SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, November 11, 2010

Lepas ni kakitangan Kerajaan Negeri Selangor boleh buat Tuntutan Bil Hospital Swata Kat MB Selangor...




WOW! Rakyat Selangor Kena Tanggung RM300,000 + + Kos Perubatan Sunway Medical Centre Untuk Yb ADUN Damansara…..


Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor bermula kelmarin. Disitulah tempat untuk 56 wakil rakyat bergelar Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri bersidang, berbincang, berbahas dan meluluskan pelbagai perkara untuk melaksanakan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Dari pihak pembangkang yang diwakili oleh Barisan Nasional, diberitakan mempersoalkan keputusan khas Exco Kerajaan Negeri meluluskan perbelanjaan sebanyak melebihi RM300,000 untuk membiayai kos perubatan seorang ADUN dari Damansara, Dr Cheah Wing Yin.

ADUN Damansara, Dr Cheah telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya sewaktu hangat berkempen pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor awal tahun ini. Beliau mengalami kecederaan yang serius dimana ketika itu ada juga pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan khabar angin bahawa akan ada satu lagi pilihanraya kecil DUN Damansara….

Sungguh bertuahnya nasib menjadi wakil rakyat…., perbelanjaan rawatan yang MAHAL terpaksa dibebankan kepada rakyat Selangor yang membayar cukai pintu, cukai tanah, cukai perniagaan, saman kompaun dan bermacam macam lagi bayaran asalkan ianya menjadi pendapatan serta hasil buat kerajaan negeri….

Sebagai insan biasa, kita sentiasa mendoakan kesejahteraan buat sesiapa sahaja lebih lebih lagi kepada mereka yang ditimpa kecelakaan dan musibah…. Tetapi, apakah perlu diberikan keistimewaan kepada seseorang yang bergelar wakil rakyat pada waktu yang sama membebankan rakyat..??

Sekiranya beliau memilih rawatan 1st class dari private hospital seperti Sunway Medical Centre, kenapa tidak menanggung sendiri kosnya..? Kenapa rakyat Selangor mesti menanggungnya..?
Apakah Yb itu hanya boleh dirawat di hospital swasta..? Rakyat biasa hanya boleh dirawat di hospital kerajaan…??

Sebagai seorang wakil rakyat berstatus seorang doktor profesional, tidakkah beliau mampu menyiapkan dirinya dengan perlindungan insurans..??? Oleh itu jika berlaku kejadian kemalangan seperti ini, sebarang kos perubatan yang MAHAL sudah tentu akan dibiayai oleh pihak insuran..!

Memang sukar untuk diterima akal yang waras, sekiranya seorang berjurusan professional, apatah lagi seorang doktor, tidak mengambil skim perlindungan insurans..?

Tindakan mahu menyerahkan kepada Exco kerajaan negeri meluluskan kos perubatan yang melebihi angka suku jutaan ringgit ini boleh dipersoalkan dan menzahirkan beberapa persepsi yang negatif….

Apakah ini peluang untuk pihak yang layak membuat tuntutan turut sama membuat keuntungan..? Sekiranya pihak Exco kerajaan negeri sudah membuat bayaran RM300,000 + + kepada pihak hospital swasta bagi menyelesaikan segala bil tertunggak…, tidak mustahil pihak yang mengambil perlindungan insurans juga membuat tuntutan sebagai REIMBURSEMENT CLAIM…?
Maknanya, bukan sahaja berjaya mendapatkan tanggungan menyelesaikan bil rawatan tetapi berjaya juga mendapat tuntutan dari insurans…. [menggunakan kaedah round-tripping, bayar dulu nanti claim, tetapi yang membayar adalah pihak kerajaan negeri, dan pihak yang menuntut claim akan dapat wang terus kedalam poketnya…]

Semoga pihak yang terlibat dapat membuktikan bahawa tiada sebarang penyelewengan wang rakyat Selangor dalam pembiayaan dan tuntutan kos rawatan Yb Dr Cheah sebanyak RM300,000 + + yang mendapat 1st class treatment dari hospital swasta dan BUKANnya hospital kerajaan…!!
sumber dari:

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/11/wow-rakyat-selangor-kena-tanggung.html

1 comment:

  1. Waw... YB dapat klaim rawatan sebanyak RM300,000.00++! Bayangkan jika exco pastinya boleh tuntut bil rawatan RM500,000.00++ dan jika MB atau timbalannya, pasti boleh tuntut RM1,000,000.00++.

    Itu jawatan besar, bagaimana dengan kakitangan kerajaan negeri seperti YDP Majlis Daerah atau Pengarah Pejabat Tanah, mesti boleh tuntut RM200,000.00++?

    Pegawai-pegawai kerajaan negeri seperti pegawai tanah, pegawai agama dalam MAIS? Kerani? Peon? Tukang kebun? Mereka semua boleh tuntut tak?

    Mestilah boleh, kan kerajaan negeri Selangor merupakan kerajaan yang baik dan bertimbang rasa.

    Mereka cuma boleh tuntut surat MC daripada doktor je.

    Bayaran?

    Jumpa Utusan ke? TV3 ke? Berita Harian ke? Sinar Harian ke? Harakah ke? Lepas tu mintak derma orang ramai untuk tolong tampung kos.

    Kesian jadi orang bawahkan.

    Harap nanti jika Dato' Rahman dan UMNO kembali berkuasa, ingat-ingatlah orang kebanyakan.

    sekian.

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT