SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, April 13, 2010

Kaled Flinstone Yang Amat Sukar Menfitnah.... ikut gaya bos dia kot

YBK Tak Boleh Berhutang, MB Selangor Fitnah YBK Hutang RM100 Juta

Apr 13th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Utama

HULU SELANGOR, 13 April - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom menjelaskan YBK adalah pemegang amanah dan tidak layak memohon pinjaman, malah tidak dibenarkan berhutang.

Tetapi, katanya, Menteri Besar pakatan pembangkang Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak zalim apabila memfitnah yayasan yang mentadbir dan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan miskin itu.

“ Khalid fitnah YBK berhutang RM100 juta. Dulu dia kata YBK dibantu oleh kerajaan negeri beratus-ratus juta , sekarang ini pula YBK dituduh berhutang RM100 juta. Nampak sangat serangan dia kepada YBK sudah bukan lagi serangan bersifat fakta.

“Saya hendak menyebutkan bahawa YBK tidak ada hutang. Boleh siasat YBK. Kami tidak boleh berhutang kerana kami hanya pemegang amanah. Bank pun tidak bagi kami berhutang,’’ tegas beliau.

Zainal berkata, MB Selangor itu sudah menjadi emosional kerana sebagai seorang yang berkuasa, dia melihat YBK semakin mendapat simpati orang ramai, walaupun difitnah.

Umpamanya, kata beliau, Khalid terlupa dalam pertandingan gusti, kalau orang badan besar bergusti dengan orang badan kecil, akhirnya penonton akan simpati dengan yang berbadan kecil.

Katanya , YBK difitnah lagi dengan berkata Melayu tipu Melayu.

“Saya hendak ingatkan dia bahawa al-Quran menyatakan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk. Lebih berat dosanya dari membunuh.

“Kalau kita bunuh orang itu mati, tapi kalau fitnah , hilang kepercayaan orang , keyakinan orang buruknya dipandang orang, orang menceritakan hal dia sehingga dia jadi malu, anak cucu malu.

“Itu pasal dikatakan fitnah tu lebih besar dosanya daripada membunuh. Bunuh sekali mati tapi fitnah akan menyebabkan orang yang difitnah seumur hidup menderita,’’ katanya. -MediaUMNO

http://umno-online.com/?p=8401

1 comment:

  1. YBK seharusnya mencontohi kickdefella segala kenyataan disertakan denga bukti untuk menutup mulut orang yang memfitnah.

    YBK seharusnya memaksa Khalid agar memberikan bukti apakah yang diperkatakannya selama ini atau menyuruh agar mulut dan perutnya yang boyot tu diinsurankan mana tau ada orang yan tak suka dia mau disantau atau diberi busong kat dia nanti

    aku nak tengok ALLAH memberikan pembalasan kepada orang yang telah menganiayai anak yatim ini, aku harap aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendir

    INI ADALAH DOA DARI RAKYAT YANG MERASAKAN TELAH DITIPU DAN TERANIYA.

    YA, ALLAH SEKIRANYA APA YANG TERKELUAR DARI MULUT KHALID BIN IBRAHIM ITU ADALAH MERUPAKAN FITNAH SEMATA AKU POHON PADAMU AGAR BERIKAN PEMBALASAN YANG AMAT PERIT DAN AMAT MENYAKITKAN JANGAN DIBERIKAN KASIHAN ATAU BELAS KEPADA INSAN INI SESUNGGUHNYA BELIAU TELAH BANYAK MEMBUAT ONAR DAN SESUNGGUH ENGKAU MAHAN PEMURAH DAN MAHA MENGASIHI KASIHANILAN ANAK-ANAK YATIM PIATU YANG TELAH DIANIAYA OLEH BELIAU KAU BERIKAN PEMBALASAN YANG SEGERA DAN TUNJUKKAN KEPADA UMAT ISLAM DI DUNIA INI SEBAGAI SATU PENGAJARAN DAN MENJADI TAULADAN KEPADA YANG LAIN.

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT