Timbalan Pengarah BTN disiasat
PUTRAJAYA 29 Sept. - Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lepas.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu yang dibuat oleh Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri UMNO.
"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.
"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hamim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata, adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. - Bernama
*apalah nasib sampai nak cakap hal sendiri pun tak boleh....kene siasat..... macam...merintih di bumi sendiri..
pribumi merintih sendiri...
ReplyDeletemasa depan sungguh kelam...
ada si kitol dlm puteri umno
ReplyDeletekuar sikit je psl nak satu padu kan Melayu, semua melenting....
ReplyDeleteselama ni ada ke org Melayu kacau minoriti...???
selama ni ada ke org Melayu komplain dr sudut ekonomi sape yg lebih berjaya..??
selama ni ada ker org Melayu kacau rumah tangga org lain..???