SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, January 18, 2013

UMNO Online - “Soal Pemilihan Calon dan Pembahagian Kerusi Hampir Selesai -Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Soal Pemilihan Calon dan Pembahagian Kerusi Hampir Selesai -Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Soal Pemilihan Calon dan Pembahagian Kerusi Hampir Selesai -Najib

Posted: 17 Jan 2013 09:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbincangan soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) telah hampir selesai dan begitu juga pemilihan  calon-calon di mana sebahagian besarnya telah pun diputuskan di dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini.

Menurut Najib, biarpun begitu namun masih ada beberapa perkara yang  memerlukan penelitian yang lebih mendalam untuk memastikan bahawa pilihan calon tersebut tepat bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi juga dari sudut penerimaan rakyat.

"Dalam menghadapi  PRU tidak lama lagi, semua parti komponen BN telah diberikan panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara  lain seperti manifesto, logistik dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan persediaan menghadapi PRU ini.

"Manakala tarikh pengumuman calon pula setakat ini kita masih belum putuskan bila, namun perbincangan serta pandangan tentang perkara tersebut telah pun ada. Namun  kita belum buat keputusan lagi bila masa yang sesuai untuk membuat pengumuman tersebut," kata beliau kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC, Khamis semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang sokongan rakyat terhadap BN, beliau berkata bahawa setakat ini banyak petanda bahawa sokongan rakyat kini bertambah  dan lebih positif kepada BN.

"Namun kita sedar dalam masa pilihanraya ini  ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan akhir pilihanraya nanti. Oleh itu,  kita tak mahu bersikap terlalu selesa dan terlalu yakin seolah-olah tidak ada apa  yang boleh menggugat kedudukkan kita.

"Saya berharap agar BN terus menggandakan usaha untuk memastikan semua urusan yang perlu dilakukan,  akan dilakukan dengan sebaik mungkin dan kita akan terus memberikan semangat serta keyakinan kepada jentera BN untuk memenangi PRU akan datang ini," ujarnya.

 

Malaysia Condemns Bombing Attacks On University Of Aleppo, Syria

Posted: 17 Jan 2013 04:37 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 17 – Malaysia condemns Tuesday’s bombing attacks on the University of Aleppo, Syria, which killed more than 80 people and left over 150 injured.

In a statement here today, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said, such violence committed against civilians, and (destruction) to an education institution were horrendous, unacceptable and against the universal principles of human rights and global peace.

He said, Malaysia reiterated its call on all parties in Syria to take immediate measures to stop the bloodshed and resume peaceful, political dialogue in resolving their differences.

“In this regard, Malaysia expressed its deepest sympathy and sincere condolences to the families of the victims, and to the people of Syria,” he said.

Malaysia Is World’s Top Muslim Tourist Destination – Survey

Posted: 17 Jan 2013 04:34 AM PST

SINGAPORE, Jan 17 – Malaysia has been rated the world’s top Muslim tourist destination, according to a joint survey by DinarStandard and Crescentrating.

Based on the number of trips, the top destinations for Muslim tourists are Malaysia, Turkey, and United Arab Emirates, followed by Singapore, Russia, China, France, Thailand and Italy.

This assessment is based on data derived from top Muslim outbound markets that represent 73 per cent of total expenditure.

DinarStandard, a US-based marketing research & advisory firm focused on Muslim markets, has partnered with Singapore-based, Crescentrating Pte Ltd, the pioneer and world leader in the development of Halal-friendly travel, to produce a first-ever 'Global Muslim Lifestyle Travel Market: Landscape & Consumer Needs Study' covering the largest outbound and inbound Muslim travel markets globally.

The study ranked countries on how well they cater to the growing number of Muslim tourists seeking halal food and services.

The criteria used include the level of safety in a country, the ease of access to halal food and prayer facilities, and whether hotels cater to the needs of Muslim guests.

On a scale of one to 10 in which 10 is the best score, Malaysia emerged number one with a grade of 8.3 among 50 nations surveyed.

BN Tak Endah Provokasi, Manipulasi Pembangkang, Terus Khidmat Untuk Rakyat

Posted: 17 Jan 2013 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kesejahteraan negara ini adalah satu kejayaan yang sewajarnya perlu diteruskan sebagaimana perancangannya untuk memastikan Malaysia mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 nanti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang adalah manifestasi kepada konsep 1Malaysia yang merupakan suatu prinsip untuk membangunkan sebuah negara yang bersatu padu dan progresif.

"Tak perlulah kita terpengaruh dengan agenda segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang yang mahukan perubahan melalui demonstrasi dan himpunan jalanan walhal ia tidak mendatangkan apa-apa hasil kerana nilai perpaduan dan semangat kekitaan telah tertanam pada semua warganegara ini tanpa mengira agama, bangsa dan adat budaya masing-masing," katanya.

Jelasnya, kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telahpun melakukan perubahan melalui transformasi yang dilaksanakan tanpa sebarang agenda negatif sebaliknya rakyat mendapat manfaat.

"Kerajaan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melengkapkan pendekatan sedia ada untuk memperkukukan perpaduan dalam negara bagi menjamin kestabilan yang berterusan.

"Kita tidak pernah endahkan dengan provikasi, manipulasi dan tohmahan negatif segelintir pihak yang sememangnya mahu melihat kita melatah dan melakukan kesilapan sebaliknya, Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapiaan Diutamakan menjadi formula untuk memastikan aspirasi nasional Wawasan 2020 dicapai."

Tegasnya yang juga Setiausaha Agung BN, sebagai parti yang memegang tampuk pentadbiran negara, BN sentiasa mengutamakan permuafakatan dikalangan 13 anggota kompenannya dan ini adalah perbezaan terbesar berbanding pakatan pembangkang yang hanya melibatkan tiga sekutu.

"Jika dilihat, segala keputusan yang diambil dalam BN adalah keputusan yang konsensus dan bukan dibuat bersendirian sebagaimana pembangkang sehinggakan ada dikalangan pemimpinnya yang mengeluarkan kenyataan mengatakan ini adalah pandangan peribadi sedangkan mereka ini adalah pemimpin parti tapi bagaimana boleh kata peribadi atau tidak kerana ia adalah suara bersama," ujarnya.

Justeru beliau berkeyakinan walaupun tentunya BN akan menghadapi keadaan yang lebih getir pada PRU nanti tetapi percaya bahawa dengan perancangan dan pelaksanaan yang telah dibuat maka jentera parti dapat menanganinya.

"Segala persediaan bagi berdepan PRU telah dilakukan termasuklah calon-calonnya yang mana ia bukanlah ditentukan oleh parti atau individu yang tertentu sebaliknya rakyat sendiri memilih untuk mewakili mereka.

"Kita mahukan calon yang rakyat hendak dan sepakat biarpun dalam BN adalah gabungan 13 kompenan parti tetapi kita gunakan satu simbol sahaja. Ia tidak sama seperti pakatan pembangkang yang akan menggunakan lambang masing-masing apabila bertanding dalam pilihan raya."

Berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkeyakinan bahawa rakyat sudah mulai sedar dan memahami bahawa pembangkang ini adalah satu entiti yang tidak boleh digunapakai.

"Mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri." - MediaUMNO

Pembangkang Patut Henti Main Isu Sensitif Kaum, Agama Untuk Pancing Undi

Posted: 17 Jan 2013 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR 17  Jan – Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan, pembangkang tidak seharusnya menggunakan isu-isu sensitif seperti membabitkan kaum, agama dan bangsa mana-mana pihak kerana boleh memberi kesan yang buruk kepada kesejahteraan dan kedamaian hidup di negara ini.

Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman menyifatkan tindakan pembangkang kebelakangan ini dilihat cuba mengenengahkan isu-isu sensitif untuk mendapat perhatian rakyat sedangkan perkara itu sepatutnya tidak harus dijadikan modal politik.

"Mengapa perlu kita membawa perkara yang sensitif, apakah kita ingin melihat kehancuran negara hasil perbalahan sesama kita… sepatutnya buktikan kemampuan untuk menjadi pemimpin bukannya dengan cara menimbulkan ketegangan antara sesuatu pihak.

"Apa yang berlaku di Timur Tengah seharusnya dijadikan ikhtibar, apakah kita ingin perkara yang serupa berlaku di negara ini, jangan terikut-ikut dengan apa yang berlkau di sana untuk dijadikan modal politik, kehidupan serta cara hidup mereka berbeza dengan cara kita.

"Negara yang terbabit sehingga kini masih lagi bermasalah, walaupun pemerintahan sudah bertukar tangan namun belum nampak ada kedamaian di kalangan mereka, apakah kita ingin negara ini menjurus sebegitu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang kini dilihat cuba membawa apa yang berlaku di negara berkenaan ke negara ini, di samping mengadakan perhimpunan, mereka juga cuba membawa isu-isu sensitif.

Menurutnya, apa yang dilakukan pembangkang itu menunjukkan mereka sebenarnya sudah kehabisan modal untuk mendapatkan sokongan rakyat, sebab itu mereka cuba menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pembangkang kehabisan modal, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap mereka, mereka kini dalam keadaan gundah gelana, apa yang dilakukan semuanya tidak menjadi, janji-janji yang dibuat telah memakan diri, sebab itu mereka cuba menimbulkan suatu suasana yang tidak sihat di kalangan kita," katanya.

Nor Hafizah berkata, pembangkang kini sudah dalam keadaan terdesak, fitnah serta pembohongan yang mereka buat sebelum ini semuanya sudah terbongkar, rakyat kini sudah kembali kepada Barisan Nasional kerana hanya BN sahaja yang mampu membawa keamanan, kesejahteraan dan perubahan untuk rakyat berbanding pembangkang. -MediaUMNO

 

4,000 Pelajar Kelas Pertama Belum Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Posted: 17 Jan 2013 02:08 AM PST

TEMERLOH, 17 Jan –  Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.

“Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman,” katanya kepada pemberita di siniKhamis.

Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman.

Don’t Touch On Sensitive Religious Issues, Says Jamil Khir

Posted: 17 Jan 2013 01:41 AM PST

BANGI, Jan 17 – Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom today stressed that sensitive religious issues should not be raised publicly in any way.

He said mutual respect and religious tolerance should be practised at all time in Malaysia as the country’s population comprised multi-racial and multi-religious people.

“We have to understand that Muslims and non-Muslims alike cannot raise religious-sensitive issue in public and it’s so wrong to question, let alone attack, someone’s religious belief,” he said in response to actor and radio presenter Patrick Teoh’s Facebook post which has infuriated Muslims.

In his post, Patrick questioned the guidelines set by PAS-led Kedah government for the Chinese New Year celebration, which encouraged the officials and artistes involved to wear proper attire and sing motivational songs, while at the same time, he also insulted Islam and Quran.

Kamil Khir said although the radio presenter had apologised through his twit, the damage had been done.

“He made a statement and then he apologised. Maybe it was not a big deal for him, but it has hurt the feelings of others,” he said.

Leave Question On Candidates, Distribution Of Seats To PM – Mohd Isa

Posted: 17 Jan 2013 01:38 AM PST

PORT DICKSON, Jan 17 -  Teluk Kemang Barisan Nasional (BN) chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad said the question on the BN candidates and distribution of seats among the component parties for the coming general election should be left to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said the prime minister had many resources to base on in making his assessment of the candidates to ensure victory for BN.

“Our job is to provide the machinery and to be prepared for the election.

“My advise to party members is to accept whoever is selected by the leadership,” he told reporters after launching the project to build an additional building block and presentation of special school aid at Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) St. Leonards here.

Mohd Isa, who is also Teluk Kemang Umno division leader and Bagan Pinang Assemblyman, said the BN election machinery in Teluk Kemang was prepared for the election.

BN P.Pinang Beri Insentif Lebih RM475,000 Kepada Pelajar Cemerlang PMR

Posted: 17 Jan 2013 01:34 AM PST

GEORGE TOWN, 17 Jan – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan memberikan insentif wang tunai berjumlah RM475,200 kepada 2,376 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di seluruh negeri mulai Sabtu ini.

Pengerusi Program Insentif PMR Pulau Pinang, Koh Wan Leong berkata pemberian wang tunai itu sebagai insentif kepada pelajar mengekalkan pencapaian baik pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

“Majlis penyampaian hadiah insentif akan diadakan pada 19 hingga 31 Jan di lokasi terpilih dan surat jemputan telah diedar kepada pelajar berkenaan,” katanya di sini hari ini

Beliau berkata daripada jumlah penerima itu, sebanyak 2,335 pelajar adalah mereka yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan selebihnya adalah pelajar kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah persendirian yang memperoleh 6A dan ke atas.

Koh yang juga Penyelaras Barisan Nasional (BN) Paya Terubong berkata setiap pelajar akan menerima cek RM200 dan sijil penghargaan daripada BN Pulau Pinang.

Koh berkata BN negeri merancang memperluaskan program insentif itu kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada masa depan.

Beliau juga mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak terkeliru dengan Skim Pelajar Emas anjuran kerajaan negeri pakatan pembangkang dan Skim Bantuan Persekolahan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

Program kerajaan negeri itu hanya memberikan RM100 kepada pelajar darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja manakala Skim Bantuan Persekolahan anjuran kerajaan pusat memberi RM100 setiap seorang kepada semua pelajar sekolah.

“Bila kerajaan pusat mula mengagihkan bantuan persekolahan itu Selasa lepas, kerajaan negeri pula umum akan salurkan wang RM100 itu dalam tempoh terdekat. Mereka cuba kelirukan dan mengalihkan perhatian rakyat, jadi kita minta jangan keliru kerana dua bantuan ini tidak sama,” katanya.

BN Akan Beri Khidmat Jauh Lebih Baik Jika Diberi Mandat Perintah Selangor

Posted: 17 Jan 2013 01:29 AM PST

SHAH ALAM, 17 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih semula pemerintahan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana ingin memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

“BN jika diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor nanti, kita akan melakukan usaha-usaha yang lebih baik, bersungguh-sungguh untuk kita mewujudkan pentadbiran yang dapat memenuhi aspirasi, kehendak dan jangkaan rakyat Selangor,” katanya ketika ke udara secara langsung di SelangorBN.FM semasa melancarkan siaran radio itu di Bangunan UMNO Selangor di sini, Rabu.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor dan Badan Perhubungan UMNO negeri berkata sejak kebelakangan ini timbul banyak masalah di Selangor terutamanya berkaitan dengan janji-janji pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan.

“Maknanya mereka mungkir janji, saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun bersikap demikian sebab kita rasa macam kita ni kena tipu.

“Saya tak suka kalau orang tipu saya…saya tak tahulah orang lain tapi saya percaya kita semua bersikap bahawa kalau dengan manusia ni kita kena pegang pada janji,” katanya ketika diwawancara juruhebah Kavimani Muthayam.

Najib berkata pengenalan pendekatan atau medium baharu seperti radio internet SelangorBN.FM itu memberi mesej bahawa BN bersedia untuk berkhidmat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat).

“Melalui siaran radio ini juga BN Selangor akan dapat maklumat timbal balas dari rakyat Selangor dan medium ini akan dijadikan landasan bagi parti memberi khidmat bakti yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat Selangor,” katanya.

“Kita merayu pada pengundi untuk memberi peluang kepada kita, saya akan menentukan bahawa Selangor tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang begitu pesat sebab Selangor terlalu penting terlalu strategik bagi sebuah negeri,” katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi Selangor dan Kerajaan Pusat selaras dan selari dalam dasar-dasarnya agar tidak menyusahkan rakyat seperti masalah air umpamanya.

“Kalau tidak ada kerajaan yang sama, akan bangkit begitu banyak masalah yang pastinya akan menyusahkan rakyat dan merugikan negara,” katanya.

Najib berkata penggunaan radio internet merupakan satu pendekatan baharu bagi BN dan selaku sebuah parti ia mesti ada kesediaan untuk berubah dan melakukan perubahan.

“Jika kita menyarankan kepada rakyat bahawa mereka mesti berubah kita sendiri juga mesti mendahului kelok pembaharuan itu dengan menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti politik kita sanggup menerima idea-idea baharu sama ada daripada segi dasar, program atau pendekatan,” katanya.

Najib berkata zaman lepas merdeka dahulu, kerajaan menggunakan tayangan wayang gambar untuk berhubung dengan rakyat tetapi pada zaman ini kerajaan menggunakan media sosial seperti radio internet dan beliau sendiri aktif menggunakan twitter.

Turut hadir pada majlis perasmian radio itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Yap Pian Hon, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas dan Naib Presiden Gerakan Senator A. Kohilan Pillay.

Radio SelangorBN.FM boleh didengar menerusi laman web www.selangorbn.fm atau muat turun applikasi Tune In Radio bagi pengguna iPhone atau Google Play bagi pengguna telefon android.

Terdahulu Najib mendengar taklimat daripada UMNO bahagian Selayang, Gombak, Subang, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti komponen BN.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT