatangani perjanjian dengan kumpulan pemberontak majoriti Muslim di Selatan, berikrar untuk berusaha ke arah rundingan damai yang bertujuan untuk menamatkan pemberontakan.

Perjanjian berpotensi dan bersejarah telah ditandatangani di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur antara pegawai-pegawai dari Thailand dan wakil BRN.

Dokumen “konsensus umum untuk melancarkan proses dialog untuk keamanan” telah ditandatangani oleh Leftenan Jeneral Paradorn Pattanathabutr, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand, dan Hassan Taib daripada BRN.

Silap Rangka Manifesto Tidak Pelik Sebab Bagi Pembangkang Manifesto Bukan Janji

Posted: 28 Feb 2013 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Feb –” Bukankah manifesto bukan janji… sebab itulah saya tidak pelik apabila terdengar kontroversi berhubung kesilapan dalam manifesto terbaru Pakatan Pembangkang berhubung isu royalti minyak di Terengganu dan Kelantan”, kata Ketua Pemuda UMNO Terengganu Saiful Bahri Baharuddin.

Menurut beliau itulah natijahnya apabila menifesto dianggap sekadar penyeri dan propaganda kosong dalam usaha memujuk rakyat untuk tertarik ke arah mereka sedangkan ianya adalah sesuatu yang cukup serius.

"Manifesto bukan janji….Sebab itu saya lihat ia hanya sekadar gula-gula kepada rakyat. Tidak serius pun. Jika benar-benar serius takkanlah kesilapan berkenaan boleh berlaku. Biarpun penjelasan telah diberikan, ianya sedikit sebanyak telah menimbulkan pelbagai tafsiran.

"Justeru bagi saya tidak peliklah kesilapan sedemikian berlaku dalam manifesto mereka. Mungkin dibuat dalam tergesa-gesa dan tidak cermat menyebabkan timbulnya kontroversi sedemikian," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Saiful yang juga Ketua Pemuda UMNO Marang seterusnya menambah berbanding dengan manifesto BN, kerajaan akan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat sepertimana yang terkandung di dalam manifesto tersebut.

"Kita janji dan kita tunaikan…..Tidak sepertimana mereka parti pembangkang. Kita tengok bagaimana pelbagai kontroversi timbul di Selangor.. saman ibu tunggal terhadap kerajaan negeri..saman warga emas terhadap kerajaan negeri dan lain-lain lagi.

"Sehubungan itu apa yang berlaku terhadap manifesto pembangkang hari ini sewajarnya menjadi penilain terbaik untuk rakyat agar mereka tidak tertipu dengan manifesto…Perlu ingat manifesto bukan janji," ujarnya. -MediaUMNO

Isu Kalimah Allah : Pas Rupanya “Gunting Dalam Lipatan”

Posted: 28 Feb 2013 04:15 AM PST

KOTA BAHARU, 28 Feb – Pas menggadaikan seluruh prinsipnya yang pada satu ketika dahulu kononnya mahu memartabatkan Islam, sebaliknya kini menjadi `gunting dalam lipatan’ terhadap umat Islam di negara ini berkaitan isu kalimah Allah, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pendedahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang menyediakan dan menandatangani persetujuan bersabit kalimah Allah untuk bukan Islam itu adalah bukti nyata parti itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menang pilihan raya.

“Jadi perkara itu amat jelas pada kami, ia juga membuktikan kepada kami bahawa Pas ini menggadaikan segalanya untuk menang kerusi.

“Dalam hidup kita ini ada benda yang kita tidak boleh gadai, prinsip  kita tidak boleh gadaikan, tetapi kelihatan mereka menggadaikannya untuk hanya menang kerusi,” katanya selepas majlis Perasmian Himpunan  Barisan 1Malaysia di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan  Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan dihadiri lebih 1,000 orang.

Semalam Anwar ketika berceramah di Ketereh di sini mendedahkan  kenyataan yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah pada 8 Jan lalu disedia dan ditandatangani oleh Abdul Hadi.

Anwar dilaporkan berkata apa yang dibentangkan oleh Pas dalam kenyataan itu sedikit pun tidak dipinda olehnya.

Dalam laporan akhbar itu Anwar dipetik sebagai berkata, “Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok  Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan, DAP”.

Mengulas perkara itu lagi, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata jelas Pas kini keseorangan untuk menjawab segala permasalahan berkaitan isu itu yang menampakkan tiadanya kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu beliau berkata UMNO kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang penuh mencabar ini.

Manifesto Pembangkang Boleh Buat Negara Muflis – Dr Mahathir

Posted: 28 Feb 2013 04:07 AM PST

KUALA LANGAT, 27 Feb – Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

“Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia ‘Teguh Samudera’ oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Pada 25 Feb lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, antaranya menghapuskan tol dan menyediakan pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading.

Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

“Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua… kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya… kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.

“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU 13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja,” katanya.

Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: “Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab.”

Kalau Isu Kalimah Allah Pun Tak Minta Maaf, Usah Cakap Pejuang Islam – Musa

Posted: 28 Feb 2013 02:28 AM PST

PULAU PINANG, 28 Feb – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan konvensyen pembangkang baru-baru ini kononnya parti itu memperjuangkan Islam adalah satu sandiwara dan disifatkan sebagai satu penipuan terang-terangan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata sekiranya benar dakwaan Guan Eng itu, dia seharusnya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini berikutan isu kalimah Allah.

Malah ujarnya Guan Eng juga perlu memohon maaf kepada orang Islam di Pulau Pinang khususnya kerana sedikit masa dahulu, kerajaan Negeri pernah menghalang perarakan Maulidul Rasul, isu larangan bacaan ayat Al Quran di Pulau Pinang dan pemimpin Pas juga tidak diberi tempat dalam pentadbiran DAP Pulau Pinang.

"Ini jelas menunjukkan bahawa dakwaan Guan Eng hanyalah satu sandiwara politik dan penipuan. Dia sedar orang Islam di negara ini sudah semakin marah dan hilang kepercayaan kepada DAP. Oleh itu, untuk mengendurkan kemarahan orang Islam, dia membuat pengakuan tersebut.

"Apa yang Guan Eng cakap langsung tak serupa dengan apa yang dilakukannya… Macam langit dengan bumi. Amat mustahil DAP memperjuangkan Islam kerana selama ini mereka hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja. DAP adalah parti cauvinis.

"Apa bukti kukuh yang menyokong kenyataan Guan Eng itu? Dalam senarai Exco negeripun Pas tidak mendapat tempat. Isu kalimah Allah yang sepatutnya dihormati oleh DAP juga dipersoalkan oleh mereka. Jadi apa bukti mereka perjuang agama Islam?

"Jika benar DAP perjuang agama Islam, saya mendesak Guan Eng mohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana telah menyinggung hati mereka. Buat ini dulu baru boleh nak cakap yang DAP adalah perjuang agama Islam kalau tidak lebih baik diam," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Musa, Guan Eng patut berhenti daripada terus memperbodohkan rakyat negara ini. Rakyat boleh berfikir dengan bijak untuk menilai setiap apa yang diperkatakan oleh Guan Eng.

"Jangan terus memperbodohkan rakyat negara ini demi kepentingan politik semata-mata. Ini semua adalah sandiwara menjelang PRU-13 untuk meraih undi," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Pembangkang Serang BR1M Kerana “Panas” Kerajaan BN Tepati Janji – Nawawi

Posted: 28 Feb 2013 01:47 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Feb – Pelbagai tohmahan oleh pembangkang termasuk yang terbaru daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menujukkan parti itu tersepit.

Jika sebelum ini kedengaran BR1M dilontarkan sebagai rasuah dan sebagainya, tidak pelik mutakhir ini pelbagai label dan pelbagai dakyah dilontarkan oleh pembangkang terhadap langkah kerajaan itu.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, ianya adalah satu penghinaan kepada rakyat khususnya kalangan mereka yang menerima bantuan secara terus daripada kerajaan itu.

Menurut beliau  BR1M adalah bantuan secara terus selain daripada pelbagai bantuan lain oleh kerajaan yang prihatin terhadap rakyat seperti pemberian terhadap subsidi gula, tepung dan sebagainya lagi.

"Jika itulah pandangan mereka…Apakah bantuan lain kerajaan menerusi subsidi itu juga terangkum di dalam pandangan yang sama. Sekali lagi ingin ditekankan  BR1M ini adalah bantuan secara terus sepertimana Baucer Buku dan sebagainya lagi. Apa yang saya nampak mereka ini dah tersepit serta kacau bilau kerana langkah terbaik kerajaan ini dapat melonjakkan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang berasaskan kepada janji ditepati.

"Mereka dalam keadaan kelam kabut akhirnya melemparkan pelbagai tohmahan. Itulah golongan seperti ini yang mana mereka hanya bergantung kepada dahan yang rapuh semata-mata untuk menjatuhkan BN," katanya kepada UMNO-Online.

Sambil berkongsi cerita bagaimana seorang makcik dan penduduk lain yang mengucapkan terima kasih serta bersyukur atas bantuan berkenaan pada majlis penyampaian BR1M di Langakwi, Nawawi seterusnya menambah bukankah itu menunjukkan kepada umum bagaimana mereka yang berhak bersyukur atas langkah kerajaan itu.

"Sebenarnya BR1M ini melambangkan bahawa kerajaan yang ditunjangi  BN prihatin atas masalah yang dihadapi akar umbi ketika ini. Dan kerana itu PM cipta sumbangan terus selain daripada subsidi lain.

"Rupa-rupanya keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat tidak disenangi oleh pembangkang apabila sanggup mengeluarkan pelbagai perkataan dan kenyataan yang sekaligus mengambarkan mereka sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri," katanya. -MediaUMNO

Henti Kutuk Bangsa Sendiri – Rais

Posted: 28 Feb 2013 01:44 AM PST

KUALA KLAWANG, 28 Feb – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata dalam proses mencapai kemajuan, orang Melayu hendaklah menghentikan perbuatan mengutuk bangsa sendiri dan agama Islam.

Beliau berkata tentunya sifat dan perangai yang ditunjukkan oleh presiden parti tertentu dan Mursyidul Amnya (jelas merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) memperkecilkan hak mutlak orang Melayu.

"Jangan sebab dia Tok Guru, kita takut, membisu seribu bahasa. Apa yang disebut (Tok Guru) semuanya menjadi suatu yang harus diikuti sesebuah  pihak,” katanya pada majlis perasmian program Komuniti 1Malaysia daerah Jelebu  dan perasmian surau di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu di sini hari  ini.

Katanya orang Melayu perlu bangkit menyatakan yang salah tetap salah.

Sehubungan itu, Rais yang juga anggota parlimen Jelebu meminta para pegawai kerajaan agar memberi penerangan dan penjelasan dasar kerajaan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kita mesti bercakap benar, yang menjadi budi harus dikatakan budi,” katanya.

Rais juga meminta masyarakat agar menggunakan Internet sebaiknya untuk menambah ilmu pengetahuan.

“Dengan Internet kita boleh pelajari bagaimana kita boleh mencedok ilmu dan memperbaiki akhlak kita serta mencipta sesuatu untuk faedah kita. Mari kita cari jalan supaya masyarakat kita terbina dengan baik.

“Keluarkan yang lebih baik dalam tamadun kita daripada pengeluaran  yang memecah-belahkan bangsa. Mari kita menegakkan kesatuan menerusi akidah dan agama. Mari kita mencari pendekatan, asalkan boleh membaiki kedudukan kita bersama,” katanya.

Pada majlis itu, Rais turut menyampaikan Bantuan RM250 Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 188 orang bujang untuk kawasan parlimen Jelebu.

Bank Islam Defends Move To Suspend Chief Economist

Posted: 28 Feb 2013 01:34 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 28 – Bank Islam Malaysia Bhd has come out in strong defence of its recent move to suspend its Chief Economist pending the outcome of an internal inquiry for alleged “serious breaches of discipline”.

“In this country, people are free to make all kinds of predictions on the election. After all, they are mere personal opinions that don’t in anyway affect financial institutions like us.

“But in our internal investigation following Azrul Azwar Ahmad Tajuddin's remarks made at a regional forum in Singapore, where he predicted a narrow win for Pakatan Rakyat in the upcoming general election, we discovered evidence of violations of the bank’s internal policies.

These were listed out in detail in a show-cause letter handed to him,” the source told Bernama.

In the bank’s view, the breaches were so serious that warranted it to lodge a report with the commercial crime division of the police, he added.

The source said Bank Islam’s rules on its officers invited to public forums were clear.

“They have to seek approval from the management to participate in the forum and have their presentation vetted.

“Azrul did not do all these. He went to Singapore completely without our knowledge and on the bank’s time,” he added.

Further internal investigations by the bank also revealed that Azrul had, in recent months, sent out series of e-mails relating to the bank’s official documents from his office to third parties, including highly confidential minutes of Bank Islam’s board meeting.

“He is not a board member of the bank and is not supposed to be possession of those minutes.

“We discovered from the bank’s computer server that other confidential bank matters were forwarded to outsiders.

“These are very serious breaches of office policies and discipline that left us with no choice but to act firmly,” he said.

Asked to comment on the half-page advertorial taken out by non-governmental organisations and activitists in a newspaper on Feb 14 to voice their support for the beleaguered bank executive, the source:”To be fair to us, these people should have read the attachments we included to his show-cause letter where we listed out in great detail serious breaches which, in our view, warrant our action”.

“I would urge all of them to read the show cause letter and these attachments before jumping to conclusions,” he said of the advertorial.

“We are doing whatever it takes to protect the bank’s interest. What we are doing is no different from what any other institution would do in similar circumstances. And, I’m confident our customers are behind us in this,” he said.

He said Azrul was due to appear before the bank’s disciplinary board in March to defend himself based on the show-cause letter.

Daftar Pemilih Sentiasa Dibersihkan, Tidak Timbul Isu Pengundi ‘Identiti Diragui’ – SPR

Posted: 28 Feb 2013 01:08 AM PST

SHAH ALAM, 28 Feb –  Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa dikemaskini dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelakkan wujudnya unsur penipuan dan memastikan hanya pengundi yang layak sahaja boleh mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daftar pengundi yang bersih perlu bagi menangkis sebarang keraguan yang mungkin timbul seperti isu kad pengenalan dan status kerakyatan mana-mana pengundi berdaftar.

“Kita hanya akan benarkan pengundi yang mempunyai nama dalam daftar pemilih yang diwartakan oleh SPR. Apa sahaja cerita sebelum ini sama ada pengundi dapat kad pengenalan dengan mudah, isu RCI dan lain-lain, itu semua kita tolak tepi. Kita perlu berbalik kepada peraturan (hanya pengundi yang berdaftar dan disahkan mendapat pengesahan dari JPN).

“Kita sentiasa update daftar pemilih. Senarai daftar pemilih yang disah oleh SPR yang diguna pakai di pusat mengundi itu lah bukti prima facie untuk pengundi menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat dengan pegawai SPR Selangor di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang sebelum ini bahawa wujudnya kes di Perak di mana warga asing dengan mudahnya mendapat kad pengenalan dan tersenarai dalam Daftar Pemilih SPR.

Wan Ahmad dalam pada itu menasihatkan 13.3 juta pengundi berdaftar yang akan keluar mengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 supaya mematuhi undang-undang dan tidak mencetuskan kekacauan semasa proses pengundian.

Beliau berkata walaupun setiap pengundi berdaftar mempunyai hak untuk mengundi tetapi mereka terikat kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan SPR.

“Perkara ini sangat penting perlu difahami semua pengundi berdaftar di Malaysia kerana SPR tidak mahu ada di dalam fikiran pengundi tertentu yang kononnya mereka boleh desak sesuatu atas nama hak, tidak mahu patuhi peraturan dan tatacara pengundian.

“Dalam keadaan ini, jika ia berlaku, kita terpaksa pujuk pengundi itu, bawa dia keluar dari tempat mengundi dan minta dia bertenang. Kemudian kita akan perjelaskan peraturan yang SPR telah tetapkan supaya dia faham dan tidak mengulangi perbuatannya yang boleh ganggu kelancaran proses pengundian,” katanya.

Wah Ahmad turut menasihati pengundi supaya merujuk kepada pihak SPR sekiranya timbul masalah semasa proses pengundian kerana hanya pihaknya badan berwajib yang dilantik untuk membuat keputusan.

Mengenai tempoh berkempen, beliau berkata SPR telah menetapkan 11 hari sebagai tempoh minimum untuk parti politik berkempen dan sama ada tempoh itu akan dilanjutkan bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan selepas Parlimen dibubarkan.

“Dalam mesyuarat itu juga kita akan menentukan tiga perkara penting iaitu daftar pemilih yang akan diguna pakai semasa proses pengundian, tarikh hari penamaan dan tarikh hari mengundi,” katanya.

Skuad BN Sedia Turun Padang Gempur Pengundi Menjelang PRU-13

Posted: 28 Feb 2013 12:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Skuad BN bersedia turun padang dengan mensasarkan golongan muda untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan seterusnya kemenangan kepada menerajui kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Pengelolanya, Datuk Mat Isa Ismail memberitahu bahawa Skuad BN adalah badan sukarelawan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan terbentuk hasil cetusan idea bekas ketua-ketua pergerakan Pemuda UMNO yang menjalankan kerjasama dengan Persatuan Warga Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kita akan bergerak melalui projek Gen-Y ke arah penyatuan, persembahan, perhubungan, pendedahan dan pencarian dengan kempen'Rakyat Bersatu Negara Maju' bagi menarik seramai mungkin remaja dalam membantu BN selain membina landasan untuk golongan terbabit mendekati pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pra-pelancarannya yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

Ujarnya, sebuah pentas bergerak akan dibina menggunakan kontena bagi memudahkan perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi dengan melibatkan pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan mengikut kesesuaian lokasi.

"Ia merupakan skuad untuk mewujudkan komuniti BN yang berani menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan melalui pemakaian pelekat kenderaan dan t-shirt dan ahli-ahli kompenan BN perlu tegas menyatakan sokongan terhadap kepimpinan BN sama ada di tempat kerja atau semasa melakukan aktiviti sosial."

Skuad ini akan dilancarkan secara rasmi minggu depan di Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Sehubungan itu, khalayak khususnya golongan muda dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan Skuad BN dengan mengunjungi laman sosial facebook.com/skuad.bn atau menghubungi talian 019-5772020 dengan menghantar nama, alamat dan nombor telefon. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT