SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, March 21, 2013

UMNO Online - “BN Perak Tidak Gentar Anwar Bertanding Kerusi Parlimen Di Perak – Zambry” plus 9 more

UMNO Online - “BN Perak Tidak Gentar Anwar Bertanding Kerusi Parlimen Di Perak – Zambry” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Perak Tidak Gentar Anwar Bertanding Kerusi Parlimen Di Perak – Zambry

Posted: 20 Mar 2013 05:17 AM PDT

IPOH, 20 Mac –  Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Barisan Nasional (BN) Perak tidak gentar sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen di negeri Perak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Zambry berkata ia merupakan satu sistem demokrasi yang mana pemimpin parti pembangkang berhak memilih kawasan yang mereka ingin bertanding pada PRU-13.

“Macam mana kita nak gentar kerana tiada istilah gentar dalam dunia politik, tambah lagi apabila kita berada dalam suasana pilihan raya.

“Kalau dia (Anwar) merasakan dia pemimpin ‘touch and go’, dia buatlah apa yang dia suka…ia tidak mendatangkan kehairanan kepada saya dengan keputusan yang dia buat itu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini, Rabu.

Beliau ditanya mengenai pengumuman Anwar akan bertanding kerusi Parlimen di Perak atau Selangor.

Anwar sepatutnya gentar mengapa dia tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Zambry.

“Apa yang dia telah buat di Permatang Pauh? Saya tak mahu ambil reaksi terlalu awal kerana saya difahamkan dia baru bercadang, biarlah saya dengar kenyataan rasmi nanti,” katanya.

Mengenai titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah semalam, bahawa terdapat pihak tertentu yang memanipulasi dan mengolah semula kandungan titah baginda demi kepentingan politik, Zambry melahirkan rasa kecewa terhadap pihak tertentu yang bertindak demikian.

“Kerajaan negeri amat berdukacita kerana ada pihak tertentu yang mengeluarkan (kenyataan) seolah-olah titah tuanku menyatakan bahawa parti mereka adalah parti pilihan tuanku. Ini tidak dipersetujui oleh tuanku kerana titah tuanku bukan begitu kandungannya,” katanya.

Beliau berkata BN Perak tidak pernah menggunakan titah baginda demi kepentingan politik kerana menghormati kedudukan baginda sebagai raja di Perak.

“Kita (BN) tidak memanipulasi dengan menyebar atau mencetak ucapan tuanku bagi tujuan politik dan saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak. Titah tuanku semalam adalah untuk makluman semua, bukan hanya kepada pihak mereka (pembangkang) tetapi juga kepada pihak kita,” katanya.

Mengenai perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak dengan Pas berhubung pengumuman Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Zambry berkata perbalahan itu adalah perebutan kerusi (di kalangan pembangkang) untuk bertanding.

Nur Misuari Told Not To Take Advantage Of Lahad Datu Episode

Posted: 20 Mar 2013 05:16 AM PDT

KUCHING, March 20 – Deputy Foreign Minister Datuk Richard Riot today cautioned former Moro National Liberation Front leader Nur Misuari not to try and take advantage of the Lahad Datu episode to advance his personal selfish agenda.

In rebuking Misuari’s claim that Sabah rightfully belonged to the so-called Sultan of Sulu, he said, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had made it categorically clear that the state was part of Malaysia and no one should question its sovereignty and territorial integrity as a legitimate part of Malaysian territory.

“My advice to Misuari is, if he is a peace-loving man as he desperately claimed to be and if he really loves and cares for his Bangsamoro, he sould support and join the efforts towards the peace agreement within the framework that was signed recently between the Philippines government and Bangsamoro for long-lasting peace in Mindanao,” he told a media conference here.

Cautioning Misuari to heed the Malay proverb, “jangan menagguk di air yang keruh” literally translated as “not to fish in murky water,” he urged him to devote his remaining energy and time to the peace accord for the good of his fellow countrymen and government of the Philippines, to which he owed his loyalty.

He said the promotion of peace was one of the pillars of Malaysia’s foreign policy and, for which, the country would vehemently protect and defend every inch of Sabah against foreign aggression and any hostile action.

“We have witnessed that turmoil and instability in Southern Philippines have certainly brought no advantage to anyone but only to burden Malaysia and other neigbouring countries having to host those fleeing their homes for safety and better lives,” Riot said.

There was nothing that Malaysia desired for its neigbours more than for them to enjoy peace, stability and prosperity, he said.

For that reason, he said, Malaysia had been actively involved in peace keeping missions all over the world and willing to broker peace efforts in neighbouring countries, particularly in the Philippines.

He said the warm bilateral relationship between both countries was reflected when the regional governor of the autonomous region in Muslim Mindanao Mujir S Hataman paid him a courtesy at his office in Putrajaya in October last year.

BN Yakin Kaedah “Terang Dan Serang” Berkesan Untuk Kempen PRU-13

Posted: 20 Mar 2013 05:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan “Terang dan Serang” pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Penerangan UMNO. Datuk Ahmad Maslan berkata dengan segala bahan kempen yang telah dipersiapkan beliau yakin anggota penerangan BN di seluruh negara bukan sahaja mampu menjelaskan dasar kerajaan malah juga membongkar segala kelemahan pembangkang.

“Kita telah mempersiapkan jentera BN melalui kaedah Terang dan Serang iaitu menjelaskan apa yang telah kerajaan BN laksana dan tunai kepada rakyat selain mendedahkan apa yang tidak elok dibuat pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas membuat taklimat penceramah penerangan BN di sini hari ini.

Beliau yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata BN akan menggunakan empat media utama dalam menghadapi PRU-13 iaitu melalui media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik.

Menurutnya pasukan Cyber Troopers BN juga telah lama melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menangkis segala isu dibangkitkan pembangkang dan menjelang PRU-13 ini pihaknya yakin lebih banyak pendedahan berhubung kelemahan pembangkang dibuat kepada umum.

Sementara itu, katanya BN yakin akan tetap mempertahankan Putrajaya pada PRU-13 dengan menang sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen.

Katanya BN juga yakin mampu menang semua lapan kerusi Parlimen selain menang lebih daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

“Kita bercakap secara realistik kerana sebelum ini kita pernah menang (di Marang) dan hanya tewas empat kerusi DUN di Terengganu,” katanya.

Usah Tunjuk Pandai Kritik Kalau Diri Sendiri Pun Tak Berani Jejak Ke Lahad Datu

Posted: 20 Mar 2013 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Mac – Pemimpin-pemimpin pembangkang  disaran jangan sekadar hanya ghairah untuk mengkritik berhubung pencerobohan di Lahad Datu sebaliknya berani untuk turun padang melihat sendiri situasi sebenar yang berlaku.

Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata pelbagai tohmahan dan kenyataan daripada pemimpin pembangkang sebelum ini cukup melukakan hati masyarakat setempat.

Menurut beliau sepatutnya dalam soal-soal sedemikian, soal politik perlulah diketepikan dan berganding bahu bersama kerajaan khususnya pasukan keselamatan insiden berkenaan dapat ditangani secara menyeluruh.

"Ini lain pula yang saya nampak…ada yang kata begitu…ada yang kata begini…ada pula yang mengkritik keterlaluan dan macam-macam lagi. Saya percaya perkara ini cukup melukakan hati bukan sahaja anggota keselamatan kita, malah rakyat Sabah sendiri.

"Alangkah manis sekiranya mereka turun meninjau dengan lebih dekat apa yang berlaku…Kesimpulannya bersama-sama lihat dengan lebih dekat dan jangan hanya sekadar ghairah bercakap yang akhirnya memperlihatkan kebodohan sendiri," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah pemimpin pembangkang tidak merasai suasana sebenar apa yang dialami oleh penduduk yang terlibat dengan insiden berkenaan.

"Sekurang-kurangnya sama-samalah merasai bagaimana perasaan mereka itu. Janganlah cuba nak tunjuk pandai tapi sedangkan mereka sendiri bukan saja tak merasai malah tak pernah jejakkan kaki pun di kawasan serangan tersebut.

"Apa pun jika nak turun padang sekarang dah terlambat….biarlah mereka dengan hujah mereka untuk mengulas dan sebagainya. Kita Pemuda UMNO tetap utuh dan berada di belakang pasukan keselamtan negara dalam usaha mempertahankan maruah negara kita," katanya. -MediaUMNO

MCA Tp Propose About 70 Per Cent Young Candidates In Selangor – Donald Lim

Posted: 20 Mar 2013 03:48 AM PDT

PELABUHAN KLANG, March 20 – Almost 70 per cent of the MCA candidates in Selangor for the 13th general election will be young faces, said Selangor MCA chairman Datuk Donald Lim Siang Chai.

He also said that the party was confident of winning seven of the 14 state constituency seats and three of the seven Parliamentary seats in the state.

In the 2008 general election, the MCA won two state seats namely Kuala Kubu Baru and Sungai Pelek and only one Parliamentary seat, namely Pandan in Selangor.

Lim said the party’s confidence in winning more seats this time was due to the greater confidence placed by the Chinese community in the Barisan Nasional (BN) under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“The Chinese voters’ support (for the BN) appeared to have increased after the Chinese New Year celebrations,” he told reporters in Pulau Ketam, near here after opening the Polling District Centre at the fishing village and also at Sungai Lima.

Pentadbiran Negeri Sembilan Berjalan Seperti Biasa Selepas DUN Bubar – MB

Posted: 20 Mar 2013 03:46 AM PDT

SEREMBAN, 20 Mac –  Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembubaran DUN itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.

“Kerajaan sementara mesti ada (walaupun DUN terbubar) untuk menjaga kepentingan rakyat, sehingga satu pilihan raya diadakan dan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.

“Tetapi dalam tempoh DUN dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementaralah yang akan menjaga negeri. Orang mesti faham ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas DUN bubar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Katanya amalan di negara ini apabila DUN atau Parlimen bubar, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan yang sama akan mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan sementara.

Katanya kerajaan sementara adalah kerajaan yang sah dan masih boleh membuat keputusan berkaitan dasar termasuk memperkenalkan dasar baharu jika perkara itu dilihat amat diperlukan.

“Tapi dalam kerajaan sementara ini kita cuba mengelak daripada membuat keputusan-keputusan dasar. Sebab kita kerajaan sementara sahaja jadi kita sepatutnya cuma mengurus hal-hal pentadbiran sahaja.

DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, merupakan yang pertama akan terbubar secara automatik iaitu pada 26 Mac ini jika tiada pembubaran awal dibuat.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala selebihnya dimenangi DAP (10), PKR (4) dan PAS (1).

Belum Menang Pilihanraya, Pakatan Pembangkang Sudah Menipu Rakyat

Posted: 20 Mar 2013 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Belum pun menang pilihanraya, Pakatan Pembangkang disifatkan sudah mula membohongi rakyat apabila kepimpinan Pakatan Pembangkang sudah mula membuat kenyataan yang bercanggah dengan manifesto mereka sendiri berhubung  dua janji mereka iaitu penghapusan Kilang Lynas dan penghapusan tol.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil, sudah terang lagi bersuluh, kenyataan yang bertentangan dengan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat itu sudah cukup untuk memperlihatkan sikap kepimpinan Pakatan yang membuat manifesto 'janji ada', semata-mata hanya untuk memenangi pilihanraya.

"Saya yakin, mungkin sebahagian besar daripada manifesto yang dijanjikan kepada rakyat itu tidak akan mereka laksana. Ini pun belum apa-apa, sudah nampak mereka putar belit tentang isu Lynas. Sekejap kata nak hapus, sekejap pula kata boleh diteruskan. Rakyat pun jadi pening dengan kenyataan yang bercanggah antara kepimpinan Pakatan.

"Begitu juga dengan isu tol. Manifesto mereka mahu menghapuskan tol tetapi kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang pula mahu mengenakan tol sekiranya terowong bawah tanah di Pulau Pinang berjaya dibina. Jelas, manifesto mereka ini tidak konsisten,"

Sebagai contoh di Selangor, kerajaan PKR berikan air percuma yang  kepada rakyat sebanyak lebih kurang RM 15 sebuah rumah,  di mana kerajaan terpaksa  menanggung kos subsidi  lebih 100 juta lebih untuk subsidi pemberian air percuma tersebut di seluruh Selangor.

"Contohnya macam pemberian air percuma sebanyak 20 milimeter padu di Selangor sebanyak lebih kurang RM 15 ke bawah. Jika kita kaji semula, saya berpendapat  dalam isu pemberian air ini, biarlah rakyat rugi sikit, tetapi mendapat faedah pulangan balik yang besar di masa akan datang.

"Maksud saya rakyat rugi sedikit itu ialah biarlah rakyat membayar duit air yang sebanyak jumlah itu dan kerajaan boleh menggunakan wang yang berjumlah lebih RM 100 juta ringgit yang hari ini menjadi tanggungan kerajaan Selangor kerana pemberian air percuma itu,  untuk membina benda-benda lain yang memberikan kemudahan dan keuntungan kepada rakyat," jelasnya.

Justeru itu kata beliau,  manifesto Pakatan Pembangkang bukanlah untuk kesejahteraan rakyat tetapi hanya satu gimik politik yang hanya bertujuan untuk memancing undi. Mereka hanya memandang hari ini dan tidak pada masa hadapan.

"Bahkan, manifesto di negeri-negeri yang mereka kuasai hari ini juga masih tidak terlaksana, biarpun mereka mencanangkan hampir 95 peratus manifesto mereka itu sudah pun dilaksanakan. Berdasarkan kronologi ini, saya yakin manifesto Pakatan hanyalah sekadar penyedap halwa telinga rakyat yang belum tentu ianya akan ditepati sekiranya Pakatan menguasai pentadbiran negara," tegasnya. -MediaUMNO

“Showcase Anak Muda” Selami Luahan Anak Muda Selangor Yang Dipinggirkan

Posted: 20 Mar 2013 03:34 AM PDT

SHAH ALAM, 20 Mac – Beberapa isu yang berlegar di kalangan anak muda Selangor ialah isu perumahan dan peluang pekerjaan. Semenjak 2008 Kerajaan Negeri Selangor tidak mendekati anak muda bahkan dalam Majlis Belia Selangor mereka menganaktiri.

Pengerusi Sekretariat Anak Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata, bangunan yang dibina atas nama Majlis Belia Selangor dikenakan sewa sebanyak RM4,000 sebulan sedangkan di zaman kerajaan BN terdahulu memberikan insentif sewa percuma kepada para belia.

“Setiap hari pihak Majlis Belia Daerah dan Negeri menerima aduan terhadap isu perumahan dan peluang pekerjaan. Menyedari masalah-masalah yang timbul Majlis Belia Selangor mengambil inisiatif mengadakan Showcase Anak Muda dengan pendekatan santai dan membantu para belia terhadap isu perumahan dan peluang pekerjaan.

“Tujuan lain program ini ialah menjalin rangkaian dengan belia berpersatuan dan belia perseorangan,” ujarnya dalam satu sidang media di sini.

Tambahnya, sebanyak 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada anak muda lepasan SPM dan mahasiswa. Sebanyak 30 syarikat swasta bersetuju untuk mencari calon pekerja.

Maklumat berkaitan dengan rumah PR1MA dan skim perumahan SPNB akan diedarkan kepada para pengunjung.

“Untuk fokus Palestine dan Lahad Datu – Tayangan Khas Kembara Palestine akan diadakan. Kutipan Tabung Gaza menerusi cabutan bertuah juga akan diadakan dengan hadiah motor EX5, Blackberry dan Basikal Fixie.

Aktiviti Lain yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk Tadika & Pra Sekolah, Pentandingan Masakan dan Gubahan – Beliawanis, Futsal dan Tarik Tali – Anak Muda JKKKP Kavadi Fun Ride – Berbasikal Tour Sungai Besar,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Tambahnya, artis Jemputan pada malam tersebut ialah Nasyid Mestica, Band Al Farabi dan kemuncak oleh Lagenda Rock Ramli Sarip.

Dijangkakan seramai 10,000 orang akan mengunjungi Showcase ini khusus untuk anak muda di zon Selangor Utara. -MediaUMNO

Manifesto Dan Buku Jingga Bukti Hudud Hanya Temberang, Umpan Politik Pas

Posted: 20 Mar 2013 03:28 AM PDT

Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong Pas yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong Pas yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong Pas mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk Pas semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong Pas gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya.

Hingga saat ini para pemimpin Pas terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan Pas dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong Pas tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin Pas berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin Pas pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin Pas yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya Pas telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh Pas akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.

Abang Daud 

Taktik Gerila Ke Atau “Gorila” Sekalipun, Kami Tak Gentar!

Posted: 20 Mar 2013 03:17 AM PDT

"Kecut perut" saya apabila Jamalul Kiram yang sudah uzur sakit buah pinggang di Filipina mengisytiharkan perang gerila terhadap Malaysia setelah pencerobohan pengikut-pengikutnya di Sabah berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.

Tak padan dengan keuzurannya mendapatkan rawatan Hemodialysis secara subsidi dari Kerajaan Filipina rentetan kemiskinannya di sana, ada hati si tua kutuk itu nak menyerang Malaysia dengan taktik gerila?

Apakah Kiram fikir Malaysia tidak tahu, tak pernah dengar dan baru belajar tentang taktik gerila? Dan dia fikir para pengikutnya yang sering buat kacau di Filipina saja yang tahu tentang taktik tersebut?

Kiram sebelum ini mendabik dada, kononnya pengikut-pengikutnya sangat hebat dan berpengalaman dalam taktik gerila memandangkan orang-orangnya itu sering melakukan kekacauan dengan menggunakan taktik itu di Filipina.

Jika dilihat dari awal pencerobohan Sabah, "Sultan palsu" itu mulanya menghantar "tok bomoh" Sulu yang kononnya kebal, tidak lut senjata dan mahir menggunakan ilmu hitam untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Dia fikir "tok bomoh"nya ampuh di bumi berdaulat ini? Percuma saja "tok bomoh" yang dihantarnya dengan bot laju itu mati ditembak. Kebal apa ke namanya begitu?

Mengamalkan tangkal yang diikat di "anu" masing-masing, pangganas Sulu dari Filipina itu fikir mereka boleh terbang, "ghaib" dan mampu memukau wira-wira negara? Hasilnya seramai 62 orang dari mereka telah terbunuh dihujung senjata!

Itu taktik apa namanya? Taktik ilmu hitam? Kiram fikir pasukan PDRM dan ATM di Malaysia ini tidak tahu memutihkan apa yang hitam? Di dalam KAGAT saja kita boleh dapati ramai ustaz-ustaz yang tidak kurang hebat ilmu mereka.

Kiram mahu lawan ilmu syaitan berkemenyan dengan ilmu Allah yang berlandaskan Al-Quran Kalamullahil Karim? Silap besar taktik itu jika digunakan di Malaysia. Cuba praktikkan taktik itu di Israel, mana tahu mungkin mujarab…

Apakah Kiram tak tahu taktik apa yang digunakan Malaysia untuk menghalau pengganas Komunis yang sangat disayangi Mat Sabu suatu ketika dulu?

Untuk pengetahuan Kiram yang rasanya tak pernah pergi ke sekolah, Malaysia berjaya menghapuskan pengganas Komunis dari bumi berdaulat ini dengan menggunakan taktik GERILA! Faham? Maaflah, saya tak tahu menulis dalam bahasa tagalog…

Cakap saja di mana dan apa bentuk rupa muka bumi yang bakal menjadi medan pertempuran. InsyaAllah, dengan pengalaman dan aset pertahanan yang diluar jangkauan musuh, siapa yang mencabar kedaulatan Malaysia, pasti kecundang akhirnya.

Inikan pula Kiram yang "miskin" dan mengharapkan bantuan senjata dan askar upahan dari Nur Misuari? Dari sahabat baik Anwar itu yang Kiram harapkan? Bukan apa, saya khuatir nanti Kiram kecewa sebelum sempat masuk kubur…

Kiram perlu tahu bahawa barisan pertahanan Malaysia merupakan antara yang paling digeruni di peringkat antarabangsa, khususnya berkaitan taktik gerila yang menjadi kelebihan pasukan keselamatan di sini.

Taktik tersebut tidak mungkin diajar di dalam buku dan pasukan pertahanan di negara ini memperolehinya dari pengalaman getir menentang komunis sehingga kerap dipanggil menghulurkan bantuan ketenteraan di serata dunia.

Mungkin Kiram tidak pernah melihat pasukan PDRM atau ATM menunjukkan kekuatan mereka di dalam negara. Tapi kalau setakat nak buat "black ops" dan tiba-tiba terpacul sepasukan komando di depan rumah Kiram, perkara itu bukan suatu yang susah untuk dilakukan…

Terserahlah. Kiram boleh hantar pengikut gerila atau gorilanya untuk buat kacau di Malaysia. Namun ingin diingatkan di sini, jika selangkah bumi Malaysia dipijak musuh, jangan harap boleh keluar dari sini hidup-hidup!

Diplomasi ada batasnya. Gagal dengar kehendak diplomasi Kerajaan Malaysia, jangan menangis tak berlagu jika kepala Agbimuddin bersepai dibedil kereta perisai "Adnan". Jangan dijolok sarang tebuan, binasa badan kelak…

mykmu.net

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT