UMNO Online - “Isu Lynas : PRU Pun Belum, Satu ‘Tawaran’ Manifesto Sudah Dimungkiri” plus 9 more |
- Isu Lynas : PRU Pun Belum, Satu ‘Tawaran’ Manifesto Sudah Dimungkiri
- Program Bantuan Berterusan Kerajaan BN Untuk Membela Rakyat
- Selangor MB Should Have Handed Over List Of Suspicious Voters To EC
- TPM Dedah Rancangan Pembangkang Wujud Porak Peranda Pada PRU-13
- Bapa Saiful Boleh Pilih Buat Ujian Poligraf Atau Sumpah Laknat Sokong Dakwaan
- BN MENJANA KEMAJUAN NEGARA
- UNDI BN UNDI UMNO
- “Kami Bertempur Dengan Pengganas Sebenar, Bukan Sandiwara” – Panglima Tentera Darat
- BN Should Turn Local Issues In Kedah To Their Advantage – Ahmad Maslan
- Wujudkan Jawatankuasa Khas Siasat Siapa Dalang di Sebalik Insiden Lahad Datu
Isu Lynas : PRU Pun Belum, Satu ‘Tawaran’ Manifesto Sudah Dimungkiri Posted: 13 Mar 2013 06:35 AM PDT Bila cakap pasal Lynas dan pembangkang, sesungguhnya tidak ada tujuan lain, melainkan mahu melihat kilang itu ditutup kalau Pakatan haram ini berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Perkara ini (Pakatan menutup Lynas) bukan penipuan tapi memang kenyataan dan tidak sukar untuk mencari bukti-bukti berhubung kenyataan tersebut yang berlambak di Internet. Macai Pakatan nak pusing macam mana pun tak guna. Tidak ada cerita pasal tunggu keterangan pakar dulu, inkuiri awam dan sebagainya, yang selalu dan sering disebut ialah LYNAS INI PERLU DITUTUP, period, muktamad dan tidak ada dakwa dakwi. Lagipun nak keterangan pakar macam mana lagi? Pakar IAEA sendiri pun dah sahkan operasi Lynas itu selamat, dan lebih selamat lagi kalau langkah-langkah penambah baikan yang dicadangkan mereka dituruti Lynas. Ada ke pakar yang lebih tinggi dari itu? Itupun tak cukup baik bagi Anwar dan macai-macainya, maka penutupan Lynas ini tetap dicanangkan. Bagi mengukuhkan komitmen tersebut, penutupan Lynas ini dimasukkan sebagai antara 'tawaran' dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan haram ini beberapa minggu lepas. Perkara ini penting disebutkan sebab royalti minyak untuk Kelantan pun tidak dimasukkan dalam manifesto, tapi menutup Lynas ada. Tapi agak aneh, belum pun kering dakwat printer Manifesto Rakyat yang dilancarkannya sendiri, Anwar sudah keluar kenyataan berbeza – LYNAS AKAN DITERUSKAN KALAU PAKAR KATA IA SELAMAT. Asalnya penulis ingat portal pembangkang tersebut mungkin tersilap taip atau Anwar yang disebutkan dalam artikel itu bukan merujuk kepada Anwar Ibrahim. Tapi setelah ketua Himpunan Hijau yang anti Lynas ini, Wong Tack pun turut bersetuju dengan Anwar, maka, confirmlah. Tidak usahlah lagi kita cakap sama ada puak ini akan laksanakan 'tawaran' Manifestonya atau tidak kalau menang nanti, pilihanraya pun belum, satu dari banyak 'tawaran' dalam Manifesto itu dah dimungkirinya. Kalau dah memerintah gamaknya, Manifesto itu akan buat lap punggung Lim Guan Eng dan Rainbownya sahaja. Persoalan kita, macam mana ini boleh berlaku? Adakah Anwar terlalu sibuk mengukur dalam dubor Rafizi sehingga dia tidak memeriksa Manifesto itu terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dilancarkan? Penulis rasa itulah yang terjadi, sebab itu Manifesto ini banyak kekurangan dan kelemahannya. Jadi kepada mereka-mereka (terutama puak kera) yang macam yakin Anwar akan laksana 'tawaran-tawaran' dalam Manifesto itu, sila kaji balik keyakinan anda. Ini satu bukti yang cukup kukuh, belum apa-apa lagi pun, dah ada 'tawaran' dalam Manifesto yang dimungkirinya. Nak marah Anwar pun tak boleh, dah nama pun TAWARAN!! Nak saman Pakatan Rakyat pun tak boleh sebab dia pertubuhan haram, tak berdaftar. Penulis kata ini semua kuasa Allah swt nak tunjuk kepada rakyat Malaysia color sebenar puak ini. Tak Nampak juga, confirm hati sudah gelap. mykmu.net |
Program Bantuan Berterusan Kerajaan BN Untuk Membela Rakyat Posted: 13 Mar 2013 06:25 AM PDT KUANTAN, 13 Mac – Program bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan bertujuan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara ini. Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, beliau percaya lebih banyak bantuan akan diberikan jika BN terus diberi mandat dalam pilihan raya umum akan datang. “Manfaat demi manfaat diterima rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuat. “Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana dilakukan pembangkang. Kerajaan melaksanakan ‘Janji Ditepati’ terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya. Beliau berucap dalam majlis penyerahan bantuan kepada masyarakat Cina dan India Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, di sini baru-baru ini. Wan Adnan berkata, pelbagai bantuan diberikan kerajaan antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 dan Baucar Buku 1Malaysia. “Inilah hasrat kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dan akan terus membantu rakyat kurang bernasib baik,” katanya. Beliau sehubungan itu mengajak rakyat berfikir dan melihat apa yang kerajaan BN laksanakan selama ini lebih-lebih lagi dalam soal melibatkan kebajikan rakyat. “Berbeza dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji manis bagi memperdayakan rakyat, mereka hanya tahu cakap sahaja tetapi tidak pandai buat kerja. “Apa yang mereka buat ialah menghasut serta meracuni fikiran rakyat agar membenci kerajaan. Apa yang kerajaan buat semuanya salah di mata mereka,” katanya. |
Selangor MB Should Have Handed Over List Of Suspicious Voters To EC Posted: 13 Mar 2013 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR, March 13 – Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim should have handed over the information or the list of what he claimed as suspicious voters to the Election Commission (EC) to ensure that the next general election will run smoothly and in a transparent manner. EC secretary Datuk Kamaruddin Mohamed Baria said Abdul Khalid should not have made public the information as it could cause confusion among the people in Selangor. “The objective (to hand over the information and list of voters to the EC) is to enable the EC to run a check or field study and prepare an explanation for the Selangor Menteri Besar,” he said in a statement here today. The March 8-15 edition of SelangorKini newspaper, in its article titled ‘Projek Pendemokrasian Bongkar Pengundi Lebih Ramai Daripada Penduduk’ claimed that there exists certain state constituencies in Selangor, including Bestari Jaya Utara in Ijok parliamentary constituency, where the amount of voters surpasses the residents. “The article quoted Selangor Menteri Besar as saying that Bestari Jaya Utara has 1,788 residents , but the number of voters in the electoral roll refers to the number of voters in 18 localities in the state constituency. “Based on the electoral roll gazetted in December 2012, the number of voters for Bestari Jaya Utara stands at 3,558. There is an increase of 1,317 voters from the Master Electoral Roll gazetted in 2006 as there is also an increase of nine new localities,” Kamaruddin said. He said there was no truth in the article and that it was merely aimed at confusing the people to gain political mileage. He also called on members of the public to refer to the EC if they had any questions about election. The law provides the opportunity for the public, who have doubts and wanted to protest against the electoral roll, to do so when the EC put the quarterly roll updates on display, he added. |
TPM Dedah Rancangan Pembangkang Wujud Porak Peranda Pada PRU-13 Posted: 13 Mar 2013 06:08 AM PDT KUALA KUBU BAHARU, 13 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan rancangan pakatan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 akan datang dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini. Beliau berkata daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang sudah mula meningkat. “Macam (penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat. “Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah,nnampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan,” katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat sini. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar. Muhyiddin percaya kenyataan itu dibuat pihak pembangkang kerana sedar bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. “Saya berikan ini sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan dalam Barisan Nasional, inilah yang akan kita akan hadapi, tapi saya yakin atas semangat kita yang kuat dan kerja keras yang kita lakukan kita akan dapat atasinya,” katanya. Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang. “Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja…dan saya pergi ke tempat-tempat lain…gelombang biru menandakan sikongan rakyat sudah mula meningkat,” katanya. Beliau berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. “Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini…saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini…Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang). “Ramai yang bawa kes ke mahkamah, ibu tunggal dan orang-orang yang berhak mendapat pembelaan atas janji yang dibuat pada manifesto PRU yang lepas juga tuntut supaya kerajaan Selangor tunaikan janji, sampai hari ini saya tak dengar pun jawapan dari Menteri Besar Selangor apa yang nak dilakukan tentang apa yang telah dijanjikan itu,” katanya. Justeru, Muhyiddin mencadangkan agar rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan manifesto PRU-13 yang dilancarkan pakatan pembangkang baru-baru ini yang menurutnya menjanjikan pelbagai perkara yang mustahil untuk dilaksanakan tanpa penerangan yang kukuh. Sebaliknya, beliau berkata manifesto yang akan dibentangkan BN kemungkinan selepas pembubaran Parlimen akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai perkara-perkara yang akan dilaksanakan supaya difahami dan diyakini rakyat bahawa kerajaan BN mampu melaksanakannya. Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan sumbangan dana RM200,000 kepada masjid dan RM100,000 kepada kuil di kawasan itu untuk tujuan penambahbaikan. Beliau turut melancarkan empat bas henti-henti syarikat Setara Jaya menambah kepada 12 buah bas sedia ada untuk kegunaan 22,000 penduduk di kawasan Hulu Selangor. |
Bapa Saiful Boleh Pilih Buat Ujian Poligraf Atau Sumpah Laknat Sokong Dakwaan Posted: 13 Mar 2013 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Mac – Sebenarnya sumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan adalah langkah terbaik bagi menyokong segala dakwaan oleh Azlan Mohd Lazim yang sebelum ini antara orang yang paling lantang mempertahankan anaknya. Bayangkan dalam sekelip mata, beliau berubah daripada orang yang sering mempertahankan anaknya, tiba-tiba mendakwa Saiful telah digunakan pihak tertentu untuk memusnahkan karier politik Anwar menerusi tuduhan liwat kedua. Justeru jalan terbaik adalah mengambil jalan serupa atau pendekatan sama yang telah dibuat oleh anaknya, Saiful Bukhari dalam usaha menguatkan segala dakwaan beliau itu, kata bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari. "Jika beliau gagal berbuat demikian, masih ada peluang lain seperti ujian poligraf iaitu pengesanan pembohongan sekiranya tidak mahu melakukan sumpah laknat sebagaimana yang didesak pelbagai pihak. "Ujian poligraf ini sangat penting bagi menyokong dan meyakinkan seluruh rakyat khususnya menafikan sumpah Saiful dahulu yang mana turut disaksikan sendiri oleh Azlan. Jika beliau gagal berbuat demikian pelbagai tafsiran dan tanggapan akan diperkatakan umum," katanya kepada UMNO-Online di sini. Anuar seterusnya menegaskan masyarakat inginkan kepastian kerana apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kekeliruan. "Ini kerana masih kita ingat bagaimana beliaulah orang yang cukup lantang memperkatakan tentang dakwaan anaknya sebelum ini. Tiba-tiba kali ini lain pula jadinya dan perubahan yang cukup ketara. "Itu semua masih kita tidak lupakan dan atas dasar itulah sumpah laknat atau sekurang-kurangnya menjalani ujian poligraf bagi menyokong dakwaaan terbaru beliau itu," katanya. -MediaUMNO |
Posted: 13 Mar 2013 03:48 AM PDT Terlalu baik kerajaan yang ada, Yang susah didekati, Kerajaan yang ada jangan diganti, Undi UMNO Undi Barisan, BN Kerajaan prihatin, Berdoa kita kepada Allah, Berbilang kaum banyak budaya, Rakyat aman hidup bahagia, |
Posted: 13 Mar 2013 03:47 AM PDT Kerajaan BN patut diteruskan, Jangan percaya pada Pembangkang, Undi BN undi UMNO, Jangan malu jangan segan, |
“Kami Bertempur Dengan Pengganas Sebenar, Bukan Sandiwara” – Panglima Tentera Darat Posted: 13 Mar 2013 03:38 AM PDT PASIR MAS, 13 Mac – Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas sebenar dan bukan satu sandiwara sebagaimana yang dicanangkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. “Saya tidak faham jika orang kata sandiwara. Nyawa dipertaruhkan… kami menghadapi musuh sebenar dan bukan lakonan. “Dua anggota tentera dan lapan anggota polis terbunuh, adakah itu sandiwara? Tepuk dada tanya selera,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Bayu Lalang, di sini, hari ini. Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah. Seorang lagi anggota tentera, Kpl Ahmad Farhan Ruslan pula terkorban dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu. Terdahulu, lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara itu, yang diterbangkan melalui pesawat Charlie C-130, pada kira-kira 9.50 pagi. Jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh. Jenazah Ahmad Farhan dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor. Menyifatkan Allahyarham seorang anggota yang berani, Zulkifli berkata siasatan mendapati Ammad Hurairah sempat berbalas tembakan dengan beberapa pengganas sebelum gugur di medan perang. “ATM akan membantu keluarga Allahyarham, apa saja yang kita mampu,” katanya. Zulkifli turut menyampaikan sumbangan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Ismail Husin, 55, iaitu ayah kepada Ahmad Hurairah selepas pengkebumian tersebut. Sementara itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang turut hadir pada pengebumian itu meminta rakyat Malaysia bersatu dan menghentikan spekulasi berhubung soal keselamatan Negara memandangkan ramai anggota keselamatan gugur ketika berjuang di perbatasan. “Hentikan sagala tohmahan dan fitnah ini yang akhirnya akan meruntuhkan kita dan kita bertanggungjawab sebagai warganegara yang setia pada negara. Kita tak mahu satu pun suara sumbang yang memberi kata-kata yang menunjukkan kita tidak peka dengan kehibaan (yang dialami keluarga mangsa). “Kita semua rakyat Malaysia amat terhutang budi dan kita berdoa semoga barisan hadapan akan teruskan perjuangan mereka untuk pastikan Negara kita selamat sampai bila-bila,” katanya. Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Mohd Sharom Nordin berkata pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham mencerminkan sikap taat dan setia kepada Negara walaupun nyawa yang menjadi pertaruhannya. “Kalau ada lagi orang mengatakan ini semua sandiwara, saya tak tahu nak cakap apa… rakyat kita, tentera kita sendiri… hari ini anak Kelantan telah mempertaruhakan nyawa untuk kedaulatan negara. “Hilangkan syak wasangka, ini satu pengorbanan yang diterima Allah S.W.T.,” katanya. |
BN Should Turn Local Issues In Kedah To Their Advantage – Ahmad Maslan Posted: 13 Mar 2013 03:31 AM PDT ALOR SETAR, March 13 – UMNO Information chief Datuk Ahmad Maslan today called on Kedah Barisan Nasional (BN) to buckle up in a bid to wrestle back the state in the 13th general election. He said Kedah BN should turn the numerous local issues in the state to their advantage, especially with the fact that BN lost the state to the opposition in the 2008 general election with only a slim majority and that there were not many fence sitters among the voters. “Among the four states currently controlled by the opposition pact, I think Kedah is the most vulnerable,” he told a press conference at the Kedah UMNO Information Office here today. Ahmad, who is also Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, said Kedah was currently deluged with issues, including those concerning Insaniah University College (Kuin) and uncontrolled logging activity. “I’m confident with all the efforts undertaken by BN at the state level and the domestic crisis in the opposition pact also showed that they are incapable of governing the state. “So, Kedah BN should not let go of this opportinuty to win back the state. Buckle up, help each other to launch and attack,” he said. Earlier, Ahmad launched the Kedah UMNO Heroes Fund which aimed at reducing the burden of the families of the slain heroes who were killed in the intrusion tragedy in Sabah. “The launch of the fund in Kedah is hoped to be emulated by UMNO members in other states. At the national level, the federal government had also provided various aid and donations,” he said. He said the public, especially UMNO members, could channel their donations to UMNO state headquartes or UMNO offices in their respective divisions. |
Wujudkan Jawatankuasa Khas Siasat Siapa Dalang di Sebalik Insiden Lahad Datu Posted: 13 Mar 2013 03:08 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat punca boleh berlakunya pencerobohan berdarah yang berlaku di Lahad Datu yang setakat ini sudah mengorbankan 10 nyawa setakat ini, demikian kata Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman. Menurutnya, perkara ini amat serius memandang sudah terdapat beberapa dakwaan yang daripada agensi berita luar yang secara langsung mengaitkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan insiden tersebut. "Hari ini, satu lagi pendedahan daripada wikileaks yang secara langsung menyebutkan hubungan Datuk Seri Anwar dan Nur Misuari. Bahkan di dalam pendedahan wikileaks itu terang-terang menyiarkan kenyataan Nur Misuari bahawa wujudnya perancangan untuk menawan Sabah. "Bagi saya, tindakan segera perlu diambil kepada sesiapa saja yang mengkhianati kedaulatan negara dan seperti yang saya katakan tadi, satu jawatankuasa khas perlu diwjudkan untuk menyiasat segala dakwaan dan juga punca terjadinya espisod pencerbohan tersebut. "Pendedahan wikileaks itu menjadi satu lagi asas kukuh yang boleh dijadikan sebagai bukti bahawa wujudnya individu di dalam negara yang menjadi tok dalang serta merencanakan konspirasi bagi peristiwa pencerobohan di Sabah yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita, " tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Jelasnya, siasatan secara teliti dan mendalam perlu diambil untuk memastikan sekiranya wujud dalang dan konspirasi dalam peristiwa pencerobohan di Lahad Datu ini dan siapa saja individu yang diyakini terbabit menjadi dalang perlu di bawa ke muka pengadilan dengan segera. "Saya yakin, rakyat juga mahu tahu siapa dalang di sebalik kejadian tersebut. Ini adalah soal keselamatan negara yang tidak ada kompromi tentangnya. Kita perlu siasat segala dakwaan dan mengambil tindakan segera supaya dalang ini kita hukum dan menjadi pengajaran kepada semua," ujarnya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment