SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, March 9, 2013

UMNO Online - “Anwar…Dari Lahad Datu Ke Liang Lahad!!” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar…Dari Lahad Datu Ke Liang Lahad!!” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar…Dari Lahad Datu Ke Liang Lahad!!

Posted: 08 Mar 2013 03:38 AM PST

Khabier Malik adalah Komander Kanan Nur Misuari, tapi dia juga dilihat menjadi komander Kanan kumpulan pengganas Kiram Palsu III dalam pecerobohan Lahad Datu.

Dengan terdedahnya tembelang, bahawa Nur Misuari sebenarnya bukanlah Ketua MNLF lagi dan ia hanya ahli biasa dan sudah tersisih dari pimpinan MNLF, maka tidak hairanlah Nur Misuari boleh menjalin hubungan dengan Sultan Kiram Palsu III.

Padanlah Khabier Malik pun sudah bertukar rejimen menganggotai Tentera Diraja Palsu Sulu.

Dan, padanlah media Filipina mengaitkan Nur Misuari juga terlibat dalam menyumbang kepada pencerobohan di Lahad Datu. Rupa-rupanya Nur Misuari sudah menjadi umpama “lembu tak bertuan”, “menyelansang” mencari tempat makan dan tidor di feedlot lembu baka Kiram.

Padanlah Anwar pun turut dikaitkan oleh risik tentera dan media Filipina dalam insiden pencerobohan Tentera Sultan Sulu palsu di Lahad Datu.

Padan pun Anwar mengelabah macam “lembu terhidu bau harimau belang”. Dalam keadaan berani-berani takut, Anwar mengecam kelembapan kerajaan menangani insiden Lahad Datu. Tapi sebenarnya untuk menutup hubungannya dengan beberapa personaliti di Filipina dari terdedah yang telah membawa kepada insiden pencerobohan ini.

Satu dunia tahu bahawa hubungan Anwar-Misuari tak boleh dipisahkan umpama aur dengan tebing, saling bergantung dan saling memerlukan antara satu sama lain atas agenda dan kepentingan masing-masing. Apatah lagi kedua-duanya sudah tersisih dari arus kepimpinan perdana di negara masing-masing.

Padanlah Misuari pun turut kepanasan dan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan berbau ugutan dan ancaman terhadap Malaysia.

Padanlah Misuari dan Anwar, kedua-duanya serentak melakukan pendekatan damage control di negara masing-masing agar tidak dilihat sebagai dalang oleh kerajaan dan rakyat di kedua-dua negara.

Padanlah Nur Misuari pun pandai melakukan pendekatan propaganda ala-Anwar dengan mengeluarkan pelbagai “cywar” dan provokasi bagi tujuan melindungi kesalahan sendiri dengan mencari jalan meletakkan bebanan kesalahan di pihak musuh ataupun pihak ke3.

Padanlah Misuari pun pandai menjalankan kaedah “cuci tangan” sebiji macam Anwar yang sering menjadikan pihak ke 3 sebagai kambing hitam dalam setiap modus operandinya menjulang diri sendiri.

Padanlah Misuari pun pandai menjalankan kaedah “cuci tangan” sebiji macam Anwar yang sering menjadikan pihak ke 3 sebagai kambing hitam dalam setiap modus operandinya menjulang diri sendiri.

Dalam insiden Lahad Datu ini, jelas sekali “keluarga Kiram III” menjadi “kambing hitam” dan menjadi pihak ke3 yang akhirnya menanggung segala bahana yang sedang dan akan terus terjadi selepas ini.

Anwar dan Misuari beruntung kerana pihak yang menjadi kambing hitam ini kebetulan “agak bodoh” dan terlalu mudah terpengaruh dengan “janji beracun” sehingga terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang amat mustahil tercapai.

Perjuangan yang cuba dilakukan oleh Keluarga Kiram III ini samalah mustahilnya, jika Malaysia mahu menuntut Patani menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia.

Samalah gilanya dengan usaha menggabungkan kembali Pakistan dan Bangladesh menjadi India Bersatu.

Apa pun tunggulah selepas tamat insiden pencerobohan asing ini. Pihak kerajaan pasti melakukan siasatan yang “super rapi”. Malah siasatan pasti akan lebih dalam dari lubang cacing.

Siapa menjadi dalang, siapa menjadii alat dan siapa menjadi pengkhianat di pihak Filipina dan siapa menjadi pengkhianat negara di pihak Malaysia, pasti akan diketahui.

Bak kata Kitab… Wamakaru.. Kita merancang, Allah pun merancang.

Bak kata Anwar… U Tanya Kalu, I Saman U. U dedah Kalu I Saman U. U siasat Kalu, I Saman U…

Kamarulzaman Kamdias

Saiful Minta Rakyat Tak Terpedaya Permainan Jijik Anwar Ibrahim

Posted: 08 Mar 2013 03:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Saiful Bukhari Azlan menyeru rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dibuat oleh bapanya.

Ujarnya, beliau berasa amat sedih dan dukacita dengan apa yang dilakukan oleh bapanya yang menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.

"Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah laknat yang saya telah lafazkan sehingga akhir hayat," tegasnya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut meminta agar Anwar bertaubat dan biarpun telah lima tahun berlalu tetapi beliau tetap bertahan dan berdiri teguh walau sukar.

"Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. Saya beri amaran pada Anwar jangan babitkan bapa saya untuk putar belit keadaan.

"Saya berdoa Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali ke jalan Allah, pertahankan anak kandungnya yang jadi mangsa."

Tambahnya lagi, sebagai anak kasih sayang dan hormat kepada ayah akan kekal hingga akhir hayat.

Terdahulu, hari ini bapanya telah memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa Saiful Bukhari dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Anwar, dituduh meliwat bekas pembantunya di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008 dan dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ini adalah kes liwat kedua melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat ini selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar. - MediaUMNO

Jangan Jual Janji Temberang Lagi Kepada Wanita Dan Warga Emas

Posted: 08 Mar 2013 03:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Pakatan pembangkang ibarat tidak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku termasuklah dalam menunaikan janji sebagaimana yang terkandung dalam manifestonya untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob.

Katanya, dalam manifesto pembangkang pada 2008 lalu, mereka telah menjanjikan pelbagai imbuhan dan elaun kepada golongan wanita kerana sedar bahawa wanita turut memainkan peranan dalam PRU dan juga adalah antara pengundi yang dapat menentukan kemenangan.

"Malangnya janji-janji untuk golongan wanita terbabit tidak ditunaikan dan sekarang mengulang lagi janji-janji bulan bintang mereka dengan ditambah pula cakerawala untuk diberikan kepada rakyat biarpun secara jelas telah terbukti ia akan turut gagal," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam manifesto yang bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' pembangkang telah menyebut berkaitan pengiktirafan sumbangan wanita dan warga emas yang digariskan dalam cabang 'Rakyat Bersaudara' iaitu kerajaan akan menyumbang RM50 sebulan bagi setiap isteri dan setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka.

"Apa yang dijanjikan sebelum ini pun mereka tak dapat tunaikan sampai sekarang lagilah pulak nak letak janji-janji baru seakan-akan mereka tak pernah lakukan apa-apa kesilapan walhal rakyat tak pernah lupa dengan apa yang berlaku," katanya.

Dalam hal ini beliau turut menyorot tindakan saman yang difailkan oleh 2,020 orang ibu tunggal berhubung kegagalan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh pakatan pembangkang untuk menunaikan elaun yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008 dan tuntutan yang dibuat melibatkan tunggakan berjumlah RM10.9 juta.

Turut bertindak demikian ialah seramai 1,001 warga emas di Selangor yang juga memfailkan saman terhadap kerajaan negeri dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut caruman takaful bernilai RM2,500 seorang atau lebih RM2.5 juta yang dijanjikan kerajaan negeri pada 2008.

"Mereka ini macam tak fikir apa yang berlaku sehinggakan ikut suka mereka untuk berjanji dan yang mereka nampak adalah kuasa tanpa mempedulikan sama ada ia dapat dilaksanakan atau tidak.

"Ini amat berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional iaitu sentiasa fokus untuk menunaikan janji, memenuhi kehendak rakyat dan jika nak berjanji akan dipastikan dulu bahawa ia adalah sesuatu yang boleh ditunaikan."

Tegasnya lagi, telah terbukti apa yang ditulis dalam manifesto pakatan pembangkang adalah kata-kata kosong yang tidak ada kesungguhan untuk direalitikan berdasarkan kepada apa yang telah berlaku pada 2008. – MediaUMNO

UMNO Tasek Gelugor Yakin Kekal Rekod Bersih

Posted: 08 Mar 2013 02:31 AM PST

PULAU PINANG  8 Mac – Ketua UMNO Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya yakin dapat mengekalkan rekod bersih dengan mempertahan Parlimen itu dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut beliau keyakinan berkenaan adalah bersandarkan kepada sokongan padu rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang cukup yakin serta percaya kepada BN dalam menjaga kebajikan dan kepentingan mereka.

"Tambahan pula dengan sikap serta tindak tanduk kerajaan negeri khususnya segala janji yang belum sepenuhnya ditunaikan hari ini mereka telah nampak dan lihat depan mata sejauhmana keikhlasan sebenar parti pembangkang.

"Tidak lebih sekadar itu…….Sebab itulah kami rakan-rakan dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain percaya BN mampu mencapai keputusan sepertimana pilihan raya umum yang lalu.

"Namun begitu, ianya tidak sama sekali melalaikan seluruh jentera parti untuk bergerak dengan lebih agresif apabila tiba masanya kelak. Ini kerana apa yang penting adalah konsisten dalam usaha membantu kemenangan parti kelak," katanya kepada UMNO-Online.

Parlimen Tasek Gelugor mempunyai tiga DUN iaitu DUN Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar.

Menjawab soalan keghairahan pemimpin pembangkang mengadakan ceramah dan sebagainya, Shabudin menjelaskan itu adalah perkara biasa.

"Mereka sudah tidak ada pengaruh yang besar….Kita boleh tengok bagaimana ceramah-ceramah mereka tidak lagi mendapat sambutan penduduk setempat. Yang datang adalah muka-muka sama daripada luar.

"Masyarakat sekarang cukup bijak menilai antara fitnah dan fakta yang benar…Cuba kita perhalusi setiap ceramah yang diadakan, apakah ada input dan nilai-nilai yang bermakna kecuali pelbagai tohmahan dalam usaha mengelirukan rakyat," katanya.

Shabudin seterusnya menambah sokongan golongan muda di bahagian itu juga semakin memberangsangkan dan meningkat.

"Hakikat ini kita boleh lihat dengan penglibatan mereka dalam program-program anjuran BN dan keyakinan itulah saya percaya mereka mula akan memberi mandat kepada BN. Insyaallah BN akan mendapat kepercayaan sekali lagi pada pilhan raya umum nanti," katanya. -MediaUMNO

Government Practises ‘Wasatiyyah’ In Addressing Lahad Datu Intrusion

Posted: 08 Mar 2013 02:21 AM PST

KUALA LUMPUR, March 8 – The assault against intruders in Lahad Datu, Sabah was launched after efforts to avoid bloodshed was rejected proves that the government practises the ‘wasatiyyah’ (moderation) concept.

Dean of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Faculty, International Islamic University Malaysia (IIUM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid said the government offensive followed the killing of two police commandos.

“We didn’t want to kill them, but unfortunately they started killing and we had to retaliate,” he told Bernama after presenting a paper at ‘Wasatiyyah Drives National Civilisation’ seminar here today.

Commenting on the government stand rejecting a ceasefire until the intruders surrender unconditionally, Mahmood Zuhdi said that it was appropriate and not against the law.

Asked about the call by United Nations (UN) Secretary-General Ban Ki-moon that the ‘violence’ in Sabah be stopped and to find a peaceful solution, he said Malaysia has the right to make its own decision and stand.

“Its not against UN’s policy. We don’t necessarily have to follow what Ban said as he was talking about general policy. It doesn’t mean we reject dialogue but let the negotiations be held in a more suitable condition.”

Earlier in his paper entitled ‘Wasatiyyah Approach and Challenge Of Extremism in Malaysia, Mahmood Zahudi said extremism within the Muslim community is wrong and should be abolished because it is exaggerated.

Extremism in Malaysia comes in the form of faith and prayers, food and beverage services; family, finance; politics and the government.

“Extremism that exist in our country can be felt in our daily life and is a threat to the ‘wasatiyyah’ approach,” said the commissioner of Human Rights Commission Malaysia (Suhakam).

Mahmood Zuhdi suggested that indepth studies be conducted to look at challenges faced by the ‘wasatiyyah’ concept as extremism will only hinder government efforts.

The ‘wasatiyyah’ approach should be really simple in determining any agenda to ensure that it can be understood by all to avoid prejudice to the ‘wasatiyyah’ concept.

“In Islam, there are many guidelines on how this can be implemented including via the ‘amal makruf and nahi mungkar’ approach.”

The seminar was attended by over 800 participants comprising staff of government departments and agencies, the private sector and university students nationwide.

Hina Kaum India, Pemimpin India Dalam Pembangkang Diselar Bacul, Tiada Maruah

Posted: 08 Mar 2013 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Pengerusi PPP Wilayah Persekutan Datuk A. Chandrakumanan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta arak.

Menurut Chandrakumanan, pemimpin-pemimpin India di dalam parti DAP sangat bacul dan tidak bermaruah sekiranya terus membisu dan membiarkan kaum India di hina.

"Ini bukan kali pertama pemimpin DAP menghina kaum India tapi pemimpin-pemimpin berbangsa India dalam DAP seakan merelakan perbuatan ini. Mereka tidak langsung bersuara untuk membela kaum India. Sekiranya mereka masih terus berdiam diri maka mereka ini sangat tidak bermoral dan bacul.

"Kenyataan menghina ini adalah sesuatu yang sangat tidak boleh diterima. Kita hidup dibawah satu payung dan berbilang kaum. DAP harus belajar menghormati kaum lain dan jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang boleh menjadi hasutan seterusnya mengucar-kacirkan keamanan negara," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, kaum India harus bangkit dan memberi masej kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti dengan menolak pakatan pembangkang terutamanya DAP.

"Jangan terus tertipu dengan kaum mereka. Sekiranya pemimpin India dalam DAP sendiri tidak bersuara dan menentang penghinaan ini maka jangan harap mereka akan membela nasib kaum India. Mereka ini hanya berpolitik untuk kepentingan diri mereka sendiri," ujarnya lagi.

Sebelum ini ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming turut diselar apabila menghina warna kulit Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memberi tempias kepada kaum India.

ADUN Komtar, Ng Wei Aik pula mencetuskan kontroversi semasa mengetuai ‘operasi merampas barang’ di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum apabila didakwa mengeluarkan ungkapan berunsur perkauman, iaitu ‘tutup kedai, balik India’ terhadap pekerja restoran berkenaan.

Seorang lagi pemimpin DAP yang turut mencetus kontroversi dan menaikkan kemarahan kaum India ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul apabila mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang mampu mengekalkan kuasa di Kedah tanpa sokongan kaum India.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut semasa sesi temuramah dengan Radio Kedah pada tahun lalu. - MediaUMNO

Pembangkang Salah Sedia Skrip… Yang Kena Liwat Anak, Bukan Bapak

Posted: 08 Mar 2013 02:03 AM PST

Penyokong pembangkang bukan main seronok bila bapak Saiful Bukhari, Azlan Lazim hari ini mengadakan sidang media mendakwa kes liwat membabitkan anaknya dan Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.

Sehingga mereka terlupa, yang kena liwat bukan bapaknya, tapi anaknya. Kita cakap macam tu sajalah senang. Lagipun, bukan kita tak tahu bapak Saiful dah dibeli Anwar, biasalah Anwar, bekas pendakwaraya kes dia tu pun dia boleh beli, apa sangat bapak si Saiful ni.

Benda ni pun (kejadian liwat) bukan UMNO yang bangkit, tapi lanjutan dari laporan polis anak dia juga. So, dia nak kata konspirasi atau apa, dia kena buktikanlah dimana?

Seperti biasa, yang ada hanya kenyataan media yang dibacakan Azlan, kita percaya disediakan juga oleh peguam Anwar untuk memenuhkan aspirasi politiknya.

Dari cara ia disebut, konspirasi pun kita dah tahu Anwar menjadi dalang dibelakang. Dari kes liwat 1 sampai yang ke 2 inipun, takdak satu bukti mahupun saksi yang mengatakan ini adalah konspirasi.

Penulis dah sebutkan satu ketika dahulu, macam mana besar konspirasi sekalipun, tidak ada satu jenis konspirasi yang mampu meletakkan DNA dari air mani Anwar ke dalam dubor Saiful. Melainkanlah Azlan main peranan, ambik air mani Anwar, calit masuk dalam dubor anak dia.

Sebaliknya, sidang media Azlan sebentar tadi itulah konspirasi sebenar. Banyak persoalan yang Azlan perlu jawab, kenapa sekarang, selepas 5 tahun baru nak kata ini konspirasi. Apa yang mengubah keadaan tersebut? Ini anak engkau kita cerita ni, bukan anak orang lain.

Seperti dinyatakan di atas, tidak ada penjelasan lain kenapa Azlan berubah fikiran sekarang, melainkan sebab dia dibayar Anwar. Kalau tidak, dia tidak akan tunggu sehingga hampir 5 tahun baru nak berubah fikiran. Begitu juga Azlan berada di sebelah Saiful semasa sumpah laknat dibuat, kalau dia tau konspirasi, maknanya dia juga akan dilaknat kerana bersubahat dengan anaknya.

Cakap tentang semua ini pun sudah nampak ada yang tidak kena.

Anwar tengah terdesak sekarang ni. Macam-macam yang menunggu dan satu persatu tembelangnya pecah. Nak menutup semua tu, dia guna fund pilihanraya yang dah masuk tu untuk cipta macam-macam konspirasi terhadap kerajaan dan UMNO. Peliknya tu, dia sendiri terlibat konspirasi, lepas tu dia pulak kata orang lain guna anak dia untuk berkonspirasi.

Politik Anwar tahu sajalah. Bala, Deepak dan sekarang Azlan pulak, semua ini bukti konspirasi Anwar untuk jatuhkan Perdana Menteri, mana ada cerita lain.

mykmu.net

Insiden Di Lahad Datu Bukanlah Perang Sesama Islam

Posted: 08 Mar 2013 12:41 AM PST

IPOH, 8 Mac – Pertembungan dan peperangan antara pihak keselamatan Malaysia dengan pihak penceroboh kononnya `Tentera Di Raja Sulu' bukanlah peperangan sesama Islam sebaliknya ia adalah  peperangan bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Justeru tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, YB Kapt (B) Datuk Hj Mohd Najmuddin Elias peperangan itu adalah wajib sebagai seorang Islam mempertahankan negaranya dari diceroboh musuh yang cuba merosakkan keamanan.

"Jadi tidak salah dari segi Islam apabila Islam (pasukan keselamatan negara) bertempur dengan pasukan tentera Kesultanan Sulu yang rata-rata terdiri dari Islam juga kerana mempertahan tanah air kita.

“Jadi dalam Islam, mempertahankan tanah air itu merupakan suatu kewajipan semua, tidak kira parti. Bukan kira UMNO sahaja, atau pemerintah sahaja, jadi parti pembangkang juga berhak, kena bersama-sama menentang tentera penceroboh ini," ujarnya yang juga Bendahari UMNO Bahagian Larut.

Namun apa yang dirisaukan tambahnya ialah orang luar atau pihak-pihak tertentu menggunakan peluang ini untuk melaga-lagakan umat Islam  dan mereka akan berasa seronok bila orang Islam bergaduh sesama sendiri.

 

Dalam masa yang sama, beliau mengatakan persoalan sama ada syahid atau tidak anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan negara, sebagai manusia tidak mampu untuk menilainya.

"Sebab dia ada syahid akhirat, ada syahid dunia ada syahid dunia akhirat, jadi tak semua mati syahid itu dikatakan syahid kedua-duanya. Biarlah Allah yang menentukan tetapi syahid ini kita harus ingat bahawa ia berlaku tertakluk kepada orang Islam sahaja.

“Jadi kalau orang yang meninggal itu (pasukan keselamatan kita yang terkorban) bukan beragama Islam, kematian mereka itu, mati yang kita anggap sebagai pejuang negara, ia tidak boleh dikategorikan sebagai mati syahid kerana dia bukan Islam tetapi negara harus memberikan penghormatan kepada pejuang-pejuang  walaupun mereka bukan beragama Islam," ujarnya lagi.

Untuk rekod, lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di pantai timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas. -MediaUMNO

1MFC Facilitates Delivery Of Overall Govt Services

Posted: 08 Mar 2013 12:22 AM PST

SABAK BERNAM, March 8 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the collaboration between the Ministry of Women, Family and Community Development and the Ministry of Health in implementing the 1Malaysia Family Care (1MFC) Programme facilitated the overall delivery of aid and services to the target groups.

The 1MFC programme launched by the Prime Minister today provided medical treatment and social services to senior citizens, single mothers and the handicapped group nationwide with the involvement of volunteers.

Najib, who is also the Minister of Women, Family and Community Development, said integrated action by the two ministries under the National Blue Ocean Strategy could also deliver services with minimal expenses compared to separate implementation of the programme by the respective ministries.

“What we are providing to the rakyat through the 1MFC programme complements the efforts that we wish to implement so that the people in the country will be more prosperous,” he said when launching the programme, here.

He said the government had to adopt an overall approach instead of a single dimension regarding its policies because the people’s prosperity and the nation’s progress had numerous dimensions that needed much attention including the health aspect.

Najib said individuals also had to pay attention to their health because a healthy body was a great blessing.

He said it would be meaningless if one had great wealth but a unhealthy body that prevented him or her from eating certain food.

“The health aspect does not only concern the wealthy group because the aged padi farmers who seldom go to the padi fields can also get diabetes if they still consume three bowls of rice although they no longer have to work hard in the padi field.

“If diabetes is not treated, one may have to amputate a leg, the body becomes weak, everything is weak,” he said.

He said the people must give priority to health and for this reason, the government launched the 1MFC programme so that Malaysians would be more healthy.

Don’t Gamble Future By Voting Opposition – Taib

Posted: 08 Mar 2013 12:14 AM PST

MIRI, March 8 – The people in the state should not gamble by opting to vote the opposition in the coming general election because the opposition coalition are not united like Barisan Nasional (BN) said Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib who is the state BN chairman said the failure to reach a consensus on who will be the Prime Minister among the opposition coalition, clearly proved that there was no unity among the parties like BN which has a clear direction when its comes to who should lead the government.

“BN has a good track record when it comes to improving infrastructure in Sabah and Sarawak,” he said at a meet the people session in Bekenu here today.

He said opposition cannot match BN’s track record because the coalition does not the capability as well as experience to manage the country.

Therefore, he wants the people to give BN the mandate to lead the country in the coming general election to ensure a continuous development in the state.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT