Berhijrahlah sebelum terlambatOleh : RIDHUAN TEE ABDULLAHTarikh : November 28, 2011Tahun Baru Islam silih berganti. Tema demi tema dipilih untuk menyedarkan umat Islam supaya menjadi lebih baik. Namun, realiti berlaku di sebaliknya. Keadaan umat Islam masih sama, malah semakin membimbangkan. Apa yang jelas ultra kiasu semakin kuat dan semakin hari semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam Perlembagaan tanpa rasa segan silu.Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Maktab Sains Mara, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan. Sila baca artikel terbaharu ultra kiasu yang mendakwa dirinya seorang profesor. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam, termasuklah sistem pendidikan.Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi Mara dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan cemerlang setiap tahun kerana soalan telah dibocorkan. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Beliau tidak sedar berapa ramai pelajar Melayu turut mengambil STPM? Kenapa beliau hanya merujuk kepada pelajar bukan Melayu sahaja yang mengambil STPM? Inilah agenda licik dan desperado.Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universiti pun turut terlibat sama kerana majoriti pensyarah dan pelajarnya adalah orang Melayu (Islam) dan Bumiputera.Persoalannya, siapakah paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di institusi pengajian tinggi awam / swasta (IPTA/S)?Kenapa ultra kiasu ini tidak menyebut langsung kewujudan Sekolah Persendirian Cina, Kolej Tunku Abdul Rahman, universiti merdeka seperti Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Universiti AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus?Pernahkah orang Islam menuduh guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan.Berapa ramai pelajar Melayu gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja akan dapat markah terbaik.Persoalan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang jawatan tinggi dan pembuat dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas, Maybank, CIMB Bank, Ambank dan lain-lain syarikat kepunyaan Melayu? Berbanding bank-bank dan syarikat bukan Melayu. Berapa ramai orang Melayu dilantik sebagai 'pak pacak' (pengerusi/pengarah) untuk mendapat tender dan kontrak kerajaan? Sedangkan Melayu tersebut langsung tidak diberikan peranan? Hanya mendapat gaji dan elaun buta.Ayuh wahai umatku! Sedarlah, kita sudah diperalatkan sekian lama. Di luar masih ramai yang merintih kerana merempat di bumi sendiri. Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini.Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta dikuasai bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? .Berapa ramai pekerja Melayu diperalatkan tidak dibenarkan solat ketika waktu kerja dan juga solat Jumaat. Saya amat hairan kenapa parti-parti politik seperti Umno, Pas dan PKR tidak sensitif dengan perkara ini. Bersempena sambutan Tahun Baru Islam 1433, bertemakan "persefahaman asas perpaduan ummah", marilah kita bersefahaman dan bersatu atas nama Islam, menghadapi semua angkara durjana perancangan ultra kiasu bertujuan menghancurkan Islam ini. Berhijrahlah sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
POlitik itu kotor sekotor pengamalnya, sebab itu wujud banyak ngo, persatuan2, dan macm2 lagi berbentuk selain politik untuk menyelesaikan msalah2 yang tuan senaraikan itu. Tetapi parti politik malaysia selain BN tidak boleh diharap langsung, sekiranya mereka memerintah, Malaysia akan berhadapan dengan masa depan yang gelap.
ReplyDelete